Memaparkan catatan dengan label baby underweight. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby underweight. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mac 2018

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Keistimewaan Vitamin C Shaklee yang ramai tak tahu adalah 1 bijinya bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren!

Kalau sebiji beli kat pasar dah RM2.50 apatah lagi kalau beli 8 biji!!! So saya pilih Vitamin C Shaklee ! Harga sebotol hanya RM97.50 dengan 180 tablet!

Sangat jimat kan?
Image result for full of oranges



Saya memilih vitamin C Shaklee kerana ia bekalkan 500mg sustained release yang mana ia melepaskan vitamin C dalam tubuh secara berperingkat.

Kenapa penting amal vitamin C? Ia membantu memberikan pelindungan kepada sel dalam badan kita. Selain ia juga penting sebagai sumber kolagen dari dalam tubuh.


Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Vitamin C Shaklee diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


Berminat untuk dapatkannya?



Image result for vitamin C shaklee png
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC

Info lebih lanjut : Vitamin C Shaklee


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 30 September 2017

Nota dunia penyusuan susuibu ; jenis najis bayi


Saya terbaca dari wall jururawat ke rumah di fb dan ada nota menarik yang nak saya simpan di blog ini sebagai rujukan saya sendiri di masa akan datang....





Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.

Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?


Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.

1. NEWBORN ( BARU LAHIR)
- biasanya pada usia 1-3 hari.
- Hitam kehijauan
- Sedikit melekit lekit
- Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
- Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
- Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
- Tidak busuk.
- Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN
- kuning mustard/hijau/cokelat
- Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
- Kadang kala lembut atau sedikit cair
- Bertekstur seperti doh pastri
- Berbau wangi
- Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA
- Kuning atau cokolat
- Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
- Lebih kenyal
- Lebih besar
- Berbau kurang enak
- Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM
- Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU
- Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
- Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
- Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKOLAT
- Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

7. DARAH HITAM
- Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
- Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR
- Hijau, kuning atau cokolat
- Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
- Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS
- Bayi sukar mengeluarkan najis
- Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
- Bayi mengalami kembung perut dan merengek
- Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
- Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH
- Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
- Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
- Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS
- Berlendir
- Bewarna kehijauan
- Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH
- Putih kapur atau kelabu asap
- Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
- Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.


Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

#MalaysiaHomeMedicalCare











 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 November 2014

Shaklee OmegaGuard - bagus untuk otak ?

Ramai orang sedia maklum minyak ikan bagus untuk otak. Malah doktor panel di klinik swasta turut akan bekalkan ibu mengandung minyak ikan yang dikatakan sangat bagus untuk pembentukan otak bayi.


Memang ada pelbagai jenama minyak ikan di pasaran. Namun saya nak share minyak ikan Shaklee yang diberi nama OmegaGuard.

Minyak ikan Shaklee tidak bercampur dengan lecitin atau vitamin E. Ia adalah asli minyak ikan sahaja.

OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi kepekatan tinggi dengan spekstrum penuh.

Info ringkas dan padat yang saya nak share dalam entry ini ialah
Shaklee Miri


Jumlah Omega-3 Fatty acids ialah 330 mg dalam setiap kapsul.

Kita disarankan mengambil 3 biji  per serving dengan ini kita akan memperolehi 990 mg Omega-3 fatty acids. Pengambilan 3 kapsul ini membekalkan kita EPA 540 mg manakala DHA sebanyak 360 mg.

Pengambilan Omega sangat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu ia juga sangat membantu dalam penglihatan awal bayi.

Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang OmegaGuard Shaklee.

Anda ibu mengandung atau menyusukan anak? Ingin berikan yang terbaik buat si manja anda? Apa kata cuba OmegaGuard Shaklee. Hubungi kami untuk buat pesanan di talian 012-8535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 16 April 2010

Supplement dan Penyusuan



Setiap perkara yang ditakdirkan pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Inilah yang ibu lalui apabila melahirkan Addin secara pembedahan. Secara kebetulan abang Addin dilahirkan dengan keadaan tak cukup bulan iaitu antara 34-35 minggu… jadi ibu nekad nak mengambil supplement kerana ibu tahu luka dalam (bahagian rahim yang di potong ) dan luka luar jahitan di perut perlu cepat baik agar ibu dapat menjalankan aktiviti harian ibu seperti biasa tanpa terbatas hanya kerana ceaserean.

Pengambilan vitamin pada asasnya hanya sebagai “ubat” kepada ibu untuk cepat baik dari luka pembedahan. Ibu tak mahu mengambil pil penahan sakit kerana pada ibu ianya melemahkan saraf sahaja.

Tanpa ibu sedari Addin membesar dengan sangat hebat… kenaikan beratnya pada 6 bulan pertama sangat menggalakkan. Ia mengujakan ibu dan abah tentang kebaikan susuibu pada si kecil. Tidak ibu nafikan Addin sangat kuat menyusu sehinggakan ibu terpaksa membuat ulangkaji melalui buku2 tulisan Dr. Bruce Miller yang memang menjadi koleksi ibu selama ini. Ibu mencari apakah supplement yang membantu membanyakkan susu dan akhirnya ibu terjumpa perkataan….Alfalfa helps to stimulate milk for breastfeeding mothers.

Namun ibu tidak punya sesiapa yang mempu guide dengan sepenuhnya sehinggalah baru ibu tahu Alfalfa dalam kumpulan “galaktogue”…dan memang berfungsi untuk menggalakkan tubuh si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik dan segera.

Supplement yang ibu ambil selepas operation adalah supplement asas untuk membaikkan luka ibu…itulah intention pertama ibu mengapa ibu mengambil supplement. Di samping itu ibu cuba mencari perkaitan mengapakah berat Addin naik dengan sangat hebat berbeza dengan baby kawan2 ibu yang menyusukan anak mereka(walaupun mereka menyusukan hanya 6 bulan tetapi progress mereka berbeza) sehinggalah satu hari Dr Haizam membuka minda ibu….
“Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susuibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

Barulah ibu tahu bahawa susuibu itu sendiri mengandungi segala macam vitamin yang ibu makan selama ini untuk mengubat luka rahim dan jahitan di perut ibu.

Maka ibu pun membuat kesimpulan bahawa sekiranya seseorang ibu itu menyusukan anaknya dan andainya si ibu itu menjaga pemakanan hariannya serta menambahkan supplement dalam dietnya, secara langsung ia memberi kesan ke atas zat di dalam susuibu itu sendiri.

Apa jua makanan yang diambil oleh si ibu akan disalurkan kepada anak yang menyusu tadi….sebab itu apabila si ibu sakit dan dibekalkan ubat oleh tuan doctor maka perlulah si ibu tadi memaklumkan kepada tuan doctor bahawa dia(si ibu) itu menyusukan anaknya agar ubat yang dibekalkan selamat untuk penyusuan.

Mengapakah 3 vitamin ini penting untuk membantu penyusuan?

Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).

B complex- Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Kekurangan B12 jika tak silap ibu yang boleh menyebabkan si ibu hilang keseimbangan rasa..iaitu mudah moody, sensitive, mudah mengalah @ surrender, cepat letih, murung(terutama selepas bersalin) dan muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Vitamin C- rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor past mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil.


Perlukan pengambilan supplement dari kumpulan “galaktogue” seperti Alfalfa atau Halba(nama science nya fenugreek)?

Jujurnya pada ibu ya, sebab ia membantu penghasilan susuibu dengan baik, lancar dan mudah. Pengambilannya mungkin berbeza pada setiap badan. Ada antara ibu yang makan 2 biji sudah memberi impak yang besar manakala ada yang memerlukan pengambilan maksimum untuk mendapatkan impak yang hebat. Antara Alfalfa dan fenugreek, ibu lebih selesa Alfalfa kerana kebaikkannya banyak…ia adalah raja segala tumbuh2an, ia dapat menyejukkan badan jika si ibu demam, ia juga membantu si ibu menjalankan tanggungjawab isteri dengan penuh senyuman dan ia juga mencantikkan kulit si ibu. Pengambilan alfalfa juga tidak memberi kesan bau ke atas ibu mahupun si anak. Alfalfa sangat membantu mengurangkan keradangan akibat eczema kepada si kecil yang mengidap penyakit tersebut. Pengambilan alfalfa membantu eczema dari terus melarat. Ini telah ibu lalui melalui pengalaman ibu sendiri.

Oh ya, last but not least…vitamin adalah tidak sama seperti ubat. Ubat adalah satu rawatan segera yang secara perlahan2 memberi kesan kurang baik ke atas antibodi tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin… vitamin adalah makanan sel dan ia membantu sel untuk stimulate dan membentuk sendiri antibodi melawan penyakit untuk tubuh kita.
Sebab itu pil2 yang tuan doktor syorkan untuk banyakkan susu seperti motilium sebenarnya bagus untuk jangkamasa pendek sahaja tetapi bukan untuk jangka panjang dan ianya dibekalkan untuk jangka pendek kerana ia boleh memberi kesan seperti depressed dan sebagainya jika pengambilan berterusan.

Oh ye, sebenarnya ibu memang consume banyak lagi supplement seperti ESP(protin), kalsium, omega, vit E dan beta carotene tetapi ianya bukan satu yang wajib untuk diambil sekadar menambahkan nutrisi dalam susuibu…..

The best investment dan paling berbaloi. Mana taknya berbaloi, susuibu yang mengandungi banyak nutrisi terutama vitamin C akan dengan sendirinya boleh menjadi penawar kepada si anak jika si kecil itu demam, selsema mahupun batuk. Jika Addin atau Nasa mempunyai simpton ke arah 3sakit ini ibu akan double dose kan pengambilan vitamin C instead of 1 tab ibu akan amik 2 tabs iaitu pagi dan malam.

Oh ye, tak lupa yang bertanya mengapa beli vitamin sedangkan boleh diambil dari klinik kerajaan sahaja? Jawapan ibu ialah terpulang pada individu...

Mengapa ada yang mahu bersalin di hospital swasta sedangkan hospital kerajaan jauh lebih murah?
Jawapannya: Tepuk dada tanya selera!





Salam sayang dari ibu



Jumaat, 5 Mac 2010

Apa sebenarnya ESP?

Mungkin bagi yang dah biasa membaca catatan dari blog ibu dah biasa mendengar produk ESP atau nama panjangnya ialah Energizing Soy Protin. Maka bagi yang baru, ingin ibu kongsikan apakah kelebihan ESP Shaklee ini;

Ianya mungkin mahal pada sesetengah orang, ibu pun mengakuinya. Namun hasil yang ibu perolehi dari minum soy protin Shaklee ini sangat ketara. Ia mencerahkan wajah, menghaluskan tekturs kulit dan membuang semua sel mati akibat jerawat yang lama2..., susuibu juga sangat pekat dengan pengambilan protin ,sangat berbaloi bagi ibu.

Credit to HanaSalwa for this entry.

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya yaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

SIAPA PERLU PADA SOY PROTEIN INI ?

1. Orang yang ingin kekal sihat

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

6.pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, dan lain-lain

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat .

CARA MAKAN- 2 sudu makan di bancuh dengan satu gelas air sejuk/ suam. boleh juga dicampur dengan air jus buah-buahan.
diminum pada waktu pagi dan petang ( 2 kali sehari).










Salam sayang dari ibu


Isnin, 8 Februari 2010

Dah mula

 
Seperti yang ibu maklumkan sebelum ini, bermula 8 Februari sehingga 28 Februari , ibu menyediakan trial pack khas bagi mereka yang ingin mencuba Ostematrix Shaklee. Hanya RM 100, kalian akan mendapat:

  1. Vitalea @ multivitamin sebanyak - 30 tabs
  2. B complex sebanyak - 30 tabs
  3. Vitamin C 500mg sebanyak - 30 tabs
  4. Alfalfa sebanyak - 30 tabs(FREE)
  5. Ostematrix @ Kalsium sebanyak - 40 tabs   
    Salam sayang dari ibu