Memaparkan catatan dengan label cirit birit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cirit birit. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2020

Jom bersihkan usus untuk tingkatkan sistem imun.

20 tahun dulu, masa baru mengenali Shaklee....kami diperkenalkan dengan satu produk yang memang memberi kesan dengan cepat.

Ia satu satu produk yang bertahan berbulan-bulan kecuali kami dalam program Detoks. Biasa kami amalkan seminggu 1-2 kali.

Mengapa penting bersihkan usus?

Merujuk sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Kalau perasan, bila kita ada masalah membuang atau perut meragam...rutin harian pasti terganggu.
Kebanyakan penyakit juga berpunca dari masalah perut.

6 punca penyebab penyakit dari perut:

1. Cara pengambilan pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan makanan.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

6. Pengambilan ubat tanpa nasihat/ merujuk doktor terlebih dahulu.

Kadang2 makan macam-macam vitamin tapi tak nampak kesan yang diharapkan sebenarnya tak mustahil berpunca dari usus yang bermasalah.

Jom kita pakat fokus pada kesihatan sepanjang dok rumah ni.




Misi bersihkan usus.



Berminat untuk membuat pesanan ?

Sila KLIK SINI. atau Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?

Sila KLIK SINI.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Ahad, 3 Februari 2019

Minuman seisi keluarga bila cuaca panas

Bila cuti sekolah dah mula sebab musim perayaan...pastinya bandar seperti Kuala Terengganu dibanjiri dengan ramai umat manusia dari pelbagai pelusuk dunia....

Cuaca juga boleh dikatakan panas terik. Fuhhhh

Keluar dari pagi....menuju ke Gong Badak sehinggalah selesaikan semua urusan dibandar...jam 3 lebih kami mulakan perjalanan pulang.


Abah Addinnasa berhenti kerana niat dihati nak beli air kelapa muda...nak redakan panas badan dek cuaca panas. Sampai aje ke gerai akak yang biasa berjual air kelapa muda di Chendering....hampa kerana buah kelapa dah habis. Alhamdulillah rezeki akak tu sebab bila cuaca panas , air kelapa muda memang akan dapat banyak sambutan.


Balik rumah, terus ke dapur mencari Performance Drink Shaklee. Syukurlah dalam canister tu masih berbaki lagi...selepas bancuh dengan segelas air zam-zam alhamdulillah rasa lega tekak dan badan.

Pengedar Shaklee Miri
Performance Drink Shaklee

Bagi yang belum pernah dengar tentang Performance Drink Shaklee, ia adalah supplement untuk elakkan badan kita dehidrasi. Macam ala-ala air garam yang doktor bagi bila kita demam atau muntah/cirit teruk.

Performance drink Shaklee adalah dalam bentuk serbuk perasa oren yang perlu dibancuh bersama air kosong. Ia adalah minuman isotonik tanpa karbonat [ tanpa gas].

Performance drink Shaklee mengandungi formula karbohaidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb adalah rangkaian karbohaidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa mengganggu kadar gula dalam darah.

Sebab tu kalau rasa nak demam, keletihan ....muntah-muntah atau cirit , sangat sesuai minum minuman ini. Bagi yang ada masalah kekeringan atau selalu kurang minum air terutama di luar...boleh jadikan amalan minuman harian. Untuk jemaah umrah dan haji juga, kami galakkan mereka dibekalkan dengan Performance Drink Shaklee ditambah cuaca sana lebih panas jika tiba musim panas.

Saya memang pastikan anak-anak minum bancuhan ESP Shaklee, Meal Shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee [ minuman ini disebut juga Shaklee Tripple Gems]
ini dijadikan minuman pagi dan segelas waktu supper. Supaya mereka kekal bertenaga dan badan mereka tidak mempunyai masalah dehidrasi.

Jika berminat nak dapatkannya boleh mesej di sini untuk membuat pesanan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 24 Mac 2018

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Keistimewaan Vitamin C Shaklee yang ramai tak tahu adalah 1 bijinya bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren!

Kalau sebiji beli kat pasar dah RM2.50 apatah lagi kalau beli 8 biji!!! So saya pilih Vitamin C Shaklee ! Harga sebotol hanya RM97.50 dengan 180 tablet!

Sangat jimat kan?
Image result for full of oranges



Saya memilih vitamin C Shaklee kerana ia bekalkan 500mg sustained release yang mana ia melepaskan vitamin C dalam tubuh secara berperingkat.

Kenapa penting amal vitamin C? Ia membantu memberikan pelindungan kepada sel dalam badan kita. Selain ia juga penting sebagai sumber kolagen dari dalam tubuh.


Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Vitamin C Shaklee diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


Berminat untuk dapatkannya?



Image result for vitamin C shaklee png
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC
www.wasap.my/60128535689/OrdervitaminC

Info lebih lanjut : Vitamin C Shaklee


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 30 September 2017

Nota dunia penyusuan susuibu ; jenis najis bayi


Saya terbaca dari wall jururawat ke rumah di fb dan ada nota menarik yang nak saya simpan di blog ini sebagai rujukan saya sendiri di masa akan datang....





Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.

Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?


Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.

1. NEWBORN ( BARU LAHIR)
- biasanya pada usia 1-3 hari.
- Hitam kehijauan
- Sedikit melekit lekit
- Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
- Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
- Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
- Tidak busuk.
- Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN
- kuning mustard/hijau/cokelat
- Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
- Kadang kala lembut atau sedikit cair
- Bertekstur seperti doh pastri
- Berbau wangi
- Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA
- Kuning atau cokolat
- Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
- Lebih kenyal
- Lebih besar
- Berbau kurang enak
- Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM
- Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU
- Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
- Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
- Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKOLAT
- Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

7. DARAH HITAM
- Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
- Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR
- Hijau, kuning atau cokolat
- Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
- Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS
- Bayi sukar mengeluarkan najis
- Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
- Bayi mengalami kembung perut dan merengek
- Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
- Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH
- Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
- Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
- Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS
- Berlendir
- Bewarna kehijauan
- Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH
- Putih kapur atau kelabu asap
- Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
- Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.


Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

#MalaysiaHomeMedicalCare











 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 6 Mei 2017

Bila panas jangan lupa minum air isotonik Shaklee

Ya sekarang memang musim panas...terasa bahangnya semacam....anak-anak pun di suruh mandi tenghari dan kalau boleh monitor pengambilan air kerana bila terlalu panas badan kita juga akan mudah dehidrat. Bila badan kurang air...anak mudah sakit. Malah orang dewasa macam kita pun perlu jaga kerana bila terlalu panas kita akan mudah rasa letih, mudah rasa pening atau  hilang semangat dan menjadi tak produktif.


Walau bagaimana pun, adakala pengambilan air tak dapat di monitor dengan baik kerana pelbagai cabaran. Malah anak-anak juga adakala terlalu cerewet apabila di suruh minum terutama jika mereka jenis yang suka minum air manis sahaja.

Maka saya sering syorkan ibu ayah yang mempunyai anak kecil seawal usia 1 tahun ke atas untuk menyediakan mereka minuman isotonik di rumah. Banyak isotonik di pasaran yang mengandungi karbonat [ bergas ] dan ini tidak sesuai untuk anak yang perutnya mempunyai alahan. Ditambah banyak isotonik biasa mempunyai kandungan gula yang tinggi. Mungkin ada yang claim tiada gula namun kos mungkin sedikit tinggi.

Jadi saya sering syorkan agar ibu dan ayah menyediakan satu canister Performance Drink Shaklee untuk setiap rumah.

Apa manfaat utama minuman Shaklee ni?



Jika hari panas....ia membantu mengurangkan risiko keletihan dan demam di kalangan anak-anak malah termasuk ibu ayah.

Sangat menjimatkan kerana ia boleh diambil seisi keluarga.

Sangat bagus di saat kecemasan.... jika anak demam atau cirit birit kerana ia membantu menstabilkan pengaliran air di dalam badan.

Sesuai untuk dijadikan minuman pada waktu sahur dan berbuka untuk seisi keluarga.

Mudah untuk dibancuh bila perlu untuk di minum.


Fakta menarik mengenai Performance Drink Shaklee :

1. Ia membekalkan 3 jenis karbohaidrat untuk tenaga dan stamina.

2. Sejenis minuman yang membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh dan mencegah dehidrasi.

3. Menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh badan supaya tak mengalami kekeringan.

4. Mengandungi formula opti-carb. Opticarb adalah rangkain karbohaidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Sesuai untuk seisi keluarga.


Jom dapatkannya hari ini selain persediaan yang bijak untuk bulan puasa.









 Call/Whatsapp : 012-853-5689
Pengedar Shaklee Aktif Malaysia



♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Julai 2015

Mengapa ibu ayah perlu pertimbangkan 4 supplement ini musim perayaan?

Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal.... sudah pasti ramai akan mengambil peluang untuk bercuti panjang balik kampung dan melawat sanak saudara dan rakan taulan di kampung.

Namun dalam seronok kita beraya kami yakin dan pasti cabarannya adalah pada anak-anak kerana kesihatan mereka amat fragile terutama bila cuaca tak menentu dan masa rehat juga berkurang bila kita banyak berjalan.


Maka kami suggest untuk ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak ; boleh mempertimbangkan 4 supplement ini untuk dibekalkan sepanjang musim perayaan :

Nutriferon
Shaklee cari duit tambahan


Ia adalah vitamin yang dikenali sebagai immune booster atau penggalak sistem imun. Bagi mereka yang mempunyai anak yang ada alahan seperti allergi seafood, asma [ lelah atau semput] , mudah demam....maka bekalkan vitamin ini untuk mereka. Sekurang-kurangnya kita bekalkan mereka dengan vitamin dan bukan pergantungan kepada ubat semata-mata. Banyak testimoni yang berpuashati dengan membekalkan vitamin ini untuk anak mereka terutama yang sakit berlarutan.


Omega Guard


Omega dikenali sebagai vitamin yang bagus untuk DHA terutama dikalangan anak2. Namun tahukah anda ia juga vitamin yang sangat bagus untuk sistem pertahanan badan? Ia juga membantu mengurangkan rasa letih di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Ia juga bagus untuk vitamin anti radang. Selain itu jika anak anda adalah mereka yang mudah selsema atau sejuk bila tidur malam, pastikan bekalkan mereka Omega Guard sebelum mereka tidur supaya chest mereka tidak mudah sejuk. Kan sudah pasti lebih baik dari pergantungan kepada nebulizer?


GLA Complex
Cari duit tambahan


Ia adalah gabungan Omega 3 dan Omega 6...dikenali juga sebagai penstabil hormon. Paling bagus ia membantu menstabilkan prostagladin dalam tubuh kita. Maka ia sangat membantu mereka yang demam berlarutan atau sakit kepala yang lambat kebah...apa kata makan 1 biji GLA Complex untuk mendapatkan keredaan. Bila cuaca tak menentu ia boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Maka pemberi supplement pastinya lebih baik selain membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.


Performance Drink
kerja dari rumah



Ya ia adalah minuman isotonik yang bagus diambil kerana tidak mengandungi karbonat seperti air isotonik lain yang dalam pasaran. Ia boleh diambil oleh mereka yang aktif bersukan, mereka yang kurang air atau demam serta mereka yang mengalami cirit birit . Sedarkah kita bila kita balik kampung terutama yang melalui perjalanan yang jauh, ditambah anak-anak kita akan gembira bermain bersama saudara mara yang jarang dapat berjumpa mereka akan leka bermain. Bila ia berlaku anak akan kurang minum air, akhirnya akan mudah mendedahkan mereka kepada suhu badan yang meningkat. Perjalanan jauh juga akan membuatkan anak-anak cepat letih...maka pengambilan Performance drink sebagai bekalan minuman sepanjang perayaan sangatlah sesuai.



Akhir sekali..... sebelum bertolak untuk sebuah perjalanan baik dekat atau jauh untuk merayakan Syawal ini, apa kata mulakan perjalanan dengan sedekah. Kini banyak aje no acc bank asnaf yang boleh diperolehi di internet termasuklah sekolah anak yatim, tahfiz, rumah pengasih....kerana hakikatnya sedekah dapat menjauhkan dari penyakit dan bala.


So untuk ibu dan ayah diluar sana....cuba pertimbangkan 4 vitamin di atas untuk seisi keluarga terutama musim perayaan ini.


Jika berminat nak dapatkan produk2 di atas boleh hubungi kami di talian : 0128535689.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.



 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 24 Julai 2014

Dua ni jangan lupa bawa balik masa raya kalau ada anak atau cucu.

Hari raya setahun sekali dan masa ini kita beraya sakan berjalan ke sana ke mari.


Ramai ibu bapa yang kurang memerhatikan anak mereka dimusim perayaan.

Tanpa kita sedari anak-anak bila dah jumpa sedara mara, sepupu sepapat mereka leka bermain dan adakala lupa untuk minum. Makan memang akan makan sebabnya biasa makan kita beramai-ramai.

Namun ramai yang lupa musim perayaan ini mudah buat anak jatuh sakit.

Antara faktor penyebab ini berlaku adalah kerana ibu bapa tidak monitor pengambilan air yang seharusnya diambil oleh anak-anak.

Terutama bila dalam perjalanan yang jauh, mereka akan kurang minum air kerana keletihan dan banyak menghabiskan masa untuk tidur.

Akhirnya anak-anak kecil mudah mendapat demam disebabkan faktor cuaca dan pengambilan air yang kurang.

Maka sangat bagus setiap ibu bapa menyediakan 2 vitamin ini sepanjang beraya atau sepanjang travelling.

Vitamin tersebut ialah


Shaklee Miri Sarawak


Pastinya kita juga tidak menyukai untuk bergantung dengan ubat, maka persediaan stok Nutriferon sangat membantu dikala anak kita mempunyai tanda-tanda kurang sihat apa kata berikan mereka sepeket Nutriferon yang dibancuh dengan air kegemaran mereka.


Kami memang travel dan pastikan stok vitamin anak-anak sentiasa tersedia. Maklumlah kadang-kadang anak ni kurang minum air dan mudah batuk dan selsema. Maka pengambilan Performance drink membantu mereka tidak mengalami dehidrasi seterusnya membantu mereka terus sihat dan ceria sepanjang kita travelling.

Bagi yang belum ada, jom dapatkannya hari ini demi untuk mereka yang tersayang.
Hubungi 012-8535689 untuk dapatkannya hari ini!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 



COD Shaklee Miri Sarawak. 


 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk 

Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 

Gmail : addinnasa[@]gmail.com 


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 


 Salam sayang dari 

 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 18 Mei 2014

Rugi beli Meal Shake Shaklee?

Tuai pada antara nampak, esok jangan layu layuan

Intai Meal Shake antara nampak , esok jangan rasa terkilan.


Tahu tak sekarang ada promo Meal Shake Shaklee? Ia hanya untuk bulan Mei sahaja.
So rugi besar siapa yang merancang nak beli Meal Shake pada bulan Jun atau bulan Julai sebab promo dah habis waktu tu!

Lagi sebulan lebih sikit kita akan mula menyambut Ramadhan andai dipanjangkan umur. Namun bagi sesetengah orang, sekarang waktu yang baik untuk mula biasakan berpuasa walaupun puasa sunat Isnin dan Khamis.

Tahun ni sebenarnya antara tahun yang bertuah kerana uniknya bulan Mei Shaklee menawarkan pembelian Meal Shake 6 canister melayakkan kita menerima 1 canister secara percuma. Sebagai satu persediaan stok yang bagus menjelang bulan puasa.

Shaklee Miri


Kami sendiri memang memastikan 3 supplement ini mencukupi menjelang Ramadhan....iaitu

ESP Shaklee

Performance Drink Shaklee

Meal Shake Shaklee

Ditambah minuman ini boleh dibancuh sekaligus dan bagi yang dah sedia dengan kurma, boleh buat bancuhan tripple gem ini bersama kurma sekali.


Memang mudah buat bancuhan tripple gem ini dengan kurma atau diblend dengan buah-buahan. Paling mudah terutama kalau tak sempat nak sahur berat [ kalau dah tinggal 15 minit untuk sahur, kelam kabut juga kalau makan nasi] minuman ini paling mudah! Ia lengkap dengan semua keperluan tubuh dan mengenyangkan selain memberi kita tenaga yang diperlukan seharian sepanjang berpuasa.*

Pada saya sahur dengan set ini lebih kurang sahur dengan nasi dan lauk pauk cuma ini lengkap dengan semua keperluan zat dan vitamin yang badan kita perlukan. Ia juga bagus untuk pengambilan minuman anak ke sekolah dan sebelum mereka tidur.


Rugi bagi mereka yang tak amik peluang untuk dapatkan stok ini dikala promosi sedang berlangsung.
Ini kerana biasanya bila promo dah habis baru ramai mula nak bertanya. Sayangnya waktu itu walau beli 6 kita hanya akan dapat 6 sahaja.

Jika anda berminat nak dapatkan Meal Shake promo ini, boleh hubungi kami di talian di bawah.

Shaklee Borneo
Jom sertai kami untuk jana pendapatan hebat dengan Shaklee hari ini!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 29 Mac 2014

Shaklee Performance Drink : Sesuai untuk traveller?

Pernah dengar tak Shaklee Performance Drink? Ia adalah satu-satunya minuman isotonik yang saya kenal tanpa karbonat iaitu tidak bergas. Salah satu fungsinya ialah untuk pastikan kestabilan ion dalam badan dan mencegah dehidrasi.

Performance Drink Shaklee

Dulu kami minum Shaklee Performance  Drink bila dah sampai hotel ....sebab semuanya dalam beg yang disimpan dalam luggage.

So baru-baru ni memandangkan kami travel lama dan masa yang panjang, saya decide masukkan sikit dalam botol kosong dan letak dalam handbag.

Memang mudah! Jumpa kedai jual air minuman [ drinking water or mineral water ] memang saya beli dan saya tuangkan sikit Shaklee Performance Drink dalam tu...seterusnya goncang-goncang bagi larut terus minum bersama anak-anak.

Mudah! Tak de alasan anak tak cukup air.

Maklumlah bila kami start travel atas jemputan seminar or perjumpaan ...anak-anak memang kurang minum air. Kalau di rumah pun jenuh remind mereka minum setiap sejam supaya badan cukup air.

Sebenarnya punca utama anak-anak sakit ialah kurang minum air. Ditambah kalau duduk hotel dengan aircond sepanjang masa akan buat badan kita kering dan akhirnya anak mudah demam.

Performance Drink Shaklee



Ramai kawan saya beli Shaklee Performance Drink tapi tak minum...simpan dalam fridge berkurun tak kurang juga yang beli tak minum akhirnya expired. Sayangnya ....

So ada botol vitamin yang kosong tu isikan performance dan letak dalam handbag. Senang nak travel dan bagi anak minum.

Satu sebab anak-anak ni bila leka bermain, mereka lupa yang mereka dahaga mahupun lapar. Jadi kini saya happy bawa Shaklee Performance Drink ke mana-mana.

Tadi sampainya jek airport Miri, saya terus beli air mineral dan tuangkan sedikit Shaklee Performance Drink larutkan dalam air dan beri pada 2 anak saya untuk minum. Tak perlu bancuh pekat-pekat tau...just sedikit sahaja. Sangat menjimatkan.

Sangat mudah! Jom beri anak-anak minuman sihat!

Sila klik lebih info tentang Shaklee Performance Drink.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 29 Disember 2012

Herb Lax untuk siapa?

Buasir sesuatu yang menyakitkan dan ia berpunca dari banyak faktor antaranya kekurangan air dan serat.


Ramai yang membuat andaian bahawa herb lax adalah supplement untuk mereka yang ada masalah pembuangan.

Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa herb lax sebenarnya adalah sebagai makanan tambahan yang membantu membersihkan usus. Perlu ke supplement ini?
Ada sesetengah pendapat malah dari golongan doktor sendiri mengesyorkan pengambilan herb lax sebelum memulakan mana-mana program kesihatan Shaklee terutama yang melibatkan program pengurusan berat badan, program menjaga kesihatan jantung, antioksidan dan banyak lagi.

Ini kerana herb lax berfungsi membantu pembersihan usus dengan lebih efisien. Apabila masalah pembuangan dapat dilakukan dengan lancar.... penyerapan vitamin juga akan lebih lancar.

Kami sendiri mengamalkan pengambilan herb lax pada hujung minggu sahaja. Ditambah ia bagus untuk membersihkan usus selepas seminggu mengamalkan bermacam makanan. Memang dapat rasa perut kempis dan merasakan badan lebih ringan selepas mengamalkan herb lax.

Ia bukanlah julap yang boleh menyebabkan cirit birit...namun apabila mengamalkannya, pastikan minum air sekurang2nya satu liter sebelum tidur. Tanda kurang air selepas pengambilan herb lax akan mendapati pembuangan tidak lancar dan menjadi kerap serta perut seolah2 meragam.

Jika anda serius nak dapatkan penyerapan vitamin secara optimum, boleh amalkan herb lax secara mingguan sekurang-kurangnya.  Nak amalkan harian boleh memadai 2-3 biji sebelum tidur dengan air yang mencukupi.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa


Jumaat, 14 Ogos 2009

Testimoni untuk yang ingin tahu...

Ibu ingin berkongsi cerita tentang performance drink kerana ramai yang email kepada ibu bertanya lebih detail. Kebanyakan mereka yang menggemari minuman ini adalah mereka yang aktif dalam sukan@ atlet, pesakit kanser, orang yang menunaikan umrah dan haji, ibu yang menyusukan anak, mereka yang berpuasa serta mereka yang sakit demam, cirit birit dan mereka yang terdedah dengan kerja luar atau panas terik.

Emak ibu sendiri pada mulanya tidak percaya dengan performance drink bagus untuk mereka yang ke umrah. Ibu belikan sebagai tanda hadiah sebelum emak bertolak ke umrah selama 14 hari perjalanan.Bila pulang dari umrah emak ibu seronok bercerita bagaimana sedapnya performance drink itu serta memang benar tidak rasa keletihan walau panas terik tetapi jemaah lain mengeluh keletihan.Seronoknya ibu dengar testimoni dari emak ibu sendiri.

Mengapa ibu kata ia bagus untuk mereka yang menyusu anak? Bila berpuasa hakikatnya badan kita akan kurang minum berbanding hari biasa.Maka untuk tidak menjejaskan pengeluaran susu, performance sangat digalakkan. Sejak tahun lepas lagi ramai ibu yang menyusu anak membuat pesanan melalui ibu bagi menghadapi bulan puasa. Ianya bukanlah milk booster tetapi ia bantu badan ibu yang menyusu anak agar tidak dehydrate dalam keadaan ibu itu berpuasa.

Bagi mereka yang mudah merasa letih pulang dari kerja dan punya habit tidak suka telan vitamin maka performance drink la yang paling sesuai untuk golongan ini agar kekal bertenaga selepas seharian bekerja. Bagi sesiapa dah mencuba sangat dialukan bagi komen...nanti ibu bagi reward extra marks....hehehe. Gurau jek, marah nanti tuan hakim. Bersambung nanti kerana hari nak hujan....

Isnin, 10 Ogos 2009

Tips kekal bertenaga sepanjang berpuasa

Minggu lalu sempat ibu berbual dengan Shaklee product advisor iaitu Malini. Beliau sempat berkongsi dengan ibu beberapa tips untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa dan ibu sungguh kagum dengan kesungguhan beliau untuk membuatkan ibu faham mengenai penerangan beliau.

Malini berkongsi dengan ibu beberapa produk yang penting untuk diambil sepanjang berpuasa. Produk tersebut adalah Meal Shake yang mengandungi protin serta 12 vitamin dan 7 galian lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan, fiber ( baik tablet atau serbuk) serta performance drink. Seandainya seseorang itu tidak berkesempatan untuk memasak waktu sahur memadailah jika individu yang berpuasa itu mengambil 3 produk ini.

Oh ya, ibu pasti ramai yang belum memahami konsep fiber dalam tubuh badan kita. Fiber sangat penting kepada tubuh badan kita. Makanan seperti sayur2an,buah2an dan ulam mengandungi fiber yang sangat tinggi. Fiber memberi kebaikan dalam banyak aspek kesihatan. Antaranya ialah pemakanan berasaskan fiber dietary yang tinggi menyebabkan kita berasa kenyang lebih lama. Sumber fiber yang rendah kalori ini berbanding dengan makanan manis dan berlemak pasti dapat membantu mengawal berat badan maka secara langsung membantu mengawal obesiti.Fiber juga dikenalpasti mengikat lemak@lipid seperti kolesterol dan memudahkan penyingkirannya daripada tubuh dalam bentuk kumuhan sisa pepejal serta merendahkan paras kolesterol darah dan ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung.Fiber memudahkan proses laluan makanan menerusi saluran penghadaman, dengan memendekkan masa untuk makanan berada dalam usus kecil seterusnya mengelakkan pendedahan kepada agen-agen penyebab kanser. Kehadiran fiber juga menyeimbangkan kuantiti bakteria bermanfaat dan bakteria perosak di dalam kolon kita maka risiko untuk mendapat kanser usus sangat rendah.
Selain itu, apabila monosakarida diserap daripada karbohidrat kompleks, dalam kehadiran fiber, ianya menyebabkan ransangan insulin yang sederhana, dan kenaikan paras gula dalam darah yang setara dan terkawal maka fiber sangat penting bagi mengawal diabetes. Penyakit seperti sembelit dan cirit birit juga dapat dikawal dengan kehadiran fiber di mana ianya dapat diatasi dengan keunikan tindakan keseimbangan fiber. Fiber dapat menyerap lebih air ke dalam saluran penghadaman dan membantu pelembapan najis, manakala pada keperluan lain iaitu semasa cirit birit najis cair akan lebih pejal.

Maka bagi sesiapa yang ingin menguruskan badan atau dengan erti kata lain mengurangkan berat badan maka sepanjang tempoh berpuasa inilah salah satu latihan untuk mengawal diet pemakanan kita. Namun ingin ibu nasihatkan agar seadainya ingin benar2 berjaya untuk mendapat bentuk badan yang manarik secara langsung dapat menunaikan ibadah berpuasa dengan baik maka apabila berbuka, bukalah dengan kurma seterusnya mengambil minuman diet yang seimbang seperti performance, meal shake dan fiber. Selepas solat maghrib barulah menjamah makanan yang lebih berat sedikit seterusnya melalui terawih ia dapat dihadam dengan lebih sempurna. Bagi ibu konsep yang salah ialah apabila seharian berpuasa manakala makan dengan banyak akibat melepas geram. Ini takkan membantu seseorang untk mendapat kesihatan yang optimum.Sebaliknya boleh meningkatkan masalah gangguan pada sistem penghadaman (terlalu banyak makan pada waktu malam boleh menyebabkan gannguan penghadaman), meningkatkan risiko obesiti, sakit jantung dan sembelit.

Ibu nak tambah sedikit mengenai Performance drink. Performance adalah minuman yang paling ibu dan abah suka. Abah akan pastikan membawa satu tupperware air performance jika abah pergi menjalani latihan basketball atau apa jua aktiviti lasak. Kami akan pastikan mengambil performance terutama pada hari panas terik demi memastikan badan kurang dehydrate dan mengelakkan demam atau sakit. Bagi ibu pula pastinya ianya membantu dalam proses penyusuan terutama ketika berpuasa agar tidak terlalu letih dek kerana berpuasa disamping menyusukan Nasa.

Baiklah, nanti kita berambung lagi kerana wira ibu dah mula aktif. Salam sayang dari ibu ...

Rabu, 3 Jun 2009

Keracunan makanan,Cirit birit,kanser Usus?

Keracunan makan adalah punca biasa bagi cirit birit ... selain perut tidak dapat menerima makanan yang diambil.Bila cirit birit apa yang akan kalian lakukan untuk ianya tak berterusan? Jika ianya berlaku pada saya mahupun anak-anak... saya akan pastikan mereka mengambil probiotik yang memang sudah tersedia di dalam fridge di rumah saya. Selain itu bagi saya dan suami kami akan mengambil vitamin C Shaklee dan patahkan dua dulu tablet tersebut sebelum memasuki mulut. Ini kerana apabila vitamin C itu dipatah dua maka seleuruh 500mg akan terus digunakan oleh tubuh. Jika tidak pelepasan vitamin C dalam badan hanya akan berlaku secara berperingkat kerana Vitamin C Shaklee adalah jenis sustained release..pelepasan vitamin C adalah berperingkat. Selain itu petua lama, jika cirit birit saudari boleh mencuba meminum teh pekat tanpa gula.

Ada orang tak pernah risau jika mendapat cirit birit... namun hakikatnya ianya membawa banyak petanda. Seperti sahabat saya Edot yang kini terlantar akibat kanser usus stage 4. Beliau pada mulanya ingat bahawa cirit birit itu adalah perkara biasa kerana doktor mengatakan bahawa beliau hanya terkena keracunan makanan. Ianya berlarutan selama sebulan dan bulan kedua doktor tersebut masih mengatakan perkara yang sama. beliau sudah mula resah kerana berat badannya semakin menurun dan terdapat darah dalam najisnya. Lebih memeranjatkan pada bulan ketiga doktor tersebut mengesahkan bahawa beliau mengidap barah usus tahap 3. ya Allah lemah jantung beliau apabila mendengar jawapan tersebut dari doktor. Kini beliau terlantar sakit dan sukar untuk berbicara walau melalui hp. Saya doakan dia terus kuat untuk meneruskan kehidupan kerana beliau mempunyai anak sebaya anak saya Nasa iaitu yang berumur hampir dua tahun.

Pengajarannya, jangan ambil mudah dengan masalah kesihatan. Jangan bergantung dengan satu pendapat doktor, cuba dapatkan second opinion.