Memaparkan catatan dengan label Menstrual. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menstrual. Papar semua catatan

Ahad, 21 Julai 2019

Mencari solusi untuk datang bulan macam tumpah darah

Datang bulan atau nama lain dipanggil 'period' adalah perkara yang perlu dilalui oleh wanita normal setiap bulan.

Ada yang melalui beberapa simptom sebelum kedatangan 'period' ini. Antara simptom yang biasa kita dengar adalah senggugut yang berlarutan, sakit kepala dan demam.

Saya sendiri melalui apa yang dipanggil senggugut....bermula dari masa zaman bujang dulu. Syukur juga tak seteruk kawan bilik saya yang adakala sampai macam nak pengsan akibat sakitnya senggugut.

Setiap wanita melalui proses melalui kedatangan 'period' setiap bulan tak sama. Ada golongan wanita yang tak sedar pun dirinya 'period' pun ada. Tapi ada juga yang melalui kesakitan dan pastinya ia tak dapat nak ditafsir dengan perkataan.

Cuma saya ingat pesan orang tua dulu, orang perempuan kena kurangkan minum air sejuk kalau tak nanti masa datang bulan atau 'period' akan melalui kesakitan kononnya sebab darah beku.

Saya tak pasti sejauh mana kesahihan ini namun saya pernah buat eksperimen pada diri sendiri, sebulan minum air panas dan suam...tetap juga kena senggugut. Kemungkinan disebabkan perubahan hormon. wallahu alam.

Apa yang saya lakukan bila rasa sakit atau senggugut sepanjang menstrual, dulu saya akan amalkan makan Nutriferon. Saya mengharapkan ia cepat memberi kelegaan. Tapi ianya hanya bersifat sementara.
Kemudian saya cuba amalkan makan Alfalfa dengan 10 biji seperti yang disarankan pada botol, sakitnya berkurang tapi belum nampak progress sepenuhnya.

Hinggalah saya jadikan pengambilan Vivix sebagai minuman harian [ saya minum 2-3 kali sehari] alhamdulillah, menstrual saya menjadi normal, tiada kesakitan seperti senggugut dan tiada masalah tumpah darah. Rasa lega sangat. Oh ya, sepanjang menstrual sahaja saya minum Vivix beberapa kali sehari untuk pastikan saya bertenaga sepanjang menstrual berlangsung. Jika hari biasa, 1 sudu teh sehari sebenarnya dah memadai untuk bertenaga dan kekal sihat.


Mungkin sebab ini juga ramai yang menjalani pembedahan memilih Vivix untuk cepat recover. Wallahu alam.

Pengalaman sendiri menyebabkan kita lebih yakin dengan apa yang kita amalkan.


Shaklee Kuala Terengganu Ready Stock





🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 19 Oktober 2017

Tips mengurangkan rasa sakit senggugut?

Ada segelintir wanita mempunyai masalah senggugut yang sangat teruk terutama bila datang bulan     [menstrual] dan ia berlarutan dari bulan ke bulan.

Adakala masalah ini menyebabkan segelintir golongan ini menjadi tertekan bila masanya sampai.


Apa sebenarnya sakit menggugut... ia adalah sakit yang dilalui sepanjang proses menstrual berlangsung.
Ini juga dikenali sebegai 'period' oleh golongan wanita. Semasa menstrual, kontraksi akan berlaku sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

Kontraksi ini dikatakan menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindakbalas, rahim akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.





Saya sendiri melaluinya dahulu...dan ia adalah fasa yang kritikal terutama jika kita sedang bekerja atau menjalankan tugas yang digalas waktu itu.

Namun ada beberapa tips yang saya amalkan setelah mendapat info dari beberapa bahan bacaan....

Antaranya ialah

1. Amalkan minum air suam lebih banyak 7 hari sebelum kedatangan menstrual dan sepanjang menstrual. Ini memang dapat mengurangkan rasa sakit senggugut itu.

2. Elakkan atau kurangkan minum air yang terlalu sejuk kerana ia mengganggu perjalanan proses menstrual itu sendiri.

3. Amalkan minum susu sepanjang 7 hari sebelum kedatangan menstrual dan sepanjang proses mentrual bulan itu. Ini membantu pengaliran darah lebih baik. Jika alah dengan bahan tenusu, sangat bagus amalkan pengambilan supplement kalsium.*

4. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 dan seimbangkan dengan pengambilan Omega 6. Ini sangat membantu mengurangkan sakit senggugut sepanjang pengalaman saya amalkan pengambilan supplement ini.*

5. Tuam kawasan perut sepanjang rasa sakit akibat senggugut. Ini dapat membantu mengurangkan dan melegakan sakit semasa senggugut berlangsung.

6. Selain pengambilan pil penahan sakit adalah lebih baik kita cuba amalkan pengambilan supplement seperti B Complex. Selain mengurangkan rasa sakit ia juga membantu kita lebih ceria dan kurang rasa moody.*


Selamat mencuba!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.


 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 1 Ogos 2016

Ostematrix - testimoni sendiri.

Ostematrix adalah kalsium magnesium produk Shaklee yang memang antara hot selling item.

Masih ingat dulu masa memula saya diperkenalkan oleh staff Shaklee tentang Ostematrix.

'Cubalah N, best tau kalau makan sebelum tidur...insyaALLAH senang sangat nak bangun !"

Hmm masa tu saya beli untuk mengesahkan kebenaran kata staff tersebut.

Ditambah masa tu saya berada di Kuala Lumpur di kala suami saya masih bekerja dengan syarikat minyak gergasi Malaysia. Rutin harian saya waktu tu pula perlu bangun awal sebab nak sediakan bekal untuk suami saya makan tengahari.

So bila dah rasa sendiri kesan Ostematrix memang buat saya lebih yakin!

Apa lagi kesan Ostematrix yang saya lalui?

1. Migrain memang dah lama tak kena.

2. Senggugut sampai nak tergolek [ zaman sekolah] pun hilang.

3. Sakit gigi pun dah kurang.

4. Badan tak lenguh walaupun kurang tidur.

5. Susubadan juga meriah untuk Nasa.

Ya lepas tu saya mula share pasal Ostematrix dengan kawan-kawan, ahli keluarga dan customer. Mereka turut menyukai Ostematrix.

Paling best, TIADA lagi sembelit!!!!


Nanti jika ada kesempatan saya akan cerita lebih lanjut bagaimana Ostematrix membantu kesihatan yang lebih optimum!


Jom baca LEBIH INFO OSTEMATRIX DI SINI.


So bermula Ogos 1 sehingga 31 , ada promosi menarik !

Jika ahli, harga pasti lebih murah :)
Berminat nak jadi ahli whatsapp 0128535689 dan kami akan call anda.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Kuala Terengganu.

  Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 2 Ogos 2014

Yes , dua bulan dapat makan free !

Apa benefit yang saya dapat kalau saya beli ni? Kalau orang buat bisnes berbaloi la...itulah pendapat yang disuarakan oleh mereka yang hanya pengguna tegar Shaklee ataupun pengedar Shaklee yang baru sebulan dua menyertai Shaklee. Tapi sebenarnya promo ini sesuai untuk semua orang ! 



Bulan ni sangat best kerana untuk pengedar Shaklee yang sah, kita layak membeli promo khas ini dari Shaklee tau!

Beli 6 PERCUMA 1 botol 
GLA Complex Shaklee.


Apa yang best ?

Sebotol GLA adalah untuk 2 bulan consume. So bila kita beli set promo ni, dah pasti 2 bulan kita dapat makan secara percuma! Dah jimat RM91.25 !!!

Siapa sebenarnya yang sesuai makan GLA Complex Shaklee* ?

1. Mereka yang mempunyai masalah pms yang tidak teratur.
2. Mereka yang ada masalah kesuburan.
3. Mereka yang mempunyai masalah diabetis
4. Mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi.
5. Mereka yang mudah demam.
6. Mereka yang ada masalah kulit berjerawat.
7. Mereka yang ada masalah jeragat.
8. Mereka yang akan melalui menopause
9. Mereka yang nak sihat !

Antara testimoni saya sendiri makan GLA : Bintik Kolestrol dah Hilang!!!

Nak dapatkan stok promo ini sampai depan rumah anda atau pejabat anda ?
Hanya ♛ Call/Whatsapp/SMS : 012-853-5689 ♛



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak. 
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana        pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 24 September 2011

Tiada lagi sembelit, tiada lagi kejang dan hidup lebih sihat dengan Oste!

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, berikan diri anda peluang menikmati kesihatan yang lebih baik dengan Ostematrix Shaklee. Ia sangat membantu kita rasa lawas dan selesa. Selama 3 tahun ostematrix telah diperkenalkan, ia adalah antara vitamin yang paling saya dan seluruh keluarga suka.

Ostematrix buat saya bertenaga dan mudah bangun dari tidur. Suami saya akan pastikan ostematrix antara vitamin yang perlu bawa apabila beliau bekerja dan travel atas urusan meeting. Masakan tidak, walaupun tidur jam 12 malam, kita mudah bangun pada waktu yang kita tetapkan untuk bangun. Bagi suami isteri yang bekerja, sangat digalakkan amalkan pengambilan Ostematrix setiap hari.



Saya mula jatuh cinta dengan Ostematrix Shaklee 3 tahun dahulu. Masa tu saya mengadu dengan kawan bahawa saya kesian dengan suami saya yang banyak travel oversea yang menyebabkan suami saya keletihan [ jet lag]. Maka kawan saya suggest saya berikan suami saya Ostematrix Shaklee kerana katanya ia bantu untuk kurangkan masalah keletihan akibat travel. Siapa sangka, sejak dari itu kami sekeluarga sentiasa pastikan ada 2-3 botol Ostematrix di rumah agar ia dapat dikongsi bersama seluruh ahli keluarga.

Ia adalah formula baru Shaklee yang mana dulu vitamin ini hanya dikenali sebagai Kalsium Magnesium. Tetapi kini, dengan formula baru ditambah dengan kelebihan "mudah telan" ia memberi kesan kepada taraf kesihatan si pengamal.


Cikgu kat sekolah dulu selalu tekankan, jangan lupa minum susu agar gigi dan tulang kita kuat. Tapi hakikatnya kalsium bukan hanya untuk itu.

Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu banyakkan susu buat ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.


Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam pek 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.

Dalam ESP Shaklee juga mengandungi kalsium. Sebab itu set B+ ESP hasilnya juga sama dengan Set B + Ostematrix.

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda rasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Jom dapatkannya hari ini!




Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 16 Februari 2011

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.


 Apa jua yang kita lakukan untuk menjayakan sesuatu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Mengambil iktibar dari sirah Rasullah s.a.w bagaimana dan betapa sabarnya Rasullah s.a.w menyebarkan agama Islam selama hayatnya.

Ibu memang suka part yang berkaitan dengan penyusuan susuibu kerana satu kepuasan bagi ibu menjayakan sepenuhnya susuibu buat Addin dan Nasa selama melebihi 2 tahun setiap sorang. Syukur alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang menyedari kebaikan susuibu. Bagi yang belum terbuka hati untuk melahirkan anak seterusnya menyusukan anak dengan susuibu, hanya DOA yang ibu mampu kirimkan setiap hari semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada golongan ini seperti mana yang telah ALLAH berikan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada si manja yang disusukan dengan susuibu.

Memang tidak dinafikan setiap orang punyai cabaran menyusu yang berlainan dan percayalah ALLAH berikan mengikut kemampuan kita sebenarnya. Antara cabaran dalam menjayakan penyusuan adalah sokongan dari suami. Terdapat segelintir golongan suami yang memang tidak menyokong si isteri memberikan susuibu pada anaknya atas banyak alasan. Namun bak kata orang tua, sebelum menuding jari kesalahan orang lain, mari kita sama-sama muhasabah diri dimana kesilapan kita.

Bersandarkan entry ibu sebelum ini maka ingin ibu kongsikan beberapa TIPS untuk melahirkan seorang suami yang menyokong si isteri menjayakan penyusuan susuibu buat anaknya.

1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.

2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.
Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.

3. Berikan layanan terbaik buat suami.
Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.


4. Jaga penampilan diri
Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.
Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.
Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.


6. Masakkan makanan kegemarannya.
Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap  apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.
 

 7. Banyakkan berdoa.
Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.



Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya  lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.
Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Wassalam.









Salam sayang dari ibu