Bermula dengan sahur malam pertama, selepas menyediakan makanan simple sahur anak-anak, saya cuma mengambil 1 scoop Cinch Chocolate dibancuh dengan 300ml air dan segelas air Performance drink serta buah Tiin untuk santapan sahur saya. Abah Addinnasa juga hanya mengambil Cinch Chocolate dan makan beberapa biji kurma Sukari.
Cinch Chocolate Shaklee |
Alhamdulillah mungkin faktor cuaca juga mempengaruhi, semalam tiada rasa lapar atau dahaga sangat walaupun baru bermula puasa. Mungkin juga saya dah terbiasa dengan IF [ walaupun tak sepenuhnya buat] tapi badan saya dah mula get use dengan makanan lambat [ Biasanya tenghari jam 12-1 tengahari].
Mengapa kami memilih Cinch Chocolate? Saya suka rasanya yang sedikit lemak dan tidak semanis minuman cokelat biasa yang banyak dipasaran.
Apa kelebihan Cinch Chocolate sebenarnya?
Setiap hidangan Cinch mengandungi 24g protein yang mana ia akan memberikan rasa kenyang yang cukup dan 24 jenis vitamin dan garam mineral yang perlu untuk badan.
Ia juga mengandungi Leusine yang bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Cinch Chocolate ini mengandungi glisemik indeks yang rendah iaitu 22 , maka ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.
Manfaat Cinch Shaklee |
Selain itu ,
Diet yang tinggi dengan protein tumbuhan juga dikaitkan dengan banyak manfaat.
Risiko Penyakit Jantung Yang Rendah
Menurut kajian, mereka yang mengamalkan diet yang kaya dengan protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan akan mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah, dan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.
Mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2
Satu kajian kecil menyatakan bahawa apabila anda menggantikan 2 hidangan daging merah kepada kekacang 3 hari setiap minggu, anda akan dapat mengurangkan gula dan kolesterol dalam darah.
Mencegah Kenaikan Berat Badan
Makan lebih banyak protein tumbuh-tumbuhan juga dikatakan boleh membantu kita merancang diet kita.
Menurut pemerhatian, wanita dan lelaki yang makan lebih kacang untuk tempoh 20 tahun mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengawal berat badan.
Di samping itu, apabila kita mengambil makanan yang lebih banyak hidangan kacang merah, kacang kuda, atau kekacang lain setiap hari, kita akan cepat merasa kenyang. Kesannya, kita boleh mengurus dan mengawal berat badan dengan lebih baik.
Oh ya, bulan ini ada promo istimewa, nanti saya update dalam next entry. Stay tune ya!
Norita Idris
Pengedar Shaklee since 1999
0128535689
0 Ulasan