Memaparkan catatan dengan label hernia; angin pasang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hernia; angin pasang. Papar semua catatan

Khamis, 4 Mac 2010

Hernia atau angin pasang



Pengalaman ibu dengan dua anak bujang ibu yang lahir tak cukup bulan;

Dua2 anak ibu ada hernia dari kecil.. lahir tak cukup bulan so kebarangkalian dapat memang tinggi.

Bak kata orang, anak first kita tak banyak experience, doc kata operate, then kami setuju sahaja sebab tak tahan tengok dia menangis bila ianya membengkak. Masa umur dua bulan operate..sayu bila teringat. Sebab doc anestetik tak tahu dia tak cukup bulan maka dia tak sedar selama 3 jam selepas operate. Lepas operate, ibu jaga makan, semua vit ibu amik dengan cukup supaya susu ibu penuh dengan vitamin so that baby cepat recover dari operation.

Anak kedua dah belajar dari pengalaman...ibu tak bagi doc operate, ibu guna cara tradisional. Ada doa yang bidan bagi saya amal... dan tuamkan dengan sirih. Ada orang tuam tapi caranya kurang betul..bidan ibu ajar, tuam yang betul ialah... amik daun sireh, dibasuhkan dengan selawat. Then amik iron, layukan sedikit daun2 sireh tadi seterusnya renyuk2kan dalam tangan sehingga keluar air then tuam kat tempat yang bengkak tadi. Doa Nurbuah jika tak silap, doa yang disuruh amal. Alhamdulillah tempat bengkak itu surut ...makan masa 2-3 bulan juga saya tuam. Tapi berbaloilah...anak kedua tak melalui operation.


Salam sayang dari ibu