Memaparkan catatan dengan label haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haji. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2022

Cerita Haji 1443 Part 2

Nak sambung kisah semalam....


Bila dah dapat tahu secara lisan kami dapat pergi haji, hati ni riang tak terkata. Namun percaya tak, jauh di sudut hati kecil ni terasa takut pun ada sebab ni first time nak pergi haji. 

Walaupun dah selalu pergi Umrah, tapi pastinya perasaan tu tak sama. Haji ni special. Ia bukan boleh pergi bila kita nak macam umrah, ia kena ada Panggilan Khas dari Ilahi.

Di saat Allah panggil tu , hati kita akan melonjak-lonjak rasa nak pergi. Waktu tu kita akan sentiasa doa, Ya Allah jemput la aku.

Jujurnya bila dah dapat tawaran haji tu....rasa berdebar pulak.Mana tak nya , banyak persediaan perlu dibuat. Terutama bila kita kena pergi pejabat Tabung Haji ambil surat tawaran, surat nak buat buku kesihatan ....masa tu hati dah rasa bergelora semacam.

Mulalah dalam kepala fikir macam-macam. Macam mana kalau rasa takut tu buat tekanan darah naik? Macam mana kalau tak dapat pergi? Suami dan anak-anak mesti tak nak pergi kalau aku tak dapat pergi....eh macam macam dalam benak fikiran. Masa belum dapat, kita fikir lain. Bila dah dapat fikir lain pulak.

So pergi la kami ke pejabat Tabung Haji Marang pada Sabtu 25 Jun 2022. Pejabat Tabung Haji patutnya tutup setiap Sabtu tapi memandangkan musim haji jadi pejabat Tabung Haji Marang pun buka la setengah hari. Oh nak dapat surat tawaran pun bukan semudah yang disangka. Ambil masa juga. Setengah hari juga kami di sana. 

Selepas dapatkan surat tawaran kami perlu ke klinik kesihatan yang terlantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan buku kesihatan. Namun kerana lama sangat kat pejabat Tabung Haji tadi, suami ajak kami berhenti makan dulu di kedai-kedai makan yang berdekatan untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong.

Buku Rekod Kesihatan Jemaah Haji


Selepas makan, kami terus ke Klinik Aqil kat Rhu Renggeh Marang... lagi la berdegup kencang jantung ni...sangat la kelakar. So selepas buat pemeriksaan doktor menanda kuning pada buku kesihatan menandakan saya boleh pergi haji tapi pastikan dibekalkan ubat yang sepatutnya. Ubat yang penting adalah ubat darah tinggi la hehehe...ni la kesan selalu tidur lambat. Sendiri susah!

Lepas balik dari klinik rasa sakit kepala yang amat. Mungkin sebab angin dah naik ke kepala kesan makan lambat tadi. Terus kepala ni jadi pusing dan rasa nak baring aje. Balik aje rumah, muntah-muntah dan demam....eh 2-3 hari juga terbaring. Tak lalu makan dan kerap pening serta muntah. Mula la terfikir, ni kifarah awal sebelum pergi haji ke? 

Saya ada beberapa hari sahaja lagi nak bertolak ke Mekah. Jadual penerbangan kami telah dimaklumkan pada 3 Julai 2022 iaitu pada hari Ahad. Dah la demam dan sakit kepala, tapi saya gigihkan juga cara bahan bacaan tentang haji. Barulah gelabah nak belajar tentang haji. Saya cuma tahu Haji adalah Arafah. Haji ada wukuf, mabit dan melontar. Ini sahaja asas yang saya tahu.

Rezeki betul bila suami saya share kan artikel salah seorang bisnes partner kami yang pernah buat haji sebelum ni. Melalui penulisan beliau, saya dapat sedikit gambaran apa yang kena buat masa haji. 
Sharing beliau - Macam Mana Kerja Haji Sebenarnya membuka fikiran saya apa yang kena buat dan persediaan mental yang kena ada. Selain itu ada beberapa bahan lain juga ditemui bila kita taip haji kat google. 
Suami juga siap beli buku khas untuk mendalami tentang haji ni....

Buku yang sangat bagus , padat dan mudah faham.
Jika anda berniat nak buat haji tahun depan atau tahun akan datang, boleh la cuba dapatkan buku ni supaya dapat gambaran tentang Haji tu sendiri.

So hari dah makin dekat ...kami bertolak dari Terengganu ke KL pada Jumaat petang [ 1 Julai 2022] dan rehat sehari di KL sebelum bertolak ke Mekah pada 3 Julai pagi jam 6.55.

Kerana masa dah dekat, suami bagi tahu kami akan buat Haji Tamatuq kerana bawa anak-anak dan ia mudah sedikit. 
Oh ya Haji ni ada 3 kategori...

Haji Tamatuq - masuk Mekah atau Madinah dulu, buat umrah baru wukuf kemudian baru buat Haji.

Haji Ifrad - masuk Mekah menghampiri tarikh Wukuf, berada dalam ehram hingga selesai Haji. Kemudian baru buat umrah.

Haji Qiran - Niat Haji dan Umrah serentak dan masuk Mekah pada saat sangat dekat dengan hari Wukuf.


Pada mulanya kami memilih untuk buat haji Tamatuq....tak la lama sangat dalam ehram. Jadi suami dah siap-siap bayar dam seekor kambing di website Tabung Haji iaitu Thijari. Namun sebelum nak bertolak ke KL sempat saya bersembang dengan staff TH Travel yang saya berurusan sebelum ini, beliau menasihatkan saya ambillah Haji Ifrad memadangkan saya masuk dah dekat dengan tarikh Wukuf. 

Selepas berbincang dengan suami, beliau dan anak-anak setuju nak buat Haji Ifrad. Maka kena niat haji Ifrad la dalam kapal terbang bila dah melalui Miqat di Karnul Manazil. Jika kita buat Haji Tamatuq semasa melalui kawasan Miqat kita kena niat umrah. Itu perbezaan pertama sekali. Bila dah niat Haji Ifrad maka kita dah bersedia nak duduk dalam ehram hinggalah selesai melontar ....melontar yang pertama nanti barulah boleh buat tahalul awal. Adalah lebih kurang 8 hari ....

Pada Sabtu malam Ahad iaitu 2 hb Julai jam 12 tengah malam kami semua perlu melapor diri di Hotel Movenpick Tabung Haji di Sepang, berdekatan dengan Lapangan Terbang KLIA. 
Seawal jam 10 malam kami dah berada di sana untuk menguruskan beg dan beberapa keperluan barangan haji yang akan semua jemaah dapat sebelum berlepas.




Terima kasih mak ayah, Huda, Ibz serta keluarga Idris yang sudi menghantar kami ke Movenpick malam tu. Waktu ni rasa berdebar masih ada cuma tak ketara bila kita tahu kita dah nak bertolak esok pagi.

Malam tu kami tak tidur. Menguruskan bag untuk check in , proses check in dibuat di Hotel Movenpick sahaja...dan selepas itu kami perlu mendengar taklimat Haji hingga jam 3.30 pagi kalau tak silap....memang tersengguk-sengguk menahan mengantuk.

Bersedia untuk ke dewan taklimat Haji selepas selesai check in bag.


Selepas tamat taklimat kami semua bersedia untuk menaiki bas nak bertolak ke airport. 
Bestnya haji ni, bas yang bawa jemaah  terus menghantar kami ke gate C23, untuk pelepasan. Lebih unik kerana ada imigresen Arab yang menanti di pintu sebelum pelepasan seolah-olah kita dah tiba di Arab Saudi. Ia adalah projek kerjasama kerajaan Malaysia bersama Arab Saudi yang dipanggil Makkah Route. Jadi nanti bila tiba di Arab Saudi tak perlu lagi nak lalui imigresen mereka, hanya naik bas dan terus ke hotel. 


Wajah penat tapi cover, sebab tak sabar nak baik flight! Mata ni mengantuk Allah sahaja yang tahu.


Naik aje flight semua orang terus tidur sebab sepanjang malam tak tidur kan? Namun kami di ingatkan dalam taklimat tadi untuk baca niat sama ada haji atau umrah [ bergantung pada Haji yang akan ditunaikan, sama ada haji Ifrad atau Haji Tamatuq] selepas makanan dihidang untuk 2nd round.


Flight kami adalah jam 6.55 pagi...jadi kami semua solat subuh di airport sahaja. Adalah kenangan yang direkodkan tersimpan rapi dalam FB TH Travel ... jemput tengok Video >> semasa pelepasan Jemaah Haji KT50B <<



Ok la, nanti saya sambung part 3 pulak ya...terpanjang pulak cerita part 2 ni.







Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 30 September 2009

Bahagianya menjadi tetamu Allah

Alhamdulillah ibu tumpang gembira bagi teman2 blogger ibu dimana ibu dan ayah mereka dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.Sepanjang hari ini, ibu menerima mesej bertanyakan apakah supplement yang penting untuk dibawa sepanjang menunaikan haji mahupun umrah....

Ini mengingatkan ibu beberapa tahun dulu ibu pernah dijemput oleh seorang Ustaz daripada Lembaga Tabung Haji iaitu Ustaz Kahar untuk memberi ceramah kepada jemaah umrah dan haji di dalam kelas bimbingan yang beliau bimbing pada setiap hujung minggu. Ibu dijemput memberi talk mengenai pemakanan yang baik atau supplement yang sesuai untuk dibawa sepanjang menunaikan haji dan umrah. Ibu berpeluang memberi talk tersebut kerana Ustaz Kahar juga adalah salah seorang pengguna produk Shaklee dan beliau sangat yakin untuk berkongsi dengan jemaah yang lain. Semenjak dari itu, ramai jemaah yang sungguh gembira kerana diizinkan Allah dapat menunaikan haji tanpa masalah kesihatan, alhamdulillah.

Antara produk yang ibu sarankan untuk jemaah umrah haji ialah beberapa pemakanan yang utama iaitu:

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Fiber unflavoured - sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.

Harga satu set ( tidak termasuk Fiber) ialah RM242(harga Semenanjung termasuk pos).
Bagi yang mengidap diabetic dan kolesterol, dicadangkan mengambil set termasuk dengan fiber , ianya berharga RM377 (termasuk pos).

Secara kesimpulannya dapat ibu katakan... Bukan setiap tahun kita dapat menunaikan ibadah haji dan bukan setiap manusia berpeluang menunaikannya. Setiap tahun berjuta umat manusia menunggu seruan nama mereka untuk menjadi tetamu Allah...maka bagi yang terpilih, bersiap sedialah dari segi mental dan jasmani agar ibadah itu dapat disempurnakan dengan baik dan tiada penyesalan setelah pulang dari menunaikan ibadah tersebut. Andainya ibu dan ayah kalian berpeluang menjadi tetamu Allah, cubalah bekalkan mereka dengan pemakanan yang berkhasiat agar ibadah mereka lebih sempurna berkat dari iringan rezeki dari anak2 mereka, insyaAllah mudah2an.

Salam Sayang dari