Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mac 2023

Set Puasa Shaklee untuk lebih bertenaga.

Saya baru kongsikan tentang Set Puasa Shaklee dan lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Set Puasa Shaklee untuk lebih bertenaga.Sejak PKP saya kami dah mula sahur yang simple sahaja. Sebab PKP kita tak boleh keluar rumah. Kalau nak pergi beli barang dapur limit 2 orang aje boleh pergi. Masa lain banyak duduk rumah aje.

Untuk anak-anak mungkin pada mereka duduk rumah, makanan sentiasa ada. Kalau ingat memula PKP mana ada food panda ke grab ke...semua kena masak sendiri. Mak ayah kena masak dan mereka juga kena mengajar anak-anak dirumah.

Jadi macam saya, kalau boleh sahur yang simple aje sebab dah tak larat nak makan berat.

Saya rasa sejak PKP la kami fokus dengan produk Shaklee semata-mata. Set Puasa Shaklee sangat sesuai untuk lebih bertenaga.

 

Set biasa untuk breakfast

Tripple gem adalah set biasa kami amik dulu. Dari anak masuk sekolah rendah, minuman itulah saya berikan anak saya sebagai sarapan pagi. Tak de alasan mengantuk.

Tahun ni kami berpuasa dengan Set Puasa Shaklee iaitu Set 1-2-3.

Set Ramadhan Shaklee

Paling penting set ini mengenyangkan. Beri lebih rasa tenaga. Ini kerana ia mempunyai low glisemik index. Memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sepanjang saya buat puasa ganti 

saya memang amalkan campuran ESP Shaklee dan Cinch Chocolate kerana suka dengan rasa lemak dalam minuman ini.

Cuma memandangkan Performance Lime baru aje masuk dalam pasaran, maka baru ni la baru saya order untuk persediaan Ramadhan akan datang ini. Mana mungkin cukup 1 canister jika ianya dibuat untuk minum waktu sahur sebagai persediaan nak berpuasa dan minuman air waktu berbuka puasa.

Minuman Isotonik

Sebenarnya Performance Drink ni sangat bagus untuk diambil oleh ahli sukan. Malah jika ada ahli keluarga yang demam atau cirit birit , sangat bagus jika diberi air bancuhan Performance Drink. Ini bermakna ia sangat sesuai untuk setiap isi rumah.

Bulan ini Shaklee memperkenalkan Puasa 1-2-3 set sebagai Set Berpuasa Shaklee untuk tahun  2023. Pembelian set ini juga akan mendapat Shaker Shaklee Hijau secara Percuma. Bertambah mudah kita bersahur atau berbuka dengan shaker yang ada sukatan air.

 

Jika anda berminat nak jadi ahli atau hanya nak mendapatkan Puasa 1-2-3 Set sempena Ramadhan ini, boleh la terus mesej saya di TALIAN INI.

 

Jemput Like FB Page saya Better You Better World

atau FB personal saya Norita Idris



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Khamis, 9 Februari 2023

Apa itu Intermittent Fasting ?

Apa itu Intermitten Fasting ?

Dalam entry sebelum ini saya, saya kongsikan yang suami saya buat Intermittent Fasting atau nama popularnya IF. Intermittent Fasting secara mudahnya merujuk kepada puasa secara berkala.
Ia merupakan amalan yang menjarakkan waktu kita makan dengan waktu tidak makan. IF bukanlah satu jenis diet atau tren baru namun ia lebih kepada gaya hidup dan corak pemakanan kita.

Apa itu Intermitten Fasting ?


Tanpa kita sedari sebelum ini, semasa kita tidur, kita juga sebenarnya sedang berpuasa kerana tempoh masa hidangan terakhir dengan makan yang seterusnya dijarakkan lebih lama cuma kita tak memanggilnya sebagai puasa kerana kita dalam keadaan mandorm..



Bagi umat Islam, berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Kebanyakan orang Islam dilatih untuk berpuasa sejak dari kecil lagi. Namun jika nak dibandingkan dengan Intermittent Fasting, puasa Islam jauh lagi mencabar kerana sepanjang tempoh berpuasa dalam sehari tidak dibenarkan makan dan minum malah hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja. Berbeza dengan intermitten fasting.

Apa itu Intermitten Fasting ?



Uniknya tentang Intermittent Fasting ia jauh lebih mudah kerana kita boleh minum sepanjang tempoh berpuasa dan lebih menarik waktu tidur pun dikira kita berada dalam tempoh berpuasa.

IF juga merupakan sebuah diet yang berkonsepkan pola makan kita mengikut jadual yang tertentu. IF juga dikatakan sangat popular di dunia barat lebih lagi dalam golongan para atlet dan selebriti . Malah di Malaysia , IF antara topik hangat di media sosial dan media massa yang lain.

Bagi permulaan mereka yang nak cuba, boleh mulakan dengan 12-12 dan waktu itu sebenarnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Bila kita buat IF kita kena juga jaga pengambilan makanan seharian kita. Sepanjang kita buat IF kita hanya boleh minum air masak, teh hijau , teh dan kopi yang tidak mengandungi susu dan gula. Kita kena mula usahakan untuk menghadkan jumlah kalori harian kita. Boleh google berapa kalori makanan yang kita ambil.

Cara intermittent fasting dan cadangan jadual IF yang popular dan mudah diikuti :

Puasa 15 jam, makan 9 jam 
Puasa 20 jam , makan 4 jam
Puasa 23 jam , makan 1 jam

Sebenarnya jadual IF yang terbaik adalah memendekkan tempoh waktu makan dan memanjangkan tempoh  masa berpuasa. Dengan cara ini membolehkan badan membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa.

Kita juga perlu la tahu beberapa perkara yang perlu dielakkan ambil semasa menjalankan Intermitten Fasting ini. Kita kena elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi dan cuba perbanyakkan pengambilan makanan yang 0 kalori seperti teh kosong, kopi kosong, air kosong, sup kosong dan cuka epal.


Apa itu Intermitten Fasting ?



Percaya tak, memula nak buat IF ni saya duk fikir mungkin saya tak mampu nak buat sebab kena skip breakfast dan lambatkan lunch. Namun rupanya kita boleh aje ubah suai jadual makan ikut kesesuaian badan kita.

Kesimpulannya : Intermitten Fasting adalah satu bentuk gaya pemakanan yang sangat baik untuk diamalkan. Ia terbukti mampu memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita terutama untuk sistem pencernaan dan untuk membakar lemak secara semulajadi. Jika seluruh rakyat Malaysia amalkan Intermitten Fasting, pasti kita boleh turunkan kadar oebesiti negara kita. Wallahu alam.

Jemput baca artikel saya sebelum ni tentang Intermitten Fasting.

Ada juga artikel yang berkongsi tentang kesan Intermitten Fasting diet ni pada sistem metabolik kita. Jemput baca artikel Efek Intermitten Fasting pada metabolik


#projekmegablog
#shakleethrive23
#shakleethriumph23
#pengedarshakleekualaterengganu
#shakleereadystock





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 4 April 2022

Bersahur dengan Cinch Chocolate

Bermula dengan sahur malam pertama, selepas menyediakan makanan simple sahur anak-anak, saya cuma mengambil 1 scoop Cinch Chocolate dibancuh dengan 300ml air  dan segelas air Performance drink serta buah Tiin untuk santapan sahur saya. Abah Addinnasa juga hanya mengambil Cinch Chocolate dan makan beberapa biji kurma Sukari.

Cinch Chocolate Shaklee
Cinch Chocolate Shaklee



Alhamdulillah mungkin faktor cuaca juga mempengaruhi, semalam tiada rasa lapar atau dahaga sangat walaupun baru bermula puasa. Mungkin juga saya dah terbiasa dengan IF [ walaupun tak sepenuhnya buat] tapi badan saya dah mula get use dengan makanan lambat [ Biasanya tenghari jam 12-1 tengahari].

Mengapa kami memilih Cinch Chocolate? Saya suka rasanya yang sedikit lemak dan tidak semanis minuman cokelat biasa yang banyak dipasaran. 

Apa kelebihan Cinch Chocolate sebenarnya?

Setiap hidangan Cinch mengandungi 24g protein yang mana ia akan memberikan rasa kenyang yang cukup dan 24 jenis vitamin dan garam mineral yang perlu untuk badan.

Ia juga mengandungi Leusine yang bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Cinch Chocolate ini mengandungi glisemik indeks yang rendah iaitu 22 , maka ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

Manfaat Cinch Shaklee




Selain itu , 

Diet yang tinggi dengan protein tumbuhan juga dikaitkan dengan banyak manfaat.

Risiko Penyakit Jantung Yang Rendah

Menurut kajian, mereka yang mengamalkan diet yang kaya dengan protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan akan mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah, dan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

Mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2

Satu kajian kecil menyatakan bahawa apabila anda menggantikan 2 hidangan daging merah kepada kekacang 3 hari setiap minggu, anda akan dapat mengurangkan gula dan kolesterol dalam darah.

Mencegah Kenaikan Berat Badan 

Makan lebih banyak protein tumbuh-tumbuhan juga dikatakan boleh membantu kita merancang diet kita.

Menurut pemerhatian, wanita dan lelaki yang makan lebih kacang untuk tempoh 20 tahun mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengawal berat badan.

Di samping itu, apabila kita mengambil makanan yang lebih banyak hidangan kacang merah, kacang kuda, atau kekacang lain setiap hari, kita akan cepat merasa kenyang. Kesannya, kita boleh mengurus dan mengawal berat badan dengan lebih baik.




Oh ya, bulan ini ada promo istimewa, nanti saya update dalam next entry. Stay tune ya!


Norita Idris
Pengedar Shaklee since 1999
0128535689



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 24 April 2021

Cerita biasa bulan puasa....



Bila tiba Ramadhan, semua orang usaha nak sihat supaya dapat berpuasa penuh. Malah bukan itu sahaja, kita juga harap kekal cergas terutama selepas berbuka nak solat terawih dan sambung tadarus pula.

Musim berpuasa ni juga pasti ada cabarannya...mana yang gastrik kena la usaha elakkan makanan pedas dan bersahur dengan makanan seimbang supaya tak diserang gastrik.

Namun tidak kurang juga dengan mereka yang alami sembelit disebabkan masalah kurang air dan serat sepanjang berbuka hingga ke sahur.

Ramadhan kali ini saya beli beberapa kotak susu segar [ fresh milk] dan susu cokelat kerana saya kekal mengamalkan pengambilan alfalfa sepanjang berpuasa. Mungkin ada yang belum tahu, pengambilan alfalfa perlukan banyak air. Jadi pengambilan susu membantu proses pembuangan lawas dan lancar.

Selain itu ada beberapa produk Shaklee yang sangat bagus diamalkan sepanjang bulan puasa ni untuk mengelakkan masalah sembelit antaranya ialah, Meal Shakes, Cinch Shakes, Ostematrix, HerbLax dan Lecitin.

Tapi feveret saya adalah MealShake dan Cinch Shakes.Ini kerana dua supplement ini sangat kaya dengan serat.
Bancuhan minuman ini juga membantu badan saya cukup air. Ditambah saya juga amalkan banyak vitamin lain, maka pengambilan minuman bancuhan Meashakes, ESP dan Cinch Shakes sangat membantu keperluan air yang saya perlukan.

Waktu bila minum? Saya amalkan masa moreh dan sahur. Ada yang pilih waktu berbuka supaya tak makan banyak. Ikut mana yang kita selesa. 

Puasa kalian bagaimana?



 WASAP FOR ORDER

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Ahad, 4 April 2021

Sama- sama Kita Berpuasa








Berminat untuk membuat pesanan ? 
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 
 ðŸŒ» Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Isnin, 20 April 2020

Belajar dalam kelas Zoom tentang elektrolit.

Jumaat lepas dalam kelas Nutrisi yang disampaikan oleh salah seorang pakar Nutrisi syarikat iaitu Puan Siti Sarah ialah berkaitan dengan produk untuk berpuasa.

Walaupun untuk orang lama ia adalah topik ulangan, namun ia boleh dijadikan ilmu yang boleh diulangkaji dan membantu meningkatkan kefahaman sebelum ini.

Saya tertarik nak berkongsi dengan kepentingan elektrolit yang ramai orang tak tahu dan tidak ambil tahu.


Berpuasa dengan segar

10 Fakta Keperluan Elektrolit Kepada Tubuh

Elektrolit hadir dalam bentuk ion garam mineral seperti ion natrium, kalium, kalsium, magnesium, sulfat, fosfat dan klorida. Berikut adalah 10 fungsi elektrolit kepada tubuh:

1. Elektrolit berfungsi mengembalikan dan mengekalkan tahap penghidratan yang tepat di seluruh tubuh.
2. Setiap kekurangan garam mineral boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti, lesu, tertekan, kelemahan, koma dan masalah jantung.
3. Ion garam mineral ini (yang mempunyai kemampuan mengekalkan tekanan osmotik), membantu pengecutan otot dan menghasilkan serta menyalurkan isyarat elektrik dari otak ke sel dan sebaliknya. Ini menjelaskan mengapa kekejangan otot sering muncul selepas melakukan aktiviti fizikal yang berat. Pada keadaan dehidrasi, kemungkinan isyarat elektrik tidak dapat mencapai bahagian badan serta otot-otot tidak boleh rileks yang kemudian mencetuskan kekejangan.
4. Buah pinggang memisahkan elektrolit dari darah dan menetapkan tahap elektrolit dalam tubuh. Jadi, bila kadar elektrolit turun, seseorang akan lebih kerap buang air kecil untuk membuang kelebihan air dari badan dan menyeimbangkan tahap elektrolit. Sebaliknya, jika tubuh berlebihan elektrolit, seseorang akan merasa lebih dahaga daripada biasa agar tubuh mendapat lebih banyak air.
5. Kehilangan elektrolit terlalu banyak menyebabkan dehidrasi parah dan berpotensi memberi kesan kepada jantung dan sistem saraf pusat. Kehilangan elektrolit juga akan menyebabkan cirit-birit dan bahkan kegagalan buah pinggang hiponatremia dalam kes yang ekstrim.
6. Elektrolit bekerja dalam tubuh pada tahap sel, dan jika hadir dalam jumlah yang lebih rendah daripada yang diperlukan boleh mempengaruhi semua sistem utama dan organ tubuh. Elektrolit juga bertugas mempertahankan suhu badan supaya stabil dan tetap sejuk.
7. Penggunaan berlebihan elektrolit boleh menyebabkan pengekalan air berlebihan dan mengarah ke pembengkakan otot. Pengekalan air berlaku apabila seseorang mengambil suplemen tambahan atau mengambil terlalu banyak garam untuk meningkatkan kadar elektrolit dalam tubuh.
8. Pada masa cubalah menukar elektrolit yang hilang dengan minum banyak air sekaligus, anda justru mencairkan kepekatan elektrolit yang sudah ada dalam darah kerana pengambilan air yang terlalu tinggi. Sebab itu lebih digalakkan minum air secara beransur-ansur.
9. Setiap ketidakseimbangan tahap elektrolit dalam tubuh boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam, terutama untuk mereka yang sudah menderita masalah pencernaan.
10. Hormon adrenal seperti aldosteron dan para-tiroid bertugas mengatur elektrolit dan menjaga keseimbangan kimia intrasel dan ekstraseluler.

sumber : vitamin.cerdik.com

Antara artikel lain yang boleh bantu untuk lebih memahami : Ketidakseimbangan Elektrolit.


Next saya akan sharing....produk yang membantu menyokong keperluan elektrolot dalam tubuh kita. Stay tune!



Berminat untuk membuat pesanan ?

 Sila KLIK SINI. atau Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
#stayathome

Ahad, 12 Mei 2019

Masa bila nak makan vitamin jika berpuasa?

Ada orang kata, bila dah makan vitamin masa bulan puasa... kalau ia beri kesan bertenaga...tak dapatlah merasai nikmat sebenar berpuasa iaitu merasai kesusahan orang susah atau fakir yang berlapar kerana tidak punya wang dan makanan.

Namun secara peribadi saya rasa pengambilan vitamin sepanjang bulan puasa sangat penting agar kita kekal produktif. Tak best la bila tiba bulan puasa aje, umat Islam tak bertenaga...melepek dipejabat dan banyak tidur. Kan tak produtif langsung?

So sebenarnya ada baik juga kita usaha makan vitamin...sebab pastinya bila berbuka kita tidak mampu menyediakan makanan yang mencakupi semua keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan kan?

Ramai orang tertanya-tanya bila puasa ni...waktu bila nak makan vitamin?

Sebenarnya kami galakkan pengambilan vitamin ini diagihkan kepada 3 masa terutama sepanjang bulan puasa.


Berpuasa bersama vitamin Shaklee
Nak mudah ingat bila waktu perlu makan vitamin bila berpuasa.

Hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan jadual konsultasi masa makan vitamin terutama bulan puasa.








* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 

Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 9 Mei 2019

Makanan rendah G.I ?

Dulu orang sebut glukos tu gula ringkas... kemudian saya belajar pula tentang Low GI. Nama lainnya rendah glisemik indeks.

Apa benda sebenarnya makanan yang dikatakan rendah glisemik indeks?

Makanan yang rendah glisemik indeks yang saya fahamkan adalah makanan meningkatkan paras gula dalam darah secara perlahan-lahan.

Dan saya belajar bahawa nasi dalam kategori makanan tinggi glisemik indeks. Maka nasi dikategorikan makanan yang meningkatkan paras gula dalam darah secara cepat. Sebab itu pesakit kencing manis @ diabetis disarankan mengurangkan mengambil nasi dengan banyak dalam diet harian.

Mungkin sebab itu saya perasan, bila berbuka dengan nasi malah bersahur dengan nasi jika tidak dikawal dengan baik, ia membuatkan kita cepat mengantuk selepas itu. Ini kerana paras gula dalam darah meningkat dengan cepat.

So puasa kali ini abah Addinnasa dah beritahu agar sahur sediakan makanan untuk anak-anak sahaja tetapi beliau lebih suka memilih untuk amalkan Shaklee Cinch Shake perasa cokolat.

Lebih mudah bila ada blender Shaklee, maka saya lebih suka blend bersama Shaklee Cinch Chocolate bersama kurma dan sesudu Shaklee Meal Shake.

Program kelansingan badan Shaklee

Testimoni sendiri ;

Apa yang saya rasai sendiri ialah badan lebih ringan....kita tak mudah la tidur terlalu lama jika keletihan , cukup sekadar short nap [ lena sebentar] bila siang hari dan berbeza bila berbuka dan bersahur dengan nasi yang saya rasa buat badan berat dan mudah mengantuk serta kebarangkalian untuk tidur lama juga boleh terjadi.

Program Kurus Shaklee
Menu sahur ringkas dan lengkap dengan khasiat.


Anda nak cuba kelainan dalam meningkatkan taraf kesihatan? Mulakan dengan pemakanan sahur dan berbuka. Menukar cara pengambilan dan diet pemakanan membantu kita menukar kepada kehidupan yang lebih baik.

Selamat mencuba!

Jemput baca : Cinch Shaklee untuk kurus?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan produk Shaklee secara Percuma?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Mei 2019

Ramadhan tahun ini dengan Performance Drink perasa Lime, dah cuba?

Mungkin ada yang tidak tahu, bulan Ramadhan tahun ini ada produk istimewa dan ianya khas hanya untuk Ramadhan tahun ini.....


Sebelum ini kita dah biasa dengan Shaklee Performance Drink perasa Oren kan?

Shaklee Kuala Terengganu
Shaklee Performance Drink perasa Oren

Tapi tahun ini Shaklee Malaysia bawa masuk satu lagi Performance Drink perasa Lime. Saiznya 2 kali ganda dari Performance drink perasa oren. Dan rasa dia....lebih SEDAP!!!!


Tadi bancuh satu jug 2 liter alhamdulillah habis. Anak-anak suka sangat! Siap minta buat stok untuk minum selepas ni. Terutama sebab mereka perlukan air yang cukup maklumlah nak menghafal kena banyak buka mulut.

Sejak Shaklee ada jual Scoop comel ni, saya memang beli banyak untuk buat stok kat rumah. Senang betul bila ada scoop macam ni.

Scoop Shaklee sesuai untuk ESP dan Meal Shake.


Jadi bila buka Shaklee Performance Drink perisa Lime tadi saya pun mula scoop untuk buat juadah minuman berbuka.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tekstur Shaklee Performance Drink Lime ni sangat halus.

Selepas dah scoop beberapa kali baru sedar....dalam ni ada scoopnya sendiri la. Cuma comel. Kalau nak bancuhan dalam gelas mungkin sesuai. Tapi sebab saya nak buat dalam jug saya lebih suka dengan scoop yang saya beli secara online aje.



Scoop boleh beli online aje....



Yes, memang sedap dan rasanya pasti ada kelainan....dan paling penting sebenarnya fungsi dia sama macam Shaklee Performance Drink perasa oren.



Berminat nak dapatkan promo ini?



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689


 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Mei 2019

Haram memberi tanpa izin suami.

Hari tu masak lauk ketam kuah lemak...fuh bau nya menusuk betul hidung....dan tanpa sedar bau itu juga sampai ke rumah mak yang berjiran di sebelah rumah. Tanpa sedar makcik yang duduk belakang rumah juga terhidu bau lauk yang di masak tadi.

Image result for lauk ketam masak lemak
ehsan google
Datanglah mak dan makcik dengan mangkuk tupperware siap bertutup berhajat nak merasa lauk tadi.

Memandangkan dah lama pun berjiran dengan mak dan makcik [ adik mak] jadi memberi mereka lauk tadi bukanlah perkara yang pelik  pun.

Tapi tanpa sedar, si isteri dah memberi makanan kepada mak dan makciknya tanpa keizinan suaminya. Haram hukumnya!

Ya Allah, ustaz tegur dalam ceramahnya baru ni...rupa-rupanya haram kerana diberi tanpa keizinan suaminya.


Berjurai air mata....rupanya si isteri tadi beri makanan yang haram pada mak dan makciknya.


Allahu akhbar!

Betapa ramainya hari ini yang memandang remeh perkara ini.

Malah sebagai isteri, nak beri mak duit belanja pun kena maklum pada suami. Dia ada hak untuk tahu.
Arwah abah dulu siap pesan pada saya....jika nanti dah berkeluarga bila nak bagi mak abah duit kena minta izin suami. Baru duit itu terdapat barakah yang banyak.  [ Saat ini rindu betul dengan peringatan hal hukum agama yang selalu arwah abah tekankan]

Sama juga bila ada adik beradik datang nak pinjam duit....si isteri perlu minta keizinan suaminya terlebih dahulu kerana walaupun ia adalah duit isteri tapi si suami perlu dimaklumkan dan memberi izin barulah halal dan rumahtangga dipenuhi dengan rahmah.

Suami perlu tahu apa sahaja yang berlaku dalam rumah. Sekecil-kecil hal juga kerana dari situ datangnya rahmah.

Ramai hari ini sibuk cari duit, malah ada ramai yang dah banyak duit tapi jiwa tak tenang...rumahtangga tak tenang...anak buat hal.....banyak kebocoran kewangan.....semuanya berpunca kerana kurangnya rahmah.


Ya nak berniaga pun kena minta izin suami. Suami kena maklum yang kita nak berniaga. Berniaga nak bantu rumahtangga maka kena jaga batas rumahtangga. Malah kalau ada customer nak datang rumah beli barang....tak dibenarkan masuk kecuali dengan izin suami.

Islam sangat mementingkan hak individu, hak sebagai suami, hak sebagai isteri malah hak sebagai anak....demi kesejahteraan. Maka kita tak boleh pandang remeh.

Pasti kita nak pengakhiran yang baik kan....maka semuanya perlu dilakukan dengan jalan yang baik.

Wallahu alam.




 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Bersahur atau berbuka dengan mak ayah dalam Ramadhan.

Alhamdulillah tahun ini dapat juga bersahur dengan mak dan ayah di Putrajaya ...walaupun nyaris juga terlewat bangun namun rezeki Allah kejutkan juga. Walaupun pada asalnya tak de plan nak bersahur di sana, tapi aturan Allah flight balik Terengganu sepatutnya Ahad tapi kami tukar pada Isnin petang. Maka rezeki bersahur dengan mak ayah di awal Ramadhan.

Ya adakala benda ni nampak remeh tapi percaya tak, setiap perkara atau sekecil-kecil usaha kita gembirakan mak ayah tu ada rahmat besar yang kadangkala tak dapat dilihat oleh mata kasar. Paling best kerana kita dapat rahmat dalam doa mereka.

Waktu ni teringat sahur di rumah arwah mak di Muar....kenangan tak boleh dilupakan. Rindu yang tiada ubat.

Bagi yang masih ada mak ayah, usahakanlah untuk dapat bersahur atau berbuka bersama mereka... kerana ia dapat menghiburkan hati mereka tanpa kita sedar.

Hakikatnya banyak benda yang kita usahakan untuk keluarga mengundang rahmah tanpa kita sedar. Rezeki pun mudah datang.

Paling seronok sebenarnya, kita beroleh ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan Allah di dunia dan akhirat.





Kenangan tahun lepas masa beraya dengan mak ayah di Mekah. Masa ni kami baru lepas selesai umrah...terus ke hotel Hilton Suites di Mekah jumpa mak ayah.


Beraya di Mekah.


🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 28 April 2019

Bila si manja berpuasa untuk kali pertama.....

Biasa tak lalui bila bulan Ramadhan, cabaran pada ibu ayah untuk mengejutkan anak-anak bangun sahur?

Adakala mereka bangun tapi makan sambil mata pejam dek kerana mengantuk. Maklumlah Ramadhan sekali setahun.

Tapi ibu ayah boleh cuba resepi simple ini..

Bila si manja belajar berpuasa


Sempena bulan April yang akan berakhir esok, bagi mereka yang belum mendapatkan Meal Shake boleh hubungi kami untuk pesanan ; ORDER MEAL SHAKE SHAKLEE

Kurma Meal shake



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak dapat vitamin percuma melalui bonus Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689


 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 1 April 2019

Menu sahur simple tetapi seharian cergas.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Sekarang dah masuk bulan April bermakna hanya lagi sebulan lagi jika dipanjangkan umur kita akan bertemu dengan Ramadhan.

Bagi yang perlu menggantikan puasa, kita masih punya sebulan lagi...

Saya dah cuba beberapa kali sahur kurma bersama bancuhan ESP, Meal Shake dan Performance Drink.

Terlebih dahulu, jika esoknya saya nak berpuasa, saya akan ambil beberapa biji kurma.

Saya akan buangkan semua biji kurma tersebut dan saya rendamkan kurma tanpa biji ini dalam segelas air dan saya simpan dalam peti sejuk untuk semalaman. Ini bertujuan untuk melembutkan kurma tersebut.

Esoknya waktu bersahur saya akan ambil kurma yang direndam dan saya masukkan beberapa sudu ESP, Meal Shake dan Performance Drink di blend bersama sekaligus.

Memang mengenyangkan dan badan rasa ringan dan berbeza bila sahur dengan nasi. Mata mudah mengantuk terutama nak tunggu solat subuh.

Bagi yang nak cuba sahur dengan supplement Shaklee, saya alu-alukan anda rasai sendiri perbezaan harian yang anda lalui bila bersahur dengan set ini. InsyaAllah sangat berpuas hati.


Saya blend dengan blender Shaklee jual sebelum ini...sangat mudah dan bancuhannya sekata.
Jika anda memang sudah ada blender buah atau jus boleh juga gunakan yang sedia ada.

Selamat mencuba.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu



Salam sayang
dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 27 Jun 2018

Pengalaman Umrah Akhir Ramadhan

Alhamdulillah Allah izinkan kami merasa berpuasa di tanah ambiya Madinah Al Munawarah. Bukan satu perkara mudah bila musafir ke tanah Arab waktu puasa.

Manakan tidak kita perlu tambah 5 jam lagi waktu berpuasa....mungkin sebab itu ada yang mengambil rukhsah musafir dengan tidak berpuasa sepanjang perjalanan.

Rombongan kami seramai 10 orang sahaja....kami sampai malam 27 Ramadhan....dan alhamdulillah kerana sampai waktu malam, maka tidak terasa bahang cuaca di sana yang dikatakan agak panas menghampiri akhir Ramadhan.

Oleh kerana berpuasa hanya 29 hari sahaja tahun ini, maka dapatlah bersahur 2 hari di Madinah. Rezeki betul sebab hotel Al Syaza di Madinah ini menyediakan sahur secara percuma!

Kerana cuaca di sana ketika itu adalah antara 45-47 darjah celcius....maka Performance Drink Shaklee kami jadikan amalan masa sahur dan berbuka.

Alhamdulillah merasa Aidilfitri di Tanah Suci Madinah pada pagi hari dan malamnya kami sampai Mekah untuk menunaikan umrah. Selesai Umrah satu rombongan [ 10 orang kami] ...masing-masing balik ke hotel untuk beradu kerana jam dah menunjukkan jam 1 pagi.

Kami 4 beranak tidak terus balik ke hotel sebaliknya ke hotel Hilton Suites di Mekah untuk beraya dengan mak ayah serta Huda.


Mak ayah dan Huda menunaikan umrah lebih awal dari kami yang mana mereka bertolak pada 6 Jun maka mereka berangkat pulang pada 16 Jun 2018.

Sempatlah kami beraya dan bergambar kenangan di tanah suci  Makkah Al Mukarramah.

Kami beraya di Mekah hingga raya ke enam sambil buat umrah selang sehari dengan tawaf sunat. Pengalaman baru buat kami beraya di Mekah tahun ini.


Dikatakan cuaca mula panas sejak pertengahan Ramadhan dan akan meningkat naik apabila musim Haji nanti wallahu alam.

Maka para jemaah haji, andai ada rezeki lebih cubalah dapatkan Performance Drink Shaklee dan beberapa vitamin asas yang boleh dibawa untuk bantu kekalkan stamina.


Next entry saya akan share kesan vitamin pada makcik dan pakcik saya sepanjang amalkan semasa menunaikan umrah di sana. InsyaAllah.



#vitaminumrahdanhaji
#Performancedrinkshaklee
#umrahakhirramadhan




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 21 Mei 2018

Puasa dan ulser


Puasa dan ulser
Ulser mulut


Selepas membaca doa berbuka puasa...dan ketika makanan baru hendak disuapkan ke mulut...tetiba terasa pedih ngilu yang amat. Oh ada ulser di tepi sebelah dalam bibir.

Bukan 1 atau 2 tetapi tepi dinding mulut dibahagian pipi juga ada rupanya.

Sakitnya bukan kepalang...perut yang lapar tadi terus kehilangan selera untuk meneruskan makanan.

Berbuka dengan air panas memang melegakan perut yang kosong tetapi dengan ulser yang banyak menyebabkan sakit bertambah pilu.


Ya sepanjang berpuasa ramai orang yang kurang minum air. Walaupun berpuasa antara 13 -1 4 jam sehari namun ramai yang tidak amalkan pengambilan minuman yang mencukupi.

Malam terasa sangat pendek...selepas berbuka, kita berkejar nak solat maghrib seterusnya solat isyak dan terawih. Ada yang habis solat terawih hingga jam 11 hingga 11.30 malam. Langsung pulang dan tidur.

Bangun sahur pula mengampiri waktu imsak maka air yang diminum boleh dikira pakai jari. Pasti tak mencukupi 2 liter pun.


Adakah kalian juga melalui perkara ini?

Ya saya dulu juga begitu....


dan kehadiran ulser dalam mulut menandakan pengambilan air yang berkurang dan tidak mencukupi.



Alhamdulillah kini dengan adanya Performance drink....sangat membantu. Berpuasa tetapi tetap produktif. Banyak kerja yang boleh dilakukan. Badan tidak mudah penat walau seharian ke hulu hilir menguruskan perkara yang perlu diselesaikan.


Performance drink Shaklee
Minuman isotonik tanpa karbonat.


Pernah dengar atau cuba Performance drink Shaklee? Ianya perasa oren dan saya selalu sebut...ia macam oren Tang yang serbuk dulu-dulu.

Untuk lebih lanjut boleh baca sini ✔ Istimewanya Performance Drink Shaklee.


Antara tips untuk mengelakkan ulser sepanjang berpuasa :

✔ Amalkan pengambilan kurma semasa berbuka dan bersahur.

✔ Jadikan amalan minum air dan bawa bekalan air sepanjang berterawih di masjid.

✔ Amalkan pengambilan serat seperti sayur dan potongan buah dalam menu harian.

✔ Berkumur dengan cecair pembersih mulut seperti Listerine sangat membantu mengurangkan risiko bakteria dalam mulut .

✔ Pengambilan vitamin B complex sangat membantu meredakan ulser mulut.

✔ Amalkan pengambilan minuman isotonik untuk mengimbangkan keperluan cecair dalam tubuh badan sangat membantu sepanjang berpuasa.



Selamat mencuba.




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 9 April 2018

Menu sahur ekspres dengan ESP dan Meal Shake Shaklee

Masih ingat cerita kawan kat kolej Bestari UM dulu, beliau bangun lambat untuk sahur. Tapi sebab tetap nak makan nasi, dijadikan cerita tersedak sebab tercekik tulang ikan. Kebetulan pula masa tu azan subuh berkumandang...jadi kerana tetap mahu berpuasa, maka sepanjang hari beliau akan cuba keluarkan tulang yang tersangkut tu dah bunyi seperti kucing tersangkut makanan dalam tekak.


Ya adakala kita akan terbangun lambat untuk bersahur...boleh teguk segelas air kosong aje jika dah tak ada pilihan. Tapi ada sesetengah orang akan menyediakan minuman express yang berkhasiat untuk bersahur.


Kebetulan pagi tadi kami lambat bangun sahur, masa yang ada cukup untuk minum air...dengan cepat kami terus ke dapur dan saya mencapai cawan masukkan 2-3 sudu nestum kemudian masukkan air suam baru tambahkan 1 sudu ESP Shaklee dan 1 sudu Meal Shake Shaklee. 1 gelas lagi saya bancuh air masak dengan Performance Drink Shaklee sahaja.

Alhamdulillah dapat bersahur express tapi kenyang dan berkhasiat. Ya itu untungnya ada 3 jenis produk ni di rumah...

ESP Shaklee 
Hasil carian imej untuk esp shaklee png


Meal Shake 


Hasil carian imej untuk meal shake shaklee png

Performance drink Shaklee.

Hasil carian imej untuk Performance drink shaklee png

Ditambah bulan April ni ada promo ESP Shaklee untuk ahli Shaklee so memang untung bekalan  stok sampai Puasa Ramadhan nanti.


Hasil carian imej untuk sahur


Berminat nak dapatkan vitamin ni untuk ganti puasa atau stok Ramadhan? Boleh terus mesej di SINI.



#pengedarVivixShakleeKualaTerengganu
#PengedarYouthShakleeKualaTerengganu


Ahad, 1 April 2018

Istimewa tentang ESP Shaklee - Soy Protein Isolate Powder


Salah satu produk tersebut adalah ESP Shaklee. ESP Shaklee adalah serbuk protein soya yang begitu istimewa.

Serbuk Shaklee ESP protein soya adlaah makan yang bernutrisi dan enak untuk seisi keluarga.

Apakah kelebihan ESP Soya Protein Shaklee ini ?

ESP Shaklee menggunakan soya yang tidak diubahsuai secara genetik protein soyanya. [ non gmo]

ESP Shaklee dimana setiap hidangan mengandungi 14 gam protien berkualiti yang rendah lemak serta tanpa laktosa dan tanpa kolestrol.

ESP Shaklee dihasilkan dengan keperluan biologi yang lengkap dengan 9 jenis asid amoni perlu.

Ia mempunyai PDCAAS [ Skor penghadaman protein kepada asid amino] skor 1.0 yang mana keududukan tertinggi dan sama dengan protein haiwan.

Mengandungi 5 jenis keperluan vitamin B dan separuh daripada keperluan kalsium harian.

Mengandungi isoflavons semulajadi daripada soya.



Pengedar Shaklee Terengganu




Kunci kepada Soya Protein Shaklee adalah kemampuan memberi tenaga untuk satu jangkamasa panjang dimana saintis merujuk kepada tidak balas glisemiks. Makanan yang mempunyai rendah glisemik indeks bantu mengekalkan tahap gula yang stabil ,mengawal pengambilan karbohaidrat, membuat anda rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu makan dengan lebih mudah. Formula glisemiks indeks yang rendah ini membantu mengekalkan tenaga selepas berjam-jam dan membantu mengurangkan rasa lapar.

Sumbuer soya prtien non- GMO ini telah dihasilan dibawah Program Pemeliharaan Indentiti [IPP] yang bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat sepanjang proses penanaman seehingga pemprosesan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 19 Mac 2018

Resepi ESP dan Meal Shake Shaklee untuk berbuka puasa.

Image result for manfaat kurma
Apabila buah ini banyak di pasaraya itu menandakan Ramadhan sudah menghampiri dan pada bulan Ramadhan sendiri buah ini sangat banyak dari bulan -bulan biasa.

Ini kerana manfaat yang banyak pada buah Kurma menjadikan ia makanan terbaik untuk kesihatan sepanjang berpuasa.

Ya jika bersahur dengan kurma juga membantu kita mudah kenyang dan bertenaga malah adalah sunnah berbuka puasa dengan buah kurma terlebih dahulu.

Pernah cuba Kurma Shake?

Resepi mudah untuk berbuka puasa. Mengenyangkan dan yang pasti membantu bekal tenaga untuk berterawih nanti.

Shaklee Miri




Antara bahan-bahan :

ESP Shaklee 2 sudu besar

Meal Shake Shaklee 1 sudu besar

Segelas susu segar

2-3 biji kurma

Sedikit ketulan ais.



Bahan-bahan ini dikisar di dalam pengisar [blender] sehingga kurma menjadi halus dan sedia untuk di minum. Kurma boleh ditambah ikut citarasa masing-masing.




Boleh cuba untuk merasai kelainan bancuhan ESP Shaklee dan Meal Shake Shaklee untuk minuman seisi keluarga.















 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 6 Mei 2017

Bila panas jangan lupa minum air isotonik Shaklee

Ya sekarang memang musim panas...terasa bahangnya semacam....anak-anak pun di suruh mandi tenghari dan kalau boleh monitor pengambilan air kerana bila terlalu panas badan kita juga akan mudah dehidrat. Bila badan kurang air...anak mudah sakit. Malah orang dewasa macam kita pun perlu jaga kerana bila terlalu panas kita akan mudah rasa letih, mudah rasa pening atau  hilang semangat dan menjadi tak produktif.


Walau bagaimana pun, adakala pengambilan air tak dapat di monitor dengan baik kerana pelbagai cabaran. Malah anak-anak juga adakala terlalu cerewet apabila di suruh minum terutama jika mereka jenis yang suka minum air manis sahaja.

Maka saya sering syorkan ibu ayah yang mempunyai anak kecil seawal usia 1 tahun ke atas untuk menyediakan mereka minuman isotonik di rumah. Banyak isotonik di pasaran yang mengandungi karbonat [ bergas ] dan ini tidak sesuai untuk anak yang perutnya mempunyai alahan. Ditambah banyak isotonik biasa mempunyai kandungan gula yang tinggi. Mungkin ada yang claim tiada gula namun kos mungkin sedikit tinggi.

Jadi saya sering syorkan agar ibu dan ayah menyediakan satu canister Performance Drink Shaklee untuk setiap rumah.

Apa manfaat utama minuman Shaklee ni?



Jika hari panas....ia membantu mengurangkan risiko keletihan dan demam di kalangan anak-anak malah termasuk ibu ayah.

Sangat menjimatkan kerana ia boleh diambil seisi keluarga.

Sangat bagus di saat kecemasan.... jika anak demam atau cirit birit kerana ia membantu menstabilkan pengaliran air di dalam badan.

Sesuai untuk dijadikan minuman pada waktu sahur dan berbuka untuk seisi keluarga.

Mudah untuk dibancuh bila perlu untuk di minum.


Fakta menarik mengenai Performance Drink Shaklee :

1. Ia membekalkan 3 jenis karbohaidrat untuk tenaga dan stamina.

2. Sejenis minuman yang membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh dan mencegah dehidrasi.

3. Menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh badan supaya tak mengalami kekeringan.

4. Mengandungi formula opti-carb. Opticarb adalah rangkain karbohaidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Sesuai untuk seisi keluarga.


Jom dapatkannya hari ini selain persediaan yang bijak untuk bulan puasa.









 Call/Whatsapp : 012-853-5689
Pengedar Shaklee Aktif Malaysia



♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 11 Jun 2016

Bukan hanya untuk hilangkan dahaga.

Ya beberapa kali juga kami ke Pasar Ramadhan ( orang dok panggil PaRam) dan walaupun mata ni dijamu dengan pelbagai jenis air sejuk yang menarik perhatian tetapi saya tetap nampak air di bawah ini....



 
Ya saya akan bancuh sebelum saya selesai sahur dan berbuka.

Mengapa selepas berbuka pun nak kena minum?

Cinch Tea Mix ni seronoknya sebab buat badan rasa bertenaga. Jadi bila nak solat terawih takde la badan letih, lemau dan mengantuk.




Satu lagi kelebihan air ini ialah ia menukar lemak menjadi muscle. Dulu saya tak nampak kesannya tapi bila Abah Addinnasa terpilih dalam Pilot Study Detox untuk syarikat Shaklee, hasilnya nampak bila semuanya disukat melalui mesin karada.

Saya ambil semasa sahur juga supaya badan saya mampu bertahan sehingga berbuka terutama dikala hari panas.

Adakala saya bancuh sepeket dengan air suam sejuk dan adakala 2 peket jika nak ada lebih rasa green tea.

Ya ia sesuai untuk mereka yang usaha nak turunkan berat badan sambil berpuasa dengan cara yang lebih sihat.

Lebih istimewa teh hijau yang terdapat dalam Cinch Tea Mix ini TIDAK seperti kebanyakan teh hijau dalam pasaran yang menyebabkan cirit birit.


Bagi mereka yang dah amal memang akan rasa perbezaan yang ketara terutama dari segi tenaga dan penurunan lemak dalam tubuh badan.

Anda berminat nak dapatkan sekotak hari ini?

Hubungi pengedar Shaklee anda atau kami boleh menghantar terus ke kawasan anda melalui talian 0128535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.COD Shaklee Kuala TerengganuUntuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melaluiEmailYahoo : nnorita78[@]yahoo.comGmail : addinnasa[@]gmail.com♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa