Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Februari 2023

ADENOMYSIS - REAL LIFE EXPERIENCE

Selama berada dalam dunia kesihatan, saya biasa dengar kes fibroid, cyst , endometriosis dan saya belajar mendalami tentang ketiga-tiga penyakit ini. Namun my own experience bila saya melalui saya benda baru dalam hidup saya bila saya mengalami pendarahan yang banyak semasa menstrual bulanan. Ia berlaku pada tahun 2021 di mana saya terpaksa juga menemui doktor pakar kerana masalah pendarahan yang banyak. Itulah kali pertama saya mendengar nama penyakit Adenomysis. Saya terpaksa rujuk ke saya ke hospital pakar di Terengganu, Kuala Terengganu Specialist [ now known as KMI Kuala Terengganu Medical Centre].
Adenomysis
Wanita kena peka dengan jadual mentsrual mereka





 Semasa lawatan doktor menyarankan saya scan keadaan rahim saya dan doktor pakar menunjukkan betapa tebalnya keadaan dalam rahim waktu itu. Kemudian doktor pakar menjelaskan yang saya mengalami Adenomysis. Doktor menyarankan saya membuat operation membuang rahim supaya ia tidak berlarutan. Cuma saya minta diberikan tempoh masa untuk saya dapatkan rawatan alternatif. Sementara itu docktor membekalkan saya  ubat untuk hentikan darah dan pil tahan sakit jika berlaku kekejangan otot perut.
Adenomysis
Perbandingan : Keadaan rahim yang sihat dan rahim yang mengalami Adenomysis




Lepas balik tu saya cuba tanya kawan-kawan doktor pakar sakit puan, apa benda sebenarnya Adenomysis ni? Selepas belek dari google dan cuba faham apa yang kawan-kawan doktor saya cuba explain , rupa-rupanya Adenomysis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium memecah melalui otot rahim iaitu miometrium.

Baru saya tahu kenapa menstrual saya jadi heavy...Apa jadi kalau ada Adenomysis ni? Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kekejangan haid, tekanan pada perut dan kembung semasa sebelum haid dan menjadikan pendarahan yang banyak. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh jadi makin worst bila ia merebak seluruh rahim atau hanya terletak di satu-satu tempat.

Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan ia tidak la mengancam nyawa tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan darah dan boleh menyebabkan kesan negatif dalam diri pesakit. Saya yang mengalami sendiri merasa sakitnya hanya Allah yang tahu. Pendarahan yang banyak membuatkan saya kelihatan begitu pucat. Masa tu hanya doa dari semua kawan-kawan yang saya harapkan. Kerana saya tahu hanya Allah yang mampu menyembuhkan.

Ia berlangsung dengan sangat lama. Hampir 3 bulan , masyaAllah kalau ingat balik keadaan tu. Barulah saya mulai faham keadaan mereka yang berada dalam istihadah. Tak semudah yang kita sangka. Ia adalah ujian jiwa yang kena berpaut pada tuhan yang Esa. Dengan menahan sakit cramp diperut, dengan darah yang banyak, wajah pucat lesi ...Subhanallah. 

Alhamdulillah secara beransur ia tidak berlarutan. Cuma setiap kali menstrual masih rasa kejang di awal musim menstrual. Di kala umur 4 series ni, sebenarnya letih juga nak hadap. Jadi saya kena amik pil penahan sakit di awal mestrual supaya ia tak terlalu sakit hingga saya tak mampu nak buat kerja apa pun.
Namun selepas mendapat input dari beberapa orang yang mahir dalam bidang ini, saya cuba usahakan rawatan alternatif untuk membantu agar keadaan menjadi lebih baik.

Rupanya penyakit ini ramai juga dikalangan kaum wanita. Ada kenalan saya yang terpaksa membuang organ rahim kerana doktor mengatakan ia adalah lebih baik untuknya. Antara sympton untuk Adenomysis ini adalah 
Adenomysis
Kekejangan semasa menstrual - wanita kena alert


🧿 Pendarahanan haid yang berat dan berpanjangan

🧿 Keradangan yang teruk atau tajam seperti sakit pelvik semasa haid atau nama lain dismenorea

🧿 Kekejangan haid yang berpanjangan sepanjang haid dan keadaan menjadi worst bila makin meningkat usia.

🧿 Gumpalan darah keluar semasa haid berlangsung

🧿 Rahim mungkin menjadi besar dan kita merasakan macam perut sedang bloated.

🧿 Berasa sakit bila bersetubuh bersama pasangan.



InsyaAllah akan datang saya kongsikan rawatan alternatif yang saya usahakan untuk mengurangkan gejala menstrual saya. 








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Ahad, 22 November 2020

2 tahun sengsara kerana patah tulang kini sihat sepenuhnya

Pagi tu saya menerima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Na. Beliau memberitahu yang beliau mencari produk Shaklee untuk recovery anaknya yang dah 2 tahun kemalangan dan mengakibatkan patah tulang. Saya mulakan bicara bertanya bagaimana beliau mendapatkan no telefon saya, rupanya kak Na dapatkan dari Shaklee HQ memandangkan saya berdekatan dengan alamat kak Na.

Malam tu kak Na datang rumah saya....saya berkongsi beberapa kebaikan vitamin Shaklee dan sedikit latar belakang saya bersama produk Shaklee ini.

Bagi yang baru mengenali blog ini, saya mula mengamalkan produk ini sejak zaman belajar di Universiti lagi iaitu tahun 1999. Alhamdulillah hingga kini masih amalkan malah menjadikan Shaklee sebagai karier saya dan suami hingga ke hari ini.

Berbalik pada kisah kak Na tadi. Anaknya terpaksa menahan kesakitan akibat keretakan tulang dibahagian kaki disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya. Jadi selepas banyak bertanya pada kenalan, ramai yang rekomenkan untuk mengambil vitamin Shaklee. 




Antara vitamin yang kak Na beli pada malam ini adalah ESP , Ostematrix, Vitamin E, B complex dan Vitamin C.


Alhamdulillah, bulan berikutnya kak Na masih meneruskan pembelian beberapa stok vitamin yang membantu anaknya sihat. Antaranya ialah ESP dan Ostematrix. Selepas beberapa bulan, kak Na menelefon dan memberitahu anaknya dah sembuh dan doktor mengesahkan tulang yang retak itu dah bercantum semula dan anaknya dah boleh menunggang motosikal semula. Alhamdulillah sangat.

Untuk lebih lanjut mengenai vitamin yang dibeli ; 

B complex Shaklee*  ia sangat membantu dalam kesihatan saraf.

ESP Shaklee* ia sangat membantu dalam proses penyembuhan dan pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan manusia.

Vita E Complex Shaklee* ia kaya dengan antioksidan dan membantu proses penyembuhan secara tidak langsung.

Ostematrix Shaklee* ia mengandungi Boron iaitu membantu memadatkan tulang kita.

Sustained Release Vitamin C Shaklee*  sebagai vitamin asas untuk kesihatan imunasi secara asas.

Jika anda juga mengalami masalah yang sama, boleh cuba dapatkan supplement yang membantu proses recovery dengan lebih baik. Tak salah mencuba namun penyembuh segala penyakit adalah Allah yang Maha Esa.



Berminat untuk membuat pesanan ? 
Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

#BcomplexShakleeKualaTerengganu
#Espshakleekualaterengganu
#Ostematrixshakleekualaterengganu
#Vitamineshakleekualaterengganu
#VitaminCshakleekualaterengganu
#pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia


Isnin, 25 November 2019

Masalah mati pucuk bagi lelaki?

Semua peringkat umur juga berisiko


Risiko masalah mati pucuk meningkat bersama peningkatan umur. Masalah ini boleh menyebabkan pelbagai masalah sampingan seperti stress, hilang keyakinan diri dan menyumbang kepada masalah hubungan suami isteri.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah :

1. Insomnia
2. Kemurungan/kecelaruan/Stress
3. Penyakit NCD seperti Obesiti, Diabetes, Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol dan lain-lain
4. Penggunaan alkohol/rokok/penyalahgunaan dadah


Hakikatnya umat lelaki boleh mencegah ED dengan berhenti merokok, kawal/cegah penyakit NCD, pengurusan stress dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Adakah supplement yang boleh membantu?

Shaklee mempunyai Set Kesihatan yang disyorkan untuk lelaki. Ini salah satu usaha dalam mendapatkan kesihatan yang optimum melalui pemakanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat.

Shaklee ready Stok Kuala Terengganu
Set Kesihatan Lelaki

Vitamin ini bukan diambil bila masalah berlarutan tetapi sebagai langkah pencegahan dan sebagai usaha mendapatkan kesihatan yang optimum.


Berminat untuk dapatkan vitamin ini, boleh hubungi kami secara terus di SINI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa


#pengedarshakleekualaterengganu
#testimonisetmenyusushaklee
#addinnasashaklee

Jumaat, 26 Julai 2019

Pudarkan jeragat pada wajah

Allah menciptakan wanita penuh dengan rahsia dan makhluk ciptaan Allah ini obses dengan kecantikan berbanding makhluk yang bernama lelaki.

Wanita yang normal pasti akan usaha menjaga kecantikan wajah kerana ia membantu meningkatkan keyakinan pada diri.

Penampilan diri akan memberi impak persepsi manusia pada kita. Semua orang suka melihat benda yang cantik dan semua orang pun mahu dilihat cantik.

Bila melibatkan wajah, perkara yang wanita usaha nak jauhkan ialah jerawat dan jeragat. Semua wanita usaha menjaga wajah untuk elakkan 2 perkara ini tidak terlepas diri saya.

Masalah jerawat biasanya banyak berpunca dari pemakanan , kurang air, masalah tidur yang tidak betul dan jenis kulit wajah juga mempengaruhi.

Namun masalah jeragat menjadi tanda tanya pada saya sendiri....

Ada satu ketika, saya selalu keluar rumah tanpa pakai apa-apa foundation pun. Dengan cuaca Malaysia yang ada kala panas terik....perlahan-lahan jeragat pun keluar.

Rupa-rupanya, bila kulit kita kering dan kurang kelembapan ditambah terdedah dengan sinar matahari yang terik , akan menghasilkan kecacatan pada kulit wajah iaitu jeragat dan perlahan-lahan dengan meningkatnya usia kedutan halus mula terhasil di sebelah tepi mata. Mereka yang kulit berwajah cerah lebih terdedah pada masalah jeragat.


Melalui beberapa testimoni produk Shaklee, dapat saya buat beberapa kesimpulan....

Vivix*- Bagi mereka yang memang mempunyai kehidupan yang banyak terdedah dengan cahaya matahari- kerja luar pejabat atau surirumah yang perlu hantar dan ambil anak sekolah, mereka yang amalkan Vivix akan mudah lihat kulit mereka tak mudah kena sunburn. Ini kerana resveratrol dan poliphenol yang terdapat dalam Vivix melindungi kulit dari sinar UV matahari. Saya lihat kesan ke atas suami saya sendiri bila beliau amalkan Vivix sebelum berenang semasa kami bercuti di Pulau Maldives, berbeza dengan saya terus kena sunburn sebab saya hanya amalkan kolagen sahaja. Walaupun tidak la teruk mana sunburn tapi beza la bagi yang amalkan Vivix, kulit mereka seperti langsung tidak terjejas dek cahaya matahari yang terik.


Vitamin C, Vitamin E , Carotomax, Kolagen dan GLA*

Vitamin ini semua saya kategorikan vitamin yang sangat membantu dalam kelembapan kulit dan memberi keseimbangan pada kesihatan kulit baik di wajah mahupun seluruh tubuh. Mereka yang mengamalkan secara konsisten, akan kurang berisiko terdedah dengan masalah jerawat dan jeragat. Bagi mereka yang mempunyai jeragat sebelum ini, dengan amalan yang istiqamah[ konsisten] kesannya ialah jeragat akan mulai pudar dan tidak bertambah gelap. Saya dapat lihat kesan ini pada ramai kenalan saya sendiri.


Youth produk kecantikan Luaran yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol.


Produk penjagaan kulit secara luaran.

Selain menjaga kesihatan kulit dari dalam, produk luaran juga perlu ada sebagai langkah berjaga-jaga dan mengimbangkan keperluan dalaman dan luaran.
Produk kecantikan Shaklee yang sangat terkenal iaitu Youth, adalah produk kecantikan kulit yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol. Paling utama produk kecantikan yang kita gunakan bukan sahaja beri kesan yang baik pada kulit tetapi yang utama ia selamat untuk jangka panjang dan tidak merosakkan organ dalaman.
Maka untuk kurangkan risiko jeragat dan pudarkan jeragat....pastikan kulit sentiasa lembap dan pemakaian pelembap kulit [ moisturizer] sangat memainkan peranan penting.



Bagi mereka  khusus wanita yang dah berusia lebih 35 tahun, pasti akan dapat rasakan perbezaan pada jenis kulit kerana perubahan hormon akan membuatkan kulit lebih kering jika tidak menjaga pemakanan, bilangan pengambilan air seharian dan  cara hidup. Maka, pastikan kita mempunyai cara hidup yang sihat agar hidup lebih produktif dan bermakna.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 28 Mac 2018

Vivix Shaklee antara 10 produk jualan terbaik kami.

Ada 10 produk yang dikenali sebagai hot items dalam Shaklee produk....

Antaranya adalah Vivix Shaklee.

Walaupun ia dikatakan high end product, tetapi kerana keberkesanan dan manfaatnya, maka wang bukan menjadi ukuran.


Pengedar Shaklee Kubang Ikan Kuala Terengganu
Vivix Shaklee antara 10 produk jualan terbaik kami.



Berminat nak cuba Vivix? Kami sediakan konsultasi kesihatan untuk mereka yang berminat dapatkan produk ini dari kami.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 10 Ogos 2017

Wanita melalui monopause, lelaki mengalami?

Wanita sedia maklum pada satu peringkat umur mereka akan melalui satu fasa dalam hidup mereka iaitu monopause. Perubahan hormon ini sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan wanita dari segi fizikal dan mental.

Apabila wanita memasuki fasa ini, rata-rata mereka mudah letih, sedikit moody dan ada yang cuba mengasingkan diri buat seketika untuk melalui peringkat ini. Oh tapi bukan semua wanita sama. Bagi mereka yang memang aktif bersukan, bersenam dan menjaga pemakanan dan cara hidup mereka, kemasukan fasa monopause mungkin tidak menjejaskan kesihatan mereka secara ketara ini kerana mereka sentiasa usaha mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Bagaimana dengan lelaki ye? Lelaki juga mengalami satu frasa dalam  hidup mereka selari dengan faktor umur yang meningkat. Ya jika wanita mengalami monopause, maka golongan lelaki mengalami Andropause.

Hakikatnya penurunan testosteron berlaku secara beransur-ansur yang dialami lelaki `berumur 30 tahun ke atas.



Gambarajah di atas menunjukkan hormon testosteron lelaki semakin menurun selari dengan peningkatan usia mereka.


Apabila ini berlaku, kesihatan fizikal dan mental turut terjejas...antaranya ;

Jisim otot berkurangan

✔ Ketumpatan tulang berkurangan

✔ Lemak badan bertambah

✔ Kurang bertenaga

✔ Nafsu semakin rendah

✔ Perubahan emosi

✔ Mudah letih




Maka pentingnya amalan pemakanan yang seimbang, cara hidup yang sihat dengan bersenam dan bersukan dan persekitaran yang sihat.

Nak tahu supplement yang penting untuk kekalkan vitality? Nanti saya share dalam next entry ya. stay tune!



📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 9 Ogos 2017

Kesihatan prostat perlu dipandang serius oleh para lelaki.

Selama ini saya cuma tahu kanser prostat ini terjadi pada banyak lelaki yang berumur. Pada saya ia mungkin disebabkan oleh penjagaan pemakanan, cara hidup [ kesihatan], dan alam persekitaran. Rupa-rupanya prostat itu melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa disedari oleh lelaki itu sendiri.

Namun kelas nutrisi yang lepas baru saya belajar benda baru iaitu prostat lelaki membesar selari dengan umur mereka. Ianya berlaku dalam keadaan tanpa disedari terutama bila kita kurang ilmu pengetahuan.

Saya cuba google dengan lebih lanjut....dan ya ianya membesar mengikut faktor umur.

Baru saya faham mengapa lelaki pada sesetengah peringkat umur mendapati perubahan terutama berkaitan dengan masalah perkumuhan iaitu membuang air kecil lebih kerap atau mudahnya kita kata kencing yang tidak lawas.

sumber dari menshealthforum

Pada usia 20 an, prostat lelaki yang sihat biasanya adalah sebenar walnut. 


Apabila usia lelaki mula memasuki 40 an, prostat akan secara perlahan-lahan membesar seakan-akan saiz bola golf. Kebiasaanya gejala seperti kerap membuang air kecil dan ereksi menjadi lemah.


Lebih 50% lelaki yang berusia 50 tahun akan terjejas. Mereka akan mengalami proses membuang air kecil menjadi semakin sakit dan fungsi seksual menjadi semakin merosot.
Ini kerana saiz prostat boleh membesar menjadi seperti sebiji buah lemon.


Didapati lebih 90% lelaki yang mencapai usia 90 tahun mengalami masalah kesihatan yang sangat terjejas. Prostat boleh membesar kepada saiz besball dan ini akan menyebabkan kualiti hidup lebih terjejas.

Bagi lelaki yang tidak mementingkan kesihatan dan kehidupan yang sihat, dikala inilah mereka terdedah dengan pelbagai penyakit termasuklah kanser prostat.



Jika ia adalah satu proses kehidupan bagaimana nak pastikan kehidupan tidak begitu terjejas?

Ya sebab itu pentingnya kehidupan yang sihat, pentingnya bersenam dan aktiviti riadah. Selain dari menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang sihat sangat penting.  Elakkan merokok, cuba kawal stress kerja yang dilalui dan pastikan mempunyai rehat yang seimbang dengan kerja hakiki.Cuba amalkan supplement yang kaya dengan pholifenol supaya membantu kekal sihat dan bertenaga.




Ada ilmu kena share kan supaya ramai orang concern betapa pentingnya menjaga kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat untuk kehidupan yang sejahtera dan harmoni.




Isnin, 31 Julai 2017

Nak rawat kulit yang kusam

Kulit yang terlalu kering akan mudah menampakkan wajah kita lebih tua dari usia yang sebenar....begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berkilat dan tidak menyenangkan.



Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi kedua-duanya... namun satu yang saya perasan...memakai satu jenis sahaja bukan mudah nak dapatkan keseimbanganya kerana banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkankan. Antara faktor yang dimaksudkan ialah





Cara hidup seharian;
Ya jika terdedah dengan panas terik...tak mustahil kulit akan mudah nampak berminyak kerana peluh tadi. Jika duduk seharian dalam pejabat yang memakai pendingin udara boleh mengakibatkan kulit jadi kering dan mengelupas. Elakkan tidur lewat atau tak tentu masa kerana ia boleh mengganggu hormon tubuh kita dan akhirnya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

Pemakanan;
Apa yang kita makan memberi kesan pada kulit wajah sebenarnya...sebab tu masih saya ingat tips seorang lelaki yang punya kulit cantik masa zaman belajar dulu...beliau kata nak kulit cantik kurangnya makan cili. Ya pemakanan yang berminyak akan menyebabkan kulit kita mudah menjadi berminyak. Sebab itu ada sesetengah penjaga kecantikan mereka amal makan Vitamin C, Vitamin E dan B complex untuk kulit yang cantik.


Pengambilan air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakala terlalu manis juga boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah tanpa kita sedar. Pengambilan air kosong sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Penggunaan pencuci muka dan alat kosmetik
Yes pencuci muka perlu ada kesesuaian. Bukan sebarangan. Bagus jika dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ia bukan asli. Selain itu alat cuci atau nama lain make up remover perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi.


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit akan buatkan kulit jadi lembab tapi sayangnya bila bangun tidur kulit jadi terlalu berminyak. So perlu tengok semula kondisi kita dan persekitaran. Saya sendiri akan pakai krim pelembab bila tidur dalam aircond bila travel. Kalau di rumah aircond tak berapa kuat seperti di hotel maka keperluan itu tidak sangat seperti travel.


So sebenarnya ada banyak faktor...semua kena pertimbangkan. Next entry...vitamin yang bagus untuk kulit.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 19 Oktober 2015

Shaklee Health & Wellness Talk@ Miri Sarawak


 Jom datang amik ilmu produk dan kesihatan sambil tu boleh juga tahu bagaimana nak dapatkan trip percuma ke Bangkok!
 
 



Ada special doorgift untuk mereka yang terawal hadir.

Jangan lepaskan peluang hebat ini!

Selasa, 4 Ogos 2015

Tisu mati disebabkan jangkitan atau kekurangan pengaliran darah risiko gangren?

Bila berjinak dengan dunia Shaklee....saya belajar memahami penyakit dan sistem tubuh manusia. Melalui kursus serta pengalaman konsultasi saya sedikit sebanyak dapat memahami kepentingan vitamin kepada sistem dan tubuh kita. Suami saya lebih arif kerana sebelum ini beliau bercita-cita nak menjadi seorang doktor tetapi aturan ALLAH lebih baik kerana beliau tak jadi amik kursus medic tetapi kejuruteraan awam sudahnya.

Sepanjang berbelas tahun saya dalam Shaklee semua penyakit kronik pesakit saya belajar bagaimana punca dan bagaimana vitamin membantu untuk pesakit terus kekal sihat dan bertenaga. Vitamin tak mampu nak jadi ubat namun pengambilan vitamin buatkan badan kita cergas dan bertenaga secara langsung membantu sistem tubuh lebih kuat dalam melindungi tubuh dari serangan virus, bakteria dan penyakit yang serius.

Saya bukanlah doktor...saya tak pernah pun hafal ubat yang doktor prescribe untuk client saya...cuma saya akan refer doktor untuk memahami lebih lanjut punca sesuatu penyakit.

So saya nak share tentang satu penyakit yang biasa kita temui pada pesakit kencing manis...iaitu Gangren. Apa itu gangren?

Cegah Gangren


Percaya atau tidak...selama berbelas tahun dalam Shaklee biasa saya jumpa kes ini pada pesakit kencing manis.

Apa sebenarnya Gangren?

Gangren adalah penyakit yang berpunca dari kegagalan pengaliran darah yang membawa kepada kematian sel pra matang dan nekrosis tisu hidup. 
Ia boleh berlaku hampir pada semua bahagian badan termasuk organ dalaman.

Kebiasaanya kegagalan atau gangguan peredaran darah itu boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, luka atau jangkitan. Ia juga boleh berpunca dari diabetes yang tinggi, arteriosklerosis, ketagihan rokok atau dadah.

Dalam banyak kes sebanyak 50% dari kes gangren menyebabkan kecederaan yang serius, luka yang lambat sembuh serta jangkitan semasa pembedahan perubatan. Gangren sebenarnya sangat bahaya kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat, lebih khusus kerana boleh meliputi kawasan yang besar dan dalam banyak kes ia membawa kepada pemotongan bahagian yang dijangkiti dan biasanya berlaku pada tangan atau kaki. [ amputation].




Tahun ini adalah tahun pertama dalam Shaklee yang saya jumpa beberapa kes gangren disebabkan oleh saluran darah tersumbat....satu disebabkan kolestrol yang sangat tinggi dan satu lagi kerana terlalu ketagih akibat rokok.


Pengambilan makanan harian kita perlulah seimbang...jangan terlalu banyak amalkan daging untuk kurangkan risiko kolestrol selain menjalani kehidupan yang seimbang.

Jika ada yang bertanya vitamin apa yang membantu pengaliran darah yang lebih baik?

Antara vitamin yang bagus untuk kita amalkan dalam mencegah risiko gangren ialah Omega Guard, Vitamin E Complex, Vitamin C, Lecithin , Garlic dan Vivix.

Ini antara vitamin yang kaya dengan antioksidan. Ia juga membantu pengaliran darah yang lebih baik. Selain itu ia mencegah pembentukan plak kolestrol dalam salur pembuluh darah kita.

Vivix

Plak Kolestrol

Ya plak kolestrol boleh wujud tanpa kita sedar...sebab ia bukan berlaku di depan mata kita. Kita hanya akan sedar bila penyakit serius mula munculkan diri.

Jom kita cegah kerana kos cegah tidaklah seberat kos merawat.... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk berikan tubuh kita yang terbaik.

Hargai kesihatan semasa sihat pastinya kita juga yang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di akhir usia.

Berminat nak dapatkan vitamin di atas....boleh hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 28 Jun 2015

Vitamin E cegah abnormal sel?

Ada yang bertanya apa itu abnormal sel? Apa yang boleh saya explain ialah abnormal sel adalah sel yang tidak sepatutnya tumbuh pada atau dalam organ kita.

Benarkah Vitamin E cegah abnormal sel?
Vitamin Shaklee sarawak

Vitamin E Complex Shaklee lengkap dengan selenium serta mengandungi 400 i.u kandungan vitamin E. Vitamin E terkenal sebagai vitamin antioksidan dan ia bagus untuk kulit.

Vitamin E juga terkenal sebagai vitamin anti radang. Selain itu ia mencegah apa sahaja pertumbuhan sel yang tidak normal pada tubuh kita. Antara abnormal sel yang mudah kita lihat adalah jerawat, bisul, ketumbuhan etc.

Mengapa wanita bagus amalkan vitamin E? Selain untuk kelihatan lebih muda dari usia, mempunyai kulit yang punyai ton sekata, kulit yang bersih vitamin E juga bagus untuk mencegah penyakit yang biasa di alami oleh para wanita iaitu cyst atau fibroid.


Walau bagaimana pun pengambilan supplement perlukan konsisten dan memerlukan pengambilan air yang setara mengikut keperluan berat badan seseorang.

Pengambilan vitamin adalah salah satu mencegah penyakit merbahaya dan ianya lebih baik dari kos perubatan.


Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee?

Boleh call 012-8535689 untuk membuat pesanan atau click di sini untuk pesanan hari ini!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 24 Jun 2015

Mencari vitamin atasi kemandulan?

Pernah saya tonton di televisyen tentang pentingnya Vitamin E untuk kesuburan. Ini telah diketahui oleh ramai kita hari ini.....
Sarawak Shaklee
Satu-satunya Vitamin E yang lengkap dengan selenium yang berada dalam pasaran.


Vitamin E Shaklee lengkap dengan selenium. Rata-rata Vitamin E dalam pasaran di pasangkan dengan vitamin lain kononnya jimat dan lebih baik. Hakikatnya untuk Vitamin E diserap dan berfungsi dengan lebih baik ia memerlukan selenium.

Terutama untuk mereka yang ingin mempunyai cahayamata...Vitamin E Complex Shaklee adalah antara vitamin terbaik yang bagus diambil oleh si suami dan tidak lupa juga untuk di isteri.

Vitamin E adalah vitamin yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan dapat melindungi DNA yang terdapat dalam sperma. Suami yang konsisten mengamalkan pengambilan Vitamin E akan mempunyai peluang yang cerah untuk mempunyai zuriat dengan izin ALLAH jua.

Vitamin E juga terdapat dalam buah, sayuran , susu, mentega dan telur. Pengambilan menu makanan yang seimbang juga penting selain dari pengambilan supplement semata-mata.


Vitamin C Shaklee mengandungi  500 mg atau bersamaan 7 setengah biji oren untuk setiap sebiji. Ia adalah vitamin C sustained release iaitu dilepaskan mengikut pelepasan masa.
Vitamin C juga dikatakan sangat penting untuk pergerakan sperma dan mobiliti sperma.
Vitamin C sangat penting diambil oleh lelaki yang kuat merokok demi memastikan penghasilan sperma yang sihat.
Shaklee Sarawak
Vitamin yang paling murah tapi paling tinggi kualitinya.


Maka kedua-dua vitamin ini sangat penting untuk mereka yang merancang untuk mempunyai cahaya mata. Ia bukan sahaja dikenali sebagai vitamin kecantikan tetapi ia juga vitamin yang sangat bagus untuk kesuburan.


Namun perlu di ingat...kita manusia hanya berusaha...namun yang lainnya diserahkan kepada ALLAH yang maha kuasa.

Adakala kedatangan cahayamata itu tidaklah secepat yang kita harapkan kerana pastinya ALLAH mempunyai aturan yang lebih baik buat kita.


Saya biasa ketemu dengan mereka [ pasangan] yang sibuk mencari produk kesuburan namun dalam masa yang sama mengeluarkan rasa bimbang untuk tidak dapat membesarkan zuriat kerana faktor kewangan rumahtangga.

Yakinlah bila masanya sampai Allah akan tetap beri tanpa melengahkan masa walau sedikit pun. Yakinlah bahawa setiap anak itu mempunyai rezekinya yang tersendiri.....maka tidak perlu khuatir.

Kita hanya usaha yang terbaik...yang lain ALLAH aturkan.


Jemput baca : Vitamin Kesuburan. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


  Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 

COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 20 Disember 2014

Jerawat tanda masalah dalaman?


Pernah tengok gambar ini?

Bila saya tengok video tentang ini, saya rasa macam ada kebenaran.

Setiap kali saya travel atau saya kurang air, saya dapati memang senang jerawat keluar kat bahagian bawah mulut berhampiran dagu. 

Hakikatnya jerawat keluar disebabkan banyak faktor ; antaranya 

1. Stress
2. Hormon yang tak balance
3. Kurang air
4. Makanan yang tidak seimbang 
5. Persekitaran yang tidak sihat [ banyak pencemaran].

Saya juga sarankan untuk masalah ini pengambilan beberapa vitamin seperti Vitamin C , B Complex, Gla Complex dan Vitamin E. Selain itu jika individu itu mempunyai masalah jerawat batu saya sangat sarankan pengambilan Garlic dalam membantu mencairkan darah.

Fungsi vitamin yang saya sarankan boleh dibaca melalui entry sebelum ini Cantikkan Kulit dengan Vitamin.

Jika berminat nak dapatkan produk Shaklee dan konsultasi boleh hubungi saya di talian 0128535689.


Rabu, 10 Disember 2014

Vitamin E membantu surutkan bengkak ?

Adakah sebab cuaca sana panas maka berbotol-botol minum air pun masih terasa dahaga dan tekak kering? Balik dari Maldives memang terasa tekak ni tak sedap. Terasa macam bengkak pun ada. Tapi sebab saya banyak benda nak uruskan so tak boleh nak layan sangat rasa sakit. Cuma bila ada peluang saya rehat saya cuma lena 5-10 di sofa ruang tamu.


Hmm takut juga kalau yang rasa sakit tu tonsil... memang rasa tak selesa bila makan dan minum.

Waktu ni saya tak terfikir doktor tapi saya cuba fikir vitamin yang bantu kecutkan bengkak.

Saya makan vitamin lain macam biasa cuma saya double up kan Vitamin E. Siang semalam saya makan 2 biji vitamin E beserta dengan semua jenis vitamin yang saya makan.

Dah petang tu nak lewat ke maghrib ada rasa kurang. Saya minum juga Vivix 2 sudu besar petang tu dan alhamdulillah ada rasa surut sikit sakit tekak tu.

Sebelum tidur saya makan lagi 2 biji Vitamin E ...ini bermakna semalam aje saya telan sampai 4 biji Vitamin E. Saya bancuh lagi Vivix  2 sudu besar bersama segelas air sejuk. Omega memang saya makan 3 biji siang dan 3 biji malam. Saya tak tambah dos Omega saya rasa saya perlukan Vitamin E di kala ini.

Saya perasan bila amik Vivix banyak saya mudah nak membuang....bagus juga cuci perut.

Alhamdulillah bangun pagi ni dah kurang lagi rasa bengkak tak seperti sebelum-sebelum ini...

Saya syukur sebab ALLAH beri ilham untuk makan vitamin apa bila sakit....saya cuma double dos kan vitamin yang penting dan yang berkaitan dengan sakit yang saya lalui. Kenapa saya pilih Vitamin E ? Kerana fungsi Vitamin E adalah mengurangkan masalah bengkak yang dilalui.

Oh ya buat pengetahuan semua saya hanya akan amik dos tinggi pada vitamin yang saya perlu masa saya rasa kurang sihat. Tapi dalam masa yang tidak lama..maksima pun 3-7 hari bergantung pada keadaan saya. Sebab apapun ALLAH dah bagi tahu yang berlebihan dalam sesuatu itu boleh memudaratkan. Maka saya tak amik melebihi dos bila saya sihat.


So kalau anda ada masalah yang melibatkan bengkak boleh cuba amalkan Vitamin E. Dapatkan konsultasi dari pengedar anda atau jika baru mahu mencuba boleh call saya untuk pesanan dan lengkap dengan konsultasi di talian di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 2 Ogos 2014

Bintik-bintik Kolestrol Dah Mula HILANG !!!

Saya penggemar udang dan ketam kerana masa kecil saya tak boleh makan dua ni kerana masalah alergik yang sangat teruk.

Kini tidak lagi, saya boleh makan tanpa had!

Namun saya sedar sesuatu bila makan makanan ini terlebih maka wajah saya akan mula keluar tanda-tanda kecil dan bila saya google saya dapati ia adalah tanda kolestrol.
Shaklee atasi bintik kolestrol

Walau ia tak begitu ketara pada wajah saya namun setiap kali menatap cermin, saya boleh lihat bintik-bintik kecil ini.

Namun saya tidak putus asa! Saya teruskan pengambilan vitamin Shaklee dengan konsisten malah ada yang saya buat double dos memandangkan pada botol ada ditulis boleh makan 1-2 kali sehari.

So saya amalkan pengambilan berikut untuk merawat kolestrol yang dah mula menunjukkan kesan ketara pada wajah :

GLA Complex
Carotomax
Vitamin C
Vitamin E Complex
Omega
Garlic


Memang sehari kami makan semua jenis vitamin namun saya tahu setiap vitamin ini fokus untuk apa.

Maka untuk saya hilangkan kesan bintik-bintik kolestrol itu saya memang pastikan semua vitamin penting tidak saya tertinggal untuk saya ambil setiap hari.

Alhamdulillah dah lebih 3 bulan, bintik-bintik ini mengecil dan mula hilang!!!

Maka saya yakin kalau ia berterusan, insyaALLAH ia akan terus hilang!!!

Seronok sangat kerana saya dapat banyak kelebihan lain disamping saya fokus nak bersihkan bintik kolestrol itu saya dapati berat saya makin turun dan alhamdulillah pengambilan omega double dos sangat membantu saya mengawal berat badan saya supaya tidak naik.

Hakikatnya kita perlu jaga badan kita supaya tidak terlalu berat kerana bila berat badan naik, kita akan mudah rasa malas nak buat kerja serta kita intend untuk makan lebih banyak. Selain itu berat badan berlebihan akan buat kita mudah rasa mengantuk dan tidur yang berlebihan. Ini kerana jantung menghadapi cabaran untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Berat badan yang berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan secara menyeluruh.

Ditambah sekarang dah ada Phytocol-ST , kami memang amalkan secara konsisten sebelum makan.

Memang kalau nampak sekali pandang stok vitamin makan kami banyak dan mungkin ada orang yang berfikir pasti banyak belanja bulanan untuk beli vitamin sebulan namun orang tak tahu kelebihan menjadi ahli Shaklee ialah bila kita berkongsi kebaikan produk ini dengan orang lain, dan melalui bonus Shaklee, kita boleh makan produk Shaklee ini secara PERCUMA!


Alhamdulillah dengan izin Allah melalui Shaklee saya dah dapat makan seafood dan tiada lagi allergik macam masa zaman saya kecil dulu. Melalui Shaklee saya dapat berat badan asal saya. Melalui Shaklee saya dan suami kerja sama-sama dari rumah dan paling seronok kami sekeluarga berpeluang melihat tempat orang.

InsyaALLAH andai ada rezeki kami akan ke US atas trip Shaklee yang diberikan secara percuma kepada mereka yang aktif dalam Shaklee. Semoga dipermudahkan ALLAH.

Bagi kalian yang mempunyai masalah kulit terutama bintik-bintik Kolestrol boleh usahakan produk Shaklee ini.
Shaklee bebas kolestrol

Mungkin ada rawatan kecantikan diluar yang canggih namun kosnya pasti tinggi. Apa kata cuba Shaklee....selain kita atasi masalah bintik kolestrol, kita boleh dapatkan berat yang ideal serta paling best menikmati insentif Shaklee yang banyak tanpa kita sedari.

Berminat nak sertai kami? Jom email dan text kami di talian ♛ Call / SMS : 012-853-5689 ♛



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ S

alam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 15 Jun 2014

Atasi kulit kering dengan Vitamin E ?

Selepas melalui beberapa kali kimoterapi dan radiasi, kulit beliau menjadi makin kering dan pecah [ rekahan kulit] yang sangat teruk.

Atasi kulit jerawat dan kulit kering.

Untuk hasil yang cepat beliau mengambil beberapa biji Vitamin E Complex Shaklee, pecahkan dan sapukan ke seluruh kulit yang rekah dan kering sangat itu.

Alhamdulillah selepas amalkan beberapa hari kulit beliau jadi normal semula. Lembab dan tidak menyakitkan berbanding masa kering sebelumnya.

Inilah kisah benar seorang cancer survivor yang saya temui baru-baru ini.
Walaupun waktu itu beliau dah stage 4 kini beliau sihat dan boleh berjalan keluar negara walau umur dah berusia.

Shaklee bukanlah penyembuh tetapi sebagai usaha kita mendapatkan kesihatan yang baik. Selainnya adalah hak ALLAH untuk memberi kesembuhan.


Testimoni sendiri Vitamin E Complex Shaklee:

Alhamdulillah memang saya dah amalkan Vitamin  E lama dah...terutama zaman menyusu Addin lagi. Paling saya suka ialah kerana sakit denyut di tempat ceaser dah tiada lagi.
Jika dulu kulit saya terlebih berminyak , tetapi selepas amalkan secara konsisten kulit saya bertambah sihat. Kalau ada tanda jerawat nak keluar, saya akan cepat - cepat picit dan sapukan sedikit dan bakinya saya telan. Akibatnya jerawat segan nak keluar!*



Apa yang best tentang Vitamin E  Complex Shaklee ?

1. Asli tanpa silika gel.
2. 400 i.u
3. d-alpha tocopherol yang aktif.

Berminat nak dapatkan vitamin ini? Boleh call saya di talian dibawah !



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78@yahoo.com
 Gmail : addinnasa@gmail.com

Konsultasi untuk customer Anakkuwiraku.com sahaja ya :)

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 3 Jun 2014

Keahlian Shaklee Percuma !

Bagi anda yang minat business dan suka dengan kecantikan, apa kata join member Shaklee dengan team kami dan kita sama-sama berkembang!


Bulan ini ada promo best ! Dengan pembelian promo ini melayakkan anda mendapat KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA !

Shaklee Borneo


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 8 April 2014

Tua di usia yang muda ?

Biasa nampak tak buah mangga di pokok kulitnya dah kuning tapi isinya masih muda?


Rumah saya dulu ada sebuah pokok mangga yang nak kata besar sangat tidak la...tapi ia sederhana besar. Memang lebat buahnya setiap kali musim buah dah sampai.

Bila dah besar kalau nak buat jeruk kami akan petik waktu ia muda. Buah ni ada  banyak kategori pada saya...ada yang memang muda... nampak muda tapi isinya tua dan ada juga yang nampak tua tapi isinya muda.

So bila nak petik mak akan bagi tahu...kadang-kadang buah warna kuning itu sebab terlalu terdedah dengan matahari. So kulitnya kuning tetapi ia bukan tanda ia sudah masak cuma kulit luarnya aje kuning.

Bila saya ingat tentang kisah buah mangga ini saya akan teringat tentang kulit kita terutama wanita.

Oleh kerana kita ini punya hormon dan terutama bila sedang menstrual hormon tidak begitu seimbang maka ini akan membuatkan kulit kita memberi impak pada wajah kita.

Set Kulit Shaklee

Kulit yang terlalu kering akan menyebabkan seorang wanita itu kelihatan tua dari usia sebenar. Kulit yang terlalu berminyak juga akan membuatkan wajah nampak tidak sihat kerana mudah kelihatan berkilat.

Pemakaian alat solek dan set pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita sangat penting.

Namun untuk dapatkan kulit yang sihat, saya sering syorkan pengambilan set kecantikan kulit iaitu Carotomax [ sebagai keperluan vitamin A] , Vitamin C dan Vitamin  E. Namun jika anda mengalami masalah pre menstrual yang teruk saya sarankan anda menambah GLA untuk membantu mencegah kesakitan yang teruk menjelang menstrual.

ACE adalah antioksidan yang sangat terkenal dari dulu lagi. Biasanya kita hanya disarankan dengan Vitamin C sahaja memandangkan ia mudah di dapati dalam diet harian seperti buah-buahan dan sayuran. Namun berapa ramai yang mewajibkan diri mengamalkan makan buat 1-3 potongan setiap hari?

Namun bagi mereka yang benar-benarkan menekankan kecantikan dan keanjalan, 3 vitamin ini menjadi amalan yang berterusan.

Telah menjadi satu pengetahuan umum bahawa Vitamin E adalah vitamin awet muda. Ia berfungsi melambatkan proses penuaan.

Oleh itu pengambilan 3 vitamin ini sangat bagus diamalkan bagi setiap lelaki dan wanita yang ingin mempunyai kulit yang sihat dan cantik.

Vitamin A [ beta carotene] bukan hanya baik untuk mata tetapi hati dan kulit. Ia juga membantu mengurangkan masalah jeragat. Manakala Vitamin E selain untuk kulit ia bagus untuk jantung dan membantu menurunkan trigliceride sejenis lemak jahat dalam tubuh badan kita.

Selain itu pengambilan ESP juga membantu mendapatkan sel kulit yang sihat dan berseri. Kulit atau sel mati yang berwarna hitam yang melekat di wajah adalah disebabkan ia tidak diganti dengan sel baru. Maka disyorkan pengambilan ESP untuk mendapatkan sel baru yang sihat demi menggantikan sel mati tadi.

Jika berminat untuk mendapatkan set ini boleh menghubungi kami di talian di bawah.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa