Memaparkan catatan dengan label Keunikkan Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keunikkan Shaklee. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2023

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Kelas Online


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Kelas Online

Kelas Online


Kelas Online


Semenjak PKP kita diperkenalkan dengan kelas online. Tidak dinafikan ia boleh dicapai di mana sahaja asalkan ada line internet. Walaupun pada mulanya saya sendiri tidak berapa selesa belajar secara di atas talian. Namun itulah yang dikatakan peredaran masa.
Akhirnya ia menjadi kebiasaan pada semua yang menjalankan bisnes secara global.

Ia lebih mudah, menjimatkan kos travelling dan penginapan terutama kelas yang dibuat secara kerap.

Namun kami tidak la sepenuhnya bergantung dengan kelas Online. Ada masa kami tetap menyediakan kelas Offline terutama yang melibatkan ilmu yang lebih serius. Bukan bermakna kelas online untuk ilmu yang tidak serius tetapi balik juga kepada presenter cara mana yang mereka selesa.

So Jumaat lepas kami ada kelas dengan salah seorang Saintis Malaysia iaitu Dr Redza Rahman. Ia lebih kepada kelas ulangkaji.

Walau bagaimana pun kami juga mempunyai kelas dengan Coach Gula yang membicangkan tajuk - Mengapa bacaan gula susah turun walaupun kerap berpuasa. Walaupun nampak macam simple tapi ia memerlukan pemahaman mengapa bacaan gula tidak memberi kesan walaupun kerap berpuasa dan faktor -faktor yang memengaruhinya.


Kelas Online


Kelas Online


Anda berminat nak join kelas zoom bagi topik khidmat masyarakat? Sabagai penambahan ilmu? Boleh berikan kami email anda untuk kami jemput dalam kelas yang akan datang. Sila wasap email anda kepada : Kelas Khidmat Masyarakat Euphoria 











Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.




Isnin, 28 Disember 2020

Mengapa perlu supplement? Apa kata Dr Jue?

Saya mengenali seorang hamba Allah ini. Hidupnya sangat sederhana. Banyak berbakti kepada urusan agama. Pernah datang menziarah kami di rumah....dari situ saya mula mengenali beliau. Bila melawa minum minuman yang dihidangkan, beliau hanya tersenyum dan meminta air kosong sahaja. Kumpulan yang datang bersama memaklumkan beliau tidak minum air manis. Malah makanan beliau juga bersumberkan apa yang beliau tanam dan usahakan. Beliau jarang membeli makanan luar kerana kebanyakan hanya masakan dari rumah. Walaupun dah berumur namun badannya masih sihat, mampu bertahajud dan bangkit awal untuk solat subuh. MasyaAllah. 

Namun berbeza dengan kehidupan rata-rata kita hari ini. Banyak masa kita sibuk dengan urusan kerjaya, banyak masakan yang ada bahan perasa, adakala makan luar...adakala makan makanan segera....pastinya keperluan vitamin kita berbeza.




Saya tertarik dengan perkongsian seorang doktor yang menerangkan kepentingan supplement yang ramai orang salah sangka.

Ramai yang menjadikan supplement rawatan alternatif semata-mata dan bukan sebagai keperluan harian yang menampung pemakanan yang diambil.

So bila sihat, mereka tak endahkan...namun bila ada simptom atau tanda sakit berlarutan...vitamin yang dicari dengan harapan cepat sembuh.

Hakikatnya vitamin bukanlah bahan penyembuh, ia cuma menampung keperluan sel dalam tubuh yang memerlukan zat vitamin dan galian yang tidak dapat dipenuhi dari pengambilan pemakanan harian kita.

Jadi jawapan yang tepat, adakah kita perlukan supplement? Balik kepada cara hidup kita. Hanya kita sahaja yang ada jawapan yang tepat. Sebagaimana saiz baju kita, hanya kita sahaja yang tahu kita sesuai memakai baju saiz S atau M atau saiz yang lebih besar.



 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah

Selasa, 20 Oktober 2020

Siapa kata makan gaji tak boleh jumpa keajaiban rezeki?

Malam ni saya nak coretkan kisah yang saya nampak ia berlaku depan mata saya sendiri....

Biasa keajaiban rezeki banyak dilihat pada orang berniaga...kerana tiada had siling pendapatan bila kita berniaga. Tapi kisah ini berlaku pada suami yang makan gaji.

Bagaimana hebatnya mengutamakan mak ayah dalam kehidupan boleh merubah nasib seseorang....

Ia berlaku pada suami saya sendiri....Ia berlaku pada tahun 2006 kalau saya tak silap....masa tu mak ayah mertua saya sedang membelek beberapa rumah...maklumlah dah terlalu lama duduk apartment...dah tiba masa nak beli landed house.

Masa tu bisnes Shaklee belum boom macam sekarang....

Suami saya meluahkan hasrat nak belikan mak ayah dia rumah...sedangkan masa tu kami juga belum ada rumah sendiri. Pada saya tiada masalah, suami usaha nak memberi khidmat pada mak ayah beliau. Dapat la saya tumpang keberkatan rezekinya nanti. 

Kami duduk Miri masa tu...bukan mudah nak cari rumah untuk dibeli. Balik Semenanjung pun pakai kos yang besar. Kebetulan masa tu mak ayah suami kerap juga turun Kajang...Nilai Neg Sembilan.... nak tengok beberapa jenis rumah yang dah siap untuk dibeli.

Suami saya cuba google di internet...jumpa sebuah rumah yang mampu beli anggaran dalam RM300K lebih....so masa ada kursus diKL suami saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keadaan rumah tersebut. 

Nak jadikan cerita bila niat yang baik ni pasti ada jalan dan kemudahan. Allahu akhbar! Memang mudah! Deposit guna KWSP dan selebihnya loan dengan syarikat suami bekerja. Dah siap congak...dan yakin insyaALLAH berkemampuan bayar. 

Masa terus berlalu...Tiba-tiba selepas itu syarikat suami saya bekerja revise pendapatan kali kedua untuk tahun itu. Belum pernah berlaku dalam sejarah. Alhamdulillah kenaikan gajinya membuatkan suami lebih yakin untuk menguruskan bayaran bulanan rumah yang dah dibeli. 

Malah bukan itu sahaja, selepas beberapa bulan, mak ayah mertua pujuk kami beli sebuah lagi rumah di area Taman Melati. Ikut lojik akal memang tak lepas dan tak mampu. Tapi siapa kita nak menolak rezeki kan? Selang beberapa bulan tu kami dapat beli sebuah lagi rumah. Miracle....dalam 4-5 tahun dua rumah alhamdulillah selesai bayar. Semuanya kerja Allah.

Banyak saya belajar dari suami...bagaimana dia merai kan mak ayahnya hingga dia mendapat kedudukan yang baik dalam kerjayanya dalam syarikat beliau bekerja. 

Jadi nak lihat keajaiban dalam hidup walaupun makan gaji, sebenarnya tidak mustahil apabila kita merai kan mak ayah. Jangan takut tak cukup duit kerana duit ni Allah punya. Ya betul, bila makan gaji ...gaji kita dah tetap. Tapi tak perlu risau bila beri lebih pada mak ayah...kerana ada rezeki lain Allah beri gantian.

Ramai menyangka bila makan gaji, kalau bagi mak ayah lebih nanti duit untuk komitmen bulanan akan terganggu...itu ikut akal manusia. Tapi keajaiban rezeki ni satu rahsia pada siapa yang berani usahakan. Ada aje sebenarnya jalan yang Allah aturkan menggantikan duit yang keluar tadi. Kita cuma perlu buat dengan ikhlas. 
Tanpa mak ayah kita takkan ada kat dunia. Jadi tanda terima kasih itu balaslah dengan kebaikan dan gembirakan mereka. Jika tak dapat balik kerap, telefon la dengan kerap. Supaya mereka tahu kita ambil berat dan sayang mereka. Hidup kita tak lama....sama ada mereka pergi dulu atau kita yang dijemput lebih awal. 

Pengedar Shaklee Malaysia





 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Khamis, 23 Mei 2019

Orang yang makan vitamin ni adalah orang yang.....

Masih terngiang-ngiang saya kisah yang dikongsi oleh salah seorang sideline business Shaklee saya iaitu Hjh Rusimah. Masa tu kami bersembang semasa trip Cruise yang Shaklee sponsor tahun lepas.

Pengedar Shaklee AKtif
Makan anggur fresh Civitavecchia.


Masa tu Hjh Rusimah share bagaimana beliau kembangkan business terutama semasa beliau masih berkhidmat di jabatan kerajaan.

Antara point yang disampaikan dan yang menarik perhatian saya adalah golongan yang makan vitamin. Kata Hjh Rusimah...orang yang akan mencari dan memerlukan vitamin  sebenarnya dalam golongan yang dipanggil "performer". Mereka ni sangat mementingkan kesihatan dan meletakkan kesihatan perkara utama dalam hidup. Golongan ini mementingkan kejayaan dalam kerjaya. Mereka ini pegang prinsip perli sihat agar boleh kerja dengan lebih baik.

Waktu itu saya tersedar...hakikatnya benar apa yang dikongsi oleh Hjh Rusimah.

Dunia saya dikelilingi oleh orang yang pentingkan kesihatan. Bila sihat baru boleh cari duit lebih. Boleh cari duit banyak dan sebagainya.

Tapi bila sakit...duit yang banyak pun tak akan ada nilai kerana kita pasti tak dapat nikmati disebabkan dah sakit kan?

Ada ramai orang bila ditanya...ada makan vitamin? Sebahagian besar jawab ya...kerana mereka ini percaya pemakanan hari ini banyak yang tidak sesegar dahulu. Malah makanan hari ini kebanyakkannya adalah GMO produk dan kita dimomokkan dengan makanan segera.

Anak hari ini lebih kenal mee sedap, maggi berbanding vitamin. Mereka melihat vitamin tu ubat padahal ubat dan vitamin adalah 2 benda yang berbeza. Cuma kelihatan sama sebab mereka mereka sahaja hampir serupa.

Bila dah duduk dalam dunia supplement, saya sedar betapa pentingnya anak-anak diberikan vitamin. Ini sangat penting untuk proses pembesaran mereka dan kecergasan otak.

Namun bagi segelintir golongan yang kurang kesedaran , mereka akan menyangka vitamin bukanlah satu yang penting kerana mereka memang makan setiap hari dan bukannya seperti pelarian yang kekurangan makanan. Ramai yang menyangka badan anak sihat montel itulah sihat....yang kurus keding macam tak cukup makanan. Hakikatnya pembesaran bukanlah ukuran fizikal semata-mata.

Sebab saya yakin, pekerja syarikat yang cemerlang menjaga taraf kesihatan mereka supaya mereka berupaya dan bertenaga sepenjang mereka berkhidmat. Bukan itu sahaja pengambilan vitamin membantu mereka FOKUS pada kerja yang mereka lakukan. Itulah sebenarnya kualiti dalam kehidupan. wallahu alam.


Shaklee Terengganu Ready Stock
Makan vitamin untuk sihat ?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
Nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?


Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 5 April 2018

Muat turun borang untuk mendaftar Ahli Shaklee 2018


Berminat nak menjadi Ahli Shaklee? Shaklee menyediakan 3 pilihan untuk mendapatkan keahlian Shaklee.


Ada 3 cara :



Nak jadi ahli Shaklee
Pilihan keahlian Shaklee








 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa



#pengedarShakleeTerengganu
#PengedarShakleeMuar
#PengedarShakleeMiri

Selasa, 3 April 2018

Legasi untuk diwarisi

Hebat mana pekerjaan kita, hakikatnya kita tak mampu nak wariskan kepada anak dan keluarga kita. Itulah dunia realiti hari ini.

Image result for handover business to kid
Namun Shaklee menyediakan satu platform untuk semua pemimpin pengedar yang komited dengan bisnes ini dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi....di mana usaha membina legasi itu boleh diwariskan kepada orang yang tersayang.

Unikkan bisnes Shaklee ini?


Jika bisnes konvensional biasa, legasi yang dibina akan ditinggalkan begitu sahaja sebaik sahaja penama meninggal dunia. Tetapi berbeza dengan Shaklee...namun sudah pasti beberapa syarat perlu dipatuhi dalam memastikan wasiat itu dapat dipenuhi.


Jika anda sedang mencari bisnes sampingan ditambah pernah mengamalkan Shaklee, apakata join ahli dan bina legasi yang serius kemudian menyediakan hadiah kepada tersayang jika apa-apa berlaku pada diri sendiri.


Berminat untuk menjadi pengedar seterusnya pemimpin pengedar yang berjaya?

Anda boleh memilih salah satu pakej yang disenaraikan dibawah jika berminat untuk menjadi bisnes partner kami.
Pengedar Shaklee Pantai Timur



Sebarang pertanyaan boleh terus mesej kepada kami DI SINI


#pengedarshakleeterengganu
#pengedarShakleekualaterengganu

 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 25 Mac 2018

Shaklee sebuah kerjaya dari rumah punya jadual waktu yang sangat fleksible


Tahun 2018 genaplah saya bekerja dari rumah selama hampir 10 tahun. Bukan satu yang mudah tapi tak mustahil.

Mengapa Shaklee menjadi pilihan kerjaya saya?

Produk yang berkualiti
Ya Shaklee sebuah syarikat pengeluar supplement yang memberi jaminan produknya Mesra Alam, Berkesan dan Selamat!
Banyak produk yang berkesan namun belum terjamin selamat.

Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar Johor


Pengurusan pesanan yang mudah.
Shaklee menyediakan platform yang mudah untuk semua pengedar mereka. Website yang disediakan untuk pengedar membuat pesanan walau dimana sahaja mereka berada. Malah melalui website ini pengedar boleh mengetahui tentang perkembangan organisasi mereka , selain mengetahui info terkini dari syarikat. Paling penting ada internet ....dan semuanya hanya dihujung jari.

Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar Johor


Penghantaran produk disediakan beserta insurans.
Ramai yang berminat dengan bisnes dropship namun uniknya tentang Shaklee, semua pesanan dihantar oleh syarikat courier yang dilantik oleh syarikat dan ianya beserta dengan insurans!!!
Ya terdapat tempoh yang dinyatakan untuk penerimaan produk namun paling utama ia lengkap dengan jaminan. Maka dengan ini, mana-mana pengedar yang berada diluar kawasan atau berada diluar negara sekalipun, semuanya boleh disemak melalui website Shaklee untuk mengetahui perkembangan produk pesanan pelanggan.

Shaklee bisnes in Kuala Terengganu



Melahirkan pengedar dan pemimpin yang berilmu.
Latihan secara percuma diberikan melalui Health and Wellness Talk secara bulanan dan boleh dihadiri oleh bukan ahli juga, bagi yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang produk dan manfaatnya. Selain itu latihan untuk pemimpin pengedar juga disediakan sejajar dengan matlamat syarikat menghasilkan pengedar dan pemimpin pengedar yang berilmu.

Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar
Latihan untuk Pemimpin Pengedar 

Health and Wellness Talk diberi secara percuma!
Shaklee Independent Distributor Kuala terengganu
Sesi ilmu percuma di Kuala Terengganu





Pengurusan syarikat yang prihatin.
Shaklee bukan sahaja syarikat yang menghasilkan supplement yang berkualiti tetapi mementingkan pengurusan yang cekap dan adil. Malah bukan itu sahaja, pengurusan yang dilantik juga adalah mereka yang sangat berdedikasi dan bekerjasama dengan pemimpin pengedar. Maka ini sangat mudah untuk pemimpin pengedar ingin berkongsi tentang cabaran dan memberikan pandangan untuk penambahbaikan organisasi.

Pengedar Shaklee Malaysia


Bonus tak pernah bertangguh.
Alhamdulillah selama berbelas tahun menjalankan bisnes Shaklee , pihak pengurusan tidak pernah terlewat untuk membuat bayaran kepada pengedar dan pemimpin pengedar. Pengiraan bonus juga sangat telus melalui sistem online yang disediakan untuk pengedar. Maka ini memudahkan pengedar terutama pemimpin pengedar mengetahui berapakah bonus yang mereka layak berdasarkan performance mereka.
Image result for bonus payout



Insentif disediakan bukan hanya untuk Pemimpin Pengedar.
Bercerita tentang insentif lain yang Shaklee sediakan adalah percutian atau pakej Umrah 5 bintang.
Uniknya Shaklee adalah syarikat MLM yang membenarkan pemimpin pengedar membawa bersama pasangan untuk turut serta. Bukan itu sahaja, pemimpin pengedar yang layak boleh membawa bersama anak atau ibu dan ayah berdasarkan point yang mereka dapatkan. Ini membuktikan ianya adalah bisnes yang mesra keluarga. Jika kita bekerja sendiri atau bekerja dengan mana-mana syarikat  amat sukar nak bawa bersama ahli keluarga walaupun kita adalah high performer staff. Maka Shaklee menjadi pilihan saya untuk bawa ahli keluarga bercuti dengan tajaan syarikat.

Image may contain: 9 people, including Naquib Hussain, Salwa Ahmad Ahmad and N Huda Hussain, people smiling, mountain, selfie, outdoor and nature
Meluangkan masa bersama keluarga adalah sangat penting kerana kita bekerja adalah untuk mereka.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor



Akhir kata....

Hakikatnya bisnes atau bekerja dengan majikan memerlukan usaha yang sama ....cuma bagaimana kita dihargai dan menjadikan hasil reward sebagai satu yang boleh dinikmati bersama ahli keluarga.
Yes Shaklee ada semuanya !

Image result for reward




Berminat nak sertai dan menjadi sebahagian dari bisnes partner kami? Jom kita cipta masa depan yang menarik bersama Shaklee! Boleh hubungi saya di talian 012-8535689 untuk lebih lanjut.











 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 17 Mac 2018

Bagaimana cara untuk impian jadi kenyataan?

Zaman saya belajar lagi, saya pernah dengar ada senior yang menyediakan impian perjalanan hidup mereka. Tahun xxxx graduation, tahun xxxx kerja, tahun xxxx berumahtangga.....dan seterusnya.


Image result for dream board

Ya mereka plotkan kehidupan yang mereka mahukan. 

Sebenarnya kita pun perlu usahakan juga...yang kini dipanggil Vision Board. Apa yang kita mahu, kita lekatkan pada vision board tersebut. Bagus dalam bentuk gambar supaya kita boleh imagine dalam minda terus.

Setiap kita punya impian...tapi ia hanya berlalu pergi macam tu aje. Sebab kita tak simpan dalam minda bawah sedar [ sub concious mind] melalui imiginasi berulang-ulang.

So cara nak buat nya mudah aje.....

# 1 Sediakan 1 plain board.

Image result for plain board with pin



# 2 Kemudian lekatkan gambar apa yang anda ingin milik dan capai. 


Gambar ini boleh didapatkan dari magazine, surat khabar atau apa apa pamplet yang mempunyai gambar yang kita mahukan.

Contohnya..... jika kita teringin nak ada Apple i Mac contohnya...so kita cari gambar dan lekatkan pada plain board tadi
Image result for apple desk top?


Teringin nak ke Universal Studio Las Vegas? Cari gambar dan lekatkan

Image result for universal studios san francisco


Penuhkan board anda dengan semua impian anda.




# 3 Tetapkan matlamat bila perlu capai.

Image result for dream board 2018


# 4 Rancang bagaimana nak capai impian.

Image result for plan



# 5 Tindakan untuk capai

Image result for people arranging bricks


Maka dengan 5 perkara tadi semua impian boleh dicapai dan tiada yang mustahil dengan izin Allah juga.

Kalau anda buat bisnes maka dekati mentor untuk tunjuk ajar kerana adakala mentor ada cara yang lebih baik dari cara yang kita usahakan. Kalau anda baru nak buat bisnes, pastikan bisnes itu mempunyai peluang yang cerah untuk capai impian anda.

Kalau angan-angan mat jenin tu mungkin boleh jadi kenyataan tapi amik masa bertahun la sebab tak de tindakan dok harap ia berlaku dengan keajaiban.


So jom visual kan masa depan impian kita!

Image result for vision board






♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 15 Mac 2018

Shaklee Euphoria Kuantan satu permulaan yang baik


Image may contain: 12 people, including Najat Nabihah Zainal, Suzana Kadir, Zahratul Muna and Nursakinah Kinn, people smiling, indoor



Dah lama kami tak jalan Kuantan...dulu masa abah Addinnasa ada kerja di Petronas Kerteh rajin juga turun Kuantan untuk shopping dan ada juga appointment doktor untuk jadual imunisasi Nasa. Masa tu Nasa masih baby lagi.

So alhamdulillah rezeki ke Kuantan untuk training Shaklee iaitu 23 Februari 2018. Walaupun kami hanya mampu organize waktu malam tapi alhamdulillah sambutan sangat bagus.

Kehadiran peserta dalam 40 orang dan dengan beberapa speaker membuatkan semua menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas.

Antara speaker pada malam tersebut ialah mak dan ayah mertua saya iaitu Hjh Salwa dan Hj Hussain, suami saya sendiri beserta Puan Najat dan suaminya En Nawawi.

Perkongsian dari pelbagai sudut bisnes dan info yang mereka berikan sangat bernas dan membuka minda semua yang hadir.

Alhamdulillah kami dapat selesai sesi malam itu sebelum jam 11 malam. Tahniah juga kepada mereka yang mendapat cabutan bertuah sebelum pulang.


Next sesi kami akan ke Kota Bharu Kelantan. Jika ada kenalan atau anda sendiri yang sedang mencari bisnes boleh sertai kumpulan kami dan bersama kita capai impian.




Image may contain: one or more people and indoor


Image may contain: Naquib Hussain, shoes

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: Najat Nabihah Zainal, sitting and outdoor


Image may contain: Farha Maskuriy, sitting and indoor


Seronoknya tentang Shaklee? Enjoy Shaklee products, Shaklee life style dan Shaklee opportunity. Berminat nak tahu lebih lanjut?




www.wasap.my/60128535689/Shakleespecial
www.wasap.my/60128535689/Shakleespecial
www.wasap.my/60128535689/Shakleespecial
www.wasap.my/60128535689/Shakleespecial
www.wasap.my/60128535689/Shakleespecial






 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 7 Februari 2018

Keputusan ujian darah ke atas hati dan buah pinggang.....

Semalam saya ada bagi tahu saya nak share tentang result darah terutama ke atas hati dan buah pinggang kan?





So


Taraaaaaa.....






Alhamdulillah semua masih dalam range selamat....tapi tak bermakna boleh pandang remeh.


Tetap kena usaha turunkan mana yang patut....

Maksudnya tetap kena kurangkan makanan laut macam udang karang, kerang, tiram.....ini semua my favourite food .....huhuhuhu.


Tak mahu la urik asid meningkat dan melebihi range yang sepatutnya kan?


Buah pinggang pun alhamdulillah sihat pun tetap kena monitor. Hehehehe.



So alhamdulillah berkat makan vitamin Shaklee sejak tahun 1999-2000 memang banyak perubahan yang saya alami. Kalau dulu seafood langsung tak boleh makan....terus kaki jadi kudis dan berair. Muka ada jerawat dan kulit sangat sensitif.

Syukur sekarang banyak perubahan.

Alhamdulillah hati dan buah pinggang sihat.



Jadi anda yang nak makan vitamin, pilihlah vitamin yang baik, berkesan dan paling penting SELAMAT!!!




Kami tak paksa orang makan vitamin. Memadai kita makan ikut keperluan kita. Setiap kita punya rutin hidup yang berbeza namun kita semua perlu sihat untuk meneruskan rutin harian.



Jemput baca

TIPS makan vitamin tanpa rosakkan hati dan buah pinggang.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 November 2017

Kenapa ramai ibu ada beg macam beg Doraemon?

Biasa kan kita pergi kedai makan atau restoren ...kita akan temui banyak keluarga yang semua ahlinya sibuk dengan handphone.





Tidak terkecuali kami juga. Cuma adakala bila datang keinsafan kami kurangkan aktiviti melihat handphone semasa menunggu makanan.

Paling dahsyat bila kena tegur dengan anak sendiri....

Kata cari duit untuk anak...tapi asyik sibuk dengan handphone aje ni.

Terus kami abah dan ibu ni simpan handphone dalam poket dan handbag masing-masing.


Ya sebenarnya ibu dan abah ni kena kreatif kan...


Bila tahu nak makan kat luar yang mana adakala kita perlu menunggu makanan untuk dihantar ke meja ...ada ruang kosong di situ. Masa itu perlu diisi supaya kasih sayang kita sekeluarga semakin erat.

Jika semua ahli keluarga sibuk dengan gadget masing-masing ....akhirnya akan wujud jurang tanpa kita sedar.

Jurang ini akan ditutupkan oleh anasir luar secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Ia akan nampak kronik bila anak itu terjebak dengan perkara tak elok. Nauzubillahi min zalik. Moga Allah jauhkan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.


Maka sebelum ia menjadi parah...kita kena usahakan sesuatu....


So dalam handbag ibu ni kena isi at least beberapa keping kertas dan pen untuk digunapakai semasa menunggu makanan sampai. Kertas, Pen atau Pensil dan pensil warna.



Antara aktiviti yang boleh kita isi bersama mereka adalah


Drawing [ melukis]

Mewarna

Ejaan

Mengisi tempat kosong melalui perkataan atau ayat.

Bingo



Ini kerana masa tu bukan lama pun tapi sangat berkualiti dan anak merasakan ibu bapa adalah kawan rapat yang boleh dipercayai. Mereka tak perlukan orang luar untuk menumpang kasih kerana tahu ibu dan ayah sentiasa ada bila bila masa mereka perlukan.


BINGO games

Jom kita eratkan kasih sayang keluarga kerana hari ini ramai ibu bapa sibuk cari duit untuk anak tapi sayangnya tak de masa untuk anak.





Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 27 September 2017

Kerja keras dihargai dengan percutian 5 bintang ! - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu.

Dulu saya pernah jadi penganggur terhormat selepas habis belajar. Hanya duduk rumah. Puas minta kerja sana sini. Penat tau. Ada juga bisikan hati jahat datang sekali sakala...apalah dosa sampai susah sangat nak dapat kerja.

Suami saya puas usung saya sana sini minta kerja. Alasan mereka tolak ialah over qualified. Ya saya tak memilih kerja pun. Jadi kerani pun jadilah tapi sebab ada degree dan mereka takut saya demand gaji kot jadi akhirnya saya tak dapat kerja kat mana-mana.

Yang membuatkan saya terbuka minda buat tuition dirumah sebab saya pergi sebuah pusat tuition untuk minta kerja jadi guru tuition maths...ini kerana saya minat subjek Maths. Tahu tak berapa gaji yang ditawarkan? Mati-mati saya ingat RM600 tapi rupanya RM200 sahaja sebulan. Tolak minyak berapa aje bersih yang dapat kan?

Akhirnya saya decide buat tuition kat rumah aje. Usaha cari anak murid dengan guna poster tampal merata tempat terutama di kedai yang sediakan signboard. Syukur kat Miri banyak aje  kedai yang sediakan signboard iklan dan tampal secara percuma. Ya seminggu aje. Lepas tu kena letak iklan semula.

Dari seorang sampai berpuluh dan akhirnya mengalah sebab dapat kerja cikgu sekolah.

Dari cikgu sekolah, elok dah semua cuma kesiankan anak orang lain jaga. Kerana kes bibik dera baby saya bagi tahu suami nak amik cuti tanpa gaji. Siapa sangka rezeki tahun tu kerajaan sediakan cuti tanpa gaji jaga anak. So saya habiskan selama 5 tahun sambil tu buat Shaklee.

Tapi mana ada senang nak senang kan?
Orang kutuk? Eh biasa ...sampai sekarang pun kena. Tapi sebab kita tahu apa yang kita nak demi masa depan, kita fokus pada usaha aje. Sebab susah pun kena kutuk, senang apatah lagi.

Kena sabar....namun alhamdulillah perlahan-lahan berkat sabar merasa juga..... reward ini saya usaha demi anak-anak. Mereka perlu belajar tengok dunia.


Alhamdulillah.... antara yang kami seronok dengan bisnes Shaklee adalah peluang melancong yang ditawarkan. Dari domestik kini dah upgrade jadi regional , ada umrah malah antarabangsa.

Percutian ini memang diberi percuma. Tak perlu keluar duit kecuali duit belanja [ shopping].

Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu

Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu

Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu

Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu

Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu



Ya Shaklee menawarkan percutian bertaraf 5 bintang yang mana layanannya terbaik !

Sekurang-kurangnya kerja keras kita dihargai dan ia boleh dinikmati bersama ahli keluarga juga.


Anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai peluang percutian yang ditawarkan? Boleh hubungi saya secara langsung www.wasap.my/60128535689



#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu
#pengedaraktifshaklee




 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 10 September 2017

Bekerja dari rumah perlu ada matlamat boleh capai - Pengedar Shaklee Terengganu

Ramai surirumah hari ini mencari duit melalui bisnes online. Malah saya kagum bagi yang mengambil tempahan masakan atau buat kek semata-mata nak cari pendapatan untuk bantu suami tampung perbelanjaan keluarga.

Ya namun sebenarnya bagi surirumah yang berpendapatan ini, ada yang telah mempunyai matlamat yang jelas mengapa perlu ada duit tambahan bukan hanya untuk bantu keluarga namun salah satu usaha menyediakan kemudahan dalam rumah sendiri.

Ramai surirumah hanya usaha ada duit untuk mempunyai pakaian cantik, set alat make up, handbag mahal...namun ada segelintir yang saya belajar dari mereka mencari duit membeli barang yang memberi kemudahan mereka sebagai surirumah.

Ya apa yang surirumah perlu ada bila ada duit hasil dari berniaga?

Antaranya ;







Rata-rata surirumah perlu menggosok pakaian kan?

Baik pakaian sendiri, suami atau anak sekolah. Anak saya tadika dulu pun t-shirt mereka bergosok. Kerana mahu anak nampak kemas dan dia sendiri akan belajar menjadi smart sentiasa.
So bila ada iron wap yang begini, memang memudahkan kita buat kerja kan?


So maybe ia nampak mahal...jadi bila dah berniaga online atau dropship atau apa aje yang boleh buat duit...kita kenalah ada target menyediakan barang keperluan rumah yang memudahkan kerja kita.

Kerja rumah mudah, kita juga mudah nak fokus pada bisnes kan?


Selain dari tu....


Keperluan memasak yang memudahkan kita ;

Sekarang dengan zaman moden, ada banyak periuk nasi yang mempunyai pelbagai fungsi...selain masak nasi dengan cepat, ada yang boleh lembutkan daging dengan cepat, malah ada yang boleh juga masak kek dengan periuk yang sama....so ini sangat membantu surirumah menggunakan masa di dapur dengan lebih efisien.



Selain itu, air fryer sangat membantu. Masih ingat lagi masa kami berjalan di Pontianak...penjual Air Fryer itu mempromote dengan saya ...' Ibu bagus beli periuk ini. Ibu boleh menggoreng dengan baik tanpa menggunakan minyak. Ini bagus untuk kesihatan jantung ibu dan seisi keluarga. Malah lebih hebat lagi tak perlu risau jika makanan yang digoreng itu hangit atau tidak kerana ia punya sukatan masa yang khas. Ibu juga boleh banyak berzikir sepanjang memasak.'

Promote bagus betul salesmen tu...tapi saya tak beli di Indon...balik Malaysia saya terus beli.



Memang sangat mudah. Anak nak goreng ayam pun boleh buat sendiri. Tak perlu risau minyak terbalik ke...dapur hangit ke....

Paling penting masa kita di dapur lebih efisien.


Kalau ada duit lebih boleh aje beli mesin basuh siap kering....ha tak yah beratur pergi dobi layan diri...mesin kat rumah dah ada.

Kami kalau travel jauh memang mencari penginapan yang sediakan mesin basuh lengkap dengan dryer...sangat la mudah. Balik jalan baju dah siap basuh!!!





Bila kerja rumah mudah diuruskan...nak fokus pada bisnes pun mudah kan?

Ya siapkan lagi matlamat untuk dapatkan vacuum cordless pula....bertambah mudah kerja!






Ha mudah kerja dengan benda yang ringan ...


Bila kita dapat mudahkan kerja....untuk kita fokus pada keluarga, pada bisnes juga mudah.


Di atas adalah antara target yang boleh surirumah buat untuk beli bila dah ada duit hasil dari berniaga di rumah.

Paling utama kena rajin.

Ya kita tak mampu nak beli semua serentak dalam satu masa...kurang-kurang ada la target bila buat bisnes tu. Nampaklah hasil kita bersusah payah meniaga.

Jangan lupa juga Reward diri ....

Setahun sekali pergi bercuti dengan keluarga.

Beli perfume wangi nak pakai kat rumah...

Beli make up untuk make up kat rumah....



Walau kerja kat rumah, tapi untuk lebih bersemangat....pakailah yang cantik di rumah dan berhias seolah-olah nak pergi office. Suami pun happy bila isteri selalu cantik dan wangi.



Bagi yang berminat nak berniaga Shaklee dengan serius dan ada matlamat serta kesungguhan...boleh email atau mesej saya ...kami akan bantu anda berjaya jika anda ada kemahuan! insyaAllah.











Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 28 Julai 2017

Peluang perniagaan di Miri Sarawak

Merungut dengan masalah ekonomi sekarang bukanlah jalan penyelesaian kan?

Mengapa kita tak usaha cari peluang bina masa depan?

Next week kami akan ke Miri Sarawak untuk share tentang Busuness Opportunity. Sesiapa yang berminat nak join dan nak tahu peliang bisnes yang kami jalankan dengan lebih details boleh pm saya atau suami Naquib Hussain di fb beliau.



Ada juga yang nak tahu bagaimana nak dapat percutian percuma atau mereka yang mencari sumber pendapatan tambahan dijemput datang.

Boleh juga whatsapp direct pada saya ;
www.wasap.my/60128535689





📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 17 Jun 2017

Jangan hanya jadi juara kampung !

Dulu, dia komplen bila dia sedang menghafal Quran, kawan-kawan sekeliling bising dan ajak bersembang. Malah jika di rumah, dia lebih suka menyendiri mencari ruang sendirian untuk menghafal.

Sehinggalah satu hari abah Addin berkongsi cerita tentang Datuk Misbun Sidek...abah pun share la keunikan Datuk Misbun Sidek yang akan berlatih di tempat yang bising malah banyak tempat untuk menguji kekuatan mental beliau sepanjang dalam pertandingan.

Maka abah pesan pada Addin jangan jadi juara kampung. Juara kampung maksudnya dia hanya boleh jadi hebat dalam persekitaran yang dia suka sahaja [ yang tak banyak cabaran].


Sejak dari tu, Addin cuba menghafal dalam keadaan bising dan dia cuba fokus sebaik mungkin untuk menghafal Al Quran seperti tugasan yang diberi oleh ustaz beliau.


Syukurnya baru ni Addin dalam buat Khatam Mukhtar untuk 5 juzuk dalam masjid Nabawi bersama ustaznya. Alhamdulillah ustaz juga gembira bila Addin dapat membaca hafalan dengan lancar walaupun berada dalam masjid dengan pelbagai jenis ragam manusia.


Hakikatnya samalah dengan apa juga yang kita usahakan. Jika kita nak harap semuanya mudah, best, lancar dan tiada cabaran...hakikatnya kita hanya juara kampung aje.



Keadaan sebenar kita belajar dari setiap ujian, hinaan, penganiayaan manusia dan cabaran yang ada untuk menjadikan kita bukan hanya juara kampung tetapi juara diperingkat yang lebih tinggi. Ya persediaan mental kena kuat.

Sebagai muslim kita perlu berpegang pada Al Quran dan Sunnah dan yakin pertolongan ALLAH sentiasa ada. Allah tak pernah meninggalkan kita tetapi manusia ni sering lupa bila dia dapat nikmat Allah yang banyak.


Namun jangan lupa banyakkan berdoa semoga kita dipelihara dari segala fitnah dunia dan fitnah selepas kematian. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang dinaungi rahmatNya.






 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa