Memaparkan catatan dengan label Detox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Detox. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2020

Jom bersihkan usus untuk tingkatkan sistem imun.

20 tahun dulu, masa baru mengenali Shaklee....kami diperkenalkan dengan satu produk yang memang memberi kesan dengan cepat.

Ia satu satu produk yang bertahan berbulan-bulan kecuali kami dalam program Detoks. Biasa kami amalkan seminggu 1-2 kali.

Mengapa penting bersihkan usus?

Merujuk sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Kalau perasan, bila kita ada masalah membuang atau perut meragam...rutin harian pasti terganggu.
Kebanyakan penyakit juga berpunca dari masalah perut.

6 punca penyebab penyakit dari perut:

1. Cara pengambilan pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan makanan.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

6. Pengambilan ubat tanpa nasihat/ merujuk doktor terlebih dahulu.

Kadang2 makan macam-macam vitamin tapi tak nampak kesan yang diharapkan sebenarnya tak mustahil berpunca dari usus yang bermasalah.

Jom kita pakat fokus pada kesihatan sepanjang dok rumah ni.




Misi bersihkan usus.



Berminat untuk membuat pesanan ?

Sila KLIK SINI. atau Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?

Sila KLIK SINI.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Sabtu, 28 September 2019

Mengapa perlu join program Detox? Untuk apa sebenarnya detox?

Pernah tak lalui keadaan dimana semua benda dah cuba tapi tak nampak kesan?
Contoh pelbagai syampoo dah cuba tapi kepala tetap penuh dengan kelumumur?

Macam-mana produk kurus dah cuba tapi tak nampak hasil?

Selalu sakit dan pelbagai jenis ubat orang rekomen dah cuba, tapi ia tetap macam tu?

Jika anda pernah ada pengalaman begini, sebenarnya inilah masa yang sesuai untuk mencuba pula program detoks. Program ini sebenarnya membantu kita menyingkirkan toksin yang ada dalam badan kita. Selagi ada toksin ini maka semua yang kita usahakan sebenarnya tidak memberi impak maksima. Ini kerana toksin akan membuatkan badan kita tidak mampu menyerap vitamin secara sepenuhnya.

Saya cuba bagi gambaran mudah, jika kita ada bekas air yang kotor, jika kita nak minum kita perlu basuh terlebih dahulu kan? Jika tidak kita akan minum air yang kotor kerana bekas tadi kotor. Sama lah dengan badan kita. Jika nak kulit cantik, badan yang ramping lagi sihat, kulit kepala yang sihat dan bebas dari kelumumur kita perlu lalui program detoks terlebih dahulu.


Shaklee telah mempunyai set Detoks ini dah hampir 3 tahun dan ia sangat membantu bagi mereka yang inginkan kesihatan yang optimum. Terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan mereka yang benar-benar mahukan kesihatan yang ideal lagi optimum.

Terkini, disediakan siap dengan no woven bag bagi mereka yang mendapatkan set Detox Shaklee terkini dan ianya baru dilancarkan semalam 2 hari lepas.


Jom Vivix Set - Vanila



Set ini terdiri daripada sebotol Vivix dan Cinch Vanila Shake Mix.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!



Jom Vivix Set - Chocolate













Manakala set yang ini terdiri daripada
sebotol Vivix dan Cinch Chocolate Shake Mix.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!
Jom Detox Set- Vanila









Set Detox ini pula lebih variasi kerana terdapat beberapa jenis vitamin yang mempunyai banyak kebaikan.
Ianya terdiri daripada Cinch Vanila Shake Mix, Peppermint Ginger, Herb Lax, DTX Complex dan Alfalfa Complex botol small.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!
Jom Detox Set- Chocolate









Set Detox ini pula lebih variasi kerana terdapat beberapa jenis vitamin yang mempunyai banyak kebaikan.
Ianya terdiri daripada Cinch Chocolate Shake Mix, Peppermint Ginger, Herb Lax, DTX Complex dan Alfalfa Complex botol small.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!



Anda berminat nak dapatkan set ini dengan harga ahli serta mendapat faedah keahlian yang lain? Saya syorkan anda menyertai kami sebagai ahli Shaklee.

Jom daftar ahli Shaklee di sini. 


Untuk mengetahui lebih lanjut? Boleh hubungi kami seperti info dibawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu - Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 17 Mac 2018

Manfaat program Detoks bersama set Detox Shaklee.

Pernah dengar program Detox Shaklee? Biasanya kita lakukan bila kita mahu selesaikan masalah kesihatan termasuklah masalah berat badan yang tak terkawal.


“Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee” boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh anda yang berpotensi memberi kesan buruk akibat tekanan oksida. Sekiranya anda melakukannya mengikut saranan, anda mampu memperoleh kebaikan optimum melalui program detoks ini antaranya seperti sistem penghadaman yang sihat, kulit yang lebih cantik dan bentuk tubuh yang elok.


Set Detox Shaklee terdiri daripada 5 produk

Shaklee Miri

Masih ingat lagi masa program Detox Shaklee ini baru dilancarkan...mereka yang mengikuti program tersebut yang mana terdiri dari lelaki dan wanita yang mempunyai masalah kesihatan dapat melihat kesan positif selepas itu.

Suami saya adalah salah seorang testimoni pada waktu tu. Beliau dapat mengurangkan masalah berat badan yang beliau hadapi saat itu.

Dan sehingga sekarang kami masih amalkan set Detox Shaklee ini.

Set Detox Shaklee terdiri daripada Vivix Shaklee, Herb Lax, Alfalfa Complex, Peppermint Ginger Plus dan Dtx Complex.



Apa manfaat utama yang kita akan dapat dengan amalkan Set Detox Shaklee?

Set Detox Shaklee beri kesan optimum pada kesihatan.

Melalui progam yang disediakan untuk Set Detox Shaklee pengamal akan dapat menikmati kesihatan secara menyeluruh kerana set vitamin Detox Shaklee ini membantu melegakan perut kembung dan sebu, membantu meningkatkan tenaga, memperbaiki penghadaman, memberi rasa sihat dan cergas pada tubuh dan antara paling best ialah kita dapati kulit lebih cerah!*

Berminat untuk dapatkan set Detox Shaklee?  Kami sedia membantu berkongsi cara untuk mendapatkan banyak penjimatan dengan belian set ini beserta tambahan produk yang membantu anda kekal sihat dan bertenaga.

Shaklee Miri






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 29 September 2017

7 Kebaikan Detoks - Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri


Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu


Jika dulu detox disamakan macam makan julap. Membuang semua yang tak diperlukan dalam badan dan ia adalah proses untuk kurus [ slim].

Tapi bila dikaji, detox adalah proses yang penting menyahkan bahan toksin dari tubuh agar tubuh dapat menyerap nutrien dengan lebih baik.

Suami saya dulu salah seorang peserta yang terlibat dalam program Detox Shaklee. Ya dengan pemakanan yang teratur mengikut saranan, pengambilan vitamin selain supplement yang membantu proses detox serta pengawalan gula telah menampak hasil pada berat badan suami saya.

Masih ingat lagi salah seorang perserta program mempunya masalah kelumumur yang sangat kritikal. Sudah puas cuba banyak syampu untuk atasi masalah beliau tapi tak nampak hasil. Namun selepas beliau turut serta dalam program Detoks Shaklee alhamdulillah perubahan yang ketara pada kulit kepala beliau selain kelihatan tubuh badannya semakin cantik.


Ada 7 manfaat yang boleh didapati apabila kita mengikuti program Detoks yang selamat dan terancang...iaitu antaranya :-



















* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 April 2017

Anak suka makan ayam? Jangan lupa sediakan vitamin.

Masa saya kecik dulu saya sempat merasa bela ayam daging... dari anak ayam sampailah ayam boleh sembelih. Proses ayam membesar pun makan masa dalam 3 bulan. Dapatlah saya lihat sendiri perkembangan anak ayam tu sampailah boleh di makan maksudnya dah matang.

Tapi memandangkan faktor ekonomi hari ini yang mana permintaan melebihi penawaran maka dari situ wujudlah ayam GMO iaitu ayam yang di inject agar cepat besar. GMO bermaksud Genetic modified organisme. Jika dulu ayam membesar 3 bulan tapi sekarang hanya 28 hari sahaja.

Baru ni saya lihat satu gambar yang menunjukkan banyakkan ayam yang mati kerana sakit....tak mustahil kerana zaman sekarang kebanyakkan produk makanan kita termasuk buah adalah GMO produk.

Ya kerap makan ayam juga boleh bawa masalah kesihatan pada kita dan terutama anak-anak yang sedang membesar.

Setiap kali lepas makan ayam atau daging saya pesan anak-anak saya makan vitamin untuk boost immune system seperti Nutriferon, Lecithin, Omega Guard dan Carotomax. Kenapa Carotomax? Oh kerana ia bukan hanya vitamin bagus untuk mata tetapi kerana ia berkuasa 3 kali ganda dari vitamin C.
Jadi hari ini, kerana pemakanan kitaa terdedah kepada punca penyakit maka pengambilan vitamin adalah sangat penting.
So ibu-ibu dan ayah-ayah diluar sana...jangan lupa sediakan vitamin untuk seisi keluarga. Mencegah lebih baik dari merawat. Bila kita sekeluarga sihat insyaAllah anak aktif dan mak ayah dapat bekerja dengan lebih produktif.

Mencari vitamin seisi keluarga? Boleh terus whatsapp saya di www.wasap.my/60128535689 untuk dapatkan konsultasi.

Ahad, 9 April 2017

Belajar tentang Detox - program Shaklee Miri.

Sebelum ni posting saya ada cerita tentang Herb Lax kan? Ia untuk detox khusus bahagian usus. Pernah dengar kerak usus? Ya siapa yang amal Herb Lax pasti akan rasa perbezaan ketara dalam proses membuang.


Namun ada set detox yang lengkap dan lebih efektif untuk dapatkan kesan yang lebih baik.

Jom attend Health and Wellness Talk di Miri.


InsyaALLAH kami juga akan datang dan sertai talk ini. Kami sediakan hadiah menarik untuk anda yang datang.

Jangan lepaskan peluang!








Ahad, 5 Mac 2017

Cuba tahan rasa nak membuang akibatnya membawa padah.

Biasa dengar perut adalah rumah penyakit...ya masa first time dengar saya cuba pahamkan bahawa kalau perut penuh sangat dan kita tak membuang dengan lancar pastinya akan membuat kita tak selesa sepanjang hari.


Namun sebenarnya saya pernah melalui perkara ini....susah membuang dan jarang membuang. Apa yang saya nampak ketara wajah menjadi berminyak berjerawat dengan sangat aktif, sering migraine dan alahan pada makan kadang-kadang menjadi-jadi.

Saya perasan bila saya amalkan banyak buah, simptom tadi menjadi berkurang la sikit. Namun ia berlangsung seolah-olah biasa pada tubuh saya.

Then saya cuba amalkan pengambilan supplement yang berkaitan dengan pembersihan usus. Jika amalkan Herb Lax Shaklee sahaja, adakala kesannya terlalu laju sehingga kehidupan jadi kelam kabut sikit.

So saya cuba amik beberapa supplement yang serentak yang berkaitan dengan dengan buang lemak macam Omega, Lecithin , Alfalfa dan saya amal makan bersama Herb lax serentak. Kesannya sangat bagus.

Shaklee Sihat dan Kaya



Ya kita kena monitor tau dan amik berat tentang proses pembuangan ni...sebab usus kita panjang. Penyakit yang sekarang biasa terjadi adalah kanser kolon yang serang bahagian usus. So jangan pandang remeh.


Saya ada kenalan dia membuang sangat jarang...yang pasti dia mempunyai tahap kesihatan yang sangat teruk. Ini berpunca kerana beliau suka menahan rasa nak membuang. Sebenarnya ia sangat merbahaya. Akhirnya sistem tubuh mulai rosak dan sistem imun makin rendah.





Jadi sebelum tidur cubalah amal vitamin yang saya sebut tadi...rasakan perbezaan ke atas kesihatan kita. Pastinya sangat berbeza dan rasa lebih bertenaga!


Selamat mencuba.


 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 4 Mac 2017

Kesan yang berbeza dengan Set Detox Shaklee

Mungkin ramai yang beranggapan makan julap adalah cara mudah nak membersihkan usus tapi tahukah kita julap memberi kesan yang sedikit 'keras' pada usus dan jika diambil berlebihan kita akan kekurangan air akhirnya menjadikan kita tak bermaya dan tak sihat.


So Shaklee memperkenalkan Set Detox Shaklee yang sangat seimbang dengan keperluan sistem tubuh kita.

Suami saya mengambil set ini dengan lengkap sepanjang program Detox yang Shaklee lancarkan tahun lepas. Ia memberi kesan yang sangat positif terutama jika seseorang itu merancang untuk menurunkan berat badannya.


Jika anda ada masalah pembuangan yang kurang lancar, ada masalah berat badan yang susah nak turun, sakit yang berlarutan ...boleh amal Set Detox Shaklee ini.

Set Detox Shaklee ini terdiri daripada Herb Lax , Dtx Complex, Alfalfa , Peppermint Ginger dan Vivix.

Set kurus shaklee

Set ini lengkap bukan hanya untuk membantu usus lebih sihat tetapi kesihatan hati, perut dan dengan pengambilan Vivix membantu mereka yang melalui proses pembersihan menjadi bertenaga dan lebih sihat.



Nak dapatkan set ini dengan konsultasi lengkap? Boleh hubungi kami di WHATSAPP  untuk maklumat lebih lanjut.



 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 25 Januari 2015

Vivix - Kisah pesakit Diabetis dan TIBI.

Bunyi supplement Shaklee yang ini sangat unik. Vivix. Ia adalah tonik ajaib yang mempunyai banyak khasiat. 


Kalau saya sihat boleh ke minum Vivix? Sudah pasti boleh kerana Vivix adalah vitamin yang terus kepada DNA kita. Memang banyak orang cerita Vivix boleh buat kita muda semula namun saya yakin semua customer saya yang membeli Vivix bukanlah hanya untuk muda semata-mata tetapi untuk lebih sihat!

Saya jadikan Vivix minuman macam minum sirap ... kalau rajin tambah sesudu madu asli. Kalau mood kurang rajin buat air dengan air suam atau sejuk terus minum.


Testimoni Vivix 1 : Kandungan gula turun!

Mak saya sendiri saya pesan minum Vivix 1 botol untuk 4-7 hari kerana mak adalah pesakit kencing manis yang gulanya sukar dikawal. Sebelum ni walau mak amik insulin tapi gula mak turun takat 11 atau 12 sahaja bacaannya.

Namun selepas amalkan Vivix konsisten mak nampak perubahan yang sangat ketara sampai mak sendiri terkejut. Puncanya saya bagi mak saya Meal Shake...kononnya nak bagi mak kenyang kalau tak makan nasi. Namun mak memang tak boleh langsung amik apa-apa produk supplement yang ada protien mungkin kerana buah pinggang mak ada masalah. Mak jadi letih terus jumpa doktor. Doktor bagi tahu urin mak ada banyak protien tapi uniknya gula mak turun sampai 8.5 ! Mak tahu mak kena teruskan amik Vivix!

Mak juga akui pengambilan Vivix buat mak lebih bertenaga maklumlah mak adalah pesakit kencing manis yang mudah buat mak jadi letih. Jadi Vivix memang bagus untuk mak!
Diabetis dan Vivix


Testimoni Vivix 2 : Alhamdulillah bebas TIBI !

Adik ipar saya disahkan mengidap sakit TIBI pada tahun lalu. Bermula dari demam menjadi batuk yang berlarutan sehingga beberapa bulan. Hilang selera makan dan sakit kepala yang sangat teruk akibat jangkitan di bahagian kepala. Memang saat itu saya pesan adik saya berikan suaminya Vivix jadikan minuman harian siang dan malam. Amik masa 3-4 bulan jugalah untuk beliau kuat dan mempunyai selera makan yang betul. Alhamdulillah kini doktor dah sahkan beliau bebas dari TIBI.




Alhamdulillah kami sekeluarga memang amalkan Vivix untuk kesihatan optimum. Prinsip mudah jadikan makanan [ supplement ] sebagai ubat lebih baik dari jadikan ubat sebagai makanan.

Berminat nak dapatkan Vivix Shaklee? Tahu tak ada promo best bulan ni? Jom order hari ini!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 8 Disember 2008

Jerawat, Penyakit dan Detox

Hari ini saya menonton channel 502 yang bercerita tentang pemakanan homeopati. Dulu saya juga pernah mengambilnya sebelum saya mengenali Shaklee. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya ialah tentang apa yang cuba disampaikan iaitu pentingnya detox atau pembuangan toksin dari badan untuk mengelakkan penyakit. Teringat saya dengan satu artikel yang pernah saya baca mengenai kepentingan membuang toksin ini. Antaranya ialah sekiranya seseorang itu sangat bermasalah untuk membuang toksin terutamanya dari usus atau buah pinggang kesannya sangat ketara ke atas kesihatan individu tersebut.

Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax seminggu sekali untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan.

Namun perlu kita tahu bahawa pentingnya pengambilan buah-buahan dalam diet sehari untuk melawaskan proses pembuangan. Kita juga boleh mengambil tablet fiber untuk membantu seandainya tiada diet fiber lain yang diambil dalam menu hari itu.


Dalam rancangan itu juga dinyatakan antara yang menyebabkan seseorang mudah sakit adalah bagi mereka yang menampal gigi berlubang dengan tampalan merkuri boleh menyebabkan individu itu mudah sakit seluruh badan. Pada ketika ini saya teringat kata doktor Firdaus, kanak-kanak yang minum susu formula tidak dapat lari dari dua perkara iaitu melamine dalam susu formula dan air yang diminum kerana di dalam air sendiri terdapat merkuri kecuali bagi mereka yang mempunyai penapisan yang baik untuk menyingkirkan segala kontaminan di dalam air. Saya bersukur sangat kerana sudah memiliki water filter kami sendiri dan alhamdulillah saya angat berpuashati dengannya. Terima kasih abah kerana mengizinkan ibu memiliki sebuah water filter yang comel dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.