Memaparkan catatan dengan label Susuibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susuibu. Papar semua catatan

Jumaat, 20 November 2020

Kita mampu mengubahnya.

Lumrah manusia bila terjadi sesuatu...pasti akan cuba menuding jari pada yang boleh. Untuk salahkan diri sendiri...jauh sekali. 

Kita sendiri dibesarkan mengikut cara mak ayah kita bentuk kita. Ya, pasti ada yang mungkin kurang sempurna. Tapi sebagai anak kita perlu maafkan mereka. Supaya hati kita lapang untuk urusan dunia yang akan datang.

Sikap menyalahkan ibu bapa adalah paling mudah untuk kita lepaskan marah. Tapi ia tak dapat mengubah apa2 untuk perkara yang dah berlaku. Apa yang dah berlaku tetap dah berlaku. Namun kita la yang kena ubah untuk perkara yang belum berlaku.

Jika dulu, mak ayah kita mungkin kurang ilmu tentang kekeluargaan malah belaian dan peluk cium bukan menjadi budaya kita hingga dewasa. Tapi bila kita dah ada keluarga, kita boleh bentuk keluarga yang kita mahukan....tak perlu copy paste bulat-bulat dari budaya yang dibentuk oleh mak ayah kita. Bila dah bekerluarga kita kena tahu budaya apa yang kita nak serapkan pada minda anak2. Beberapa rules kami buat dari awal berkahwin dan anak2 juga perlu mematuhinya. Antaranya ialah bila dah buat silap, minta maaf. Selalu ucapkan terima kasih apabila mendapat hadiah atau selepas ibu abah belanja makan. Sebelum tidur mesti ada SOP yang perlu dibuat...salam ibu dan abah, ucapkan I love you dan minta maaf untuk salah silap jika ada pada hari tersebut.

Sama macam masakan...mak saya dulu masak pasti letak cik Aji****** dalam masakannya...tapi bila saya dah berkerluarga saya cuba ubah dan bentuk cara saya sendiri. So semua masakan saya, saya tak guna pakai cik Aji tapi hanya sedikit garam dan gula sebagai penyeri rasa.

Zaman dulu kesedaran tentang penyusuan mungkin kurang, rata-rata hanya menyusukan anak hingga 6 bulan sahaja....tapi atas kesedaran dan perubahan zaman, kini ramai ibu yang menyusukan anak mereka hingga 2 tahun, baik ibu yang tidak bekerjaya mahupun yang mempunyai karier. Kita yang menentukan corak budaya keluarga. 

Namun hari ini, kita sedar betapa pentingnya penyusuan susubu dalam perkembangan otak malah karektor baby.

Dengan adanya banyak set penyusuan hari ini, ibu2 boleh memilih apa yang dirasakan terbaik untuk diri dan bayi mereka. Jom lihat : Set Penyusuan Shaklee yang mana sesuai dengan anda?






Paling utama, mana yang baik diteruskan. Mana yang kurang baik, maafkan dan ubah kepada kebaikan.
Kata pepatah....Melentur buluh biar dari rebungnya.




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu \#ShakleeMalaysia

Selasa, 12 November 2019

Pentingnya protien untuk turunkan kolestrol dan tekanan darah tinggi?

Minggu lepas seorang leader kongsikan pengalaman testimoni customer beliau yang berpuashati dengan ESP Shaklee. Customer tu ada masalah tekanan darah tinggi....dan beliau cuma nak amalkan ESP Shaklee. Alhamdulillah selepas amalkan dalam sekian masa, customer tadi mempunyai tekanan darah yang stabil. Tiada lagi masalah tekanan darah tinggi seperti sebelum ini.

Namun yang pasti pengambilan protein yang lengkap dengan essential 9 amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dapat membantu menurunkan paras kolestrol. Tetapi perlu juga amalkan pemakanan yang seimbang, kehidupan yang seimbang dan senaman yang membantu.

Sebab itu kunci kesihatan bermula dari pemakanan yang kita amalkan setiap hari.

Walaupun banyak menu yang kita hidangkan pada keluarga, namun yang pasti ia belum tentu dapat memenuhi semua keperluan zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Terutama bila bercerita tentang protein , kita kena tahu ia adalah vitamin yang sangat sensitif dengan suhu yang tinggi. Bila goreng ikan, suhu pastinya lebih 100 darjah celcius. Jadi penyerapan protein mungkin tidak dapat dengan sepenuhnya.

Tak salah pun nak amalkan supplement...sekurang-kurangnya dapat memenuhi mana-mana ruang kosong yang perlu oleh badan.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Beberapa kebaikan protein :

Vitamin untuk menyusu

Bina badan 

Mengapa perlu cuba ESP Shaklee?



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 28 April 2018

Mengapa ESP Shaklee bagus untuk ibu menyusu?

Salah satu produk hot Shaklee adalah minuman ESP Shaklee. Hingga hari ini ia adalah antara hot item produk Shaklee yang diminati oleh ibu menyusu dan tak lupa ibu yang mengandung.

Mengapakah ESP Shaklee bagus diamal oleh ibu yang menyusu?


Set Penyusuan Shaklee

Ibu yang menyusu pastinya akan mudah lapar dan jika ibu terlalu mengikut perasaan tanpa mengawal pengambilan makanan, ini akan menyumbang kepada masalah berat badan yang meningkat. Maka ESP Shaklee adalah pilihan yang bijak bagi ibu menyusu kerana kandungan glisemik index yang rendah. Maka penukaran tenaga berlaku dengan perlahan dan ibu tak mudah rasa lapar.



ESP Shaklee mengandungi protein lengkap iaitu 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tapi tak dapat dihasilkan oleh tubuh. Ianya perlu diambil dari sumber luar. ESP Shaklee juga dihasilkan daripada soya non GMO iaitu yang tak diubah genetiknya.


ESP Shaklee dikatakan membantu meningkatkan penyerapan protein oleh tubuh dan mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut. ESP Shaklee juga mempunyai kajian dimana ia dikatakan membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Oleh kerana ini ramai ibu yang menyusu anak mendapati anak mereka mudah tumbuh gigi dan mempunyai tulang yang kuat.

Protein ESP  Shaklee  menggalakkan proses pemulihan dari sel yang rosak kepada sel yang sihat.
Selain itu protein ESP Shaklee membantu membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung terutama ibu dan bayi yang menyusu.

Jom kita baca testimoni ibu yang menyusu ibu.

Testimoni ESP Shaklee 1 :

Set Penyusuan Shaklee



Testimoni ESP Shaklee 2 :

Set Penyusuan Shaklee


Testimoni ESP Shaklee 3:

Set Penyusuan Shaklee


Testimoni ESP Shaklee 4 :

Set Penyusuan Shaklee



Testimoni ESP Shaklee 5 : 

ESP Shaklee Kuala Terengganu



Testimoni ESP Shaklee 6 :
ESP Shaklee Kuala Terengganu




BERMINAT NAK ORDER ESP SHAKLEE ? HANYA KLIK SINI !!!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 27 April 2018

Beruntungnya ibu menyusu amalkan Ostematrix

Bila kita sebut susu....kita akan terbayang sebuah gelas yang berisi susu....atau susu kotak yang kita minum masa sekolah dulu....

Alah susu
Mampukah anda minum 4 gelas susu sehari?

Mengapa pentingnya susu? Sebab kita diajar masa sekolah susu itu penting untuk tulang dan gigi yang kuat! Betul tak?

Hasil carian imej untuk calcium for healthy bone and teeth
Kalsium untuk gigi dan tulang yang sihat.

Oleh kerana inilah ibu menyusu sangat disarankan mengamalkan pengambilan bahan tenusu atau makanan yang kaya dengan kasium.

Tetapi adakah makanan ini ada dalam diet harian kita?

Hasil carian imej untuk calcium for healthy bone and teeth
sumber kalsium


Tapi ibu-ibu mempunyai pilihan untuk amalkan Ostematrix Shaklee !

Apa yang ada dalam Ostematrix Shaklee?
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Ostematrix Shaklee


Bagi yang biasa amalkan vitamin kalsium akan dapati ia mungkin sama hakikatnya ia berbeza!

Apa yang membezakan Ostematrix Shaklee dengan vitamin kalsium diluar sana? Ya Ostematrix Shaklee mengandungi Boron...yang tiada dalam vitamin kalsium lain. Boron penting untuk memampatkan tulang.

Mengapa Ostematrix Shaklee ini adalah kalsium yang berkesan? Ini kerana kandungan Vitamin D yang mencukupi membantu meransangkan penyerapan kalsium dengan lebih baik!

Baby Shaklee yang mana ibunya menyusukan dan amalkan Ostematrix Shaklee akan mendapati anak mereka mempunyai tulang yang sihat dan gigi juga cepat tumbuh!


Betapa beruntungnya ibu yang mengamalkan Ostematrix Shaklee sepanjang mengandung dan menyusukan anak mereka. 

Sila klik di sini 👉 mengetahui lebih lanjut tentang Ostematrix Shaklee

Anda mahu mencuba set penyusuan Shaklee? Boleh terus mesej di SINI.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 23 April 2018

Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Set breastfeeding Shaklee bukanlah baru dikenali.. hakikatnya dah lebih 10 tahun dikenali dalam online.

vitamin penyusuan Shaklee
Breastfeeding Set Shaklee

Ramai ibu bekerja yang memang suka dengan Set Breastfeeding Shaklee atau Set Penyusuan Shaklee.
Ini kerana mereka boleh rasai perbezaan yang ketara pada taraf kesihatan diri mereka selain melihat hasil susu yang memberansangkan!


Jom layan testimoni ini ; 👇

Set Menyusu Shaklee
Testimoni Set Shaklee


vitamin penyusuan shaklee
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Set Mengandung Shaklee
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Set menyusu Shaklee
Testimoni Set Shaklee


Set Menyusu Shaklee
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Set menyusu Shaklee laris
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Pengedar Set Menyusu Shaklee
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Pengedar Set Menyusu Shaklee
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Pengedar Shaklee set penyusuan
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee
Set Penyusuan Shaklee
Testimoni Breastfeeding Set Shaklee


Berminat nak merasai bestnya vitamin Penyusuan Shakee?
Boleh order melalui di sini.



Pengedar Set Penyusuan Shaklee
Norita Idris

Ahad, 22 April 2018

Menyusu sampai 3 tahun setengah

Mengandung ada cabarannya tersendiri tapi menyusukan anak lebih mencabar. Ya menyusukan anak adalah saat yang tak akan dilupakan dimana ia adalah masa yang mengeratkan kasih ibu dan anak.

Memang adakala menguji kesabaran bila si manja mula pandai menggigit atau bila dah tumbuh gigi.

Emosi ibu sangat penting dalam menentukan penghasilan susuibu. Jika ibu happy, susuibu akan lebih mudah dihasilkan. Apabila si ibu dalam keadaan emosi terganggu maka penghasilan susuibu juga turut terganggu. Sangat unik sekali.

Saya masuk maktab bila Addin berumur 2 tahun. Masa tu Addin masih menyusu badan. Maklumlah sebelum masuk maktab saya hanya mengajar tuition dirumah. Saya dapat buat ulang alik sepanjang pengajian diploma perguruan di Maktab Perguruan Miri Sarawak kerana alasan menyusu anak.

Paling mencabar bila ada perkhemahan yang mana terpaksa bermalam di hutan. Masa tu abah Addin akan datang ke tempat perkhemahan untuk beri peluang saya menyusukan Addin. Bayangkan betapa supportive nya abah Addin untuk penyusuan susuibu.

Syukur saya amalkan vitamin Shaklee sepanjang bujang, masa mengandung malah masa menyusukan Addin. Bezanya adalah saya kekal bertenaga walaupun adakala aktiviti yang diadakan sangat menguji ketahanan mental.

Saya juga dapat menyusukan Addin sampai umurnya 3 tahun setengah!!!
Paling tak boleh lupa adalah menyusukan dia dalam kapal terbang!

Kenapa nak menyusu sampai 3 tahun lebih? Sebab susu badan banyak! Bila plan nak mengandung yang kedua, saya yang paksa Addin stop. Letak la kopi atau benda pahit supaya dia taknak. Pun cabaran menyusu bila nak hentikan penyusuan .... hehehe.

Alhamdulillah si adik walau dapat menyusu 2 tahun setengah tapi masih satu rezeki kerana dapat nikmat menyusukan anak-anak.

Nanti saya share vitamin yang benar-benar membantu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Penyusuan susuibu

Rabu, 11 April 2018

Merancang kehamilan?

Set Menyusu Shaklee Kuala Terengganu
Set Hamil Shaklee
Ramai yang buat kesilapan dengan menyangka bila dah mengandung baru cari vitamin.
Sebenarnya seorang wanita yang nak hamil perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin sebagai persediaan untuk memastikan tubuh si ibu sihat dan menghasilkan bayi yang sihat.
Masih saya ingat lagi di awal perkahwinan doktor berikan saya multivitamin dan Vitamin B complex sebagai persediaan untuk mengandung. Saya ada tanya mengapa doktor tu jawab, wanita nak mengandung perlu pastikan cukup zat vitamin dan cukup darah. Oleh sebab ini doktor panel itu memberikan saya 2 jenis vitamin.

Namun dalam Shaklee ada set khusus untuk yang merancang kehamilan seterusnya untuk diamalkan sepanjang kehamilan iaitu terdiri daripada

🍎 ESP Shaklee - Protein penting untuk bina sel. Protein Non GMO sangat penting untuk menjamin kesihatan yang optimum. ESP mengandungi 9 amino asid penting yang tak boleh dibina oleh tubuh.

🍎 Vitalea - merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Ia sangat penting agar si ibu kekal sihat dan mendapat semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

🍎 Vitamin B Complex - lengkap dengan 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan. Ia penting membantu agar bayi tidak mempunyai masalah Spina Bifida.

🍎 Sustained Release Vitamin C - vitamin C ini dirembeskan secara perlahan-lahan bila tubuh kita memerlukan. Ia penting untuk meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

🍎 Omega guard - minyak ikan yang penting untuk pembetukan otak bayi. Secara langsung membantu ibu juga mempunyai ingatan yang baik.

🍎 Ostematrix - sumber kalsium yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan saraf bayi. Ia juga penting untuk mengelakkan ibu mengalami kekejangan otot.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mencari vitamin untuk merancang kehamilan?
www.wasap.my/60128535689/sethamilshaklee.


#pengedarShakleeKualaTerengganu
#sethamilshaklee

Jumaat, 6 April 2018

Set Vitamin Shaklee untuk Penyusuan Susuibu

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk si manja. Ya penyusuan susuibu sangat penting untuk bayi 6 bulan yang pertama kerana waktu ini bayi dikatakan sangat fragile. Melalui penyusuan susuibu ia membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi secara langsung membantu proses perkembangan di peringkat awal.

Selepas 6 bulan bayi dah mula makan namun penyusuan perlu tetap diteruskan untuk pembetukan tulang dan saraf.

Islam turut menggalakkan penyusuan susuibu yang lengkap selama 2 tahun.


Alhamdulillah kedua-dua anak saya dapat menyusu susuibu selama lebih 2 tahun setiap seorang. Ya sangat berpuashati. Tidak dinafikan selain menjaga pemakanan harian, saya amalkan pengambilan vitamin Shaklee.

Mengapa amalkan vitamin jika dah jaga pemakanan?

Kebetulan saya ceaser semasa melahirkan kedua dua anak lelaki saya, maka pengambilan vitamin penting untuk proses penyembuhan.

Secara langsung saya dapati kesannya ke atas anak saya. Mereka membesar dengan sangat baik.

Kedua-dua mereka mencapai berat 10 kg pada usia 5 bulan. Ini membuktikan pemakanan ibu mempengaruhi zat yang disalurkan dalam susuibu.

Secara peribadi saya menganggap pengambilan set vitamin Shaklee untuk penyusuan membantu enrich kan zat susuibu itu sendiri.


Jika orang sibuk membeli susu formula yang mahal atas alasan susu tersebut kaya dengan semua vitamin dan mineral, mengapa tidak saya belanjakan duit untuk beli vitamin yang saya sihat secara langsung anak juga membesar dengan lebih baik.

Ya segala vitamin yang ibu makan akan disalurkan kepada anak. Maka secara langsung ia memperkayakan zat susuibu itu sendiri.


Set Menyusu Shaklee
Masa 3 bulan


Pada saya ibu-ibu yang serius nak menyusukan anak , bagus amalkan makan vitamin untuk boost pada pembesaran bayi. Selepas 6 bulan bayi akan aktif dan berat mereka naik juga takkan banyak namun jika peringkat awal mereka dapat membesar dengan baik, perkembangan peringkat seterusnya juga akan lebih baik.

Apakah vitamin yang penting untuk penyusuan?

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Dulu dikenali sebagai set 3M - Making More Milk


Ini vitamin yang saya amalkan selain tambahan vitamin lain seperti Omega untuk perkembangan otak bayi.


Boleh lihat artikel saya sebelum ini tentang Set 3M yang terkenal.*

Namun selepas itu, Shaklee menyediakan Set Penyusuan yang lebih lengkap ; dimana ia lengkap dengan Omega Guard.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Set Selepas Bersalin


Sebarang pertanyaan www.wasap.my/60128535689/SetMenyusuShaklee



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


#setpenyusuanshaklee
#pengedarShakleeterengganu
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleeMiri




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 3 April 2018

Promo ESP Shaklee untuk April 2018.


Sempena April 2018, Shaklee menawarkan tawaran istimewa dengan pembelian 5 canister ESP, kita layak mendapat e discount voucher!!! Ini boleh digunakan untuk pembelian akan datang ! Itulah salah satu keistimewaan menjadi ahli Shaklee tau!


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Berminat nak dapatkan promo ini secara langsung menjadi ahli dan boleh grab semua kelebihan menjadi ahli? Boleh mesej www.wasap.my/60128535689/PromoESP.


Ingin mengetahui salah satu manfaat dan kelebihan ESP, boleh baca di SINI.


#pengedarshakleemiri
#pengedarshakleeterengganu
#pengedarshakleemuar

Khamis, 29 Mac 2018

Jika anda adalah salah seorang dari golongan ini, maka anda perlukan lebih protien seimbang.

Mungkinkah anda salah seorang dari golongan ini?

Bina Badan?

Ahli bina badan memerlukan otot yang perlukan sokongan semasa melakukan latihan rintangan. Pengambilan lebih banyak  protien penting untuk membina semula dan memperbaiki otot jika ada yang tercedera. Protein juga penting untuk membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan yang lebih kuat, lebih cepat dan cergas.
Image result for gym training


Bakal ibu dan ibu mengandung

Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk bayi. Ya ramai yang tahu bahawa apa yang baik untuk ibu maka ia baik untuk bayi. Ibu mengandung atau bakal ibu amat memerlukan protien untuk pertumbuhan sel bayi yang sihat. Protein juga membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
Ya protein juga membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.Image result for pregnant mom




Ibu yang menyusukan bayi.

Susuibu amat baik untuk bayi terutama 6 bulan yang pertama. Maka ibu yang menyusukan bayi memerlukan 2 kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Pengambilan protein penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan penghasilan susuibu . Selain itu protien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah komponen penting di dalam susuibu.

Image result for breastfeeding mom




 Mereka yang menjaga berat badan.

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi akan membantu membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang renda. Pengambilan lebih banyak protein penting untuk membantu meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Selain ia juga membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya. Pengambilan protein untuk golongan ini juga penting dalam usaha mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda maka lebih tinggi kadar metabolisme anda.

Image result for diet man





Golongan pertengahan usia.

Apabila kita dah mula memasuki alam pertengahan ...badan kita akan mula mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot antara isu yang akan dialami. 
Pengambilan lebih banyak protein amat perlu untuk membantu melambatkan penuaan dengan menggabungankan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan. Selain itu ia membantu risiko kesihatan yang lebih rendah terhadap maslaah kesihatan yang berkaitan dengan jantung seperti kolestrol yang tinggi.

Tips : Pengambilan tambahan 25g protein soya dalam menu diet harian bagus untuk mengurangkan risiko paras kolestrol yang tinggi.



Image result for middle age family









Pengedar Shaklee Malaysia
SID 395863


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 24 Mac 2018

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Keistimewaan Vitamin C Shaklee yang ramai tak tahu adalah 1 bijinya bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren!

Kalau sebiji beli kat pasar dah RM2.50 apatah lagi kalau beli 8 biji!!! So saya pilih Vitamin C Shaklee ! Harga sebotol hanya RM97.50 dengan 180 tablet!

Sangat jimat kan?
Image result for full of oranges



Saya memilih vitamin C Shaklee kerana ia bekalkan 500mg sustained release yang mana ia melepaskan vitamin C dalam tubuh secara berperingkat.

Kenapa penting amal vitamin C? Ia membantu memberikan pelindungan kepada sel dalam badan kita. Selain ia juga penting sebagai sumber kolagen dari dalam tubuh.


Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Vitamin C Shaklee diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


Berminat untuk dapatkannya?



Image result for vitamin C shaklee png
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC

Info lebih lanjut : Vitamin C Shaklee


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 30 September 2017

Nota dunia penyusuan susuibu ; jenis najis bayi


Saya terbaca dari wall jururawat ke rumah di fb dan ada nota menarik yang nak saya simpan di blog ini sebagai rujukan saya sendiri di masa akan datang....





Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.

Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?


Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.

1. NEWBORN ( BARU LAHIR)
- biasanya pada usia 1-3 hari.
- Hitam kehijauan
- Sedikit melekit lekit
- Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
- Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
- Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
- Tidak busuk.
- Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN
- kuning mustard/hijau/cokelat
- Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
- Kadang kala lembut atau sedikit cair
- Bertekstur seperti doh pastri
- Berbau wangi
- Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA
- Kuning atau cokolat
- Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
- Lebih kenyal
- Lebih besar
- Berbau kurang enak
- Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM
- Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU
- Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
- Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
- Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKOLAT
- Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

7. DARAH HITAM
- Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
- Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR
- Hijau, kuning atau cokolat
- Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
- Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS
- Bayi sukar mengeluarkan najis
- Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
- Bayi mengalami kembung perut dan merengek
- Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
- Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH
- Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
- Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
- Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS
- Berlendir
- Bewarna kehijauan
- Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH
- Putih kapur atau kelabu asap
- Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
- Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.


Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

#MalaysiaHomeMedicalCare











 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 15 Ogos 2017

Minggu Penyusuan 2017 : Antara cabaran menyusu anak sehingga 2 tahun

Salah satu nikmat bila menjadi ibu adalah dapat menyusukan anak selama 2 tahun. Ya ia bukanlah satu perkara yang mudah namun tidak juga mustahil.

Shaklee Kuala Terengganu


Alhamdulillah rezeki kerana saya dapat menyusukan anak sulung saya selama hampir 3 tahun setengah dan si adik sehingga 2 tahun lebih sikit. Ya ada ibu yang lebih hebat kerana mampu menyusukan anak mereka sehingga 5 -6 tahun pun ada.

Namun cabaran biasanya hebat untuk menyusukan anak lelaki.

Kerap menyusu

Ini kerana ramai ibu berpendapat bahawa anak lelaki lebih kerap minum dari anak perempuan. Kebenarannya saya tak pasti kerana saya tiada pengalaman dalam hal demikian maklumlah kedua-dua anak saya lelaki. Yang pasti sejak lahir lagi kedua beradik ini mempunyai corak penyusuan yang sama iaitu menyusu sejam sekali terutama pada 3 bulan pertama kelahiran mereka.
Masih ingat lagi saya ditegur oleh nurse kerana kerap menyusukan mereka. Nurse kata patutnya at least 2 jam baru menyusu.

Kita ibu muda yang tiada pengalaman...so setiap kali bayi menangis aje saya suakan susu badan. Dah jadi tabiat dan akhirnya sendiri penat.

Waktu tu saya buka buku supplement saya jumpa tulisan Dr Bruce Miller bagi tahu alfalfa bagus untuk stimulate milk. Memang saya terus jadikan amalan sebab nak tampung keperluan anak tadi.

Ibu yang serius nak menyusu anak sampai 2 tahun, tips saya adalah make sure badan kena sihat dan mental pun sihat. Bebas dari stress. So kena jaga makan dan jika perlu amalkan vitamin. Kita aje yang tahu badan kita. Elakkan berdiet kerana ia boleh menggangu produksi susu badan.


Suka menyelak

Bagi ibu yang bertudung, sebenarnya satu kelebihan terutama jika memakai tudung yang lebih besar dan labuh, dapat menutup aurat jika nak menyusu anak di kawasan yang mungkin sedikit terbuka. Oh tapi percayalah ia bukan semudah yang ibu sangka.

Adakala dapat anak jenis suka menyelak baju ibu dia dan sibuk nak tengok  keadaan sekeliling sambil menyusu. Oh tuhan aje tahu perasaan ibu yang bertudung tu.
Namun nasihat saya sebelum ia melarat beranikan memberi amaran sejak dari peringkat awal. Tepis tangannya secara lembut bila dia mula nak menyelak. Maka jika kita sentiasa lakukan demikian, ia akan mendapat input bahawa tak boleh menyelak. Ia satu yang tak boleh dilakukan. Lama ke lamaan anak akan tahu dia perlu menyusu dalam keadaan tertutup.


Tangan anak suka merayap.

Ini juga salah satu cabaran masa menyusu anak. Namun seperti saya kata tadi, apa pun mulakan dari awal jangan sampai dia jadi tabiat dan menyusahkan kita kemudian hari. Setiap kali tangan bayi mula nak merayap tepis secara lembut dan lakukan sehingga si bayi faham ia tak boleh buat begitu.


Menyusu hanya dalam keadaan baring sahaja.

Ya memang ada ibu-ibu yang akan menyusu dalam keadaan baring mengiring kerana anaknya tidak mahu disusukan dalam keadaan ibu duduk. Ya saya juga melaluinya. Kalau kita hanya menyusu dirumah dan tak keluar rumah, mungkin tak nampak masalah besar. Tapi bagaimana jika kita menyusu kat rumah mak mertua kita? Takkanlah 24 jam kita nak terbaring aje kan? Menjadi isu sebenarnya nanti, percayalah.

So kena juga usahakan menyusukan anak sambil duduk. Mungkin sambil menonton tv atau dalam keadaan membaca buku kita cuba lakukan sambil menyusu si kecil. At least bila kita berjalan naik kereta atau naik kenderaan awam seperti kapal terbang kita tak punya banyak masalah nak menyusukan anak dalam keadaan duduk.


Anak suka menggigit 

Memang ini antara moment yang tak boleh dilupakan kerana kita akan berada dalam keadaan stress terutama jika puting susu luka dan berdarah. Namun ia salah satu kenangan manis saat menyusukan si bayi tau.

Ditambah jika anak dah ada gigi susu....oh ia lebih menyeramkan.

Namun apa yang ibu boleh buat untuk menyusukan bayi yang ada gigi? Pertama anak yang dah mula tumbuh gigi sebenarnya dah mula faham apa yang ibu cuba cakap. Jadi bagitahu secara lembut, jangan menggigit kerana ibu boleh sakit. Beritahu dengan kerap setiap kali nak menyusu.

Bagaimana jika dapat anak yang kuat menyakat....lagi dipesan lagi usaha nak gigit? Saya dulu amal setiap kali si anak gigit, saya akan berpura-pura menggigit lengannya supaya dia juga tahu kesakitan kesan gigit. Jadi lama-lama mereka jadi serik nak cuba main-main. Hehehehe.

Oh kalau dah luka nak buat bagaimana? Antara petua mudah ialah sapukan tempat luka tadi dengan air susu badan si ibu semula. Lakukan dengan kerap kerana susuibu mengandungi antibodi yang tinggi maka biasanya luka akan cepat baik.

Sementara luka, elakkan menyusu dari puting itu secara langsung. Cuba cari nipple shield. Jadi tak la rasa sakit itu membuatkan ibu stress. Saya sempatlah merasa menyusu anak dengan nipple shield.


Ya ada banyak lagi cabaran yang perlu ibu lalui dengan karenah anak dan faktor usia ibu juga memainkan peranan. Namun setiap ibu pasti ada cara dan kreativiti sendiri untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.


Menyusu adalah satu moment yang membantu bonding antara ibu dan anak. Secara langsung membentuk peribadi anak.

Ingat ya, masa menyusu elakkan stress, perasaan marah, mudah merajuk atau sensitif kerana hasil tu nanti dapat ke anak kerana emosi itu turut salur semasa menyusu. Jika masa menyusu kita gembira dan tenang, emosi anak yang terbentuk juga sama. Lebih ceria dan tenang.

Menyusu anak selama 2 tahun bukan mudah tapi yang pasti tak mustahil.


Selamat menyusu!







Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 Julai 2017

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati?

Dulu saya selalu confuse dengan 2 nama penyakit ni....Psoriasis dan Sirosis. Bunyi dekat nak sama tapi ia dua penyakit yang berbeza. Psoriasis adalah penyakit auto imun dan lebih nyata pada kulit. Sirosis pula adalah penyakit hati yang membengkak secara berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh tetapi  tidak teratur dan akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Apa fungsi hati dalam sistem tubuh badan kita sebenarnya?


  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.


Suami saya selalu ingatkan tentang pentingnya pengambilan Lecitin setiap hari. Ini kerana Lecitin dikenali sebagai agen pengurai lemak.

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati di mana ia mengikat protien yang menurunkan trigliserida dan meningkatkan tahap koletsrol baik dalam aliran darah. Hati kita memerlukan kolin yang menghasilkan lipoprotien berketumpatan rendah yang membawa lemak dari hati.

Maka Lecitin bukan sahaja bagus untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus, selain untuk program pengurusan berat badan, Lecitin juga membantu mencegah masalah hati membengkak dan hati yang berlemak.



Dulu saya amalkan Lecitin untuk daya ingatan dan kurus...tetapi sekarang lebih kepada kesedaran hati. Tak nak hati tersumbat dengan lemak dan akhirnya bawa banyak masalah kesihatan.

Anda dah ada Lecitin? Jangan lupa amalkan dan jadikan pemakanan sihat kita.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 31 Mac 2017

Set Penyusuan Shaklee sangat menjimatkan!

Set Penyusuan Shaklee

Ya Set Penyusuan Shaklee ini adalah set yang paling popular. Walau bagaimanapun pengambilan vitamin ini perlulah disertakan dengan ilmu penyusuan yang betul.

Si ibu perlu pastikan sesi pam atau direct feeding berlangsung dengan konsisten dan kerap. Lebih kerap sesi penyusuan/ pengepaman dilakukan maka lebih banyak susu dihasilkan.

Memang pasti berbeza warna dan kepekatan susuibu yang amal vitamin dengan yang tak amal.

Balik kepada si ibu tentang kepenting vitamin yang ingin disalurkan kepada si manja tadi.

Hari ini ramai ibu yang sanggup beli susu formula mahal untuk beri yang terbaik buat si manja....cuma kelebihan set menyusu ibu pastinya lebih baik kerana ia membantu si ibu lebih rapat dengan si manja sepanjang proses penyusuan.


Berminat nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee ini? Boleh hubungi saya seperti talian di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Jun 2016

Shaklee Kuala Terengganu - Persediaan menyambut si comel

Pastinya ibu yang bakal melahirkan anak akan teruja menanti saat hampir kelahiran si manja. Ya dalam keseronokkkan menyambut kehadiran si kecil pasti si ibu juga sibuk menyediakan barang kelengkapan ibu dan bayi.

Selain pakaian si kecil, antara keperluan yang perlu ada adalah ;


1. Vitamin dan supplement : 
    Bila sebut vitamin dan supplement ini meliputi kesihatan ibu dan anak. Elakkan mengambil jamu sekurang-kurangnya 14 hari dari hari kelahiran supaya dapat mengelakkan demam kuning kepada si bayi. Bagi ibu vitamin dan supplement sangat penting agar cepat recover dari proses bersalin. Ibu yang berniat untuk menyusukan anaknya juga perlu menitikberatkan keperluan vitamin yang akan disalurkan kepada bayi melalui susuibu. Ibu pastinya akan cepat letih pada peringkat awal selepas proses melahirkan terutama apabila bayi kerap berjaga waktu malam.  Maka pengambilan vitamin membantu ibu lebih bertenaga disamping dapat mengelakkan si ibu dari mendapat penyakit yang dikenali sebagai 'meroyan'. Shaklee turut menyediakan vitamin untuk ibu dan anak yang mana set penyusuan Shaklee lengkap untuk keperluan ibu dan anak.

Shaklee Kuala Terengganu
Set penyusuan Shaklee


2. Minyak ibu dan bayi
    Ya ibu mudah rasa letih dan ada juga sebilangan kecil ibu yang badannya mudah rasa sejuk atau rasa sengal-sengal badan diperingkat awal. Ya kita biasanya memerlukan minyak urat untuk melegakan rasa ketidakselesaan yang sekali sekala datang menyerang. Begitu juga dengan bayi...pada peringkat awal biasanya si kecik akan mudah rasa kembung maka disarankan menyapu minyak pada betis, perut dan belakang badan bayi supaya dapat mengelakkan rasa sejuk atau kembung. Ada sesetengah minyak tak sesuai untuk bayi jika terlalu panas kerana akan mengakibatkan kulit bayi melepuh akibat terlalu panas. Shaklee mempunyai krim serbaguna yang dipanggil Herbal Cream Shaklee yang sesuai untuk ibu dan anak. Ramai yang mengakui pengambilan Herbal Cream pada bayi dapat mengurangkan risiko perut kembung serta melegakan keransangan kulit pada bayi seperti kulit kering atau ekzema.
Shaklee Herbal Cream Kuala Terengganu
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.





3. Sabun pencuci pakaian sesuai untuk bayi
  Ramai yang kurang menitikberatkan hal ini. Tahukah kita bahawa bayi yang baru lahir kulit mereka sangat sensitif? Maka penggunaan sabun cuci pakaian perlulah dijaga dengan teliti supaya kesan sabun cuci itu tidak mengakibatkan kulit bayi luka atau rengsa. Percaya atau tidak pakaian bayi anak saya yang dipertama saya cuci guna tangan sehingga Addin berusia 6 bulan. Even pakaian Nasa saya basuh menggunakan tangan supaya kulitnya tidak mudah luka akibat sabun basuh pakaian biasa yang biasanya sangat tajam dan tak sesuai untuk bayi. Pakaian bayi tidak seharusnya dicampur dengan pakaian kita orang dewasa supaya dapat menjaga  kebersihan dan kesihatan bayi dengan lebih baik. Shaklee mempunyai sabun basuh pakaian yang sangat mesra alam. Lengkap dengan pelembut yang mempunyai bau yang sangat lembut dan mesra alam.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.
Keunikan Shaklee

Pencuci pakaian Shaklee

Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan




Ia berbau segar, selembut sutera yang mengurangkan kedutan dan menghilangkan kesan statik pada kain yang mungkin ada pada pencuci yang anda gunakan sebelumnya. Sekali lagi, terima kasih kepada formula kepekatan yang hebat yang mana anda bukan hanya menggunakan dengan kuantiti yang sedikit malah botol kecil yang mudah disimpan, dibawa dan dituang yang boleh ditatang ditelapak tangan pun.
  • Berkepekatan tinggi – 946ml (32 auns) melembutkan 64 muatan
  • Pelembut semulajadi, mengurangkan kedutan dan mengawal kehadiran pada kain
  • Botol yang kecil bagi memudahkan ia dibawa, dituang dan disimpan


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Kuala Terengganu.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 23 Oktober 2015

Vitamin E kurangkan rasa denyut sakit tempat ceaser.

Ya bila saya ingat vitamin E saya akan ingat lagi kesan sakit bersalin ceaser anak kedua... kerana dari situ saya tahu untuk hilangkan denyut di tempat yang dipotong memang saya amal Vitamin E secara konsisten.


Masa lahirkan Addin yang mana saya lalui ceaser juga...makan masa untuk hilang denyut di tempat yang dipotong... hampir 4 tahun jugalah.

Mak kata itu perkara biasa bagi yang pernah melalui melahirkan anak secara ceaser.

Jadi pada saya... ia perkara biasa dan saya kena lalui.

Bila lahirkan anak kedua...saya cuba vitamin E dan saya memang syorkan mereka yang ceaser amik vitamin E untuk cepat baikkan luka jahit di bahagian perut kerana sakit dibahagian abdomen.

Alhamdulillah sehingga hari ini tiada lagi denyutan dibahagian potong itu.

Kebaikan pengambilan vitamin E untuk ibu yang melalui c section adalah mengurangkan risiko luka jahit terbuka atau bernanah.

Namun satu yang saya perasan bila makan vitamin E dalam pantang akan kurang atau jarang rasa nikmat bengkak susu kerana fungsi vitamin E mengurangkan bengkak atau radang.

Ya sehingga hari ini kami amal makan vitamin E kerana ia adalah vitamin yang bagus untuk para wanita khususnya untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran.



Jom dapatkan vitamin E sementara ada promo Beli 1 percuma 1! Promo berakhir 31 Oktober 2015. Jangan lepaskan peluang!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.


 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 30 Ogos 2015

Mengapa saya tetap menyusukan anak saya dengan susuibu walaupun dia prolonged jaundice?

Ya dia lahir pada usia kandungan saya tak sampai 36 minggu....Alhamdulillah sihat dan hari kedua telah mula belajar menyusu susuibu. Memang sejak dalam kandungan saya dah niat nak beri susuibu. Waktu itu doktor mula sahkan anak saya jaundis...ditambah pula kerana dia dilahirkan pra matang maka risiko untuk punya jaundis memang tinggi.


Waktu itu doktor tak sarankan saya stopkan susuibu... cuma saya dinasihatkan elakkan makan atau minum apa-apa yang mengandungi herba.

Maka saya tetap teruskan penyusuan susuibu kerana pada saya ianya adalah yang terbaik untuk pembesaran anak memandangkan kelahirannya adalah para matang.

Ujian menimpa kami apabila anak ini mengalami masalah angin pasang. Dia kerap menangis malam...dan akhirnya doktor sarankan menjalankan operation untuk kes itu.

Balik dari operation dia kerap menyusu...dari situ saya mula tingkatkan pengambilan alfalfa. Masih ingat lagi setiap kali selepas menyusu si dia saya akan amik segelas air bersama 2 biji alfalfa.

Ya saya mudah mengalami bengkak susu sejak pengambilan alfalfa. Mengapa alfalfa? Sebab saya baca buku vitamin dan terdapat penyataan alfalfa bantu stimulate susuibu. Oh satu rahmat yang tidak dapat saya lupakan..ia sangat membantu dikala mempunyai anak yang kerap minum susuibu. Ya vitamin lain saya ambil dan yang paling banyak saya consume ialah ESP !!!

Ya anak saya jaundis selama lebih 6 bulan...namun alhamdulillah lama -kelamaan jaundis nya hilang dengan sendiri.

Saya yakin susuibu yang terbaik buat anak untuk mereka membesar dengan sihat :)



Hari ini saya terbaca artikel Dr Fyda Noh  Bayi Jaundis Susuibu , patutkah penyusuan susuibu dihentikan?

Jawapannya ada dalam tulisan beliau :

Patutkah penyusuan ibu dihentikan?

Walaupun dikatakan susu ibu boleh menyebabakan jaundis, namun penyusuan susu ibu tetap perlu diteruskan dan tidak boleh sama sekali diberhentikan kerana kebiasaanya, paras bilirubin dalam jaundis susu ibu tidaklah terlalu tinggi walaupun berlangsung dalam tempoh yang lama. Sekiranya paras bilirubin melebihi paras fototerapi, maka dinasihatkan bayi menjalani rawatan fototerapi seperti jaundis dalam bayi biasa.
Yang paling penting, susu ibu menjadi sumber yang paling utama untuk penghasilan bakteria baik di dalam usus bayi dan bakteria ini akhirnya yang akan membantu menguraikan bilirubin untuk dikeluarkan melalui najis.
Selain itu, susu ibu juga merupakan sumber antibodi utama untuk bayi yang tidak mampu membina antibodi sendiri sehingga berusia 6 bulan. Susu ibu juga membina lapisan di dalam perut bayi yang boleh menghalang penyerapan bakteria berbahaya di dalam perut.
Yang penting, teruskan penyusuan ibu dan teruskan pemantauan oleh anggota kesihatan.

Artikel penuh boleh rujuk : Bayi Jaundis Susuibu , patutkah penyusuan susuibu dihentikan? oleh Dr Fyda Noh.


Berminat nak dapatkan set penyusuan Shaklee dengan penjimatan?

Boleh hubungi kami hari ini!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa