Memaparkan catatan dengan label Healing crisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Healing crisis. Papar semua catatan

Khamis, 5 Ogos 2010

Kesan Sampingan, Krisis Pemulihan dan Petanda Ketidaksesuaian


Credit to MommyLina.

Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam2 result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam2, ada yang miuntah2, ada yang naik ruam dan sebagainya.

Apakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?

Jawapannya TIDAK.

Shaklee adalah produk dari bahan2 semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara2 seperti kelesuan, pening, muntah2, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing krisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan.

Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?

1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.

2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.

3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.(Jika perlu customer disarankan mengambil herb-Lax untuk penyingkiran toksik)

4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.

Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.

Vitamin tidak sesuai?

Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.

1. Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..

2. Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang. tidak sesuai mengambil alfalfa.

Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.

Lain-lain, yakin dengan apa yag kita ambil, dan lenhkapka n pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik.

Salam sayang dari ibu



Sabtu, 4 Julai 2009

Testimoni Nutriferon

Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Buat temanku ini, seandainya dirimu membaca kisah ini, apa yang mampu ku lafazkan terima kasih atas kepercayaan yang dikau berikan pada kami ( ibu dan abah Addinnasa) serta terima kasih atas kesabaranmu untuk melalui proses pemulihan. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ya Allah bersyukurku padaMu kerana dengan izinMu temanku ini telah sembuh dan mudah2an dapat menunaikan amanahMu dengan lebih berkat dan sejahtera.

Selasa, 2 Jun 2009

Healing crisis?

Pernah dengar tak kiasan ini? Penyakit ni datangnya seperti ribut tetapi ianya pulang seperti siput. Bermaksud penyakit ni datangnya sepantas kilat tapi untuk pulih cukup makan masa. Begitu juga mereka yang ingin sembuh, ingin cantik, ingin sihat dan sebagainya. Ini semua memerlukan masa dan kesabaran. Mak saya selalu kata, penyakit ini satu kifarah, Allah mengampunkan segala dosa2 kecil kita. Memerlukan kesabaran kerana hasilnya di kemudian hari sungguh lumayan.
Untuk mengurangkan healing crisis, pesakit digalakkan mencuci usus mereka terlebih dahulu agar penyingkiran toksik dapat dilakukan dengan lebih mudah. Bagaimana? Disarankan pengambilan herb-lax sebanyak 5 biji pada Sabtu malam dan Ahad malam. Ada sesetengah kes, healing crisisnya sangat teruk, namun kerana mereka yakin Shaklee bukanlah ubat tetapi sekadar supplement untuk membantu sel badan hidup sihat dan dapat membina antibodi sendiri maka mereka akan terus mengambil supplement ini untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Mengapa ada sesetengah golongan mendapat healing crisis yang sangat teruk? Ini kerana tubuh badan kita mengandungi banyak toksik dan ianya perlu disingkirkan agar sel dalam tubuh kita dapat menyerap semua vitamin dengan mudah dan lancar.
Saya doakan kepada semua mereka yang baru mengambil produk Shaklee menikmati kesihatan yang cemerlang. Nikmat kesabaran itu sangat bernilai harganya.