Memaparkan catatan dengan label Lecitin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lecitin. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mac 2023

Set Puasa Shaklee untuk lebih bertenaga.

Saya baru kongsikan tentang Set Puasa Shaklee dan lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Set Puasa Shaklee untuk lebih bertenaga.Sejak PKP saya kami dah mula sahur yang simple sahaja. Sebab PKP kita tak boleh keluar rumah. Kalau nak pergi beli barang dapur limit 2 orang aje boleh pergi. Masa lain banyak duduk rumah aje.

Untuk anak-anak mungkin pada mereka duduk rumah, makanan sentiasa ada. Kalau ingat memula PKP mana ada food panda ke grab ke...semua kena masak sendiri. Mak ayah kena masak dan mereka juga kena mengajar anak-anak dirumah.

Jadi macam saya, kalau boleh sahur yang simple aje sebab dah tak larat nak makan berat.

Saya rasa sejak PKP la kami fokus dengan produk Shaklee semata-mata. Set Puasa Shaklee sangat sesuai untuk lebih bertenaga.

 

Set biasa untuk breakfast

Tripple gem adalah set biasa kami amik dulu. Dari anak masuk sekolah rendah, minuman itulah saya berikan anak saya sebagai sarapan pagi. Tak de alasan mengantuk.

Tahun ni kami berpuasa dengan Set Puasa Shaklee iaitu Set 1-2-3.

Set Ramadhan Shaklee

Paling penting set ini mengenyangkan. Beri lebih rasa tenaga. Ini kerana ia mempunyai low glisemik index. Memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sepanjang saya buat puasa ganti 

saya memang amalkan campuran ESP Shaklee dan Cinch Chocolate kerana suka dengan rasa lemak dalam minuman ini.

Cuma memandangkan Performance Lime baru aje masuk dalam pasaran, maka baru ni la baru saya order untuk persediaan Ramadhan akan datang ini. Mana mungkin cukup 1 canister jika ianya dibuat untuk minum waktu sahur sebagai persediaan nak berpuasa dan minuman air waktu berbuka puasa.

Minuman Isotonik

Sebenarnya Performance Drink ni sangat bagus untuk diambil oleh ahli sukan. Malah jika ada ahli keluarga yang demam atau cirit birit , sangat bagus jika diberi air bancuhan Performance Drink. Ini bermakna ia sangat sesuai untuk setiap isi rumah.

Bulan ini Shaklee memperkenalkan Puasa 1-2-3 set sebagai Set Berpuasa Shaklee untuk tahun  2023. Pembelian set ini juga akan mendapat Shaker Shaklee Hijau secara Percuma. Bertambah mudah kita bersahur atau berbuka dengan shaker yang ada sukatan air.

 

Jika anda berminat nak jadi ahli atau hanya nak mendapatkan Puasa 1-2-3 Set sempena Ramadhan ini, boleh la terus mesej saya di TALIAN INI.

 

Jemput Like FB Page saya Better You Better World

atau FB personal saya Norita Idris



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 14 Februari 2023

Jom Sihat dengan Set Kurus Shaklee

Beberapa diet plan yang sangat popular hari ini antara lain adalah Suku-suka Separuh, Intermittent Fasting dan Keto. Ia menunjukkan rakyat Malaysia secara beransur-ansur telah mula ada kesedaran nak menjaga kesihatan dan tubuh badan. Namun tahukah anda, setiap diet plan adalah bagus jika disokong oleh vitamin dan supplement supaya tubuh  badan  kita mendapat zat nutrisi yang seimbang walaupun kita sedang berdiet. Kerana hakikatnya bila kita berdiet , secara langsung ada banyak kekangan untuk kita lengkapkan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan.

Jika anda adalah pengamal diet Intermittent Fasting pastinya adakala kita tak dapat nak pastikan dalam diet kita telah mendapat semua vitamin dan zat yang seimbang.Teringat saya , sharing dari Coach Gula , Master Puteri.... Jika kita mempunyai pilihan antara telur rebus dan ESP Shaklee, adalah lebih baik amalkan ESP Shaklee kerana ia mempunyai 9 amino asid perlu  yang diperlukan oleh badan namun tidak dapat dibuat oleh badan. Suka saya nak share antara asid amino dalam ESP adalah Histidine. Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Berbalik kepada Set Kurus Shaklee, set ini boleh didapati dengan nama popularnya Hello New You Set.
Ia mengandungi 4 jenis vitamin yang sangat menyokong mereka yang nak sihat , yang berusaha menjaga diet dan mereka yang nak kurus.
Set Kurus Shaklee
Hello New You Set dari Shaklee.



Antara produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee ini adalah Mixed Soy Protein Chocolate Shake, atau nama popular Cinch Chocolate, Omega Guard Shaklee, Lecithin dan Herb Lax. Setiap vitamin ini mempunyai manfaat yang menyokong diet plan seperti Diet Suku-suku Separuh, Intermitten Fasting dan Keto.


Set Kurus Shaklee
Cinch Shakes Shaklee


Cinch Chocolate 

Cinch Shake adalah minuman yang berasaskan protien untuk menggantikan makanan sepanjang kita berdiet. Perasa Cokelat adalah Cinch Shake yang paling rendah GI. Bermakna kita kenyang lebih lama. Cinch Shakes perasa Chocolate ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Leucine.
Leucine adalah sejenis Asid Amino , yang mempunyai rantaian isoleucine dan valin. Leucine dikatakan sangat membantu untuk kita dapatkan penurunan berat badan maka ia pastinya sangat penting dalam Set Kurus Shaklee.


Set Kurus Shaklee
Kebaikan Cinch Shake

Saya sendiri sangat suka dengan Cinch Chocolate, saya jadikan ia meal replacement untuk gantikan nasi. Ia juga membantu badan kita tidak menjadi flabby bila dah mula kurus. 


Omega Guard Shaklee
Set Kurus Shaklee
Omega biasa dalam bentuk capsule



Bila kita cerita Set Kurus Shaklee, pastinya kita perlukan supplement yang membantu bakar lemak terutama lemak tepu. Saya sangat suka dengan Omega Shaklee. Omega Shaklee membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega-3 tulen. Omega Shaklee disuling berganda untuk memastikan kepekatan dan ketulenan melalui proses moden. Mengapa Omega Guard sangat bagus bila kita amalkan Intermittent Fasting kerana ia membantu menyokong kesihatan sendi, membantu mengawal berat badan, mengurangkan sakit kepala kerana ia bersifat anti radang.


 Lecithin

Lecitin ni juga berbentuk capsule macam Omega juga. Lecithin sebenarnya membantu mengurangkan kita terkena risiko penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease serta risiko arteri yang mengeras. Kalau kita sedar, semasa amalkan Intermittenr Fasting kita tak mampu nak dapatkan banyak khasiat makanan kerana kita sedar makanan yang terhad ditambah kita nak kawal makan. Maka Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah nyanyuk.


Herb Lax

Perasan tak, bila kata kita buat diet IF atau Keto ke, matlamat jelas untuk dapat berat ideal. Maka kerana itu Set Kurus Shaklee mengandungi Herb lax sebagai bahan yang bantu membersihkan usus dan perut.
Adakala bila kita amal diet IF, antara masalah yang biasa orang akan hadapi ialah masalah pembuangan. Maka Herb Lax sangat membantu.  Dalam Herb Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba.Herb Lax mempunyai sifat yang menggalakkan proses pembuangan menjadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut.
Set Kurus Shaklee






Bila kita buat Intermittent Fasting pasti kita nak dapat best result kan? So saya nak cadangkan pengambilan Set Kurus Shaklee ini bersama Vivix Shaklee. Kenapa Vivix Shaklee? Tahukah anda Vivix Shaklee ini bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogennesis kerana kandungan Polifenol dan Resveratrol di dalam Vivix. Bagusnya pengambilan satu sudu teh sehari Vivix dapat mengurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain ia juga membantu mengelakkan protien AGE terbentuk. Maka dengan ini sangat bagus untuk kita dapatkan berat yang ideal, selain amal Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.




Bulan ini pula, Shaklee ada offer yang menarik. Pembelian satu Set Hello New You akan mendapat 1 Cinch Chocolate secara percuma! Wah sangat mengujakan tau terutama bila kita dalam mode ready nak kurus dapatlah pulak benda yang menjimatkan.

Set Kurus Shaklee
Promosi Set Hello New You bulan Februari



Jika anda berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi kami di WASAP INI.





Selasa, 20 Ogos 2019

Berkongsi tanpa prejudis

Masa zaman Universiti, saya tak minat nak kerja part time sebab saya takde kenderaan. Tapi saya tahu ada beberapa benda yang saya perlukan namun rasa tak sampai hati nak minta kat arwah mak masa tu. Maklumlah arwah mak kerja kilang masa tu, ditambah ada lagi 6 adik yang juga perlukan belanja.
Saya nak beli vitamin Shaklee tapi saya tak nak meminta sana sini. Malu sebab kita dah dewasa dan ada kudrat. Takkan asyik nak harap orang aje kan?
Jadi saya study marketing plan Shaklee. Rupanya dalam marketing plan Shaklee, boleh dapat bonus tunai dan dengan duit ni boleh la saya beli vitamin saya perlukan sepanjang masa belajar.
Uniknya Shaklee ni, tanpa ada ahli tajaan pun boleh layak dapat bonus. Saya pulun buat sales dan saya merasa income 4 angka dari zaman study. Saya cuma fokus jual vitamin set cergas minda aje. Sebab kekawan semua aktif projek. So selalu tidur lewat dan letih. 
Tapi bila ada menaja, bonus lebih besar. Maka saya mula mengajak kawan -kawan, makcik2 kantin, staff pejabat menjadi ahli Shaklee supaya mereka pun boleh beli harga ahli dan dapat bonus macam saya.
Berkongsi tanpa prejudis. Saya teruskan berkongsi Shaklee dari zaman 1999 sampai la 2019.
Alhamdulillah Allah temukan saya dengan pelanggan yang setia malah ada antara mereka adalah kawan kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya dari dulu sampai sekarang masih amalkan.
Ya rupanya Shaklee menjadi karier saya dan suami pada masa sekarang. Alhamdulillah selain merasa trip percuma yang Shaklee sediakan, kami berpeluang bawa anak menjelajah beberapa tempat yang mereka minat dan berhajat sampai.
Ya sebenarnya mereka yang buat Shaklee secara sambilan pun boleh mendapat manfaat... sekurang-kurangnya boleh beli vitamin secara percuma melalui bonus yang Shaklee beri dan membantu orang lain juga sihat macam kita.
Buat dengan niat nak bantu diri sihat, keluarga sihat dan semua orang sekeliling sihat. Duit ni rahsia Allah. Buat hubungan baik dengan Allah, jaga kebajikan mak ayah dan jaga hubungan sesama makhluk, dunia akan datang dengan sendirinya.
Kunci kejayaan- sharing tanpa prejudis ðŸ¤—
Pengedar Shaklee sejak tahun 1999.
Norita Idris


Berniaga sambilan


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 13 Ogos 2018

Melahirkan generasi minda cerdas.

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan... antara perkara penting yang kita perlu ambil perhatian adalah aspek pemakanan mereka.

Anak yang nak amik exam...persediaan bukan sahaja perlu sihat tubuh badan tetapi mempunyai fikiran dan minda yang positif serta emosi yang stabil....

Fikiran dan minda yang positif boleh dihasilkan dari tubuh badan yang sihat dan otak yang mampu fokus pada apa yang dibaca dan mudah memahami apa yang dipelajari.

Pengambilan protein sangat penting untuk proses tumbesaran dan proses baik pulih sel dalam tubuh manusia. Kita sedia maklum di mana badan kita boleh menghasilkan protein hasil dari ikan, ayam , telur, sayuran kekacang boleh diambil dari diet harian kita. Walaupun demikian, badan kita memerlukan 9 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari luar seperti supplement demi menghasilkan sel yang lebih sihat.

Pernah dengar kenyataan , minyak ikan mengandungi DHA dan bagus untuk otak...ya kepada anak yang bawah 12 tahun, pengambilan Omega atau nama mudah minyak ikan membantu meningkatkan keluasan " grey area" dibahagian otak. Semakin besar 'Kawasan kelabu' itu maka dikatakan otak anak tadi menjadi semakin kreatif dan mampu berfikir diluar kotak. Sebab itu ibu mengandung masuk 2nd trimester doktor akan sarankan amal minyak ikan supaya ia terbentuk sejak dari rahim lagi.

Bagaimana pula dengan Lecithin? Lecithin adalah vitamin yang sumber dari soya...yang mana membantu peningkatan cecair kolin yang diperlukan untuk penerimaan maklumat melalui nuerotransmitter di dalam otak. Maka ini membantu anak mudah 'catch up' [tangkap] apa yang dipelajari dan secara langsung akan mudah menghafal.

B complex juga penting dalam memainkan peranan untuk hasilkan pelajar yang bertenaga dan emosi yang sihat serta minda yang lebih fokus. Pelajar yang sering rasa letih dan tak bermaya akan mengalami masalah untuk fokus apalagi mengingat apa yang mereka pelajari.

Menu harian takkan lengkap jika tiada buah-buahan sebagai sumber vitamin C. Vitamin C penting dalam membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh kerana kita sentiasa terdedah dengan banyak pencemaran pada hari ini termasuklah penyakit yang merbahaya.
Untuk anak yang akan mengambil peperiksaan pastinya kita mahukan mereka sihat dan bebas dari sebarang penyakit supaya tak menggangu suasana mereka semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.

Sesungguhnya sebagaimana penting vitamin untuk ibu mengandung demi pembesaran anak dalam kandungan, begitulah pentingnya vitamin untuk anak yan sedang membesar.

Wallah alam



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Vitamin untuk seisi keluarga.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Mencari karier baru?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 


📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 28 Mac 2018

Vivix Shaklee antara 10 produk jualan terbaik kami.

Ada 10 produk yang dikenali sebagai hot items dalam Shaklee produk....

Antaranya adalah Vivix Shaklee.

Walaupun ia dikatakan high end product, tetapi kerana keberkesanan dan manfaatnya, maka wang bukan menjadi ukuran.


Pengedar Shaklee Kubang Ikan Kuala Terengganu
Vivix Shaklee antara 10 produk jualan terbaik kami.



Berminat nak cuba Vivix? Kami sediakan konsultasi kesihatan untuk mereka yang berminat dapatkan produk ini dari kami.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 Februari 2018

B complex bantu naikkan kolestrol baik?

Sebelum ini saya sharekan tentang result health screening saya on liver dan kidney. Saya ada juga share kan result untuk kolestrol dan gula dalam darah saya dalam keadaan baik.

Di bawah ini adalah keputusan terkini kandungan kolestrol dan gula dalam darah yang saya ambil sebelum BLNC baru-baru ini.

Mengapa saya rajin sangat nak buat health screening? 

1. Sebab saya nak tahu keadaan buah pinggang dan hati saya. Ada yang kata makan vitamin boleh rosak 2 organ ni. 

Pada saya pendapat tu tak salah kalau kita makan vitamin yang kualiti dia tiada jaminan, makan vitamin melebihi dos yang disarankan atau makan vitamin banyak tapi tak suka minum air masak. Ha ni boleh ganggu 2 organ utama tadi.

