Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2021

Sejadah Mekah Madinah

Lori J&T berhenti depan rumah... Addin bawak masuk 2 parcel...1 tu memang sah barang untuk packing delivery, tapi satu ni box dia besar....

Bila buka plastik, ada kotak besar......Subhanallah......

Sejadah Mekah Madinah



Ya Allah terharunya hari ini dapat hadiah belated birthday dari anak bisnes.... 

Sejadah Mekah Madinah
Siap ada bunga lagi.....



So sweet....




Sebelum pkp, setiap tahun bila kami pergi umrah saya pasti beli sejadah sebagai cenderahati untuk diri sendiri. Setiap tahun pasti ada corak baru yang keluar.
Tahun lepas masih berpeluang menunaika umrah melalui Shaklee dan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Cuma tahun ni kerana pandemic semakin teruk, maka tiada harapan nak menunaikan umrah tahun ni.

Namun Allah yang Maha Kaya lagi maha mendengar, Dia lebih tahu aturannya...

Tahun ni di rezekikan untuk saya, dua orang hadiahkan sejadah dari Mekah Madinah ni...
Subhanallah Allah Ya Karim. Terima kasih atas pemberianMu. Sedikit rindu terubat dengan hadiah 2 sejadah dari sana tahun ini. Subhanallah.

Seronoknya dan bertambah lagi bila stok ESP sachet dah sampai!

ESP Sachet Shaklee
ESP Sachet 





Bagi mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Kg Kubang Ikan, Chendering Kuala Terengganu , dan pos seluruh Malaysia, boleh hubungi saya seperti di bawah :

Call ☎️ : 0128535689

Whatsapp : http://www.wasap.my/60128535689/Vitaminshaklee

Add FB saya Norita Idris untuk chat secara langsung dengan saya.

Klik LIKE di FanPage saya Better You Better World

Jom follow instagram saya Norita_M.Idris


Kami menyediakan konsultasi pada customer kami sahaja 😁

Untuk mendaftar ahli dan mendapatkan diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee dan menjana pendapatan bersama team bisnes Shaklee kami, 
boleh klik <<< DI SINI>>>


 🌻 Salam sayang dari 

 N2 @ Ibu Addinnasa 


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Jumaat, 10 Julai 2009

Share your story & this might BE yours!

Ibu suka berkongsi dengan orang lain apa yang ibu suka makan, barangan mahupun cerita. Maka selepas solat subuh pagi tadi ibu terfikir untuk memberikan sesuatu kepada yang istimewa apa yang ibu turut rasa istimewa apabila menggunakannya iaitu barangan Crabtree and Evelyn. Mungkin ramai yang menggunakan jenama ini namun tidak kurang juga yang tidak pernah mendengarnya. Maka inilah peluang untuk mendapatkannya. Bukanlah ibu banyak duit nak bagi tapi anggaplah ini salah satu cara memberi hadiah kepada orang lain melalui rezeki yang kita dapat.
Namun terlintas dihati ibu nak beri pada siapa ye? Maka lebih baik ibu beri kepada pelawat-pelawat blog ibu yang setia membaca kisah ibu, Addin dan Nasa selama ini. hehehe...Walaubagaimanapun ibu hanya ada 3 kotak sabun 100g Rosewater buat masa ini. Maka ibu akan memberinya kepada sesiapa jua yang bertuah untuk mendapatkannya. Wangi ke? memang sangat wangi. Harga seketul sabun lebih kurang rm25 dan ke atas. Kewangiannya diakui oleh mereka yang biasa menggunakannya.

So, bagaimana nak dapatkannya? Mudah sahaja.

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Bagaimana ? Mudah sahajakan.

3 pemenang akan dipilih...

Tarik tutup ialah pada 25 Julai 2009
. Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai 2009.

All the best!

* Bagi mereka yang tiada blog anda boleh menghantar cerita anda ke alamat email berikut: addinnasa@gmail.com

Ada hadiah misteri juga barangan Crabtree untuk contest ini! Siapakah yang bertuah itu?