Memaparkan catatan dengan label Polifenol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polifenol. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Februari 2023

ADENOMYSIS - REAL LIFE EXPERIENCE

Selama berada dalam dunia kesihatan, saya biasa dengar kes fibroid, cyst , endometriosis dan saya belajar mendalami tentang ketiga-tiga penyakit ini. Namun my own experience bila saya melalui saya benda baru dalam hidup saya bila saya mengalami pendarahan yang banyak semasa menstrual bulanan. Ia berlaku pada tahun 2021 di mana saya terpaksa juga menemui doktor pakar kerana masalah pendarahan yang banyak. Itulah kali pertama saya mendengar nama penyakit Adenomysis. Saya terpaksa rujuk ke saya ke hospital pakar di Terengganu, Kuala Terengganu Specialist [ now known as KMI Kuala Terengganu Medical Centre].
Adenomysis
Wanita kena peka dengan jadual mentsrual mereka





 Semasa lawatan doktor menyarankan saya scan keadaan rahim saya dan doktor pakar menunjukkan betapa tebalnya keadaan dalam rahim waktu itu. Kemudian doktor pakar menjelaskan yang saya mengalami Adenomysis. Doktor menyarankan saya membuat operation membuang rahim supaya ia tidak berlarutan. Cuma saya minta diberikan tempoh masa untuk saya dapatkan rawatan alternatif. Sementara itu docktor membekalkan saya  ubat untuk hentikan darah dan pil tahan sakit jika berlaku kekejangan otot perut.
Adenomysis
Perbandingan : Keadaan rahim yang sihat dan rahim yang mengalami Adenomysis




Lepas balik tu saya cuba tanya kawan-kawan doktor pakar sakit puan, apa benda sebenarnya Adenomysis ni? Selepas belek dari google dan cuba faham apa yang kawan-kawan doktor saya cuba explain , rupa-rupanya Adenomysis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium memecah melalui otot rahim iaitu miometrium.

Baru saya tahu kenapa menstrual saya jadi heavy...Apa jadi kalau ada Adenomysis ni? Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kekejangan haid, tekanan pada perut dan kembung semasa sebelum haid dan menjadikan pendarahan yang banyak. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh jadi makin worst bila ia merebak seluruh rahim atau hanya terletak di satu-satu tempat.

Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan ia tidak la mengancam nyawa tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan darah dan boleh menyebabkan kesan negatif dalam diri pesakit. Saya yang mengalami sendiri merasa sakitnya hanya Allah yang tahu. Pendarahan yang banyak membuatkan saya kelihatan begitu pucat. Masa tu hanya doa dari semua kawan-kawan yang saya harapkan. Kerana saya tahu hanya Allah yang mampu menyembuhkan.

Ia berlangsung dengan sangat lama. Hampir 3 bulan , masyaAllah kalau ingat balik keadaan tu. Barulah saya mulai faham keadaan mereka yang berada dalam istihadah. Tak semudah yang kita sangka. Ia adalah ujian jiwa yang kena berpaut pada tuhan yang Esa. Dengan menahan sakit cramp diperut, dengan darah yang banyak, wajah pucat lesi ...Subhanallah. 

Alhamdulillah secara beransur ia tidak berlarutan. Cuma setiap kali menstrual masih rasa kejang di awal musim menstrual. Di kala umur 4 series ni, sebenarnya letih juga nak hadap. Jadi saya kena amik pil penahan sakit di awal mestrual supaya ia tak terlalu sakit hingga saya tak mampu nak buat kerja apa pun.
Namun selepas mendapat input dari beberapa orang yang mahir dalam bidang ini, saya cuba usahakan rawatan alternatif untuk membantu agar keadaan menjadi lebih baik.

Rupanya penyakit ini ramai juga dikalangan kaum wanita. Ada kenalan saya yang terpaksa membuang organ rahim kerana doktor mengatakan ia adalah lebih baik untuknya. Antara sympton untuk Adenomysis ini adalah 
Adenomysis
Kekejangan semasa menstrual - wanita kena alert


🧿 Pendarahanan haid yang berat dan berpanjangan

🧿 Keradangan yang teruk atau tajam seperti sakit pelvik semasa haid atau nama lain dismenorea

🧿 Kekejangan haid yang berpanjangan sepanjang haid dan keadaan menjadi worst bila makin meningkat usia.

🧿 Gumpalan darah keluar semasa haid berlangsung

🧿 Rahim mungkin menjadi besar dan kita merasakan macam perut sedang bloated.

🧿 Berasa sakit bila bersetubuh bersama pasangan.



InsyaAllah akan datang saya kongsikan rawatan alternatif yang saya usahakan untuk mengurangkan gejala menstrual saya. 








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Jumaat, 23 Mac 2018

Kurangkan makanan ini jika dapati ada ketumbuhan dalam badan.

Biasa bila doktor mengatakan ada ketumbuhan dalam badan...sudah pasti kita akan mula panik. Waktu tu mula mencari semua rawatan alternatif tanpa mengambil kira isu keselamatan.

Sebenarnya sebelum ini doktor mengesahkan saya ada Cyst sebesar 6 cm. So saya cuma ingat ilmu yang saya belajar....

Betulkan rutin makanan dahulu....



Elakkan minum minuman berkafien.
Kafien seperti kopi dan teh mengganggu penyerapan zat besi dengan baik. Jika ia berlaku maka tubuh kita akan mudah lemah kerana sel darah merah atau hemoglobin tidak dapat dihasilkan dengan mencukupi mengikut keperluan tubuh manusia.

Image result for kopi dan teh


Elakkan pengambilan gula putih.
Dikatakan gula putih adalah makanan kepada semua jenis ketumbuhan. Maka alternatif adalah kurangkan gula dalam diet harian selain boleh menggantikan dengan gula perang.

Image result for gula putih



Kurangkan pengambilan sumber makanan karbohaidrat
Ya nasi dan roti perlu dikurangkan kerana pengambilan secara berlebihan akan menjadikan karbohaidrat ditukar menjadi gula dan ini tidak membantu untuk sistem tubuh kita kekal sihat.

Image result for nasi dan roti


Secara mudahnya, elakkan gula putih, kurangkan nasi dan gandum serta elakkan minuman berkafien.

Selain itu......adalah sangat penting kita tingkatkan beberapa perkara dalam rutin diet kita seperti


Banyakkan pengambilan buah-buahan.
Pengambilan buah-buahan yang kita ketahui kaya dengan serat dan vitamin secara semulajadi. Buah-buahan seperti anggur dan beri dikatakan kaya dengan polifenol yang membantu sistem tubuh melawan radikal bebas.
Image result for buah-buahan


Banyakkan minum air masak.
Semua kita tahu betapa pentingnya air masak dalam kehidupan seharian. Ya kekurangan air boleh buat badan kita dehidrat dan akhirnya kita mudah mendapat penyakit. Maka pengambilan air secukupnya sangat penting untuk badan kita kekal sihat.
Image result for air mineral



Oh ya, supplement tidak memberi kesan optimum jika kita tidak menjaga diet dengan betul.

Supplement yang saya amalkan antaranya adalah antioksidan, resveratrol dan multivitamin selain minyak ikan yang kaya dengan Omega 3.

Alhamdulillah saya tiada lagi cyst dan ia hilang dengan sendirinya. Supplement juga membantu namun pemakanan dan cara hidup juga penting dititikberatkan untuk dapat hasil yang baik.




Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai sebarang kemusykilan boleh email kepada nnorita78@yahoo.com dan kami akan cuba membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.


Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 15 September 2017

Special Vivix 2 dengan diskaun 5% - Pengedar Shaklee Miri dan Terengganu


Hanya untuk esok 16-9-2017 ( Satu Hari Sahaja)

Beli 2 botol Vivix

✅ Diskaun 5%
✅Layak cabutan bertuah
✅Layak dapat bonus
✅ Free delivery bg yang order online
✅ Entitle membership free *Or* Auto Renewal.

Berminat boleh whatsapp saya 0128635689.

Selasa, 12 September 2017

Durian Vs Vivix - Pengedar Vivix Miri & Terengganu

Dalam orang kata ia mahal, tapi percaya tak ramai aje orang beli.

Pernah makan durian kat SS2 tak? Kalau tak cecah ratus ringgit untuk beberapa biji memang tak sah tau! Beza sangat ke rasa dia? Beza lah banding durian kampung.

Tapi dalam mahal tu ada juga customer yang makan dan bayar beribu tau! Sebab mereka mementingkan kualiti. Orang bayar mahal sebab kepuasan. Duit boleh cari. Tapi kepuasan sukar dikecapi.

Sama dengan Vivix dalam orang kata mahal, percaya tak ia antara produk yang paling laris. Mana orang makan untuk tenaga, sihat, cantik, eh banyak la sebab mereka beli.

Baru ni seorang lelaki dari Marudi telefon cari vitamin. Dan kebetulan dia nak cuba Vivix. Siapa sangka cukup sebulan, dia terus bank in nak beli lagi tanpa banyak soal.

Itulah kelebihan Vivix. Siapa dah amal, dia akan tahu beza dan kepuasan yang diperolehi.

pengedar vivix Terengganu
Vivix kualiti setanding harga.


Saya amal ke tak? Oh sekarang lebih konsisten sebab umur nak masuk 40 ni, mudah aje dapat melasma atau nama lain pigmentasi. So saya jadikan amalan supaya proses penuaan itu menjadi slow. Vivix minum setiap hari. Prevent dari kulit rosak akibat sinar uv.


Pengedar vivix Terengganu
Testimoni Vivix

Anda mencari Vivix? Meh saya share kelebihan lebih details.

Boleh whatsapp saya direct www.wasap.my/60128535689 untuk saya bantu anda.

#pengedarvivixmiri
#pengedarvivixterengganu
#leadershaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa