Memaparkan catatan dengan label Shaklee Bukit Payong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Bukit Payong. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mac 2023

Kemuliaan Ramadhan begitu menyeluruh | Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Alhamdulillah Allah mengizinkan kita bertemu dengan Ramadhan kali ni...moga kita akan dikurniakan rahmat yang banyak dalam Ramadhan ini.

Ramadhan dikenali sebagai bulan yang mulia kerana di dalamnya terdapat hari yang istimewa iaitu malam Lailatul qadar. Iaitu malam yang lebih baik dari seribu malam. Malam yang mana Allah turunkan Al Quran di dalamnya.

Sungguh selama saya bernafas di bumi Allah hingga saat ini, manusia berlumba-lumba mengejar rahmat Ramadhan. Bagi sesetengah orang, bulan ini dijadikan satu panduan untuk mencari Rahmat Allah dengan banyakkan mengaji , bangun malam, berzikir dan sebagainya.

Namun , ada segelintir yang lupa tentang hukum Allah dan ramai tidak menyedarinya. Dalam kita menjaga hubungan makhluk dengan tuhannya, segelintir manusia ini lupa kepetingan makhluk dengan makhluk. 

Kita menyangka hubungan makhluk itu sama sekali tidak penting. Tiada perkaitan dengan sistem kehidupan manusia. Disinilah kesilapan tanpa sedar yang kita lakukan.

Ya adakala kita mungkin kecewa dengan sikap manusia. Namun hati kita ni empunya Tuhan. Dalam tanpa sedar Dia mendidik jiwa kita menjadi orang yang sabar dengan karenah manusia lain. Namun kita kena terus berbuat baik tanpa mengabaikan terus.

Mencari redha Allah bukan sekadar melakukan kebaikan kepadaNya tetapi bagaimana kita melayan karenah hamba-hambaNya. Bila berkata, kita berkata benar. Bila berjanji ,kita tunaikan. Bila berkedaan kita mampu, jangan biarkan orang menunggu. 

Untuk menjadi hamba Allah yang disayangiNya bukanlah dengan sekadar berbuat baik dengan Dia. Tetapi dengan hambaNya juga. 

Adakala hati manusia ini rapuh. Maka berpautlah kita pada tali yang Allah sediakan iaitu Al Quran dan sunah.

Arwah mak selalu ingatkan, hidup ni ada dua cerita sahaja :

Hablul minnallah 
Hablul minnannas

Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan manusia

Tidak perlu rasa kita baik hingga kita memandang rendah orang lain kerana di saat itu tanpa kita sedar dunia kita menjadi sempit. 

Hebat mana manusia itu, tanpa izin Allah dia tidak akan mendapat apa-apa manfaat dunia mahupun akhirat.. 

Terima kasih sahabat kerana kalian membuka kan aku pintu rahmat Allah yang luas. Mengenali kalian pastinya bukan sesuatu yang sia-sia. 

Aku juga makhluknya yang banyak dosa. Namun aku masih dalam perjalanan mencari nur ke syurga.




Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Ramadhan yang mulia







Jom kita banyakkan istighfar, usaha perbaiki mana yang mampu dan kita doa lah Allah pilih kita menjadi orang-orangNya. Wallahu alam.






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Jumaat, 3 Februari 2023

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu | Ready Stock

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Ready Stock


Alhamdulillah tahun 2023 telah menjadikan kami 7 tahun kami menetap di Kuala Terengganu. Sebuah negeri yang cantik dan berdekatan dengan pantai. Dikenali sebagai negeri pantai timur dan kami mula menerima hakikat negeri yang mempunyai monsun setiap hujung hingga awal tahun iaitu antara Disemberi hingga penghujung Februari. Jika dahulu kami menetap di Miri sebagai Pengedar Shaklee Miri kini, pencarian telah berubah kepada Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Ready Stock. 

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu | Ready Stock
Antara produk yang mendapat permintaan



Hijrah kami kerana keperluan anak yang mahu belajar bersama kawan di Madrasah terkenal di sini iaitu Madrasatul Quran Kubang Bujuk yang berada sekitar kawasan Serada. Alhamdulillah kerana perniagaan ini tidak terikat dengan terma seperti stokis menjadikan kami mempunyai pilihan untuk menjadi Pengedar Shaklee Kuala Terengganu yang mempunyai Ready Stock.

Antara produk yang sering mendapat pesanan adalah Vivix Shaklee, ResV dan Herbal Blend Shaklee. Ketiga-tiga ini menjadi tumpuan pelanggan untuk mendapatkan dengan kadar segera. Ia juga antara produk yang menjadi amalan kami sekeluarga. Ada terdapat beberapa produk lain yang bagus untuk anda cuba dan jadikan sebagai makanan tambahan harian.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu | Ready Stock
Training kami adakan untuk ahli dalam organisasi kami.


Saya , Pengedar Shaklee Kuala Terengganu akan membantu anda untuk cadangan Produk Shaklee yang sesuai dengan anda dengan mengambil kira faktor alahan dan faktor kesihatan anda.Oleh yang demikian saya amat menggalakan anda menghubungi saya terlebih dahulu untuk rundingan dan konsultasi supaya anda tidak salah memilih produk Shaklee yang anda benar-benar perlukan.

Bagi anda yang bijak , anda boleh Mendaftar Ahli Shaklee bersama saya dan Kelebihan Ahli Shaklee seperti :

πŸ“Œ Harga Ahli Shaklee

πŸ“Œ Boleh buat belian Shaklee Online Shop 24/7 dan cawangan Shaklee seluruh Malaysia

πŸ“ŒPromosi Ahli dari masa ke semasa

πŸ“ŒRundingan dan check kesihatan percuma di cawangan Shaklee

πŸ“Œ Panduan pemakanan dan cadangan produk Shaklee 

πŸ“ŒKami mendapat bimbingan pakar Doktor dan Pakar Nutrisi yang bertauliah.

πŸ“Œ Banyak lagi Manfaat lain.


Bagi orang Terengganu atau yang berada di sekitar bagi yang berminat menjadi ahli Shaklee juga di alu-alukan. Hubungi saya segera untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu | Ready Stock
Bersama Dr Redza Rahman




Jika berminat mendaftar keahlian boleh klik sini >>>> DAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE<<<<










Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 12 April 2022

BMI tu penting ke?

Biasa orang yang nak turunkan berat badan, dia perlu amik tahu pasal BMI. BMI tu apa sebenarnya? Ia adalah Body Mass Index.

Ia adalah satu cara untuk ukur berat badan kita bersama dengan ketinggian kita.

Senang cerita ia adalah penunjuk atau penanda aras berapa banyak lemak dalam badan kita dan BMI juga ada kaitan dengan lemak dalam badan kita.

Dalam kata lain, lagi tinggi BMI kita maka lagi tinggi la lemak dalam badan kita.

Terdapat empat kumpulan BMI yang boleh memberikan gambaran sebenar mengenai jumlah lemak badan kita.

Empat kumpulan tersebut ialah
kurang berat badan (underweight),
sihat (healthy),
berat badan berlebihan (overweight) dan
obes (obese).

Macam mana nak tahu kita ni kumpulan mana?

Kena tengok jadual standard yang disediakan.

Kurang berat badan: Bawah daripada nilai 18.5
Sihat: Nilai antara 18.5 hingga 24.9
Berat badan berlebihan: Nilai antara 25 hingga 29.9
Obes: Nilai 30 dan ke atas

Kategori BMI ini memberikan gambaran kepada kita tentang risiko kesihatan yang berpotensi berlaku berdasarkan berat badan tersebut.

Dulu saya tak amik port pun sebab saya ingat saya kurus [ perasaan aje] tapi lepas dah biasa buat check up di BP Lab baru saya tahu saya perlu turunkan berat lebih kurang 10 kg kalau nak kekal sihat.

Barulah terbuka minda ni, apa benda BMI tu. Pentingnya BMI.

Memang ada formula nak tahu BMI kita, nak mudah google aje BMI Calculator.




Bila dah berumur 40 an ni, kena cakna kesihatan. Saya dah lihat kesan diabetics , kesan dialisis...atas kesihatan. Kalau boleh usaha nak sihat.

Kata bidan saya makcik Masnah, biasanya bila dah berumur kita akan kurang makan. Tidur pun tak senyenyak masa muda. Kalau badan ringan, senang nak bangun beribadat katanya.

Tahun ni serius Cinch Shake sangat mainkan peranan penting.
Seketul kurma medjool dan segelas Cinch Choc dah memadai. Cuma adakala nak rasa lauk yang dimasak, saya akan amik sejemput nasi. Sekadar jamah.

Sahur yang ringkas buat kita rasa senang nak urus..saya masak satu lauk aje untuk anak-anak. Masa mereka masih panjang, perlu untuk pembesaran.

Jika kalian ada ahli keluarga yang ada masalah diabetics atau kolestrol tinggi, try la sahur dengan Cinch Shake Shaklee. Tak perlu makan nasi pun. Kenyang insyaAllah. Malah walau dah tengahari , takde masalah perut berkeroncong.
Tiada lagi masalah sembelit. ESP juga membantu mendapatkan kulit yang cantik dan bersih. Worth to give a try.





Nak cuba tak Cinch Choc dan ESP? Boleh aje pm saya.

Tak sempat nak masak untuk Sahur? Cinch Shake kan ada!
https://www.shaklee.com.my/content/promo-80UV
https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P630
https://www.shaklee.com.my/content/nutrisi-ramadhan-2022


#PuasaPenuhBererti
#PastinyaShaklee
#BerpuasaDenganShaklee
#Semudah123
#ShakleeRamadhan
#RamadhanSihat


Nak register ahli untuk dapat harga dan tawaran istimewa? 

Klik Link ni



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 29 Januari 2022

Jom kenali Shaklee Life Shake Matcha

Allahu akhbar, hari ni sahaja dah 3 kali bancuh...minum breakfast, sebelum lunch dan selepas makan salad untuk dinner.

Aroma dia....pergh sedap sangat. Menenangkan!

Dulu saya bukan lah peminat matcha atau teh hijau ni....tapi dengan Life Shake Matcha memang saya jatuh cinta betul-betul.

Tekstur dia halus sangat tau! Senang bancuh, dia tak berketul!

Cara bancuhan saya buat 300ml air sejuk tambah dengan 2 scoop Life Shake Matcha!

Apa kelebihan Life Shake Matcha ni?


Sila klik gambar untuk besarkan imej


Sila klik gambar untuk besarkan imej


Sila klik gambar untuk besarkan imej






Sila klik gambar untuk besarkan imej



Antara kelebihan lain Teh Hijau  Matcha adalah :


  • Pembuangan toksin dan produk metabolik. Minuman adalah antioksidan yang kuat dan dengan penggunaan biasa ia membolehkan anda membersihkan badan bahan-bahan berbahaya. Atas sebab ini, ia dapat membawa kelegaan yang penting dari keracunan, serta melegakan mabuk.
  • Peningkatan daya tahan tubuh. Selain antioksidan, minuman ini mempunyai kesan antibakteria, dan kandungan vitamin A dan C yang tinggi membolehkan anda menguatkan sistem imun.
  • Pemulihan keseimbangan kolesterol. Bahan aktif teh dapat mengurangkan kadar "buruk" kolesterol dan menormalkan penunjuk "baik".
  • Menguatkan sistem kardiovaskular. Penggunaan teh Matcha yang kerap mengurangkan kerapuhan kapiler dan membantu meningkatkan keanjalan dan kekuatan saluran darah.
  • Pencegahan penyakit saluran penghadaman. Oleh kerana teh mempunyai kesan antioksidan dan membantu menghilangkan logam berat, toksin dan toksin dari badan, kemungkinan masalah pencernaan berkurang. Akibat penggunaannya secara tetap, hati, buah pinggang dan usus dibersihkan daripada "deposit" dan deposit yang berbahaya.
  • Merangsang otak.Di Jepun, banyak pelajar dan orang yang terlibat dalam kerja intelektual telah menghargai manfaat teh Matcha. Hasil daripada penggunaannya, keupayaan untuk melihat peningkatan maklumat, ingatan dan kepekatan meningkat, dan ketegangan saraf juga hilang.
  • Mengurangkan risiko kanser. Teh Matcha mengandungi vitamin C dan polifenol, yang menyumbang kepada kemusnahan sel kanser.
  • Pecutan proses metabolik. Bahan aktif teh bantuan teh lebih baik menyerap unsur surih yang bermanfaat, dan juga pembakar lemak yang sangat baik. Dalam kes ini, kandungan kalori minuman adalah hampir sifar.
  • Kesan tonik. Tidak seperti kopi dan lain-lain "minuman tenaga," teh matcha mengandungi hampir tiada kafein. Orang itu merasakan lonjakan tenaga kerana L-theanine hadir dalam minuman itu. Pada masa yang sama, petunjuk tekanan darah tetap normal dan pengujaan tidak dikecualikan, yang pecinta kopi sering menderita.


Berminat nak cuba? Serius sedap!

Klik link >>>> Saya nak cuba Life Shake Matcha <<<<<<





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 12 Januari 2021

Takut makan B complex kerana takut gemuk?

Makan B complex buat gemuk?
Saya datang dari keluarga yang mempunyai sejarah diabeties. Saya sendiri melihat kesan bila tahap kena dialisis, Allah sahaja yang tahu keadaan pesakit.
Dulu saya tertanya-tanya mengapa pesakit dialisis bila dia balik, akan tidur kepenatan sedangkan di tempat dialisis mereka hanya duduk beberapa jam...sampailah masa arwah mak koma sebelum dia meninggal, mak masih terpaksa melalui proses dialisis sebab badan mak start bloated.
Baru lah doktor explain, sebenarnya pesakit dialisis ni, bila sedang lalui dialisis mereka ni ibarat macam berlari 100 meter tanpa henti. So jantung bekerja keras waktu tu. Jadi bila baik rumah, pesakit akan tidur untuk hilangkan penat. Patutlah arwah mak dulu nampak letih sangat selepas dialisis.
So untuk saya, bila saya cepat mengantuk terutama lepas makan...pasti suami akan tegur, lepas makan jangan lupa amik B complex katanya. Sebab saya ada sejarah keluarga mempunyai diabeties. At least prevent... bukan terima bulat-bulat, nak macam mana dah keluarga memang semua diabeties.
B complex ni terkenal sebagai vitamin pembuka selesa dan ramai yang takut makan B complex sebab takut gemuk. Tanpa kita sedar B1 memainkan peranan sangat penting....kerana kekurangan B1 akan menyebabkan pecahan karbohaidrat dan glukos tidak dapat ditukar kepada tenaga malah hanya tersimpan sahaja di dalam badan dan akhirnya boleh menyebabkan peningkatan dalam berat badan tanpa kita sedar.
Bukan itu sahaja, B complex sangat membantu menstabilkan emosi dan mood harian kita. Orang yang mudah terasa, sensitif dan moody tak tentu hala biasanya disebabkan kekuarangan vitamin B complex yang ketara. Bila ia berlarutan, stress inilah yang boleh menjemput banyak penyakit lain kerana sistem imun menjadi semakin rendah bila kita terlalu penat dan stress.
So bagi mereka yang sukar untuk dapatkan makanan seimbang....boleh la cuba amalkan supplement untuk menutup lompang2 kekurangan vitamin dalam badan.
Badan sihat, insyaAllah kita lebih produktif dalam menguruskan semua tugasan harian.

Jemput baca >>>>> Kurus dengan B complex


Shaklee ready stock Kuala Terengganu



 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 πŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 πŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu
 #ShakleeMalaysia
#bcomplexshaklee
#Shakleebukitpayong

Isnin, 28 Disember 2020

Mengapa perlu supplement? Apa kata Dr Jue?

Saya mengenali seorang hamba Allah ini. Hidupnya sangat sederhana. Banyak berbakti kepada urusan agama. Pernah datang menziarah kami di rumah....dari situ saya mula mengenali beliau. Bila melawa minum minuman yang dihidangkan, beliau hanya tersenyum dan meminta air kosong sahaja. Kumpulan yang datang bersama memaklumkan beliau tidak minum air manis. Malah makanan beliau juga bersumberkan apa yang beliau tanam dan usahakan. Beliau jarang membeli makanan luar kerana kebanyakan hanya masakan dari rumah. Walaupun dah berumur namun badannya masih sihat, mampu bertahajud dan bangkit awal untuk solat subuh. MasyaAllah. 

Namun berbeza dengan kehidupan rata-rata kita hari ini. Banyak masa kita sibuk dengan urusan kerjaya, banyak masakan yang ada bahan perasa, adakala makan luar...adakala makan makanan segera....pastinya keperluan vitamin kita berbeza.




Saya tertarik dengan perkongsian seorang doktor yang menerangkan kepentingan supplement yang ramai orang salah sangka.

Ramai yang menjadikan supplement rawatan alternatif semata-mata dan bukan sebagai keperluan harian yang menampung pemakanan yang diambil.

So bila sihat, mereka tak endahkan...namun bila ada simptom atau tanda sakit berlarutan...vitamin yang dicari dengan harapan cepat sembuh.

Hakikatnya vitamin bukanlah bahan penyembuh, ia cuma menampung keperluan sel dalam tubuh yang memerlukan zat vitamin dan galian yang tidak dapat dipenuhi dari pengambilan pemakanan harian kita.

Jadi jawapan yang tepat, adakah kita perlukan supplement? Balik kepada cara hidup kita. Hanya kita sahaja yang ada jawapan yang tepat. Sebagaimana saiz baju kita, hanya kita sahaja yang tahu kita sesuai memakai baju saiz S atau M atau saiz yang lebih besar.



 πŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah

Ahad, 27 Disember 2020

Pengedar Shaklee Terengganu : GoodBuy 2020 berakhir esok - 28 Disember 2020!

Berita gembira yang Shaklee berikan pada semua distributor dengan promo GoodBuy 2020, akan berakhir esok!

GoodBuy 2020


Bagi anda yang mungkin terlepas pandang, esok masih berpeluang mendapatkan set ini.... 


Apa sebenarnya yang ditawarkan? Pembelian mana-mana set dalam gambar berpeluang mendapat 
🎁 Keahlian Percuma
🎁 Penghantaran Percuma
🎁 Cash rebate dari Shaklee 
🎁 E-voucher 

Apakah set yangd ditawarkan?

πŸ“Œ Pembelian 2 botol Vivix melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM80!!!
πŸ“Œ Pembelian 2 botol ResV melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM80!!!
πŸ“Œ Pembelian 2 kotak Kolagen melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM60!!!

Manakala trio set pula :
πŸ“Œ Pembelian 3 canister ESP melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM40!
πŸ“Œ Pembelian 3 botol CoQ Trol melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM40!


Ingin mendapatkan set PROMO ini? 


Sebarang pertanyaan boleh call atau terus wasap saya di sini >>>>INFO SHAKLEE<<<<



. * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 πŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 

 πŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#Kerjadarirumah
#cariredhaAllah

Ahad, 13 Disember 2020

Cara- cara nak menjadi ahli Shaklee

Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya bermula dari bulan Mac 2020, yuran bagi sesiapa yang berminat menjadi atau mendaftar sebagai ahli Shaklee cuma RM35 SAHAJA! Jika sebelum ini yuran pendaftaran adalah RM65! Wahh nampak tak , jauh lebih murah dan lebih menJIMATkan!

Berikut adalah antara keistimewaan yang bakal dinikmati oleh anda yang menjadi "AHLI SHAKLEE"

  • membeli dengan harga ahli - penjimatan sehingga 15-20% dari harga runcit untuk setiap produk.
  • dapat cashback (bonus) - setiap produk ada point (UV) yang boleh ditukarkan kepada RM. Jika belian bulanan seseorang ahli Shaklee yang terkumpul sebanyak 150UV dan ke atas, layak menerima bonus. Tak kiralah samada beliau buat bisnes Shaklee atau tak, bila cukup syarat terima bonus, Shaklee bayar terus ke bank account kita, dengan syarat kita update no account dalam sistem Seronok kan?

Cara Jadi Ahli Shaklee

Saya nak share dengan kalian, ada TIGA cara mudah untuk menjadi Ahli Shaklee. Anda boleh membuat pilihan cara yang mana anda inginkan. 

Setiap ahli akan mendapat e-starter kit Shaklee yang mengandungi :
  • panduan produk
  • panduan perniagaan
  • pengetahuan nutrisi
  • Dr Forest C.Shaklee thoughtsmanship


1 . Free Membership Shaklee Melalui Promosi Shaklee
  • Beli mana-mana Set Promosi, anda layak untuk mendapat Free Membership Shaklee.
  • Atau boleh hubungi saya untuk buat pendaftaran bagi pihak anda.                                Whatsapp saya disini 》 012 8535689
produk promosi Disember 2020




2.  Free Membership Shaklee Melalui Produk Pilihan
  • Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda sebanyak 100UV (nilai dalam lingkungan RM370) dalam SATU resit untuk melayakkan Free Membership Shaklee
  • Boleh isi form untuk daftar online disini + belian produk yang diinginkan 》 Klik disini untuk Free Membership 100UV
  • Atau boleh hubungi saya, untuk bantu  pendaftaran bagi pihak anda.                           WhatsApp  disini 》 012-8535689
Set Ibu Hamil Shaklee



3.  Bayar RM35
  • Atau boleh hubungi saya untuk buat pendaftaran bagi pihak anda.                                    Whatsapp saya disini 》 0128535689


Cara pertama  menjadi pilihan ramai kerana mereka juga akan menikmati :
  • Keahlian PERCUMA
  • Penghantaran PERCUMA
  • Membeli dengan harga jauh lebih murah, 10 -20 % dari harga runcit!
  • Bonus Shaklee


Okay, ini saja tiga Cara Nak Menjadi Ahli Shaklee. 

Senang, mudah dan jimat. Yang mana berhajat nak jadi ahli tu, inilah peluang terbaik untuk anda mendaftar. Boleh pilih sama ada nak daftar cara 1, 2 ataupun 3 ;)

Ada yang tanya, "daftar ahli Shaklee wajib berniaga ke?" Jawapan : TIDAK WAJIB. 
Jadi ahli hanya sekadar untuk makan sendiri pun boleh sahaja. Masih menguntungkan. 

Siapa yang berminat nak buat income tambahan, nak buat bisnes Shaklee macam saya dan team, sangat dialu-alukan. InsyaAllah, kami guide anda dan support team juga sentiasa bersedia membantu.

Kalau ada yang tak faham atau perlukan maklumat lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian ni               012 8535689 . Saya akan bantu anda untuk membuat pendaftaran dan dapatkan produk Shaklee dengan mudah.

Boleh rujuk  SINI untuk >>> Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.




Pengedar Shaklee Kuala Terengganu  
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 πŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 πŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#sideincomedenganshaklee
#Shakleebukitpayong

Khamis, 10 Disember 2020

Isteri perlu ada duit untuk sokong ekonomi rumahtangga bukan hanya persediaan kecemasan

Masa abah meninggal, mak saya seorang surirumah. Walaupun begitu mak tidak membiarkan dirinya berada dalam zon selesa. Mak tetap usaha mencari peluang untuk dapatkan duit walaupun hanya dari rumah. Mak seorang yang panjang akalnya untuk membesarkan kami 7 beradik. Sepanjang saya membesar, saya tak pernah tengok mak minta atau pinjam duit ahli keluarganya, tak tahulah kalau ada dibelakang kami.

Bayangkan mak pergi ke kilang baju, mencari peluang pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah. Syukur Allah permudahkan...mak dapat upah membuang kertas di baju yang telah disulam menggunakan mesin. Tahu tak berapa harga untuk sehelai baju? Seingat saya antara 1 hingga 3 sen sehelai baju. Betapa gigihnya mak mengangkut beg plastik yg dipenuh baju. Semoga Allah sentiasa merahmati mak dan abah di alam sana.

Abah meninggal dunia ketika saya berusia 19 tahun....dan mak yang masih muda tetap perlu meneruskan kehidupan untuk membesarkan kami adik beradik. Bermulalah kehidupan mak sebagai seorang pekerja kilang. Kerana kerja shif dan kerja mak berat yang melibatkan barang di stor, mak tukar kerja sebagai tukang masak di sekolah menengah di Muar.

Saya lihat bagaimana kehidupan mak bertukar dari seorang surirumah kepada yang perlu kerja demi menyara keluarga.

Saya? Bermula dengan surirumah juga. Kemudian saya cuba mengambil peluang menjadi guru tuisyen dari rumah. Pendapatan yang saya perolehi sangat membantu memberi kelapangan dan keselesaan pada rumahtangga kami. Namun masa kerja tidak sesuai...terikat dengan kerja yang mengikat saya untuk tidak ke mana -mana walau hujung minggu. Membuatkan saya buat keputusan apply KPLI. Kursus perguruan lepasan Ijazah. 

Suami saya sarankan untuk saya apply kerana katanya, pendapatan isteri membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga. Saya bersetuju dan akhirnya saya kerja menjadi cikgu.

Duit yang saya perolehi alhamdulillah sangat membantu terutama bila dah jadi guru, ada elaun perumahan dan ini sangat melegakan. 

Cuma kerana sampai satu tahap, saya rasa kasihan kerana terpaksa meninggalkan anak di rumah baby sitter, saya membuat keputusan untuk berhenti dan menjaga anak dari rumah. Namun saya tidak mahu suami saya rasa terbeban apabila hilang satu sumber pendapatan dalam rumahtangga kami bila saya berhenti menjadi cikgu, saya membuat keputusan untuk membina bisnes Shaklee saya dari rumah.

Saya mula mengorak langkah dengan mendapatkan kawan melalui forum-forum di internet. Kemudian saya berkongsi cerita anak dan produk Shaklee dalam blog saya ini. Saya juga tidak mahu berpeluk tubuh sedangkan saya boleh usahakan sesuatu yang membantu ekonomi rumahtangga. 

Bila isteri ada duit lebih, sekeluarga boleh makan yang sedap. Bila isteri ada duit lebih, pasti anak juga gembira kerana dapat beli mainan. Bila isteri ada duit lebih, yang pasti ekonomi keluarga juga akan berada di tahap yang lebih baik.

Isteri perlu ada duit untuk menyokong ekonomi keluarga bukan hanya persediaan kecemasan jika berlaku apa2 pada suami. Arwah abah selalu kata, isteri yang hebat adalah isteri yang pandai membantu menguruskan rumahtangga disamping pandai mencari duit meringankan perbelanjaan rumahtangga bersama suami.

Syukurlah sekarang semua hanya di hujung jari aje. Asalkan ada phone yang boleh connect internet, ada talian internet...di mana sahaja bisnes boleh berjalan. Ramai aje surirumah buat bisnes walaupun hanya dropship. Cuma segelintir yang usaha menjadi usahawan berjaya. Ini pun di dorong oleh semangat dan impian untuk memastikan keluarga cukup serba serbi.





Anda bagaimana?


Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK>>>  SINI Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan menjadi ahli.  
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com πŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Jumaat, 27 November 2020

Sembelit berlarutan adalah tanda awal usus berpenyakit?

Zaman saya belajar dulu, saya sendiri mempunyai masalah membuang dengan sangat teruk. Kesan lain yang ketara adalah saya selalu sakit kepala, dan tak seronok bila toksin ini berlarutan dan menyebabkan kulit wajah saya bermasalah.

Walaupun ramai tahu untuk kurangkan risiko sembelit adalah antaranya :

πŸ“Œ Makan banyak serat seperti sayur dan buah-buahan.

πŸ“Œ Minum air kosong yang mencukupi

πŸ“Œ Bersenam

Namun setiap kita mempunyai kekangan yang tersendiri.


Dan tahukah kita tanda-tanda yang cuba disampaikan oleh tubuh bahawa ada masalah dalam sistem adalah melalui simptom yang kita lalui?

Tanda sembelit

Jika anda mempuyai simptom dia atas, boleh la mencuba Herb Lax Shaklee sebagai langkah untuk mengatasi dari simptom ini berlarutan dan menyebabkan penyakit dalam diam.

Apakah itu Herb Lax? Boleh LIHAT DI SINI >> Herb Lax Shaklee 

Sembelit


Kelebihan lain , Herb Lax mengandungi daun Senna. 

Tamadun Islam – Perubatan Islam

Menurut hadis nabi, ada tiga pengubatan didalamnya mengandungi penyembuh segala penyakit kecuali kematian, iaitu Sanna dan sannut ( Shahih Al Jami’ Ash-Shaghir).

Dari Asmaa Binti Umais, Rasulullah berkata “dengan apa yang kamu gunakan bagi melegakan sembelit?” Asmaa berkata: dengan shubrum. Rasullullah berkata (yaitu) yang panas dan kuat”, Asmaa kemudian berkata: Saya juga melegakan ia dengan Senna, Rasullullah berkata “jika terdapat satu perkara (yang) menyembuhkan dari kematian sesungguhnya ia akan menjadi Senna.” Ibn Majah 3461; Syaikh Al-Albani digredkan ia daeef. Dua Arnaoots menyebut hadits ini dikuatkan oleh riwayat berikut.] …

Nabi bersabda “Pada kamu ada Senna dan Sanoot kerana sesungguhnya dalam kedua-dua mereka adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Saam” Dia bertanya “Ya Rasulullah, Apakah Saam?” Beliau berkata, “Kematian” [Ibn Maajah 3457; Syaikh Al-Albani digredkan ia shahih]


Apakah kandungan yang ada dalam Herb Lax?

Bahan Herb Lax



Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? 
Sila KLIK SINI.>>> DAFTAR AHLI  SHAKLEE
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ? 
 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 πŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 
 πŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#HerbLaxShakleeKualaTerengganu

Isnin, 23 November 2020

Pengedar Shaklee Ready Stok di Bukit Payong Kuala Terengganu.

Jika anda menetap di sekitar Bukit Payong atau Kedai Buluh, Marang....
boleh dapatkan vitamin Shaklee dari salah seorang leader kami iaitu 
Aina di talian 0139993499 atau 
boleh terus membuat pesanan vitamin Shaklee melalui wasap beliau , 
boleh klik πŸ‘‰ MAHU BELI VITAMIN SHAKLEE.

Malah jika berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi beliau untuk daftar.






 πŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#Shakleekedaibuluh
#shakleemarang
#ShakleeBukitPayong