Memaparkan catatan dengan label Resveratrol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resveratrol. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2023

Angiogenesis

Beberapa bacaan baru-baru ini, saya belajar tentang Angiogenesis. Apa itu AngiogenesisAngiogenesis secara literal bermaksud penciptaan saluran darah baru. Perkataan "angio" bermaksud saluran darah manakala "genesis" bermaksud penciptaan. 

Angiogenesis ialah proses fisiologi - kapilari baru yang terbentuk daripada saluran darah yang sedia ada dalam badan kita.. Ia biasanya merupakan proses penting dan membantu yang menyokong penyembuhan luka dan membekalkan darah kaya oksigen ke organ dan tisu dalam tubuh kita.

Angiogenesis
Sel darah baru yang tercipta



Dalam proses pertumbuhan kanser , angiogenesis memainkan peranan dalam membekalkan nutrien dan oksigen kepada sel kanser dan membawa sisa metabolik dan produk akhir biologi itu daripada sel kanser, atau nama lain AGE protien. Pembetukan Angiogenesis menunjukkan dalam status sel kanser daripada tidak aktif kepada malignan.


Angiogenesis
Malignan yang terbentuk hasil  angiogenesis



Salur darah baru ini bila ia merebak secara tidak terkawal ia boleh membentuk kanser. Tanpa bekalan darah, nutrien dan oksigen, kanser ini tidak la merbahayakan. Namun apabila angiogenesis ini mula mendapat bekalan darah, nutrien dan oksigen maka ia akan merebak berpuluh ganda cepat dan kebiasaanya orang mula sedar mereka mendapat kanser yang merbahaya pada peringkat 2 atau 3. Ini kerana ia merebak dengan sangat cepat tanpa pesakit sedar.

Selama bertahun, rawatan untuk merawat kanser biasanya menggunakan pembedahan , radioterapi dan kimoterapi. Namun, ada segelintir doktor dan saintis telah menemui cara untuk mengawal kewujudan angiogenesis ini. Antara hasil kajian mereka mendapati, punca utama kehadiran angiogenisis ini adalah disebabkan dari diet harian kita , tidak kurang juga dari faktor persekitaran yang menyumbangkan kepada tekanan.
Angiogenesis
Punca kehadiran Angiogenesis




Didapati masalah Angiogenesis ini dapat dikurangkan dengan penjagaan diet yang baik serta diet yang kaya dengan antioksidan khususnya.
Kebetulan selepas membaca beberapa artikel tentang Angionegesis ini, sebenarnya ada beberapa makanan yang Allah ciptakan untuk kita ambil setiap hari demi mencegah kehadiran Angiogenesis ini. Sumber makanan ini juga dikenali sebagai Anti Angiogenesis.



Angiogenesis
Makanan yang dikenali sebagai Anti Angiogenesis

Makanan ini pula setelah dikaji ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai Resveratrol , dan ia biasa terdapat dalam buah-buahkan yang kaya dengan Polifenol. Kehadiran Resveratrol ini dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan atau memutuskan rantaian penghasilan salur darah baru ini dari mendapat terus bekalan darah, oksigen dan nutrien.

Uniknya , salah satu makanan sunnah yang bagus untuk mencegah Angiogenesis ini adalah buah Tin atau nama sainsnya Ficus Carica atau nama popular dalam Bahasa Inggeris disebut Fig. Buah ini dikatakan mempunyai banyak manfaat, antaranya anti radang, kaya dengan antioksidan , anti alahan, anti penuaan dan tidak kurang juga anti kanser [ Anti Angiogenesisi]. MasyaAllah rupanya buah dari syurga ini mempunyai banyak manfaat.Kami memang menjadikan amalan memastikan di rumah sentiasa ada buah kurma dan buah tin. Rupa-rupanya ia banyak manfaat yang Allah sisipkan bersama untuk penduduk bumi.

Pengambilan buah tin menjadi amalan kami selepas mengetahui ia sangat bagus untuk penghadaman, masalah buah pinggang dan bagus untuk diet. Maka mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting juga digalakkan mengamalkannya. Walaubagaimanapun ada sesetengah orang tidak begitu selesa dengan pengambilan buat Tin atau Fig kerana biji serat yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan ia terselit di antara celah gigi. Akhirnya menyebabkan si pemakan jadi tidak selesa.


Banyak lagi makanan yang berada dalam kategori sebagai Anti Angiogenesis. Bagi yang amalkan Intermittent Fasting sangat bagus mengamalkan pengambilan makanan yang barada dalam golongan Anti Angiogenesis agar dapat membantu tubuh badan kita kekal sihat. Ditambah jadual makanan berkala ini sangat membantu tubuh badan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk membina sel baru dan merawat sel yang tercedera.


Nanti saya akan sambung lagi dengan pemakanan yang berada dalam kategori Anti Angiogenesis.





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Jumaat, 17 Februari 2023

ADENOMYSIS - REAL LIFE EXPERIENCE

Selama berada dalam dunia kesihatan, saya biasa dengar kes fibroid, cyst , endometriosis dan saya belajar mendalami tentang ketiga-tiga penyakit ini. Namun my own experience bila saya melalui saya benda baru dalam hidup saya bila saya mengalami pendarahan yang banyak semasa menstrual bulanan. Ia berlaku pada tahun 2021 di mana saya terpaksa juga menemui doktor pakar kerana masalah pendarahan yang banyak. Itulah kali pertama saya mendengar nama penyakit Adenomysis. Saya terpaksa rujuk ke saya ke hospital pakar di Terengganu, Kuala Terengganu Specialist [ now known as KMI Kuala Terengganu Medical Centre].
Adenomysis
Wanita kena peka dengan jadual mentsrual mereka





 Semasa lawatan doktor menyarankan saya scan keadaan rahim saya dan doktor pakar menunjukkan betapa tebalnya keadaan dalam rahim waktu itu. Kemudian doktor pakar menjelaskan yang saya mengalami Adenomysis. Doktor menyarankan saya membuat operation membuang rahim supaya ia tidak berlarutan. Cuma saya minta diberikan tempoh masa untuk saya dapatkan rawatan alternatif. Sementara itu docktor membekalkan saya  ubat untuk hentikan darah dan pil tahan sakit jika berlaku kekejangan otot perut.
Adenomysis
Perbandingan : Keadaan rahim yang sihat dan rahim yang mengalami Adenomysis




Lepas balik tu saya cuba tanya kawan-kawan doktor pakar sakit puan, apa benda sebenarnya Adenomysis ni? Selepas belek dari google dan cuba faham apa yang kawan-kawan doktor saya cuba explain , rupa-rupanya Adenomysis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium memecah melalui otot rahim iaitu miometrium.

Baru saya tahu kenapa menstrual saya jadi heavy...Apa jadi kalau ada Adenomysis ni? Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kekejangan haid, tekanan pada perut dan kembung semasa sebelum haid dan menjadikan pendarahan yang banyak. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh jadi makin worst bila ia merebak seluruh rahim atau hanya terletak di satu-satu tempat.

Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan ia tidak la mengancam nyawa tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan darah dan boleh menyebabkan kesan negatif dalam diri pesakit. Saya yang mengalami sendiri merasa sakitnya hanya Allah yang tahu. Pendarahan yang banyak membuatkan saya kelihatan begitu pucat. Masa tu hanya doa dari semua kawan-kawan yang saya harapkan. Kerana saya tahu hanya Allah yang mampu menyembuhkan.

Ia berlangsung dengan sangat lama. Hampir 3 bulan , masyaAllah kalau ingat balik keadaan tu. Barulah saya mulai faham keadaan mereka yang berada dalam istihadah. Tak semudah yang kita sangka. Ia adalah ujian jiwa yang kena berpaut pada tuhan yang Esa. Dengan menahan sakit cramp diperut, dengan darah yang banyak, wajah pucat lesi ...Subhanallah. 

Alhamdulillah secara beransur ia tidak berlarutan. Cuma setiap kali menstrual masih rasa kejang di awal musim menstrual. Di kala umur 4 series ni, sebenarnya letih juga nak hadap. Jadi saya kena amik pil penahan sakit di awal mestrual supaya ia tak terlalu sakit hingga saya tak mampu nak buat kerja apa pun.
Namun selepas mendapat input dari beberapa orang yang mahir dalam bidang ini, saya cuba usahakan rawatan alternatif untuk membantu agar keadaan menjadi lebih baik.

Rupanya penyakit ini ramai juga dikalangan kaum wanita. Ada kenalan saya yang terpaksa membuang organ rahim kerana doktor mengatakan ia adalah lebih baik untuknya. Antara sympton untuk Adenomysis ini adalah 
Adenomysis
Kekejangan semasa menstrual - wanita kena alert


🧿 Pendarahanan haid yang berat dan berpanjangan

🧿 Keradangan yang teruk atau tajam seperti sakit pelvik semasa haid atau nama lain dismenorea

🧿 Kekejangan haid yang berpanjangan sepanjang haid dan keadaan menjadi worst bila makin meningkat usia.

🧿 Gumpalan darah keluar semasa haid berlangsung

🧿 Rahim mungkin menjadi besar dan kita merasakan macam perut sedang bloated.

🧿 Berasa sakit bila bersetubuh bersama pasangan.



InsyaAllah akan datang saya kongsikan rawatan alternatif yang saya usahakan untuk mengurangkan gejala menstrual saya. 








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Ahad, 6 Disember 2020

Cerita Cyst 6 cm, GLA Complex dan Antioksidan

Jika dulu saya biasa mendengar cyst mengecut bila jaga pemakanan dan mengambil supplements yang kaya dengan antioksidan. Namun ada artikel yang saya baca, ia ada juga kaitan dengan masalah pundi kencing dan saya cuba untuk tidak menahan atau menangguh proses membuang air kecil supaya cyst saya tidak melarat.

Untuk ke sekian lama saya dah lama tak buat follow up tentang cyst saya kerana saya dah jarang sakit dan saya sendiri merasakan dah kurang sakit. Namun last week saya ke KTS untuk berjumpa pakar sakit puan, alhamdulillah ternyata cyst 6 cm dah hilang dan tiada lagi. Namun doktor pakar sendiri merasakan ianya adalah mustahil. Bila Allah mengizinkan semuanya boleh jadi.

Selain menjaga pemakanan seperti kurangkan pengambilan nasi dan elakkan pengambilan gula putih saya memang menjadikan amalan pengambilan vitamin yang tinggi antioksidan termasuklah seperti Vivix dan ResV.

Namun saya percaya salah satu supplement yang membantu adalah GLA Complex. Walaupun vitamin ni sangat terkenal untuk kecantikan kulit tapi ia lebih dari itu sebenarnya.

Cyst
Klik Gambar untuk besarkan Imej

APAKAH ITU GLA?

GLA adalah singkatan kepada gamma-linolenic acid, sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan berkesan berupa hormon yang membantu mengawal atur proses badan yang normal. Hormon dalam badan kita ni ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh cecair di dalam badan. Hormon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan proses di dalam tubuh manusia. Contohnya pertumbuhan, proses baligh, kitaran haid dan menopaus.

Kebanyakan GLA yang ada di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil. Manakala GLA Shaklee diekstrak daripada biji tumbuhan borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Korang pernah dengar tak apa itu EPO? Kalau korang biasa pergi farmasi cuba tengok bahagian vitamin-vitamin tu, mesti ada EVENING PRIMROSE OIL (EPO) macam-macam brand ada. Diorang kat farmasi tu mesti cakap EPO ni bagus untuk wanita.  

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Sumber utama GLA Complex adalah Bunga Borage. Kenapa Shaklee memilih Bunga Borage dan bukannya Bunga Evening Primrose sebagai sumber utama GLA?

Sebabnya:

1. Kandungan GLA dalam Bunga Borage adalah 2 kali ganda jika dibandingkan dengan Bunga Evening Primrose. 

2. Kandungan GLA dalam Bunga Borage adalah 3 kali ganda mudah diserap oleh badan berbanding dengan Bunga Evening Primrose Oil. Hasilnya, sudah tentulah 3 kali ganda yang lebih berkesan dan ianya sangat-sangat membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti arthritis dan eczema.

3. Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi 300mg GLA yang menjadi sumber terbaik Omega 6.

FUNGSI DAN KELEBIHAN BAHAN-BAHAN DALAM GLA

1. Borage Seed - membantu eczema, PMS, arthritis rheumatoid, darah tinggi, kesihatan kulit dan menstabilkan hormon.

2. Blackcurrant - PMS, membakar lemak, mengurangkan air dalam tubuh, kesihatan rambut dan kuku, melancarkan peredaran darah serta meningkatkan daya tahan badan.

3. Minyak Bunga Matahari - antioksidan, menyihatkan jantung, sumber tenaga, membina sel baru, melembabkan kulit, mencegah asma dan membaiki sel rosak.

4. EPO - kesihatan rambut, kuku dan kulit, mengurangkan jerawat, mengurangkan hypertensi, mencegah arthritis, PMS, diabetes, menormalkan kitaran haid dan antioksidan.

5. Vitamin E - Antioksidan, melindungi jantung, meningkatkan kesuburan, anti penuaan, meningkatkan tenaga, mengurangkan parut, menyingkir radikal bebas dan mengurangkan jeragat.

KENAPAKAH PENTING PENGAMBILAN GLA?

1. Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba tradisi kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara semasa haid. Bila hormon kita dah dapat dikawal maka secara tidak langsung period pun teratur dan senggugut pun berkurangan.

3. Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki. Makanya GLA bukan untuk wanita sahaja, lelaki pun boleh amalkan GLA ni.

5. Menentang Kanser -  GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser. Anti oksidan ni sangat perlu untuk melawan radikal bebas yang ada di dalam badan kita. Radikal bebas ni boleh merosakkan sel badan. Sel badan kita yang rosak akan menyumbangkan segala jenis penyakit kepada kita.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma, arthritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, memberi tona pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat bagi mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hyper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.

10. Memberbaiki Tekstur Rambut - Memberbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11. Meningkatkan kesuburan.


Salah satu vitamin yang saya suka dan saya pastikan sentiasa amalkan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.




 Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? >>> KLIK SINI

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 

 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#shakleebukitpayongkualaterengganu

Selasa, 7 Julai 2020

Tiada lagi sakit sendi dengan Pain Relief Caplet Shaklee!

Suara mak begitu gembira bercerita dengan suami kesan makan PRC atau nama panjangnya Pain Relief Caplet.

Mak kata bangun pagi ni best sangat, walaupun baru aje amalkan Pain Relief Caplet....tak de rasa sendi ketat macam hari2 sebelum ini. Maklum la umur mak nak masuk 70an tahun depan.

Memang best la....hatta mereka yang ada masalah period pain pun boleh rasa tiada lagi masalah ini kerana kandungannya yang membantu meredakan keradangan.





sakit sendi


Apa yang best tentang PRC ni?





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689  [KLIK SINI]

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
#ShakleeResVKualaTerengganu

Isnin, 17 Februari 2020

Semuanya kini berwajah baru.





Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI. 
 atau Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?
Sila KLIK SINI. 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Jumaat, 23 Mac 2018

Kurangkan makanan ini jika dapati ada ketumbuhan dalam badan.

Biasa bila doktor mengatakan ada ketumbuhan dalam badan...sudah pasti kita akan mula panik. Waktu tu mula mencari semua rawatan alternatif tanpa mengambil kira isu keselamatan.

Sebenarnya sebelum ini doktor mengesahkan saya ada Cyst sebesar 6 cm. So saya cuma ingat ilmu yang saya belajar....

Betulkan rutin makanan dahulu....



Elakkan minum minuman berkafien.
Kafien seperti kopi dan teh mengganggu penyerapan zat besi dengan baik. Jika ia berlaku maka tubuh kita akan mudah lemah kerana sel darah merah atau hemoglobin tidak dapat dihasilkan dengan mencukupi mengikut keperluan tubuh manusia.

Image result for kopi dan teh


Elakkan pengambilan gula putih.
Dikatakan gula putih adalah makanan kepada semua jenis ketumbuhan. Maka alternatif adalah kurangkan gula dalam diet harian selain boleh menggantikan dengan gula perang.

Image result for gula putih



Kurangkan pengambilan sumber makanan karbohaidrat
Ya nasi dan roti perlu dikurangkan kerana pengambilan secara berlebihan akan menjadikan karbohaidrat ditukar menjadi gula dan ini tidak membantu untuk sistem tubuh kita kekal sihat.

Image result for nasi dan roti


Secara mudahnya, elakkan gula putih, kurangkan nasi dan gandum serta elakkan minuman berkafien.

Selain itu......adalah sangat penting kita tingkatkan beberapa perkara dalam rutin diet kita seperti


Banyakkan pengambilan buah-buahan.
Pengambilan buah-buahan yang kita ketahui kaya dengan serat dan vitamin secara semulajadi. Buah-buahan seperti anggur dan beri dikatakan kaya dengan polifenol yang membantu sistem tubuh melawan radikal bebas.
Image result for buah-buahan


Banyakkan minum air masak.
Semua kita tahu betapa pentingnya air masak dalam kehidupan seharian. Ya kekurangan air boleh buat badan kita dehidrat dan akhirnya kita mudah mendapat penyakit. Maka pengambilan air secukupnya sangat penting untuk badan kita kekal sihat.
Image result for air mineral



Oh ya, supplement tidak memberi kesan optimum jika kita tidak menjaga diet dengan betul.

Supplement yang saya amalkan antaranya adalah antioksidan, resveratrol dan multivitamin selain minyak ikan yang kaya dengan Omega 3.

Alhamdulillah saya tiada lagi cyst dan ia hilang dengan sendirinya. Supplement juga membantu namun pemakanan dan cara hidup juga penting dititikberatkan untuk dapat hasil yang baik.




Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai sebarang kemusykilan boleh email kepada nnorita78@yahoo.com dan kami akan cuba membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.


Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 22 Januari 2018

Sedang usaha nak zuriat? Dah cuba ini....... ?



Masih ingat kepada cerita seorang kawan yang berusaha untuk dapatkan zuriat. Ya selain dari pengambilan makanan yang sihat, cara hidup yang sihat doktor beliau juga sarankan pengambilan beberapa vitamin yang diketahui bagus untuk kesuburan antaranya ialah vitamin E dan CoQ10.

Bila cerita tentang CoQ10 ramai yang beranggapan ia adalah vitamin untuk jantung...betul tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawan vitamin CoQ10 adalah vitamin yang menjadi sumber penjana tenaga kepada tubuh  dan penghasilannya akan semakin berkurang apabila umur kita semakin meningkat.

Malah dalam kajian mendapati penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan berkurang seawal usia 20 tahun ke atas. Ada beberapa faktor yang menyebabkan penghasilan CoQ10 dalam tubuh semakin berkurang antaranya ialah cara hidup, tekanan, pemakanan dan banyak lagi.

Paling jelas, mereka yang mengamalkan ubat Statin [ untuk kawal kolestrol] memerlukan supplement CoQ10 kerana ubat statin menghalang penghasilan CoQ10 dalam tubuh sebanyak 40% !

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tengada dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 dikatakan turut membantu meningkatkan jumlah sperma yang sihat selain membantu meningkatkan pergerakan sperma. Bagi wanita pula CoQ10 dikatakan meningkatkan kualiti ovum.

So bagi anda yang usaha nak dapatkan zuriat, jom cuba amalkan pengambilan CoQ10 sebagai salah satu usaha. Tak salah untuk mencuba !

Bagaimana nak dapatkan vitamin CoQ10 dalam makanan harian?


Kekangan untuk makan yang banyak boleh menyebabkan obesiti....maka pilihan lain yang kita ada adalah pengambilan vitamin CoQ10 100mg yang ada dijual dipasaran.


Untuk ketahui lebih lanjut boleh hubungi kami melalui nombor yang tertera.




Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 November 2017

Shaklee Terengganu : Resveratrol untuk kurangkan keradangan sendi?


Tahu tak produk ini adalah antara produk yang paling laris. Ini kerana ramai hari ini tidak lagi membandingkan harga apabila mereka tahu nilai dan kesan ke atas kesihatan.

Kami suami isteri memang mengamalkan pengambilan minuman ini setiap hari.

Ini kerana ia mengandungi resveratrol dan folifenol yang bagus untuk kesihatan.

Dengan gaya hidup hari ini resveratrol sangat penting sebagai satu usaha untuk mencegah penyakit.

Malah hari ini ada beberapa kawan saya yang belum berusia 30 tahun , yang mengidap penyakit yang kronik termasuk penyakit kanser.

Alhamdulillah dengan pengambilan resveratrol sangat membantu mereka beroleh kesihatan yang baik  dan beberapa testimoni kawan kami yang dapat recover dari penyakit mereka setelah mengamalkan pengambilan resveratrol.


Apakah kesan yang ketara boleh dilihat oleh orang yang sihat dan mengamalkan pengambilan resveratrol setiap hari?

Yang nyata ia membantu kita rasa bertenaga [ energetic] , kulit wajah lebih tegang dan kelihatan muda, tiada lagi masalah sendi dan tubuh cepat recover.


Ya bila sihat, kita boleh menjalan tanggungjawab kita dengan lebih bertenaga dan seronok. Sebab tu orang kata duit boleh cari tapi kesihatan tak dapat ditukar ganti.


So bagi anda yang ingin kekalkan kesihatan cuba amalkan pengambilan resveratrol dalam diet seharian dan rasai perbezaannya.


Berminat nak dapatkan promo produk yang kaya dengan resveratrol boleh terus hubungi

www.wasap.my/60128535689/resveratrol


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 4 Oktober 2017

Apa sebenarnya Resveratrol? - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu


Zaman sekarang orang sudah mula alert dengan kesihatan...malah ramai dah mula bercerita tentang resveratrol dan betapa pentingnya resveratrol dalam kesihatan pada hari ini.

Apa sebenarnya RESVERATROL?

Resveratrol adalah sejenis Polifenol yang dipanggil phytoalexin yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.


Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.


Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, rasberi dan kacang.


Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.


Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.


Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.


Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.


Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine , resveratrol membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.


Resveratrol juga terkenal sebagai agen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, reseveratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain-lain kesan penuaan pada kulit.


Resveratrol juga berperanan dalam meningkatkan ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.


Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resveratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.




Pengedar Shaklee Terengganu



Adakah Shaklee mempunyai vitamin yang kaya dengan resveratrol?  

Jawapannya ialah 


Pengedar Vivix Shaklee Terengganu

Berminat nak dapatkan Vivix? 

Boleh terus order melalui www.wasap.my/60128535689/VivixShaklee

*Dapatkan keahlian percuma dengan belian 2 botol Vivix. Lebih penjimatan!

#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 

 Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 

Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 


♛ Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 15 September 2017

Special Vivix 2 dengan diskaun 5% - Pengedar Shaklee Miri dan Terengganu


Hanya untuk esok 16-9-2017 ( Satu Hari Sahaja)

Beli 2 botol Vivix

✅ Diskaun 5%
✅Layak cabutan bertuah
✅Layak dapat bonus
✅ Free delivery bg yang order online
✅ Entitle membership free *Or* Auto Renewal.

Berminat boleh whatsapp saya 0128635689.

Rabu, 13 September 2017

Resveratrol dapat elakkan 'sunburn' ? - Pengedar Shaklee Miri & Terengganu

Kulit yang terdedah secara langsung dengan matahari tanpa apa-apa sunblock krim sudah pasti akan menyebabkan kulit muka mudah gelap dalam erti kata lain terbakar.

Sebab itu orang yang mandi laut khususnya mandi waktu matahari terik memang akan nampak kesan gelap di bahagian wajah.

Testimoni ini pengalaman saya dan suami semasa jalan di Maldive dua tahun lepas.

Cuaca di Maldives hakikatnya sepanjang tahun panas. So waktu yang baik mandi laut adalah pagi sebelum matahari terik. Tapi kalau dah mandi laut....adakala berjam-jam nak naik ke darat memang makan masa sebab dah syok duk dalam air sambil tengok batu karang dan anak ikan berenang di dalam air.

So suami saya akan makan Vivix sebelum turun laut mandi...manakala saya pula excited amalkan Kolagen sebab sebelum tu saya jumpa kawan di JB , Nor Hasmah kulit dia begitu flawless kerana amalkan Kolagen Shaklee. 


Setiap hari saya amik 2 peket Kolagen supaya tak nak kulit terbakar la kononnya.

Tapi selepas balik Maldive ramai tegur kulit saya gelap.....ha waktu tu baru perasan ada belak di wajah.  [ Belak = 2 ton warna pada kulit muka]

Yang syoknya suami saya yang amalkan pengambilan Vivix hari-hari itu tak mengalami masalah sunburn pun!!! Ni yang buat heran sangat.

Jadi selepas attend satu latihan produk Train the Trainers by Shaklee, barulah saya tahu bahawa Resveratrol dapat mencegah sunburn!!! Oooo no wonder la kulit suami tak gelap langsung. Sebab dia amik prevention yang betul!!


Hehehe so sekarang mana pergi kena bawak Vivix sebab cuaca panas tak menentu.




Memang pakai krim sunblock tapi kalau ada resveratrol lagi bagus!!!


Oh ya mak kawan saya kulit dia bermasalah kerana banyak guna krim kecantikan diluar yang mungkin ada steroid dan alhamdulillah selepas amalkan Vivix*, kulitnya mempunyai ton yang sekata sekarang, alhamdulillah.


Berminat nak dapatkan Vivix?

Boleh hubungi saya di talian di bawah.


#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu
#shakleemalaya






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan

 Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 12 September 2017

Durian Vs Vivix - Pengedar Vivix Miri & Terengganu

Dalam orang kata ia mahal, tapi percaya tak ramai aje orang beli.

Pernah makan durian kat SS2 tak? Kalau tak cecah ratus ringgit untuk beberapa biji memang tak sah tau! Beza sangat ke rasa dia? Beza lah banding durian kampung.

Tapi dalam mahal tu ada juga customer yang makan dan bayar beribu tau! Sebab mereka mementingkan kualiti. Orang bayar mahal sebab kepuasan. Duit boleh cari. Tapi kepuasan sukar dikecapi.

Sama dengan Vivix dalam orang kata mahal, percaya tak ia antara produk yang paling laris. Mana orang makan untuk tenaga, sihat, cantik, eh banyak la sebab mereka beli.

Baru ni seorang lelaki dari Marudi telefon cari vitamin. Dan kebetulan dia nak cuba Vivix. Siapa sangka cukup sebulan, dia terus bank in nak beli lagi tanpa banyak soal.

Itulah kelebihan Vivix. Siapa dah amal, dia akan tahu beza dan kepuasan yang diperolehi.

pengedar vivix Terengganu
Vivix kualiti setanding harga.


Saya amal ke tak? Oh sekarang lebih konsisten sebab umur nak masuk 40 ni, mudah aje dapat melasma atau nama lain pigmentasi. So saya jadikan amalan supaya proses penuaan itu menjadi slow. Vivix minum setiap hari. Prevent dari kulit rosak akibat sinar uv.


Pengedar vivix Terengganu
Testimoni Vivix

Anda mencari Vivix? Meh saya share kelebihan lebih details.

Boleh whatsapp saya direct www.wasap.my/60128535689 untuk saya bantu anda.

#pengedarvivixmiri
#pengedarvivixterengganu
#leadershaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa