Memaparkan catatan dengan label migraine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label migraine. Papar semua catatan

Selasa, 4 Disember 2018

Mengapa selalu pening atau sakit kepala?

Adakala sakit kepala yang datang tu kita menyangka mungkin sebab kurang tidur, atau cuaca yang sangat panas...atau mungkin juga sebab kurang air.

Tapi pernah tak kena sakit kepala yang kerap? Adakala lebih teruk bila rasa nak pitam...gelap dunia seketika.

Image result for headache
Sakit kepala yang teruk?

Pada satu ketika saya pernah diserang sakit kepala yang berlarutan....sekali skala nak pitam pun ada. Puas dah cari jalan dan makan vitamin tapi tak juga hilang....


Akhirnya saya buat keputusan cek darah. Saya dan suami suka buat health basic screening di BP Lab sebab adakala ia ada offer yang menarik. Macam sekarang.... Boleh lihat sini.

Bila dah dapat result hasil check up....saya dapati HB saya rendah. Maka saya dapatkan konsultasi dari Dr Anya.

Selepas doc tanya diet harian saya...baru saya jumpa kelemahan menu harian saya.


Rupanya kita tak digalakkan minum air teh bersama makanan kerana pengambilan yang berterusan akan menyebabkan penyerapan zat besi tak dapat dilakukan dengan baik maka HB akan makin rendah.


No wonder la selalu pening dan sakit kepala.


Saya kerap amik Cinch Tea Shaklee sebab nak energy dan kurus. Rupanya sehari hanya boleh amik sepeket sahaja ok. Saya dah silap la selama ni....



Sejak dari tu saya tukar cara....


Alhamdulillah atas tips dr Anya, HB saya semakin meningkat dan stabil.


Nanti saya share vitamin apa yang membantu saya cepat recover.

Stay tune.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JADI MEMBER Shaklee
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 8 Oktober 2016

Kurus dengan teh hijau!

Cinch Tea Shaklee


Masa saya dapat peluang duduk semeja mesyuarat dengan owner Shaklee Mr Roger Barnett, kami semua dihidangkan dengan teh panas sebagai pemanis mulut petang itu. Tapi percaya atau tidak, Mr Roger Barnett mengeluarkan paket kuning hijau dan bancuh dengan sebotol air mineral. 
Gulp...owner pun minum Cinch Tea!

Ramai peniaga hanya manis mulut pandai berjual. Ada tu tak pernah cuba pun produk yang mereka kongsi atau jual. Hanya memikirkan keuntungan yang bakal diterima. Tak lebih dari itu. 

Namun Mr Roger lain...Beliau beli syarikat Shaklee kerana dah lihat perbezaan kualiti setiap produk yang dihasilkan. Orang kaya seperti beliau boleh aje beli syarikat supplement lain tapi beliau memilih Shaklee dan hebatnya beliau AMALKAN produk Shaklee!

Ok back to my own story .. Cantik kan bekas kuning pokkodot tu? Ya saya mengisi Cinch tea dan Nutriferon di dalam bekas itu supaya ia sentiasa menarik perhatian nak amik sepeket.

Tahu tak peket kuning hijau itu ialah Cinch Tea Shaklee?

Minuman ini saya jadikan pembuka selera bila berpuasa.

Minuman ini saya jadikan minuman jika badan keletihan.

Minuman ini saya jadikan penenang bila sakit kepala.

Minuman ini saya jadikan penghilang dahaga di siang hari.

Minuman ini saya jadikan pembakar tenaga untuk kekal sihat dan slim!


Ianya sangat sedap bila diminum sejuk dan ditambah sedikit madu! Fuh, kesedapannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana air yang dijual sepanjang bulan ramadhan.  Saya minum ini setiap kali berbuka puasa supaya kekal bertenaga nak solat terawih nanti.

Jika tak puasa? Adakala bancuh dengan protien Shaklee untuk dapatkan rasa seolah-olah teh tarik!

Kenapa rajin sangat minum Cinch Tea Shaklee? Kerana KANDUNGAN nya!!!

Bahan-bahan daripada Cinch Energy Tea Mix:

Taurine - sejenis asid amino

Maltodextrin - polisakarida yang dihasilkan daripada kanji jagung

Rooibos Ekstrak Teh Merah - satu tumbuhan asli (herba) hanya terdapat di kawasan pergunungan Cedarburg Afrika Selatan ... dikenali sebagai "The Miracle Tea" atau "Long Teh Life"

Ekstrak Teh Hijau - gabungan anti-oksida

 Ekstrak   Teh Putih- bentuk diproses kurangnya teh

Serbuk Teh Hijau Matcha - gred tertinggi Jepun teh hijau (hijau daripada makanan super hijau "

Shaklee Energizing Teh juga mengandungi teh hijau putih, merah dan Matcha eksotik
membuat minuman yang luar biasa dan ia adalah selamat, semula jadi, sihat, dan berkesan alternatif untuk meningkatkan tenaga!

Segala bahan yang terkandung dalam Cinch Tea Shaklee ini hakikatnya sangat bagus untuk anti mirobial, anti karsinogen, anti radang, detoxifiers , memberi tenaga dan paling best membantu stimulate membakar dan membuang lemak!*

Yes! Buang lemak!

Paling best tentang Teh Hijau Shaklee, ia tak buat kita asyik ke toilet untuk membuang seperti sesetengah teh hijau!


Nak cuba? Boleh beli dengan kami di sini 
Cinch Tea Shaklee


Jom sihat dengan Teh Hijau Shaklee!





Isnin, 1 Ogos 2016

Ostematrix - testimoni sendiri.

Ostematrix adalah kalsium magnesium produk Shaklee yang memang antara hot selling item.

Masih ingat dulu masa memula saya diperkenalkan oleh staff Shaklee tentang Ostematrix.

'Cubalah N, best tau kalau makan sebelum tidur...insyaALLAH senang sangat nak bangun !"

Hmm masa tu saya beli untuk mengesahkan kebenaran kata staff tersebut.

Ditambah masa tu saya berada di Kuala Lumpur di kala suami saya masih bekerja dengan syarikat minyak gergasi Malaysia. Rutin harian saya waktu tu pula perlu bangun awal sebab nak sediakan bekal untuk suami saya makan tengahari.

So bila dah rasa sendiri kesan Ostematrix memang buat saya lebih yakin!

Apa lagi kesan Ostematrix yang saya lalui?

1. Migrain memang dah lama tak kena.

2. Senggugut sampai nak tergolek [ zaman sekolah] pun hilang.

3. Sakit gigi pun dah kurang.

4. Badan tak lenguh walaupun kurang tidur.

5. Susubadan juga meriah untuk Nasa.

Ya lepas tu saya mula share pasal Ostematrix dengan kawan-kawan, ahli keluarga dan customer. Mereka turut menyukai Ostematrix.

Paling best, TIADA lagi sembelit!!!!


Nanti jika ada kesempatan saya akan cerita lebih lanjut bagaimana Ostematrix membantu kesihatan yang lebih optimum!


Jom baca LEBIH INFO OSTEMATRIX DI SINI.


So bermula Ogos 1 sehingga 31 , ada promosi menarik !

Jika ahli, harga pasti lebih murah :)
Berminat nak jadi ahli whatsapp 0128535689 dan kami akan call anda.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Kuala Terengganu.

  Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 20 Ogos 2015

Lebih bertenaga, mengenyangkan dan tubuh lebih ringan dengan Cinch Shaklee?

Kalau dulu saya kurang berselera sangat minum Cinch Vanila berbanding Cinch Latte....

Tetapi selepas dah ada resepi dari anak didik kami iaitu Master Wina, terus ia menjadi satu minuman kegemaran sebelum kami mulakan rutin harian.

Minggu ni anak-anak exam...so kami kena uruskan mereka awal dan yang paling best dapat lakukan aktiviti morning walk sejauh 4 km.

Memandangkan perlu keluar awal, maka selepas menyiapkan minuman anak-anak iaitu Tripple Gems Shaklee [ ESP + Performance drink + Meal Shake] , kami akan bancuh Cinch Vanila bersama Cinch Tea sebagai minuman permulaan harian kami.

Selepas hantar anak-anak, kami berdua ke taman awam....berjalan mengelilingi tasik sebanyak 5 round. Hari permulaan aje kami mulakan dengan 3 pusingan as warm up.

Apa yang saya dapati bagusnya Cinch ini diambil sebelum aktiviti bersenam...ia sangat membantu membakar kalori dengan sangat cepat. Memang berpeluh dan rasa lebih ringan serta bertenaga.

Selepas makan tengahari saya akan ambil 1-2 peket cinch tea dibancuh dengan air sejuk terutama cuaca sekarang kan panas...supaya tak mudah letih dan mengantuk. Ya alhamdulillah setakat ini memang sangat membantu saya menguruskan aktiviti petang kami.

Bagi anda yang ingin bentuk badan yang menarik, mencari supplement yang membantu menjadikan diri lebih bertenaga....saya dengan serius rekomen untuk anda ambil Cinch Shake dan Cinch Tea.

Serius berbaloi....


Mengapa kita nak biarkan badan letih, moody malah bila stress badan mudah sakit?

Apa kata cuba Cinch Shake dan Cinch Tea Shaklee... saya percaya anda akan dapat rasa perbezaannya!


Shaklee Muar


Untuk ready stok di Miri dan Muar, boleh hubungi kami di talian 0128535689.


#ShakleeMiri
#ShakleeMuar




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 28 Oktober 2014

Testimoni ESP : Kesan ketara ESP pada saya......


Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula supplement pertama Shaklee yang saya amik....16 tahun dahulu ESP adalah produk pertama yang menawan hati saya.


anakkuwiraku.com
ESP wajah lama.....


Tapi kini ESP telah berwajah baru..di dalam canister plastik yang boleh dipakai semula. 



Bayangkan dari tahun 90 an saya dah mengenali Shaklee dan dari supplement syarikat ini telah buka mata saya pentingnya makanan yang seimbang dalam kehidupan seharian.


TESTIMONI ESP SAYA :

Kesan ketara yang boleh saya katakan selepas mengambil ESP ini adalah ia membantu mengurangkan sakit migraine saya. Selepas mengenali ESP Shaklee saya tidak lagi bergantung dengan pil tahan sakit atau panadol bila sakit kepala.

Jika sebelum mengambil supplement saya mudah mengidap migraine....dan kini alhamdulillah sangat jarang sekali.

Selain tiada lagi tompok hitam bekas jerawat, kesan paling ketara sekali dengan pengambilan ESP saya dapat rasakan kesan yang ketara pada keserasian Shaklee Collagen Powder [ SCP]. Jika dulu saya memang alah dengan kolagen... so saya terpaksa mengamalkan sekali sekala [ tidak setiap hari] kerana saya mudah mendapat jerawat halus disebabkan kolagen ini dari sumber laut.

Namun selepas saya amalkan bancuhan ESP dan Kolagen Shaklee bersama-sama sebelum tidur, alhamdulillah ia sangat serasi. Paling saya suka pori-pori semakin halus dan ia mengurangkan black head dengan sangat ketara. Jika dulu saya perlu scrub untuk 2-3 kali seminggu, kini tak perlu selepas saya makan ESP dibancuh dengan Kolagen Shaklee.

Nak paling best, suami saya akui tapak kakinya kini semakin elok dari sebelum ini...maklum tapak kaki lelaki kan kasar tapi selepas amalkan ESP dan Kolagen bersama, kulitnya semakin elok.


Kalau masa menyusu, ESP saya akan habiskan 1 canister sebulan sebab anak-anak saya kuat menyusu dan ESP sangat membantu stimulate milk dengan cepat untuk saya.



Alhamdulillah saya dah rasai kelebihan ESP Shaklee.
Anda mahu mencubanya? Text saya untuk saya jika ingin mencubanya!





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 3 Mac 2014

Shaklee Miri : Dia pikat saya dengan ESP

Setiap orang punya cara tersendiri nak pikat hati orang tersayang... dan untuk saya pastinya kenangan zaman U paling banyak tersimpan dalam memori ini. Orang lain maybe dapat bunga tapi saya...suami saya pikat dengan ESP Shaklee!!!!


Saya memang seorang yang aktif dalam projek kolej. Memang minat jumpa orang, dan biasanya saya adalah bahagian tajaan. Alhamdulillah setiap projek kolej saya usahakan dapat tajaan dari badan2 besar dan alhamdulillah tiada yang menghampakan.

Atas dasar inilah kami akan berkawan dengan senior2 kolej dan supper sama-sama dengan mereka.

Bermula dengan projek-projek kolej saya mengenali suami saya... habis meeting atau habis belajar kami akan makan untuk supper lebih kurang jam 11 malam. Kami makan ramai2 dengan geng projek atau geng study. Pastinya Faiz roomate saya sentiasa menjadi peneman saya.


Faiz, Saya dan Azrin.



Bila kenang balik cara makan di kampus dulu.. makan jam 11 malam ...hari hari pulak tu. Nasib lah badan tak naik!
Bermula pada satu malam Faiz kena senggugut yang teruk. Mulalah sesi kami kenal dengan Shaklee...bila abang Naquib [ senior projek] buka cerita tentang bagusnya kalsium. So Faiz ni pun beli dan jadi ahli.

Waktu yang sama sejak dari itu, abang Naquib akan bancuhkan milo saya dengan ESP. ESP itu abang bawak dari rumah diletakkan dalam botol vitamin yang kosong. So ia akan dituangkan dalam minuman saya boleh kata setiap malam selepas kami dikenalkan tentang Shaklee.

Mulalah rasa cemburu sebab abang tak ajak saya join member! Apa alasannya? Takkan nak amik kesempatan kat girlfriend? Hmm oklah. Selepas beliau habis belajar dan nak masuk alam kerja, saya decided nak join member. Dan pastinya abang belanja!

Siapa sangka sebab bancuhkan ESP dan milo setiap malam itu benar2 dapat pikat hati saya untuk setia dengan Shaklee sehingga hari ini!

Oh ya, kenapa sebenarnya abang bancuh ESP dan milo tu? Sebab dia tahu saya sering kena migrain. Menurutnya ESP membantu penghasilan sel yang sihat. Kita masa tu bukannya student Medic, tak amik port sangat...cuma yang pasti nak sihat.

Alhamdulillah dah jarang sangat kena migrain dan paling pasti bertahun saya tak makan panadol!

Alhamdulillah sampai sekarang kami minum ESP dan anak-anak pun menjadikan ianya habit minum sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.

Kami memang amalkan dan sangat suka dengan ESP. So anda yang nak cuba amalkan pemakanan sihat should try ESP !





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 18 Jun 2009

Gosip panas!

Ramai orang terkejut kerana saya masih bertahan dengan satu produk selama hampir 9 tahun menggunakannya. Setakat ni alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bersama Shaklee dan saya berdoa biarlah ianya kekal hingga hujung nyawa.
Shaklee banyak membantu mengubah hidup saya... dulu seorang yang selalu sakit sepanjang tempoh belajar di universiti berubah menjadi seorang yang sihat. Saya dulunya kerap tidak hadir ke kuliah dan tutorial kerana migrain yang sangat teruk. Sejak menggunakan produk Shaklee kini saya sudah tiada migraine lagi, alhamdulillah syukur ya Allah! Jika dulu zaman saya belajar, wajah saya dipenuhi dengan bintik2 merah di pipi selain jerawat dan adakala mempunyai jerawat batu yang sangat besar... manalah mampu nak menggunakan produk kulit yang berjenama kerana saya hanya mempunyai ibu yang bekerja itupun sekadar kerja kilang manakala arwah abah sudah lama meninggalkan kami. Apabila menggunakan Shaklee, ramai kawan di kolej yang berminat nak mencuba, saya terus menjadi ahli dan memberikan semua teman2 saya membeli dengan harga ahli. Bukan sekadar itu sahaja, saya tiba2 berminat untuk mengetahui punca2 setiap penyakit dan dari situ saya berkenalan dengan Aya, seorang pesakit kanser otak@ tumor otak. Apabila beliau juga mendapat dan merasakan kebaikan Shaklee atas perubahan yang ketara pada dirinya, saya dikenali sebagai doktor yang tak bertauliah di Kolej kediaman Keempat. Ramai juga staf kolej yang membeli vitamin melalui saya. Mengapa mereka percaya saya? Hehehe ini kerana saya suka berkongsi membaca buku kesihatan dengan mereka terutama buku Dr. Bruce Miller. Sehingga kini saya amat meminati tulisannya.

Ramai teman terutama di kalangan doktor yang berminat mahu saya mencuba produk yang mereka gunakan iaitu produk selain Shaklee tapi saya tak berani nak mencuba kerana saya tahu kebanyakan produk kesihatan dalam pasaran adalah produk yang baru, dan belum mempunyai track record setaraf Shaklee. Maka saya tak berani untuk mempertaruhkan nyawa saya pada sesuatu yang belum pasti keberkesanannya.

Baru2 ini ada seorang teman memperkenalkan produk A*** dan hanya kerana ia mudah dtelan maka kawan ni kata ia produk bagus. Bila tanya siapa kata bagus? Jawapan yang paling senang, doktor yang membuatnya la.... namun berapa tahun dalam pasaran? 10 tahun? 20 tahun? Belum lagi masih baru dan ramai orang sangat suka kata kawan ni. Saya kata, kelebihan rakyat Malaysia ialah sangat suka mencuba tanpa memikirkan kesan. Ada seorang pengguna produk ni kata penyakit dia nampak lebih baik bila makan produk baru ini...berbanding Shaklee, pada saya ianya hanya psikologi semata2. Dalam Shaklee ada produk yang antara bagus kesannya adalah nutriferon. Jika seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang berlarutan walaupun dah mengamalkan produk asas Shaklee saya akan pastikan pesakit ini mengambil nutriferon agar kesannya lebih ketara. Ini lebih baik daripada pesakit asyik menukar produk dan kesannya adalah ke atas badan pesakit pada masa akan datang.
Tapi ye lah setakat mana orang rajin nak membaca buku kesihatan? Orang kita lebih gemar gosip panas dan ceita buruk orang berbanding ilmu yang bermanfaat. Saya pun tak pernah marah jika orang itu tak berminat dengan Shaklee kerana bukan semua manusia mendapat taufik dan hidayah. Namun saya tetap doakan mereka yang mencari produk kesihatan yang terbaik akan menemui Shaklee dalam hidup mereka.

Makanlah produk yang berkualiti di samping ianya halal. Jika tiada ilmu, maka carilah kerana ilmu bermanfaat adalah antara 3 amalan yang takkan putus bila matinya seorang anak adam.