Memaparkan catatan dengan label Meal Shake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meal Shake. Papar semua catatan

Ahad, 4 Disember 2022

Triple Gems

Mereka kenal minuman kesihatan dari mereka kecil. Dari mereka tak kenal apa-apa dan mereka sangka ia susu biasa.

Meal Shakes+ Energizing Soy Protien + Performance drink saya bancuhkan sekaligus dan jadikan minuman sebelum mereka ke sekolah. 




Saya tak sediakan makan pagi kerana minuman ini sahaja dan mencukupi untuk mereka bertahan dalam 2-3 jam sebelum sampai masa rehat.

Nanti masa rehat saya dan suami akan datang sekolah Anchi bawakkan mereka makanan. Jika mereka nak makan bersama kawan, kami suami isteri setia menanti di kantin atau ruangan legar sekolah. Habis waktu rehat barulah kami pulang ke rumah.

Hingga kini, alhamdulillah ia menjadi peneman setia bila mereka tak sempat nak makan atau sambil menunggu makanan. Cuma sekarang mereka minum bersama tambahan lain seperti Cinch dan Life Shake kerana mereka nak dapatkan berat yang ideal.

Energizing Soy Protien atau nama baru adalah ESP wajib ada dalam rumah. Kini mereka minum dengan ilmu. Bila nak kulit cantik, nak badan ada muscle perlu protien. Sekarang dah tak perlu nak membebel suruh mereka makan vitamin. Mereka tahu dah vitamin apa yang badan perlu ambil. Cuma sekali sekala mereka akan bertanya vitamin apa lagi yang membantu keperluan tumbesaran otak mereka. 

Alhamdulillah, bila mula dari kecil, ia tak menjadi banyak perbalahan. Ditambah abah mereka adalah orang yang jaga kesihatan, timbang di rumah sentiasa menjadi perhatian. 




Usaha sihat juga satu dakwah. Mula dari rumah. Kita bukan hanya nak anak yang berjaya dalam akademik tetapi umat Nabi Muhammad yang sihat dan mementingkan kesihatan.




Wajib ada sebagai penanda aras 










Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 24 April 2021

Cerita biasa bulan puasa....



Bila tiba Ramadhan, semua orang usaha nak sihat supaya dapat berpuasa penuh. Malah bukan itu sahaja, kita juga harap kekal cergas terutama selepas berbuka nak solat terawih dan sambung tadarus pula.

Musim berpuasa ni juga pasti ada cabarannya...mana yang gastrik kena la usaha elakkan makanan pedas dan bersahur dengan makanan seimbang supaya tak diserang gastrik.

Namun tidak kurang juga dengan mereka yang alami sembelit disebabkan masalah kurang air dan serat sepanjang berbuka hingga ke sahur.

Ramadhan kali ini saya beli beberapa kotak susu segar [ fresh milk] dan susu cokelat kerana saya kekal mengamalkan pengambilan alfalfa sepanjang berpuasa. Mungkin ada yang belum tahu, pengambilan alfalfa perlukan banyak air. Jadi pengambilan susu membantu proses pembuangan lawas dan lancar.

Selain itu ada beberapa produk Shaklee yang sangat bagus diamalkan sepanjang bulan puasa ni untuk mengelakkan masalah sembelit antaranya ialah, Meal Shakes, Cinch Shakes, Ostematrix, HerbLax dan Lecitin.

Tapi feveret saya adalah MealShake dan Cinch Shakes.Ini kerana dua supplement ini sangat kaya dengan serat.
Bancuhan minuman ini juga membantu badan saya cukup air. Ditambah saya juga amalkan banyak vitamin lain, maka pengambilan minuman bancuhan Meashakes, ESP dan Cinch Shakes sangat membantu keperluan air yang saya perlukan.

Waktu bila minum? Saya amalkan masa moreh dan sahur. Ada yang pilih waktu berbuka supaya tak makan banyak. Ikut mana yang kita selesa. 

Puasa kalian bagaimana?



 WASAP FOR ORDER

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Isnin, 23 November 2020

Tips agar anak kekal sihat

Sebagai ibu ayah, menjadi harapan agar anak-anak kita membesar dengan sihat bagaikan juara. Dikala anak kita demam atau batuk selsema, pastinya sebagai ibu akan susah hati kerana bila anak jatuh sakit, sudah pasti kualiti tidur mereka juga akan terganggu.

Namun satu yang saya belajar, anak sakit sebenarnya adalah salah satu tanda yang Allah hantar pada ibu bapa agar mereka tidak terlalu fokus dengan karier mereka hingga melupakan tanggungjawab pada keluarga. Rata-rata kesibukan kerja membuatkan ibu ayah alpa seketika untuk memberikan perhatian pada anak mereka.

Arwah mak dulu selalu pesan, bila dah kerja dari rumah...pastikan keperluan anak-anak diutamakan. Ia juga salah satu cara menjemput rezeki bila anak didahulukan. Bila mereka balik dari sekolah, saya akan pastikan mereka mandi dan kadang2 saya mandikan mereka supaya lebih bersih dan cepat... Selepas bersiap, saya akan suapkan makan tengahari, supaya rumah kekal bersih. Barulah saya hantar mereka ke sekolah agama pada sesi petang. Jika hari cuti, selepas makan tengahari, saya bentangkan tilam untuk mereka di depan tv hingga la mereka terlena sekejap waktu petang. Kemudian barulah saya mulakan urusan bisnes di depan laptop. 

Begitu juga masa nak tidur, saya akan pastikan sama sama masuk tidur....supaya mudah kerja kemudian nanti. Paling penting, urutkan minyak pada tapak kaki dan betis anak setiap malam supaya mereka dapat tidur yang lena dan berkualiti. Jika ada tanda-tanda nak demam atau selsema, saya akan usahakan bangun jam 2-3 pagi untuk sapukan minyak dibelakang dan bahagian dada mereka.

Paling sibuk adalah waktu closing bisnes setiap hujung bulan...namun sebab saya dah biasa utamakan mereka....saya akan pastikan malam closing family makan yang sedap. Sama ada makan diluar atau saya masakkan. Bila semua dah stabil baru mudah nak fokus pada closing. Anak dan suami pun tenang bila kita sibuk depan laptop.

Selain itu, saya memang sediakan supplements untuk mereka setiap hari dan menjadi amalan hingga hari ini. 3 vitamin yang saya wajibkan mereka ambil 2 kali sehari iaitu ESP Shaklee, Meal Shakes dan Performance Drink. Set ini dipanggil Tripple Gems.
Selain itu, Omega dan Vitamin Chewable juga saya berikan demi membantu perkembangan otak dan sistem imun dengan lebih baik.

ESP Shaklee - Kandungan asid amino penting bagi membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. LIHAT >> Fakta menarik ESP 

Meal Shakes: merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein. LIHAT >> Mengapa Meal Shakes dikatakan makanan Pelengkap Kanak-Kanak?

Performance Drink sejenis minuman isotonik tanpa gas [ berkarbonat] dan bagus untuk menstabilkan elektrolit dalam tubuh. LIHAT >> Apakah elektrolit dan kepentingan dalam tubuh?

Sekurang-kurangnya sebagai ibu ayah, kita usaha berikan anak yang terbaik. Pengambilan supplement membantu badan mereka mendapat semua zat makanan yang seimbang dan diperlukan oleh badan.


Secara kesimpuluan, selain berikan keperluan yang wajib pada anak-anak, sebenarnya, jangan lupa sentuhan juga sangat penting. Peluk cium dan memberikan urutan sebelum tidur salah satu cara yang membantu anak kita kekal sihat dari segi emosi dan rohani.

Bila anak sihat, kita sebagai ibu ayah nak fokus kerja juga menjadi lebih mudah dan kita kerja juga pasti lebih efisien. Wallahu alam.

Anak ni penyeri rumahtangga, kehadiran mereka mengundang rezeki suami isteri menjadi lebih hebat. 


🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ShakleeMarang
#shakleekubangikan
#ESPShaklee
#Mealshakesshaklee
#PerformancedrinkShaklee


Selasa, 5 Mei 2020

Masalah membuang masa puasa : Herb Lax atau Meal Shakes?

Masa bulan puasa ni , adalah perkara biasa jika kita mengalami masalah sembelit. Terutama bila kita sangat kurang minum air....ditambah masa berbuka nak ke sahur bukanlah lama sangat. Pastinya pengambilan air akan berkurang. Ditambah jika kita tak amal makan buah dan sayur pastinya masalah sembelit pasti menjelma.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah ni masa awal puasa. Tapi secara jujur, saya tahu saya biasanya amik Herb Lax untuk bagi lawas. Cuma kebetulan masa tu teringat kelebihan yang ada pada Meal Shakes Shaklee.

Malam tu sebelum masuk tidur saya buat air bancuhan ESP Shaklee + Performance Drink + Meal Shakes Shaklee. Sambil belek canister Meal Shakes , ada satu perkataan telah menarik perhatian saya....iaitu Gum Arabic.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Waktu tu saya teringat kelebihan Arabic Gam ni ialah ia bertindak sebagai prebiotik untuk badan. Sebab itu ia sangat bagus diambil oleh anak-anak yang picky eater dan anak yang ada masalah sembelit. Boleh baca artikel sebelum ini....Produk Shaklee ada Gum Arabic?

So malam tu saya bancuh minuman letak extra Meal Shakes Shaklee ni...

Sejak dari itu saya tiada masalah susah nak membuang sepanjang berpuasa.

Mungkin ada yang tertanya, mengapa saya tak ambil sahaja beberapa biji Herb Lax telan dan masalah susah buang pasti selesai.

Bagi saya kita ada 2 pilihan. Mereka yang suka amalkan jenis pil, boleh amalkan pengambilan Herb Lax untuk melawaskan proses pembuangan.

Mereka yang suka jenis minuman dan bancuh-bancuh ni boleh la memilih Meal Shakes sebagai penyelesai masalah sembelit.

Secara jujur Meal Shakes* menjadi pilihan saya kerana kelebihan ia sebagai

✔️ minuman berkhasiat yang seimbang dengan semua keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan.

✔️ Dalam bentuk minuman dan ia sangat bagus dalam memastikan badan cukup air sepanjang berpuasa siang hari.

✔️ Tiada masalah kulit kering sepanjang berpuasa kerana pengambilan Meal Shakes bantu kulit sentiasa moist [ lembap].

✔️ Boleh diamal seisi keluarga dan tidak terhad pada kanak-kanak sahaja atau hanya orang dewasa.

✔️ Mudah dan mengenyangkan. Boleh diamalkan waktu moreh atau pelengkap sahur.

✔️ Bantu kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa.


Ditambah masa bulan puasa ni, saya tak berapa selera makan. Bila umur dah 40 an ni, saya cuba kurangkan makan. Mudah untuk solat terawih. Selepas terawih, orang biasa amik moreh...tapi saya suka minum sahaja air untuk pastikan badan tidak dehidrate sepanjang berpuasa. Minum Meal Shakes Shaklee bersama ESP Shaklee dan Performance Drink dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga so lebih mudah nak jadi amalan untuk ganti moreh. So Meal Shakes adalah pilihan saya untuk mengatasi masalah pembuangan yang kurang lawas.

Anda nak cuba?

Meh MESEJ SINI untuk dapatkan 1 canister dan rasai sendiri perbezaannya!




 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
#Mealshakesreadystock

Jumaat, 24 April 2020

Produk Shaklee ada Gum Arabic?

Ada sesetengah orang mudah alami sembelit terutama bila dalam menu kurang serat dari buah atau sayuran. Apatah lagi bulan puasa ni, kalau tak kena cara...sembelit sokmo.

Kekadang stress berlebihan pun boleh buat sembelit cuma ramai yang tak tahu.

Ni salah satu vitamin saya suka bancuh sekali bila minum dengan protien vanila atau Cinch Shake Shaklee tak kisah perasa apa pun...dan ia terkenal vitamin yang bagus untuk anak-anak yang picky eater, selalu sembelit dan yang perlukan keseimbangan zat vitamin.

Nak tahu tak salah satu bahan yang ada dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah Gum Arabic.
Apa kelebihan Gum Arabic ni? Salah satunya adalah....

Prebiotik semulajadi. Mengikut kajian saintifik, Gum Arabic mengandungi lebih 100 peratus prebiotik. Ia mengandungi fiber terlarut (solid fiber). Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria bahaya.

Maka Meal Shakes Shaklee ni sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah seperti

✔️ Pengambilan makanan yang tidak seimbang
✔️ Mempunyai masalah pembuangan [sembelit khususnya]
✔️Kurang selera makan
✔️ Anak-anak picky eater
✔️Tak suka telan pil vitamin, tetapi lebih suka kepada jenis serbuk.

Di tambah bulan puasa, kadang2 menu sahur atau berbuka simple...tapi kita boleh pastikan kita mempunyai Meal Shakes Shaklee yang boleh diamal seisi keluarga demi memastikan kita semua sihat.

Meal Shakes Shaklee ready stock






Berminat untuk membuat pesanan ?
Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?
Sila KLIK SINI. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia

Khamis, 23 Januari 2020

Tawaran sehingga hujung bulan atau sementara stok masih ada.

Sebelum saya terlupa, offer ini hanya sehingga 31 Januari 2020 ya.







Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.  atau

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia

Rabu, 15 Januari 2020

Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza?

Penyakit yang sedar tular sekarang membuatkan kita semua perlu berjaga-jaga.

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
  
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. 

Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:


 Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
 Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
 Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
 Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
 Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).
 Cakna pengambilan air seharian untuk pastikan tekak tidak dibiarkan kering. Selain pengambilan supplement untuk meningkatkan sistem imun sebagai langkah pencegahan.


Bila bercerita tentang supplement untuk meningkatkan sistem imun adalah vitamin yang dikenali antioksida ; Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Garlic, Nutriferon. Sebagai langkah berjaga-jaga [ prevention is better then cure].


Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📱
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa


#pengedarShakleeTerengganu
#shakleereadystockTerengganu
#Shakleesetmenyusu
#shakleeibuaddinnasa

Isnin, 9 Disember 2019

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Promo set vitamin untuk anak-anak

Memandangkan lagi 3 minggu sekolah akan dibuka...Shaklee menyediakan satu set Vitamin yang sesuai diambil oleh seisi keluarga terutama anak-anak.

Menariknya dengan pembelian set ini melayakkan kita membeli multifunction tumbler yang sangat menarik.


Shaklee Terengganu Ready Stock

Sejak dulu lagi saya suka beli tumbler yang pelbagai untuk menggalakkan anak minum air masak.

Anak-anak kita tahu mereka ni golongan yang suka benda warna warni dan bercorak. Jadi untuk elakkan mereka cepat bosan, kita kena ada pelbagai jenis tumbler.

Kebetulan Shaklee menawarkan tumbler yang menarik sempena nak buka sekolah ni. So tanpa berlengah, saya grab dan bila sampai aje, Addin terus ambil sebotol dan pakai untuk bawa ke madrasah.

Shaklee Terengganu ready stok

Jadi ibu ayah ni kena kreatif untuk galakkan anak minum air demi kesihatan mereka juga. Kita kena selalu ingatkan mereka betapa pentingnya minum air supaya tak mudah sakit. Ditambah cuti sekolah, jika tiada sesiapa yang pantau, pastinya anak-anak kurang minum air.

Pengambilan vitamin untuk anak-anak juga  penting untuk memastikan pembesaran mereka sihat dan otak yang cerdas.



#pengedarshakleeterengganu
#pengedarshakleemiri
#shakleereadystock

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 26 Jun 2019

Remaja Duta Shaklee.

"Ibu, protien yang orang jual untuk bina badan tu bagus tak?" tanya Addin pada satu hari semasa perjalanan kami balik Muar.

Saya cuba jawab...."Ibu cuma tahu ia adalah whey protien. Tapi kita ada dah protien ESP Shaklee tu."

Anak saya senyum aje dan semenjak itu dia sangat prihatin dengan pemakanan yang diambil dan lebih konsisten amalkan minum ESP Shaklee, Meal Shake dan Performance Drink Oren*.

Tanpa saya sedar sepanjang Ramadhan, selepas balik Madrasah...dia akan masuk bilik dan senyap aje. Saya ingatkan Addin gunakan ruang untuk bersihkan diri sebelum waktu berbuka. Maka satu hari saya tergerak nak tengok apa anak saya buat di bilik mereka.
Si kecil saya Nasa kalau tak terlena, dia akan ambil buku atau komik terus membaca dengan tekun. Si abang setiap hari amik sedikit masa untuk buat workout.

Hmmm saya heran kenapa tiba-tiba Addin rajin buat workout. Saya tanya mana dia dapat idea nak buat workout...rupanya sebab dia tengok Ismail Izzani [ anak datin Suliza Salam]....dari kurus keding ada la nampak masculine sejak buat workout. Tu yang dia minat sangat.

Kelmarin Addin beri saya gambar...

" Ibu ini testimoni Addin amalkan ESP Shaklee, Meal Shake dan Performance Drink Oren bersama workout yang konsisten"


Saya senyum aje....

At least dia cuba jadi Duta produk Shaklee dari baby sampai la sekarang.


Duta Maskulin









* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📱

Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻

Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 28 April 2019

Bila si manja berpuasa untuk kali pertama.....

Biasa tak lalui bila bulan Ramadhan, cabaran pada ibu ayah untuk mengejutkan anak-anak bangun sahur?

Adakala mereka bangun tapi makan sambil mata pejam dek kerana mengantuk. Maklumlah Ramadhan sekali setahun.

Tapi ibu ayah boleh cuba resepi simple ini..

Bila si manja belajar berpuasa


Sempena bulan April yang akan berakhir esok, bagi mereka yang belum mendapatkan Meal Shake boleh hubungi kami untuk pesanan ; ORDER MEAL SHAKE SHAKLEE

Kurma Meal shake



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak dapat vitamin percuma melalui bonus Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689


 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 1 April 2019

Simple tapi seimbang dan berkhasiat.

Sebelum tidur kami sekeluarga akan turun minum....orang kata 'supper'. Walaupun hanya segelas bancuhan ESP Shaklee, Meal Shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee.

Dan malam ni saya cuma tambahkan Vivix untuk saya minum....anak-anak mereka dah besar dan pandai bancuh sendiri. Biasanya Meal Shake Shaklee la paling cepat habis sebab rasanya macam ice cream vanila. Bau dia pun sedap.
Jadi anak-anak akan letak Meal Shaklee Shaklee lebih sedikit supaya dapat rasa lemak minuman.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Apa manfaat bancuhan 3 supplement ni?

Secara umumnya, ESP* adalah protien soya yang tidak diubah genetiknya. Ia membekalkan amino asid pada tubuh badan manusia. Tubuh badan manusia terdiri dari protein - sel , kulit , kuku , rambut malah seluruh organ terdiri dari protein. Maka pengambilan Protein yang lengkap dengan semua asid amino yang diperlukan oleh badan membantu membaikpulih sel yang rosak dan membantu menghasilkan sel baru yang lebih sihat.

Meal Shake* pula adalah multivitamin dalam bentuk serbuk dan terdiri juga dari Protein di dalamnya.
Ia membekalkan semua vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh tetapi tidak dapat dipenuhi hanya melalui hidangan makanan diet harian kita. Maka sel yang sihat pasti memerlukan vitamin dan galian yang mencukupi dan seimbang untuk membantu kelancaran organ berfungsi seterusnya membantu proses untuk sistem tubuh badan manusia bekerja dengan lebih baik.

Performance drink* pula adalah sejenis isotonik yang membantu menstabilkan ion-ion di dalam badan.  Membantu badan sentiasa hidrasi maka dengan ini membantu badan bertenaga dan cergas. Biasanya ia bagus diamalkan sebelum bersukan, masa bersahur malah jika ada muntah atau cirit yang berlarutan bagus amalkan Performance drink yang bertindak macam air garam yang doktor bagi.


Maka bancuhan campuran 3 supplement *ini memang sangat mudah dan menghasilkan menu yang simple tetapi lengkap dan berkhasiat. 

Selamat mencuba.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Beli produk Shaklee melalui bonus Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Menu sahur simple tetapi seharian cergas.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Sekarang dah masuk bulan April bermakna hanya lagi sebulan lagi jika dipanjangkan umur kita akan bertemu dengan Ramadhan.

Bagi yang perlu menggantikan puasa, kita masih punya sebulan lagi...

Saya dah cuba beberapa kali sahur kurma bersama bancuhan ESP, Meal Shake dan Performance Drink.

Terlebih dahulu, jika esoknya saya nak berpuasa, saya akan ambil beberapa biji kurma.

Saya akan buangkan semua biji kurma tersebut dan saya rendamkan kurma tanpa biji ini dalam segelas air dan saya simpan dalam peti sejuk untuk semalaman. Ini bertujuan untuk melembutkan kurma tersebut.

Esoknya waktu bersahur saya akan ambil kurma yang direndam dan saya masukkan beberapa sudu ESP, Meal Shake dan Performance Drink di blend bersama sekaligus.

Memang mengenyangkan dan badan rasa ringan dan berbeza bila sahur dengan nasi. Mata mudah mengantuk terutama nak tunggu solat subuh.

Bagi yang nak cuba sahur dengan supplement Shaklee, saya alu-alukan anda rasai sendiri perbezaan harian yang anda lalui bila bersahur dengan set ini. InsyaAllah sangat berpuas hati.


Saya blend dengan blender Shaklee jual sebelum ini...sangat mudah dan bancuhannya sekata.
Jika anda memang sudah ada blender buah atau jus boleh juga gunakan yang sedia ada.

Selamat mencuba.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu



Salam sayang
dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 21 Januari 2019

Intermittent Fasting dan senam untuk turunkan berat badan dengan mudah.

Related image
IF diet.

Memandangkan suami saya perlu buat Basic Health Screening di BP Lab, maka saya pun amik kesempatan untuk buat ujian darah untuk lihat kedudukan Hemoglobin dan Bacaan Kolestrol saya yang terkini.

Staff di BP Lab pun tegur suami, encik...baru dua bulan lepas encik buat Basic Health Screening...suami saya senyum aje dan bagi tahu dia nak tahu result terkini dengan mengamalkan diet IF [ intermitten fasting].


Ya suami saya memang sangat disiplin dengan diet IF dan bukan itu sahaja, setiap pagi beliau akan buat latihan senaman dalam masa 30-40 minit. Makan pun beliau tak amik berminyak, minuman hanya air suam, infuse water [ guna lemon] atau minuman Shaklee.

Ya bila umur 40 tahun ke atas...kita perlu lebih alert dengan kesihatan.

Suami saya memang amalkan Cinch Shake untuk ganti makanan berat seperti lunch dan dinner selain minuman ESP, Meal Shake dan Vivix. Beliau tetap amik vitamin-vitamin penting yang lain kerana walau hanya makan Cinch ...beliau takde masalah pun nak makan vitamin lain.

Bagusnya kerana dia sangat berdisiplin, saya jadi insof....kalau makan diluar saya takkan order air manis [ bergula]....biasa order mineral water atau infuse water....air suam dengan hirisan lemon. Alhamdulillah bila dah biasa memang mudah. Kalau dulu, air jus la, air sirap la, teh o ais ke....janji ada manis. Alhamdulillah sekarang dah tak lagi.

Makan pun dah kurang....sebab perasan bila umur dah 40 ni, kalau tak jaga nanti mulalah kita terasa sakit sana sini...sakit pinggang, sakit lutut .....terutama bila kita tak kawal berat badan.

Dan saya bangga dengan disiplin yang suami amalkan...melalui diet IF beliau...dapat turunkan berat dalam 5-6 kg dalam masa 2-4 minggu.


Lepas ni bersemangat la nak cycling pagi-pagi sebelum solat Dhuha...sebab buat masa ni saya belum istiqamah lagi berbasikal.... baru istiqamah dalam jaga makan dan minum....

Saya nak turunkan 4 kg sebelum usia 42 tahun ni....bersemangat !!! Tak mustahil kalau jaga makan, bersenam, amalkan hidup sihat dan tambah supplement jika perlu.


Nanti next entry saya share gadget yang kami nak beli untuk cakna kesihatan secara menyeluruh. Stay tune!





Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 8 Januari 2019

Minuman berkhasiat untuk anak sebelum ke sekolah

Alhamdulillah dah menjadi amalan anak -anak minum ESP Shaklee, Meal Shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee dibancuh 3 ni serentak dan menjadi minuman sebagai sarapan pagi mereka dan segelas lagi sebelum tidur biasanya supper time dalam jam 10 malam.

Bancuhan 3 ini juga kami jadikan amalan bila berpuasa iaitu time sahur dan segelas selepas berbuka.

Minuman 3 ini membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding minum susu biasa. Ini kerana ESP Shaklee adalah minuman rendah glisemik indeks. Maka ia memberikan rasa kenyang lebih lama kerana ia mengambil masa yang perlahan untuk menukar glukos kepada tenaga.


Ready Stock Shaklee Kuala Terengganu


Minuman ni sesuai nak bagi kat anak yang masih bersekolah selain memberikan rasa kenyang lebih lama, ia juga sesuai agar pelajar tak mengantuk di sekolah. Berbanding jika anak kita diberikan makanan yang berat sebelum ke sekolah, mereka akan mudah mengantuk kerana kekenyangan.

Protien penting untuk otak dan otot selain ia adalah bahan binaan asas kepada sel tubuh kita.

Ya kita boleh dapatkan sumber protien dari ikan dan sayuran juga, kelebihan amalkan

🎯 ESP Shaklee adalah kerana ia membekalkan 14 gram protein indeks glisemik rendah.

🎯 ESP Shaklee mempunyai skor POCAAS [ Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score]1.0 dan ia adalah protein berkualiti tinggi.

🎯 ESP Shaklee membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh secara sendiri

🎯 ESP Shaklee kaya dengan kalsium

🎯 ESP Shaklee bebas kolestrol

🎯 ESP Shaklee membantu mengurangkan kolestrol.


Berminat nak dapatkan ESP Shaklee? Boleh 🚚 ORDER di sini. Penghantaran seluruh Malaysia.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 ðŸ•¹ Pengedar Shaklee Kuala Terengganu.
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689


🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 15 Julai 2018

Adakah kita beri anak kita makanan seimbang?

Pernah tak kita perasan...

Saat anak masih kecil...kita akan berikan yang terbaik!

Sejak dalam kandungan, si ibu sudah bersusah payah menyediakan pakaian, barangan bayi dan keperluannya bak kata orang....serba serbi nak bagi yang terbaik.


Shaklee ready stock Kuala Terengganu


Bukan itu sahaja, bagi ibu yang mahu menyusukan anaknya...pasti dah membeli semua set berpantang, set menyusu atau apa sahaja set yang baik untuk si ibu dan bayi.

vitamin penyusuan Shaklee


Bagi ibu yang tidak menyusukan anak, si ibu pasti mahukan yang terbaik melalui beberapa pemberian susu formula yang terkenal dan mahal. 


Tak kurang juga dengan gadget untuk memudahkan ibu dan ayah membawa anak berjalan atau travel ke mana-mana.

Image result for stroller and carseat set



Tetapi....ada satu ketika bila si anak makin membesar.....

Si ayah dan ibu dah kurang melihat keperluan utama si anak....

Ramai yang mula mengabaikan tanpa sedar.

Apakah vitamin yang kita berikan untuk anak? Adakah vitamin itu semulajadi, berkesan dan selamat? 

Makanan seharian mereka adakah seimbang? Atau hanya sempat mana yang ibu sediakan atau mampu beri?

Hari ini rata-rata anak akan makanan yang banyak dengan lemak trans....

Image result for fast food for kid


Tanpa ibu ayah sedar, mereka dah mendedahkan anak kepada penyakit jantung dan penyakit yang pelik-pelik hari ini. 

Ya anak kepada kawan saya yang berusia 5 tahun telah disahkan mendapat cyst dan setelah dibedah, di dapati cyst itu berpintal dengan ovari dan paling sedih ovari kanannya terpaksa dibuang. Bagaimana ia boleh terjadi? Puncanya pemakanan!


Bila anak dah besar....mengapa ramai ibu ayah tak pentingkan lagi anak ini?

Apa yang mereka makan? Adakah mereka makan seimbang? Cukup Vitamin? Mahu anak cerdik? Tapi adakah kita sediakan mereka makanan untuk otak yang cerdas?


Kita tahu anak kita terdedah dengan makanan yang tak sihat di sekolah...hotdog, bebola ikan, nugget....maka kita juga kena seimbangkan makanan mereka dengan vitamin dalam mengisi kekosongan.

Image result for vitalea chewable shaklee


Anak kita perlukan perhatian kita dan pemantauan selagi mereka dibawah tanggungjawab ibu dan ayah.


Anak kerap sakit....

Jom ibu ayah dapatkan makanan tambahan untuk anak kita moga mereka membesar sebagai juara yang hebat.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 19 Mac 2018

Resepi ESP dan Meal Shake Shaklee untuk berbuka puasa.

Image result for manfaat kurma
Apabila buah ini banyak di pasaraya itu menandakan Ramadhan sudah menghampiri dan pada bulan Ramadhan sendiri buah ini sangat banyak dari bulan -bulan biasa.

Ini kerana manfaat yang banyak pada buah Kurma menjadikan ia makanan terbaik untuk kesihatan sepanjang berpuasa.

Ya jika bersahur dengan kurma juga membantu kita mudah kenyang dan bertenaga malah adalah sunnah berbuka puasa dengan buah kurma terlebih dahulu.

Pernah cuba Kurma Shake?

Resepi mudah untuk berbuka puasa. Mengenyangkan dan yang pasti membantu bekal tenaga untuk berterawih nanti.

Shaklee Miri




Antara bahan-bahan :

ESP Shaklee 2 sudu besar

Meal Shake Shaklee 1 sudu besar

Segelas susu segar

2-3 biji kurma

Sedikit ketulan ais.



Bahan-bahan ini dikisar di dalam pengisar [blender] sehingga kurma menjadi halus dan sedia untuk di minum. Kurma boleh ditambah ikut citarasa masing-masing.




Boleh cuba untuk merasai kelainan bancuhan ESP Shaklee dan Meal Shake Shaklee untuk minuman seisi keluarga.















 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 28 September 2017

Meal shake minuman yang berkhasiat seisi keluarga - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu

Ya dah beberapa hari kami kehabisan stok meal shake.

Rutin kami supper [ minum segelas sebelum tidur] memang minum protien segelas ... ala ala macam minum susu sebelum tidur la ni.


Oleh kerana sibuk saya ayik lupa order... jadi kami hanya minum Protien ESP bersama sedikit Performance Drink sahaja. Biasanya kami akan bancuhkan 3 jenis sekaligus iaitu ESP, Performance Drink dan Meal Shake sekaligus.


Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu


Ya memang sebenarnya tak lengkap minuman kami tanpa Meal shake. Meal shake adalah multvitamin dalam bentuk serbuk yang sesuai untuk seisi keluarga dalam memastikan kita mendapat cukup nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Selain membantu anak mendapat khasiat yang seimbang ia juga membantu mengelakkan anak mengalami masalah sembelit kerana mempunyai kandungan kaya serat.

Lega rasa bila Gdex mula hon depan pintu rumah!

Yess!!! Meal shake dah sampai!

Minuman tak lengkap tanpa meal shake.....


Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu


#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 28 Julai 2017

Peluang perniagaan di Miri Sarawak

Merungut dengan masalah ekonomi sekarang bukanlah jalan penyelesaian kan?

Mengapa kita tak usaha cari peluang bina masa depan?

Next week kami akan ke Miri Sarawak untuk share tentang Busuness Opportunity. Sesiapa yang berminat nak join dan nak tahu peliang bisnes yang kami jalankan dengan lebih details boleh pm saya atau suami Naquib Hussain di fb beliau.



Ada juga yang nak tahu bagaimana nak dapat percutian percuma atau mereka yang mencari sumber pendapatan tambahan dijemput datang.

Boleh juga whatsapp direct pada saya ;
www.wasap.my/60128535689





📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 Mac 2017

Adakah menu anak kita lengkap dengan serat?

Credit to http://go.shaklee.com/4-elements-healthy-meal/
Do you know a healthy lunch or dinner when you see one? Use the chart below as a guideline for planning sensible, healthy, and satisfying meals.
what-a-healthy-meal-looks-like
 Adakah kita concern dengan apa yang kita makan hari ini? Adakah kita beri menu seimbang untuk anak kita?
Anak-anak hari ini cerewet tak nak makan sayur....adakah kita concern dengan menggantikan dengan buah? ia perlu diberi setiap hari bukan seminggu sekali kerana sayur mengandungi vitamin dan serat yang penting untuk sistem tubuh.
Ya Shaklee mempunyai vitamin yang sesuai untuk anak-anak....antaranya ialah Meal Shake, Vitalea chewable, Vitaminn C chewable dan Omega.
Meal shake adalah satu minuman yang baik untuk di amal oleh kanak-kanak, kerana ia mengandungi protien dan vitamin serta semua zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan mereka. Paling utama ia juga kaya dengan serat maka ini dapat membantu mereka mengatasi masalah sembelit yang rata-rata di alami oleh anak-anak yang tak mendapat cukup serat.
Jangan pandang remeh tentang hal detox [ pembuangan] kerana anak yang sihat adalah hasil dari proses tubuh yang sihat.

Jom dapatkan Meal Shake untuk anak hari ini!