Memaparkan catatan dengan label Stroke. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stroke. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2022

Pulut, boleh makan tapi berpada-pada.

Ramai yang tak tahu apa yang dimakannya adakala menjadi punca banyak penyakit hadir . Adakala ia menjadi makanan tradisi keluarga, jadi kita merasakan tiada masalah untuk mengamalkannya. 

Sebab itu segelintir yang kurang membaca, akan menyangka makan vitamin baru 3 hari dah menjadi punca sakit kepala , sakit badan atau sebagainya.

Membaca artikel pulut [Beras Pulut dan Kencing Manis] membuatkan saya sedar, pulut bukanlah makanan yang boleh dijadikan makanan harian. Ia mampu mengundang penyakit yang berat, antaranya kencing manis, kolestrol, jantung tersumbat dan banyak lagi.
Sejak kecil saya dibesarkan dengan pulut kuning. Majlis kesyukuran buat pulut kuning. Majlis harijadi , hantar pulut kuning ke masjid... 

Malah duduk Terengganu, pulut kuning sebagai sarapan pagi. Tidak kurang dari itu, pulut menjadi makanan kegemaran, makan dengan durian atau mangga. Ketupat pulut atau nama lainnya ketupat palas, telah menjadi kegemaran saya. Namun kerana ia buatkan badan rasa berangin, saya mula kurangkan minat nak makan. Jika ada lemang, saya cuma makan sepotong dua yang kecik sahaja.

Baru saya nampak kenapa arwah abah saya dapat stroke, darah tinggi ....punca dari pemakanan.

Bukan tak boleh makan, tapi berpada-pada. Sedap manapun, makanlah tetapi jangan sampai ia memberi mudarat. Kena beringat.

Jangan lupa juga , amalkan lah makan vitamin C kerana ia salah satu vitamin yang membantu salur darah kita kekal elastik. 




Salah satu sebab orang terkena stroke adalah kerana salur darahnya yang rapuh dan mudah pecah bila tekanan terlalu tinggi.

Jadikan juga vitamin ini sebagai keperluan untuk kita kekal sihat. Jangan pandang remeh kerana hakikatnya penyakit bahaya datang mengejut, tanpa pernah kita bersedia.


Jemput baca artikel : Vitamin C prevent stroke


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Khamis, 16 Januari 2020

Vitamin ini penting tapi sering dipinggirkan.

Saya mengenali penyakit kanser dari seorang pesakit semasa saya belajar di Universiti Malaya. Saya kenali beliau dengan nama Aya, dan dari beliau saya belajar beberapa tentang doa disamping mengenali lebih dalam tentang penyakit kanser.

Masa tu saya baru tahu pentingnya asid folik untuk pesakit kanser. Ini kerana asid folik perlu untuk bina darah merah yang sihat dan vitamin ini bantu untuk mengawal tekanan [stress].

Asid folik ini biasanya ditemui dalam vitamin B complex dan dikenali juga sebagai B9.

Ramai pesakit yang mengalami masalah sakit kronik termasuk kanser sebenarnya berpunca dari tekanan [ stress]. Ini kerana tekanan akan menurunkan sistem pertahanan badan dan akhirnya sel akan rosak. Tetapi ramai pesakit lebih fokus untuk mencari vitamin untuk tingkatkan sistem imun semata-mata [ boost imune system]... hakikat sebenarnya pesakit juga perlu mengambil berat tentang pemakanan dan vitamin yang membantu penghasilan sel darah merah yang sihat untuk memastikan badan bertahan dalam proses penyembuhan dan paling utama membantu mengawal tekanan.

Asid folik ini penting untuk bina sel darah merah yang fresh dan sihat. Macam sebuah angkatan perang...lagi ramai askar lagi bagus untuk berlawan. Kalau pesakit terlalu fokus untuk tingkatkan sistem imun samalah ibaratnya pasukan tentera yang sibuk dengan perisai nak lawan musuh cuma bilangan askar setakat yang ada sahaja. Maka adalah sangat baik, bila pesakit kanser atau apa juga penyakit mengambil langkah bijak dengan mengambil makanan yang seimbang serta pengambilan supplement yang memenuhi keperluan untuk sihat dan bertenaga dan paling penting adanya vitamin yang membantu mengawal stress. Pengambilan supplement juga perlu untuk bina sel darah yang sihat dan segar, serta supplement yang bantu sel yang mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi.



Kebaikan B complex seperti yang kita maklum, ia bantu penghasilan sel darah merah yang sihat, bantu beri mood gembira dan beri rasa badan bertenaga.Paling utama ia membantu mengawal stress. Maka vitamin ini perlu diambil oleh orang sihat mahupun yang sakit.



Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 29 Julai 2018

Saya nak kawal gula dalam darah....

Minggu sudah sebelum kami ada Leadershop workshop, kami sempat buat appointment dengan doktor keluarga untuk bincang dan waktu yang sama belajar tentang ilmu nutrisi.

Sebelum balik ke KL sebenarnya saya terlebih makan durian...bukanlah banyak tapi ada la juga beli dalam 10 biji dan makan untuk beberapa hari. Kerana faktor umur yang dah capai 40, saya tetap ada rasa risau jika gula dalam darah naik kerana kita tahu durian merupakan sumber karbohaidrat yang tinggi. Karbohaidrat ini akan ditukar kepada gula dan jika berlebihan ia boleh menyumbang kepada pre diabetic woooo. Siapa tak risau kan?


Alhamdulillah hari appointment kami sampai awal. Jadi sempat kami belek beberapa produk kesihatan seperti probiotik dan beberapa jenis fiber. Saya terlihat satu jenis fiber yang bantu untuk kesihatan kolon jadi sempat la saya bertanya dengan staff doktor ni.

"Produk fiber ni bagus tak untuk absorb gula dalam darah?"

Terus staff ni jawab ... " Oh jika nak kawal gula dalam darah bagus amalkan Vivix. Ia lebih baik dan berkesan."

Waktu tu saya rasa lega sangat....sebab memang saya amalkan Vivix cuma statement dari staff doktor ni membuatkan rasa bersemangat lagi nak minum ditambah makan banyak durian sebelum ni.

Waktu ni teringat ilmu dalam kelas nutrisi Shaklee...Vivix adalah produk yang mengandungi Polifenol dan resveratrol yang tinggi...ia membantu untuk menyingkirkan AGE protein yang menyumbang kepada banyak penyakit.

Apa benda AGE Protein ? AGE = Advanced Glycation End product.

Bahasa mudah nak faham adalah protein yang berlebihan dalam badan bergabung dengan gula yang berlebihan dan ini akan menyebabkan punca banyak penyakit.

Apa AGE protien buat pada badan kita sebenarnya?

Ia membuatkan kita kelihatan tua dan berumur, kulit kurang elastik, sendi dah mula kurang fleksibel, tisu tulang makin rapuh, pelindung sel akan merosot dan memperlahan impuls saraf, boleh kehilangan deria pendengaran dan penglihatan secara perlahan-lahan. AGE boleh membuatkan permukaan kolestrol jahat [ LDL] lebih kasar maka ia akan lebih cenderung melekat pada dinding arteri.


Pemakanan dan life style kita menyumbang kepada pembentukan AGE ni tanpa kita sedar. Maka oleh kerana itu, bila ada kesedaran kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat selain pengambilan makanan tambahan.


Pengedar Shaklee Terengganu
Vivix mengandungi resveratrol dan polifenol membantu menyingkirkan AGE protein.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 2 November 2015

Vitamin C bantu kurangkan risiko STROK?

Strok selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, salur darah pecah, kolestrol tinggi dan stress..... namun tahukah kita bahawa ia boleh berlaku apabila salur darah kita telah mengeras akibat plak kolestrol ditambah kerana kekurangan vitamin C?

Dalam kelas Nutrisi yang suami saya selalu buat...pasti beliau akan tekankan betapa pentingnya vitamin C dalam diet harian kita. Ini kerana Vitamin C membantu salur darah menjadi elastik dan ia juga membantu pengaliran darah dengan lebih baik.

Ya mereka yang didapati mengalami masalah salur darah pecah [ khusu pesakit strok]adalah kerana salur darah mereka tidak lagi elastik malah mengeras disebabkan oleh plak kolestrol yang makin menebal. Ini akhirnya membuatkan salur darah mudah rapuh dan pecah.


Suami saya selalu memberi contoh getah paip air...Jika ia elastik pasti pengaliran air menjadi lancar tetapi apabila ia terlalu kering , hilang elastiknya maka ia akan menjadi keras dan mudah rapuh serta akhirnya mudah pecah.

Maka pengambilan vitamin C tidak boleh diambil ringan. Vitamin C sebenarnya bukan untuk cantik sahaja tapi untuk kesihatan secara menyeluruh.

Ya ramai yang makan vitamin C untuk nampak muda, kulit lebih licin dan gebu, nak elak selsema atau bersin pagi hari...ya semua memang betul. Tak salah. Malah mereka yang amal vitamin C kerana ini secara langsung telah membantu salur darah mereka sentiasa elastik!






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 23 April 2014

Stress boleh datangkan banyak penyakit?

Alhamdulillah baru selesai kelas bersama anak-anak Shaklee di Miri. Terima kasih buat semua yang hadir. 


Malam ni sebelum nak lelapkan mata saya nak share kan betapa pentingnya menjaga mood yang baik dan pentingnya bebas dari stress.

Stress atau dalam bahasa Melayu dipanggil tekanan. Setiap orang mempunyai tekanan dari sudut pandang yang berbeza. Ibu yang bekerja dan pulang ke rumah dengan kerja dirumah pula pasti stress jika kepenatan. Suami yang bekerja dengan penuh proposal nak kena siap dan adakala tertekan dengan tugasan opis yang tak pernah sudah memang boleh dapat tekanan.

Tekanan ini secara perlahan-lahan menyebabkan kita merasa letih. Ia boleh merosakkan mood dan tanda awal stress ialah sakit kepala, sinus, dan batuk yang tak baik-baik.

Saya perasan mereka yang pernah saya konsult terutama pesakit kanser berpunca daripada stress akibat kerja. Mungkin secara kebetulan. Walaupun ada beberapa sebab terjadinya kanser namun salah satunya ialah disebabkan stress.

Bila stress imun kita akan mula menurun. Jika ianya berlaku secara berlarutan ia boleh mengundang kepada banyak penyakit termasuklah kanser. Maka oleh itu betapa pentingnya kita menjaga emosi, mood dan pemakanan harian kita.

Memang kita biasa dengan vitamin C namun berapa ramai yang menjadikan ianya sebagai amalan seharian? Mungkin ada yang bagi tahu mereka makan buah setiap hari tapi adakah ia mencukupi?

Semuanya balik kepada diri. Namun pemergian isteri salah seorang sahabat suami saya memang menginsafkan apabila allahyarhamah masih muda dan meninggal kerana penyakit kanser. Semuanya memang aturan ALLAH namun kita perlu usaha untuk menjaga dan memelihara kesihatan yang ALLAH beri sepanjang kita sihat.


Banyakkan selawat ke atas nabi juga membantu atasi stress tau. Jadikan ia amalan. Nescaya memang nampak jalan dalam apa jua cabaran. Moga kita semua sihat fizikal dan rohani.


 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 9 Mac 2014

Shaklee Miri : Vitamin bukan ubat

Fungsi makanan tambahan

Ianya hanya sebahagian dari usaha!

Masih ingat lagi dua testimoni yang saya berkenalan semalam...

Seorang kakak yang berumur 40 tahun sangat berpuashati dengn vitamin Shaklee apabila beliau mendapati berat badannya turun selepas consume Vitamin Shaklee dengan konsisten.

Begitu juga dengan seorang kenalan laman buku saya en Rosli Kisot. Beliau pernah mengalami stroke selama sebulan dan beliau sendiri teruja untuk berkongsi kebaikan Shaklee apabila beliau kini telah sihat sepenuhnya.

Syukur alhamdulillah.

Hakikatnya vitamin Shaklee itu tidak memberikan kesembuhan atau kesihatan yang baik sehingga kita tidak jatuh sakit...tetapi ia adalah pemakanan tambahan yang penting dan diperlukan oleh tubuh dan sukar dipenuhi melalui pengambilan makanan harian kita.

Badan kita memerlukan vitamin dan zat galian dan ini perlu didapati melalui pengambilan makanan harian kita. Tetapi makanan harian kita hari ini bukannya semua segar macam orang2 dahulu.

Kita terdedah dengan makanan segera dan yang mudah terutama untuk mereka yang sibuk.

Satu lagi bila banyak makanan telah diubah genetiknya maka ia bukan makanan yang sihat. Dulu saya pun tak tahu apa maksud ESP Shaklee adalah non GMO soya. Non GMO atau panjangnya dibaca non ( tidak) GMO genetic modified organism. Bermaksud soya Shaklee adalaah dari soya yang sihat dan elok tanpa diubah sebarang genetiknya.

Apa contoh produk GMO? Pernah makan buah tembikai merah? Perasan tak masa kecik2 kita makan buah tembikai bijinya warna hitam? Tapi sekarang kalau perasan sangat mudah kita jumpa buah tembikai yang bijinya berwarna putih. So itulah antara tumbuhan( tanaman ) yang telah diubah genetiknya.

Maka inilah sebab mengapa pengambilan pemakanan tambahan itu sangat penting!

Pengambilan vitamin seperti ACE demi mencegah sebarang pertumbuhan abnormal dalam tubuh kita bila pemakanan yang kita ambil hari ini lebih kepada segera dan tidak seimbang.

Namun saya tegaskan lagi....makanan tambahan  ini hanya lah untuk memenuhi keperluan vitamin dan zat galian dalam tubuh badan manusia. Ia bukanlah penyembuh penyakit.

Bila sel sihat, organ juga sihat dan bila organ sihat maka sistem akan berfungsi dengan baik!








* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa