Memaparkan catatan dengan label Kencing Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kencing Manis. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2022

Pulut, boleh makan tapi berpada-pada.

Ramai yang tak tahu apa yang dimakannya adakala menjadi punca banyak penyakit hadir . Adakala ia menjadi makanan tradisi keluarga, jadi kita merasakan tiada masalah untuk mengamalkannya. 

Sebab itu segelintir yang kurang membaca, akan menyangka makan vitamin baru 3 hari dah menjadi punca sakit kepala , sakit badan atau sebagainya.

Membaca artikel pulut [Beras Pulut dan Kencing Manis] membuatkan saya sedar, pulut bukanlah makanan yang boleh dijadikan makanan harian. Ia mampu mengundang penyakit yang berat, antaranya kencing manis, kolestrol, jantung tersumbat dan banyak lagi.
Sejak kecil saya dibesarkan dengan pulut kuning. Majlis kesyukuran buat pulut kuning. Majlis harijadi , hantar pulut kuning ke masjid... 

Malah duduk Terengganu, pulut kuning sebagai sarapan pagi. Tidak kurang dari itu, pulut menjadi makanan kegemaran, makan dengan durian atau mangga. Ketupat pulut atau nama lainnya ketupat palas, telah menjadi kegemaran saya. Namun kerana ia buatkan badan rasa berangin, saya mula kurangkan minat nak makan. Jika ada lemang, saya cuma makan sepotong dua yang kecik sahaja.

Baru saya nampak kenapa arwah abah saya dapat stroke, darah tinggi ....punca dari pemakanan.

Bukan tak boleh makan, tapi berpada-pada. Sedap manapun, makanlah tetapi jangan sampai ia memberi mudarat. Kena beringat.

Jangan lupa juga , amalkan lah makan vitamin C kerana ia salah satu vitamin yang membantu salur darah kita kekal elastik. 




Salah satu sebab orang terkena stroke adalah kerana salur darahnya yang rapuh dan mudah pecah bila tekanan terlalu tinggi.

Jadikan juga vitamin ini sebagai keperluan untuk kita kekal sihat. Jangan pandang remeh kerana hakikatnya penyakit bahaya datang mengejut, tanpa pernah kita bersedia.


Jemput baca artikel : Vitamin C prevent stroke


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 12 Disember 2018

Siapa sangka berkat belikan arwah atok vitamin ....

Alhamdulillah dah siap masak....namun sambil siap membersihkan dapur tadi, fikiran saya melayang mengingatkan arwah atok lelaki saya...Arwah Tok Tan. Bermulanya saya buat Shaklee ni bila saya nak belikan arwah atok set diabetis. Masa tu arwah atok banyak baring dan arwah mak mata atok kena kencing manis. Mungkin akibat kemurungan ditambah arwah Tok Ne baru meninggal dunia.

Kebetulan masa tu duit loan JPA baru aje keluar...saya ada lebihan dalam RM600 masa tu dan saya habiskan beli vitamin untuk arwah atok. Saya tawakal aje masa tu. Tapi bagusnya, arwah mak pun makan juga vitamin tu dah alang-alang ada kat rumah. Masa tu mak kerja kilang kalau tak silap saya.

Bila arwah atok kata badan dia bertenaga lepas amik vitamin tu...saya mula rasa seronok. Lepas tu masih saya ingat bila saya ada cuti atau balik hujung minggu, arwah atok akan ajak saya jalan rumah kawan-kawan untuk cerita tentang vitamin.

Bila jumpa dengan orang yang lebih tua kan....masa tu belajar banyak ragam dan karenah manusia.
Mereka ni nak sihat tapi berkira tentang duit. Sedikit sebanyak saya belajar cara berniaga.

Saya terus kembangkan bisnes Shaklee dengan kawan-kawan kolej....bagi yang student mereka akan cari B complex dan Lecitin. Bagi pekerja kolej, makcik-makcik kantin mereka akan cari vitamin untuk kekal sihat. Maklumkan kerja tukang masak amat memenatkan. Masak untuk 600 pelajar tu...bukan sikit.

Sampai la hari ini...saya bersyukur sebab boleh menjadikan ia satu kerjaya suami isteri.

Asbab belanja arwah atok vitamin....siapa sangka rezeki tu sampai merasa pergi umrah percuma, melancong luar negara percuma...Allahu Akhbar.

Rezeki ni rahsia alam....apa yang kita mampu...kita usahakan yang terbaik. Mudah-mudahan beroleh pengakhiran yang baik.

Semoga arwah atok sentiasa dalam rahmat Allah. Al fatihah.






 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 Februari 2018

B complex bantu naikkan kolestrol baik?

Sebelum ini saya sharekan tentang result health screening saya on liver dan kidney. Saya ada juga share kan result untuk kolestrol dan gula dalam darah saya dalam keadaan baik.

Di bawah ini adalah keputusan terkini kandungan kolestrol dan gula dalam darah yang saya ambil sebelum BLNC baru-baru ini.

Mengapa saya rajin sangat nak buat health screening? 

1. Sebab saya nak tahu keadaan buah pinggang dan hati saya. Ada yang kata makan vitamin boleh rosak 2 organ ni. 

Pada saya pendapat tu tak salah kalau kita makan vitamin yang kualiti dia tiada jaminan, makan vitamin melebihi dos yang disarankan atau makan vitamin banyak tapi tak suka minum air masak. Ha ni boleh ganggu 2 organ utama tadi.

Tapi kalau kita pilih vitamin yang baik dan berkualiti, terjamin selamat, makan ikut dos disarankan dan yang utama minum air masak ikut keperluan tubuh...insyaAllah vitamin memberi banyak manfaat pada tubuh.

2. Sebab saya suka makan seafood. Sangat suka. Kalau makan buffet dinner kat hotel, jika ada udang saya boleh makan 5-6 ekor udang besar, tambah lagi kerang 1 mangkuk, belum masuk ketam dan tiram lagi. Ni semua boleh naikkan kolestrol....ha dah makan banyak pandai takutttt. Jadi kena amik tau berapa bacaan kolestrol dan gula dalam darah.



Balik kepada tajuk entry saya...tahukah kita bahawa vitamin B3 atau nama saintifiknya Niacin adalah berfungsi untuk boost HDL Cholestrol....iaitu kolestrol baik.  Jika kolestrol baik kita tinggi maka secara langsung kolestriol baik kita akan berkurang.


Sehingga hari ini saya memang fokus makan vitamin yang meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL. High Density Lipid. Selain Omega - minyak ikan, protein, Vitamin B, Lecithin dan garlic sangat membantu meningkatkan kolestrol HDL.


Paling murah adalah Vitamin B Complex la antara semua vitamin yang disenaraikan. Lagi penting  kita perlu tahu bahawa  vitamin B Complex larut air maka ia mudah musnah bila kita stress, bila kita terdedah pada cahaya matahari yang terik, bila badan terlalu letih dan bila kita mood swing.

Maka sebab itu Vitamin B Complex bukanlah satu vitamin yang hanya untuk buka selera makan atau menggemukkan tetapi ia bantu tubuh kita sihat secara menyeluruh.

Kesimpulannya jangan pandang remeh pada B complex.


pssstttt ......U all dah cek kolestrol dan gula dalam darah?

Jumaat, 24 November 2017

Mengurangkan lemak viseral dalam tubuh.


Ada tak produk yang menarik perhatian anda dalam gambar di atas?

Hehehe saya bukan nak cerita tentang Nutriferon tau...tapi saya nak share tentang produk yang kami amalkan iaitu Cinch Tea. Ianya adalah produk teh hijau Shaklee yang bagus untuk diamalkan kerana ia membantu memberi tubuh rasa lebih bertenaga.

Tahu tak salah satu kebaikan mengamalkan Cinch Tea ini ialah ia membantu mengurangkan lemak viseral di dalam tubuh kita.


Opss tahu tak apa itu lemak viseral ? Lemak viseral adalah lemak yang melekat pada organ dalaman manusia....


Ini antara contoh ;




Ini biasa kita lihat bila kita membersihkan seekor ayam yang hendak di masak di mana kita akan membuang organ dalaman yang tidak dimakan....


Namun amat menakutkan jika kita dapati organ hati kita juga sedemikian bukan?

