Memaparkan catatan dengan label umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umrah. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2022

Umrah di penghujung tahun 2021



Allahu akhbar, Allah mempunyai percaturan yang terbaik bila kita pandang dengan mata hati...

2 tahun kita tak mampu nak buat apa-apa disebabkan Covid, namun Maha baik Allah...insentif trip yang sepatutnya Shaklee buat setiap tahun digantikan dengan tunai [ Cash liue] dan suami pesan, duit tu letak tepi supaya once Umrah dah dibuka, kita boleh terus pergi gunakan duit yang ada tu.

Alhamdulillah Allah izinkan kami semua menjadi tetamuNya pada Disember 2021. Alhamdulillah kami seramai 14 orang dari Malaysia dan tambahan keluarga mutawif ustaz Gani turut serta dalam rombongan kali ni.

Satu pengalaman manis kerana ada antara jemaah yang turut serta merupakan umrah pertama buat mereka.

Dengan izinnya kami dapat menginap di Dar Al Iman Intercontinental yang bersebelahan dengan masjid Nabawi. 
Selama 5 malam kami berada di Madinah dan hari ke enam barulah kami berangkat ke Mekah. 

Ini juga merupakan pengalaman pertama kami malah semua jemaah yang turut serta merasa menaiki keretapi dari Madinah ke Mekah. Keretapi laju ini memakan masa almost 2 jam untuk sampai. Subhanallah sangat menjimatkan masa dan sangat selesa trip kali ini.











Semasa di Mekah pula kami dapat menginap di Hotel Makkah yang dulunyanya dikenali sebagai Hilton atau Millenium. Jaraknya juga sangat dekat dengan Masjidil Haram.

Kebetulan rezeki kami pergi pada waktu itu, SOP di Arab Saudi baru sahaja berubah. Tiada lagi penjarakkan. Umrah boleh dibuat beberapa kali sepanjang kita di sana namun perlu ditempah terlebih dahulu menggunakan sistem Eatmarna. Berbanding sebelum ini, umrah hanya boleh dibuat sekali sehaja dalam tempoh 30 hari. Se

Rezeki juga kerana waktu itu kami dapat memohon HSO [ Home Surveillance Order] , namun kini dengarnya perlu kuarantin di hotel.

Sepanjang di Mekah, selepas selesai umrah, terdapat beberapa aktiviti ziarah luar yang biasa kita lakukan bila menunaikan umrah. 

Alhamdulillah setiap jemaah dapat membawa balik senaskhah Al Quran balik dari melawat Muzium di Mekah.








Menjadi kebiasaan bagi kami sebelum balik ke Malaysia, aktiviti wajib kami adalah memberi makan burung… kali ni best lagi sebab burung nak datang dekat dan makan dalam tapak tangan...




Terima kasih Allah atas jemputanMu moga kami akan dijemput lagi di masa akan datang.... Amin.


Sabtu, 16 November 2019

Umrah pertama bawa anak kecil , satu kelebihan?

Alhamdulillah, kami dah terima email jemputan untuk Umrah dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Terengganu
Surat jemputan umrah dari Shaklee.

Allahu akhbar! Syukur pada Allah.

Teringat entry 2018 yang saya tulis tentang hajat nak dapat umrah melalui Shaklee. Ada ke yang berminat? Masa tulis entry tu....saya tulis bersama perasaan harapan dan keyakinan yang satu hari kami akan rasa satu keluarga umrah melalui Shaklee. Dengan izin Allah ia bukanlah mustahil.

Masa 2011 adalah Umrah pertama kami sekeluarga. Masa tu Nasa baru berumur 4 tahun. Perkara tak boleh lupa ialah dia dalam proses toilet train. Maka masih pakai pampers jenis seluar gitu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Umrah pertama 2011.

Pagi tadi baca entry adik ipar saya... Tips Umrah bersama anak kecil  ...

So teringat la masa 1st time pergi umrah dengan sorang anak umur 8 tahun dan sorang 4 tahun. Macam biasa, as parents kita kena selalu jadi radio infomer untuk anak-anak. Bagi tahu 1 bulan awal, kita nak pergi umrah tempat ibadah. Ada kaabah macam dalam TV. So nanti behave.

Sepanjang di Madinah, alhamdulillah semua dipermudahkan. Cuma malam terakhir aje Nasa muntah sebab ibu balik lambat dari Raudhah. Dia menangis macam ibu hilang. Balik-balik bilik jam 1 pagi, tengok bilik bau muntah. Rupanya Nasa nangis sampai muntah. Kesian anak ibu.

Bila sampai sahaja di Mekah... adalah saat yang paling penting. Kami pesan anak-anak. Please behave. Jadi sebelum buat mulakan ibadah umrah, kami pastikan anak-anak dah siap kemeh [ buang air dan segala yang patut]. Nasa kami pastikan pakai pampers yang baru dan bersih supaya tak bocor.

Bila memula tawaf, Abah dukung Nasa sambil tangan sebelah pegang Addin. Maklum ramai kan. Masuk beberapa pusingan tawaf, kami bergilir.Ibu pula dukung Nasa dan Abah fokus pimpin tangan abang Addin. Alhamdulillah sampai selesai tawaf. Syukur, Allah permudahkan.

Bila sae'i pula..memula boleh bertahan tapi kenangkan mereka budak kan...jadi kami decide sewa satu kerusi roda dengan orang arab yang jaga kawasan sae'i dan dudukkan 2 beradik dalam kerusi roda. So kami berjalan sambil tolak kerusi roda anak-anak ni.

Bila ke masjid, alhamdulillah Abah Addinnasa sangat seronok bawak anak-anak ke masjid. Rupa-rupanya orang Arab sayangkan budak-budak. Mereka mencontohi akhlak Rasulullah, menyayangi kanak-kanak. Jadi kelebihan abah ialah sentiasa dapat tempat duduk dalam saf dengan kawasan yang selesa. Mereka memberi keutamaan bila ada parent yang bawa anak.

Cuma ada waktu, ibu cuma solat dibilik sahaja. Terutama adakala mereka  [ Addin dan Nasa] letih dan nak tidur, ibu lebih prefer ibu yang temankan mereka di bilik. Maklum isteri afdal solatnya di bilik pun. So tak de masalah.Tak perlu berebut pun. Gedung pahala isteri sebenarnya di rumah bersama keluarga tersayang. Dapat la abah Addinnasa ke masjid lebih lama dan doa lebih untuk kami yang tinggal ni.

Ramai aje kawan kami yang buat umrah bersama anak kecil mereka. Bukanlah satu masalah pun tapi mengundang rahmat Allah yang banyak. Ada aje orang bagi anak-anak biskut, kurma, air zam-zam mahupun roti sebagai hadiah. Jadi kita tak perlulah risau.

Pengalaman seterusnya bila kami bawak keluarga bersama menunaikan umrah [ atas perbelanjaan sendiri] pun mudah. Cuma cabaran bila bawa anak perempuan yang comel, ia jadi bahan cubitan orang-orang yang kita jumpa dimasjid.

Anak buah saya yang comel, Adira.

So ibu-ibu yang merancang menunaikan umrah dan masih tertanya-tanya...bagaimana bawa anak menunaikan umrah? Jawapan saya, mudah aja...insyaAllah mudah kerana kita nak hati mereka dekat dengan Allah dan RasulNya.

Mudah-mudahan kita selalu dijemput ke sana. Amin ya mujib.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 3 Februari 2019

Minuman seisi keluarga bila cuaca panas

Bila cuti sekolah dah mula sebab musim perayaan...pastinya bandar seperti Kuala Terengganu dibanjiri dengan ramai umat manusia dari pelbagai pelusuk dunia....

Cuaca juga boleh dikatakan panas terik. Fuhhhh

Keluar dari pagi....menuju ke Gong Badak sehinggalah selesaikan semua urusan dibandar...jam 3 lebih kami mulakan perjalanan pulang.


Abah Addinnasa berhenti kerana niat dihati nak beli air kelapa muda...nak redakan panas badan dek cuaca panas. Sampai aje ke gerai akak yang biasa berjual air kelapa muda di Chendering....hampa kerana buah kelapa dah habis. Alhamdulillah rezeki akak tu sebab bila cuaca panas , air kelapa muda memang akan dapat banyak sambutan.


Balik rumah, terus ke dapur mencari Performance Drink Shaklee. Syukurlah dalam canister tu masih berbaki lagi...selepas bancuh dengan segelas air zam-zam alhamdulillah rasa lega tekak dan badan.

Pengedar Shaklee Miri
Performance Drink Shaklee

Bagi yang belum pernah dengar tentang Performance Drink Shaklee, ia adalah supplement untuk elakkan badan kita dehidrasi. Macam ala-ala air garam yang doktor bagi bila kita demam atau muntah/cirit teruk.

Performance drink Shaklee adalah dalam bentuk serbuk perasa oren yang perlu dibancuh bersama air kosong. Ia adalah minuman isotonik tanpa karbonat [ tanpa gas].

Performance drink Shaklee mengandungi formula karbohaidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb adalah rangkaian karbohaidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa mengganggu kadar gula dalam darah.

Sebab tu kalau rasa nak demam, keletihan ....muntah-muntah atau cirit , sangat sesuai minum minuman ini. Bagi yang ada masalah kekeringan atau selalu kurang minum air terutama di luar...boleh jadikan amalan minuman harian. Untuk jemaah umrah dan haji juga, kami galakkan mereka dibekalkan dengan Performance Drink Shaklee ditambah cuaca sana lebih panas jika tiba musim panas.

Saya memang pastikan anak-anak minum bancuhan ESP Shaklee, Meal Shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee [ minuman ini disebut juga Shaklee Tripple Gems]
ini dijadikan minuman pagi dan segelas waktu supper. Supaya mereka kekal bertenaga dan badan mereka tidak mempunyai masalah dehidrasi.

Jika berminat nak dapatkannya boleh mesej di sini untuk membuat pesanan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 26 Julai 2018

Nenek bidan nak tunai haji.



Selalu kan saya cerita tentang nenek bidan saya....saya anggap macam mak dah...walaupun sebenarnya pangkat nenek....Makcik Masnah dah berumur 76 tahun dah....alhamdulillah masih gagah dan kuat lagi.
Pengedar Shaklee Terengganu
Bidan Makcik Masnah di Tudan Miri



Minggu lepas bila dapat tahu flight makcik dari Miri terus ke Kuching langsung ke Jeddah...maka kami terpaksa tukar plan....patutnya nak jumpa makcik kat KLIA sebelum beliau bertolak menunaikan haji. Tapi bila dah tahu dari Tabung Haji jadual perjalanan makcik tak singgah KL...maka kami ambil tiket ke Miri untuk jumpa makcik bidan.

Nasib juga Marriot Hotel ada offer...bayar 2 malam, malam ke 3 adalah percuma. Berbaloi la sebab semalam hanya RM280 kalau tak silap. Mana nak tahu harga hotel ni? Biasa boleh guna trivago atau website hotel sendiri. Saya akan compare dulu then baru pilih mana yang berbaloi bayar.

Alhamdulillah berpeluang bawa makcik membeli keperluan akhir barang yang nak dibawa untuk haji dan kami juga dapat ambil peluang beramah mesra dengan beberapa teman lama sepanjang di Miri.

Pengedar Shaklee Terengganu
Antara pengedar Shaklee Miri yang aktif

Moga makcik Masnah dipermudahkan urusan hajinya dan beroleh umrah yang mabrur. Moga dipanjangkan umur balik haji nanti nak bawa makcik jalan Terengganu pulak.



Bidan hebat Miri Sarawak
Sedang ber spa... di Marriot Miri.

Gonna miss you makcik.... Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.



Rabu, 27 Jun 2018

Pengalaman Umrah Akhir Ramadhan

Alhamdulillah Allah izinkan kami merasa berpuasa di tanah ambiya Madinah Al Munawarah. Bukan satu perkara mudah bila musafir ke tanah Arab waktu puasa.

Manakan tidak kita perlu tambah 5 jam lagi waktu berpuasa....mungkin sebab itu ada yang mengambil rukhsah musafir dengan tidak berpuasa sepanjang perjalanan.

Rombongan kami seramai 10 orang sahaja....kami sampai malam 27 Ramadhan....dan alhamdulillah kerana sampai waktu malam, maka tidak terasa bahang cuaca di sana yang dikatakan agak panas menghampiri akhir Ramadhan.

Oleh kerana berpuasa hanya 29 hari sahaja tahun ini, maka dapatlah bersahur 2 hari di Madinah. Rezeki betul sebab hotel Al Syaza di Madinah ini menyediakan sahur secara percuma!

Kerana cuaca di sana ketika itu adalah antara 45-47 darjah celcius....maka Performance Drink Shaklee kami jadikan amalan masa sahur dan berbuka.

Alhamdulillah merasa Aidilfitri di Tanah Suci Madinah pada pagi hari dan malamnya kami sampai Mekah untuk menunaikan umrah. Selesai Umrah satu rombongan [ 10 orang kami] ...masing-masing balik ke hotel untuk beradu kerana jam dah menunjukkan jam 1 pagi.

Kami 4 beranak tidak terus balik ke hotel sebaliknya ke hotel Hilton Suites di Mekah untuk beraya dengan mak ayah serta Huda.


Mak ayah dan Huda menunaikan umrah lebih awal dari kami yang mana mereka bertolak pada 6 Jun maka mereka berangkat pulang pada 16 Jun 2018.

Sempatlah kami beraya dan bergambar kenangan di tanah suci  Makkah Al Mukarramah.

Kami beraya di Mekah hingga raya ke enam sambil buat umrah selang sehari dengan tawaf sunat. Pengalaman baru buat kami beraya di Mekah tahun ini.


Dikatakan cuaca mula panas sejak pertengahan Ramadhan dan akan meningkat naik apabila musim Haji nanti wallahu alam.

Maka para jemaah haji, andai ada rezeki lebih cubalah dapatkan Performance Drink Shaklee dan beberapa vitamin asas yang boleh dibawa untuk bantu kekalkan stamina.


Next entry saya akan share kesan vitamin pada makcik dan pakcik saya sepanjang amalkan semasa menunaikan umrah di sana. InsyaAllah.



#vitaminumrahdanhaji
#Performancedrinkshaklee
#umrahakhirramadhan




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 20 April 2018

Tips mudah basuh baju bila travel

Jauh perjalanan luas pemandangan...

Setiap perjalanan pasti ada ibrahnya tersendiri.
Umrah kali ni barulah saya belajar cara mudah cuci pakaian... sebelum ni hantar dobi. Cuma kena siapkan duit bayar bil. Takde masalah.

Tapi bukan semua pakaian boleh hantar dobi.... pakaian dalam tak sesuai hantar dobi ditambah kalau tempat tu pekerja ramai lelaki. Maluuuuu.

So untuk pakaian dalaman, kami akan gunakan masa membasuh apabila mandi. Jadi lama la dalam bilik air. Saya suka bawa sabun buku Lux atau May sebab wangi.

Rupanya ada tips mudah kawan share...
bawa sabun serbuk dan softlan. Bawa bag plastik yang tebal beberapa keping.
Kalau buat umrah, sabun dan softlan boleh beli aje kat kedai berdekatan. Plastik tebal aje la kita usahakan bawa supaya lebih mudah. Boleh bawa ikut saiz yang kita nak.

Isikan air dalam beg plastik yang tebal tadi, letakkan sedikit sabun serbuk dan softlan... kemudian plastik itu diikat dan dibiarkan dalam 2-3 jam atau boleh rendam semalaman di dalam bilik air.

Selepas direndam beberapa jam atau semalaman, esoknya bilas aje.
Gantung pada tempat yang disediakan ( biasanya bilik hotel ada tempat gantung pakaian dalam bilik air) atau guna hanger gantung tepi cermin tingkap. Sangat mudah!

Pakaian dalam pun bersih dan berbau wangi kerana dah rendam dalam softlan.

Shaklee trip
Tips mudah basuh baju masa umrah
Mungkin orang lain dah biasa cara ni, tapi serius saya baru belajar... hehehe.

Dulu saya akan beli bekas atau baldi untuk basuh baju tapi sekarang tak perlu. 

 Cuma pastikan ada plastik yang tebal dan tak mudah koyak untuk rendam baju. 

Plastik tebal boleh recycle!
Jimat banyak! Jimat duit tak perlu beli baldi dan jimat masa 🤩

Terutama bila buat umrah, malam rendam pakaian esok boleh bilas dan sidai. Jimat banyak masa.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Plastik tebal berkualiti
Maybe ada orang sebelum ni rendam dalam sinki... tapi sebab sinki ni orang lain pun nak guna kan... dan adakala kotor.

Plastik ni lebih mudah.

Wallahu alam.

Rabu, 9 Ogos 2017

Ia bukan umrah biasa.

Pertama kali jejak kaki ke Turki dan melihat bunga tulip yang banyak.

Umrah ziarah Dubai


Alhamdulillah pertama kali dijemput menunaikan umrah adalah pada tahun 2011 bersama Shaklee. Masa tu macam tak percaya sebenarnya dapat menunaikan umrah bersama suami dan anak-anak. Allahu akhbar!

Pada awalnya family kata tak sesuai kerana anak masih kecil tapi kerana teringin juga, kami tetap memilih umrah Shaklee pada tahun tu.

Ya pertama kali melangkah kaki ke sana...sayunya sebab tak sangka trip yang Shaklee bagi lain dari yang lain.

Bayangkan di Madinah duduk hotel yang sangat dekat dengan masjid Nabi...iaitu Hotel Obroi.

Makanannya? Kussss semangat ! Tak pernah digambarkan menu makan pagi sampai ke malam banyak nya pilihan. Dah la jarak hotel dan masjid dekat....membuatkan kami hanya banyak mengucapkan syukur sahaja.


Setiba di Mekah kami di tempatkan di Hotel Hilton. Oh ya di Mekah kini ada 3 jenis Hilton. Hilton hotel, Hilton Apartment [ bersebelahan dengan Hilton Hotel] dan Hilton Suite [ terbaru].

Shaklee sediakan untuk semua pengedar yang terpilih menginap di Hilton Hotel. Jaraknya dengan masjid hanya dalam 30 m sahaja. Allahu akhbar dekat dan memudahkan kami ulang alik dari hotel ke masjid dengan sangat selesa.

Yang membuatkan kami teruja melalui umrah ini dapat juga kami menjelajah beberapa negara lain seperti Turki, Dubai, Abu Dhabi dan Jordan. Ini kerana pakej yang diberikan adalah umrah yang disertakan dengan program ziarah.


Pertama kami menunaikan umrah dengan Shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah setakat ni kami dah dapat menunaikan umrah dengan Shaklee lebih kurang nak masuk 6 kali, syukurnya pada Allah. 1 trip tahun 2014 aje kami pilih nak ke US tapi lepas tu kami sangat selesa dengan umrah Shaklee.

Kalau nak pergi sendiri ? Boleh aje cuma dengan pakej 5 bintang yang ditawarkan amat rugi kalau ditolak pada kami. Mau tidak? Harga pakej seorang dalam anggaran berbelas ribu woooo.


Susah tak nak dapat tiket free ni? Tak susah tapi tak juga mudah sangat. Paling penting ada niat dan usaha menggerakkan niat.

Bestnya Shaklee menghargai pengedarnya yang bekerja keras membangunkan bisnes Shaklee. Bukan itu sahaja kami dibenarkan membawa anak-anak dan mak ayah jika tiket mencukupi [ Jika syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi].


Adakah mustahil jika saya baru nak buat Shaklee dengan serius untuk dapat tiket umrah ni? Jawapannya tidak mustahil kerana rezeki kita hanya Allah aje yang tahu. Paling utama kita kena usaha.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut boleh hubungi kami di talian di bawah dan kami sedia untuk berkongsi cara.


 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 5 Jun 2017

Siapa kata belajar Hafiz tiada masa depan?

Alhamdulillah sampai juga hajat nak merasa umrah pada bulan Ramadhan. Kami pergi berenam sahaja bersama Ustaz yang mengajar Addin di madrasah.

Ada beberapa perkara menarik yang kami belajar dari umrah kali ini.

Syukur juga sempat berkenalan dengan seorang bekas pelajar Madrasah yang Addin belajar sekarang. Beliau memiliki syarikat travel yang menguruskan umrah dan pakej pelancongan.

Beliau mendapat anugerah Dato' melalui perniagaan yang sedang beliau jalankan.

Ya siapa kata belajar Hafiz (belajar hafal Quran) tiada masa depan?


Selepas belajar Quran, beliau sambung belajar mendalami Bahasa Arab seterusnya menguruskan perniagaan yang diwarisi dari keluarga beliau.

Quran itu adalah asas yang perlu dipegang dengan kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan akan datang.

Sekurang-kurangnya mereka yang ada ilmu Al Quran hidupnya insyaALLAH terpelihara dari fitnah akhir zaman sekirana ilmu itu diamalkan sepenuhnya.


So bagi parents yang berniat nak anak belajar di mana-mana Madrasah, janganlah ia dijadikan satu asbab hanya untuk anak tidak nakal...namun niatkan agar mereka punya bekalan untuk hidup di dunia dengan asas agama yang lebih baik.


Zaman sekarang cabarannya sangat dahsyat dengan pengaruh dari luar...maka dengan tali Al Quran dan Sunnah la kita harapkan anak-anak ini hidupnya sejahtera, bahagia dan selamat dunia dan akhirat.

Umrah Mei 2017

First time buat umrah , gambar boleh ada dalam candid orang lain. Sebenarnya beliau nak ambil gambar ustaz beliau yang sedang menunaikan tawaf umrah. Kebetulan kami semua dekat...hehehe dapatlah dalam gambar jadi kenangan.....Umrah 2017.






 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 14 April 2013

Mengapa saya pilih biz Shaklee?


" Saya join biz A sebab boleh melancong" kata kawan saya Liza [ bukan nama sebenar]. " You tak minat melancong?" tanya beliau pada saya lagi. Saya belum bersedia nak jawab cuma senyuman saje yang saya berikan.



Bagi yang tidak pernah mengetahui tentang biz Shaklee, saya nak share sedikit tentang biz ini.

Ia menawarkan 3 C pada semua pengedar yang benar-benar usaha untuk berjaya dalam biz ini.

3 C yang dimaksudkan ialah

Cash [ Wang tunai]

Semua produk belian akan mendapat point belian. Umumnya semua orang tahu. Point ini kemudiannya apabila telah cukup sebulan [ belian dalam bulan yang sama] akan dikira. Jika layak menerima bonus, bulan berikutnya akan menerima bonus mengikut jumlah belian atau jumlah bonus terkumpul tadi. Bonus dibayar dalam bentuk wang.



Car [ Kereta ] 

Syarikat tak beri kereta ya ...cuma jika pemimpin pengedar itu layak dan telah menepati syarat yang ditetapkan oleh syarikat dengan mengikuti program yang disediakan, syarikat akan membayar bonus yang dipanggil bonus kereta. Bonus kereta ini pula tak semestinya untuk beli kereta jika kita dah punya kereta elok, duit itu boleh digunakan untuk simpanan atau pembelian rumah. Bonus kereta ini pula jumlahnya bergantung pada sales bulanan kita.


Convention [ Percutian]

Percutian yang ditawarkan juga merangkumi 3 jenis percutian.

1. Domestik atau di dalam negara.

2. Luar Negara - tempat adalah berbeza setiap tahun.

3. Umrah - bagi pemimpin yang muslim.


Ia juga ada syarat yang perlu ditepati dan ada garis panduan yang disediakan untuk kita mengambil peluang ini.


Umrah Turki 2012 dengan Shaklee.

Alhamdulillah ramai kawan-kawan saya termasuk kami menikmati bonus 3 C ini. So jangan kata biz Shaklee ini tak unik. Setiap biz saya yakin ada keunikan masing-masing.

Tahun ini alhamdulillah ramai ahli kumpulan saya yang akan menyertai Umrah Dubai , Trip ke London Paris serta tidak kurang yang dapat mengikuti percutian domestik.

So bagi anda yang punya semangat yang kental, jiwa yang bersemangat dan energetik, apa kata sertai kami bersama mencapai impian.

Tiada jalan mudah untuk berjaya selain usaha, usaha dan usaha. Namun setiap orang berpeluang mencapai bonus yang syarikat tawarkan apabila serius menjalankan biz ini.

Namun pada saya paling seronok bila punya duit untuk bawa mak, adik beradik bercuti bersama.
Bawa mak dan adik-adik bercuti; naik yatch pusing pulau kat Langkawi.


Jika berminat boleh pm/ call atau whatsapp kami.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 30 September 2009

Bahagianya menjadi tetamu Allah

Alhamdulillah ibu tumpang gembira bagi teman2 blogger ibu dimana ibu dan ayah mereka dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.Sepanjang hari ini, ibu menerima mesej bertanyakan apakah supplement yang penting untuk dibawa sepanjang menunaikan haji mahupun umrah....

Ini mengingatkan ibu beberapa tahun dulu ibu pernah dijemput oleh seorang Ustaz daripada Lembaga Tabung Haji iaitu Ustaz Kahar untuk memberi ceramah kepada jemaah umrah dan haji di dalam kelas bimbingan yang beliau bimbing pada setiap hujung minggu. Ibu dijemput memberi talk mengenai pemakanan yang baik atau supplement yang sesuai untuk dibawa sepanjang menunaikan haji dan umrah. Ibu berpeluang memberi talk tersebut kerana Ustaz Kahar juga adalah salah seorang pengguna produk Shaklee dan beliau sangat yakin untuk berkongsi dengan jemaah yang lain. Semenjak dari itu, ramai jemaah yang sungguh gembira kerana diizinkan Allah dapat menunaikan haji tanpa masalah kesihatan, alhamdulillah.

Antara produk yang ibu sarankan untuk jemaah umrah haji ialah beberapa pemakanan yang utama iaitu:

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Fiber unflavoured - sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.

Harga satu set ( tidak termasuk Fiber) ialah RM242(harga Semenanjung termasuk pos).
Bagi yang mengidap diabetic dan kolesterol, dicadangkan mengambil set termasuk dengan fiber , ianya berharga RM377 (termasuk pos).

Secara kesimpulannya dapat ibu katakan... Bukan setiap tahun kita dapat menunaikan ibadah haji dan bukan setiap manusia berpeluang menunaikannya. Setiap tahun berjuta umat manusia menunggu seruan nama mereka untuk menjadi tetamu Allah...maka bagi yang terpilih, bersiap sedialah dari segi mental dan jasmani agar ibadah itu dapat disempurnakan dengan baik dan tiada penyesalan setelah pulang dari menunaikan ibadah tersebut. Andainya ibu dan ayah kalian berpeluang menjadi tetamu Allah, cubalah bekalkan mereka dengan pemakanan yang berkhasiat agar ibadah mereka lebih sempurna berkat dari iringan rezeki dari anak2 mereka, insyaAllah mudah2an.

Salam Sayang dari