Memaparkan catatan dengan label Vitamin A. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin A. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2019

Pudarkan jeragat pada wajah

Allah menciptakan wanita penuh dengan rahsia dan makhluk ciptaan Allah ini obses dengan kecantikan berbanding makhluk yang bernama lelaki.

Wanita yang normal pasti akan usaha menjaga kecantikan wajah kerana ia membantu meningkatkan keyakinan pada diri.

Penampilan diri akan memberi impak persepsi manusia pada kita. Semua orang suka melihat benda yang cantik dan semua orang pun mahu dilihat cantik.

Bila melibatkan wajah, perkara yang wanita usaha nak jauhkan ialah jerawat dan jeragat. Semua wanita usaha menjaga wajah untuk elakkan 2 perkara ini tidak terlepas diri saya.

Masalah jerawat biasanya banyak berpunca dari pemakanan , kurang air, masalah tidur yang tidak betul dan jenis kulit wajah juga mempengaruhi.

Namun masalah jeragat menjadi tanda tanya pada saya sendiri....

Ada satu ketika, saya selalu keluar rumah tanpa pakai apa-apa foundation pun. Dengan cuaca Malaysia yang ada kala panas terik....perlahan-lahan jeragat pun keluar.

Rupa-rupanya, bila kulit kita kering dan kurang kelembapan ditambah terdedah dengan sinar matahari yang terik , akan menghasilkan kecacatan pada kulit wajah iaitu jeragat dan perlahan-lahan dengan meningkatnya usia kedutan halus mula terhasil di sebelah tepi mata. Mereka yang kulit berwajah cerah lebih terdedah pada masalah jeragat.


Melalui beberapa testimoni produk Shaklee, dapat saya buat beberapa kesimpulan....

Vivix*- Bagi mereka yang memang mempunyai kehidupan yang banyak terdedah dengan cahaya matahari- kerja luar pejabat atau surirumah yang perlu hantar dan ambil anak sekolah, mereka yang amalkan Vivix akan mudah lihat kulit mereka tak mudah kena sunburn. Ini kerana resveratrol dan poliphenol yang terdapat dalam Vivix melindungi kulit dari sinar UV matahari. Saya lihat kesan ke atas suami saya sendiri bila beliau amalkan Vivix sebelum berenang semasa kami bercuti di Pulau Maldives, berbeza dengan saya terus kena sunburn sebab saya hanya amalkan kolagen sahaja. Walaupun tidak la teruk mana sunburn tapi beza la bagi yang amalkan Vivix, kulit mereka seperti langsung tidak terjejas dek cahaya matahari yang terik.


Vitamin C, Vitamin E , Carotomax, Kolagen dan GLA*

Vitamin ini semua saya kategorikan vitamin yang sangat membantu dalam kelembapan kulit dan memberi keseimbangan pada kesihatan kulit baik di wajah mahupun seluruh tubuh. Mereka yang mengamalkan secara konsisten, akan kurang berisiko terdedah dengan masalah jerawat dan jeragat. Bagi mereka yang mempunyai jeragat sebelum ini, dengan amalan yang istiqamah[ konsisten] kesannya ialah jeragat akan mulai pudar dan tidak bertambah gelap. Saya dapat lihat kesan ini pada ramai kenalan saya sendiri.


Youth produk kecantikan Luaran yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol.


Produk penjagaan kulit secara luaran.

Selain menjaga kesihatan kulit dari dalam, produk luaran juga perlu ada sebagai langkah berjaga-jaga dan mengimbangkan keperluan dalaman dan luaran.
Produk kecantikan Shaklee yang sangat terkenal iaitu Youth, adalah produk kecantikan kulit yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol. Paling utama produk kecantikan yang kita gunakan bukan sahaja beri kesan yang baik pada kulit tetapi yang utama ia selamat untuk jangka panjang dan tidak merosakkan organ dalaman.
Maka untuk kurangkan risiko jeragat dan pudarkan jeragat....pastikan kulit sentiasa lembap dan pemakaian pelembap kulit [ moisturizer] sangat memainkan peranan penting.



Bagi mereka  khusus wanita yang dah berusia lebih 35 tahun, pasti akan dapat rasakan perbezaan pada jenis kulit kerana perubahan hormon akan membuatkan kulit lebih kering jika tidak menjaga pemakanan, bilangan pengambilan air seharian dan  cara hidup. Maka, pastikan kita mempunyai cara hidup yang sihat agar hidup lebih produktif dan bermakna.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 28 Ogos 2012

Ketumbuhan sel tidak normal dan Vitamin E

Phew, sebab terlalu asyik makan kerepek pedas semalaman perut saya memulas sebab angin rasanya. Mak pernah cakap ubi tu angin, maka boleh makan tapi kena beringat. Ni les kurang beringat. Alhamdulillah selepas saya telan air Peppermint Ginger lega sikit angin kembungnya. Macam mana buat? Saya masukkan 5 biji dalam tupperware, masukkan air panas dan sedikit air sejuk untuk jadikan panas suam supaya boleh saya minum. Memang lega rasa badan.

Namun saya nak share satu kisah benar yang saya lalui semalam. Saya menemani seseorang berubat kerana mengalami masalah pembuangan yang teruk. Beliau tidak membuang lebih 20 hari. Paling sedih kerana dibahagian duburnya ditumbuhi dengan beberapa sel yang tidak normal ibarat mahu menutupi lubang duburnya.
Pada mulanya tiada niat untuk saya melihat kes rawatan beliau, tetapi memandangkan perawat meminta saya memegang pesakit maka saya terpaksa juga melihat apa yang dideritai si pesakit.

Kes ini mengingatkan kes customer saya yang melalui ketumbuhan di bahagian sulitnya. Doktor menyarankan beliau dibedah untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut, namun kerana mahu berusaha melalui supplement. Saya berikan beliau makan set antioksidan. Mengandungi Carotomax, Vitamin C, Vitamin E dan ESP. Alhamdulillah selepas satu minggu, ketumbuhan itu mengecut dan tak perlu dibedah.

Bilamana keadaan semalam buat saya benar2 bersyukur kerana ALLAH mengizinkan saya bertemu dengan Shaklee. Saya perlahan-lahan memaklumkan pada pesakit mencuba vitamin. Kata beliau, beliau memang amalkan makan vitamin cuma untuk tenaga. Saya sarankan makan vitamin antioksidan termasuklah vitamin E terutamanya.


Mengapa vitamin E? Ini kerana vitamin E menghalang sebarang pertumbuhan abnormal sel dengan izin ALLAH jua. Vitamin ini sebagai satu usaha. Kelebihan vitamin E Shaklee kerana ia mengandungi selenium iaitu sinergy kepada vitamin E tadi. Penyerapan vitamin E dengan selenium lebih baik daripada tanpa selenium.

Alhamdulillah beliau mahu mencuba. InsyaALLAH akan saya update lagi dalam penulisan akan datang bilamana dah dapat maklumbalas dari pesakit.

Sama2 kita doakan pesakit cepat sembuh dan mendapat nikmat kesihatan seperti kita semua. Semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat.



 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 13 September 2011

Cyst dan fibroid : Agar tidak berulang.


Bagi yang mengikuti kisah penulisan blog saya dari awal, pasti pernah terbaca kisah saya yang mengalami ketumbuhan di ovari yang lebih spesifik kes saya ialah twisted cyst. Masa tu saya mengandungkan Addin 2 bulan. Terpaksa juga melalui operation sebab cyst tu berpintal dengan ovari. Alhamdulillah kandungan pun selamat dan Addin selamat dilahirkan secara c-section.

Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Apa dia radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.



Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.

Bagaimana nak kawal radikal bebas ini? Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.




Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan. Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.


Seorang ibu yang menyusu yang pernah mengalami Mastitis juga saya saya nasihatkan mengambil vitamin yang kaya dengan antioksidan agar perkara yang sama tidak berulang. Adakah benar ibu yang menyusu yang mengambil vitamin E tidak mudah mendapat Mastitis? Ianya hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyakit itu datangnya dari ALLAH jua.


Seorang ibu yang juga menyusu pernah meminta saya memberikan panduan untuk mengurangkan bengkak ( ketumbuhan kecil) di bahagian alat sulitnya kerana tidak mahu menjalani pembedahan, alhamdulillah atas sifat istiqamah dan yakin dengan pertolongan Allah, beliau tidak perlu menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan di bahagian alat sulitnya. Syukur sangat.


Sselama 11 tahun bersama Shaklee saya dah jumpa ramai pesakit kanser dan ianya buat saya insaf dan istiqamah dengan pengambilan antioksidan. Pemakanan kita mempengaruhi kesihatan kita. Sebab tu kena berjaga-jaga dan pastikan pengambilan vitamin dan zat galian dititikberatkan. Penyakit sebenarnya tidak datang serta merta, ianya berada dalam tubuh cuma ianya tidak aktif. Untuk pastikan ia tidak aktif, pastikan antioksidan kita mencukupi.


Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-853-5689. Pembelian melalui web www.anakkuwiraku.com disertai dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.



Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com untuk mengetahui promo terkini dari www.anakkuwiraku.com.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 16 April 2010

Supplement dan Penyusuan



Setiap perkara yang ditakdirkan pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Inilah yang ibu lalui apabila melahirkan Addin secara pembedahan. Secara kebetulan abang Addin dilahirkan dengan keadaan tak cukup bulan iaitu antara 34-35 minggu… jadi ibu nekad nak mengambil supplement kerana ibu tahu luka dalam (bahagian rahim yang di potong ) dan luka luar jahitan di perut perlu cepat baik agar ibu dapat menjalankan aktiviti harian ibu seperti biasa tanpa terbatas hanya kerana ceaserean.

Pengambilan vitamin pada asasnya hanya sebagai “ubat” kepada ibu untuk cepat baik dari luka pembedahan. Ibu tak mahu mengambil pil penahan sakit kerana pada ibu ianya melemahkan saraf sahaja.

Tanpa ibu sedari Addin membesar dengan sangat hebat… kenaikan beratnya pada 6 bulan pertama sangat menggalakkan. Ia mengujakan ibu dan abah tentang kebaikan susuibu pada si kecil. Tidak ibu nafikan Addin sangat kuat menyusu sehinggakan ibu terpaksa membuat ulangkaji melalui buku2 tulisan Dr. Bruce Miller yang memang menjadi koleksi ibu selama ini. Ibu mencari apakah supplement yang membantu membanyakkan susu dan akhirnya ibu terjumpa perkataan….Alfalfa helps to stimulate milk for breastfeeding mothers.

Namun ibu tidak punya sesiapa yang mempu guide dengan sepenuhnya sehinggalah baru ibu tahu Alfalfa dalam kumpulan “galaktogue”…dan memang berfungsi untuk menggalakkan tubuh si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik dan segera.

Supplement yang ibu ambil selepas operation adalah supplement asas untuk membaikkan luka ibu…itulah intention pertama ibu mengapa ibu mengambil supplement. Di samping itu ibu cuba mencari perkaitan mengapakah berat Addin naik dengan sangat hebat berbeza dengan baby kawan2 ibu yang menyusukan anak mereka(walaupun mereka menyusukan hanya 6 bulan tetapi progress mereka berbeza) sehinggalah satu hari Dr Haizam membuka minda ibu….
“Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susuibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

Barulah ibu tahu bahawa susuibu itu sendiri mengandungi segala macam vitamin yang ibu makan selama ini untuk mengubat luka rahim dan jahitan di perut ibu.

Maka ibu pun membuat kesimpulan bahawa sekiranya seseorang ibu itu menyusukan anaknya dan andainya si ibu itu menjaga pemakanan hariannya serta menambahkan supplement dalam dietnya, secara langsung ia memberi kesan ke atas zat di dalam susuibu itu sendiri.

Apa jua makanan yang diambil oleh si ibu akan disalurkan kepada anak yang menyusu tadi….sebab itu apabila si ibu sakit dan dibekalkan ubat oleh tuan doctor maka perlulah si ibu tadi memaklumkan kepada tuan doctor bahawa dia(si ibu) itu menyusukan anaknya agar ubat yang dibekalkan selamat untuk penyusuan.

Mengapakah 3 vitamin ini penting untuk membantu penyusuan?

Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).

B complex- Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Kekurangan B12 jika tak silap ibu yang boleh menyebabkan si ibu hilang keseimbangan rasa..iaitu mudah moody, sensitive, mudah mengalah @ surrender, cepat letih, murung(terutama selepas bersalin) dan muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Vitamin C- rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor past mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil.


Perlukan pengambilan supplement dari kumpulan “galaktogue” seperti Alfalfa atau Halba(nama science nya fenugreek)?

Jujurnya pada ibu ya, sebab ia membantu penghasilan susuibu dengan baik, lancar dan mudah. Pengambilannya mungkin berbeza pada setiap badan. Ada antara ibu yang makan 2 biji sudah memberi impak yang besar manakala ada yang memerlukan pengambilan maksimum untuk mendapatkan impak yang hebat. Antara Alfalfa dan fenugreek, ibu lebih selesa Alfalfa kerana kebaikkannya banyak…ia adalah raja segala tumbuh2an, ia dapat menyejukkan badan jika si ibu demam, ia juga membantu si ibu menjalankan tanggungjawab isteri dengan penuh senyuman dan ia juga mencantikkan kulit si ibu. Pengambilan alfalfa juga tidak memberi kesan bau ke atas ibu mahupun si anak. Alfalfa sangat membantu mengurangkan keradangan akibat eczema kepada si kecil yang mengidap penyakit tersebut. Pengambilan alfalfa membantu eczema dari terus melarat. Ini telah ibu lalui melalui pengalaman ibu sendiri.

Oh ya, last but not least…vitamin adalah tidak sama seperti ubat. Ubat adalah satu rawatan segera yang secara perlahan2 memberi kesan kurang baik ke atas antibodi tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin… vitamin adalah makanan sel dan ia membantu sel untuk stimulate dan membentuk sendiri antibodi melawan penyakit untuk tubuh kita.
Sebab itu pil2 yang tuan doktor syorkan untuk banyakkan susu seperti motilium sebenarnya bagus untuk jangkamasa pendek sahaja tetapi bukan untuk jangka panjang dan ianya dibekalkan untuk jangka pendek kerana ia boleh memberi kesan seperti depressed dan sebagainya jika pengambilan berterusan.

Oh ye, sebenarnya ibu memang consume banyak lagi supplement seperti ESP(protin), kalsium, omega, vit E dan beta carotene tetapi ianya bukan satu yang wajib untuk diambil sekadar menambahkan nutrisi dalam susuibu…..

The best investment dan paling berbaloi. Mana taknya berbaloi, susuibu yang mengandungi banyak nutrisi terutama vitamin C akan dengan sendirinya boleh menjadi penawar kepada si anak jika si kecil itu demam, selsema mahupun batuk. Jika Addin atau Nasa mempunyai simpton ke arah 3sakit ini ibu akan double dose kan pengambilan vitamin C instead of 1 tab ibu akan amik 2 tabs iaitu pagi dan malam.

Oh ye, tak lupa yang bertanya mengapa beli vitamin sedangkan boleh diambil dari klinik kerajaan sahaja? Jawapan ibu ialah terpulang pada individu...

Mengapa ada yang mahu bersalin di hospital swasta sedangkan hospital kerajaan jauh lebih murah?
Jawapannya: Tepuk dada tanya selera!





Salam sayang dari ibu



Selasa, 29 September 2009

Pastikan ianya sentiasa ada di rumah....

Sepanjang musim raya ini, ramai yang meminta nasihat kerana pelbagai penyakit yang datang , maklumlah musim perayaan ini banyak yang buat rumah terbuka. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak...namun apabila makan kita perlu berpada2 juga.

Arwah abah ibu meninggal pada tahun 1997 kerana diserang stroke...beliau mengalami paralyse separuh badan akibat makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Arwah abah memang mengidap darah tinggi maka pengambilan makanan berkolesterol tinggi telah menyebabkan penyakit beliau berada dalam tahap kritikal. Pada malam raya juga abah telah dimasukkan ke dalam hospital Muar untuk mendapatkan rawatan namun mungkin dah sampai waktunya panggilan Ilahi menyeru. Arwah abah meninggalkan emak ibu serta kami 7 adik beradik pada 14 syawal tahun itu...dan kini telah hampir 12 tahun ia telah berlalu namun seperti semalam ianya berlaku.

Ianya mengingatkan ibu agar berpada2 dalam menyambut kemeriahan Syawal. Hidangan yang ada di depan mata perlu diambil dengan beringat. Supplement juga penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Sekurang2nya jika tidak sempurna seperti orang lain, pastikan rumah anda mempunyai bekalan vitamin C....

Mengapa vitamin C? Ianya merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Walaupun untuk mendapatkan hasil yang terbaik memerlukan 3 rangkaian vitamin utama iaitu Beta Carotene, vitamin C dan Vitamin E namun memadailah jika anda hanya mampu menyediakan Vitamin C di rumah.

Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen merupakan lapisan yang penting dalam menghubungkan setiap sel dalam badan kita. Tanpa kolagen yang kuat, kulit kita menjadi sensitif dan mudah tercalar serta lambat pula baiknya. Vitamin C juga penting untuk pembuluh darah...agar ianya tidak mudah rosak atau pecah. Vitamin C juga dikenali sebagai anti stress. Mereka yang senang tersentuh@sensitif, mudah merajuk , panas baran serta mood juga dikenalpasti mereka yang kurang vitamin C dalam badan mereka. Ianya juga penting untuk sistem ketahanan tubuh kita. Mereka yang mudah selsema, batuk dan demam juga dikaitkan dengan lemah antibodi maka golongan ini disarankan memastikan pengambilan vitamin C setiap hari secara konsisten.

Berapa banyak yang boleh diambil dalam sehari?
Dr. Bruce Miller menyatakan vitamin C boleh diambil sehingga 3000mg sehari dan bergantung kepada pesakit itu sendiri. Namun bagi kita yang sihat tubuh badan, memadai mengambil 500mg sehari sehingga 1000mg sehari. Cuba dapatkan vitamin C yang berlabel, sustained release atau pelepasan masa...ianya akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Pastikan vitamin C yang anda ambil tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh maka kita membayar sesuatu yang sia2.

Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan. Ianya mempunyai perasa oren yang sebenar. Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 7 setengah biji oren bersamaan 500mg dan boleh anda bayangkan betapa masamnya ia?

Sepanjang ibu mengalami conjunctivitis ini, ibu mengambil sehingga 6 biji vitamin C sehari... Mengapa ibu berani mengambil sehingga 3000mg? Ini kerana ianya vitamin yang larut air dan akan dibuang dalam urin kita sebaik sahaja tubuh tidak lagi memerlukannya. Alhamdulillah rasa sangat2 lega kerana ini ialah penyakit dalam kategori virul infection dan ianya akan sembuh dengan ketahanan dari antibodi tubuh kita dengan sendiri. Ibu akan cuba sedaya upaya memastikan vitamin @makanan yang ibu ambil sekarang menjadi penawar kepada penyakit ibu kerana ibu yakin pemakanan yang berkhasiat menghasilkan tubuh yang sihat.

Namun perlu kita ingat bahawa bukannya mereka yang mengambil vitamin akan menjadi KEBAL dan tidak akan jatuh sakit...ini konsep yang salah. Sakit tetap akan sakit jika itu sudah tertulis dalam suratan takdir namun sekurang2nya kita tidak mengalami keadaan yang worst dan ia tidak memudaratkan diri sehingga kita mengalah pada takdir semata2.


Salam Sayang dari

Isnin, 28 September 2009

Pentingnya istiqamah...

Subhanallah, rindunya ibu untuk menulis dalam blog ini. Bukan sibuk atau tak berkesempatan tetapi keadaan ibu yang sakit mata ini tidak mengizinkan ibu menulis untuk beberapa hari. Ada yang bertanya, sakit mata yang bagaimana? ketumbit ke? Bukan, ianya dikenali sebagai conjunctivitis atau nama biasa mata yang dijangkiti virus. Mana ibu dapat sakit ini? Mungkin berjangkit dari adik beradik ibu yang juga mendapatnya sewaktu raya minggu lalu.

Bermula dengan Addin dan kini alhamdulillah beransur pulih. Ibu juga dalam proses nak sembuh dan kini giliran Nasa melaluinya. Kasihan ibu tengok Nasa. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak kecilnya sakit hatta digigit nyamuk sekalipun. Siang malam ibu berdoa agar sakit mata yang Nasa lalui tidak sehingga mencabar kesabaran seorang anak kecil. Sakit mata yang ibu lalui sangatlah mencabar, dengan mata putih bertukar menjadi kemerah2an serta diselaputi dengan lapisan air yang sentiasa bertakung. Tidak terhenti takat itu tetapi ianya adakala sungguh tidak menyenangkan terutama apabila terasa seolah2 ada ulat yang sedang merayap di dalam mata, MasyaAllah gatal betul rasa, dan jika dapat digaru tentu ianya dapat menyelesaikan masalah ibu. Namun apakan daya, ibu hanya mampu berdoa agar dapat bersabar melalui dugaan ini.

Selama hidup 31 tahun inilah kali pertama ibu mendapat sakit mata yang teruk sebegini... Apa yang boleh buatkan ibu bertahan? Ibu hanya mampu berselawat tatkala masa2 yang tidak tertahan apabila merasakan seolah2 banyaknya ulat yang sedang merayap di dalam mata ini. Huhuhuhu. Ibu tetap amalkan pengambilan vitamin demi memastikan ibu dapat bertenang melalui keadaan2 yang sukar itu. Pada mulanya ibu hanya banyak bergantung dengan vitamin utama iaitu ACE, zinc dan B Complex. Namun apabila merasakan ibu perlu menambah sesuatu dalam supplement ibu, ibu terus mengambil Nutriferon Shaklee yang lebih dikenali sebagai immune booster. Alhamdulillah, baru 3 hari ibu mengambil nutriferon, sangat lega rasa mata ini. Walaupun masih berair namun rasa gatal yang menyerang itu kini telah banyak reda. Ini yang dapat membuatkan ibu selesa menulis untuk mengemaskini blog yang telah lama tertinggal....
Ibu berharap dengan nutriferon yang ibu ambil ini akan membuatkan susuibu yang mengalir untuk Nasa akan membuatkan Nasa cepat sembuh.

Sesungguhnya sakit ini benar2 mengajar ibu, dalam hidup ini kita perlu banyak beristiqamah... perlu banyak ilmu untuk menangani masalah yang kita lalui. Bukan sekadar meminta nasihat doktor tetapi buku juga perlu ada untuk menjadi panduan kita sendiri. Alhamdulillah....ibu semakin lega sekarang ini. Syukur pada Allah....memberi taufiq dan hidayahNya tatkala ibu memerlukan.

Bagi mereka diluar yang melalui saat sukar terutama yang berkaitan dengan kesihatan...banyakkan bersabar dan amalkan pemakanan yang sihat agar makanan itu menjadi penawar kepada sakit yang dihadapi. Sesungguhnya akan ada kesenangan selepas setiap kesusahan. Itulah janji Allah dalam surah Alam Nasyrah. Wallah hu alam.

Rabu, 16 September 2009

Multivitamin tidak memadai? Vitamin C dan B complex bagaimana?

Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum. Adakah benar walaupun telah mengambil multivitamin kita masih perlu menambah vitamin C dan B complex? Dalam coretan kali ini ibu akan mengupas satu persatu agar kita mudah memahami dan tanpa ada kekeliruan yang berpanjangan.

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C? Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin c dan b complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?

Ini kerana kandungan vitamin c dan b complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai... hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?


Bagaimana dengan vitamin B complex?

SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.


FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan


Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang desertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul....Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Sabtu, 4 Julai 2009

Testimoni Nutriferon

Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Buat temanku ini, seandainya dirimu membaca kisah ini, apa yang mampu ku lafazkan terima kasih atas kepercayaan yang dikau berikan pada kami ( ibu dan abah Addinnasa) serta terima kasih atas kesabaranmu untuk melalui proses pemulihan. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ya Allah bersyukurku padaMu kerana dengan izinMu temanku ini telah sembuh dan mudah2an dapat menunaikan amanahMu dengan lebih berkat dan sejahtera.

Jumaat, 12 Jun 2009

Breastfeeding dan durian....

Sepanjang berkahwin, inilah kali pertama kami sekeluarga sakan makan durian. Baru ni Sarah belikan lagi 20kg dan pada hari yang sama habis kami agihkan dan makan. hehehe . Alhamdulillah setakat ni kami semua tak demam, mungkin sebab minum air dalam pangsa durian. Mungkin juga sebab durian kampung bukan durian D24 atau durian import yang lain. Nasa pun makan memang tak ingat dunia. Selagi ada dia akan turut makan sama. Mak saya kata, Nasa adalah satu-satunya cucu dia yang makan durian , yang lain bau pun dah lari termasuklah Addin.
Ada kesan tak pada breastfeeding? Seandainya anda mempunyai anak kecil yang kurang dari 6 bulan disarankan jangan makan sakan seperti saya dikhuatiri perut anak akan meragam. Saya pula merasakan setiap kali saya makan durian, susu saya bertambah. Bukan apa mungkin kerana saya gembira membuatkan hormon saya stabil dan badan produce lebih susu. Saya berani makan sakan seperti sekarang kerana Nasa sudah hampir dua tahun menyusu badan dan sepatutnya perutnya juga sudah semakin kejap menerima pemakanan lain.
Percaya atau tidak Nasa sudah hampir dua bulan tidak mahu makan nasi. Nasa hanya akan makan apa yang saya makan. Lauk lemak cili api saya masak minggu lepas dia cuba, tapi siap terjerit-jerit minta air. Kalau makan ayam kfc walau yang spicy dia boleh habiskan seketul lagi tu.Selainnya dia hanya bergantung dengan susu ibu. Walau bagaimanapun saya cuma pastikan saya tidak skip mana-mana meal harian dan minum air tidak kurang dari 5 litre sehari selain itu saya akan pastikan vitamin favourite saya tidak saya lupa, antaranya ESP, vitalea, b com, ostematrix. vit c, vit E,omega,carotomax dan alfalfa. Memang nampak banyak tapi sebab dah biasa makan selama bertahun-tahun maka saya dah jadi lali. Benarlah kata orang alah bisa tegal biasa.
Walau apa pun saya masih mengharapkan mak atau adik saya dari Muar datang bertandang membawa berkilo-kilo durian....hehehe.