Memaparkan catatan dengan label Tekanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tekanan. Papar semua catatan

Jumaat, 23 April 2021

Bila sakit jangan elak makan ubat....

Dulu saya obses dengan vitamin...jadi bila sakit saya tahan dan makan vitamin aje. Selama 10 tahun lebih saya tak amik panadol atau pil penahan sakit tapi saya gantikan dengan vitamin seperti vitamin C dan B complex [ sebagai vitamin yg menenangkan].
Namun saya ingat ianya adalah cara yang betul kononnya takut buah pinggang rosak makan ubat. Rupanya sangkaan saya MELESET sama sekali selepas saya belajar ilmu yang betul dari dua doktor ini iaitu Dr
Anya Tay Sin Yah
dan
Dr Jue
.
Bila sakit kena makan UBAT. Namun waktu yang sama makan supplement untuk membantu sel dan sistem kita improve dan lebih baik. Bukan bergantung selamanya dengan ubat. Makan ubat hanya untuk tempoh sakit sahaja.
Jadi saya decide nak buat perubahan....sebab kejahilan saya dulu masa dok Miri, saya suka makan buah potong dengan garam. DItambah kedai buah tu dekat dengan rumah [ dekat GK Pujut 3 Miri]. Apa jadi, lama lama saya dapat penyakit darah tinggi.
Bacaan bukan calang-calang...170/120 sehingga 190/130 tu bacaan biasa saya.
Ramai aje doctor advise amik ubat tapi saya buat dek aje. Mereka menekankan saya boleh mati mengejut kesan tekanan darah tinggi ni. Tapi saya senyum aje. Sebab saya kata, yg hidup pasti mati.
Namun sampailah ada sorang doktor tegur, puan tahu tak kesan jangka panjang penyakit puan ini adalah rosak buah pinggang....
gulp...saya benar-benar terkesan. Oh ok...ni kena buat sesuatu , detik hati saya.
Saya amik juga ubat yang disarankan namun takde sistem follow up....jadi usaha saya separuh jalan.
Terbaru saya ajak suami teman saya ke Klinik Hijraa di Chendering...jumpa Dr
Ahmad Samhan
...Bagi ubat dan sistem follow up. Dari seminggu ke sebulan...nampak improvement.
Ops bukan bergantung dengan ubat sahaja ya. Result yang saya dapat ni adalah usaha jaga waktu tidur [ tak tidur lewat dah ], bersenam [ naik gak treatmill], jaga makan, ambil vitamin dan makan ubat doktor.
Makan ubat sahaja tak boleh dapat best result kecuali ubah cara hidup dan cara makan ya.
So sapa yang ada masalah darah tinggi , jangan makan ubat atau vitamin sahaja, kena ubah cara hidup dan cara makan.
Saya baru buat ujian Renal Profile nak tengok eGFR latest...tengok kesan ubat pd buah pinggang. Nanti saya cerita dalam next posting apa yang saya trigger dari result tu.





📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 

Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Khamis, 16 Januari 2020

Vitamin ini penting tapi sering dipinggirkan.

Saya mengenali penyakit kanser dari seorang pesakit semasa saya belajar di Universiti Malaya. Saya kenali beliau dengan nama Aya, dan dari beliau saya belajar beberapa tentang doa disamping mengenali lebih dalam tentang penyakit kanser.

Masa tu saya baru tahu pentingnya asid folik untuk pesakit kanser. Ini kerana asid folik perlu untuk bina darah merah yang sihat dan vitamin ini bantu untuk mengawal tekanan [stress].

Asid folik ini biasanya ditemui dalam vitamin B complex dan dikenali juga sebagai B9.

Ramai pesakit yang mengalami masalah sakit kronik termasuk kanser sebenarnya berpunca dari tekanan [ stress]. Ini kerana tekanan akan menurunkan sistem pertahanan badan dan akhirnya sel akan rosak. Tetapi ramai pesakit lebih fokus untuk mencari vitamin untuk tingkatkan sistem imun semata-mata [ boost imune system]... hakikat sebenarnya pesakit juga perlu mengambil berat tentang pemakanan dan vitamin yang membantu penghasilan sel darah merah yang sihat untuk memastikan badan bertahan dalam proses penyembuhan dan paling utama membantu mengawal tekanan.

Asid folik ini penting untuk bina sel darah merah yang fresh dan sihat. Macam sebuah angkatan perang...lagi ramai askar lagi bagus untuk berlawan. Kalau pesakit terlalu fokus untuk tingkatkan sistem imun samalah ibaratnya pasukan tentera yang sibuk dengan perisai nak lawan musuh cuma bilangan askar setakat yang ada sahaja. Maka adalah sangat baik, bila pesakit kanser atau apa juga penyakit mengambil langkah bijak dengan mengambil makanan yang seimbang serta pengambilan supplement yang memenuhi keperluan untuk sihat dan bertenaga dan paling penting adanya vitamin yang membantu mengawal stress. Pengambilan supplement juga perlu untuk bina sel darah yang sihat dan segar, serta supplement yang bantu sel yang mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi.



Kebaikan B complex seperti yang kita maklum, ia bantu penghasilan sel darah merah yang sihat, bantu beri mood gembira dan beri rasa badan bertenaga.Paling utama ia membantu mengawal stress. Maka vitamin ini perlu diambil oleh orang sihat mahupun yang sakit.



Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 24 November 2019

" 10 B " bantu tangani tekanan.

Saya lihat sendiri arwah abah saya mengalami strok disebabkan berpunca dari tekanan darah tinggi... zaman dulu kita kurang ilmu dan pendedahan tentang pemakanan, cara hidup sihat dan kepentingan pengambilan air untuk keseimbangan di dalam badan.

Cara hidup hari ini membuatkan ramai kita terdedah dengan 'tekanan' atau nama lain ialah stress tanpa kita sedar. Tekanan yang berlangsung secara berlarutan boleh menyebabkan sistem imunisasi tubuh semakin lemah dan akhirnya badan kita terdedah kepada pelbagai penyakit senyap terutama kanser.

Orang ingat tekanan ini hanya kepada mereka yang banyak kerja sahaja, hakikatnya tekanan bermula dari keletihan yang berlarutan, otak yang ligat berfikir dengan tugasan dan tanggungjawab pejabat yang berterusan....malah tekanan boleh terjadi pada semua orang dalam bentuk yang berbeza.


Bermula dengan emosi ia menarik kepada fizikal seseorang yang mengalami tekanan....

Tekanan boleh terjadi disebabkan beberapa sebab antaranya, pengharapan terlalu tinggi dan tidak mahu kecewa, konflik dalam hubungan , kewangan dan tragedi, beban kerja yang banyak dan tubuh yang tak cukup rehat.



Bagaimana nak kawal dan bantu diri tangani tekanan? Antara yang boleh dilakukan ialah

Hadirkan rasa bersyukur. Hari ini kurangnya rasa bersyukur kerana kita sibuk memikirkan perkara yang belum dapat. Perkara ini membuatkan kita lupa betapa banyaknya nikmat lain yang Allah beri. Maka setiap hari kita perlu sediakan ruang pada diri untuk merenung semua nikmat dan hadiah yang kita terima dari Allah supaya ia membantu kita bertenang.

Bernafas dengan teratur salah satu cara untuk kita bertenang. Biasanya kerja dalam kelam kabut atau nak cepat membuatkan kita akan menarik nafas dengan laju dan ia membuatkan kita sendiri penat. Akhirnya mendapatkan tekanan. Maka biasakan menarik nafas dalam dalam supaya kita mampu bertenang.

Berbicara dengan sendiri adakala dianggap seperti gangguan emosi tetapi hakikatnya ia membantu seseorang itu meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati dan minda mereka. Ini sebenarnya meredakan tekanan yang berada di dalam diri.

Beribadat atau menjadikan zikir satu riadah juga sangat bagus untuk mendatangkan ketenangan pada jiwa dan fikiran. Ternyata ramai orang yang merasa tertekan akan mencari masa untuk menjalankan meditasi diri sendiri.

Berkongsi perasaan dengan adik beradik atau teman yang boleh dipercayai. Sekurang-kurangnya mempunyai teman yang menjadi pendengar setia. Ini membantu kita menangani tekanan secara tidak langsung.

Berehat dan berurut sebenarnya salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan emosi, mental dan fizikal. Ada pelbagai jenis SPA turut ditawarkan pada zaman ini...malah ada yang menyediakan khidmat datang ke rumah untuk memberikan service spa setara dengan caj yang dikenakan.

Spa salah satu jenis rawatan menangani stress.


Mendengar muzik salah satu cara yang dikatakan membantu meningkatkan hormon serotonin iaitu hormon gembira. Antara bunyi yang boleh meningkatkan tenaga dalaman kita ialah bunyi burung, bunyi air mengalir, bunyi alatan muzik seperti piano, biola dan seruling.

Beriadah dan Bersenam pastinya adalah aktiviti bagus untuk mengeluarkan peluh. Ini sebenarnya membantu kita rasa relax dan mengeluarkan toksin melalui peluh.

Berfikiran positif hanya boleh dibentuk melalui apa yang kita baca, kita dengar dan kita lihat. Ia juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran dengan siapa kita bergaul seharian. Pentingnya apa jenis bahan bacaan, video yang kita lihat, bahan halwa telinga serta pergaulan kita dalam menentukan fikiran yang positif.


Selain ini, saya juga syorkan pengambilan supplement seperti B complex yang membantu kita mengawal tekanan dan emosi secara langsung memberikan mood happy dan rasa diri bertenaga.

Jemput baca posting saya sebelum ini : Wanita tidak boleh lari dari "B"




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 29 Julai 2018

Saya nak kawal gula dalam darah....

Minggu sudah sebelum kami ada Leadershop workshop, kami sempat buat appointment dengan doktor keluarga untuk bincang dan waktu yang sama belajar tentang ilmu nutrisi.

Sebelum balik ke KL sebenarnya saya terlebih makan durian...bukanlah banyak tapi ada la juga beli dalam 10 biji dan makan untuk beberapa hari. Kerana faktor umur yang dah capai 40, saya tetap ada rasa risau jika gula dalam darah naik kerana kita tahu durian merupakan sumber karbohaidrat yang tinggi. Karbohaidrat ini akan ditukar kepada gula dan jika berlebihan ia boleh menyumbang kepada pre diabetic woooo. Siapa tak risau kan?


Alhamdulillah hari appointment kami sampai awal. Jadi sempat kami belek beberapa produk kesihatan seperti probiotik dan beberapa jenis fiber. Saya terlihat satu jenis fiber yang bantu untuk kesihatan kolon jadi sempat la saya bertanya dengan staff doktor ni.

"Produk fiber ni bagus tak untuk absorb gula dalam darah?"

Terus staff ni jawab ... " Oh jika nak kawal gula dalam darah bagus amalkan Vivix. Ia lebih baik dan berkesan."

Waktu tu saya rasa lega sangat....sebab memang saya amalkan Vivix cuma statement dari staff doktor ni membuatkan rasa bersemangat lagi nak minum ditambah makan banyak durian sebelum ni.

Waktu ni teringat ilmu dalam kelas nutrisi Shaklee...Vivix adalah produk yang mengandungi Polifenol dan resveratrol yang tinggi...ia membantu untuk menyingkirkan AGE protein yang menyumbang kepada banyak penyakit.

Apa benda AGE Protein ? AGE = Advanced Glycation End product.

Bahasa mudah nak faham adalah protein yang berlebihan dalam badan bergabung dengan gula yang berlebihan dan ini akan menyebabkan punca banyak penyakit.

Apa AGE protien buat pada badan kita sebenarnya?

Ia membuatkan kita kelihatan tua dan berumur, kulit kurang elastik, sendi dah mula kurang fleksibel, tisu tulang makin rapuh, pelindung sel akan merosot dan memperlahan impuls saraf, boleh kehilangan deria pendengaran dan penglihatan secara perlahan-lahan. AGE boleh membuatkan permukaan kolestrol jahat [ LDL] lebih kasar maka ia akan lebih cenderung melekat pada dinding arteri.


Pemakanan dan life style kita menyumbang kepada pembentukan AGE ni tanpa kita sedar. Maka oleh kerana itu, bila ada kesedaran kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat selain pengambilan makanan tambahan.


Pengedar Shaklee Terengganu
Vivix mengandungi resveratrol dan polifenol membantu menyingkirkan AGE protein.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 10 Ogos 2016

Anak makan Ostematrix untuk mudah bangun pagi?

Ostematrix saya mula berikan pada anak-anak saya seawal usia mereka 11-12 tahun [ untuk Addin] dan Nasa lebih awal antara usia 7-8 tahun.

Mengapa saya cuba beri pada mereka?
1. Mereka memang boleh telan - paling penting.
2. Saya nak mereka mudah rasa relax dan tak mudah penat. Terutama kerana di kala mereka usia itu kami banyak travel.
3. Supaya ekzema mereka cepat reda dan tak bertambah.
4. Bagus untuk anti stress ditambah Addin nak exam 2015.
5. Mudah untuk bangun tidur.

Addin tak de masalah nak telan. Bermula 2 bj, seterusnya 3 dan kini 4 biji. Nasa masa awal pengambilan ostematrix dia tak berapa pandai telan, maka dia akan kunyah. At least dia usaha makan.

Berapa biji sebenarnya perlu beri? 1 atau 2 biji sebagai permulaan.

Anak-anak saya suka minum susu cuma kadang2 susu tu ada yang tak sesuai. Jadi makan ostematrix adalah paling selamat.

Ya anak-anak belajar dari ibu abah. Mereka jadi lebih yakin bila mereka lebih sihat dan mudah bangun tidur.Sebab tu Nasa boleh jual Shaklee kat cikgu sekolah.

Jika anak puan atau tuan, punya masalah yang sama, why not cuba berikan mereka Ostematrix. Makan sama-sama dan rasai kebaikannya bersama.

Berminat nak dapatkan promo twin pack? Boleh hubungi kami
Naquib Hussain atau Norita Idris di talian 0128535689.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Kuala Terengganu Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 30 Jun 2015

Eczema - berpuasa tanpa masalah kulit kering !

Etopic eczema adalah antara eczema yang paling kritikal apabila ia sedang mengalami keradangan yang hebat.


ekzema

Dulu jika anak saya puasa , memang kasihan kerana kulit mereka akan menjadi dry dan eczema mereka akan lebih teruk ditambah bila puasa badan kekurangan air seperti biasa.

Tapi tahun ini, alhamdulillah kulit mereka tidak mengalami keradangan seperti tahun sebelum ini...

Alhamdulillah Addin dan Nasa akan telan ostematrix 2-3 biji sebelum tidur dan ditambah dengan Nutriferon vitamin feveret mereka.

Syukur kulit mereka sangat moist dan paling ketara tiada lagi kulit bersisik walaupun mereka berpuasa.

Paling saya syukur mereka berpuasa penuh sehingga hari ini!

So benarlah teori yang saya pegang...ostematrix membekalkan kalsium yang baik dan berkesan untuk diserap oleh tubuh dan kesannya badan menghasilkan sistem imun yang lebih baik apabila kalsium dibekalkan dengan lengkap.


Kalau dulu kulit anak-anak saya akan bersisik apabila mereka berpuasa kerana mengalami dehidrasi yang teruk...walaupun mereka mengamalkan tripple gem dan omega.

Namun tahun ini mereka sangat konsisten amalkan Ostematrix Shaklee dan Nutriferon ! Kesannya mereka boleh bangun sahur dan berpuasa dengan lebih baik dari tahun sebelumnya....

Syukur pada ALLAH atas rezeki yang dikurniakan...

Bagi anda yang mempunyai anak yang bermasalah ekzema, saya sangat syorkan amalkan Ostematrix ..terutama jika mereka boleh telan boleh berikan 1-2 biji sebagai permulaan.

Ostematrix juga boleh diblend jika perlu terutama bagi yang ada mengalami masalah menelan pil.


So ini sahaja sharing saya untuk hari ini!

Jangan lupa amalkan Ostematrix sebelum tidur untuk dapatkan tubuh yang sihat , segar dan bertenaga!


Jom Order Vitamin hari ini!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui


Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 19 September 2011

Tekanan punca banyak penyakit.

 Sila emailkan kepada addinnasa[@]gmail.com atau nnorita78[@]yahoo.com dapatkan tawaran istimewa BULAN SEPTEMBER dari www.anakkuwiraku.com.

 Mungkin anda juga biasa terdengar dengan ayat ini ...
Stress betul kerja arini!





Saya dihujani dengan beberapa email tentang kemerunduman susuibu selepas habis beraya. Ditambah lagi ada yang mengakui bahawa mereka masih amalkan perkara yang selalu saya tekankan untuk menjayakan penyusuan iaitu

1. Pastikan sesi perahan yang konsisten tanpa perlu menunggu payudara bengkak.
2. Minum air sekurang-kurangnya 3l jika amik supplement.
3. Dekatkan diri dengan pencipta, sebagai tempat kebergantungan.

Dalam sedar tak sedar, walau tidak menyusu, perkara no 3 perlu dititikberatkan.
Mengapa? Allah telah berfirman  bahawa Sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu.

Mendekatkan diri dengan Al Khaliq akan buatkan jiwa kita tenang, minda kita mudah berada dalam gelombang Alfa.

Tanpa kita sedari, penyakit yang paling bahaya ialah 'tekanan' . Ianya senyap dan kesannya juga bahaya.
Bila kita banyak kerja, kita akan mudah rasa tertekan. Bila kena marah kita akan tertekan. Bila terlambat, kita tertekan. Bila kewangan terganggu kita tertekan. Bila makan tak betul dan tentu masa kita akan tertekan. Bila ibu menyusu merasakan susunya kurang, akan mudah tertekan. Bila kecewa kita akan tertekan. Bila tak capai sasaran, kita tertekan.



Perasaan tertekan itu sebenarnya dalam tidak kita sedar telah berlaku banyak perkara dalam tubuh kita :

  1. Bila emosi tertekan, semua hormon menjadi tidak seimbang. 
  2. Bila emosi tertekan, banyak vitamin C dan vitamin B yang sedia ada dalam badan akan musnah kerana dua vitamin ini sangat rapuh @ fragile.
  3. Bila emosi tertekan, ia merosakkan protien yang ada dalam tubuh.
  4. Bila emosi tertekan, ia akan merosakkan sistem imune badan secara perlahan-lahan.
  5. Bila emosi tertekan, kita mula hilang fokus dan minda kita tidak dapat di atur dengan baik.
  6. Bila emosi tertekan, seorang ibu menyusu akan kekurangan hormon oksitosin dan ini akan menyebabkan susu mula merundum.
Bila kita dalam keadaan tertekan, banyak vitamin musnah, sistem imun kita menurun dan penyakit mula menyelinap tanpa disedari.
    Dalam apa pun keadaan, kita perlu belajar mengatasi rasa tertekan atau kata lain stress.
    Antara yang boleh kita lakukan untuk kurangkan rasa tertekan atau stress ialah :

    1.   Minum segelas air.
    2. Membaca Al Quran 
    3. Menjaga pemakanan harian 
    4. Percutian
    5. Rehat seketika
    6. Keluar dari keadaan yang buat rasa emosi tertekan.
    7. Pengambilan supplement.
    8. Bersenam dan beriadah
    9. Luangkan masa bersama orang tersayang.
    10. Banyakkan istighfar dan bertaubat. 

    Jangan biasa menuding jari untuk apa yang kita lalui berpunca dari si polan bin si polan. Anggapkan ujian yang datang adalah teguran dari Al Khaliq supaya kita lebih dekat kepadaNYA.



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


    Salam sayang dari Ibu Addinnasa