Memaparkan catatan dengan label Pengedar Vivix Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Vivix Shaklee. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2023

Jom Sihat dengan Set Kurus Shaklee

Beberapa diet plan yang sangat popular hari ini antara lain adalah Suku-suka Separuh, Intermittent Fasting dan Keto. Ia menunjukkan rakyat Malaysia secara beransur-ansur telah mula ada kesedaran nak menjaga kesihatan dan tubuh badan. Namun tahukah anda, setiap diet plan adalah bagus jika disokong oleh vitamin dan supplement supaya tubuh  badan  kita mendapat zat nutrisi yang seimbang walaupun kita sedang berdiet. Kerana hakikatnya bila kita berdiet , secara langsung ada banyak kekangan untuk kita lengkapkan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan.

Jika anda adalah pengamal diet Intermittent Fasting pastinya adakala kita tak dapat nak pastikan dalam diet kita telah mendapat semua vitamin dan zat yang seimbang.Teringat saya , sharing dari Coach Gula , Master Puteri.... Jika kita mempunyai pilihan antara telur rebus dan ESP Shaklee, adalah lebih baik amalkan ESP Shaklee kerana ia mempunyai 9 amino asid perlu  yang diperlukan oleh badan namun tidak dapat dibuat oleh badan. Suka saya nak share antara asid amino dalam ESP adalah Histidine. Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Berbalik kepada Set Kurus Shaklee, set ini boleh didapati dengan nama popularnya Hello New You Set.
Ia mengandungi 4 jenis vitamin yang sangat menyokong mereka yang nak sihat , yang berusaha menjaga diet dan mereka yang nak kurus.
Set Kurus Shaklee
Hello New You Set dari Shaklee.



Antara produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee ini adalah Mixed Soy Protein Chocolate Shake, atau nama popular Cinch Chocolate, Omega Guard Shaklee, Lecithin dan Herb Lax. Setiap vitamin ini mempunyai manfaat yang menyokong diet plan seperti Diet Suku-suku Separuh, Intermitten Fasting dan Keto.


Set Kurus Shaklee
Cinch Shakes Shaklee


Cinch Chocolate 

Cinch Shake adalah minuman yang berasaskan protien untuk menggantikan makanan sepanjang kita berdiet. Perasa Cokelat adalah Cinch Shake yang paling rendah GI. Bermakna kita kenyang lebih lama. Cinch Shakes perasa Chocolate ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Leucine.
Leucine adalah sejenis Asid Amino , yang mempunyai rantaian isoleucine dan valin. Leucine dikatakan sangat membantu untuk kita dapatkan penurunan berat badan maka ia pastinya sangat penting dalam Set Kurus Shaklee.


Set Kurus Shaklee
Kebaikan Cinch Shake

Saya sendiri sangat suka dengan Cinch Chocolate, saya jadikan ia meal replacement untuk gantikan nasi. Ia juga membantu badan kita tidak menjadi flabby bila dah mula kurus. 


Omega Guard Shaklee
Set Kurus Shaklee
Omega biasa dalam bentuk capsule



Bila kita cerita Set Kurus Shaklee, pastinya kita perlukan supplement yang membantu bakar lemak terutama lemak tepu. Saya sangat suka dengan Omega Shaklee. Omega Shaklee membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega-3 tulen. Omega Shaklee disuling berganda untuk memastikan kepekatan dan ketulenan melalui proses moden. Mengapa Omega Guard sangat bagus bila kita amalkan Intermittent Fasting kerana ia membantu menyokong kesihatan sendi, membantu mengawal berat badan, mengurangkan sakit kepala kerana ia bersifat anti radang.


 Lecithin

Lecitin ni juga berbentuk capsule macam Omega juga. Lecithin sebenarnya membantu mengurangkan kita terkena risiko penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease serta risiko arteri yang mengeras. Kalau kita sedar, semasa amalkan Intermittenr Fasting kita tak mampu nak dapatkan banyak khasiat makanan kerana kita sedar makanan yang terhad ditambah kita nak kawal makan. Maka Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah nyanyuk.


Herb Lax

Perasan tak, bila kata kita buat diet IF atau Keto ke, matlamat jelas untuk dapat berat ideal. Maka kerana itu Set Kurus Shaklee mengandungi Herb lax sebagai bahan yang bantu membersihkan usus dan perut.
Adakala bila kita amal diet IF, antara masalah yang biasa orang akan hadapi ialah masalah pembuangan. Maka Herb Lax sangat membantu.  Dalam Herb Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba.Herb Lax mempunyai sifat yang menggalakkan proses pembuangan menjadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut.
Set Kurus Shaklee






Bila kita buat Intermittent Fasting pasti kita nak dapat best result kan? So saya nak cadangkan pengambilan Set Kurus Shaklee ini bersama Vivix Shaklee. Kenapa Vivix Shaklee? Tahukah anda Vivix Shaklee ini bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogennesis kerana kandungan Polifenol dan Resveratrol di dalam Vivix. Bagusnya pengambilan satu sudu teh sehari Vivix dapat mengurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain ia juga membantu mengelakkan protien AGE terbentuk. Maka dengan ini sangat bagus untuk kita dapatkan berat yang ideal, selain amal Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.




Bulan ini pula, Shaklee ada offer yang menarik. Pembelian satu Set Hello New You akan mendapat 1 Cinch Chocolate secara percuma! Wah sangat mengujakan tau terutama bila kita dalam mode ready nak kurus dapatlah pulak benda yang menjimatkan.

Set Kurus Shaklee
Promosi Set Hello New You bulan Februari



Jika anda berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi kami di WASAP INI.





Khamis, 2 Februari 2023

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023

Menjadi rutin untuk kita ketahui apakah promosi yang ditawarkan Shaklee pada setiap awal bulan. Bulan Februari 2023 tidak terlepas dengan promosi menarik yang Shaklee tawarkan. ESP Shaklee antara promo yang masih berlangsung pada bulan ini. Menariknya untuk ahli baru yang nak register sebagai ahli Shaklee, mereka berpeluang mendapatkan  ESP Shaklee dua [2] canister dengan harga yang sangat menarik iaitu RM150 , bersama keahlian dan penghantaran percuma.

Promo ESP Shaklee untuk ahli sedia ada juga tidak ketinggalan. Mereka boleh dapatkan ESP Shaklee tiga [3] canister dengan harga RM260 termasuklah kos penghantaran. Penjimatan yang sangat banyak!


ESP Shaklee antara Promo Februari 2023
ESP Shaklee antara Promo Februari 2023


Selain promo ESP Shaklee, Februari ini juga mempunyai promo yang sangat istimewa dan dinantikan oleh ramai penggemar Vivix Shaklee.

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023
 

Antara promo lain yang  juga selain ESP Shaklee, 

Get Clean Shaklee

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023



Berita baik untuk ahli baru dan ahli lama, Shaklee juga menawarkan pembelian Hero Kiddo dengan harga yang sangat istimewa dengan syarat mempunyai belian 100uv.




Bukan itu sahaja, Shaklee menawarkan jongkong emas pada bulan Februari 2023. Boleh wasap saya untuk mengetahui lebih lanjut tawaran ini. 




Bagi anda yang bijak  untuk menjadi ahli dan grab tawaran yang Shaklee tawarkan, boleh la mendaftar Keahlian Shaklee DI SINI.





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 22 Februari 2022

Diariku : Dunia bisnes untuk jiwa yang kental


Saya dibesarkan dalam dunia keluarga berbisnes. Saya melihat arwah abah buat macam-macam bisnes nak besarkan kami adik beradik. Arwah mak pulak macam setiausaha kepada arwah abah dalam menjalankan bisnes yang abah usahakan.
Saya sendiri mula berniaga seawal usia 19 tahun selepas abah meninggal dunia. Namun ia sekadar mencari pengalaman disamping membantu diri sendiri untuk ada duit poket sepanjang zaman belajar di Universiti.
Siapa kata senang nak meniaga? Orang cuma tahu nak untung. Siapa yang suka rugi kan? Tapi masih ingat bila saya mula serius adalah bila saya memilih satu sahaja bisnes masa belajar iaitu buat Shaklee. Sebelum tu, ada la sambil-sambil buat jual barangan Avon, CNI, amik upah jual tshirt atau photostat nota.
Namun lain kisah dengan Shaklee sebab saya nampak masa depan yang unik selepas saya belajar tentang marketing plan yang disediakan.
Sebagai pelajar mana ada duit nak buat modal. Modal hanyalah air liur menerangkan kat kawan-kawan tentang kepentingan vitamin sampailah dapat gelaran doktor tak bertauliah. Lebih teruk orang panggil Mak Lampir. Sebab apa saya cakap jadi kenyataan pada mereka. huhuhu.
Pada saya alasan nak buat memang banyak...tapi saya taknak jadi looser ...penat dah. Kena juga cari akal macam mana nak capai target. Orang lain target nak graduate kelas
hebat
, saya pulak target nak capai bonus yang menjadi idaman....hahhahaha.
Takde modal bukan satu isu pun. Kemahuan paling utama. Saya dapat kumpulkan order sebulan RM10 ribu sebulan sepanjang jadi student universiti. Penat? Semua kerja penat. Tapi kemahuan tu yang buat kita tak pandang pada penat. Kita nak tengok hasil.
Terima kasih pada arwah abah yang pesan pentingnya selawat. Terima kasih buat arwah mak yang kongsikan doa pelaris. Terima kasih pada semua atas perkongsian asmaul husna iaitu zikir ya Wahhab.
Semuanya menjadi pendorong untuk saya terus berjuang.
Berkat selawat...semangat juang Rasulullah menjadi penguat jiwa saya.
Berkat doa yang mak ajar [ doa nabi juga] buatkan saya lebih berkeyakinan dan sabar.
Berkat asmaul husna zikir Ya Wahhab membuatkan saya melihat banyak keajaiban dalam meniaga.
Cuma satu aje kena ingat....
Jiwa kena kental. Berniaga ni macam tanam pokok buah dalam kebun. Lagi besar kebun, memang lagi besar hasil. Tapi lagi
hebat
kena sabar. Ujian jiwa la selalu orang tak tahan. Semua nak cepat. Padahal dalam dunia semua ada proses.
Kalau hati tisu, mudah terasa, mudah nak amik hati bila kena tegur, tak nak terima penolakan manusia...susah nak pergi jauh. Sebab bisnes adalah dunia yang perlukan jiwa kental dan sabar. Nak baiki diri kena berlapang dada.
Kena percaya dengan masa depan sendiri. Kena belajar berdikari. Jangan terlalu bergantung dengan orang lain. Kena banyak berdoa dengan Allah dalam apa juga yang diusahakan.
Allah ni maha baik dan maha pemberi kurnia. Setiap usaha pasti ada ganjaran yang Allah sediakan. Wallahu alam.





Khamis, 12 November 2020

Dapatkan Vitamin C Shaklee PERCUMA!

Bila angka status kes Covid 19 meningkat hingga 4 angka....PKPB terus dilaksanakan kecuali 3 negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Pahang.

Maka kita semua kena lebih sensitif dengan isu ini dengan memastikan kita jaga kita.

Selain memastikan kita dan ahli keluarga menjaga kebersihan , memakai mask bila perlu keluar , menjaga penjarakkan sosial dan...pengambilan vitamin C adalah sangat perlu.


Ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha kita untuk memastikan Covid 19 tidak terus menerus merebak.

Sempena November 2020 ini....

Shaklee telah menawarkan vitamin C percuma!


Banyak penjimatan apabila menjadi ahli Shaklee. Set yang ditawarkan boleh mendapatkan keahlian Percuma secara langsung mendapat vitamin PERCUMA!

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee? Boleh refer posting saya sebelum ini : 



Bertahan selama 21 tahun dalam Shaklee adalah satu jangka masa yang lama. Namun bila dah serasi dan menjadi kerjaya utama....syukur alhamdulillah ia menjadi karier tetap kami. 

Saya tak minat nak menjual banyak produk kerana ia akan buat kita 'pecah' modal. Banyak perkara nak kena urus. Fokus pada satu bisnes sampai kita benar2 mendalami semua perkara adalah lebih baik. Ini nasihat dari pakcik suami apabila satu ketika saya pernah teringin nak venture bisnes lain.

Saya berminat menjual produk kesihatan kerana niat nak bantu ramai orang sihat. Cantik adalah bonus bila produk yang kita niagakan itu memberi kesan kecantikan. Jika melibatkan pemakanan, pastikan ia beri kesan yang baik dalam jangka panjang.

Bayaran bonus berkala yang konsisten dan latar belakang syarikat sangat memainkan peranan yang penting. Banyak produk yang bagus namun tidak mampu membayar bonus distributor dengan baik akhirnya menyebabkan mereka gulung tikar. Sebab itu compensation plan sangat penting untuk kita fahamkan.

Bisnes yang memberikan 'masa' untuk diri sendiri sangat penting. Untuk rejuvinate sebagai keperluan kita nak berkembang. Saya selalu berpesan pada distributor dalam organisasi kami...jika bisnes itu mendekatkan kita dengan Allah adalah lebih baik dari duit yang menggunung tetapi buat kita leka dengan fatamorgana dunia.

Akhir kata, kita tahu apa yang kita mahu...namun kita tetap perlu Allah bimbing semua hala tuju kita. Orang yang berniaga dan hatinya dekat dengan tuhan pasti akan jumpa banyak kejayaan dan ketenangan. Wallahu alam.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 


 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia #VitaminCShakleereadystock

Khamis, 26 September 2019

Hilangkan resah gelisah dan gundah gulana....

Pernah tak alami, adakala bila kita buka sahaja radio kebetulan yang keluar adalah ceramah atau kata-kata yang sangat memberi kesan di hati?

Atau adakala kita belek buku, kita terjumpa perenggan yang menarik untuk kita fahami atau amalkan?

Ya sebenarnya setiap hari kita mendapat "reminder" dari Allah....cuma sama ada kita sedar atau tidak.

Jika kita sedar, alhamdulillah. Kita beroleh sesuatu yang bermanfaat. Jika tidak semua reminder itu hanya akan berlalu pergi begitu sahaja.


Hari ini, saya dapat satu ayat Quran dari ceramah yang disampaikan oleh ustazah Asma Harun. Antara ayat yang beliau kongsikan melalui pengalaman beliau sendiri....




Alhamdulillah mudah untuk dihafal kerana pendek, dan maknanya cukup mendalam.


Bagi yang menghadapi ketakutan, hati gundah gulana, resah gelisah... Banyakkan istighfar dan bacalah ayat ini. Semoga Allah menjaga semua urusan kita dengan lebih baik.


Wallahu alam.




 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 11 September 2019

Berniaga perlu ayat pelaris?

Masa awal-awal saya buat bisnes Shaklee...iaitu zaman student, saya minta ayat pelaris dengan arwah mak. Saya tahu ada ayat mak amal bila berniaga.Memula mak taknak beri sebab mak risau saya galak berniaga sampai tak minat belajar.

Tapi selepas beberapa lama , mak berlembut hati .....

Jadi mak saya beri ayat ini.



Mak kata amalkan dalam tahajud 100x...masa tu zaman student memang tahajud itu biasa sebab kita nak masa depan yang baik dan keputusan periksa yang baik.

Saya jadikan amalan. Alhamdulillah memang nampak la mudah menjual sepanjang zaman belajar. Alhamdulillah menjadi amalan hingga kini. Rupanya baru tahu, ia ayat hapus hutang.

Namun selepas umur dah masuk 4 siries ni, saya sedar sesuatu....

Sebenarnya ayat itu bukanlah untuk digantung atau disimpan gambarnya dalam hp seperti ada sesetangah orang. Tetapi perlu dijadikan amalan.

Dan saya sedar, sebenarnya apa jua ayat yang kita amal untuk berniaga...ia bukanlah semata-mata menjadi magnet agar customer membeli tetapi ayat itu sedang mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Kerana pelaris yang sebenar adalah diri kita. Jika benar ayat Allah ini menjadi amalan, ia membantu kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini. Pastinya kita lebih berbahasa, sabar, bila dapat rezeki bersyukur, bila tiada rezeki kita tetap yakin Allah atur yang terbaik. Penolakan pelanggan memberi kita keyakinan, Allah sedang jauhkan kita dari sesuatu yang tidak baik dimasa depan. Sentiasa bersangka baik pada aturan Allah.


Paling penting ia membantu keyakinan kita rezeki ni datang dari Allah bukan dari manusia. Mudah-mudahan dengan perubahan baik ini melapangkan rezeki dan membantu menyelesaikan semua hutang piutang. Paling utama ia membantu kita menjadi orang yang berhemah bukan sahaja untuk berniaga tetapi hubungan kita dengan ahli keluarga juga lebih baik. Sebagaimana kita baik melayan pelanggan, insyaallah baik la kita dalam melayan anak dan pasangan. Wallahu alam.



 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa