Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2019

Nutriferon Shaklee seawal pagi?

Dah lebih kurang setahun juga kami sekeluarga menjadikan amalan, selepas solat subuh kami akan pastikan semua orang dalam rumah minum air masak sebanyak 500ml. Tapi untuk anak-anak mereka minum sebotol kecil air osmosis berbalik [ RO water] dalam jumlah 250 ml.

Ini untuk pastikan mereka sentiasa cukup air dan menjadi latihan pada kami betapa pentingnya minum air masak awal pagi.

Walau ada beberapa pendapat mengatakan kononnya tidak baik, tapi sebab kami dapat konsultasi dari doktor nutrisi luar...jadi ia bukanlah satu isu pun.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Selain menyediakan bekalan air minuman dalam botol kecil dengan banyak di rumah, kami pastikan bekalan Nutriferon Shaklee juga mencukupi. Jadi kami dan anak-anak akan mengambil 1-2 peket Nutriferon Shaklee bersama air kosong di pagi hari.


Apa manfaat Nutriferon Shaklee? Ia sebenarnya membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Dan apa yang kami belajar , ia bagus untuk hati. Seperti kita sedia maklum hati adalah antara organ penting yang menapis segala toksin. Jadi kita perlu pastikan organ hati kita sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

Nak tahu testimoni Nutriferon Shaklee yang lain?

Boleh baca sini ya > Testimoni Nutriferon Shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 21 Mei 2019

Mengapa bawa travel bersama Nutriferon dan Performance Drink?

Ni bila dah masuk pertengahan Ramadhan...bahang Raya dah mula terasa. Walaupun pada orang dewasa Raya adalah hari untuk merayakan puasa sebulan dan berziarah namun ia lebih terasa pada anak-anak untuk mengutip duit raya.

Teringat masa kecik dulu saya dan adik-adik berjalan ke rumah orang kaya dermawan di Muar. Ramainya umat manusia yang beratur ambil duit Raya dan bukan itu sahaja malah ada juga lorong beratur  disediakan untuk mengambil beberapa barang dapur utama seperti minyak masak dan beras.Biasanya yang beratur tu orang dewasa la. Kanak-kanak dan remaja ada lorong untuk ambil duit raya.

Best kan? Zaman sekarang tak tahu la ada lagi ke tak....

Namun bila balik raya pastinya kita akan jumpa sanak saudara berjalan sini dan sana.....

Cuma ada segelintir ibu bapa yang sangat concern dengan anak mereka bila dah banyak berjalan mereka akan pastikan anak mereka akan minum cukup air.


Sebab biasanya bila dah banyak berjalan, anak akan banyak main bila jumpa keluarga dikampung dan sedara sepupu sepapat jadi teman bermain. Mereka akan lupa pentingnya air ...dan biasa lepas raya ramai aje anak yang demam dan lebih parah ada yang kena tonsil.

Ditambah bila cuaca panas...lagi la senang anak kena demam mahupun selsema.


So mak ayah yang pentingkan kesihatan anak, jangan lupa bawak balik bersama 2 vitamin ni....

Shaklee Terengganu
2 vitamin penting bila berjalan.

Sekurang-kurangnya kita dapat pastikan anak kita mempunyai keseimbangan elektrolit sepanjang kita berjalan sana dan sini. Nutriferon pula sebagai immune booster andaikata kita atau anak dah ada tanda nak demam atau selsema mahupun batuk.

Ditambah Performance Drink Lemon Lime ni memang sedap sangat....dan alhamdulillah sepanjang puasa tahun ni, kami hanya berbuka dengan air ni aje. Tambah secawan air panas untuk basahkan tekak dan lainnya minum air Performance Drink Lemon Lime ni.

Bagi yang belum cuba, apa kata dapatkan 1 canister. Serius tak rugi malah rasa rugi tak cuba sementara masih ada stok. Boleh dapatkan dari saya melalui SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee PERCUMA?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Mei 2019

Ramai pesakit demam Denggi cari vitamin ini untuk cepat recover.

Oh hampir lupa saya nak share...salah satu vitamin yang wajib saya beli untuk family saya adalah Nutriferon Shaklee. Ianya untuk tingkatkan sistem imun. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu sakit dan lambat pula nak baik. Apapun semua dengan izin Allah. Manusia hanya ikhtiar sahaja.

Saya ada share kan dalam ENTRY INI  mengapa yang menjadikan Nutriferon Shaklee  itu wajib dalam rumah saya. Dan ia juga vitamin yang sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Shaklee Ready Stock Kuala Terengganu

Dengan pembungkusan baru yang lebih comel membuatkan ia lebih mudah untuk di simpan atau dibawa travel.

Shaklee Kuala Terengganu Ready Stock
Comelnya Nutriferon wajah baru.

Saya memang sangat suka dengan vitamin ni iaitu Nutriferon Shaklee sebab saya menjadikan ia macam antibiotik....dan sekurang-kurangnya salah satu langkah prevention terutama bila ada musim wabak penyakit yang merebak.


Pengedar Shaklee Ready Stock Kuala Terengganu
Bahan dalam Nutriferon

Antara bahan utama dalam Nutriferon Shaklee adalah Bunga Japanese Honeysuckle, Biji Plantago, Biji Labu dan Bunga Safflower.

Shaklee Ready Stock Kuala Terengganu
Kebaikan Nutriferon

Masa pakcik saya terkena jangkitan dibahagian dadanya sehingga menyebabkan bisul bernanah, selepas beliau menjalankan pembedahan untuk buang nanah, antara vitamin yang saya syorkan beliau amalkan ialah Nutriferon Shaklee selain Vivix Shaklee. Alhamdulillah kesan lukanya cepat sembuh ditambah dengan penjagaan makanan yang lebih rapi.

Begitu juga dengan pesakit demam Denggi, ramai yang mengatakan ada peningkatan dalam kesihatan mereka bila amalkan Nutriferon Shaklee selain mencuba sup ketam yang dikatakan mujarab untuk meningkatkan platlet dalam darah. Wallahu alam.



Jemput baca ARTIKEL NUTRIFERON 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 3 Februari 2019

Minuman seisi keluarga bila cuaca panas

Bila cuti sekolah dah mula sebab musim perayaan...pastinya bandar seperti Kuala Terengganu dibanjiri dengan ramai umat manusia dari pelbagai pelusuk dunia....

Cuaca juga boleh dikatakan panas terik. Fuhhhh

Keluar dari pagi....menuju ke Gong Badak sehinggalah selesaikan semua urusan dibandar...jam 3 lebih kami mulakan perjalanan pulang.


Abah Addinnasa berhenti kerana niat dihati nak beli air kelapa muda...nak redakan panas badan dek cuaca panas. Sampai aje ke gerai akak yang biasa berjual air kelapa muda di Chendering....hampa kerana buah kelapa dah habis. Alhamdulillah rezeki akak tu sebab bila cuaca panas , air kelapa muda memang akan dapat banyak sambutan.


Balik rumah, terus ke dapur mencari Performance Drink Shaklee. Syukurlah dalam canister tu masih berbaki lagi...selepas bancuh dengan segelas air zam-zam alhamdulillah rasa lega tekak dan badan.

Pengedar Shaklee Miri
Performance Drink Shaklee

Bagi yang belum pernah dengar tentang Performance Drink Shaklee, ia adalah supplement untuk elakkan badan kita dehidrasi. Macam ala-ala air garam yang doktor bagi bila kita demam atau muntah/cirit teruk.

Performance drink Shaklee adalah dalam bentuk serbuk perasa oren yang perlu dibancuh bersama air kosong. Ia adalah minuman isotonik tanpa karbonat [ tanpa gas].

Performance drink Shaklee mengandungi formula karbohaidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb adalah rangkaian karbohaidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa mengganggu kadar gula dalam darah.

Sebab tu kalau rasa nak demam, keletihan ....muntah-muntah atau cirit , sangat sesuai minum minuman ini. Bagi yang ada masalah kekeringan atau selalu kurang minum air terutama di luar...boleh jadikan amalan minuman harian. Untuk jemaah umrah dan haji juga, kami galakkan mereka dibekalkan dengan Performance Drink Shaklee ditambah cuaca sana lebih panas jika tiba musim panas.

Saya memang pastikan anak-anak minum bancuhan ESP Shaklee, Meal Shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee [ minuman ini disebut juga Shaklee Tripple Gems]
ini dijadikan minuman pagi dan segelas waktu supper. Supaya mereka kekal bertenaga dan badan mereka tidak mempunyai masalah dehidrasi.

Jika berminat nak dapatkannya boleh mesej di sini untuk membuat pesanan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 6 Mei 2017

Bila panas jangan lupa minum air isotonik Shaklee

Ya sekarang memang musim panas...terasa bahangnya semacam....anak-anak pun di suruh mandi tenghari dan kalau boleh monitor pengambilan air kerana bila terlalu panas badan kita juga akan mudah dehidrat. Bila badan kurang air...anak mudah sakit. Malah orang dewasa macam kita pun perlu jaga kerana bila terlalu panas kita akan mudah rasa letih, mudah rasa pening atau  hilang semangat dan menjadi tak produktif.


Walau bagaimana pun, adakala pengambilan air tak dapat di monitor dengan baik kerana pelbagai cabaran. Malah anak-anak juga adakala terlalu cerewet apabila di suruh minum terutama jika mereka jenis yang suka minum air manis sahaja.

Maka saya sering syorkan ibu ayah yang mempunyai anak kecil seawal usia 1 tahun ke atas untuk menyediakan mereka minuman isotonik di rumah. Banyak isotonik di pasaran yang mengandungi karbonat [ bergas ] dan ini tidak sesuai untuk anak yang perutnya mempunyai alahan. Ditambah banyak isotonik biasa mempunyai kandungan gula yang tinggi. Mungkin ada yang claim tiada gula namun kos mungkin sedikit tinggi.

Jadi saya sering syorkan agar ibu dan ayah menyediakan satu canister Performance Drink Shaklee untuk setiap rumah.

Apa manfaat utama minuman Shaklee ni?



Jika hari panas....ia membantu mengurangkan risiko keletihan dan demam di kalangan anak-anak malah termasuk ibu ayah.

Sangat menjimatkan kerana ia boleh diambil seisi keluarga.

Sangat bagus di saat kecemasan.... jika anak demam atau cirit birit kerana ia membantu menstabilkan pengaliran air di dalam badan.

Sesuai untuk dijadikan minuman pada waktu sahur dan berbuka untuk seisi keluarga.

Mudah untuk dibancuh bila perlu untuk di minum.


Fakta menarik mengenai Performance Drink Shaklee :

1. Ia membekalkan 3 jenis karbohaidrat untuk tenaga dan stamina.

2. Sejenis minuman yang membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh dan mencegah dehidrasi.

3. Menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh badan supaya tak mengalami kekeringan.

4. Mengandungi formula opti-carb. Opticarb adalah rangkain karbohaidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Sesuai untuk seisi keluarga.


Jom dapatkannya hari ini selain persediaan yang bijak untuk bulan puasa.









 Call/Whatsapp : 012-853-5689
Pengedar Shaklee Aktif Malaysia



♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 Mac 2017

Adakah menu anak kita lengkap dengan serat?

Credit to http://go.shaklee.com/4-elements-healthy-meal/
Do you know a healthy lunch or dinner when you see one? Use the chart below as a guideline for planning sensible, healthy, and satisfying meals.
what-a-healthy-meal-looks-like
 Adakah kita concern dengan apa yang kita makan hari ini? Adakah kita beri menu seimbang untuk anak kita?
Anak-anak hari ini cerewet tak nak makan sayur....adakah kita concern dengan menggantikan dengan buah? ia perlu diberi setiap hari bukan seminggu sekali kerana sayur mengandungi vitamin dan serat yang penting untuk sistem tubuh.
Ya Shaklee mempunyai vitamin yang sesuai untuk anak-anak....antaranya ialah Meal Shake, Vitalea chewable, Vitaminn C chewable dan Omega.
Meal shake adalah satu minuman yang baik untuk di amal oleh kanak-kanak, kerana ia mengandungi protien dan vitamin serta semua zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan mereka. Paling utama ia juga kaya dengan serat maka ini dapat membantu mereka mengatasi masalah sembelit yang rata-rata di alami oleh anak-anak yang tak mendapat cukup serat.
Jangan pandang remeh tentang hal detox [ pembuangan] kerana anak yang sihat adalah hasil dari proses tubuh yang sihat.

Jom dapatkan Meal Shake untuk anak hari ini! 

















Jumaat, 10 Julai 2015

Mengapa ibu ayah perlu pertimbangkan 4 supplement ini musim perayaan?

Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal.... sudah pasti ramai akan mengambil peluang untuk bercuti panjang balik kampung dan melawat sanak saudara dan rakan taulan di kampung.

Namun dalam seronok kita beraya kami yakin dan pasti cabarannya adalah pada anak-anak kerana kesihatan mereka amat fragile terutama bila cuaca tak menentu dan masa rehat juga berkurang bila kita banyak berjalan.


Maka kami suggest untuk ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak ; boleh mempertimbangkan 4 supplement ini untuk dibekalkan sepanjang musim perayaan :

Nutriferon
Shaklee cari duit tambahan


Ia adalah vitamin yang dikenali sebagai immune booster atau penggalak sistem imun. Bagi mereka yang mempunyai anak yang ada alahan seperti allergi seafood, asma [ lelah atau semput] , mudah demam....maka bekalkan vitamin ini untuk mereka. Sekurang-kurangnya kita bekalkan mereka dengan vitamin dan bukan pergantungan kepada ubat semata-mata. Banyak testimoni yang berpuashati dengan membekalkan vitamin ini untuk anak mereka terutama yang sakit berlarutan.


Omega Guard


Omega dikenali sebagai vitamin yang bagus untuk DHA terutama dikalangan anak2. Namun tahukah anda ia juga vitamin yang sangat bagus untuk sistem pertahanan badan? Ia juga membantu mengurangkan rasa letih di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Ia juga bagus untuk vitamin anti radang. Selain itu jika anak anda adalah mereka yang mudah selsema atau sejuk bila tidur malam, pastikan bekalkan mereka Omega Guard sebelum mereka tidur supaya chest mereka tidak mudah sejuk. Kan sudah pasti lebih baik dari pergantungan kepada nebulizer?


GLA Complex
Cari duit tambahan


Ia adalah gabungan Omega 3 dan Omega 6...dikenali juga sebagai penstabil hormon. Paling bagus ia membantu menstabilkan prostagladin dalam tubuh kita. Maka ia sangat membantu mereka yang demam berlarutan atau sakit kepala yang lambat kebah...apa kata makan 1 biji GLA Complex untuk mendapatkan keredaan. Bila cuaca tak menentu ia boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Maka pemberi supplement pastinya lebih baik selain membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.


Performance Drink
kerja dari rumah



Ya ia adalah minuman isotonik yang bagus diambil kerana tidak mengandungi karbonat seperti air isotonik lain yang dalam pasaran. Ia boleh diambil oleh mereka yang aktif bersukan, mereka yang kurang air atau demam serta mereka yang mengalami cirit birit . Sedarkah kita bila kita balik kampung terutama yang melalui perjalanan yang jauh, ditambah anak-anak kita akan gembira bermain bersama saudara mara yang jarang dapat berjumpa mereka akan leka bermain. Bila ia berlaku anak akan kurang minum air, akhirnya akan mudah mendedahkan mereka kepada suhu badan yang meningkat. Perjalanan jauh juga akan membuatkan anak-anak cepat letih...maka pengambilan Performance drink sebagai bekalan minuman sepanjang perayaan sangatlah sesuai.



Akhir sekali..... sebelum bertolak untuk sebuah perjalanan baik dekat atau jauh untuk merayakan Syawal ini, apa kata mulakan perjalanan dengan sedekah. Kini banyak aje no acc bank asnaf yang boleh diperolehi di internet termasuklah sekolah anak yatim, tahfiz, rumah pengasih....kerana hakikatnya sedekah dapat menjauhkan dari penyakit dan bala.


So untuk ibu dan ayah diluar sana....cuba pertimbangkan 4 vitamin di atas untuk seisi keluarga terutama musim perayaan ini.


Jika berminat nak dapatkan produk2 di atas boleh hubungi kami di talian : 0128535689.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.



 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 18 Februari 2015

GLA Complex pilihan kami bila demam berlarutan.

Hari ini saya consult ramai orang demam dan jika si pesakit tidak mengandung saya cuma sarankan mencuba GLA complex jika demam dah berlarutan.


Sempat juga ke Tudan menziarah mak angkat saya Makcik Maznah yang kebetulan baru beransur baik demam.

Sampai aje di rumahnya beliau terus menerpa botol vitamin Shaklee.... " Alhamdulillah lepas makan GLA ni hilang sakit kepala yang berdenyut ni". Nasib juga mak angkat saya ada stok GLA pada tangan beliau. Saya sempat bekalkan Meal Shake untuk beliau terutama kerana beliau takde selera nak makan disebabkan demam yang berlarutan.


Memang menjadi amalan kami sekeluarga kalau nak demam atau sakit kepala yang berlarutan amalkan makan GLA dan alhamdulillah ada beransur baik.

Orang tanya apa kaitan GLA dengan demam atau sakit kepala ya? GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untukmembentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.

So bagi anda yang demam berlarutan cuba amik sebiji GLA Complex... mana tahu ia membantu mengurangkan sakit yang berlarutan tadi. Kita hanya usaha namun Allah juga maha Penyembuh. Namun GLA tak sesuai untuk ibu yang mengandung kecuali dengan konsultasi doktor.

Nak dapatkan stok GLA Complex? Hubungi kami di talian di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 10 Disember 2014

Vitamin E membantu surutkan bengkak ?

Adakah sebab cuaca sana panas maka berbotol-botol minum air pun masih terasa dahaga dan tekak kering? Balik dari Maldives memang terasa tekak ni tak sedap. Terasa macam bengkak pun ada. Tapi sebab saya banyak benda nak uruskan so tak boleh nak layan sangat rasa sakit. Cuma bila ada peluang saya rehat saya cuma lena 5-10 di sofa ruang tamu.


Hmm takut juga kalau yang rasa sakit tu tonsil... memang rasa tak selesa bila makan dan minum.

Waktu ni saya tak terfikir doktor tapi saya cuba fikir vitamin yang bantu kecutkan bengkak.

Saya makan vitamin lain macam biasa cuma saya double up kan Vitamin E. Siang semalam saya makan 2 biji vitamin E beserta dengan semua jenis vitamin yang saya makan.

Dah petang tu nak lewat ke maghrib ada rasa kurang. Saya minum juga Vivix 2 sudu besar petang tu dan alhamdulillah ada rasa surut sikit sakit tekak tu.

Sebelum tidur saya makan lagi 2 biji Vitamin E ...ini bermakna semalam aje saya telan sampai 4 biji Vitamin E. Saya bancuh lagi Vivix  2 sudu besar bersama segelas air sejuk. Omega memang saya makan 3 biji siang dan 3 biji malam. Saya tak tambah dos Omega saya rasa saya perlukan Vitamin E di kala ini.

Saya perasan bila amik Vivix banyak saya mudah nak membuang....bagus juga cuci perut.

Alhamdulillah bangun pagi ni dah kurang lagi rasa bengkak tak seperti sebelum-sebelum ini...

Saya syukur sebab ALLAH beri ilham untuk makan vitamin apa bila sakit....saya cuma double dos kan vitamin yang penting dan yang berkaitan dengan sakit yang saya lalui. Kenapa saya pilih Vitamin E ? Kerana fungsi Vitamin E adalah mengurangkan masalah bengkak yang dilalui.

Oh ya buat pengetahuan semua saya hanya akan amik dos tinggi pada vitamin yang saya perlu masa saya rasa kurang sihat. Tapi dalam masa yang tidak lama..maksima pun 3-7 hari bergantung pada keadaan saya. Sebab apapun ALLAH dah bagi tahu yang berlebihan dalam sesuatu itu boleh memudaratkan. Maka saya tak amik melebihi dos bila saya sihat.


So kalau anda ada masalah yang melibatkan bengkak boleh cuba amalkan Vitamin E. Dapatkan konsultasi dari pengedar anda atau jika baru mahu mencuba boleh call saya untuk pesanan dan lengkap dengan konsultasi di talian di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 15 Oktober 2014

Susuibu - bayi membesar dengan sihat dan antibodi yang kuat.

Kelebihan menyusu susuibu sangat banyak dan pasti paling utama adalah untuk perkembangan bayi yang sihat dengan antibodi yang kuat.


Ramai ibu hari ini menyedari hakikat ini. Terutama bagi mereka yang bekerja dan bayi perlu dihantar ke taska, bayi memerlukan sumber untuk mereka membesar dengan sihat dan mampu bertahan untuk melawan penyakit.

Seperti yang telah selalu saya tekankan...pengambilan vitamin adalah ibarat memakai tali keledar. Pastinya mereka yang memakai tali keledar mempunyai risiko kecederaan yang minima berbanding dengan mereka yang tidak memakai langsung.

Sama dengan bayi menyusu susuibu. Bukan bermaksud mereka ini kebal dari penyakit sehingga tidak jatuh sakit...bukan begitu. Tetapi mereka ini cepat recover bila mereka terkena penyakit yang berjangkit dari anak2 taska yang sakit.

Si ibu juga boleh boost vitamin melalui susuibu yang disalurkan kepada si anak tadi.

Saya dah berjaya menyusukan dua anak bujang saya...dan memang sangat mengujakan bila mereka ini cepat sembuh dari demam atau sakit sepanjang mereka membesar iaitu dari bayi sehingga 3 tahun [ sepanjang menyusu susuibu ].

Memang ramai ibu yang mengambil vitamin sepanjang menyusu...dan saya sangat bersyukur atas kesedaran itu. Mereka bukan hanya fokus pada KUANTITI SUSUIBU yang dihasilkan tetapi mereka memang bersungguh mengamalkan makan vitamin untuk bayi itu membesar dengan sihat dan mempunyai antibodi yang kuat.

Ibu yang bekerjaya pastinya mementingkan kesihatan anak mereka terutama jika si manja dihantar ke taska dan bercampur dengan ramai anak2 lain. Pengambilan vitamin yang diambil oleh si ibu sebenarnya sangat membantu meningkatkan sistem pertahanan si bayi.

Testimoni terdekat saya ialah adik ipar saya yang amalkan vitamin Shaklee. Beliau amalkan 6 vitamin utama Shaklee yang memang bagus untuk penyusuan.

Vitamin itu adalah

ESP Shaklee
Vitalea
B complex
Vitamin C
Alfalfa
Ostematrix.

Cuba tengok anak buah saya ...Faiq Iman. Sehingga hari ini anak comel ini masih menyusu susuibu melalui hasil perahan ibunya setiap hari.

Shaklee Miri

Anda ingin membeli set penyusuan tetapi tak tahu yang mana?

Boleh rujuk artikel ini ➡ SET PENYUSUAN MANA SESUAI UNTUK SAYA?] untuk kemudahan anda membuat pesanan vitamin Shaklee untuk penyusuan susuibu buat si manja anda.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Penghantaran COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 24 Julai 2014

Dua ni jangan lupa bawa balik masa raya kalau ada anak atau cucu.

Hari raya setahun sekali dan masa ini kita beraya sakan berjalan ke sana ke mari.


Ramai ibu bapa yang kurang memerhatikan anak mereka dimusim perayaan.

Tanpa kita sedari anak-anak bila dah jumpa sedara mara, sepupu sepapat mereka leka bermain dan adakala lupa untuk minum. Makan memang akan makan sebabnya biasa makan kita beramai-ramai.

Namun ramai yang lupa musim perayaan ini mudah buat anak jatuh sakit.

Antara faktor penyebab ini berlaku adalah kerana ibu bapa tidak monitor pengambilan air yang seharusnya diambil oleh anak-anak.

Terutama bila dalam perjalanan yang jauh, mereka akan kurang minum air kerana keletihan dan banyak menghabiskan masa untuk tidur.

Akhirnya anak-anak kecil mudah mendapat demam disebabkan faktor cuaca dan pengambilan air yang kurang.

Maka sangat bagus setiap ibu bapa menyediakan 2 vitamin ini sepanjang beraya atau sepanjang travelling.

Vitamin tersebut ialah


Shaklee Miri Sarawak


Pastinya kita juga tidak menyukai untuk bergantung dengan ubat, maka persediaan stok Nutriferon sangat membantu dikala anak kita mempunyai tanda-tanda kurang sihat apa kata berikan mereka sepeket Nutriferon yang dibancuh dengan air kegemaran mereka.


Kami memang travel dan pastikan stok vitamin anak-anak sentiasa tersedia. Maklumlah kadang-kadang anak ni kurang minum air dan mudah batuk dan selsema. Maka pengambilan Performance drink membantu mereka tidak mengalami dehidrasi seterusnya membantu mereka terus sihat dan ceria sepanjang kita travelling.

Bagi yang belum ada, jom dapatkannya hari ini demi untuk mereka yang tersayang.
Hubungi 012-8535689 untuk dapatkannya hari ini!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 



COD Shaklee Miri Sarawak. 


 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk 

Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 

Gmail : addinnasa[@]gmail.com 


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 


 Salam sayang dari 

 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 29 Mac 2014

Shaklee Performance Drink : Sesuai untuk traveller?

Pernah dengar tak Shaklee Performance Drink? Ia adalah satu-satunya minuman isotonik yang saya kenal tanpa karbonat iaitu tidak bergas. Salah satu fungsinya ialah untuk pastikan kestabilan ion dalam badan dan mencegah dehidrasi.

Performance Drink Shaklee

Dulu kami minum Shaklee Performance  Drink bila dah sampai hotel ....sebab semuanya dalam beg yang disimpan dalam luggage.

So baru-baru ni memandangkan kami travel lama dan masa yang panjang, saya decide masukkan sikit dalam botol kosong dan letak dalam handbag.

Memang mudah! Jumpa kedai jual air minuman [ drinking water or mineral water ] memang saya beli dan saya tuangkan sikit Shaklee Performance Drink dalam tu...seterusnya goncang-goncang bagi larut terus minum bersama anak-anak.

Mudah! Tak de alasan anak tak cukup air.

Maklumlah bila kami start travel atas jemputan seminar or perjumpaan ...anak-anak memang kurang minum air. Kalau di rumah pun jenuh remind mereka minum setiap sejam supaya badan cukup air.

Sebenarnya punca utama anak-anak sakit ialah kurang minum air. Ditambah kalau duduk hotel dengan aircond sepanjang masa akan buat badan kita kering dan akhirnya anak mudah demam.

Performance Drink Shaklee



Ramai kawan saya beli Shaklee Performance Drink tapi tak minum...simpan dalam fridge berkurun tak kurang juga yang beli tak minum akhirnya expired. Sayangnya ....

So ada botol vitamin yang kosong tu isikan performance dan letak dalam handbag. Senang nak travel dan bagi anak minum.

Satu sebab anak-anak ni bila leka bermain, mereka lupa yang mereka dahaga mahupun lapar. Jadi kini saya happy bawa Shaklee Performance Drink ke mana-mana.

Tadi sampainya jek airport Miri, saya terus beli air mineral dan tuangkan sedikit Shaklee Performance Drink larutkan dalam air dan beri pada 2 anak saya untuk minum. Tak perlu bancuh pekat-pekat tau...just sedikit sahaja. Sangat menjimatkan.

Sangat mudah! Jom beri anak-anak minuman sihat!

Sila klik lebih info tentang Shaklee Performance Drink.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 8 Ogos 2011

Sabun mandi merawat penyakit kulit

 Adakah anda seorang yang berkulit sensitif? Jika ya, anda perlulah pastikan pengambilan buah-buahan dalam menu hidangan anda setiap hari demi memastikan anda mendapat cukup vitamin C. Alternatif lain ialah dengan pengambilan supplement vitamin C yang lebih mudah demi memastikan kulit sentiasa mempunyai cukup vitamin C dan tidak mudah luka akibat sabun atau pencuci yang dipakai.

Addin mempunyai masalah Atopic Eczema. Maka sebelum ini ibu puas mencari rawatan alternatif untuk memulihkan keadaan kulitnya. Pelbagai jenis sabun , lotion dan krim sapu namun ianya bersifat sementara. Namun alhamdulillah setelah menukar cara kehidupan seharian, ada kemajuan dan peningkatan.


Selain membekalkan Addin dengan supplement seperti ESP, Vitamin C , PD, GLA dan Vitamin E saya memastikan saya menyediakan beberapa jenis sabun mandi di dalam bilik mandi. Saya memastikan agar Addin menggunakan sabun mandi yang berbeza setiap kali dia ke bilik mandi. Jika pagi sebelum ke sekolah dia menggunakan sabun X, maka pulang dari sekolah saya akan remind agar Addin mandi dengan sabun Y dan begitu juga malam Addin akan mandi dengan sabun Z.

Mengapa saya perlu buat demikian? Kerana saya mendapati hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri...apabila kita sendiri memakai satu-satu jenis sabun secara berpanjangan...lama-kelamaan kulit kita mudah menjadi kering. Apabila kulit kering ini terhasil, kita mudah akan menggaru dan akibatnya menjadikan kulit tadi luka dan buruk. Maka apabila kita bertukar-tukar sabun mandi kulit kita tak mudah kering kerana setiap sabun hakikatnya mempunyai kandungan yang berbeza.

Selepas mandi, saya akan pastikan kulitnya benar-benar kering dilap dengan tuala. Setelah itu saya pastikan Addin menyapu lotion bayi di sekitar kawasan kulitnya yang mudah kering.

Namun pada saya penawar terbaik untuk penyakit anak-anak ialah dengan membacakan surah-surah Al Quran kerana sesungguhnya hanya ALLAH sebaik-sebaik Penyembuh. Hatta penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan batuk....hakikatnya penawarnya adalah ayat-ayat Al Quran.

Alhamdulillah, seperti kata doc Haizam, penyakit ini akan pulih dengan sendirinya kerana badan akan sentiasa generate cells yang baru terutama apabila kita menjaga pemakanan dan memastikan mendapat khasiat yang cukup. InsyaALLAH.
Wallah hu alam.


Sekiranya anda mempunyai anak yang mempunyai masalah eczema , boleh emailkan kepada saya dan saya kongsikan lebih terperinci bagaimana cara hidup membantu kesihatan anak yang lebih baik. InsyaALLAH.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 19 April 2010

Bagaimana nak jadikan ianya sebagai penawar?




Bila dah bergelar ibu bapa, pasti menjadi kerisauan apabila si manja tiba2 demam, batuk mahupun selsema...tapi percaya tak jika si ibu itu menyusukan anaknya, maka masalah ini dapat di atasi dengan segera sekiranya si ibu itu memastikan pengambilan zat makanan yang seimbang dan selari dengan keperluan si kecil yang memerlukan sesuatu untuk meningkatkan sistem immune nya di kala si kecil tidak sihat. Susuibu lah penawar terbaik di kala si kecil kurang sihat, bukanlah ubat doktor mahupun antibiotik sebagai penawar.

Apakah yang membantu menjadikan SUSUIBU itu sebagai penawar yang mujarab?

Si ibu boleh mengambil langkah berikut di kala si kecil tidak sihat:

1. Mandikan si kecil 3 kali sehari, ini memastikan SUHU badannya sentiasa terkawal dan tidak terlalu tinggi.

2. Sapukan minyak di tempat penting seperti ubun2, belakang telinga, betis dan tapak kaki.

3. Kerapkan menyusu si kecil.

4. Pastikan si ibu mengambil 4-5 jenis buah2an dalam hari tersebut kerana ini dapat membekalkan si kecil susu yang sangat kaya dengan vitamin C terutamanya.

5. Pastikan si ibu mengambil diet yang seimbang, sekurang2nya minima 3 kali meal sehari.Ini penting bagi keperluan vitamin lain yang diperlukan untuk meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

6. Cuba dapatkan minuman isotonik agar badan ibu sentiasa bertenaga dalam membekalkan susu kepada si kecil sepanjang si kecil tidak sihat.



Selama ibu membesarkan Addin dan Nasa dengan susuibu, ibu pastikan pengambilan vitamin C tidak dipandang remeh kerana ini memastikan susuibu membekalkan cukup vitamin C kepada kalian memandangkan ibu tidak dapat mengambil 4-5 jenis buah2an setiap hari. Jika kalian demam yang rasanya akan berlarutan ibu akan pastikan ibu mengambil sepeket nutriferon... memang khas untuk boost immune system, alhamdulillah mujarab. Apapun susuibu adalah terbaik untuk menjadi penawar kepada si manja kita! Selagi menyusu badan, apa yang dimakan oleh si ibu adalah satu pelaburan kepada si kecil.




Salam sayang dari ibu



Isnin, 14 September 2009

Penyusuan, Ramadan dan Pemakanan... Kaji punca kegagalan?

Ibu just nak share tentang beberapa ibu yang mengadu mengapa masih TIDAK BERJAYA melakukan penyusuan sepanjang Ramadan walaupun telah mengambil Performance Drink serta Alfalfa.
Sebab-sebab utama ialah kerana

1. Si ibu hanya bergantung dengan dua pemakanan tambahan ini sahaja tanpa mengambil kira pemakanan tambahan yang tetap utama iaitu B complex...Mengapa perlu B Complex? Ini demi mencegah kemurungan, keletihan yang amat, stress harian akibat kerja mahupun hal rumah, keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi dan segala perkara yang mengganggu kestabilan emosi, mood serta hormon.

2. Si ibu terlalu galak berbuka puasa dengan AIS SEJUK. Memadailah berbuka dengan sedikit air sejuk tetapi bukan minum berliter-liter. Ini boleh menjejaskan pengeluaran susu kerana air sejuk diketahui boleh memberi kesan kepada pengaliran darah serta memberi kesan kepada tulang ibu.

3. Si ibu banyak minum air dari mengambil makanan sewaktu berbuka. Apabila ini berlaku susu yang dihasilkan akan terjejas kerana zat makanan yang diambil akan diserap oleh tubuh si ibu terlebih dahulu, seterusnya baru kepada penghasilan susu. Makanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan penghasilan serta pengeluaran susuibu.

3. Pengambilan herba seperti halba. Halba diketahui dapat membanyakkan susuibu kerana ianya bersifat panas. Jika hari tidak berpuasa atau bulan selain ramadan, si ibu pasti akan kerap minum air demi membanyakkan susu, menepatilah dengan fungsi halba yang bersifat panas maka ianya akan membuatkan darah mengalir lancar maka susuibu juga dapat dihasilkan dengan sangat baik. Namun jika pada bulan puasa, adalah disarankan ibu2 yang mengambil halba sebagai milk booster sebelum ini berhenti mengambilnya pada bulan ramadan kerana sifatnya yang panas boleh menyebabkan badan kita mengeluarkan haba dari dalam secara langsung akan membuatkan badan kita dehydrate maka ini akan memberi kesan kepada pengeluaran susuibu khususnya.Susuibu akan mula perlahan2 menurun akibat badan yang kekeringan akibat pengambilan halba tadi. Maka jika si ibu mengambil performance pada bulan puasa, ianya tidak akan memberi kesan yang positif namun hanya mengurangkan badan dari rasa dehydrate. Oleh kerana itu ibu digalakkan mengambil alfalfa pada bulan puasa kerana sifat alfalfa yang sejuk dapat meningkatkan pengeluaran susuibu hatta berpuasa.


Pengambilan alfalfa adalah sangat digalakkan pada bulan puasa. Pengambilannya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa. Bagaimanapun ibu galakkan jika ibu2 yang berminat mendapat consultation dari ibu terlebih dahulu.

Ini dahulu dapat ibu coretkan buat masa ini, insyaAllah jika ada kesempatan akan bersambung lagi dalam coretan seterusnya...
Salam sayang dari ibu Addinnasa.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Testimoni untuk yang ingin tahu...

Ibu ingin berkongsi cerita tentang performance drink kerana ramai yang email kepada ibu bertanya lebih detail. Kebanyakan mereka yang menggemari minuman ini adalah mereka yang aktif dalam sukan@ atlet, pesakit kanser, orang yang menunaikan umrah dan haji, ibu yang menyusukan anak, mereka yang berpuasa serta mereka yang sakit demam, cirit birit dan mereka yang terdedah dengan kerja luar atau panas terik.

Emak ibu sendiri pada mulanya tidak percaya dengan performance drink bagus untuk mereka yang ke umrah. Ibu belikan sebagai tanda hadiah sebelum emak bertolak ke umrah selama 14 hari perjalanan.Bila pulang dari umrah emak ibu seronok bercerita bagaimana sedapnya performance drink itu serta memang benar tidak rasa keletihan walau panas terik tetapi jemaah lain mengeluh keletihan.Seronoknya ibu dengar testimoni dari emak ibu sendiri.

Mengapa ibu kata ia bagus untuk mereka yang menyusu anak? Bila berpuasa hakikatnya badan kita akan kurang minum berbanding hari biasa.Maka untuk tidak menjejaskan pengeluaran susu, performance sangat digalakkan. Sejak tahun lepas lagi ramai ibu yang menyusu anak membuat pesanan melalui ibu bagi menghadapi bulan puasa. Ianya bukanlah milk booster tetapi ia bantu badan ibu yang menyusu anak agar tidak dehydrate dalam keadaan ibu itu berpuasa.

Bagi mereka yang mudah merasa letih pulang dari kerja dan punya habit tidak suka telan vitamin maka performance drink la yang paling sesuai untuk golongan ini agar kekal bertenaga selepas seharian bekerja. Bagi sesiapa dah mencuba sangat dialukan bagi komen...nanti ibu bagi reward extra marks....hehehe. Gurau jek, marah nanti tuan hakim. Bersambung nanti kerana hari nak hujan....