Memaparkan catatan dengan label Beta Carotene. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beta Carotene. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2018

Rahsia power cermin mata tak bertambah.

Saya dah lama tak tukar cermin mata...ada dalam 5-6 tahun dah.

Minggu lepas terpaksa tukar sebab cermin dia dah mula bercalar.

Alhamdulillah power cermin mata masih maintain.

Jadi sales girl yang layan tu tanya...Bila kali terakhir tukar cermin mata?

Saya jawab dah lama...5-6 tahun dulu.

Dia terkejut ! Dia terus bagi tahu boss dia masa nak tulis resit.

Selepas sejam, saya datang ambil cermin mata baru...kemudian sales girl tu terus tanya....

Mem, boss saya suruh tanya, you makan apa power cermin mata takde naik? Biasa customer setiap satu tahun pun tukar cermin mata woo sebab power senang naik.

Image result for cermin mata
Cermin mata perlu dipakai terutama mereka yang ada masalah rabun jauh.


Saya senyum sambil jawab...saya makan vitamin mata yang bagus.

Tapi bisnes kad pulak dah habis...next visit saya bagi saya punya kad ya amoi.

( Kalau ramai customer macam saya, lambat la kedai cermin mata nak dapat repeat order)


Alhamdulillah saya memang berpuashati dengan Carotomax Shaklee.

Mahu tahu lebih lanjut dengan Carotomax boleh klik sini.

Vitamin mata


Berminat nak dapatkannya?
www.wasap.my/60128535689/Vitaminmata.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 25 September 2017

Karotenoid bukan hanya bagus untuk mata sahaja - Pengedar Shaklee Miri & Shaklee Terengganu


Selama ini orang tahu vitamin A bagus untuk mata. Ya saya dan keluarga amalkan khusus untuk mendapatkan vitamin mata.


Memang nampak hasil terutama untuk mengurangkan kadar silau mata sebelum ini. Alhamdulillah dah bertahun juga saya masih memakai cermin mata yang sama dan tiada peningkatan pada rabun jauh yang saya hadapi sejak sekolah.



Dan rupa-rupanya ia bagus diambil untuk kecantikan kulit.


Pengedar Shaklee Miri


Rujukan:
1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.
3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.
4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.
5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.
6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology. 84: 284–288.
7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).



Maka mereka yang risau kerana terdedah kerap pada matahari, maka jangan lupa amalkan

Vitamin C, Omega-6 atau nama lain GLA serta karotenoid sebagai langkah penjagaan kulit dari

dalam terutama untuk mengurangkan risiko jeragat atau pigmentation.


#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China, Taiwan dan Japan.
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 19 Oktober 2016

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Bukan tak pernah terdetik dalam hati sebelum ni...cuma bila ia terdetik waktu yang tak sesuai...time nak tidur atau masa yang tak sesuai nak text tanya...jadi akhirnya ia terkubur aje macam tu.

Bertahun makan tapi tak pernah ada jawapan pun.

Namun kerana keyakinan dan pegangan saya selama ini adalah " Setiap majlis ilmu pasti ada ilmu yang baru aku belajar " .

Ya memang adakala kita ke majlis ilmu kita dapati kita ilmu yang sama atau kita pernah dengar tapi kalau kita amati pasti ada benda baru yang menjentik hati dan minda kita.

Ia berlaku pada saya last week...Dalam kelas Shaklee di Kuala Terengganu bila puan Nutritionist tu sebut 20 KALI GANDA dari VITAMIN C !

Saya terus besarkan mata tengok slide yang sedang dibentang....nak comfirmkan produk apakah itu?

Tahu ke produk apa?

Vitamin ini boleh menghapuskan 20 radikal bebas berbanding Vitamin C menghapuskan 1 radikal bebas!


Apa tu radikal bebas? Ia adalah sel jahat yang yang merosakkan DNA tubuh kita. Jika ia tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit dan paling teruk boleh sebabkan ketumbuhan atau kanser.



So balik pada vitamin  tadi....

Maka kerana kemampuan vitamin ni menghapuskan radikal bebas dalam badan. Inilah jawapan yang saya cari selama ini kepada soalan = Apa sebenarnya kekuatan carotomax berbanding vitamin c dalam melawan radikal bebas?

Nak tahu vitamin apa tak?

Vitamin itu ialah Carotomax !

So siapa yang memang rajin makan ...saya ucapkan tahniah! Kerana hakikatnya mereka yang mengamalkan carotomax bukan sahaja memberi mata yang lebih terang cantik dan bersinar tetapi dalam tak langsung membantu meningkatkan sistem imun badan menjadi lebih utuh.

Sebab tu vitamin ACE [ Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E ] adalah gabungan 3 vitamin yang kuat untuk hapuskan radikal bebas! Mereka yang mempunyai sakit kanser juga disarankan mengamalkan vitamin ini!

So jika anda nak cantik dan nak lebih sihat, selain mengamalkan pengambilan Vitamin C, apakata tambahkan juga carotomax! Worth to buy!


Jika anda mahu mata yang terang, lebih sihat dan bersinar dan mahu kesihatan yang lebih optimum, apakata tambahkan carotomax dalam list supplement anda.

Bagi yang amalkan Vitamin C tapi nak lebih mantop jom tambah sebotol Carotomax!



Serius tak rugi!


Boleh hubungi kami untuk dapatkan stok Carotomax hari ini!





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?

Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 6 Mei 2014

Mencegah mata rabun dan silau?

Mata adalah anugerah pancaindera yang termahal. Tanpa mata kita tidak mampu untuk melihat dan mengamati segala ciptaan ALLAH yang indah.
  
Rabun mata

Ramai anak-anak hari ini dah didedahkan dengan segala gadget elektronik seperti mini tab, ipad dan seangkatan dengannya. Tanpa kita sedar kita telah mendedahkan mata mereka kepada masalah rabun dan akhirnya pada usia muda mereka terpaksa menggunakan cermin mata.

Saya sendiri pakai cermin mata pada usia 15 tahun iaitu tingkatan 3. Walaupun pada mulanya tidaklah tinggi sangat power cermin mata itu tapi sebab kita tidak didedahkan kepada kepentingan vitamin mata maka ia terus meningkat.

Cuma semenjak mengenali Shaklee alhamdulillah power saya tidak meningkat seperti dulu. Paling saya suka adalah silau saya dapat diatasi dengan baik selepas pengambilan konsisten Carotomax. Dulu nama produk ini ialah Beta Carotene. Namun dengan formula baru yang lebih baik dinamakan Carotomax.


Carotomax mengandungi ekstrak buah-buahan dan bagus untuk mata. Saya mula beri pada Addin dan Nasa kerana mereka adakala meluangkan masa main game bersama ipad kami.

Sebelum ini Addin ada mengadu matanya kabur dengan tulisan cikgunya. So saya decide bagi Addin makan Carotomax selang sehari. Alhamdulillah masalah itu dah berkurang. Kalau boleh nak elakkan mereka dua ni pakai cermin mata di usia muda.

Paling pasti saya dapat atasi masalah silau saya. Sebelum ini boleh kata teruk juga. Sekarang dah tiada lagi alhamdulillah.

Selain pengambilan carotomax, amalan yang bagus diamalkan untuk mengatasi masalah  mata rabun atau silau ialah dengan membaca Al Quran. Memang itu yang kami pegang. Alhamdulillah setakat ini sangat berpuashati.

Berapa umur anak yang boleh amik carotomax? Jujurnya saya beri pada Nasa seawal usianya 6 tahun, dan saya berikan selang sehari supaya memastikan mereka dapat menjaga kurnia panca indera anugerah ALLAH ini dengan baik.

Jika anda mempunyai masalah silau, cubalah dapatkan dan amalkan Carotomax Shaklee. Sebagai langkah mencegah dari rabun bertambah teruk, bagus diamalkan secara konsiten.

Alhamdulillah stok Carotomax saya baru sampai semalam. Bagi mereka yang dah buat belian, telah selamat kami poslaju petang tadi.

Jom dapatkannya hari ini ! Pastinya mencegah lebih baik dari merawat !




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Carotomax Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 8 April 2014

Tua di usia yang muda ?

Biasa nampak tak buah mangga di pokok kulitnya dah kuning tapi isinya masih muda?


Rumah saya dulu ada sebuah pokok mangga yang nak kata besar sangat tidak la...tapi ia sederhana besar. Memang lebat buahnya setiap kali musim buah dah sampai.

Bila dah besar kalau nak buat jeruk kami akan petik waktu ia muda. Buah ni ada  banyak kategori pada saya...ada yang memang muda... nampak muda tapi isinya tua dan ada juga yang nampak tua tapi isinya muda.

So bila nak petik mak akan bagi tahu...kadang-kadang buah warna kuning itu sebab terlalu terdedah dengan matahari. So kulitnya kuning tetapi ia bukan tanda ia sudah masak cuma kulit luarnya aje kuning.

Bila saya ingat tentang kisah buah mangga ini saya akan teringat tentang kulit kita terutama wanita.

Oleh kerana kita ini punya hormon dan terutama bila sedang menstrual hormon tidak begitu seimbang maka ini akan membuatkan kulit kita memberi impak pada wajah kita.

Set Kulit Shaklee

Kulit yang terlalu kering akan menyebabkan seorang wanita itu kelihatan tua dari usia sebenar. Kulit yang terlalu berminyak juga akan membuatkan wajah nampak tidak sihat kerana mudah kelihatan berkilat.

Pemakaian alat solek dan set pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita sangat penting.

Namun untuk dapatkan kulit yang sihat, saya sering syorkan pengambilan set kecantikan kulit iaitu Carotomax [ sebagai keperluan vitamin A] , Vitamin C dan Vitamin  E. Namun jika anda mengalami masalah pre menstrual yang teruk saya sarankan anda menambah GLA untuk membantu mencegah kesakitan yang teruk menjelang menstrual.

ACE adalah antioksidan yang sangat terkenal dari dulu lagi. Biasanya kita hanya disarankan dengan Vitamin C sahaja memandangkan ia mudah di dapati dalam diet harian seperti buah-buahan dan sayuran. Namun berapa ramai yang mewajibkan diri mengamalkan makan buat 1-3 potongan setiap hari?

Namun bagi mereka yang benar-benarkan menekankan kecantikan dan keanjalan, 3 vitamin ini menjadi amalan yang berterusan.

Telah menjadi satu pengetahuan umum bahawa Vitamin E adalah vitamin awet muda. Ia berfungsi melambatkan proses penuaan.

Oleh itu pengambilan 3 vitamin ini sangat bagus diamalkan bagi setiap lelaki dan wanita yang ingin mempunyai kulit yang sihat dan cantik.

Vitamin A [ beta carotene] bukan hanya baik untuk mata tetapi hati dan kulit. Ia juga membantu mengurangkan masalah jeragat. Manakala Vitamin E selain untuk kulit ia bagus untuk jantung dan membantu menurunkan trigliceride sejenis lemak jahat dalam tubuh badan kita.

Selain itu pengambilan ESP juga membantu mendapatkan sel kulit yang sihat dan berseri. Kulit atau sel mati yang berwarna hitam yang melekat di wajah adalah disebabkan ia tidak diganti dengan sel baru. Maka disyorkan pengambilan ESP untuk mendapatkan sel baru yang sihat demi menggantikan sel mati tadi.

Jika berminat untuk mendapatkan set ini boleh menghubungi kami di talian di bawah.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 September 2011

Mengatasi masalah puting yang senang luka.

 Setiap ibu yang menyusu akan menyimpan banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjayakan penyusuan. Begitu juga dengan saya, menyusukan dua putera saya dengan lengkap selama lebih 2 tahun menyimpan banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin saya lupakan.

Paling menakutkan apabila puting saya luka dan terkoyak sehingga doktor wanita yang saya temui ingat yang saya sengaja melukakannya. Memang nampak bodoh pertanyaan doktor tersebut namun dalam keadaan kita sakit, malas nak layan benda-benda remeh.

Selepas balik dari doktor, saya mengajak suami mencari nipple shield untuk saya gunakan menyusukan anak petang tu. Doktor ada bagi saya krim sapu, tetapi bila sapu krim tak dapat nak susukan anak, maka payudara sebelah menjadi bengkak sebab penuh dengan susu. So nak tak nak, letak krim dalam sejam, cuci semula utk susukan Nasa. Menitik airmata menahan sakit.

Tapi sebab saya rajin membaca tentang buku-buku kesihatan , antara yang saya ingat, segalanya adalah dari dalam tubuh. Dari sel membentuk organ, dari organ terhasilnya sistem. Untuk sembuh, kena pastikan sel kita sihat dan seterusnya sistem bertindak balas dengan baik untuk proses penyembuhan.

Antara vitamin yang saya amalkan on top of supplement penyusuan ialah Vitamin E dan Zinc. Saya amalkan dengan cara saya tersendiri , saya jadikan makanan ( vitamin) sebagai ubat saya dan bukan ubat doktor sebagai makanan. Dua perkara yang berbeza di situ.

Semenjak dari itu, baru saya tahu, nipple yang senang crack adalah disebabkan oleh kulit yang kering. Luka yang cepat baik adalah badan yang cukup dengan galian zinc dan vitamin C serta vitamin lain. Maka supplement Zinc dan Vitamin E antara dua vitamin yang sangat bagus ada dalam simpanan. Jika anda tidak amalkan setiap hari memadai bila kita perlukan vitamin dah sedia ada.

Ramai customer saya yang dah amalkan vitamin E mengakui bahawa kulit mereka lembab dan tidak kering.

Sekiranya anda seorang ibu menyusu dan sering mengalami luka pada puting susu bermakna anda melalui kulit yang kering dan kerana itu puting senang luka. So amalkan pengambilan vitamin E. Vitamin E dalam diet harian sangat sukar dipenuhi kerana ianya kompleks. Vitamin E antara vitamin antioksidan. Ia menghalang pembentukan sel tidak normal dalam tubuh. Vitamin E juga dikenali sebagai vitamin awet muda, membantu mengatasi masalah kedinginan rumahtangga dan bagus untuk mengurangkan kolestrol.

Banyak kelebihan vitamin E tanpa kita sedari. Semalam jumpa kawan lama di Marriot hotel, skin dia nampak sangat cantik. Bila ditanya apa yang beliau amalkan , beliau menjawab...." saya makan vitamin C, A dan E Shaklee kak sejak sebelum puasa, dan baru minggu lepas saya sedar kulit wajah saya sangat bersih"

So vitamin E bukan hanya untuk wajah tapi untuk kulit tidak kering dan bagus untuk ibu yang menyusu!


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 29 September 2009

Pastikan ianya sentiasa ada di rumah....

Sepanjang musim raya ini, ramai yang meminta nasihat kerana pelbagai penyakit yang datang , maklumlah musim perayaan ini banyak yang buat rumah terbuka. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak...namun apabila makan kita perlu berpada2 juga.

Arwah abah ibu meninggal pada tahun 1997 kerana diserang stroke...beliau mengalami paralyse separuh badan akibat makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Arwah abah memang mengidap darah tinggi maka pengambilan makanan berkolesterol tinggi telah menyebabkan penyakit beliau berada dalam tahap kritikal. Pada malam raya juga abah telah dimasukkan ke dalam hospital Muar untuk mendapatkan rawatan namun mungkin dah sampai waktunya panggilan Ilahi menyeru. Arwah abah meninggalkan emak ibu serta kami 7 adik beradik pada 14 syawal tahun itu...dan kini telah hampir 12 tahun ia telah berlalu namun seperti semalam ianya berlaku.

Ianya mengingatkan ibu agar berpada2 dalam menyambut kemeriahan Syawal. Hidangan yang ada di depan mata perlu diambil dengan beringat. Supplement juga penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Sekurang2nya jika tidak sempurna seperti orang lain, pastikan rumah anda mempunyai bekalan vitamin C....

Mengapa vitamin C? Ianya merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Walaupun untuk mendapatkan hasil yang terbaik memerlukan 3 rangkaian vitamin utama iaitu Beta Carotene, vitamin C dan Vitamin E namun memadailah jika anda hanya mampu menyediakan Vitamin C di rumah.

Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen merupakan lapisan yang penting dalam menghubungkan setiap sel dalam badan kita. Tanpa kolagen yang kuat, kulit kita menjadi sensitif dan mudah tercalar serta lambat pula baiknya. Vitamin C juga penting untuk pembuluh darah...agar ianya tidak mudah rosak atau pecah. Vitamin C juga dikenali sebagai anti stress. Mereka yang senang tersentuh@sensitif, mudah merajuk , panas baran serta mood juga dikenalpasti mereka yang kurang vitamin C dalam badan mereka. Ianya juga penting untuk sistem ketahanan tubuh kita. Mereka yang mudah selsema, batuk dan demam juga dikaitkan dengan lemah antibodi maka golongan ini disarankan memastikan pengambilan vitamin C setiap hari secara konsisten.

Berapa banyak yang boleh diambil dalam sehari?
Dr. Bruce Miller menyatakan vitamin C boleh diambil sehingga 3000mg sehari dan bergantung kepada pesakit itu sendiri. Namun bagi kita yang sihat tubuh badan, memadai mengambil 500mg sehari sehingga 1000mg sehari. Cuba dapatkan vitamin C yang berlabel, sustained release atau pelepasan masa...ianya akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Pastikan vitamin C yang anda ambil tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh maka kita membayar sesuatu yang sia2.

Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan. Ianya mempunyai perasa oren yang sebenar. Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 7 setengah biji oren bersamaan 500mg dan boleh anda bayangkan betapa masamnya ia?

Sepanjang ibu mengalami conjunctivitis ini, ibu mengambil sehingga 6 biji vitamin C sehari... Mengapa ibu berani mengambil sehingga 3000mg? Ini kerana ianya vitamin yang larut air dan akan dibuang dalam urin kita sebaik sahaja tubuh tidak lagi memerlukannya. Alhamdulillah rasa sangat2 lega kerana ini ialah penyakit dalam kategori virul infection dan ianya akan sembuh dengan ketahanan dari antibodi tubuh kita dengan sendiri. Ibu akan cuba sedaya upaya memastikan vitamin @makanan yang ibu ambil sekarang menjadi penawar kepada penyakit ibu kerana ibu yakin pemakanan yang berkhasiat menghasilkan tubuh yang sihat.

Namun perlu kita ingat bahawa bukannya mereka yang mengambil vitamin akan menjadi KEBAL dan tidak akan jatuh sakit...ini konsep yang salah. Sakit tetap akan sakit jika itu sudah tertulis dalam suratan takdir namun sekurang2nya kita tidak mengalami keadaan yang worst dan ia tidak memudaratkan diri sehingga kita mengalah pada takdir semata2.


Salam Sayang dari

Isnin, 28 September 2009

Pentingnya istiqamah...

Subhanallah, rindunya ibu untuk menulis dalam blog ini. Bukan sibuk atau tak berkesempatan tetapi keadaan ibu yang sakit mata ini tidak mengizinkan ibu menulis untuk beberapa hari. Ada yang bertanya, sakit mata yang bagaimana? ketumbit ke? Bukan, ianya dikenali sebagai conjunctivitis atau nama biasa mata yang dijangkiti virus. Mana ibu dapat sakit ini? Mungkin berjangkit dari adik beradik ibu yang juga mendapatnya sewaktu raya minggu lalu.

Bermula dengan Addin dan kini alhamdulillah beransur pulih. Ibu juga dalam proses nak sembuh dan kini giliran Nasa melaluinya. Kasihan ibu tengok Nasa. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak kecilnya sakit hatta digigit nyamuk sekalipun. Siang malam ibu berdoa agar sakit mata yang Nasa lalui tidak sehingga mencabar kesabaran seorang anak kecil. Sakit mata yang ibu lalui sangatlah mencabar, dengan mata putih bertukar menjadi kemerah2an serta diselaputi dengan lapisan air yang sentiasa bertakung. Tidak terhenti takat itu tetapi ianya adakala sungguh tidak menyenangkan terutama apabila terasa seolah2 ada ulat yang sedang merayap di dalam mata, MasyaAllah gatal betul rasa, dan jika dapat digaru tentu ianya dapat menyelesaikan masalah ibu. Namun apakan daya, ibu hanya mampu berdoa agar dapat bersabar melalui dugaan ini.

Selama hidup 31 tahun inilah kali pertama ibu mendapat sakit mata yang teruk sebegini... Apa yang boleh buatkan ibu bertahan? Ibu hanya mampu berselawat tatkala masa2 yang tidak tertahan apabila merasakan seolah2 banyaknya ulat yang sedang merayap di dalam mata ini. Huhuhuhu. Ibu tetap amalkan pengambilan vitamin demi memastikan ibu dapat bertenang melalui keadaan2 yang sukar itu. Pada mulanya ibu hanya banyak bergantung dengan vitamin utama iaitu ACE, zinc dan B Complex. Namun apabila merasakan ibu perlu menambah sesuatu dalam supplement ibu, ibu terus mengambil Nutriferon Shaklee yang lebih dikenali sebagai immune booster. Alhamdulillah, baru 3 hari ibu mengambil nutriferon, sangat lega rasa mata ini. Walaupun masih berair namun rasa gatal yang menyerang itu kini telah banyak reda. Ini yang dapat membuatkan ibu selesa menulis untuk mengemaskini blog yang telah lama tertinggal....
Ibu berharap dengan nutriferon yang ibu ambil ini akan membuatkan susuibu yang mengalir untuk Nasa akan membuatkan Nasa cepat sembuh.

Sesungguhnya sakit ini benar2 mengajar ibu, dalam hidup ini kita perlu banyak beristiqamah... perlu banyak ilmu untuk menangani masalah yang kita lalui. Bukan sekadar meminta nasihat doktor tetapi buku juga perlu ada untuk menjadi panduan kita sendiri. Alhamdulillah....ibu semakin lega sekarang ini. Syukur pada Allah....memberi taufiq dan hidayahNya tatkala ibu memerlukan.

Bagi mereka diluar yang melalui saat sukar terutama yang berkaitan dengan kesihatan...banyakkan bersabar dan amalkan pemakanan yang sihat agar makanan itu menjadi penawar kepada sakit yang dihadapi. Sesungguhnya akan ada kesenangan selepas setiap kesusahan. Itulah janji Allah dalam surah Alam Nasyrah. Wallah hu alam.

Rabu, 16 September 2009

Multivitamin tidak memadai? Vitamin C dan B complex bagaimana?

Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum. Adakah benar walaupun telah mengambil multivitamin kita masih perlu menambah vitamin C dan B complex? Dalam coretan kali ini ibu akan mengupas satu persatu agar kita mudah memahami dan tanpa ada kekeliruan yang berpanjangan.

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C? Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin c dan b complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?

Ini kerana kandungan vitamin c dan b complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai... hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?


Bagaimana dengan vitamin B complex?

SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.


FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan


Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang desertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul....Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Jumaat, 12 Jun 2009

Breastfeeding dan durian....

Sepanjang berkahwin, inilah kali pertama kami sekeluarga sakan makan durian. Baru ni Sarah belikan lagi 20kg dan pada hari yang sama habis kami agihkan dan makan. hehehe . Alhamdulillah setakat ni kami semua tak demam, mungkin sebab minum air dalam pangsa durian. Mungkin juga sebab durian kampung bukan durian D24 atau durian import yang lain. Nasa pun makan memang tak ingat dunia. Selagi ada dia akan turut makan sama. Mak saya kata, Nasa adalah satu-satunya cucu dia yang makan durian , yang lain bau pun dah lari termasuklah Addin.
Ada kesan tak pada breastfeeding? Seandainya anda mempunyai anak kecil yang kurang dari 6 bulan disarankan jangan makan sakan seperti saya dikhuatiri perut anak akan meragam. Saya pula merasakan setiap kali saya makan durian, susu saya bertambah. Bukan apa mungkin kerana saya gembira membuatkan hormon saya stabil dan badan produce lebih susu. Saya berani makan sakan seperti sekarang kerana Nasa sudah hampir dua tahun menyusu badan dan sepatutnya perutnya juga sudah semakin kejap menerima pemakanan lain.
Percaya atau tidak Nasa sudah hampir dua bulan tidak mahu makan nasi. Nasa hanya akan makan apa yang saya makan. Lauk lemak cili api saya masak minggu lepas dia cuba, tapi siap terjerit-jerit minta air. Kalau makan ayam kfc walau yang spicy dia boleh habiskan seketul lagi tu.Selainnya dia hanya bergantung dengan susu ibu. Walau bagaimanapun saya cuma pastikan saya tidak skip mana-mana meal harian dan minum air tidak kurang dari 5 litre sehari selain itu saya akan pastikan vitamin favourite saya tidak saya lupa, antaranya ESP, vitalea, b com, ostematrix. vit c, vit E,omega,carotomax dan alfalfa. Memang nampak banyak tapi sebab dah biasa makan selama bertahun-tahun maka saya dah jadi lali. Benarlah kata orang alah bisa tegal biasa.
Walau apa pun saya masih mengharapkan mak atau adik saya dari Muar datang bertandang membawa berkilo-kilo durian....hehehe.

Selasa, 5 Mei 2009

Gunting dalam Lipatan!

Berapa ramai antara kita yang sedar tentang kehadirannya yang boleh kita katakan sebagai musuh dalam selimut. Memang ianya banyak membantu kita menguruskan kerja di pejabat dan adakala ia mengeratkan silaturahim sesama kita namun kesannya negatifnya bukanlah serta merta tetapi selepas beberapa lama kita bersamanya. Saya sendiri menyedari kesan sampingannya selepas beberapa lama masa saya habiskan dengannya. Mata saya mula semakin kabur, power cermin mata juga sedikit mula meningkat. Siapa lagi kalau bukan komputer yang sedang kita gunakan. Apakah prevention kita terhadap kesan negatif yang akan ditanggung? Adakah suami kita atau majikan kita akan membayar kos membuat cermin mata atau operation mata jika mata kita bermasalah? Jika ada pihak ketiga yang menanggung, bersyukur yang amat. Saya sendiri dah hampir setahun tidak mengambil beta carotene kerana tiada shipment dari Shaklee US. Tapi hari ini, saya bersyukur saya akan dapat memastikan mata saya mendapat zat yang cukup terutama apabila Shaklee dah menghantar carotomax bagi menggantikan beta carotene.
Siapa yang perlu makan vitamin ini?
Orang yang bersahabat akrab dengan komputer seperti ibu.
Ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
Orang yang mengidap Asma, kanser, dan yang kurang imunity
Orang yang ada masalah jerawat dan jeragat...dan banyak lagi. Nanti ibu study semula kerana ada yang ibu terlupa nak share.