Memaparkan catatan dengan label Keintiman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keintiman. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2014

Pandai mencuri ?

Saya tertarik dengan kata-kata seorang adik bisnes saya iaitu Master Norwina. Kata beliau orang yang Berjaya dalam Shaklee rata-rata adalah para isteri atau wanita kerana mereka ini pandai mencuri? Berjaya dalam Shaklee dengan mencuri? Oh bukan curi customer tau! Atau curi produk!


Hah mencuri? Ya mereka pencuri masa yang cekap.

Shaklee Top Star

Semua orang ada 24 jam sehari.  Tak de seorang  pun yang terlebih atau terkurang. Allah beri semua sama.

Namun satu aje, orang yang berjaya mereka pandai mencuri masa dan memastikan apa yang perlu dilakukan dapat disempurnakan.

Ramai yang Berjaya dalam Shaklee adalah mereka yang berasal dari surirumah dan wanita bekerjaya. Hebat kan?

Saya kagum dengan surirumah yang ada ramai anak, suami kerja dan tiada pembantu rumah. Ajaibnya kerana mereka tahu nak uruskan masa. Boleh urus anak, keluarga dan bisnes Shaklee. Bila saya Tanya apa yang buat mereka berusaha sampai Berjaya [ malah dah jadi Master Coordinator] antaranya ialah kesedaran dalam diri mereka  jika apa-apa terjadi pada suami, mereka ada sumber income. Tidak kurang sebab mereka nak beri duit belanja pada mak ayah dan berusaha nak penuhi keinginan sendiri nak pakai lawa, handbag cantik dan banyak lagi tanpa membebankan suami.

Lebih hebat pada mereka yang Berjaya dalam Shaklee dari kalangan wanita bekerjaya. Dah la siang bekerja [ makan gaji] , balik rumah urus rumahtangga dengan suami dan anak tapi hairan mereka boleh curi masa untuk buat Shaklee. Nak lebih hebat mereka ini boleh jana income sehingga 5 angka dalam Shaklee! Walhal mereka memang ada income yang terjamin setiap bulan tapi kenapa nak buat Shaklee?
Jawapan mereka ialah kerana nak cepat habiskan hutang. Hutang kereta, hutang rumah, nak bercuti tempat best, nak pakai kereta idaman, nak ada rumah besar.

Mereka adalah orang yang pandai mencuri masa. Mereka tahu apa yang mereka mahu dalam hidup dan rujuk mentor untuk Berjaya.

Jadi anda bagaimana?
Surirumah yang mengharap duit suami setiap bulan? Atau bekerjaya  tetapi semuanya serba cukup makan semata-mata.

Jom sertai kami, ubah nasib diri melalui ubah sikap dan ubah cara berfikir.


Sertai kami dan terus menjadi sebahagian dari mereka yang akan menerima anugerah Shaklee pada National Conference 204/2015!

Kita yang tentukan masa depan kita!


Isnin, 29 Julai 2013

Testimoni kedua CoQ Health Plus Shaklee !

" Suami saya kerja berat dan sering kepenatan. Namun sesuatu yang saya sedar, kami tak macam dulu." Luahan isi hati seorang isteri.

CoQ Health Plus Shaklee

Hakikatnya benar, apabila terlalu keletihan dan mood pun tiada, kedinginan terhadap keperluan batin akan makin meningkat.

Namun semenjak adanya produk terbaru Shaklee, ramai isteri yang terkejut dengan hasilnya.

Sms terbaru yang saya terima ;

" Salam kak, vitamin yang suami baru makan seminggu tu dahsyat ! Suami saya tiap malam minta on projek. Saya pulak takut terbunting....hehehe "©  anakkuwiraku.com

Jumaat, 19 Julai 2013

Semarakkan kasih sayang suami isteri

 Mudah merajuk, stress atau senang marah pada pasangan antara tanda kekurangan belaian kasih sayang dari pasangan.

Vitamin kesuburan


Tersenyum membaca pengakuan seorang kenalan cyber mengenai apa yang dilaluinya selepas mengambil Alfalfa. Suaminya memuji kerana kini tiada lagi keputihan serta sangat selesa bila" bersama" iaitu keseronokan hubungan seksual atau lebih dikenali sebagai libido. Dalam alam perkahwinan, keperluan hubungan seksual ini  atau tuntutan nafkah batin sangat perlu dan penting serta tidak boleh dipandang remeh.

Masih teringat kata arwah Tuan Hj Talip seorang kaunselor rumahtangga yang pernah ibu kenali ...kebanyakan masalah rumahtangga berpunca dari kekurangan keperluan batin. Perasaan curiga, cemburu, cepat marah mudah terjadi apabila keperluan seks dalam rumahtangga tidak dipenuhi dengan sebaiknya. Hasil kajian beliau, pasangan suami isteri yang sentiasa cukup dalam keperluan seks atau merasai seronok melakukan hubungan seksual ini atau libido akan merasa lebih bahagia, tenang hatinya, awet muda, dan lebih berkeyakinan berbanding mereka yang mempunyai masalah dalam hal ini.

Bila kita lihat dalam kehidupan hari ini, kebanyakan suami isteri bekerja. Adakala si suami terlalu penat dengan kerja pejabat, seharian memerah otak maka bila pulang terus lena sehingga isteri di sebelah diabaikan. Tidak kurang dengan si  isteri, mana yang sibuk nak memasak, nak urus anak....dan kesibukan ini membuatkan keinginan seks terbantut secara tidak disedari.


Bila perkara ini berlarutan, akan terjadinya jurang antara suami dan isteri. Akan mula datang bibit cemburu, curiga, syak wasangka dalam diri terhadap pasangan masing2. Adakala isu kecil sahaja sebenarnya namun sebab emosi dan keperluan seks ini tidak dipenuhi dengan baik maka ada yang boleh mengakibatkan berlarutan sehingga talak diminta.

Ibu mempunyai ramai kawan dan customer yang mengadu masalah keintiman ini terutama mereka dari kaum ibu yang menyusukan anaknya. Golongan ini mendapati mereka sakit bila bersama kerana "kekeringan". Apabila ini tidak di atasi dan terus berlarutan, lama kelamaan perasaan seronok untuk 'bersama' akan berkurang dan ini boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Bila ada kawan yang mengadu masalah ini, ibu akan suggestkan makan set B ditambah dengan vitamin E. Memang terasa perbezaaannya. Bertambah bagus suami isteri makan vitamin. Dalam membantu tubuh badan sihat, segar, ianya turut membantu meningkatkan keseronokan hubungan seksual suami isteri.

Kini suami boleh cuba CoQ Health Plus. Dah terbukti bagus untuk kesuburan lelaki!

Jom baca TESTIMONI CoQ Health Plus

Suami gembira isteri bahagia!



Berminat untuk dapatkannya boleh hubungi kami.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 16 Februari 2011

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.


 Apa jua yang kita lakukan untuk menjayakan sesuatu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Mengambil iktibar dari sirah Rasullah s.a.w bagaimana dan betapa sabarnya Rasullah s.a.w menyebarkan agama Islam selama hayatnya.

Ibu memang suka part yang berkaitan dengan penyusuan susuibu kerana satu kepuasan bagi ibu menjayakan sepenuhnya susuibu buat Addin dan Nasa selama melebihi 2 tahun setiap sorang. Syukur alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang menyedari kebaikan susuibu. Bagi yang belum terbuka hati untuk melahirkan anak seterusnya menyusukan anak dengan susuibu, hanya DOA yang ibu mampu kirimkan setiap hari semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada golongan ini seperti mana yang telah ALLAH berikan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada si manja yang disusukan dengan susuibu.

Memang tidak dinafikan setiap orang punyai cabaran menyusu yang berlainan dan percayalah ALLAH berikan mengikut kemampuan kita sebenarnya. Antara cabaran dalam menjayakan penyusuan adalah sokongan dari suami. Terdapat segelintir golongan suami yang memang tidak menyokong si isteri memberikan susuibu pada anaknya atas banyak alasan. Namun bak kata orang tua, sebelum menuding jari kesalahan orang lain, mari kita sama-sama muhasabah diri dimana kesilapan kita.

Bersandarkan entry ibu sebelum ini maka ingin ibu kongsikan beberapa TIPS untuk melahirkan seorang suami yang menyokong si isteri menjayakan penyusuan susuibu buat anaknya.

1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.

2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.
Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.

3. Berikan layanan terbaik buat suami.
Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.


4. Jaga penampilan diri
Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.
Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.
Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.


6. Masakkan makanan kegemarannya.
Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap  apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.
 

 7. Banyakkan berdoa.
Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.



Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya  lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.
Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Wassalam.









Salam sayang dari ibu

Isnin, 25 Oktober 2010

Oh bengkak Susu!




Alhamdulillah selama menyusukan Addin dan Nasa, ibu melalui dan merasa apakah yang dikatakan "nikmat" bengkak susu atau dikenali juga sebagai duktus tersumbat...atau bagi sesetengah kes yang lebih kritikal diserang Mastitis.

Memang benar, pentingnya menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang sempurna iaitu sehingga payudara benar-benar kosong. Namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kehidupan yang penuh dengan aktiviti maka ada segelintir ibu-ibu yang mengepam dengan keadaan kelam kabut, tidak kurang bagi ibu yang keletihan...ibu dan bayi sama lena dan bayi pula menyusu secara ala kadar....ini antara fenomena biasa ibu yang menyusukan anaknya.

Semasa menyusukan Addin, ibu tidak mengkaji sebenar-benar kepentingan setiap vitamin... maka apa yang ibu lakukan setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna,

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas

2. menyusukan Addin sekerap mungkin

3. worst case...tuam dengan lapisan kobis yang sejuk (paling cepat kesannya tetapi kekangannya pula susu akan cepat kering)


Namun selepas menyusukan anak kedua ibu Nasa, ibu jarang melalui bengkak susu yang ketara seperti zaman menyusukan Addin. Ini kerana pengambilan vitamin  E yang lebih konsisten. Maklumlah dah melahirkan dua anak secara ceaserean , maka ibu akan sangat concern tentang jahitan sebelah dalam rahim tidak kurang bahagian luar supaya ia tidak nampak hodoh.

Apa yang didapati, selepas pengambilan vitamin E :

1. pigmentation semasa mengandung berkurang dengan sendirinya.

2. warna di kawasan aerola semakin mengecil dan balik seperti sediakala. Kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak akan mendapati kawasan aerolanya semakin membesar dan gelap dan lebih banyak kelahiran maka akan lebih gelap di kawasan sekitar earola.

3. Risiko mengalami bengkak susu atau Mastitis sangat rendah kerana vitamin E dikenali sebagai best anti- oksidan iaitu ia mencegah pertumbuhan abnormal sel dalam badan selain mencegah keradangan dalam tubuh badan. Ini yang ramai tidak tahu.

4. ia melambatkan proses penuaan. Pengamal vitamin E akan nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

5. kesan menarik untuk penyusuan ialah...susuibu dikayakan dengan vitamin E dan ini membantu bayi membesar lebih sihat kerana kandungan anti oksidan yang tinggi dalam susuibu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada keluhan customer ibu " oh saya juga amalkan makan vitamin E yang dibeli di farmasi setiap hari , namun kesannya tidak seperti yang diharapkan"

Bezakah setiap Vitamin E?

Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya vitamin E ialah untuk

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.


6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.


Sekadar tambahan maklumat mengenai bengkak susu.......

Credit to : MimiAlya

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.

• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol) boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.



Salam sayang dari ibu

Selasa, 30 Jun 2009

Kebenaran adakala menyakitkan

Adakah anda melalui pengalaman seperti ini di mana suami anda memberi komen ke atas diri anda mahupun apa yang anda lakukan ? Saya sendiri melaluinya ...jika masakan saya kurang sedap pada hari itu suami akan memberi komen.." lauk hari ini tak berapa sedap" namun tidak dinafikan walau ianya komen yang membina tapi jika tidak berfikir dengan rasional, si isteri akan menjadi emosional dan sedikit merajuk. Memandangkan sudah hampir 8 tahun kami berumahtangga saya sudah masak dengan pengalaman ini kerana ini menjadikan saya seorang yang sentiasa berusaha untuk menyedapkan masakan lauk pauk saya.

Teman saya juga melalui perkara yang sama... sehingga menyebabkan beliau merajuk berhari2 tak masak untuk suaminya. Nasib baik belum mempunyai cahayamata jika tidak pasti anak teman ini akan mati kebuluran kerana ibunya tidak mahu masak. Nak lagi dahsyat kerana si suami ni terlalu rigid dengan caranya sahaja sehinggakan cara teman saya melipat baju pun di komennya dan adakala boleh jadi perselisihan yang amat dahsyat.

Namun hakikatnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik jika kita berfikir dengan rsional. Setiap pasangan itu mempunyai saling bergantung dan kerana itu kita ditemukan dengan jodoh kita. Memang tidak dinafikan lelaki ini adakala sifatnya yang open minded or out spoken boleh menyinggung perasaan si isteri namun bak kata mak saya, ambil ia sebagai asam garam rumahtangga selagi ianya boleh diperbaiki kita usaha.

Begitu juga yang terjadi kepada saya apabila terdapat sedikit perubahan pada saya termasuklah bentuk badan maka suami akan menegur..." N nampak tembam sikit" hehehe dalam hati saya terdetik ini mesti sebab saya selalu tertidur selepas makan tengahari. Maka saya akan cuba kurangkan situasi ini dari kerap berlaku.Abah Addinnasa juga selalu berpesan, " N kena jaga body supaya selalu kurus baru nampak cantik". Saya seorang yang kuat makan ( ye la menyusukan anak memang kena kuat makan kan?) maka saya pastikan supplement untuk body saya maintain tidak saya abaikan terutama fiber tablet, omega, vit E, dan B complex. Siapa yang tak takut jika berat badan naik ditambah nampak sedikit gempal? Ramai teman saya yang menyusukan anak tapi badan mereka nampak berisi sangat sehinggakan suami saya boleh bertanya,"kawan N tu mengandung ke? Nampak macam tu la lebih kurang". Jadi saya tahu sebenarnya dia cuba memberi gambaran jika saya tak jaga makan dan badan kesannya lebih kurang begitulah.

Begitu juga yang terjadi pada beberapa teman saya yang beranak 3-4 orang apabila suami dah mula berkata" hmmm awak ni tak macam baru2 kahwin la".Mengapa ini terjadi? Adakah kerana badan sudah mula nampak gempal atau bila bersama kurang tenaga maka kurang kenikmatan? Nauzubillah .. takut juga kan. Emak mertua saya sendiri selalu berpesan, N kena makan vitamin selalu agar tidak mudah gemuk dan sentiasa bertenaga jadi si suami tak mudah merungut mahupun mengeluh. Namun berapa ramai wanita yang concern? Dengan mengambil alfalfa sebenarnya banyak membantu dalam hubungan suami isteri.Ianya bukan sahaja as milk booster tapi banyak membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.

Memang benar kebenaran itu menyakitkan tapi hakikatnya kenikmatan atas kebenaran itu lebih hebat bagi yang mereka yang ada mata boleh melihat, ada telinga boleh mendengar dan ada HATI yang boleh menilai.

Rabu, 18 Februari 2009

Dingin selepas bersalin

Saya paste semula apa yang ditulis oleh ibukauthar dalam forum SI yang menarik perhatian saya utk dikongsi bersama...

Alfalfa actually adalah galactugogue yg baik,sama seperti fenugreek.
Malah alfalfa adalah selamat untuk di ambil oleh wanita yang hamil dan ingin meneruskan penyusuan (tandem nursing),ia tak memudaratkan bayi dan ibu.

saya mengambil ALFALFA TABLETS dari SHAKLEE sejak menyusukan anak sulung,sehingga hari ini.walaupun ke atas sy ianya tidak menambahkan susu (kerana masalh PCOS sy) tapi kesan yg sgt baik yg sy dapati kesan pengambilan alfalfa ialah ::

anak sy tidak pernah kolik -- alfalfa ada kesan membuang angin dari tubuh, kesan ini turut mengalir ke bayi melalui susu ibu.bagus bukan ..

sy tidak pernah sembelit semasa dalam pantang!! --- memang alfalfa lah 'saviour' sy dari mengalami masalah sembelit.

bayi saya juga tidak pernah ada masalah utk poo-poo

bagi wanita normal yg tiada masalah hormon, insyaALLAH alfalfa boleh menambahkan susu.synchronize kan pengambilan galactugogue dgn pengambilan kalsium yg mencukupi utk penghasilan susu.

actually sy mmg sampai skrg pun amik alfalfa shaklee (saya makan shaklee sejak umo 11 tahun sebelum tukar dan jatuh cinta dgn agel 2 bulan lepas) dan sy mengesyorkan ibu2 menyusu utk turut mengambil alfalfa,alfalfa shaklee is the best..try it to believe it!! :)
sy rasa ada ibu di sini yg boleh anda order produk shaklee dari mereka :;

sitilina :: www.mysuperkids.net
yus_azlan :: www.yusrinahata.com

dan jika ada ibu2 lain yg menjual shaklee bolehlah maklumkan yea.protein shaklee juga sgt bagus kerana ia diperbuat dari non-GMO protein dan first derived protein from the source,bukan sisa2 protein seperti kebanyakan produk lain ( 15 tahun sy dgn shaklee,byk yg sy belajar ttg nutrition)



Ibukauthar terlupa nak tulis nama ibu jika ada sesiapa yang nak cuba vitamin Shaklee....hehehe