Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2021

Beli Best Seller Shaklee dapatkan Shaker Percuma

Dari sehari ke sehari nak update, banyak kekangan...petang ni nak share pasal set yang best ni.

Vitamin Shaklee hari ini bukan satu yang baru....namun tetap ada golongan yang baru mengenali nama Shaklee ini. Ada yang bertanya, untuk orang baru vitamin apa sebenarnya yang sesuai untuk mereka yang nak kekal sihat? Adakala golongan ini sihat cuma nak cari supplement bagi kekal sihat.

Ada satu set yang sesuai untuk banyak golongan....iaitu Set Best Seller Shaklee.

Apa yang ada dalam set Best Seller Shaklee ni?

ESP Shaklee 
 Produk Shaklee pertama yang saya amalkan..... dan seperti yang kita tahu, protein adalah sumber utama sel dalam tubuh badan. ESP Shaklee adalah protein yang lengkap dengan 9 amino asid dan tidak diubah genetiknya. Ramai orang tahu, protein penting untuk kulit yang cantik, rambut yang sihat, sangat penting untuk ibu mengandung , ibu yang menyusu malah mereka yang mahukan kesihatan yang optimum.


B complex
Specialnya B complex Shaklee ini ia mengandungi lengkap 8 jenis vitamin B. Biasanya B kita tahu untuk Beauty [ kecantikan] dan hakikatnya ia sangat membantu untuk kita tenang dan mampu mengatasi stress perasaan dan stress fizikal. Ia juga sangat penting menukarkan gula kepada tenaga. 


Sustained Release Vitamin C 
Sejak pandemic, vitamin C Shaklee menjadi viral kerana ia antara termurah dalam pasaran. Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren. Penting untuk sistem imun tubuh. Terumata musim pandemic ni, vitamin C sangat penting. Selain itu ramai yang dapat melihat kesan pengambilan yang konsisten terhadap kulit khususnya. 




Omega Guard
Minyak ikan Shaklee ni berkepekatan tinggi. Tinggi dengan DHA dan EPA. DHA 360mg, EPA 546mg. Penyulingan molekul berganda. Bau dan rasa ikan yang minimum. Diiktiraf oleh Friends of the sea untuk bekalan berterusan minyak ikan. Bagus untuk otak [ minda] dan anti radang dalam tubuh. 


Ostematrix
Supplement kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D, boron , mangan, tembaga dan zinc. 
Salah satu nutrien yang sangat penting untuk kesihatan darah, tulang dan saraf. Caplet yang senang ditelan. Biasanya mereka yang sering sakit saraf, sakit lutut dan ada masalah sembelit pasti akan cari Ostematrix Shaklee.


Apa yang bestnya, beli set Best Shaklee ni dapat Shaker Shaklee special secara Percuma!





Bagi mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Kg Kubang Ikan, Chendering Kuala Terengganu , dan pos seluruh Malaysia, boleh hubungi saya seperti di bawah :

Call ☎️ : 0128535689

Whatsapp : http://www.wasap.my/60128535689/Vitaminshaklee

Add FB saya Norita Idris untuk chat secara langsung dengan saya.

Klik LIKE di FanPage saya Better You Better World

Jom follow instagram saya Norita_M.Idris


Kami menyediakan konsultasi pada customer kami sahaja 😁

Untuk mendaftar ahli dan mendapatkan diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee dan menjana pendapatan bersama team bisnes Shaklee kami, boleh klik <<< DI SINI>>>


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#KlinikKesihatanChendering
#BestSellerSet



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 25 Januari 2021

Berdiet dengan oat dan ESP Shaklee

Memandangkan tahun 2021 masih lagi melalui PKP, nampak gaya terpaksa la usaha menjaga diet. So saya decide untuk kurangkan atau elakkan makan nasi. Saya cuma makan lauk [ iaitu protien sahaja].

Maka saya dapat idea, untuk lebih mengenyangkan dan menyihatkan , saya amalkan pengambilan ESP Shaklee bersama dengan oat. 

Oh tapi oat pula ada banyak jenis tau....Melalui artikel Jenis-jenis Oat  membuka minda saya...kena ambil tahu jenis oat yang kita amalkan. Walaupun nampak sama tapi ia tak serupa.



Oat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada :

🖍️instant oat
🖍️quick oat 
🖍️rolled oat
🖍️steel cut oat

Mereka yang mahu diet , perlu tahu pengambilan oat yang betul-betul membantu menurunkan berat badan.

1) Instant oat dan quick oat mempunya G.I @ indeks glisemik yang tinggi. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

2) Saya memilih Rolled oat sebab ianya sangat sesuai untuk berdiet. Diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Ianya tidak diproses sepertimana instant oat dan quick oat. Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

3) Steel Cut Oat pula paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat.




Hari ni dah masuk 3 hari saya cuba tak makan nasi....tapi saya gantikan dengan ESP Shaklee bersama rolled oats. Untuk menghilangkan rasa muak, saya cuba tambahkan buah-buah yang ada di rumah...antaranya rasberry dan blackberry kerana 2 buah ini sangat kaya dengan serat.

Saya akan update kesannya selepas saya amalkan 30 hari nanti ya. Stay tune.

Nanti saya akan share kan beberapa resepi ESP Shaklee yang dikongsi oleh team mate saya dalam posting-posting akan datang, insyaAllah.




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ESPShakleereadystock

Selasa, 7 April 2020

Melayan gelagat anak masa PKP

Mana tak semua courier 'jam' waktu PKP ni...sebab bila dah duduk rumah, tak de kerja aje...kita on shopping online.
Saya sendiri memang akan shopping produk Shaklee untuk melengkapkan mana-mana vitamin yang kian menyusut. Belum sampai yang di order, pesanan baru akan terus dibuat bila kehabisan produk.
PKP ni bukan hanya membuatkan anak bergerak ke ruang tv dan dapur semata-mata tapi tercari-cari barang yang boleh dibeli secara atas talian.
Mereka seolah olah gelisah melihat setiap hari Gdex menghantar parcel Shaklee untuk ibu mereka ini. Tanpa ada parcel untuk mereka. 
Malam ni mereka tanya boleh tak order jam untuk exercise ....ya setiap petang mereka akan ada masa untuk kayuh basikal dalam rumah sambil tengok tv manakala sorang lagi sibuk dengan aktiviti gym sambil menambah otot yang baru nak up.
Kali ni mengalah juga la ibu....layankan aje la. Supaya tak la teruk rasa kecewa mereka kerana dah 3 minggu terperap dalam rumah. Anggapkan ia hadiah sebab siapkan tugasan membaca buku ilmiah dan kena buat kupasan buku yang dibaca.
Sebenarnya saya dibesarkan dengan dunia lebih kurang macam PKP....kalau istilah lain dikatakan 'dikongkong'. Pergi balik sekolah mak jemput. Tak de masa lepak rumah kawan. Semuanya berkisar dalam rumah. Syukur arwah suami kepada makcik saya Ida Nor dulu kerja dengan DBP [ Dewan Bahasa dan Pustaka], banyak la buku dan novel percuma kami dapat dan baca di rumah. Saya pula tak gemar tengok tv. Best lagi baca buku. Jadi saya nak wujudkan budaya tu pada anak-anak cuma bermula dengan 'tugasan wajib baca' dan saya harap ia akan jadi budaya yang berkekalan sampai mereka dewasa.
Ni dah masuk buku kedua mereka baca....kali ni bagi buku bisnes pulak. Jutawan MLM tulisan tuan Kang Razzi Armansur. Biar mereka ni terdedah dengan penulisan bisnes pulak. Kita tengok apa mereka kupas tentang isi buku ni. Nak juga tahu bagaimana pemahaman budak umur 13 dan 17 terhadap buku yang popular pada zaman umur ibu 20an.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
#ShakleeResV

Rabu, 21 Ogos 2019

Astaghfirullahal azim....

Astaghfirullahal azim.... itulah lafaz yang biasa keluar dari mulut seorang ibu bila anaknya berkelakuan sedikit nakal.

Astaghfirullahal azim.... juga yang dilafazkan apabila melihat sesuatu yang tidak elok.

Astaghfirullahal azim.... lafaz istighfar memohon pengampunan dari Allah.

Astaghfirullahal azim.... adalah zikir yang dibaca oleh seorang manusia yang mulia yang suci dari dosa dan ia dibaca sebanyak 70 kali sehari.

Image result for istighfar
Bagaimana kita yang bermandi dengan dosa setiap hari? Dosa meninggalkan solat, dosa curi tulang semasa waktu bekerja, dosa melihat aurat wanita yang tidak bertutup , dosa membaca kisah-kisah yang belum tentu ada kebenarannya.

Astaghfirullahal azim....

Berapa banyak waktu kita sediakan untuk membaca zikir ini selain situasi anak nakal dan melihat perkara yang tidak baik?

Ya kita dianjurkan untuk membaca Astaghfirullahal azim....setiap hari paling sedikit 100x sehari tetapi janganlah mudah merasa berpuashati dengan hanya mengucapkannya 100 kali memandangkan banyak kesilapan kita sejak akil baligh lagi.

Tahukah kita besarnya fadilah lafaz Astaghfirullahal azim....?


Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” 
(HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku
beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).


“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: 
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. 
(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi). 

Sesungguhnya, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. 
Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Dalam Al Quran, surah Nuh ayat 10-12 Allah berfirman ;

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُكَانَ غَفَّارًا 
 يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَوَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا  
مَا لَكُمْ لا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا

maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,  niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. 

Hebatnya zikir Astaghfirullahal azim....moga kita mampu beramal hingga beribu kali sehari.



 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 5 Februari 2019

Macam-macam ragam orang berniaga.

Image result for berniaga
Gambar hiasan 

Hari ini seperti biasa selepas hantar anak ke madrasah, kami suami isteri dah bersiap nak ke bandar menyiapkan keperluan projek untuk hujung bulan ini insyaALLAH. Dah nama pun cuti, bandar Kuala Terengganu boleh terutama kawasan Pasar Payang dibanjiri dengan ramainya umat manusia.

Nak lalu depan pasar aje mengambil masa setengah jam....fuh memang jem teruk.

Tetapi oleh kerana kami ada urusan di kedai yang berderet depan Pasar Payang maka suami memilih untuk parking yang sedikit jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang memang dahsyat pada hari ini. Jadi berjalan kaki kami ke tempat yang kami ada urusan.

Selepas selesai dalam 1 jam kemudian, sambil berjalan pulang ke arah parking kereta...saya mengajak suami berhenti membeli buah jeruk mangga di bahagian tepi pasar. Riuh rendah mendengar suara penjual menarik perhatian pembeli.

Saya tertarik untuk melihat satu kedai ni menjual produk makanan yang popular di Kuala Terengganu. Harga makanan ini biasanya antara RM50-70 sepeket. Tetapi si penjual sedang mempromosi produk ini dengan harga RM10-RM20. Sekali lagi ia mencuri perhatian saya. Mengapa tetiba murah sangat? Jadi salah seorang pelanggan ini tertarik dengan harga tawaran sambil mengangkat makanan ini. Saya yang berada di sebelahnya hanya memerhati sahaja.
Hmmm dalam hati saya terdetik, memang la murah sebab dah buruk pun. Tapi si penjual cuba juga meyakinkan pelanggannya, ia masih elok untuk dimakan tetapi bentuk luarannya sahaja dah berubah.

Dahsyatnya dunia hari ini, ramai peniaga hari ini boleh meniaga dengan barang buruk sedemikian tanpa takut dengan azab Allah. Makanan tu dah sah nampak buruk dan bentuk dah berubah, seeloknya janganlah dijual...tapi sebab mereka takut rugi maka mereka akan tetap menjual walaupun murah.
Perkara yang sama saya lihat dikedai buah-buahan. Ada kedai buah yang menjual buah yang dah busuk. Walaupun dengan harga yang sangat murah...Allahu akhbar.

“Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan, mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka. Sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatannya.” (HR Hadis Hakim bin Hizam r.a)


Tidak kurang juga ada segelintir yang menjual produknya dengan harga murah hingga menganiaya peniaga lain demi untuk mendapatkan pangkat yang dikejarnya. Wallahu alam. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu ciptaanNya. Moga kita tergolong dalam golongan yang berniaga dengan benar.

Ya itulah dunia...macam macam ragam manusia.



“Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, nescaya kamu diberi rezeki, sebagaimana burung mendapat rezeki, dia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang.” (HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 2344)


 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa