Memaparkan catatan dengan label Sijil Halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil Halal. Papar semua catatan

Ahad, 1 Oktober 2017

Pengesahan HALAL produk Shaklee - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu



Bila sebut produk dari oversea, pertama yang kita mesti nak tahu adalah sijil halal. 
Ya Shaklee hanya mendapat sijil Halal dari ISA [ Islamic Services of America] iaitu salah satu badan yang ditiktiraf oleh JAKIM untuk pengesahan produk dari luar negara. Ini adalah kerana produk Shaklee dikeluarkan diluar negara Malaysia.


Sijil halal ini akan direnew setiap tahun mengikut batch pengeluaran. Maka tak perlu risau dan boleh makan tanpa was-was.





Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya melalui www.wasap.my/60128535689


Kami akan cuba bantu anda yang ingin mendapatkan maklumat tentang produkShaklee dan jika ingin mengetahui peluang yang ditawarkan oleh syarikat.

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 11 Ogos 2011

Berbaloi kah beli?

Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...

Sejujurnya, saya akui bahwa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka, dan sesiapa jua mampu memlikinya!

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Jom kit aikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:
*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Di sebabkan inilah kami sekeluarga memilih vitamin natural Shaklee sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. (^_-)


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 28 Julai 2011

11tahun ....

Energizing Soy Protein – Vanilla
 
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.
Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 22 Julai 2011

Mengapa saya tidak was-was?

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.


Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah



Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 14 Mac 2011

Alzheimer : cegah melalui supplement?

Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.
Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.
Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.
Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.
Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.
Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?
Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.
Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:
Vita-E Complex – Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.
B Complex – Vitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.
Lecithin – meningkatkan fungsi dan potensi otak.
Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.
Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:
Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.
Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.
Omega Guard - memperbaikkan fungsi kognitif.
Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya – segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.

Credit 

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 012-8535689. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 18 Disember 2010

Tiada silika?


Artikel ini diambil dari genkimomma.

Salah satu mengapa saya memilih Shaklee sebagai supplements kami sekeluarga ialah kerana keaslian & ketulenannya. Buktinya, supplements Shaklee tidak memerlukan kehadiran gel silika (Silica Gel) di dalam bekas/ botolnya.
Sebelum mengenali Shaklee, saya sering habiskan masa yang agak lama untuk membeli supplements di farmasi. Mesti teragak2 nak beli brand yang mana satu. Nak compare lagi supplement facts for each brand, nak compare price vs quantity lagi, dan ditambah lagi dengan kehadiran silica gel (boleh dikatakan dalam kesemua jenama botol) yang agak tidak menyenangkan mata saya. Ntah laa, somehow, saya teringat silica gel yang selalu kita jumpa dalam kotak kasut atau kotak hand bag tue. :P
Bila pertama kali beli supplements Shaklee, saya akui yang saya agak terkejut kerana tiada silica gel di dalam botolnya. Jarang2 jumpa nih! Itu lah orang selalu kata, tak kenal, maka tak cinta, kan? ;)
Namun, saya terkejut sekali lagi, apabila menjumpai silica gel dalam bekas Vitamin C untuk anak saya (Chewable Vita-C 100mg). Inilah yang saya maksudkan…

Sepantas kilat saya bertanya pada Pakar Pemakanan Shaklee (kak N).
Berikut ialah sessi soal-jawab kami…
Selama ini saya dapati supplements Shaklee tiada silika gel. Tapi, agak terkejut silika gel ada dalam botol Vitamin C for children.
Kenapa ada silika gel ya?

Akak juga terkejut pada mulanya tapi bila diterangkan oleh penasihat dari US satu masa dulu akak terima dengan rasional. Rasionalnya nama vit ini ialah chewable utk children. Bila kata utk budak2 mereka tidak seperti kita alert dengan perkara sekeliling. Jika kita mengambil vit dalam botol, kita akan pastikan tangan kita sentiasa kering…betul kan? Tetapi kanak2, adakala mereka tonggang vit dari botol tanpa mengambil kira tangan mereka basah atau kering, so that is why Shaklee ambil langkah awal dengan menyediakan penyerap kelembapan tersebut. Namun akak admit bahawa vit kanak2 Shaklee lebih baik dari semua jenis vit di pasaran kerana
1. Tiada pewarna
2. Tiada pengawet

3. Tiada perasa tambahan seperti kebanyakan vit dalam farmasi.
Lega hati saya! Hehehe. Memang betul pun. Anak-anak saya selalu berebut untuk buka botol vitamin mereka, termasuk lah si kecil yang belum pon 2 tahun tue.
Haih, tak padan dengan kecik! :P
Uniknya silica gel yang diletakkan di dalam botol supplements Shaklee untuk kanak-kanak ini ialah, ianya tidak seperti biasa, yakni manik2 kecil di dalam packing bag kecil (beads packed in a semi-permeable plastic), tetapi, dalam bekas keras bujur yang kecil. Maka, kebarangkalian kanak-kanak akan menyentuh terus (direct contact) dengan silica gel itu ialah sangat-sangat tipis.

Maka kawan-kawan, sekiranya anda menjumpai kehadiran silica gel ini dalam botol supplements Shaklee untuk anak-anak anda, jangan lah gusar ya.


Salam sayang dari ibu


Isnin, 15 November 2010

Menyusu hanya dengan ALFALFA, apa kesannya?



 Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)


Entry yang berkaitan :

Entry yang mungkin boleh buat anda gembira:






Salam sayang dari ibu

Ahad, 5 September 2010

Shaklee HALAL.


Shaklee halal atau haram, status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.

Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:

* Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
* INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
* JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

United States of America Islamic Services America

Dari website Jurnal Halal

# ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah sebuah badan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.

6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.

dari website rasmi JAKIM

# Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.

Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia
KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.

Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.

She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year.







Maka gunakan Shaklee tanpa was-was ya :) Shaklee juga merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa bezanya Shaklee dengan supplement lain? Ia adalah produk dari bahan semulajadi yang amat sesuai dengan tubuh manusia. Secara amnya ada 3 jenis supplement:

1. Yang dibuat dari bahan natural dan semulajadi.
2. Yang dibuat dari bahan sintetik.
3. Yang dihasilkan dari tindakbalas kimia bahan-bahan kimia tertentu.

Jadi selain status halal, periksalah jenis vitamin yang anda ambil kerana jenis ke-2 dan ke-3 di atas boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan, seperti:

* Badan tidak mampu berfungsi secara mandiri sebaliknya memerlukan ‘vitamin’ tersebut untuk bekerja.
* Memberi kesan kepada organ dalaman seperti otak dan buah pinggang.
* Mengubah DNA sel badan dan membuatkannya cepat rosak.

Carilah yang halal, kerana yang halal itu fardu. Dan pilihlah yang dibuat dari bahan semulajadi, kerana ia paling sesuai dengan tubuh kita.

Credit to Lyna.

Salam sayang dari ibu

Selasa, 4 Mei 2010

Isu Halal Shaklee?


Terima kasih Ya Allah kerana menemukan dengan insan yang baik hati ini...semoga Allah membalas jasamu.

Ini dari email yang ibu terima dari auntie Yus..

Salam,

Saya dh bertanyakan hal ini dengan Pn Norhaizam (Training Manager) drpd Halal Industry Development Corporation (HDC), feedback drpd beliau :

"Dear Zuraidah
Ini adalah badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM dan insyaAllah sepanjang pengetahuan saya ianya boleh digunakan sebab JAKIM mengiktiraf badan islam tersebut.Terima Kasih."

Nasib baiklah saya ni kerja ada kena mengena dengan topik halal,boleh laa tnya2. So mungkin ini pun leh membantu awk kalau ada sesiapa yg bertanya :)



Terima kasih sekali lagi.

Salam sayang dari ibu


Khamis, 1 April 2010

Panduan membaca label pada botol vitamin.




Ni panduan ringkas yang ibu salin dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa-sustained release
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.




Salam sayang dari ibu




Jumaat, 11 Disember 2009

Shaklee Haram?

 Bagi menjawab persoalan beberapa teman cyber mengenai isu ISU HALAL. Ini ialah keputusannya, keratan akhbar yang abah AddinNasa masih simpan sebagai bukti bagi menjawab segala kemusykilan.






Shaklee mempunyai pengesahan HALAL by ISA...Islamic Services of America.

Salam sayang dari ibu



Jumaat, 18 September 2009

Salam lebaran Aidilfitri

Rasanya belum terlambat bagi ibu untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran buat semua teman blogger ibu termasuklah semua silent reader yang begitu setia mengunjungi blog ibu yang tidak seberapa ini. Tidak lupa buat semua pelanggan tetap ibu, salam lebaran juga buat kalian.

Ibu juga ingin menyusun sepuluh jari mohon kemaafan andai ada tersilap kata dan terkasar bahasa sepanjang penulisan ibu di dalam blog ini dan sepanjang kita berkongsi pengalaman.

Semoga lebaran tahun ini lebih membuka minda kita untuk menjadi seorang yang prihatin ke atas kesihatan kita. Apa jua yang dihidangkan, makanlah dengan beringat kerana kesihatan adalah sesuatu yang paling mahal dalam hidup kita.

Bagi anda yang beraya di kampung halaman dan andaikata ada ruang di dalam hati untuk mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan kesihatan serta mungkin secara kebetulan berdekatan dengan tempat berikut, bolehlah membeli dengan harga ahli menggunakan ID saya iaitu 395863. Boleh hubungi saya terus di talian 012-8535689 untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.

  • Penang Branch A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai. No tel 04-3974325
  • Ipoh Branch 32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh . No tel 05-2418260
  • Johor Bahru Branch 14 Jalan Molek 1110 Taman Molek , JB. No tel 07-3525188
  • KL Branch 31 Jalan 2A/27A Section 1 wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442
  • Kota Bharu Branch 319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. No tel 09-7478688
  • Kota Kinabalu Sabah Lot 7, Ground Floor Wisma Damai jalan Damai Luyang Kota Kinabalu. No tel 088-272087
  • Shah Alam HQ, Jalan Juruhebah U1/50 Temasya Industrial Park, Section U1 Shah Alam (Glenmarie) No tel 1800-88-6577

Khamis, 18 Jun 2009

Gosip panas!

Ramai orang terkejut kerana saya masih bertahan dengan satu produk selama hampir 9 tahun menggunakannya. Setakat ni alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bersama Shaklee dan saya berdoa biarlah ianya kekal hingga hujung nyawa.
Shaklee banyak membantu mengubah hidup saya... dulu seorang yang selalu sakit sepanjang tempoh belajar di universiti berubah menjadi seorang yang sihat. Saya dulunya kerap tidak hadir ke kuliah dan tutorial kerana migrain yang sangat teruk. Sejak menggunakan produk Shaklee kini saya sudah tiada migraine lagi, alhamdulillah syukur ya Allah! Jika dulu zaman saya belajar, wajah saya dipenuhi dengan bintik2 merah di pipi selain jerawat dan adakala mempunyai jerawat batu yang sangat besar... manalah mampu nak menggunakan produk kulit yang berjenama kerana saya hanya mempunyai ibu yang bekerja itupun sekadar kerja kilang manakala arwah abah sudah lama meninggalkan kami. Apabila menggunakan Shaklee, ramai kawan di kolej yang berminat nak mencuba, saya terus menjadi ahli dan memberikan semua teman2 saya membeli dengan harga ahli. Bukan sekadar itu sahaja, saya tiba2 berminat untuk mengetahui punca2 setiap penyakit dan dari situ saya berkenalan dengan Aya, seorang pesakit kanser otak@ tumor otak. Apabila beliau juga mendapat dan merasakan kebaikan Shaklee atas perubahan yang ketara pada dirinya, saya dikenali sebagai doktor yang tak bertauliah di Kolej kediaman Keempat. Ramai juga staf kolej yang membeli vitamin melalui saya. Mengapa mereka percaya saya? Hehehe ini kerana saya suka berkongsi membaca buku kesihatan dengan mereka terutama buku Dr. Bruce Miller. Sehingga kini saya amat meminati tulisannya.

Ramai teman terutama di kalangan doktor yang berminat mahu saya mencuba produk yang mereka gunakan iaitu produk selain Shaklee tapi saya tak berani nak mencuba kerana saya tahu kebanyakan produk kesihatan dalam pasaran adalah produk yang baru, dan belum mempunyai track record setaraf Shaklee. Maka saya tak berani untuk mempertaruhkan nyawa saya pada sesuatu yang belum pasti keberkesanannya.

Baru2 ini ada seorang teman memperkenalkan produk A*** dan hanya kerana ia mudah dtelan maka kawan ni kata ia produk bagus. Bila tanya siapa kata bagus? Jawapan yang paling senang, doktor yang membuatnya la.... namun berapa tahun dalam pasaran? 10 tahun? 20 tahun? Belum lagi masih baru dan ramai orang sangat suka kata kawan ni. Saya kata, kelebihan rakyat Malaysia ialah sangat suka mencuba tanpa memikirkan kesan. Ada seorang pengguna produk ni kata penyakit dia nampak lebih baik bila makan produk baru ini...berbanding Shaklee, pada saya ianya hanya psikologi semata2. Dalam Shaklee ada produk yang antara bagus kesannya adalah nutriferon. Jika seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang berlarutan walaupun dah mengamalkan produk asas Shaklee saya akan pastikan pesakit ini mengambil nutriferon agar kesannya lebih ketara. Ini lebih baik daripada pesakit asyik menukar produk dan kesannya adalah ke atas badan pesakit pada masa akan datang.
Tapi ye lah setakat mana orang rajin nak membaca buku kesihatan? Orang kita lebih gemar gosip panas dan ceita buruk orang berbanding ilmu yang bermanfaat. Saya pun tak pernah marah jika orang itu tak berminat dengan Shaklee kerana bukan semua manusia mendapat taufik dan hidayah. Namun saya tetap doakan mereka yang mencari produk kesihatan yang terbaik akan menemui Shaklee dalam hidup mereka.

Makanlah produk yang berkualiti di samping ianya halal. Jika tiada ilmu, maka carilah kerana ilmu bermanfaat adalah antara 3 amalan yang takkan putus bila matinya seorang anak adam.