Lemak viseral sangat merbahaya apabila ia semakin banyak melitupi organ dalaman kita. Apa yang sangat membimbangkan ialah lemak viseral menghasilkan molekul hormon dan keradangan yang dilonggok terus ke dalam hati dan membawa kepada lebih banyak reaksi keradangan dan gangguan hormon.


Ya sebab itu kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, aktivti senaman yang seimbang serta pengambilan vitamin yang betul.


Ya apa yang kita makan hari ini akan memberi kesan lagi 5-10 tahun akan datang....bukannya esok lusa.

Tapi ramai yang tak sedar.

Saya dah jumpa beberapa kes pesakit...oleh kerana tidak menjaga pengambilan makanan yang seimbang...kehidupan yang tidak seimbang serta tiada mengamalkan sebarang supplement...apabila mereka diserang penyakit...tubuh mereka mengambil masa yang sangat lama untuk recover.


Waktu itu untuk menyesal apa yang menjadi amalan ....tidak lagi memberi apa-apa makna. Mereka perlu melalui fasa untuk recover yang memeritkan malah adalah ia membuatkan mereka bertambah stress kerana mengharap proses sembuh itu berlaku dengan cepat tetapi ianya adalah sangat mustahil.


So wahai teman,kaka-kakak dan abang-abang,  ibu dan ayah....jom kita jaga pemakanan harian kita, pastikan ada aktiviti riadah sekeluarga dan mengamalkan vitamin yang betul demi memastikan tubuh kita mendapat nutrien yang seimbang diperlukan oleh tubuh kita.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 22 Januari 2016

Nak cantik jangan abaikan B complex!

Ya kami suami isteri amal B complex sejak zaman universiti lagi.

Masih ingat masa exam paper Business Law saya amik 10 biji selepas sarapan sebab saya nak fokus dalam menjawab...oh ya paper tu saya dapat A!

Saya juga amik 10 biji sebelum saya masuk bilik temuduga KPLI tahun 2004 dan alhamdulillah dapat jawab tanpa rasa berdebar atau menggeletar.

Ya sehingga sekarang kami masih makan kerana nak pastikan gula ditukar menjadi tenaga!

Oh ya Normal intake kami 2-3 biji sehari kecuali banyak makan kami amik 6 biji sehari ....hehehe.


So jangan pandang remeh pada keperluan B complex! Banyak manfaatnya.


Siapa yang perlu makan B complex?

1. Orang yang nak CANTIK!
2. Orang yang perlu fokus.
3. Orang yang amalkan PIL PERANCANG
4. Orang yang selalu stress atau tension.
5. Orang yang terlalu sensitif atau cepat marah.
6. Orang yang suka makan makanan manis.
7. Orang yang cepat penat.
8. Orang yang nak SIHAT!




B for Beauty!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 5 November 2015

Testimoni produk Shaklee

Semalam masa kelas diabetes ada 3 orang yang berkongsi apa yang mereka rasa selepas mengamalkan produk Shaklee. Ini disaksikan lebih 35 orang yang berada dalam kelas Diabetes semalam.

Kencing manis ada 3 jenis.

Paling utama kita kena usaha untuk jaga makan dan cara hidup kita supaya kita berusaha mencegah diabetes.



Pengedar Sah Shaklee Miri
Orang sedang tekun dengar penerangan dari Nutritionist.




\

Beliau , En. Farid membelikan emaknya vitamin kerana emaknya sering
mengadu sakit perut disebabkan gastrik. Emak beliau juga mempunyai masalah batu karang. Ajaibnya doktor sendiri terkejut dengan hasil yang mereka temui
apabila appointment yang sepatutnya dibuat untuk menentukan tarikh operation buang batu karang telah bertukar kepada satu yang luarbiasa!
Batu karang itu telah hilang.
Kuasa ALLAH yang mengizinkan semuanya berlaku.












Beliau, Puan Hida mempunyai masalah sukar membuang air besar. Kalau seminggu hanya beberapa kali sahaja. Namun beliau berkongsi selepas mengamalkan Herb Lax beliau akui sangat mudah membuang dan tiada lagi masalah pembuangan seperti yang beliau lalui sebelum mengenali Shaklee.


















Beliau merupakan seorang surirumah...beliau berkongsi apa yang beliau dan suami amalkan. Paling seronok apabila sebagai seorang surirumah, selepas mengamalkan vitamin Shaklee alhamdulillah dengan izin ALLAH, tiada lagi lenguh-lenguh badan dan kaki, tiada lagi masalah susah bangun malah beliau dan suami menikmati kesihatan yang optimum melalui Shaklee!





Tahniah buat mereka. Sesungguhnya kesihatan adalah anugerah dan kita boleh memilih yang terbaik antara terbaik.

Berminat dapatkan produk Shaklee?



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 3 November 2015

Miri Health Talk _ Beat Diabetes.

Malam esok Shaklee ada sediakan kelas kesihatan...topik yang menarik iaitu Cegah Diabetes.

Tak kena bayar pun...ianya percuma dan boleh datang beramai-ramai.

Ya kelas begini saya suka sebagai satu revision untuk kami terutama nak bantu consult pesakit kencing manis tentang pengambilan supplement.

Benarkah kencing manis itu penyakit keturunan?

Dulu saya pun ingat begitu...kalau nenek ada kencing manis, nanti mak pun dan lambat laun saya pun ada.

Tapi rupanya ia adalah kebarangkalian besar kerana ....


Bila nenek masak...dia akan ajarkan cara masak pada anaknya iaitu mak kita. Mak kita akan masak cara nenek kita masak....maka kita akan makan menu turun temurun.

Jika nenek suka manis, mak juga akan masak masakan yang manis dan akhirnya kita juga akan masak cara mak kita masak.


Kerana menu turun temurun maka penyakit menjadi penyakit keturunan.... kerana ia diturunkan secara tidak langsung.

Sebenarnya kelas esok akan lebih detail...apa yang saya tulis adalah cuma teori yang boleh diterima lojik sahaja. Haikatnya ada 4 jenis diabetes....


Esok datanglah join dan dengar serta belajar sendiri.


Imperial Palace Miri
Masa : 8.15 malam.


Ada doorgift untuk early bird!

See you tomorrow!


Oh ya, sekarang ada promo special Vitamin C, Twin Pack with diskaun 5%....jika nak beli esok boleh text saya awal ya.


November best offer





♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Ogos 2015

Tisu mati disebabkan jangkitan atau kekurangan pengaliran darah risiko gangren?

Bila berjinak dengan dunia Shaklee....saya belajar memahami penyakit dan sistem tubuh manusia. Melalui kursus serta pengalaman konsultasi saya sedikit sebanyak dapat memahami kepentingan vitamin kepada sistem dan tubuh kita. Suami saya lebih arif kerana sebelum ini beliau bercita-cita nak menjadi seorang doktor tetapi aturan ALLAH lebih baik kerana beliau tak jadi amik kursus medic tetapi kejuruteraan awam sudahnya.

Sepanjang berbelas tahun saya dalam Shaklee semua penyakit kronik pesakit saya belajar bagaimana punca dan bagaimana vitamin membantu untuk pesakit terus kekal sihat dan bertenaga. Vitamin tak mampu nak jadi ubat namun pengambilan vitamin buatkan badan kita cergas dan bertenaga secara langsung membantu sistem tubuh lebih kuat dalam melindungi tubuh dari serangan virus, bakteria dan penyakit yang serius.

Saya bukanlah doktor...saya tak pernah pun hafal ubat yang doktor prescribe untuk client saya...cuma saya akan refer doktor untuk memahami lebih lanjut punca sesuatu penyakit.

So saya nak share tentang satu penyakit yang biasa kita temui pada pesakit kencing manis...iaitu Gangren. Apa itu gangren?

Cegah Gangren


Percaya atau tidak...selama berbelas tahun dalam Shaklee biasa saya jumpa kes ini pada pesakit kencing manis.

Apa sebenarnya Gangren?

Gangren adalah penyakit yang berpunca dari kegagalan pengaliran darah yang membawa kepada kematian sel pra matang dan nekrosis tisu hidup. 
Ia boleh berlaku hampir pada semua bahagian badan termasuk organ dalaman.

Kebiasaanya kegagalan atau gangguan peredaran darah itu boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, luka atau jangkitan. Ia juga boleh berpunca dari diabetes yang tinggi, arteriosklerosis, ketagihan rokok atau dadah.

Dalam banyak kes sebanyak 50% dari kes gangren menyebabkan kecederaan yang serius, luka yang lambat sembuh serta jangkitan semasa pembedahan perubatan. Gangren sebenarnya sangat bahaya kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat, lebih khusus kerana boleh meliputi kawasan yang besar dan dalam banyak kes ia membawa kepada pemotongan bahagian yang dijangkiti dan biasanya berlaku pada tangan atau kaki. [ amputation].




Tahun ini adalah tahun pertama dalam Shaklee yang saya jumpa beberapa kes gangren disebabkan oleh saluran darah tersumbat....satu disebabkan kolestrol yang sangat tinggi dan satu lagi kerana terlalu ketagih akibat rokok.


Pengambilan makanan harian kita perlulah seimbang...jangan terlalu banyak amalkan daging untuk kurangkan risiko kolestrol selain menjalani kehidupan yang seimbang.

Jika ada yang bertanya vitamin apa yang membantu pengaliran darah yang lebih baik?

Antara vitamin yang bagus untuk kita amalkan dalam mencegah risiko gangren ialah Omega Guard, Vitamin E Complex, Vitamin C, Lecithin , Garlic dan Vivix.

Ini antara vitamin yang kaya dengan antioksidan. Ia juga membantu pengaliran darah yang lebih baik. Selain itu ia mencegah pembentukan plak kolestrol dalam salur pembuluh darah kita.

Vivix

Plak Kolestrol

Ya plak kolestrol boleh wujud tanpa kita sedar...sebab ia bukan berlaku di depan mata kita. Kita hanya akan sedar bila penyakit serius mula munculkan diri.

Jom kita cegah kerana kos cegah tidaklah seberat kos merawat.... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk berikan tubuh kita yang terbaik.

Hargai kesihatan semasa sihat pastinya kita juga yang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di akhir usia.

Berminat nak dapatkan vitamin di atas....boleh hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 18 April 2015

Vivix Ready Stock in Miri Sarawak

 Sejak dari Mekah lagi orang dah mula bertanya tentang Vivix dan alhamdulillah banyak juga testimoni Vivix yang saya terima sehingga hari ini.
Vivix ready stock


Seseorang yang datang membeli Vivix tadi menceritakan bahawa kawannya mencari Vivix apabila doktor yang merawat mata emaknya mengesyorkan membeli Vivix kerana emaknya mempunyai masalah untuk melihat apatah lagi membaca.

Selepas mengamalkan 1-2 botol Vivix emaknya dapat melihat malah dapat membaca!! Hati anak mana yang tak gembira bila dapat menggembirakan ibunya!
Namun saya lupa nak tanya adakah emaknya tidak dapat melihat kerana komplikasi kencing manis. Nanti saya akan update lagi!

Jika berminat nak dapatkan stok Vitamin Shaklee boleh hubungi kami ditalian +60128535689.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


Salam sayang dari

N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 10 November 2014

Shaklee Muar : Cegah Diabetes Sebelum Parah.

MUAR 15 Okt. - Kira-kira 20 peratus penduduk di daerah ini yang berusia 60 tahun ke atas berisiko tinggi mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi.Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd 


Tahukah kita ibu kepada segala penyakit adalah kencing manis? Ramai orang yang mengidap banyak penyakit bermula dari diabetes yang tidak terkawal. Diabetes atau nama lain yang lebih mudah difahami sebagai kencing manis adalah penyakit senyap yang merbahaya.

Shaklee Miri Kencing Manis
Ihsan Google


Diabetes Shaklee Miri
Klik gambar untuk besarkan imej.

Justeru itu saya ingin berkongsi tips kesihatan bersama penduduk Muar mengenai Pencegahan Kencing Manis bersama Shaklee.


Stay Healthy Be Wealthy


Tajuk : Cegah Diabetes Sebelum Parah
Tempat : 
HOTEL RIVERVIEW MUAR
[Level 4]
Muar Johor



Tarikh : 12-11-2014.

Masa: 8-10 mlm.
Pemeriksaan kesihatan percuma utk 15 terawal.
KEMASUKAN PERCUMA!
Jom datang bersama mereka tersayang!


Kami turut menyediakan minuman Tripple Gems Shaklee untuk mereka yang hadir. Cabutan bertuah juga disediakan!!!
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa