Memaparkan catatan dengan label Kerja dari rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja dari rumah. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mac 2023

Pengedar Shaklee Muar ready stock

Dulu masa adik saya menetap di Muar, alhamdulillah beliau berjaya mencapai rank Coordinator. Syukur sangat sebab Allah izinkan adik ada kewangan dan dapat lah menyumbang pada ekonomi keluarga. Kini adik saya menetap bersama saya di Kuala Terengganu, kawasan lebih spesifik lagi adalah Bukit Payong.

Kini Pengedar Shaklee Muar diambil alih oleh adik bongsu saya iaitu Muhammad Ariffin dan Huzaini Mira Hidayu.


Pengedar Shaklee Muar



Alhamdulillah setakat ni jika ada customer yang ingin mencari produk Shaklee di area Muar, boleh dapatkan stok dari mereka.

Antara vitamin yang mendapat sambutan adalah ESP Shaklee, Cinch Choc , Ostenutrix, vitamin kanak-kanak dan beberapa lagi terutama yang melibatkan penyusuan.

Jika anda berminat nak menjadi pengedar Shaklee yang ada pengetahuan, saya mengalu-alukan anda menyertai kami dan saya akan bimbing anda untuk mengetahui lebih dalam tentang produk dan bisnes ini.

Bagi yang berminat nak menjadi ahli dan mendapatkan keistimewaan menjadi ahli, boleh la menghubungi 
Pengedar Shaklee Muar untuk lebih lanjut.


Pengedar Shaklee Muar
Produk Shaklee yang mendapat permintaan banyak di Muar







Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Khamis, 23 Mac 2023

Master Shaklee Subang Jaya - bermula cinta dari Labuan

Beliau adalah anak antara anak didik saya yang bersungguh mahu belajar dan mahukan kemajuan dalam hidup. 

Kalau saya melihat beliau, saling tak tumpah semangat saya masa awal-awal buat Shaklee dulu.

Saya mengenali beliau yang berasal dari Labuan.

Kini beliau telah menetap di Subang Jaya Selangor. Menjadi Master Coordinator semenjak dari Labuan lagi.

Jika kalian berminat nak menjadi sebahagian dari kami, boleh join bersama beliau Master Siti Aisah Ibrahim. 

Jemput baca blog beliau : Master Siti Aisah

Beliau seorang yang rajin dan bersungguh dalam membantu ramai orang yang nak kan kesihatan yang baik dan mereka yang mahukan kehidupan yang lebih baik.



Beliau juga telah melahirkan Master Coordinator di bawah organisasi beliau.



Jika anda berminat nak sertai organisasi Master Siti Aisah boleh hubungi di talian : +60 17-647 7837






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 9 Februari 2022

Kita dibentuk oleh mak ayah kita tanpa kita sedar?

Cara kita dibesarkan membentuk siapa kita hari ini...
Saya melihat bagaimana mak dulu menguruskan keluarga...sebagai surirumah, mak menggunakan duit yang abah bagi untuk belanja sangat berhemah. Zaman dulu, mak beli ikan dengan tokey yang datang rumah ke rumah dengan van. Saya belajar selok belok mak berurusan sebagai pembeli.
Saya juga belajar sesuatu bila...mak akan kata, hari ni mak masak lauk sekian sekian. Tapi atas dapur ada lauk lain. Lauk lain ni biasa mak masak untuk abah. Saya suka tanya, mak kenapa lauk abah lain [ biasanya lebih special dari lauk kami makan adik beradik]... mak akan jawab, abah penat cari duit jadi bagi la dia makan sedap sikit. Ada lebih kita boleh makan lauk tu nanti ya.
Itu la mak. Mak memang dahulukan abah dalam banyak urusan hidupnya.
Masa saya meningkat remaja, abah suka pesan benda yang saya rasa pelik tapi sebagai anak terima aje la... Antara pesan abah dulu...
Nanti kalau Nor dah kerja abah nak Nor bagi abah RM500 sebulan. Masa tu umur saya 14 tahun...dok mikir, kerja apa agaknya masa tu aku boleh bagi abah RM500 sebulan yer?
Mungkin abah dah nampak masa depan anak dia 🤔
Masa umur 14 tahun juga abah dah suruh doa tentang jodoh. Abah kata doa ni kena sabar..kalau nak benda berlaku lagi 10 tahun doalah dari sekarang. Sebab bila minta kena minta dengan sabar. Ni mungkin nampak kebenaran... abah suruh doa kawin dengan engineer...makbul. Dan sejak 2003 saya dok sebut-sebut nak umrah free dengan Shaklee selalu ...lepas 10 tahun baru nampak 😱
Abah turut pesan, kalau nanti dah kawin , dan ada gaji sendiri...nak bagi mak abah kena minta izin suami. Walaupun tu duit gaji sendiri, tapi sebab kita kerja atas redho suami...jadi nak bagi mak abah pun kena ada redho suami td. Hingga kini, nak keluar duit bagi adik beradik pun saya akan minta izin suami.
Antara pesan lain yang isteri kena pegang... kalau gaji kita besar dari suami , tetap kena letakkan suami tu yang utama. Jangan lupa diri. Ramai isteri cari duit sampingan nak bantu suami...tapi sampai satu ketika, ramai yang tergelincir dari landasan.
Niat memula nak bantu suami...tapi bila sampai satu ketika ada isteri yang sangka kerana dialah rumahtangga dia hidup senang...padahal semua datang atas redho suami dan dengan rahmat Allah. Mulalah hilang rahmat dan berkat dalam rumahtangga.
Sebab tu kita kena ingat balik asas kehidupan. Kita hidup nak bahagia dan nak rahmat. Kaya tu satu bonus. Kaya kalau nak tunjuk kat orang, akhirnya penat sendiri. Diri tak ke mana pun. Ego yang tinggi biasa memakan diri.
Kita boleh usaha tapi pastikan redho suami mengiringi ...bukannya merasakan kita la
hebat
, kitalah yang buat banyak duit sampai hilang hormat pada suami. Nauzubillah.
Hidup hanya sementara, jom usaha wujudkan keluarga sakinah, mawaddah warrahmah.




Sabtu, 8 Disember 2018

Rupanya dah diberitahu macam mana cara simpan yang selama ini orang tak perasan.



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
B complex Shaklee
Saya pernah share tentang B complex untuk kurus...boleh baca sini.
Ramai orang tak suka B Complex sebab kononnya boleh naikkan berat badan ditambah jika ia berbau kuat.
Tapi ramai yang tak sedar, sebenarnya B complex perlu di
simpan ditempat yang sejuk di bawah suhu 30 darjah selsius. Ini untuk mengelakkan ia berbau.
Tapi adakah benar B complex boleh naikkan berat badan? Hakikatnya salah satu fungsi kecil B complex adalah membuka selera makan tapi balik pada diri kita bagaimana mengawal selera makan tadi.
Pada saya B Complex banyak bantu saya kekalkan berat badan saya hari ini😊kerana ia membantu membakar lemak menjadi tenaga ðŸ˜˜
Walaupun ramai yang takut amik B complex sebab takut gemuk....
Namun pengambilan B complex tak boleh diabaikan ditambah dengan zaman yang banyak cabaran hari ini.
Cabaran terutama tekanan harian.... Tekanan boleh datang dari tugasan kerja yang banyak, masalah duit terutama hujung tahun yang mana perbelanjaan keperluan anak sekolah, mana yang tidur tak menentu kerana buat kerja part time selepas kerja dan banyakkk lagi.
Bila emosi kita dalam tekanan sebenarnya badan juga merasakannya sebab tu ramai orang ada masalah ( stress) mereka akan jadi kuat makan dan ia tak terkawal. 
Selain itu tekanan ( stress) secara perlahan-lahan melumpuhkan sistem antibodi badan tanpa kita sedar. Mulalah dengan simptom sakit kepala, sakit tengkuk dan badan mula lenguh-lenguh. Jika dibiarkan berlarutan maka akan datanglah penyakit kronik selepas itu.
Maka oleh itu sebenarnya pengambilan vitamin B Complex tak sesuai dipandang remeh. Selain membantu membina sel darah merah, ia membantu badan lebih bertenaga dan emosi yang lebih stabil.
Cuma yang penting,
1. Sila simpan B complex ditempat yang sejuk.
2. Jika mudah lapar lepas ambil B complex pastikan minum air masak dan bukan dengan terus mencari makanan supaya dapat mengawal selera makan dari membuak-buak.
Info produk untuk hari ini.
Pengedar Shaklee sejak 1999.
012.853.5689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 1 Disember 2018

Bukan sekadar balm biasa.

Kalau orang cerita tentang minyak yang dipakai pada bayi...saya memang hanya guna Minyak burung Unta. Dari Addin dan Nasa masa kecik sampai sekarang saya masih beli dan gunakan untuk seisi keluarga.

Ada dalam artikel saya pada tahun 2010 lagi.... [ boleh baca sini ] dan saya memang sangat berpuashati dengan produk ini.

Namun kini ada satu lagi produk yang saya jadikan wajib dalam rumah malah saya juga beli yang kecil untuk dibawa travel dalam handbag.

Ceritanya bermula masa Ramadhan tahun ini [2018] semasa kami menunaikan umrah akhir ramadhan. Salah seorang jemaah yang turut serta dengan rombongan umrah kami ialah Ustaz Zubir iaitu ustaz yang mengajar Nasa mengaji dan ilmu tajwid.

Semasa umrah bulan Ramadhan inilah ustaz Zubir menghadiahkan kami Balm Bidara. Sebelum ni saya tahu tentang produk daun bidara ni melalui program Ruqyah yang ayah mertua saya attend. Saya tahu banyak juga produk daun bidara dipasaran cuma adakala bila dah banyak sangat saya tak amik kisah sangatlah kerana saya mengandaikan semuanya sama sahaja.


Masih saya ingat malam tu adalah malam beberapa hari akhir Ramadhan...sebelum tidur, saya tergerak la nak sapu Balm Bidara yang ustaz hadiahkan dan saya baca doa-doa yang saya baca sebelum tidur antaranya ayat-ayat dalam surah Al Baqarah.

Kemudian saya terus lena kerana nak bangun awal untuk bersahur...malam tu saya bermimpi yang menakutkan...saya nampak ada binatang yang mengancam saya...terus saya nak pukul dengan tangan....kerana nak menghayun dengan kuat..terus saya tersentak dan terbangun dari tidur. Bila saya sedar, habis semua barangan disebelah meja katil saya jatuh kerana hayunan tangan saya yang kuat kerana dek mimpi tadi. Terus saya istighfar panjang....

Kemudian saya sambung tidur semula...tak lama selepas itu saya bermimpi saya muntahkan makanan...bersungguh-sungguh saya muntah dalam mimpi tu sampailah saya tersedar kali kedua dan tahu tak , apa yang saya nampak bila saya dah bangun? Selimut hotel saya basah dengan air liur yang saya muntahkan dalam mimpi tadi. Basahnya macam air sebaldi tumpah atas comforter saya. Astaghfirullahal azim.....mengucap panjang saya.


Esok paginya saya berbual dengan isteri ustaz Zubir mengenai Balm Bidara yang mereka hadiahkan. Saya bertanya...Balm apa  yang mereka beri? Isteri ustaz beria nak tahu mengapa saya bertanya....jadi saya ceritakan pengalaman dan kisah benar yang saya lalui semalam.

Kemudian isteri ustaz Zubir terus maklumkan pada saya...mungkin saya ada termakan benda asing dan alhamdulillah ia dah keluar....dan kemudian barulah isteri ustaz Zubir maklumkan ianya bukan Balm Bidara yang biasa tetapi telah di ruqyah.

Alhamdulillah serasi pulak Balm Bidara tu untuk kami sekeluarga. Terus saya order untuk semua adik-adik saya, adik ipar ,mak mertua dan kawan rapat saya terutama yang ada baby ....malah kepada bidan saya di Miri juga sempat membawa sepanjang menunaikan haji baru ni. Alhamdulillah.


Walaupun dulu saya memang skeptikel sikit dengan produk local yang kononnya dipromot dengan ayat ruqyah tapi selepas dah melaluinya...saya bersyukur saya mengenali Balm Bidara ini. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan Balm ini untuk kami  sekeluarga melalui ustaz Zubir.


Image result for balm bidara life


Ops saya tak jual ya, tapi jika ada yang berminat boleh terus order di website Balm Bidara ini sendiri di sini.

Terutama ibu-ibu yang ada anak kecil, anak yang sering meragam...atau diri sendiri selalu sakit sendi atau pening kepala...boleh aje gunakan Balm ini.


Selamat mencuba.





♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
0128535689

Rabu, 7 November 2018

Amalan mudah menjemput rezeki.

Amalan mudah menjemput rezeki
========================
Ingatan saya teringat pada seorang hamba Allah ini yang saya kenal di alam siber...melalui forum susuibu.com kalau saya tak silap.

Ukhwah menjadi lebih rapat apabila hamba Allah ini sanggup datang ke rumah kami di Melawati semata-mata nak berikan hadiah sebuah buku.

Masa tu kami dalam proses nak pindah dari KL ke Miri semula, kalau tak silap tahun 2009.

Hamba Allah ini memilih saya untuk dihadiahkan sebuah buku yang di dalamnya terdapat banyak rahsia alam.
Ianya bukan calang-calang buku tetapi ia adalah buku Asmaul Husna.

Hamba Allah ni siap berpesan pada saya, "Nanti akak amalkanlah Asmaul Husna yang saya dah lipatkan mukasuratnya untuk akak ya." Sapaannya yang lembut dengan wajahnya yang sangat tenang membuatkan saya rindu dengan hamba Allah ini.

Beliau turut berkongsi cerita benar yang emaknya alami selepas mengamalkan zikir Asmaul Husna tersebut. Memang nampak keajaiban bila beramal dengan keyakinan pada Allah yang satu.

Alhamdulillah berkat amal dengan istiqamah, rezeki datang dalam pelbagai bentuk masyaALLAH. Adakala rezeki yang datang itu tak terjangkau oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Tahukah kalian zikir Asmaul Husna yang mana yang dikongsikan dalam muka surat yang berlipat itu?

YA WAHHAB yang bermaksud MAHA PEMBERI.

Antara yang tertulis dalam buku tersebut ;

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, InsyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.
Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, InsyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.




Namun diingatkan bersama, amalan perlu datang bersama usaha. Bukan hanya berpeluk tubuh mengharapkan rezeki jatuh dari langit tanpa perlu usaha.

Ramai kita hari ini telah menjadikan manusia tempat bersandar untuk dapatkan rezeki hebat.

Pergi ke kursus sana sini dengan harapan dapat tips untuk naikkan sales.... duit beribu habis tanpa sedar. Tapi bisnes takuk yang sama bertahun-tahun.
Hakikatnya rezeki ini dari Allah , bukan dari mana-mana sifu atau pakar marketing, tidak juga dari facebook atau IG.

Lebih baik lagi duit yang diperuntukkan beribu-ribu itu untuk kursus nak kaya itu dibuat sedekah pada ahli keluarga yang memerlukan [ yang berusaha membanting tulang tetapi masih memerlukan bantuan] atau mana-mana golongan asnaf. Ini lebih berhasil untuk memperolehi rezeki yang lebih hebat.

Masih saya ingat keratan akhbar yang arwah abah simpan masa saya kecil dan dilekatkan di meja kerja abah di rumah...

“Barang siapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Qs. Al Baqarah: 245)

Ya dengan menginfakkan harta pada jalan Allah sesungguhnya menjemput lebih banyak rezeki.Wallahu alam.





 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa