Selasa, 7 Mei 2019

Bersahur atau berbuka dengan mak ayah dalam Ramadhan.

Alhamdulillah tahun ini dapat juga bersahur dengan mak dan ayah di Putrajaya ...walaupun nyaris juga terlewat bangun namun rezeki Allah kejutkan juga. Walaupun pada asalnya tak de plan nak bersahur di sana, tapi aturan Allah flight balik Terengganu sepatutnya Ahad tapi kami tukar pada Isnin petang. Maka rezeki bersahur dengan mak ayah di awal Ramadhan.

Ya adakala benda ni nampak remeh tapi percaya tak, setiap perkara atau sekecil-kecil usaha kita gembirakan mak ayah tu ada rahmat besar yang kadangkala tak dapat dilihat oleh mata kasar. Paling best kerana kita dapat rahmat dalam doa mereka.

Waktu ni teringat sahur di rumah arwah mak di Muar....kenangan tak boleh dilupakan. Rindu yang tiada ubat.

Bagi yang masih ada mak ayah, usahakanlah untuk dapat bersahur atau berbuka bersama mereka... kerana ia dapat menghiburkan hati mereka tanpa kita sedar.

Hakikatnya banyak benda yang kita usahakan untuk keluarga mengundang rahmah tanpa kita sedar. Rezeki pun mudah datang.

Paling seronok sebenarnya, kita beroleh ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan Allah di dunia dan akhirat.





Kenangan tahun lepas masa beraya dengan mak ayah di Mekah. Masa ni kami baru lepas selesai umrah...terus ke hotel Hilton Suites di Mekah jumpa mak ayah.


Beraya di Mekah.


🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: