Memaparkan catatan dengan label Set Cergas Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Cergas Minda. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2020

Kenapa saya beri anak saya makan Omega?

Salah satu vitamin yang saya memang makan sejak mengandung ialah minyak ikan atau nama Omega. Saya cuma tahu ia bagus untuk otak anak dan pembentukan otak kan sejak dari dalam perut lagi.



Bila anak lahir saya masih terus makan Omega kerana saya tahu ia akan disalurkan melalui penyusuan susuibu.

Lepas anak setahun saya bagi dan saya ajarkan mereka ni kunyah...sebab ia dalam capsule. Kenapa saya bagi? Sebab EPA dan DHA ini sangat penting untuk pembentukan otak anak.

Saya menjadikan Omega ini vitamin penting untuk anak. Mereka ni pula mudah kena asma terutama kalau cuaca sejuk. Saya akan beri untuk pastikan chest mereka keep warm. Alhamdulillah takde la mudah sejuk di tengah malam waktu tidur.

Kalau mereka nak pergi swimming, kami bagi mereka sebelum masuk kolam. Sangat membantu supaya lepas keluar kolam, takde la mereka sejuk dan asyik bersin.

Hingga kini kami bekalkan Omega dan ia  sangat membantu untuk mereka menghafal.


Alhamdulillah rezeki bulan ni ada offer dengan Omega.

Promo Januari 2020

Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?

Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 Januari 2020

Adakah kita beri perhatian dalam proses pembesaran anak kita?

Semua ibu bapa melalui proses belajar membesarkan anak. Ini kerana proses ini tiada dalam buku teks sekolah. Ia adalah proses langsung dalam kehidupan. Sama ada sedar atau tidak, semua yang berlaku memberi pengajaran pada ibu ayah.

Ramai ibu ayah hari ini yang bekerja....dan adakala beberapa perkara menjadikan mereka terlepas pandang hinggalah berlaku sesuatu baru menjadikan ibu ayah sedar apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Tumbesaran anak

Mahu atau tidak,  kita kena faham yang anak kita sedang melalui proses membesar. Berbeza dengan dewasa, proses tumbesaran bukanlah masalah utama. Maka untuk anak, ibu ayah kena alert dengan pemakaian anak termasuklah baju dan seluar/skirt  yang dipakai, pakaian dalaman dan saiz kasut dan sandal yang dipakai.

Tidaklah elok mata memandang bila anak kita memakai pakaian yang sendat. Sebenarnya dah tiba masa untuk belikan mereka pakaian yang lebih sesuai dengan umur dan saiz badan anak.
Ada ibu ayah tak ambil berat langsung dengan pakaian dalam anak mereka. Begitu juga dengan kasut yang si anak pakai.

Zaman sekarang dengan pemakanan yang diberi kepada anak membuatkan mereka cepat membesar. Maka kena alert setiap 6 bulan pakaian mereka dan keperluan asas mereka. Jangan biarkan mereka memakai pakaian yang tidak selesa agar tidak mengganggu perkembangan emosi mereka.


Keperluan lain anak....

Mempunyai anak bermakna mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik jiwa manusia yang Allah anugerahkan pada ibu ayah.

Kena ambil berat benda remeh seperti cadar bilik berapa kali perlu ditukar, tuala mandi perlu berganti setiap beberapa hari, berus gigi perlu diganti bila dah tiba masa... Ada ibu yang tak sedar berus gigi anaknya sudah berkulat dengan sangat teruk. Allah....kesian si anak.


Bukan hanya fikirkan makanan si anak setiap hari ataupun pentingnya anak jadi pandai...tapi kena pastikan anak mendapat makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan mereka terdedah dengan makanan  segera yang tidak sihat untuk mereka seperti sosej, daging burger yang dibeli, nugget ayam, maggi ... kajian mendapati anak yang terdedah dengan makanan sebegini boleh mendapat 2 kebarangkalian....lebihan berat badan [ obesiti] atau terbantut.

Ibu ayah kena sedar pemakanan anak bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran anak tetapi perkembangan otak mereka juga boleh terjejas jika tidak pastikan mereka mengambil makanan yang seimbang.

Anak kita akan mempunyai personaliti diri melalui apa yang kita bentuk mereka sejak kecil. Ibu ayah yang mencorakkan peribadi si anak. Kita sebagai ibu ayah perlu menyediakan semua keperluan si anak agar mereka sihat dari segi jasmani dan rohani.

Siapa kata mudah besarkan anak? Sebab itu apa yang kita ada sebagai anugerah dari Allah ini perlu dihargai. Ramai yang mahukan anak, tapi rezekinya belum sampai. Namun ada segelintir yang ada anak, tidak menghargai anugerah terindah ini.


Dan ibu ayah, setiap hari pastikan ada ruang khas untuk mendoakan kebaikan, kesihatan dan kejayaan anak-anak kita. Jangan biarkan hari berlalu tanpa doa untuk anak. Sebagaimana kita mendoakan mak ayah kita, maka begitulah kita kena doa untuk anak. Wallahu alam.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Anak satu anugerah terindah.



Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 13 Ogos 2018

Melahirkan generasi minda cerdas.

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan... antara perkara penting yang kita perlu ambil perhatian adalah aspek pemakanan mereka.

Anak yang nak amik exam...persediaan bukan sahaja perlu sihat tubuh badan tetapi mempunyai fikiran dan minda yang positif serta emosi yang stabil....

Fikiran dan minda yang positif boleh dihasilkan dari tubuh badan yang sihat dan otak yang mampu fokus pada apa yang dibaca dan mudah memahami apa yang dipelajari.

Pengambilan protein sangat penting untuk proses tumbesaran dan proses baik pulih sel dalam tubuh manusia. Kita sedia maklum di mana badan kita boleh menghasilkan protein hasil dari ikan, ayam , telur, sayuran kekacang boleh diambil dari diet harian kita. Walaupun demikian, badan kita memerlukan 9 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari luar seperti supplement demi menghasilkan sel yang lebih sihat.

Pernah dengar kenyataan , minyak ikan mengandungi DHA dan bagus untuk otak...ya kepada anak yang bawah 12 tahun, pengambilan Omega atau nama mudah minyak ikan membantu meningkatkan keluasan " grey area" dibahagian otak. Semakin besar 'Kawasan kelabu' itu maka dikatakan otak anak tadi menjadi semakin kreatif dan mampu berfikir diluar kotak. Sebab itu ibu mengandung masuk 2nd trimester doktor akan sarankan amal minyak ikan supaya ia terbentuk sejak dari rahim lagi.

Bagaimana pula dengan Lecithin? Lecithin adalah vitamin yang sumber dari soya...yang mana membantu peningkatan cecair kolin yang diperlukan untuk penerimaan maklumat melalui nuerotransmitter di dalam otak. Maka ini membantu anak mudah 'catch up' [tangkap] apa yang dipelajari dan secara langsung akan mudah menghafal.

B complex juga penting dalam memainkan peranan untuk hasilkan pelajar yang bertenaga dan emosi yang sihat serta minda yang lebih fokus. Pelajar yang sering rasa letih dan tak bermaya akan mengalami masalah untuk fokus apalagi mengingat apa yang mereka pelajari.

Menu harian takkan lengkap jika tiada buah-buahan sebagai sumber vitamin C. Vitamin C penting dalam membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh kerana kita sentiasa terdedah dengan banyak pencemaran pada hari ini termasuklah penyakit yang merbahaya.
Untuk anak yang akan mengambil peperiksaan pastinya kita mahukan mereka sihat dan bebas dari sebarang penyakit supaya tak menggangu suasana mereka semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.

Sesungguhnya sebagaimana penting vitamin untuk ibu mengandung demi pembesaran anak dalam kandungan, begitulah pentingnya vitamin untuk anak yan sedang membesar.

Wallah alam



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Vitamin untuk seisi keluarga.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Mencari karier baru?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 


📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 26 Februari 2018

Vitamin B Complex bantu anak belajar dengan lebih fokus?

Kami dinner di luar tadi....kesian melihat sorang staff ni...mungkin dah terlalu penat jadi beliau tak dapat nak fokus apa yang customer request. Kami minta set sudu garfu untuk 2 orang...beliau  hantar dalam keadaan macam mamai.... sampai di meja hanya garfu yang dihulurnya. Ya beliau dah terlalu penat sebenarnya.

Ya bila badan dah terlalu letih sebenarnya otak kita pun tak dapat nak fokus pun pada apa yang kita sedang buat. Sebab tu pentingnya makanan yang sihat, sedikit senaman dan supplement tidak kurang penting untuk diambil setiap hari.

Tidur adakala memang tak dapat 8 jam...namun jika kita dapat tidur yang berkualiti insyaALLAH mood kita masih baik dan kita bersemangat nak buat kerja atau tugas kita.

Ramai yang tak sedar badan mereka keletihan yang melampau sehinggalah ada sesetengah sehingga jatuh sakit....

Sebenarnya antara vitamin penting yang bagus kita amalkan adalah B complex.

Apa yang saya notis pengambilan B complex membuatkan kami lebih ceria dan punya mood yang baik. Begitu juga dengan anak-anak....pengambilan B complex bantu mereka lebih fokus pada pembelajaran mereka.

Ini saya akui kerana saya memang amal makan B complex sejak zaman study kat Universiti Malaya lagi. Pengambilan B complex dan Lecithin yang konsisten membantu saya fokus pada subjek yang saya ambil zaman belajar dulu.






So untuk mak dan ayah yang ada anak bersekolah, boleh bekalkan mereka amalkan makan supplement seperti Omega, Lecithin dan B complex yang membantu mereka fokus dan lebih mengingat pada apa yang mereka belajar.


Selain membantu anak kita fokus ia juga bantu anak kita ceria dan kekal aktif sepanjang hari.

Selamat mencuba.








♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 26 Mac 2017

Mahir sifir dalam 1 jam.

Dulu saya pun tak percaya bila orang cerita anak pandai sifir dalam 1 jam.
Tapi selepas lihat anak saya sendiri berjaya lakukan... ya teknik ni sangat bagus.

Saya rekomen pada mak ayah yang ada anak yang tak hafal sifir cuba attend program Bijak Sifir Teknik Roya.

Alhamdulillah Nasa dah dapat menguasai sifir. Lega ibu dia....



Bersemangat buat latihan sifir.






Buku teks panduan untuk mak ayah. Dijual pada hari kursus.




Bersama founder Teknik Roya.




Jika anak anda dah hafal sifir tapi selalu silap menulis jawapan...ini tandanya mereka kurang kolin dan inositol...maka anda boleh dapatkan Vitamin Lecithin untuk mereka dalam membantu mereka lebih cekap menyampai maklumat.