Memaparkan catatan dengan label trial pack. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label trial pack. Papar semua catatan

Ahad, 25 April 2010

Saya dah dapat basikal!!


Dah beberapa kali soalan ini keluar dari mulut Nasa...

"Ibu, jom kita pegi kedai basikal...."

" Ibu, bila kita nak beli basikal Aca?"

" Ibu, Aca nak basikal boleh?"

Sebenarnya dah 2 minggu Nasa minta ibu belikannya basikal namun ibu yang asyik tangguh. Bukan sebab duit tapi sebab abah kerja dan sukar bagi ibu nak ke kedai basikal, nak survey tanpa abah. Lagipun abah kerja bukannya lama sangat. So bila abah dah balik darat, kami survey 2-3 kedai sebelum membeli sebuah basikal untuk Nasa....dan kini                     

                                   
-
-
-
-
-
-
-
-






Nasa dah punya sebuah basikal......

Pagi dan petang , asal di rumah, Nasa akan main basikal bersama abang Addin. Seronok benar dia dapat basikal tu...



Bila dah boring main bola, dia anak kayuh basikal. Bila dah penat kayuh, sambung main bola pula....

Dalam Nasa main basikal petang semalam, sempat juga ibu siapkan trial pack untuk di pos esok...alhamdulillah.



Salam sayang dari ibu



Jumaat, 23 April 2010

Alfalfa untuk 5 serangkai: Resdung, Allergic, Gegata, Asma dan Eczema




Ibu mendapat response yang sangat mengujakan daripada terutama ibu2 yang mempunyai masalah penyakit 5 serangkai ini. Setelah membuat kajian sendiri ibu dapati antara yang membantu mengurangkan keradangan akibat dari penyakit yang tersenarai di atas adalah vitamin C, B complex dan Alfalfa.


mengapa Vitamin C: ianya sebagai antioksidan yang baik. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang. B complex pula lebih bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon manakala Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri, ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung, allergic dan gegata.(Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka).


Kebanyakkan ibu2 yang membeli trial pack B adalah tergolong dari mereka yang mempunyai anak yang mempunyai eczema...dan ternyata sejak pengambilan supplement banyak membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Walaupun pada tujuan asal alfalfa diambil hanya sebagai milk booster namun sebab ianya diserap ke dalam susuibu maka si kecil turut mendapat manfaat alfalfa itu sendiri.


Ini dari ym puan Izza (kuantan)


Terima kasih ya kerana menjual vitamin Shaklee dengan jujur...mula2 memang takut nak beli online jek, tapi nak cuba. Alhamdulillah susu mula pekat walau belum nampak peningkatan yang mendadak. Namun saya notice , resdung saya mula berkurang. Sejak makan vitamin ni, anak saya kurang keluar ruam akibat eczema nya. memang puashati la...insyaAllah next week saya order fullpack punye ya.

   
Ym ini dari puan Elya (dari Perak)

Saya dah lama tahu pasal Shaklee sebenarnya cuma tak tahu ianya bagus untuk menyusu. Sejak baca post Norita pasal Alfalfa boleh kurangkan masalah allergic, saya upkan intake alfalfa dari 2-4 biji...alhamdulillah kalau makan seafood tu tak la naik gatal2 kat kaki. Thanks yer sebab suka berkongsi...teruskan menulis

Yang terbaru cerita dari puan Kay (Shah Alam)
perbualan melalui telefon:

Hi N, i memang terasa bila makan Alfalfa ...especially kalau allergic terlebih makan seafood tak jadi macam dulu2.I just amik lebih Alfalfa. memang beza lah.

Memandangkan ramai yang minta ibu buat TP(trial pack ) custom-made untuk penyakit 5 serangkai ini; maka ibu maklumkan jika ada antara kalian yang mempunyai masalah kesihatan di atas, bolehlah cuba reducekan kesakitan yang dialami dengan pengambilan seperti berikut:


1. Vitamin C -2 kali sehari (pagi dan malam)
2. B complex - 1 biji sehari.
3. Alfalfa - 4 biji sehari (2 pagi dan 2 malam)


Bagi mereka yang baru nak mencuba, boleh dapatkan 
Trial pack set G yang mengandungi:


60 tabs Vitamin C
30 tabs B complex
120 Alfalfa

Hanya RM80 untuk 30 days consume.   
price including postage and freegift.

Sesiapa yang sesuai: Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.





Salam sayang dari ibu



Khamis, 22 April 2010

Tahniah Nur Atiqah Mohd Kasim!



Pasti ada yang tertanya siapakah Nur Atiqah Mohd Kasim ini? Beliau adalah anak kawan ibu makcik Habibah atau nama mesra beliau dengan ibu ialah Kak Bib. Nur Atiqah telah mendapat 11 A dalam SPM baru keluar ini. Berbaloilah usaha beliau selama ini...dan usaha kak Bib menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anaknya ini. Nanti acik N cari hadiah buat Atiqah ya,...

Bagi mereka yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan PMR mahupun SPM bolehlah meminta petua dari kak Bib , seorang ibu bekerjaya yang mampu melahirkan anak yang cemerlang. Benarlah kata orang, usaha mesti seimbang: dari segi rohani mahupun jasmani. No hp Kak Bib (kak Habibah) ialah 013-3382428. Beliau telah mengamalkan pemakanan tambahan buat semua anak2nya dan Nur Atiqah adalah testimoni terbaik bagi dirinya. Sekiranya berminat nak mengetahui apa yang diberikan kepada anaknya, bolehlah menelefon beliau dan bertanya sendiri untuk lebih yakin.


Sebenarnya, ibu pernah mengeluarkan posting mengenai pemakanan untuk kecemerlangan akademik pada 20.12.2007 jika ibu tak silap...


MESTI tetapi kita tidak mahu mereka menjadi “ulat buku”

BELAJAR Ulat buku BUKAN satu kecemerlangan yang terbaik

Kualiti dan yang lain juga amat mustahak


Sebagai persiapan mereka untuk belajar dengan baik /berkesan mereka mesti:-


AKITIVITI MENGAPA

1. MAKAN Bukan sekadar banyak tetapi SEIMBANG

2. BERSENAM Agar fikiran cergas, cerah, banyak oksigen kepada otak

3. REHAT Satu kemestian. Badan letih, tiada tumpuan dll.

4. BERMAIN Belajar sifat-sifat (attributes) lain- kepimpinan,sosial



Untuk menentukan hasil yang berkesan terdapat beberapa komponen penting di mana setiap pelajar mesti mendapatkanya betul agar proses belajar menjadi seronok. Belajar bukanlah suatu bebanan.


1. TIDAK TIDUR (STAY AWAKE) / BERSEDIA (ALERT)

2. BERI TUMPUAN (PAY ATTENTION) / CONCENTRATION

3. MEMAHAMI (COMPREHEND)

4. MENYIMPAN (RETENTION)

5. TABIAT (HABIT)

6. BERSERONOK (ENJOYMENT)


Dalam erti kata:- Belajar adalah tugas MENTAL DAN JASMANI sekaligus


BAGAIMANA NUTRIEN BOLEH MEMBANTU?


· Sebagai “booster” / penolak – bukan ajaib tetapi booster dan untuk menikmati hasilnya ia mengambil masa.

· PERINGATAN:- Nutrien bukan mengambil alih tempat tugas

belajar. Jangan beranggapan bila makan nutrien tak perlu belajar.



PEMAKANAN YANG DISYORKAN


1. PROTEIN Untuk tenaga & pembesaran

2. VITA-LEA Sebagai insuran untuk kekalkan kesihatan

3. VITAMIN C Badan & darah sihat + ketahanan badan juga sihat

4. B-COMPLEX Maklumat terperinci seperti di bawah

5. LECITHIN Mesti memahaminya dengan terperinci, lihat

Penjelasan di bawah

6. BETA CAROTANE Untuk menentukan mata yang sihat + untuk

Tumpuan yg lebih baik.


LECITHIN
· Punca utama bahan CHOLINE

· Bahan terutama komponen fiber urat saraf

· Fungsi utamanya adalah sebagai neurotransmitter yang menghantar “message yang betul” pada otak


B COMPLEX

· B 1 (Thiamine) – digelar juga sebagai vitamin “morale”

Untuk urat saraf yang sihat dan learning capacity.

· B 2 (Riboflavin)

Untuk stamina dan kekuatan otak (vigor) & oksigen otak

· B 3 (Niacin)

Urat saraf yang sihat, & hormone kelamin

· B 5 (Pantothenic Acid)

Urat saraf sihat, ketahanan stress serta keletihan/kelesuan

· B 6 (Pyridoxine)

Tukar glycogen kepada tenaga, pengeluaran sel darah merah

· B 12 (Cyanocobalamin)

Tingkatkan konsentrasi dan ingatan

· FOLIC ACID

Kesihatan mental dan emosi, pengeluaran sel darah merah

· BIOTIN

Kurangkan sedih/dukacita/muram (depression)


B COMPLEX pada keseluruhannya adalah:-


- Menukarkan makanan kepada tenaga untuk proses minda

- Tingkatkan kapasiti belajar, konsentrasi + ingatan


Semoga memberi manfaat pada kita semua...


Salam sayang dari ibu



Rabu, 21 April 2010

Trial Pack Shaklee..kini dihujung jari anda!





Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas izinNya dan rahmatNya, Trial Pack Shaklee yang ibu sediakan untuk kemudahan orang baru mengenali Shaklee , kini telah pun 7 bulan berada dalam pasaran. Sambutan yang hebat adalah untuk set B bukan sahaja dari golongan ibu menyusu tetapi mereka yang memang prihatin dengan isu kesihatan.

Trial pack B yang mengandungi 4 jenis vitamin iaitu; Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa dengan tawaran harga yang sangat menarik iaitu hanya RM80 disertai dengan nilai tambahan iaitu beserta “freegift” dan penghantaran percuma.

Selama 7 bulan berada dalam pasaran sambutan yang kami perolehi sangat memberansangkan. Memandangkan ada 15 lagi teman ibu yang turut menyediakan trial pack ini maka ini memudahkan lagi pelanggan untuk mendapatkan trial pack ini.

Apakah sebenarnya tujuan kami menyediakan trial pack Shaklee ini? Ia adalah bertujuan untuk golongan generasi baru mengenali dan merasakan perbezaan sebenar vitamin yang terawal dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee. Disamping itu ianya bertujuan untuk memberi pelbagai golongan, kuasa beli pada kadar harga yang mampu dibayar.Selain itu, generasi hari ini terdiri daripada golongan yang sedar tentang keperluan supplement dalam kehidupan seharian memandangkan terdapat banyak kekangan bagi kita mendapatkan zat yang seimbang dari corak pemakanan kita hari ini.

Ramai diluar sana yang membuat panggilan telefon ke pejabat jualan Shaklee sendiri untuk mendapatkan trial pack ini dan buat pengetahuan umum, trial pack ini disediakan adalah atas inisiatif ibu dan rakan2 untuk memberi peluang percubaan kepada mereka yang mahu merasakan perbezaan vitamin Shaklee itu sendiri. Bak kata pepatah “ Tak kenal Maka Tak Cinta”.

Walau bagaimanapun kami turut menyediakan “full pack ” bagi ke semua vitamin ini. Harga penuh set di atas ialah RM241 berkadaran dengan 4 bulan pengambilan (up to 4 months consume). Bagi mereka yang pernah mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan sebelum ini boleh terus membeli dengan harga yang dimaklumkan daripada kami.

Ibu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kenalan siber ibu yang memberi kepercayaan kepada ibu untuk membuat penghantaran pada kalian walaupun laut memisahkan kita. Alhamdulillah selagi terdapat Poslaju , insyaAllah penghantaran mengambil masa 1-2 hari bekerja.

Bagi mereka yang ingin mencuba dan ingin mendapatkan trial pack Shaklee ini, boleh menghubungi ibu di talian 012-8535689 ataupun email kepada addinnasa@gmail.com atau nnorita78@yahoo.com. Ianya kini di hujung jari anda...jangan tunggu lagi dapatkan hari ini juga!

Bagaimana nak membuat pesanan Trial Pack Shaklee?




Salam sayang dari ibu

Isnin, 19 April 2010

Bagaimana nak jadikan ianya sebagai penawar?




Bila dah bergelar ibu bapa, pasti menjadi kerisauan apabila si manja tiba2 demam, batuk mahupun selsema...tapi percaya tak jika si ibu itu menyusukan anaknya, maka masalah ini dapat di atasi dengan segera sekiranya si ibu itu memastikan pengambilan zat makanan yang seimbang dan selari dengan keperluan si kecil yang memerlukan sesuatu untuk meningkatkan sistem immune nya di kala si kecil tidak sihat. Susuibu lah penawar terbaik di kala si kecil kurang sihat, bukanlah ubat doktor mahupun antibiotik sebagai penawar.

Apakah yang membantu menjadikan SUSUIBU itu sebagai penawar yang mujarab?

Si ibu boleh mengambil langkah berikut di kala si kecil tidak sihat:

1. Mandikan si kecil 3 kali sehari, ini memastikan SUHU badannya sentiasa terkawal dan tidak terlalu tinggi.

2. Sapukan minyak di tempat penting seperti ubun2, belakang telinga, betis dan tapak kaki.

3. Kerapkan menyusu si kecil.

4. Pastikan si ibu mengambil 4-5 jenis buah2an dalam hari tersebut kerana ini dapat membekalkan si kecil susu yang sangat kaya dengan vitamin C terutamanya.

5. Pastikan si ibu mengambil diet yang seimbang, sekurang2nya minima 3 kali meal sehari.Ini penting bagi keperluan vitamin lain yang diperlukan untuk meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

6. Cuba dapatkan minuman isotonik agar badan ibu sentiasa bertenaga dalam membekalkan susu kepada si kecil sepanjang si kecil tidak sihat.



Selama ibu membesarkan Addin dan Nasa dengan susuibu, ibu pastikan pengambilan vitamin C tidak dipandang remeh kerana ini memastikan susuibu membekalkan cukup vitamin C kepada kalian memandangkan ibu tidak dapat mengambil 4-5 jenis buah2an setiap hari. Jika kalian demam yang rasanya akan berlarutan ibu akan pastikan ibu mengambil sepeket nutriferon... memang khas untuk boost immune system, alhamdulillah mujarab. Apapun susuibu adalah terbaik untuk menjadi penawar kepada si manja kita! Selagi menyusu badan, apa yang dimakan oleh si ibu adalah satu pelaburan kepada si kecil.




Salam sayang dari ibu



1 Botol B complex PERCUMA!






Ibu bersyukur kepada Allah kerana telah ditemukan dengan ramai teman yang suka berkongsi kebaikan yang telah mereka alami dengan teman2 mereka serta semua ahli keluarga. Walaupun ramai yang mengatakan biasanya orang takkan berkongsi sesuatu yang baik dengan orang lain, tapi dengan izin Allah alhamdulillah ibu ditemukan dengan ramai teman yang baik yang suka berkongsi termasuklah Ayu, Ida, Arbie, Fifi, Aishah... walaupun mereka tak berminat nak menjadi ahli tetapi mereka sangat rajin berkongsi dengan teman2 mereka serta ahli keluarga. Terima kasih yang tak terhingga ibu ucapkan.

Oh ya,memandangkan sambutan Trial Pack yang sangat menggalakkan ibu terima dari user get user program maka ibu dengan senang hati ingin memberikan sebotol B COMPLEX PERCUMA kepada mereka yang telah berjaya mengumpulkan 10 MG sehingga 30 April ini.Ini bermakna selain mendapat RM50 secara tunai , kalian akan mendapat tambahan sebotol B complex secara percuma.


Maka bagi mereka yang telah mengumpulkan MG dari mula program ini dilancarkan, jangan tunggu lagi. Do grab this opportunity....

Oh ye, ibu masih membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai User Get user program...Bagi mereka yang ingin mendaftar, sila emailkan kepada ibu:
di addinnasa@gmail.com

1. Nama:
2. No kad pengenalan:
3. No akaun MBB atau CIMB:
4. Alamat surat menyurat:




Salam sayang dari ibu

Jumaat, 16 April 2010

Supplement dan Penyusuan



Setiap perkara yang ditakdirkan pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Inilah yang ibu lalui apabila melahirkan Addin secara pembedahan. Secara kebetulan abang Addin dilahirkan dengan keadaan tak cukup bulan iaitu antara 34-35 minggu… jadi ibu nekad nak mengambil supplement kerana ibu tahu luka dalam (bahagian rahim yang di potong ) dan luka luar jahitan di perut perlu cepat baik agar ibu dapat menjalankan aktiviti harian ibu seperti biasa tanpa terbatas hanya kerana ceaserean.

Pengambilan vitamin pada asasnya hanya sebagai “ubat” kepada ibu untuk cepat baik dari luka pembedahan. Ibu tak mahu mengambil pil penahan sakit kerana pada ibu ianya melemahkan saraf sahaja.

Tanpa ibu sedari Addin membesar dengan sangat hebat… kenaikan beratnya pada 6 bulan pertama sangat menggalakkan. Ia mengujakan ibu dan abah tentang kebaikan susuibu pada si kecil. Tidak ibu nafikan Addin sangat kuat menyusu sehinggakan ibu terpaksa membuat ulangkaji melalui buku2 tulisan Dr. Bruce Miller yang memang menjadi koleksi ibu selama ini. Ibu mencari apakah supplement yang membantu membanyakkan susu dan akhirnya ibu terjumpa perkataan….Alfalfa helps to stimulate milk for breastfeeding mothers.

Namun ibu tidak punya sesiapa yang mempu guide dengan sepenuhnya sehinggalah baru ibu tahu Alfalfa dalam kumpulan “galaktogue”…dan memang berfungsi untuk menggalakkan tubuh si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik dan segera.

Supplement yang ibu ambil selepas operation adalah supplement asas untuk membaikkan luka ibu…itulah intention pertama ibu mengapa ibu mengambil supplement. Di samping itu ibu cuba mencari perkaitan mengapakah berat Addin naik dengan sangat hebat berbeza dengan baby kawan2 ibu yang menyusukan anak mereka(walaupun mereka menyusukan hanya 6 bulan tetapi progress mereka berbeza) sehinggalah satu hari Dr Haizam membuka minda ibu….
“Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susuibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

Barulah ibu tahu bahawa susuibu itu sendiri mengandungi segala macam vitamin yang ibu makan selama ini untuk mengubat luka rahim dan jahitan di perut ibu.

Maka ibu pun membuat kesimpulan bahawa sekiranya seseorang ibu itu menyusukan anaknya dan andainya si ibu itu menjaga pemakanan hariannya serta menambahkan supplement dalam dietnya, secara langsung ia memberi kesan ke atas zat di dalam susuibu itu sendiri.

Apa jua makanan yang diambil oleh si ibu akan disalurkan kepada anak yang menyusu tadi….sebab itu apabila si ibu sakit dan dibekalkan ubat oleh tuan doctor maka perlulah si ibu tadi memaklumkan kepada tuan doctor bahawa dia(si ibu) itu menyusukan anaknya agar ubat yang dibekalkan selamat untuk penyusuan.

Mengapakah 3 vitamin ini penting untuk membantu penyusuan?

Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).

B complex- Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Kekurangan B12 jika tak silap ibu yang boleh menyebabkan si ibu hilang keseimbangan rasa..iaitu mudah moody, sensitive, mudah mengalah @ surrender, cepat letih, murung(terutama selepas bersalin) dan muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Vitamin C- rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor past mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil.


Perlukan pengambilan supplement dari kumpulan “galaktogue” seperti Alfalfa atau Halba(nama science nya fenugreek)?

Jujurnya pada ibu ya, sebab ia membantu penghasilan susuibu dengan baik, lancar dan mudah. Pengambilannya mungkin berbeza pada setiap badan. Ada antara ibu yang makan 2 biji sudah memberi impak yang besar manakala ada yang memerlukan pengambilan maksimum untuk mendapatkan impak yang hebat. Antara Alfalfa dan fenugreek, ibu lebih selesa Alfalfa kerana kebaikkannya banyak…ia adalah raja segala tumbuh2an, ia dapat menyejukkan badan jika si ibu demam, ia juga membantu si ibu menjalankan tanggungjawab isteri dengan penuh senyuman dan ia juga mencantikkan kulit si ibu. Pengambilan alfalfa juga tidak memberi kesan bau ke atas ibu mahupun si anak. Alfalfa sangat membantu mengurangkan keradangan akibat eczema kepada si kecil yang mengidap penyakit tersebut. Pengambilan alfalfa membantu eczema dari terus melarat. Ini telah ibu lalui melalui pengalaman ibu sendiri.

Oh ya, last but not least…vitamin adalah tidak sama seperti ubat. Ubat adalah satu rawatan segera yang secara perlahan2 memberi kesan kurang baik ke atas antibodi tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin… vitamin adalah makanan sel dan ia membantu sel untuk stimulate dan membentuk sendiri antibodi melawan penyakit untuk tubuh kita.
Sebab itu pil2 yang tuan doktor syorkan untuk banyakkan susu seperti motilium sebenarnya bagus untuk jangkamasa pendek sahaja tetapi bukan untuk jangka panjang dan ianya dibekalkan untuk jangka pendek kerana ia boleh memberi kesan seperti depressed dan sebagainya jika pengambilan berterusan.

Oh ye, sebenarnya ibu memang consume banyak lagi supplement seperti ESP(protin), kalsium, omega, vit E dan beta carotene tetapi ianya bukan satu yang wajib untuk diambil sekadar menambahkan nutrisi dalam susuibu…..

The best investment dan paling berbaloi. Mana taknya berbaloi, susuibu yang mengandungi banyak nutrisi terutama vitamin C akan dengan sendirinya boleh menjadi penawar kepada si anak jika si kecil itu demam, selsema mahupun batuk. Jika Addin atau Nasa mempunyai simpton ke arah 3sakit ini ibu akan double dose kan pengambilan vitamin C instead of 1 tab ibu akan amik 2 tabs iaitu pagi dan malam.

Oh ye, tak lupa yang bertanya mengapa beli vitamin sedangkan boleh diambil dari klinik kerajaan sahaja? Jawapan ibu ialah terpulang pada individu...

Mengapa ada yang mahu bersalin di hospital swasta sedangkan hospital kerajaan jauh lebih murah?
Jawapannya: Tepuk dada tanya selera!





Salam sayang dari ibu



Khamis, 15 April 2010

Cerita Hajar menyusukan anak kembar




Ibu kenali auntie Hajar melalui satu panggilan telefon dari beliau pada bulan December yang lalu...waktu itu auntie hajar sedang mengandung. Beliau mengadu keletihan dan ingin mencuba Shaklee sebagai supplement harian beliau.
Selepas seminggu barulah beliau merasakan perbezaan yang ketara. Auntie Hajar tidak keletihan seperti sebelum ini dan beliau sangat aktif even bershopping. Auntie Hajar juga bermula dengan trial pack Shaklee yang ibu pack.
Kini auntie Hajar sedang sibuk melayan anak kembarnya seorang lelaki dan seorang perempuan. Auntie hajar selalu keep in touch dengan ibu perkembangan anak2nya. Pada bulan pertama kenaikkan berat si kembar tidak memberansangkan, dan auntie Hajar meminta pendapat ibu mengenai ini. Memandangkan auntie Hajar sudah pun mengambil semua supplement yang ibu sarankan, jadi ibu mencadangkan auntie hajar mengambil ESP sebagai langkah seterusnya untuk menaikkan berat si kembar tadi.
Alhamdulillah kelmarin auntie Hajar ada mesej dengan ibu perkembangan anak2 kembarnya..yang berbunyi:


"Alhamdulillah baby dah 62 days. Hari ni check up, boy dah 5 kg dan girl 4.7kg...I am so happy breastmilk Hajar pun so far mampu breasfeed diorg..."

Yap, siapa tak gembira kan bila anak dah mula membesar dengan sihat. Macam tu la perasaan ibu dan abah melihat Addin dan Nasa membesar hasil dari susuibu. Bagi mereka yang dah tengok gambar Addin dan Nasa masa kecil mereka yakin dengan susuibu yang pastinya terbaik untuk si manja.

Salam sayang dari ibu

Selasa, 13 April 2010

2, 3 , 5 atau 10?




Soalan ini antara soalan yang paling kerap ditanyakan oleh ibu2 menyusu yang mengambil alfalfa sebagai milk booster.


Berapa banyak alfalfa saya perlu ambil sebenarnya?


Jawapan ibu ialah, mulakan dengan minima 2 biji sehari. Secara perlahan2 boleh dinaikkan pengambilannya kepada 3 biji sehari, atau 5 biji mahupun 10 biji maksima. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada ibu itu juga.


Ada badan ibu yang mudah menghasilkan susu maka pengambilan 2 biji alfalfa sudah menampakkan hasil yang ketara. Walaubagimanapun tidak ibu nafikan ada ibu2 yang memerlukan lebih alfalfa untuk memastikan susu dihasilkan dengan lebih banyak.

Namun untuk mengambil langkah yang selamat ibu akan mengesyorkan ibu2 yang menyusu tadi memulakan dengan 2 biji alfalfa.


Pengambilan alfalfa yang banyak memerlukan pengambilan air yang seimbang dan berkadaran. Memang ada pendapat yang mengatakan pengambilan air yang banyak boleh menyebabkan kecairan nutrien tetapi ini tidak berlaku kepada mereka yang mengambil supplement. Pengambilan apa-apa jua supplement memerlukan pengambilan air yang berkadaran agar zat dapat diserap dengan baik.


Walaubagaimanapun, sayugia ibu ingin mengingatkan bahawa ibu2 yang mengambil alfalfa as milk booster perlu memastikan stimulation dilakukan dengan kekerapan yang betul sama ada direct feeding atau memastikan pumping session dilakukan dengan disiplin agar si ibu tidak mengalami masalah susu tersumbat atau bengkak susu seperti selepas kelahiran.


Walaupun ibu kini tidak lagi menyusu Nasa tetapi Alfalfa adalah antara supplement yang paling ibu suka kerana ia membantu memastikan ibu sihat dan ceria selalu(part suami isteri ler tu).


Salam sayang dari ibu


Isnin, 12 April 2010

Multi- purpose case PERCUMA !

Ada dalam post ibu sebelum ini yang ibu akan tunjukkan wajah baru trial pack ibu...

-
-
-

-
-
-
-



taraaaaaaa......


Walaubagaimanapun ianya adalah untuk trial pack set D dan set F sahaja buat masa ini.

Jika anda mempunyai masalah kulit kusam, mudah keletihan, moody dan bermasalah kulit(jerawat), ibu mengesyorkan anda mencuba set D dan boleh lihat hasilnya dalam 14-21 hari. Sangat berbaloi.

Bagi para isteri yang mempunyai masalah keintiman... bolehlah mendapatkan set F (ada dua pilihan sama ada untuk sebulan consume atau dua bulan consume). Rasakan perbezaannya dengan SHAKLEE!

Have a nice day!











Salam sayang dari ibu



Bila si abang bermimpi dan si adik berdoa....


Sejak dua minggu yang lalu abah ada berhajat nak bawa kami sekeluarga berjalan ke mana2 Disneyland untuk menggantikan masanya bersama anak2...secara kebetulan ada satu segmen Trek Selebriti , Jimmy dan Marsha yang dirakamkan di HongKong Disneyland. Apa lagi Addin dan Nasa begitu khusyuk menonton terutama apabila kelihatan Mickey Mouse dan beberapa maskot kartun yang sedang berjalan2 di dalam Disneyland...

Sampailah satu hari pada minggu lepas Addin memberitahu sesuatu yang ibu rasa tersentuh dan berniat jika diizinkan Allah ibu dan abah pasti bawa kalian bercuti di sana....."Ibu, abah, semalam Addin bermimpi. Addin mimpi Addin kat Hong Kong Disneyland dapat jumpa Mickey Mouse!" .Pada mulanya ibu tergelak besar kerana selama ibu hidup 32 tahun tidak pernah sekali ibu bermimpi ke tanah Hong Kong apatah lagi Disneyland. Namun  terlintas sesuatu di fikiran ibu...anak ibu memang berhajat besar nak berjalan ke sana.

Maka ibu memberitahu pada Addin dan Nasa, bukan abah tak ada duit cuma kommitment abah banyak kerana ibu bercuti dari kerja sementara ini, namun ibu berniat, jika Shaklee ibu mendapat sambutan yang baik, insyaAllah kita akan sampai jua. Sejak dari kata2 ibu itu, Nasa selalu berdoa yang buat ibu tersentuh...
"Ya Allah, bagilah ibuku pos trial pack dan bawak kami pergi Hong Kong Disneyland"..dan kami yang mendengar akan menyambut  "Amiinnnnn ".

Itulah doa si anak kecil yang berharap akan sampai ke HongKong Disneyland... mudah2an ianya menjadi kenyataan. Doakan untuk ibu dan abah mampu tunaikan hajat kalian. Amin....

 Doa ibu setiap hari....
"Ya Allah dengan namaMu yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar...berikan kami peluang untuk menyampaikan hajat anak2 kami ini, amin."


Hai, Mickey...tunggu kedatangan kami ye...


Kredit to google images.

Kredit to Jack's Blog.







Salam sayang dari ibu



Jumaat, 9 April 2010

Tak heran dah...

Semalam hari kedua Nasa ke Kumon... wah hebatnya anak ibu. Sampai sahaja ke Kumon dah tak pusing belakang...jalan terus dengan abang Addin. Tinggallah ibu dibelakang.
Masuk sahaja kelas Abang Addin terus ambilkan fail dia dan Nasa ...dan mereka terus masuk ke kelas dan belajar dengan teacher masing-masing.  Jika hari pertama Nasa mahu ibu temankan, hari kedua tak perlu dah. Seronok ibu tengok Nasa belajar....


...internet slow la pulak, tak dapat nak ipload pic. dah sampai masa nak ke Kumon.


Nantikan wajah baru Trial pack dari ibu.









Salam sayang dari ibu


Isnin, 5 April 2010

Feedback dari para pengguna!


Ramai yang bertanya kepada ibu, benarkah trial pack Shaklee membantu dalam penyusuan?
Secara kesuluruhan feedback yang ibu terima :

1. Susu saya sangat pekat.
2. Anak mudah kenyang , tidur lena dan tidak terlalu mengempeng waktu malam.
3. Hasil perahan saya menampakkan peningkatan.
4. Anak saya dah jarang sakit, demam , batuk mahupun selsema.
5.  Saya tidak keletihan seperti sebelum ini...badan masih bertenaga walau pulang dari kerja.
6. Masa 'bersama' juga lebih menggembirakan.

Ini berlaku badan ibu mendapat pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Bagaimana dengan anda?


Inilah antara tulisan feedback dari seorang kenalan cyber ibu;

Entri ku pada kali ni nak bercerita sket ttg produk Shaklee. Pengenalan aku pada susuibu telah mempertemukan aku dgn vitamin kesihatan ini. Khususnya utk ibu yg menyusukan anak macam aku. Setelah sebulan aku mencuba, ternyata susu aku bertambah pekat dan hasil perahan tenusuku agak memuaskan hatiku. Kini aku tak teragak-agak pulak untuk membeli full set breastfeeding punya setelah mencuba trial set for breastfeeding dari ibu norita. Jadi kepada ibu-ibu diluar sana yang masih belum mencuba, Set Trial for BF mommies adalah jawapannya. Berikan yang terbaik untuk anak-anak kita!!


Terima kasih kepada Nur Syazwani atas testimoni ini.



* Sempena birthday abah AddinNasa bulan ini(April) maka dengan ini ibu berbesar hati ingin memberi tiga (3) Fridge Magnet  bagi pembelian Set B secara fullpack iaitu dengan harga termasuk pos RM241(consume up to 4 months).


Salam sayang dari ibu



User Get User


BERITA BAIK!

1. Khas untuk mereka yang pernah mendapatkan trial pack dari ibu dan ingin berkongsi kebaikan Shaklee dengan rakan taulan dan kaum keluarga, kini anda boleh mendapatkan mata ganjaran atas setiap trial pack yang dikongsi.

2. Pemberian mata ganjaran akan diberikan kepada anda bagi setiap transaksi yang berjaya dan lengkap.

3. Mata ganjaran (MG) ini boleh ditukarkan kepada bentuk wang RM apabila telah mencapai minima mata ganjaran sebanyak 10 MG ; (1MG= RM5) 

4. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk menyertai program ini.

5. Boleh emailkan kepada 
addinnasa@gmail.com
subjek: User Get User
untuk mendapatkan borang penyertaan.

Jangan tunggu lagi, rebutkan peluang keemasan ini. 
* Bagi 10 orang yang pertama mendaftar akan mendapat 2 MG secara percuma.
(Tertakluk kepada terma dan syarat)









Salam sayang dari ibu



Sabtu, 3 April 2010

Trial Pack with Fridge Magnet is BACK!





Seronok ibu nak maklumkan bahawa sesiapa yang ingin mendapatkan Trial pack dari ibu bermula April ini akan mendapat sekeping FRIDGE MAGNET yang cute.


Harga yang ibu offer termasuk dengan NEXT DAY DELIVERY* untuk SATU MALAYSIA. Ibu menggunakan khidmat POSLAJU MALAYSIA.


* Free magnetic fridge untuk pembelian dari blog anakkuwiraku.blogspot.com sahaja.



 Maka dengan ini ibu mengharapkan agar tiada lagi kemusykilan dari mereka yang ingin mendapatkan trial pack dari ibu bertanyakan
" Boleh saya dapat trial pack sebelum minggu depan jika saya order minggu ni" soalan ini kerap diajukan kepada ibu bagi mereka yang membuat pesanan pada awal minggu iaitu hari Isnin. So far semua customer ibu berpuashati kerana akan memperolehi produk pesanan mereka keesokkannya (tidak termasuk cuti umum).InsyaAllah. Sarawak mempunyai perkhidmatan PosLaju yang sangat efisien.






* Next day Delivery tidak termasuk cuti umum.



Salam sayang dari ibu



Total Wellness Connection.





Sila emailkan kepada addinnasaoffer@gmail.com untuk dapatkan value added pembelian anda. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan dengan harga yang dipaparkan.


Sesuai untuk seisi keluarga. Sesuai untuk ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, mereka yang perlukan diet yang seimbang.Kebaikannya ialah membantu anda berasa lebih bertenaga, membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh, menguatkan sistem imun anda dan membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku tulang dan otot yang sihat.

Sesuai untuk seisi keluarga. Sesuai untuk ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, mereka yang perlukan diet yang seimbang.Ianya dalam bentuk serbuk dan perlu dibancuh untuk menjadi air. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak menggemari menelan pil.

Gabungan 3 vitamin ini untuk menguatkan sistem imun, awet muda, melambatkan proses penuaan dan meningkatkan taraf kesihatan.



Kebaikan vitamin ini ialah untuk membantu melegakan simptom senggugut dan monopos, menggalakkan kulit yang cantik, menggalakkan tulang yang kuat, membantu mengurangkan risiko jantung dan melegakan sakit2 sendi.


Kebaikannya ialah memelihara kesihatan prostat, meningkatkan tenaga dan kesihatan badan, meningkatkan stamina badan, memelihara jantung yang sihat, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan mengawal tahap kolesterol yang sihat.


Kebaikan Vivix ialah memelihara kesihatan keseluruhan, membantu anda berasa lebih bertenaga dan menguatkan sistem imun.






















Salam sayang dari ibu

Jumaat, 2 April 2010

Perlu hipokrit untuk ada pengikut?




"Ish, tembamnya anak akak...." kata seorang wanita muda yang sedang sarat mengandung. Si ibu tadi dengan bangga mengatakan si anak itu minum susuibunya.Wanita tadi terus bertanya..."Senang ke kak nak menyusu anak? Saya teringin nak menyusu anak, orang kata JIMAT" . Si ibu tadi terus tersenyum dan menjawab"Yap, jimat."

Walhal si ibu kepada si kecil yang tembam itu memperuntukkan sedikit wang untuk membeli pump yang baik, sedikit vitamin untuk meningkatkan keperluan nutrisi dalam susuibunya tadi selain keperluan tubuhnya sendiri. "Si IBU" terpaksa menjawab dengan BOHONG kerana demi memastikan si ibu muda tadi akan menjejak langkahnya menyusukan anak.

Apakah salahnya jika si ibu tadi menjawab dengan jujur ? Apakah salah jika si ibu tadi menjawab sebegini?

Sebenarnya kos menyusukan anak sama dengan kos membeli susu formula.

1. Rata2 ibu yang memberi susu formula akan memberi susu yang mahal.... kerana mahu anaknya mendapat semua khasiat pembesaran yang sihat dan sempurna.
- Ibu yang menyusukan anak seperti ibu (saya); akan memperuntukkan wang untuk membeli vitamin agar kandungan susuibu saya beratus kali hebat dari susu formula malah lebih lagi.

2. Maintainance mereka yang membei susu formula tinggi, perlu beli setiap bulan.
- Maintainance ibu yang menyusu anak sama walau tidak setiap bulan, beli nursing cover, nursing hat, baby sling, pump, Deep freezer, botol atau plastik untuk simpan susu, supplement untuk ibu terus sihat.Cuma kos yang menyusu ni tak perlu beli setiap bulan. Boleh guna berulang kali semua set untuk penyusuan itu.


Sebenarnya lebih kurang sahaja kos menyusukan anak dengan kos membeli susu formula...tiada istilah JIMAT yang sebenarnya. Ianya cuma kos yang bergalang ganti.Cuma kelebihan dan kebaikan susuibu berkali ganda hebatnya sebab ianya dari yang mengalir dalam tubuh si ibu dan ini akan membuatkan anak itu lebih rapat dengan si ibu dan insyaAllah imun sistem juga lebih baik berbanding minum susu formula.

Maka jujurnya pada ibu, yang telah menyusukan anak ibu Addin dan Nasa yang melebihi dua tahun adalah bersandarkan kesihatan fizikal dan mental yang sihat. Ibu memang orang yang tidak mengambil makanan bersandarkan piramid pemakanan, tapi ibu suka dengan supplement.
Bagi ibu, perlunya vitamin B complex demi memastikan si ibu tadi kuat semangat dan berkeyakinan.
Ibu2 yang badannya lack of vitamins terutama B complex akan mudah sensistif, mudah merajuk, mudah letih, wajah nampak tua, dan mudah mengalah atau kata lain patah semangat.


Pada ibu, vitamin yang ibu spend untuk penyusuan Addin dan Nasa adalah sesuatu yang bernilai dan  berbaloi untuk ibu berikan ke dalam susuibu itu sendiri, yang mana ibu yakin ianya membantu meningkatkan sistem imune kalian berdua dan bagus untuk perkembangan otak. Abah sendiri bersetuju menggantikan duit susu bulanan untuk membeli susu formula dijadikan duit membeli supplement agar ibu terus sihat demi membekalkan susu kepada dua2 putera raja ibu iaitu Addin dan Nasa. So, misi ibu dah berjaya. Ibu tetap akan meneruskan pengambilan supplement untuk diri ibu dan abah agar kami dapat melihat kalian membesar dan berjaya seperti apa yang setiap ayah dan ibu inginkan terhadap anak2 mereka.


Oh ye, ada yang bertanya: Bagaimana dengan golongan yang kurang berkemampuan tetapi berhajat hendak menyusukan anak mereka? Tidakkah ini akan membantutkan niat mereka hendak menyusukan anak? Ibu jawab TIDAK. Sebab mereka masih boleh membeli pump yang biasa yang dijual di supermarket dan vitamin boleh diminta dari klinik kerajaan jika perlu. Maka tiada alasan. Yang penting tanya diri tanya hati...Mahu dengan tak MAHU sahaja yang menjadi jawapan. 
Jika Mahu bermaksud, segala cabaran akan diredah...segala usaha akan diletakkan demi menjayakan penyusuan. Tetapi jika tidak mahu, semuanya dijadikan alasan. Maka bagi anda di dalam golongan yang ingin membantu ibu2 muda menjayakan penyusuan, tidak perlu hipokrit dalam mengharapkan golongan ibu baru mengikut langkah kita. Tetapi banyakkan berdoa agar Allah membukakan pintu hati golongan ini melihat jauh kebaikan susuibu kepada anak mereka. Doa itu dapat mengubah hidup seseorang...percayalah! 













Salam sayang dari ibu



Khamis, 1 April 2010

Panduan membaca label pada botol vitamin.




Ni panduan ringkas yang ibu salin dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa-sustained release
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.




Salam sayang dari ibu




Untuk membeli dengan harga ahli.




Bermula April 2010, jika ada antara kalian yang ingin membeli vitamin Shaklee dengan harga ahli, bolehlah menghantar email kepada ibu di addinnasa@gmail.com atau nnorita78@yahoo.com untuk mendapatkan borang pesanan terlebih dahulu. Di dalam borang itu terdapat senarai harga ahli ke semua produk Shaklee...

1. Vitamin
2. Skin care product
3. Household product

Contohnya:

Ianya sangat mudah kerana kalian dapat membuat budget pembelian vitamin mengikut kemampuan. Lebih mudah kan?

Salam sayang dari ibu



Rabu, 31 Mac 2010

Lebih besar dari anggur biasa?








Memang tidak ibu nafikan harga sebotol harga Vivix Shaklee sedikit mahal berbanding produk supplementnya yang lain. Tetapi setelah ibu membaca kebaikan resveratrol kepada tubuh jadi pada ibu ianya sangat berbaloi untuk mengurangkan kesakitan bagi pesakit yang menderita penyakit yang kronik. Macam yang dilalui oleh ibu kepada teman ibu auntie Niza yang mana sebelum ini mempunyai masalah sembelit yang teruk....alhamdulilah selepas mengambil Vivix dengan izin Allah jua masalahnya telah selesai. Begitu juga dengan makcik ibu Cik Liza, kini dah tiada berwajah pucat, lebih bertenaga, berselera makan dan batuknya akibat nanah dalam paru2 dulu kian beransur baik. Terima kasih ya Allah Engkau mengizinkan aku memberinya supplement yang betul sewaktu beliau memerlukan.

 Ada yang bertanya kepada ibu, apakah kandungan sebenar dalam sebotol Vivix?

Ada 4 jenis buah termasuk tumbuhan; iaitu Anggur Muskat. Anggur Muskat dan bijinya merupakan salah satu daripada sumber2 terbaik yang bersifat antioksidan dan mempunyai anti-radang. Ia juga turut dikenali sebagai Anggur No 1 di Amerika. Ianya jauh lebih besar daripada buah anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas. Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.. Buah ini dikatakan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine).

Selain anggur Muskat, 3 lagi yang terkandung dalam botol vivix ialah:
 Elderberry, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum. Seperti dalam gambar di bawah.
.
Sumber dari Kosmo!Online.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan jika anda ingin mencuba mendapatkan Vivix dengan harga ahli, boleh menghubungi ibu di talian 012-8535689 atau email di addinnasa@gmail.com.             Free delivery khas untuk Vivix sahaja.


Salam sayang dari ibu