Tapi kalau kita pilih vitamin yang baik dan berkualiti, terjamin selamat, makan ikut dos disarankan dan yang utama minum air masak ikut keperluan tubuh...insyaAllah vitamin memberi banyak manfaat pada tubuh.

2. Sebab saya suka makan seafood. Sangat suka. Kalau makan buffet dinner kat hotel, jika ada udang saya boleh makan 5-6 ekor udang besar, tambah lagi kerang 1 mangkuk, belum masuk ketam dan tiram lagi. Ni semua boleh naikkan kolestrol....ha dah makan banyak pandai takutttt. Jadi kena amik tau berapa bacaan kolestrol dan gula dalam darah.



Balik kepada tajuk entry saya...tahukah kita bahawa vitamin B3 atau nama saintifiknya Niacin adalah berfungsi untuk boost HDL Cholestrol....iaitu kolestrol baik.  Jika kolestrol baik kita tinggi maka secara langsung kolestriol baik kita akan berkurang.


Sehingga hari ini saya memang fokus makan vitamin yang meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL. High Density Lipid. Selain Omega - minyak ikan, protein, Vitamin B, Lecithin dan garlic sangat membantu meningkatkan kolestrol HDL.


Paling murah adalah Vitamin B Complex la antara semua vitamin yang disenaraikan. Lagi penting  kita perlu tahu bahawa  vitamin B Complex larut air maka ia mudah musnah bila kita stress, bila kita terdedah pada cahaya matahari yang terik, bila badan terlalu letih dan bila kita mood swing.

Maka sebab itu Vitamin B Complex bukanlah satu vitamin yang hanya untuk buka selera makan atau menggemukkan tetapi ia bantu tubuh kita sihat secara menyeluruh.

Kesimpulannya jangan pandang remeh pada B complex.


pssstttt ......U all dah cek kolestrol dan gula dalam darah?

Isnin, 21 Ogos 2017

Hati berlemak terdedah kepada kanser hati - Anakkuwiraku.com

Sakit hati jika melibatkan perasaan dan jika tidak terkawal ia boleh membawa kesan yang sangat negatif. Sakit hati biasanya berlaku akibat rasa tidak senang disebabkan satu-satu perkara disebabkan oleh orang sekeliling.

Emosi sakit hati boleh terbawa-bawa contoh bila kita menonton tv dan ada watak yang kita tak suka. Jika ianya cerita bersiri maka sakit hati ini turut berlarutan. Uniknya manusia ini.

Seperti kita semua sedia maklum....penyakit hati ini tidak sihat untuk perkembangan jiwa individu. Ini kerana ia hanya akan menarik lebih banyak tenaga tidak baik

Itu melibatkan emosi....tapi bagaimana jika melibatkan hati yang sakit iaitu organ hati?

Hati sakit atau sakit hati?


Ramai kita tak amik endah pun dengan organ hati kerana banyak penyakit biasanya melibatkan jantung dan buah pinggang....jarang-jarang orang mengadu masalah hati berpenyakit kecuali dah kronik.

Apa yang berlaku bila organ hati mula berpenyakit?

Hati tidak dapat melakukan fungsinya dengan sempurna. Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protien.

Pada keadaan sirosis hati mengeras dan pengaliran darah tersekat keadaan ini dipanggil Hipertensi Portal.

Hati juga memainkan peranan dalam proses pembekuan darah...apabila fungsi ini berkurang maka pesakit akan mudah mendapat masalah pendarahan.

Kegagalan hati akan menyebabkan toksin tidak dapat disingkirkan dari tubuh.

Hati yang rosak tidak dapat membekalkan protien yang cukup untuk membuat antibodi dan akibatnya tubuh terdedah dengan jangitan bakteria.

Komplikasi jangka panjang tentang penyakit ini ialah individu boleh terdedah kepada kanser hati.

   


Kami mula menjadi prihatin dengan hati apabila mengetahui kesan jangka panjang yang serius.

Dari situ saya dan suami menjadi lebih konsisten dalam pengambilan supplement dan lebih menjaga makanan...kena kurangkan makan berminyak, elakkan makan lewat malam, elakkan tidur lewat.... oh ya apabila kita tidur lewat hati kita akan merembeskan banyak toksin ke dalam tubuh dan ini menjadikan kita mudah sakit bila ia berlarutan.

Antara vitamin yang bagus untuk memastikan organ hati kita tidak mempunyai masalah hati berlemak atau sirrosis ialah

Lecithin
Omega 3
Dtx Complex

Bagaimana nak tahu hati sihat ke tidak?

Boleh buat check up di mana-mana lab seperti BP Lab atau seangkatan dengannya.

Ya better kita tahu kondisi hati supaya kita dapat kekalkan kesihatan secara optimum.



Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 Julai 2017

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati?

Dulu saya selalu confuse dengan 2 nama penyakit ni....Psoriasis dan Sirosis. Bunyi dekat nak sama tapi ia dua penyakit yang berbeza. Psoriasis adalah penyakit auto imun dan lebih nyata pada kulit. Sirosis pula adalah penyakit hati yang membengkak secara berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh tetapi  tidak teratur dan akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Apa fungsi hati dalam sistem tubuh badan kita sebenarnya?


  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.


Suami saya selalu ingatkan tentang pentingnya pengambilan Lecitin setiap hari. Ini kerana Lecitin dikenali sebagai agen pengurai lemak.

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati di mana ia mengikat protien yang menurunkan trigliserida dan meningkatkan tahap koletsrol baik dalam aliran darah. Hati kita memerlukan kolin yang menghasilkan lipoprotien berketumpatan rendah yang membawa lemak dari hati.

Maka Lecitin bukan sahaja bagus untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus, selain untuk program pengurusan berat badan, Lecitin juga membantu mencegah masalah hati membengkak dan hati yang berlemak.



Dulu saya amalkan Lecitin untuk daya ingatan dan kurus...tetapi sekarang lebih kepada kesedaran hati. Tak nak hati tersumbat dengan lemak dan akhirnya bawa banyak masalah kesihatan.

Anda dah ada Lecitin? Jangan lupa amalkan dan jadikan pemakanan sihat kita.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 5 Mac 2017

Cuba tahan rasa nak membuang akibatnya membawa padah.

Biasa dengar perut adalah rumah penyakit...ya masa first time dengar saya cuba pahamkan bahawa kalau perut penuh sangat dan kita tak membuang dengan lancar pastinya akan membuat kita tak selesa sepanjang hari.


Namun sebenarnya saya pernah melalui perkara ini....susah membuang dan jarang membuang. Apa yang saya nampak ketara wajah menjadi berminyak berjerawat dengan sangat aktif, sering migraine dan alahan pada makan kadang-kadang menjadi-jadi.

Saya perasan bila saya amalkan banyak buah, simptom tadi menjadi berkurang la sikit. Namun ia berlangsung seolah-olah biasa pada tubuh saya.

Then saya cuba amalkan pengambilan supplement yang berkaitan dengan pembersihan usus. Jika amalkan Herb Lax Shaklee sahaja, adakala kesannya terlalu laju sehingga kehidupan jadi kelam kabut sikit.

So saya cuba amik beberapa supplement yang serentak yang berkaitan dengan dengan buang lemak macam Omega, Lecithin , Alfalfa dan saya amal makan bersama Herb lax serentak. Kesannya sangat bagus.

Shaklee Sihat dan Kaya



Ya kita kena monitor tau dan amik berat tentang proses pembuangan ni...sebab usus kita panjang. Penyakit yang sekarang biasa terjadi adalah kanser kolon yang serang bahagian usus. So jangan pandang remeh.


Saya ada kenalan dia membuang sangat jarang...yang pasti dia mempunyai tahap kesihatan yang sangat teruk. Ini berpunca kerana beliau suka menahan rasa nak membuang. Sebenarnya ia sangat merbahaya. Akhirnya sistem tubuh mulai rosak dan sistem imun makin rendah.





Jadi sebelum tidur cubalah amal vitamin yang saya sebut tadi...rasakan perbezaan ke atas kesihatan kita. Pastinya sangat berbeza dan rasa lebih bertenaga!


Selamat mencuba.


 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Februari 2017

15 tahun kunyah Lecithin?

Zaman belajar dulu bila promote vitamin pada kekawan yang student memang saya tak lupa pada Lecithin. Sebab apa tau? Sebab kita tahu zaman belajar nak kena mengingat banyak terutama jika libatkan subjek yang banyak fakta bukan auta.


Ya 15 tahun dulu saya kunyah bila makan Lecithin .


Nampak pelik tapi benar...kalau 6 biji maka 6 biji tu la saya kunyah macam makan kacang.

Apa rasa dia? Rasa kelat minyak aje. Tak menjengkelkan pun sebab otak saya bayangkan saya makan tempe. Punyalah naif nya waktu tu....

Adik-adik saya pun saya pesan makan. Mana yang nak kurus saya suruh makan lagi konsisten.

Bayangkan permintaan Lecithin meningkat bila time nak exam. Kalau jumpa orang nak kurus lagi la berbotol-botol vitamin beli buat stok.

Namun sekarang saya dah tak makan kunyah lagi...sebab lepas saya kunyah Omega Guard rasa Omega Guard 10 kali lagi sedap dari makan Lecithin. So tak pernah la lagi saya kunyah Lecithin ...sekarang makan telan aje terus.

Dah makan lebih 15 tahun tak muak ke? Alhamdulillah tak muak sebab kena telan aje kan? Ditambah orang macam saya yang suka makan makanan laut yang kaya protien dan terdedah kepada risiko uric acid yang tinggi so lagi la kena konsisten makan Lecithin.

Kata seorang amoi yang boleh kata pangkat nenek dengan saya...kalau amal Lecithin konsisten kita takkan ada masalah isi badan menggelebeh terutama di bahagian belakang badan.



Part cantik point dia akan lekat kuat sikit dalam otak hehehehe....

Nak kuku cantik, rambut cantik...memang bagus amal Lecithin.

Bulan ni pulak ada stock clearance offer buy 1 free 1. Saya dah grab awal dah! Anda bagaimana? Takkan tengok sahaja kan?






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?

Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 2 Oktober 2016

Risau dengan selulit?

Dulu saya pun tak tahu apa tu selulit...tapi lepas google baru tahu apa tu selulit.

selulit 


Dari info yang diperolehi dari google ;

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Ya ramai aje orang yang mengalami masalah ini.  Tahukah kita pengambilan vitamin membantu mengurangkan masalah ini?

Ia ketara pada kebanyakan ibu yang mengandungkan bayi yang besar, apabila dah melahirkan perut mereka mempunyai kedutan yang nampak hodoh dibahagian perut.

Selulit yang biasa terjadi selepas ibu melahirkan anak.


Ia juga boleh terjadi pada orang yang dulunya berbadan besar tetapi kini mulai slim @ kurus. Selulit mudah nampak di bahagian punggung, tepi ketiak dan celah kelengkang.



Saya masih ingat lagi, mengapa pengambilan Vitamin C yang konsisten sangat penting adalah kerana nak kurangkan masalah ini seterusnya membantu kita mempunyai kulit yang lebih sihat.

Ya Vitamin C biasanya berwarna oren tapi tau tak Vitami C Shaklee warnanya putih? Ia adalah diperbuat dari ekstrak jagung. Paling best kerana ianya adalah Sustained Release.

Apa benda tu Sustained Release tu ?

Vitamin C mengandungi 500mg vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut pelepasan masa. Setiap satu jam, ia akan melepaskan 100mg vitamin C mengikut keperluan badan kita.

Ya Vitamin C sangat penting untuk membantu kelancaran pengaliran darah dalam salur darah kita selain ia juga membantu salur darah kita sentiasa anjal.

Jika anda mempunyai masalah selulit yang belum ketara atau dah terlalu ketara, cuba amalkan pengambilan vitamin C sebagai amalan pengambilan makanan tambahan.

Berapa lama nak makan untuk nampak kesan?

Setiap kita mempunyai kesan berbeza maka saya sarankan bila nak makan vitamin Shaklee dapatkan dari pengedar sah serta keep in touch supaya kita makan dengan konsultasi dan boleh nampak perubahan.

Selain dari Vitamin C, kita juga bagus amalkan pengambilan Lecithin, Omega dan Kolagen untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menyah selulit yang ada.


Jom kita ucapkan selamat tinggal pada selulit yang  hodoh itu!






Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 



 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Jun 2016

Unik!!!! Selepas 19 tahun kahwin baru mengandung ...tetapi bukan makan set subur Shaklee!

Saya kenal Florence semasa di Miri 2 tahun lepas.  Beliau dapat tahu pasal Shaklee dari bidan Tudan saya, makcik Maznah. Beliau berminat menjadi ahli kerana nak dapatkan harga produk yang lebih jimat. Intention utama Florence nak beli vitamin untuk kurangkan kolestrol memandangkan beliau dah hampir mencecah 40 tahun.


Memang beliau adalah antara customer merangkap ahli Shaklee kami yang konsisten. Once dah habis terus repeat order kerana beliau dapat rasa perbezaan yang ketara ke atas badannya.

Tapi selepas tu saya perasan beliau dah lama tak datang rumah dan senyap begitu saja. Walaupun ada beberapa kali saya call dan sms tidak berjawab.

Selepas saya pindah ke Terengganu, saya dapat panggilan dari beliau. Melihatkan nama beliau terpapar pada skrin telefon maka saya bersemangat menjawab penggilan beliau kerana dah lama tak dengar khabar berita. Almost setahun juga sunyi sepi.

Florence memulakan cerita mengapa beliau sepi sebelum ini.....

Florence bertanya adakah saya masih ingat vitamin yang beliau selalu beli dari saya? Sudah pasti saya ingat kerana beliau memang fokus vitamin yang penting untuk kurangkan kolestrol dalam tubuhnya.

Antara vitamin yang Florence amalkan ialah
Omega Guard
Lecithin
Alfalfa
Herb Lax
Vitamin E


Beliau pun meneruskan cerita. Selepas mengamalkan vitamin Shaklee beberapa bulan, beliau mengalami kesakitan di bahagian rahim dengan sangat teruk selama hampir sebulan. Beliau turut berhenti amalkan produk Shaklee kerana menyangka ia memberi kesan. Selepas 2-3 bulan sihat dari kesakitan itu, beliau dikejutkan dengan berita yang menggembirakan ! Beliau MENGANDUNG!!!!

Unik!!!! Selepas 19 tahun kahwin baru mengandung ...tetapi bukan makan set subur Shaklee!



Ehsan google


Maka beliau teruskan kehidupan seharian tanpa vitamin sepanjang mengandung sehingga melahirkan anak.

Satu berita yang mengejutkan suaminya, ahli keluarga beliau termasuklah dirinya sendiri. Bayangkan selama ini beliau mengambil anak angkat untuk mengisi ruang bahagia dalam rumahtangga. Kini tuhan memberinya peluang merasai nikmat mengandung dan kini menyusukan anak.


So apa tujuan beliau telefon saya? Sebenarnya beliau nak share apa yang berlaku pada beliau selepas amalkan produk Shaklee sebelum ini dan juga  bertanya apakah vitamin yang bagus untuk penyusuan? Sudah pasti anak yang selama ini dinanti ditatang bagai minyak yang penuh.

So saya rekomenkan vitamin set penyusuan dan beliau amalkan sepenuhnya!!!

Set Menyusu 3M


Kelmarin saya sempat call Florence untuk bertanya khabar tentang bayi beliau. Dengan suara yang gembira beliau berkongsi betapa gembiranya beliau kini kerana beliau dapat mengatasi masalah yang dihadapinya sebelum ini.

Sebelum ini [ selepas melahirkan] Florence sering rasa penat. Badannya mudah letih. Bayinya kerap menyusu , sehingga beliau rasa susunya hampir kering ditambah anaknya cepat lapar.

Selepas mengamalkan produk Shaklee, badannya lebih bertenaga. Anaknya mudah kenyang dan lena tidur dan yang paling seronok susunya lebih banyak berbanding sebelum beliau amalkan vitamin Shaklee.

============================

Kalau dalam konsep agama ; selepas 19 tahun berkahwin baru dapat cahayamata adalah kerana ALLAH  lebih tahu kemampuannya dan masa yang sesuai untuk menguruskan diri serta anaknya.

Kalau dalam konsep kesihatan ; vitamin yang beliau amalkan memang bukan vitamin untuk kesuburan tetapi lebih kepada kolestrol. Ya ada banyak kes wanita yang sukar hamil disebabkan saluran peranakan yang tersumbat. Tak mustahil juga selepas mengamalkan vitamin Shaklee fokus untuk kurangkan kolestrol secara langsung membantu saluran peranakkannya lebih sihat.


Apapun manusia hanya usaha. Allah jua yang menentukan.

Vitamin ini asbab sahaja. Sama ada kita nak nampak ALLAH dahulu atau usaha kita dahulu. Balik pada persepsi individu sendiri.


Berminat nak cuba vitamin  Shaklee? Boleh hubungi kami ditalian 0128535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Kuala Terengganu.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Jun 2016

Special untuk bulan Jun !






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Kuala Terengganu.


 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Ogos 2015

Tisu mati disebabkan jangkitan atau kekurangan pengaliran darah risiko gangren?

Bila berjinak dengan dunia Shaklee....saya belajar memahami penyakit dan sistem tubuh manusia. Melalui kursus serta pengalaman konsultasi saya sedikit sebanyak dapat memahami kepentingan vitamin kepada sistem dan tubuh kita. Suami saya lebih arif kerana sebelum ini beliau bercita-cita nak menjadi seorang doktor tetapi aturan ALLAH lebih baik kerana beliau tak jadi amik kursus medic tetapi kejuruteraan awam sudahnya.

Sepanjang berbelas tahun saya dalam Shaklee semua penyakit kronik pesakit saya belajar bagaimana punca dan bagaimana vitamin membantu untuk pesakit terus kekal sihat dan bertenaga. Vitamin tak mampu nak jadi ubat namun pengambilan vitamin buatkan badan kita cergas dan bertenaga secara langsung membantu sistem tubuh lebih kuat dalam melindungi tubuh dari serangan virus, bakteria dan penyakit yang serius.

Saya bukanlah doktor...saya tak pernah pun hafal ubat yang doktor prescribe untuk client saya...cuma saya akan refer doktor untuk memahami lebih lanjut punca sesuatu penyakit.

So saya nak share tentang satu penyakit yang biasa kita temui pada pesakit kencing manis...iaitu Gangren. Apa itu gangren?

Cegah Gangren


Percaya atau tidak...selama berbelas tahun dalam Shaklee biasa saya jumpa kes ini pada pesakit kencing manis.

Apa sebenarnya Gangren?

Gangren adalah penyakit yang berpunca dari kegagalan pengaliran darah yang membawa kepada kematian sel pra matang dan nekrosis tisu hidup. 
Ia boleh berlaku hampir pada semua bahagian badan termasuk organ dalaman.

Kebiasaanya kegagalan atau gangguan peredaran darah itu boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, luka atau jangkitan. Ia juga boleh berpunca dari diabetes yang tinggi, arteriosklerosis, ketagihan rokok atau dadah.

Dalam banyak kes sebanyak 50% dari kes gangren menyebabkan kecederaan yang serius, luka yang lambat sembuh serta jangkitan semasa pembedahan perubatan. Gangren sebenarnya sangat bahaya kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat, lebih khusus kerana boleh meliputi kawasan yang besar dan dalam banyak kes ia membawa kepada pemotongan bahagian yang dijangkiti dan biasanya berlaku pada tangan atau kaki. [ amputation].




Tahun ini adalah tahun pertama dalam Shaklee yang saya jumpa beberapa kes gangren disebabkan oleh saluran darah tersumbat....satu disebabkan kolestrol yang sangat tinggi dan satu lagi kerana terlalu ketagih akibat rokok.


Pengambilan makanan harian kita perlulah seimbang...jangan terlalu banyak amalkan daging untuk kurangkan risiko kolestrol selain menjalani kehidupan yang seimbang.

Jika ada yang bertanya vitamin apa yang membantu pengaliran darah yang lebih baik?

Antara vitamin yang bagus untuk kita amalkan dalam mencegah risiko gangren ialah Omega Guard, Vitamin E Complex, Vitamin C, Lecithin , Garlic dan Vivix.

Ini antara vitamin yang kaya dengan antioksidan. Ia juga membantu pengaliran darah yang lebih baik. Selain itu ia mencegah pembentukan plak kolestrol dalam salur pembuluh darah kita.

Vivix

Plak Kolestrol

Ya plak kolestrol boleh wujud tanpa kita sedar...sebab ia bukan berlaku di depan mata kita. Kita hanya akan sedar bila penyakit serius mula munculkan diri.

Jom kita cegah kerana kos cegah tidaklah seberat kos merawat.... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk berikan tubuh kita yang terbaik.

Hargai kesihatan semasa sihat pastinya kita juga yang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di akhir usia.

Berminat nak dapatkan vitamin di atas....boleh hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 19 Mei 2015

Testimoni : Lecitin dan Omega membantu dapat mengawal berat badan?

Memang saya amalkan kedua-dua produk ini malah kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama tapi tak serupa.

Memang Lecitin dan Omega membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan tetapi setiap vitamin ini mempunyai fungsi tambahan yang lain dan setiap mereka punya keunikan tersendiri.

Saya mempunyai satu testimoni...namun atas kerana menghormati individu tersebut serta suaminya maka tiada gambar atau nama disertakan disini.

Beliau dah lama amalkan Lecitin dan Omega ini...memang bertahun tapi tak nampak kesan seperti yang diharapkan. Namun selepas beliau usaha mengurangkan pengambilan teh dan kopi beliau dapat rasakan perbezaan ke atas berat badannya.

Jika dulu pinggangnya memang besar...sekali pandang seperti orang mengandung saiz pinggangnya tapi kini pinggangnya cuma 29" !!!

Beliau juga ada berkongsi untuk mendapatkan kesan yang baik dalam pengambilan supplement maka kita perlu kurangkan pengambilan teh dan kopi. Mungkin agak susah bagi mereka yang memang ketagih minuman ini setiap hari namun boleh cuba kurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan.


Alhamdulillah beliau sendiri usaha minum ribena atau sirap kurang gula demi menggantikan teh dan kopi dalam diet harian beliau. Dalam masa sebulan beliau dapat turun 6 kg dari berat terdahulu!

Benarlah kata orang lama...jika dah usaha tak nampak hasil, kena ubah cara. InsyaALLAH hasilnya berbeza bila cara berbeza!


So bagi anda yang amal vitamin tapi tak nampak kesan cuba amal

1. Pengambilan herb lax 1-2 kali seminggu
2. Kurangkan pengambilan teh dan kopi dalam diet harian.


Moga apa yang diusahakan menghasilkan kejayaan!



Dapatkan Lecitin dan Omega hari ini untuk tubuh lebih cantik , sihat dan menawan!



Rambut berkilat
 Nature’s Emulsifier
The national Academy of Sciences has established that choline is important in the diet because lecithin is a fat soluble substance called a phospholipid, is composed of choline and inositol, and is found in all living cells, It is a major component of cell membranes, which regulates the nutrients entering and exiting the cell.
Lecithin is also converted into acetylcholine in your body, which is a substance that helps in maintaining healthy body.
  • Each serving provides 3.1g of choline rich lecithin, including 468mg of phophatidylcholine and 282mg of phosphatidylinositol
  • Naturally sourced from soybeans



IQ lebih baik

Purified, concentrated natural fish Oil
OmegaGuardTM provides, full-spectrum of pure, pharmaceutical grade omega-3 fatty acids.

Fish Oil
OmegaGuardTM provides a full spectrum of seven pure occurring omega-3 fatty acids: EPA, DHA, and more EPA benefits your health, while DHA is critical for normal development and function. One serving of OmegaGuard provides 990mg of omega-3 fatty acids.

Pure and Pharmaceutical Grade
OmegaGuardTM is made with a proprietary, triple molecular distillation process that concentrates the beneficial omega-3 fatty acids while removing harmful compounds like mercury and lead that are found in many types of fish.












* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

 Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 April 2015

Lemak gelebeh belakang badan?


Lemak gelebeh belakang badan?


Lecithin untuk kurus


Sharing dari seorang leader .... Lecithin memang bagus amal secara konsisten. Beliau juga share cara beliau amik Lecithin ....antara sharing yang beliau tekankan ialah pengambilan Lecithin yang konsisten membantu kita dapatkan bentuk badan yang ideal. Lemak2 yang menggelebeh dibelakang akan secara perlahan-lahan hilang katanya.

Memang benar pun, ramai wanita concern lemak di bahagian lengan dan peha tapi lupa lemak yang menggelebeh sebab kita jarang tengok cermin untuk tengok belakang badan :)

Beliau kata selepas amalkan Lecithin x biji sehari antara kesan yang beliau dapat ialah muka yang tidak lagi tembam macam sebelumnya... tiada lagi lemak menggelebeh belakang badan.

Lecithin juga bagus untuk kulit yang berkilat dan kuku yang cantik!

So untuk kelihatan muda dan menawan, boleh cuba Lecithin!

Semalam seorang makcik membeli 3 set PROMO Lecithin beli 6 percuma 1 kerana bukan selalu Lecithin ada promo best begini!

Dapatkannya hari ini dari saya
0128535689.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa