Memaparkan catatan dengan label Umrah Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umrah Shaklee. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2022

Umrah di penghujung tahun 2021



Allahu akhbar, Allah mempunyai percaturan yang terbaik bila kita pandang dengan mata hati...

2 tahun kita tak mampu nak buat apa-apa disebabkan Covid, namun Maha baik Allah...insentif trip yang sepatutnya Shaklee buat setiap tahun digantikan dengan tunai [ Cash liue] dan suami pesan, duit tu letak tepi supaya once Umrah dah dibuka, kita boleh terus pergi gunakan duit yang ada tu.

Alhamdulillah Allah izinkan kami semua menjadi tetamuNya pada Disember 2021. Alhamdulillah kami seramai 14 orang dari Malaysia dan tambahan keluarga mutawif ustaz Gani turut serta dalam rombongan kali ni.

Satu pengalaman manis kerana ada antara jemaah yang turut serta merupakan umrah pertama buat mereka.

Dengan izinnya kami dapat menginap di Dar Al Iman Intercontinental yang bersebelahan dengan masjid Nabawi. 
Selama 5 malam kami berada di Madinah dan hari ke enam barulah kami berangkat ke Mekah. 

Ini juga merupakan pengalaman pertama kami malah semua jemaah yang turut serta merasa menaiki keretapi dari Madinah ke Mekah. Keretapi laju ini memakan masa almost 2 jam untuk sampai. Subhanallah sangat menjimatkan masa dan sangat selesa trip kali ini.











Semasa di Mekah pula kami dapat menginap di Hotel Makkah yang dulunyanya dikenali sebagai Hilton atau Millenium. Jaraknya juga sangat dekat dengan Masjidil Haram.

Kebetulan rezeki kami pergi pada waktu itu, SOP di Arab Saudi baru sahaja berubah. Tiada lagi penjarakkan. Umrah boleh dibuat beberapa kali sepanjang kita di sana namun perlu ditempah terlebih dahulu menggunakan sistem Eatmarna. Berbanding sebelum ini, umrah hanya boleh dibuat sekali sehaja dalam tempoh 30 hari. Se

Rezeki juga kerana waktu itu kami dapat memohon HSO [ Home Surveillance Order] , namun kini dengarnya perlu kuarantin di hotel.

Sepanjang di Mekah, selepas selesai umrah, terdapat beberapa aktiviti ziarah luar yang biasa kita lakukan bila menunaikan umrah. 

Alhamdulillah setiap jemaah dapat membawa balik senaskhah Al Quran balik dari melawat Muzium di Mekah.








Menjadi kebiasaan bagi kami sebelum balik ke Malaysia, aktiviti wajib kami adalah memberi makan burung… kali ni best lagi sebab burung nak datang dekat dan makan dalam tapak tangan...




Terima kasih Allah atas jemputanMu moga kami akan dijemput lagi di masa akan datang.... Amin.


Ahad, 2 Mei 2021

Umrah 5 bintang yang tak terucap.

Walaupun kaki ini telah menjejaki banyak tempat di dunia tetapi hati ini tetap terpaut pada satu tempat yang penuh kedamaian walaupun dipenuhi berjuta umat.
Tahun 2012 bulan April kami pertama kali menunaikan umrah 4 beranak bersama Shaklee dan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Terujanya tak terkata. Ditambah itulah kali pertama naik flight lebih kurang 6-7 jam.
Alhamdulillah sejak 2012, kami dapat tiket percuma sama ada international atau regional. Cuma kami banyak memilih Umrah bersama Shaklee.
Apa yang best sangat umrah bersama Shaklee? Keselesaan dan service yang diberikan oleh agen terlantik sangat memuaskan.
Dengan hotel yang hanya 30m dari masjid menjadikan ia satu keselesaan berulang alik hotel ke masjid.

Betapa dekatnya masjid dengan hotel.


Setiap tahun bila buka cycle, antara perkara yang saya letakkan dalam dream board adalah tiket umrah atau tiket percutian sekeluarga.
Berbaloi ke usaha untuk dapatkannya secara percuma?
Kali pertama kami pergi memberi rasa keterujaan, menikmati juadah yang disediakan, merasai layanan baik mutawif dan kenikmatan beribadah kerana hotel yang dekat dengan masjid. Baik di Madinah [ Hotel Obroi] dan Makkah [ Hilton Hotel kini dah bertukar nama menjadi Makkah Hotel].



Tahun berikutnya saya cuba bawa ahli keluarga ke sana....baru lah saya tahu kos umrah yang Shaklee taja bukan calang-calang.
Allahu akhbar!
Jarak yang sangat dekat ke masjid itulah kelebihan yang tidak dapat dinafikan. Baru tahu makan tengahari sahaja lebih kurang SR150 malah makan malam boleh mencecah SR200 -SR250! Subhanallah.
Malah SEMUA trip Shaklee walaupun ke oversea, semuanya yang
terbaik
. Subhanallah. Malah makanan yang disediakan juga bukan biasa-biasa. Maka itulah ganjaran yang setara dengan usaha yang diletakkan.
Suka juga saya nak share kan satu doa untuk semua yang berhajat ;
"Ya Hayyu Ya Qayyum birahmatika astaghitsu, ashlih lii sya’ni kullahu walaa takilni ila nafsi thorfata ‘ain"
Ertinya “Wahai Dzat Yang Mahahidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri-Nya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya dan jangan Engkau serahkan (nasib) aku kepada diriku walau hanya sekejap mata.”

Doa yang nabi anjurkan kita baca selalu.


Moga kita mampu berjaya bersama beramai ramai dan menikmatai kejayaan bersama ahli keluarga kita. Amin.



🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock
 #ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#UmrahShakleePercuma

Sabtu, 16 November 2019

Umrah pertama bawa anak kecil , satu kelebihan?

Alhamdulillah, kami dah terima email jemputan untuk Umrah dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Terengganu
Surat jemputan umrah dari Shaklee.

Allahu akhbar! Syukur pada Allah.

Teringat entry 2018 yang saya tulis tentang hajat nak dapat umrah melalui Shaklee. Ada ke yang berminat? Masa tulis entry tu....saya tulis bersama perasaan harapan dan keyakinan yang satu hari kami akan rasa satu keluarga umrah melalui Shaklee. Dengan izin Allah ia bukanlah mustahil.

Masa 2011 adalah Umrah pertama kami sekeluarga. Masa tu Nasa baru berumur 4 tahun. Perkara tak boleh lupa ialah dia dalam proses toilet train. Maka masih pakai pampers jenis seluar gitu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Umrah pertama 2011.

Pagi tadi baca entry adik ipar saya... Tips Umrah bersama anak kecil  ...

So teringat la masa 1st time pergi umrah dengan sorang anak umur 8 tahun dan sorang 4 tahun. Macam biasa, as parents kita kena selalu jadi radio infomer untuk anak-anak. Bagi tahu 1 bulan awal, kita nak pergi umrah tempat ibadah. Ada kaabah macam dalam TV. So nanti behave.

Sepanjang di Madinah, alhamdulillah semua dipermudahkan. Cuma malam terakhir aje Nasa muntah sebab ibu balik lambat dari Raudhah. Dia menangis macam ibu hilang. Balik-balik bilik jam 1 pagi, tengok bilik bau muntah. Rupanya Nasa nangis sampai muntah. Kesian anak ibu.

Bila sampai sahaja di Mekah... adalah saat yang paling penting. Kami pesan anak-anak. Please behave. Jadi sebelum buat mulakan ibadah umrah, kami pastikan anak-anak dah siap kemeh [ buang air dan segala yang patut]. Nasa kami pastikan pakai pampers yang baru dan bersih supaya tak bocor.

Bila memula tawaf, Abah dukung Nasa sambil tangan sebelah pegang Addin. Maklum ramai kan. Masuk beberapa pusingan tawaf, kami bergilir.Ibu pula dukung Nasa dan Abah fokus pimpin tangan abang Addin. Alhamdulillah sampai selesai tawaf. Syukur, Allah permudahkan.

Bila sae'i pula..memula boleh bertahan tapi kenangkan mereka budak kan...jadi kami decide sewa satu kerusi roda dengan orang arab yang jaga kawasan sae'i dan dudukkan 2 beradik dalam kerusi roda. So kami berjalan sambil tolak kerusi roda anak-anak ni.

Bila ke masjid, alhamdulillah Abah Addinnasa sangat seronok bawak anak-anak ke masjid. Rupa-rupanya orang Arab sayangkan budak-budak. Mereka mencontohi akhlak Rasulullah, menyayangi kanak-kanak. Jadi kelebihan abah ialah sentiasa dapat tempat duduk dalam saf dengan kawasan yang selesa. Mereka memberi keutamaan bila ada parent yang bawa anak.

Cuma ada waktu, ibu cuma solat dibilik sahaja. Terutama adakala mereka  [ Addin dan Nasa] letih dan nak tidur, ibu lebih prefer ibu yang temankan mereka di bilik. Maklum isteri afdal solatnya di bilik pun. So tak de masalah.Tak perlu berebut pun. Gedung pahala isteri sebenarnya di rumah bersama keluarga tersayang. Dapat la abah Addinnasa ke masjid lebih lama dan doa lebih untuk kami yang tinggal ni.

Ramai aje kawan kami yang buat umrah bersama anak kecil mereka. Bukanlah satu masalah pun tapi mengundang rahmat Allah yang banyak. Ada aje orang bagi anak-anak biskut, kurma, air zam-zam mahupun roti sebagai hadiah. Jadi kita tak perlulah risau.

Pengalaman seterusnya bila kami bawak keluarga bersama menunaikan umrah [ atas perbelanjaan sendiri] pun mudah. Cuma cabaran bila bawa anak perempuan yang comel, ia jadi bahan cubitan orang-orang yang kita jumpa dimasjid.

Anak buah saya yang comel, Adira.

So ibu-ibu yang merancang menunaikan umrah dan masih tertanya-tanya...bagaimana bawa anak menunaikan umrah? Jawapan saya, mudah aja...insyaAllah mudah kerana kita nak hati mereka dekat dengan Allah dan RasulNya.

Mudah-mudahan kita selalu dijemput ke sana. Amin ya mujib.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 24 April 2018

Umrah bertaraf VIP reward dari Shaklee.

Biasa pakej umrah yang kita dapatkan pasti setanding dengan harga yang kita mampu bayar.

Lain pula dengan Umrah yang Shaklee tawarkan.

Ia adalah satu hadiah insentif kepada pemimpin pengedar yang mencapai target sasaran untuk kembangkan bisnes.

Tahun ni kami dapat menunaikan Umrah Ziarah Istanbul.

Anda berminat nak dapatkan Umrah VIP ni? Kami sedia membantu. Boleh mesej terus di Sini.

Jom cuci mata gambar trip Umrah Shaklee kali ni 👇


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Pengedar Shaklee Malaysia


Pengedar Shaklee yang aktif
Reward dari Shaklee


Set Menyusu Shaklee
Reward Shaklee
Shaklee Master Coordinator
Shaklee Umrah Ziarah Istanbul
Pengedar Vivix Shaklee
Shaklee Rewards
Set Penyusuan Shaklee
Shaklee Umrah Ziarah Istanbul