Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2011

Petua bila anak demam selsema.

 Musim perayaan akan biasa kita dengar ramai orang demam, batuk mahupun selsema. Ada banyak faktor bila jatuh sakit masa musim perayaan. Antaranya sebab perubahan cuaca tempat yang kita beraya juga mempengaruhi. Selain itu bila sibuk berziarah masa raya, kita terlupa untuk minum air. Bila badan kurang air, maka suhu badan mudah meningkat dan tanda demam dah mula menjengah. Kalau berlarutan maka mudahlah dapat selsema seterusnya jika beraya banyak meneguk air berais, mulalah batuk pula menyerang.

Maka pastikan anak-anak mandi banyak kali bila dah ada tanda demam, batuk dan selsema.

Ramai yang takut mandikan anak masa demam dan selsema atas alasan takut baby sejuk....tetapi bila tidak dimandikan maka suhu dalaman akan meningkat dan selsema tadi akan membentuk lendir yang pekat dan akhirnya anak mudah diserang athma sebab lendir dah terlalu banyak. So penting kita mandikan anak bila dia demam dan selsema.
Petua yang saya amalkan sehingga kini....

Anak-anak dimandikan 2-3 kali sehari supaya suhu dalamannya tidak meningkat. Cuba sapukan minyak dibelakang badan, tapak tangan dan tapak kakinya selepas mandi. Untuk bayi bawah 6 bulan pastikan minyak telon atau minyak bayi dicairkan dengan campuran sedikit minyak masak sebelum disapu supaya kulitnya tidak melecur. Jika bayi menyusu susuibu, pastikan ibu mengambil makanan yang banyak kandungan vitamin C ( atau pengambilan supplement) agar dapat membantu sistem imun anak melawan penyakitnya.


InsyaALLAH anak tak lama menderita sebab demam, batuk dan selsema. Namun jika anak sakit berlarutan melebihi seminggu, hantarkan sedekah pada masjid atau anak-anak yatim....ianya membantu menghapus kifarah kita dan insyaALLAH anak akan kebah.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 5 April 2010

Maintainance isteri tanggungjawab siapa?

Siapa yang tak terasa hati apabila ada orang menegur ish, kulit nampak kusam? Bagi yang punya ketahanan diri yang tinggi pasti akan menjawab dengan tenang, biasalah tak cukup tidur, banyak kerja nak kena siapkan. Namun bagi yang punya hati senipis kulit bawang, yang sudah pasti sensitif tahap tinggi...mungkin dah tak mahu menegur 2-3 hari kawan yang berkata sinis tadi. Ibu punya ramai kawan yang merasakan diri mereka nampak lebih tua dari suami mereka. Mereka mengakui mereka cukup terasa hati dengan opismate yang meluahkan pandangan tanpa diminta.
Tetapi arwah atuk ibu pernah memberitahu bahawa si isteri akan nampak lebih tua dari suami kerana telah banyak berkorban contohnya seperti melahirkan anak, menguruskan rumahtangga dan kerjaya bagi mereka yang punya karier. Arwah atuk kata jika si isteri tadi tidak mengambil berat atas kecantikkannya maka sebenarnya ia telah mengambil satu jalan mudah dan kesannya bukanlah sehari dua tetapi 5-10tahun akan datang. Arwah atuk pernah berkata lagi, bahawa si suami akan menyayangi isterinya selagi Allah mengizinkan namun lumrah kehidupan, siapa yang tidak suka kecantikkan?

Namun tanggungjawab siapakah untuk memastikan si isteri nampak muda dan cantik sebenarnya ya? Adakah si isteri itu sendiri atau si suami?Bagi isteri yang bekerja pasti tidak punya banyak masalah dan karenah. Jika si suami tidak mengelurkan wang belanja untuk ke arah itu, mereka punya pilihan dengan gaji sendiri. Bagaimana dengan isteri yang tidak bekerja? Pernah tertulis dalam satu forum...suami yang budiman akan memastikan si isteri sentiasa cantik dan menawan. Apalah salahnya jika si suami dapat mengeluarkan sedikit belanja untuk ke arah itu?

Roadtax dan insuran kereta pasti diusahakan bayar , maintanance kereta tidak juga kurangnya...si suami akan memastikan ini terjaga demi keperluan setiap masa. Bagaimana dengan maintance si isteri selepas bersusah payah melahirkan anak? Badan si ibu itu akan sedikit menggelebeh jika tidak dijaga. Ianya akan melarat jika tidak diendahkan. Alangkah baik jika semua suami memikirkan hal ini sejak dari awal perkahwinan.

Rata2 yang mempunyai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka memberikan alasan isteri mereka sudah tidak cantik dan bergaya lagi. Apalah salahnya jika si suami mengeluarkan sedikit wang agar si isteri kekal cantik menawan seperti sebelum kahwin? Kebanyakan para suami sangat berkira dalam hal ini...takut pula jika isterinya cantik dipikat orang. Tetapi tahankah mata sendiri jika isteri dah rupa macam Mak Andeh, dengan kain terlondeh dan hanya pandai masak lodeh? hahahaha, dah macam lagu pula.

Memang tidak dinafikan BUKAN semua suami berkemampuan untuk menghantar isteri mereka ke Slim World, Marie France, London Weight Management dan apa2 lagi yang mahal...memadailah membelikan krim buang selulit ke, membeli buku masakan diet sihat ke, pergi bersenam bersama isteri pada hujung minggu ke, jika mampu lagi sikit boleh beli vitamin untuk kurus atau  hantarbuat facial ke.... ish banyak lagi yang boleh dibuat demi memastikan isteri nampak cantik dan muda.

Ops tulisan ini bukan untuk mengkritik para suami tetapi kepada isteri juga....mari kita sama2 beringat:

1. Pakailah wangi2 di rumah dan bukan sekadar keluar berjalan sahaja. Jika suami tanya kenapa bau wangi dalam rumah, katakan sahaja minyak wangi tumpah.
2. Makeup la sikit walau hanya bergincu. Demi memastikan wajah si isteri nampak warm , tak de lah pucat lesi macam sakit.
3. Pakailah baju yang sedikit menarik perhatian suami..t-shirt yang nampak shape badan ke, seluar fit.
4. Jika bekerja, solekkan diri bila keluar dengan suami sama seperti anda solekkan diri untuk bekerja.


Banyak lagi sebenarnya...nanti ibu kongsikan lagi petua2 arwah atuk untuk si isteri nampak muda, cantik, berseri dan langsing!


















Salam sayang dari ibu



Jumaat, 26 Mac 2010

Mencairkan kahak?




Sepanjang menemai Addin ke kelas Karatenya, ibu suka bersembang dengan ibu2 yang yang juga menemani anak mereka berkarate. Maka ada petua dan ilmu yang bermanfaat dapat dipraktikkan dan so far menampakkan hasil yang baik.

Auntie Nurul seorang yang ramah, beliau merupakan seorang mualaf. Ibu banyak mendapat ilmu dan petua dari beliau; antaranya bagaimana nak mengurangkan kahak anak... ini juga telah disokong oleh salah seorang ibu yang berasal dari Sarawak. Katanya, setiap malam sapukan minyak panas di bahagian belakang badan si anak sewaktu mereka tidur, insyaAllah kahak akan mula berkurangan. Alhamdulillah telah ibu praktikkan pada Addin dan Nasa walau mereka tidak batuk..bak kata orang prevention is better than cure.

Memang ada petua lama yang menyarankan ibu menyedut sahaja kahak melalui hidung anak tapi hal ini tidak dibenarkan oleh Abah kerana katanya ia bahaya untuk paru2 anak.Maka ibu lebih prefer menggunakan petua dari auntie Nurul tadi. Bertambah lagi kini Nasa sudah tidak menyusu badan lagi. Jika dahulu jika ibu sedar yang Nasa dah punya bunyi kahak maka ibu akan up kan vitamin C intake, dari 1 biji kepada dua biji. Selain itu ibu pastikan Addin dan Nasa makan omega 1-2 kali seminggu agar chest mereka tidak mudah sejuk yang boleh menyebabkan mereka mendapat selsema.

Auntie Nurul ini kelihatan sangat muda...ibarat 33 tahun tapi sebenarnya umur beliau ialah 42 tahun. Pernah juga beliau berkongsi dengan teman2nya di situ betapa pentingnya pengambilan vitamin. Mungkin kerana latar belakang keluarganya berbangsa Cina yang mementingkan supplement untuk kesihatan dan awet muda. Beliau juga pernah menegur ibu bahawa ibu kelihatan seperti budak 20-an....tersenyum sipu malu tapi suka seketika. Esok kami akan berjumpa lagi kerana kelas karate Addin ialah Sabtu dan Ahad. Ibu akan gali lagi petua yang ada....




Salam sayang dari ibu


Ahad, 12 Julai 2009

Cara banyakkan susu...bila dah kaji baru ku tahu...

Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu "bersama". Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh...

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2 lain dengan bangganya. Maka ibu2 yang mempunyai masalah hasil yang makin merundum akan terus mencari ikan pekasam kerana diberitahu ikan pekasam membantu meningkatkan hasil susuibu. Namun hasil didapati bukan semua ibu berjaya seperti kakak ini. Mengapa?

KES 2.
Saya minum air longan saya merasakan susu saya jadi bengkak dan hasil perahan saya tiba2 banyak. Ish seronoknya. Saya yakin dengan minum air longan setiap hari susu saya bertambah banyak. Maka ibu ini pula berkongsi dengan ibu2 lain dan pastinya ibu yang mempunyai masalah hasil yang mula merundum akan terus mencari air longan tanpa berlengah lagi. Namun pastinya ada ibu yang berasa ia berkesan namun ada yang merasakan tiada apa2 perubahan. Mengapa?

KES 3.
Ibu mertua saya memberi petua bahawa dengan memakan limau bali boleh meningkatkan hasil susu ibu. Memandangkan saya juga suka dengan limau bali maka tiada masalah besar untuk mencuba petua mertua saya ini. Alhamdulillah kesannya sangat memuaskan. Jika biasanya hasil perahan adalah 6oz sekarang saya boleh dapat sehingga 10oz sekali perahan. Maka saya yakin limau bali adalah salah cara nak banyakkan susu. Ilmu ini disebarkan, maka ramai ibu yang mencuba. Sudah pasti yang mencuba adalah mereka yang mempunyai masalah perahan ataupun mereka yang rasa susu mereka semakin berkurang. Seperti biasa, ada yang merasakan petua ini hebat namun tidak kurang yang merungut petua ini tak boleh pakai langsung! Mengapa?


Jawapan kepada semua kes di atas.

Hakikatnya mereka yang berjaya mendapat hasil susu yang lumayan adalah kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan rasa sangat2 gembira. Sebagai contoh kes 1, kakak ini memang penggemar ikan pekasam maka apabila beliau mendapat apa yang dihajati atau disukai maka hormon secara langsung akan melonjak gumbira! Susu juga akan menjadi banyak kerana pastinya kakak ini akan makan dengan bersungguh2.

Begitu juga dengan kes 2. Mengapa ada yang gagal? Mereka ini bukan peminat air longan tetapi cuba menjadi pengikut atau terikut2 dengan cara orang. Mereka minum dan secara langsung air akan banyak dalam badan dan secara langsung susu akan banyak tetapi tidak sama dengan mereka yang sangat meminati air longan. Hasilnya akan berbeza sedikit ataupun tidak berkesan langsung! Bagi yang berkesan maka dapat saya simpulkan golongan ini turut gemar meminum air longan bukan dasar keterpaksaan semata2 untuk menambahkan susu.

Tidak kurang juga dengan kes 3. Berapa ramai yang suka sangat2 makan limau bali? Mungkin mereka yang berasal dari negeri pengeluar akan sangat menyukai limau ini. Saya juga suka tetapi bukanlah saya amalkan makan setiap hari kerana harganya yang tidak kurang mahalnya. Maka mereka yang suka makan limau bali, secara langsung akan memakan buah ini dengan rasa gembira dan ini dapat membantu hormon dalam tubuh kita menjadi tenang dan hasil susu akan secara langsung melonjak naik. Bagaimana dengan golongan yang suka secara ala kadar? Mereka akan makan tetapi dengan niat dan mengharap susu mereka akan banyak secara magik. Percayalah hasilnya takkan sama dengan meraka yang sangat suka makan buah tersebut.

Maka dapat saya simpulkan di sini... pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.

Renung2 kan lah!
Secara peribadi supplement penting buat saya kerana saya takut gemuk...saya sangat kuat makan maka saya perlukan supplement yang membantu membakar lemak yang berlebihan!




Rabu, 20 Mei 2009

Petua? Mari kita kongsi.

Memandangkan saya ni berasal dari kampung maka saya sangat suka mengamalkan beberapa petua orang lama yang saya percaya ada baiknya walau ada orang kata bukan semua boleh kita amal. Petua simple yang saya belajar :
1.Jika anak tidak mahu tidur, bacakan surah al-falaq dan ambil air dari lelangit si ibu sapukan pada kelopak kedua mata anak dengan niat, berikanlah rasa mengantuk padanya. InsyaAllah akan lelap dia nanti.
2. Jika masak nasi, jangan sesekali beri bibik yang masak, kerana nasi makanan utama. Semasa membilas beras, amalkan baca selawat dan niat dalam hati, Ya Allah dengan rahmatMu lembutkan lah hati suami dan anak2 ku sebagaimana Engkau melembutkan beras menjadi nasi.
3. Jika anak menangis pada malam hari tanpa sebab atau kita rasa ada gangguan paranormal, amilkan kapur sireh dan bacakan surah an-nas sambil disapukan kapur tadi dibelakang telinganya. ini adalah untuk dia tidak mendengar bisikan makhluk halus.
Banyak lagi petua yang nak ibu taip tapi masa tak mengizinkan. Ibu akan sambung lagi nanti.
Salam sayang.