Memaparkan catatan dengan label Darah Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Darah Tinggi. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2022

Pulut, boleh makan tapi berpada-pada.

Ramai yang tak tahu apa yang dimakannya adakala menjadi punca banyak penyakit hadir . Adakala ia menjadi makanan tradisi keluarga, jadi kita merasakan tiada masalah untuk mengamalkannya. 

Sebab itu segelintir yang kurang membaca, akan menyangka makan vitamin baru 3 hari dah menjadi punca sakit kepala , sakit badan atau sebagainya.

Membaca artikel pulut [Beras Pulut dan Kencing Manis] membuatkan saya sedar, pulut bukanlah makanan yang boleh dijadikan makanan harian. Ia mampu mengundang penyakit yang berat, antaranya kencing manis, kolestrol, jantung tersumbat dan banyak lagi.
Sejak kecil saya dibesarkan dengan pulut kuning. Majlis kesyukuran buat pulut kuning. Majlis harijadi , hantar pulut kuning ke masjid... 

Malah duduk Terengganu, pulut kuning sebagai sarapan pagi. Tidak kurang dari itu, pulut menjadi makanan kegemaran, makan dengan durian atau mangga. Ketupat pulut atau nama lainnya ketupat palas, telah menjadi kegemaran saya. Namun kerana ia buatkan badan rasa berangin, saya mula kurangkan minat nak makan. Jika ada lemang, saya cuma makan sepotong dua yang kecik sahaja.

Baru saya nampak kenapa arwah abah saya dapat stroke, darah tinggi ....punca dari pemakanan.

Bukan tak boleh makan, tapi berpada-pada. Sedap manapun, makanlah tetapi jangan sampai ia memberi mudarat. Kena beringat.

Jangan lupa juga , amalkan lah makan vitamin C kerana ia salah satu vitamin yang membantu salur darah kita kekal elastik. 




Salah satu sebab orang terkena stroke adalah kerana salur darahnya yang rapuh dan mudah pecah bila tekanan terlalu tinggi.

Jadikan juga vitamin ini sebagai keperluan untuk kita kekal sihat. Jangan pandang remeh kerana hakikatnya penyakit bahaya datang mengejut, tanpa pernah kita bersedia.


Jemput baca artikel : Vitamin C prevent stroke


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Khamis, 3 Jun 2021

CoQ 10, Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Penulisan ini dikarang oleh suami saya....

CoQ10 adalah salah satu nutrien yg saya kekurangan dlm badan. Doktor yg dirujuk juga sarankan saya ambil 2-3 kali pengambilan CoQ10 seharian.
Dari bacaan (buku ni boleh dibeli di farmasi), rupanya CoQ10 ni sangat penting. Pendek cerita, setiap sel dalam badan mesti menghasilkan tenaganya sendiri utk berfungsi. Proses penghasilan tenaga sel melalui pembakaran gula & lemak memerlukan kehadiran CoQ10. Jadi CoQ10 ni ditemui dalam setiap sel tetapi ia lebih banyak ditemui dalam organ yg bekerja keras & memerlukan tenaga selular yg tinggi seperti organ jantung, hati, buah pinggang & pankreas (organ yg tak berhenti bekerja walaupun kita tidur).
Walaupun keperluan CoQ10 sentiasa tinggi, sebaliknya keupayaan badan utk hasilkan CoQ10 pula menurun dengan peningkatan umur. Ikut graf, selepas umur 20 tahun, pengahasilan CoQ10 dah menurun. Sesetengah sel - tisu - organ masih boleh berfungsi dgn baik walaupun mengalami kekurangan CoQ10, tetapi ada ada juga yg sensitif terhadap paras CoQ10 yg rendah (jantung, sistem imun, otak). Dan organ yg paling sensitif kpd paras CoQ10 yg rendah ialah jantung! Logik juga sbb jantung ialah satu organ yg terdiri dari otot kardiak yg tidak pernah berehat & penat.
Jadinya masalah jantung bukan hanya terhad kpd yg biasa kita dengar spt masalah kolestrol tinggi. Keupayaan jantung utk berfungsi spt yg sepatutnya bergantung kpd otot kardiak (otot yg hanya terdapat pada jantung). Bila sel otot ini "kurang daya upaya", jantung kita mula tidak berfungsi spt biasa. Dlm bahasa mudah yg ditulis contohnya - simtom keletihan, nafas pendek, dengup jantung tidak teratur & banyak lagi yg biasa kita dengar.
Mungkin sbb itu saya disarankan utk ambil 2-3 kali pengambilan CoQ10 dengan result yg saya dapat. Satu sbb faktor umur yg mana penghasilan CoQ10 dah menurun, kedua sbb gaya hidup moden sekarang yg paksa kita utk sentiasa bergerak, bekerja dari pagi sampai malam. Bayangkan bagi mereka yg aktif bersukan tak kira siang atau malam. Rehat utk recover badan, tapi otot jantung tu perlukan zat dia juga. Mungkin sbb tu waktu di Miri dulu ada team bodybuilders yg datang jumpa bertanyakan tentang CoQ10. Katanya mereka sangat perlu ambil CoQ10. Mungkin utk otot, mungkin juga utk jantung mereka (tak tanya pula waktu tu...).





 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#BTS
#VitaminC
#CoQ10

Jumaat, 23 April 2021

Bila sakit jangan elak makan ubat....

Dulu saya obses dengan vitamin...jadi bila sakit saya tahan dan makan vitamin aje. Selama 10 tahun lebih saya tak amik panadol atau pil penahan sakit tapi saya gantikan dengan vitamin seperti vitamin C dan B complex [ sebagai vitamin yg menenangkan].
Namun saya ingat ianya adalah cara yang betul kononnya takut buah pinggang rosak makan ubat. Rupanya sangkaan saya MELESET sama sekali selepas saya belajar ilmu yang betul dari dua doktor ini iaitu Dr
Anya Tay Sin Yah
dan
Dr Jue
.
Bila sakit kena makan UBAT. Namun waktu yang sama makan supplement untuk membantu sel dan sistem kita improve dan lebih baik. Bukan bergantung selamanya dengan ubat. Makan ubat hanya untuk tempoh sakit sahaja.
Jadi saya decide nak buat perubahan....sebab kejahilan saya dulu masa dok Miri, saya suka makan buah potong dengan garam. DItambah kedai buah tu dekat dengan rumah [ dekat GK Pujut 3 Miri]. Apa jadi, lama lama saya dapat penyakit darah tinggi.
Bacaan bukan calang-calang...170/120 sehingga 190/130 tu bacaan biasa saya.
Ramai aje doctor advise amik ubat tapi saya buat dek aje. Mereka menekankan saya boleh mati mengejut kesan tekanan darah tinggi ni. Tapi saya senyum aje. Sebab saya kata, yg hidup pasti mati.
Namun sampailah ada sorang doktor tegur, puan tahu tak kesan jangka panjang penyakit puan ini adalah rosak buah pinggang....
gulp...saya benar-benar terkesan. Oh ok...ni kena buat sesuatu , detik hati saya.
Saya amik juga ubat yang disarankan namun takde sistem follow up....jadi usaha saya separuh jalan.
Terbaru saya ajak suami teman saya ke Klinik Hijraa di Chendering...jumpa Dr
Ahmad Samhan
...Bagi ubat dan sistem follow up. Dari seminggu ke sebulan...nampak improvement.
Ops bukan bergantung dengan ubat sahaja ya. Result yang saya dapat ni adalah usaha jaga waktu tidur [ tak tidur lewat dah ], bersenam [ naik gak treatmill], jaga makan, ambil vitamin dan makan ubat doktor.
Makan ubat sahaja tak boleh dapat best result kecuali ubah cara hidup dan cara makan ya.
So sapa yang ada masalah darah tinggi , jangan makan ubat atau vitamin sahaja, kena ubah cara hidup dan cara makan.
Saya baru buat ujian Renal Profile nak tengok eGFR latest...tengok kesan ubat pd buah pinggang. Nanti saya cerita dalam next posting apa yang saya trigger dari result tu.





📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 

Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia