Memaparkan catatan dengan label Omega3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omega3. Papar semua catatan

Selasa, 7 Februari 2023

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Kelebihan Omega Shaklee

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Kelebihan Omega Shaklee

Syukurnya sejak kecil lagi mak memang suruh kami makan  minyak ikan atau nama lain Omega dan saya masih ingat brand yang mak bagi kami kami iaitu S**** S**. Kenapa mak suruh makan minyak ikan? Sebab dari dulu orang tahu ia Omega bagus untuk otak. Omega yang bagus pastinya kaya dengan DHA dan EPA. Namun Omega juga bantu singkirkan lemak. Selain itu Omega juga dikenali sebagai vitamin anti radang.


Kelebihan Omega Shaklee
Omega biasanya dalam bentuk capsul.



Namun kerana ramai yang mahukan kesihatan yang optimum, ramai yang mencari Omega untuk kesihatan jantung khususnya. Ramai juga yang mencari Omega untuk singkirkan lemak. Lemak triglicerid kebiasaanya menjadi fokus lemak yang perlu disingkirkan. Namun saya memang lebih fokus Omega ini untuk otak anak-anak yang sedang belajar.

Bila dah tahu kepentingan Omega , saya lebih faham, mengapa pentingnya pengambilan Omega setiap hari yang emak bekalkan kami dulu..cuma sekarang saya amalkan Omega Shaklee.

Apa kelebihan Omega Guard Shaklee?

Kelebihan Omega Shaklee
Omega Guard Shaklee.



Omega guard Shaklee mengandungi 540 mg EPA [ eicosapentaenoic acid] dan 360 mg DHA [ docosahexaenoic acid ]. Omega Shaklee juga adalah minyak ikan tulen yang berkepekatan tinggi. Ia juga membekalkan lemak sihat kepada tubuh badan kita.

Omega Guard meningkatkan prestasi Mental
Pengambilan Omega 3 menunjukkan kesan positif terhadap pemikiran memori, dan tumpuan pemerhatian. Ia juga dikatakan menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca. Pengambilan Omega 3 juga membantu meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.

Omega Guard bantu Memperbaiki Mood secara positif
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Ia juga sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria. Omega 3 membantu meningkatkan mood, meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.

Omega Guard mengekalkan fungsi kognitif yang sihat terutama untuk golongan lanjut usia.
Dengan peningkatan usia ia akan menyebabkan penurunan penyerapan nutrien dan ini akan memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Maka pengambilan secara konsisten Omega Guard membantu kita mengalami penuaan yang sihat, dengan merendahkan risiko penurunan kognitif. Penuaan yang sihat juga menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal , terutamamya kognitif dan memori.
Selain itu penuaan yang sihat juga mengurangkan risiko gejala gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
Pengambilan Omega Guard yang konsisten juga menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.


Kelebihan Omega Shaklee


Omega Guard bagus untuk ibu mengandung.
 Omega 3 khususnya DHA merupakan salah satu elemen yang penting untuk otak. Oleh itu pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting. Ia juga menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutama pada trimester ketiga.
Pengambilan Omega 3 juga menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik dikalangan bayi. Selain itu ia meningkatkan kordinasi tangan-mata serta kepintaran kanak-kanak. Omega 3 juga meningkatkan tumpuan pemerhatian dikalangan bayi dan kanak-kanak. Ia juga menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.


Jika anda mencari Omega Guard dan ingin mencuba Omega Guard Shaklee, boleh dapatkan dari kami Pengedar Shaklee Kuala Terengganu | Ready Stock.

Jika anda ingin menjadi pengguna yang bijak dengan menjadi ahli, boleh daftar dengan kami di sini.<<<Daftar Ahli Shaklee>>>


Jemput LIKE FB kami Better You Better World



#blogmegashaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#shakleekualaterengganu



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 16 Januari 2023

Tips turunkan bacaan Uric asid dari 475 umol/L kepada 0.35 mmol/L

Saya dah suami adalah pengguna setia BP Lab. Syukur sebab abah Addinnasa ni orang yang sangat menjaga kesihatan. Jadi setiap kali dia buat blood check up, saya akan join sekali. Tapi uniknya 2022 saya tak buat langsung! Sebab setiap kali abah Addinnasa pergi buat check up time saya tak sesuai buat....hehehe. 

Selepas attend kelas Dr Redza, saya mulakan azam, kena buat jugak. Jangan syok sendiri kata Dr Redza.

Result sentiasa boleh kita check and compare dalam apps dia. Sangat mudah.



Memula takut sangat nak tengok result, tapi ....alhamdulillah ada satu yang menarik perhatian saya adalah uric asid saya menurun dengan sangat banyakkkk. MasyaAllah. Alhamdulillah Allahu Akhbar!

Masa sebelum ini, bacaan uric asid saya  makin bertambah sampai melepasi boarder dan doc turut memberi  warning dengan keadaan saya. Syukur sebab saya takde masalah rhemotoid factor, so alhamdulillah masa bacaan tinggi saya cuma rasa tapak kaki berdenyut macam kena cucuk jarum sahaja. 


Namun saya juga mencari rawatan alternatif untuk turunkan bacaan uric asid ini. Ditambah saya kena konsisten amalkan ubat darah tinggi, pastinya sukar nak turunkan bacaan uric asid.




Dan ada yang menarik minat saya.... kopi. 


Saya mula kurangkan makan daging merah, seafood, apa sahaja yang buatkan uric asid naik. Sebelum ni memang makan semua...tapi insaf juga bila bacaan makin naik.


Dah masa kena kawal makan ni!

Sebelum ini saya suka sangat minum kopi kampung, tapi suami saya tegur sebab kopi kampung biasa akan bercampur dengan marjerin, memang tak bagus untuk kesihatan. Jadi saya tukar dengan amalkan kopi biji....minima sehari sekali....



Roasted coffee bean [ biji kopi panggang]


Tak sangka ia menjadi....


TETAPI ada kesan sampingan lain yang kena jaga juga. Bila selalu minum kopi, bahayanya pembetukan darah akan terjejas. Mudah dapat anemia....HB juga akan rendah ditambah tulang mudah rapuh, jangka panjang boleh kena osteoporosis.  Ok kena ada ilmu benda ni.


So ada vitamin yang saya konsisten makan untuk counter back masalah yang timbul.... 

Ostenutrix - kalsium untuk bantu atasi masalah tulang rapuh.

Vitamin C - Supaya salur darah sentiasa elastik

Omega - minyak ikan yang bantu elakkan plak dalam otak. Supaya tak mudah kena alzheimer.

B complex - untuk bantuk pembetukan dan penghasilan darah merah.

Vitalea - WAJIB untuk bina darah. Pengambilan kopi akan menyebabkan penghasilan darah dan penyerapan zat galian terganggu. So multivitamin menjadi kewajipan dalam list harian yang perlu amik

Uric asid
Keputusan bacaan ujian darah Nov 2021




Uric asid
Keputusan bacaan ujian darah Jan 2023


So bagi anda yang ada masalah macam saya boleh la cuba tips ini. 

Jika anda adalah orang yang ada masalah dengan susu, boleh amalkan minum kopi sahaja tanpa susu....atau nama popular dia Americano. Kalau anda tiada masalah dengan susu, boleh la amalkan Latte atay Cappucino hari hari.


Selain itu boleh amalkan minum air hirisan lemon. Sekali sehari sahaja. Jangan pula tambah gula.



So selamat mencuba, dan jangan lupa jaga kesihatan secara keseluruhan , bukan jaga uric asid sahaja tau!



#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 26 Oktober 2022

Kenalkan anak minyak ikan dari kecil

Masa kecik dulu, mak mesti beli minyak ikan dalam bentuk kapsul tu...brand S*** S**
Kalau tanya mak, kenapa kena makan ? Mak kata nak bagi otak tu pandai. Jawab mak ringkas. 
Mak sentiasa ada jawapan sebelum nak sua mulut kami makanan. 
Hatta suap nasi pun kami adik beradik mak suapkan. Kami akan duduk keliling mak, mak akan suap kami makan. 

Kalau tak salah mak suap saya makan sampai antara umur 12-15 tahun. Nampak macam mengada kan? Tapi zaman dulu, mak mak nenek tak tak de hp nak disibukkan. Tak de medsos nak di update. Mak banyak masa untuk anak-anak selain sibuk masak.
Kalau mak suap nasi, mak akan paksa makan sayur sekali. Mak kata, makan! Nak kulit cantik , makan sayur! tegas mak.

Bila mak suap, takde istilah TAKNAK. Siapa berani protes? Jadi semua akan makan. Rumah tak berkecah dengan nasi. Siap makan, kami akan duduk depan tv atau baca buku cerita yang berlambak dalam rumah hasil ada pakcik yang kerja DBP- Dewan Bahasa dan Pustaka. [ Semoga Allah limpahkan rahmat buat Allahyarham Uncle Farid] 

Bila sekarang musim hujan, ooo teringat betul zaman kecik-kecik...paling best bila dapat makan minyak ikan kapsul. Mak pesan amik sorang sebiji , maklumlah adik beradik ramai. Cuma kadang-kadang bila mak tak nampak, saya akan kaut lebih sikit...sebab saya suka kunyah. Rasa nikmat sangat bila makan tu. Mak kata, kalau makan...insyaAllah jarang dapat selesema dan bagus untuk otak. Semangat la bila makan tu. 

Biarpun mak ada lebihan duit sikit, dia tetap dahulukan makanan anak-anaknya bukan beli emas , baju atau handbag. Bahkan bukan sekadar makanan tapi keperluan vitamin juga mak titikberatkan.

Bila baru ni masuk kelas Profesor Dr Redza Rahman , beliau menekankan pentingnya makan Omega, rasa syukur sebab saya diperkenalkan sejak kecik. Kalau orang lain mungkin terbiasa dengan Scott Minyak Ikan, tapi saya kenal minyak ikan kapsul.

Musim sejuk lagi la kena makan supaya chest kita tak kesejukan terutama anak-anak. 
Lepas dah umur 40 an ni kesedaran lebih lagi bila tahu minyak ikan[Omega] ni penting sebagai anti radang. Pengambilan omega ini dalam diet dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, obesiti, radang usus, arthritis, Alzheimer, psoriasis dan banyak lagi.

Terima kasih mak kerana didik kami dengan vitamin sejak kecik. Semoga Allah menempatkan arwah mak dan abah dalam syurga Allah yang tertinggi.

Anak-anak pun saya ajar mereka kunyah minyak ikan sejak kecil. Alhamdulillah mereka boleh terima dengan baik. Cuma dah besar, mereka tak suka kunyah.


minyak ikan bagus sebagai anti radang




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 7 Julai 2020

Senarai produk Shaklee terkini 2020











Jom sertai ahli Shaklee untuk dapatkan harga yang lebih jimat dan bonus yang lebih hebat!


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ShakleeResVKualaTerengganu

 

Isnin, 20 Januari 2020

Untuk peminum kopi, jangan abaikan vitamin ini.

Alhamdulillah saya dan suami berpeluang mendapatkan rawatan dari C.L.M Tit Tar pada tahun lepas. Satu pengalaman juga kerana ada juga la ilmu yang kita dapat bila dapatkan rawatan di sana.

Latar belakang CLM

CLM (Chris Leong Method) adalah penyedia terapi penetapan tulang yang membekalkan rawatan untuk penyakit berkaitan tulang dan sendi. Terapi ini dipanggil 'Tit Tar' dan diturunkan melalui generasi dan telah berkembang sepanjang jalan melalui peningkatan kreativiti dan kaedah oleh Master Chris. Di CLM, semua ahli terapi menjalani latihan yang meluas sebelum layak untuk merawat pesakit.
Tit Tar adalah sistem penyembuhan dengan merawat tulang, sendi dan otot untuk kesilapan. Hari ini, ia digunakan untuk menyembuhkan trauma tubuh yang disebabkan oleh senaman fizikal, kemalangan atau aktiviti sukan setiap hari. Tit Tar menggunakan seni akupresur, yang merupakan sains kuno yang berkaitan dengan aliran Qi atau tenaga semulajadi. Tit Tit berasal dari idea kuno bahawa sebarang sakit atau rasa sakit berasal dari gangguan dalam penjajaran semula jadi dan keadaan tulang, sendi atau otot.
Di CLM, rawatan disebarkan menggunakan gabungan seni dan sains TCM seperti Tit Tar (penetapan tulang), Tui Na (urut tisu mendalam) dan Gua Sha (teknik pembuangan).

Alamat media sosial rasmi CLM:
Facebook: www.facebook.com/masterchrisleong

Selepas rawatan, diberitahu antara pantang yang perlu dijaga adalah elakkan kopi. Saya tanya juga kenapa kopi? Perawat di situ menjelaskan kopi ini boleh menyebabkan otot menjadi keras.




Tapi ramai peminum kopi tegar diluar sana kan? Tak salah nak minum kopi asalkan tidak berlebihan dan memudaratkan. Namun peminum perlu tahu vitamin penting untuk keperluan tubuh badan mereka agar ia tidak menyebabkan taraf kesihatan merosot.

Maka antara vitamin yang perlu diambil supaya seimbangkan semula keperluan kesihatan badan adalah :

Vitamin  C  : ia sangat penting dalam membantu elasticity  [ keanjalan ] saraf. Kafien yang berlebihan boleh merosakkan keanjalan saraf dalam tubuh badan kita. Ia meransang pembentukan kolagen . Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi , rangka dan tulang rawan. Ianya juga mempertingkatkan risiko kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Vitamin C juga membantu memperbaiki insomia dan keresahan.

Kolagen : Kolagen dan Vitamin C bertindak sinergi membentuk tisu yang anjal dan elastik. Selain itu kolagen sangat membantu untuk kesihatan sendi.

B complex : Mengurangkan tekanan [ stress]. Kafien yang berlebihan akan menyebabkan keletihan dan boleh menyebabkan kepala pusing atau pening. Vitamin B complex juga memastikan kesihatan saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomia.

Omega : Mengawal sakit dan inflamasi dan menangani kekakuan [ stiff muscle]. Kafien berlebihan boleh menyebabkan kekejangan urat. Omega memelihara fungsi sendi. Paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

Multivitamin- Membantu melengkapkan semua vitamin dan mineral dengan sempurna. Sangat membantu untuk mendapatkan keseimbangan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.

Kalsium : Kafien boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Maka pengambilan kalsium sangat penting untuk memastikan peminum tidak ada masalah osteoporosis dan saraf di kemudian hari. Kalsium yang lengkap dengan vitamin D membantu memperbaiki kekejangan dan kebas -kebas.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.  atau

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.



 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 25 November 2019

Masalah mati pucuk bagi lelaki?

Semua peringkat umur juga berisiko


Risiko masalah mati pucuk meningkat bersama peningkatan umur. Masalah ini boleh menyebabkan pelbagai masalah sampingan seperti stress, hilang keyakinan diri dan menyumbang kepada masalah hubungan suami isteri.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah :

1. Insomnia
2. Kemurungan/kecelaruan/Stress
3. Penyakit NCD seperti Obesiti, Diabetes, Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol dan lain-lain
4. Penggunaan alkohol/rokok/penyalahgunaan dadah


Hakikatnya umat lelaki boleh mencegah ED dengan berhenti merokok, kawal/cegah penyakit NCD, pengurusan stress dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Adakah supplement yang boleh membantu?

Shaklee mempunyai Set Kesihatan yang disyorkan untuk lelaki. Ini salah satu usaha dalam mendapatkan kesihatan yang optimum melalui pemakanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat.

Shaklee ready Stok Kuala Terengganu
Set Kesihatan Lelaki

Vitamin ini bukan diambil bila masalah berlarutan tetapi sebagai langkah pencegahan dan sebagai usaha mendapatkan kesihatan yang optimum.


Berminat untuk dapatkan vitamin ini, boleh hubungi kami secara terus di SINI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa


#pengedarshakleekualaterengganu
#testimonisetmenyusushaklee
#addinnasashaklee

Rabu, 20 November 2019

Tubuh maintain sebab amalkan pengambilan asid lemak yang tidak menggemukkan.

Salah satu vitamin yang saya suka sangat ialah minyak ikan. Sejak dari kecil arwah mak bagi kami makan minyak ikan. Zaman kecik dulu mak beli brand Seven Seas. Antara sebab saya suka minyak ikan adalah kerana baunya.

Walaupun ramai orang tak suka baunya yang sedikit berbau ikan ....tapi saya memang suka dan dulu kalau makan minyak ikan, saya pasti akan kunyah. Sebab nak rasa ikan....hehehe.

Anak-anak saya juga membesar dengan saya berikan mereka minyak ikan terutama bila dah pandai mengunyah. Saya akan picitkan sedikit dan masukkan ke dalam mulut mereka. Cuma bila dah besar, mereka lebih suka telan.

Jika masa mereka masih kecil, adakala baju mereka berbau minyak ikan yang sangat kuat...dan amik masa untuk hilang.

Kami sekeluarga memilih minyak ikan Shaklee atau nama terkenalnya ialah Omega Guard Shaklee. Saya menjadikan ia pengambilan yang konsisten kerana selain bagus untuk mengawal kolestrol jahat,   ia bagus dalam membantu menajamkan minda dan daya ingatan.

Asid Lemak Omega 3 adalah sejenis lemak yang tidak menggemukkan.

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia,seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. 

Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan
apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!


Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat


Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:
• Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.1• Meningkatkan kadar pembakaran lemak.1• Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.• Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan
harian kita.2,3


                                             
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Bersenam satu aktiviti bagus untuk turunkan berat badan.
      

Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:
• 
Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk 
tempoh masa yang lebih lama selepas makan.2,4


Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat
adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
• Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.5,6

Mengurangkan Tekanan

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal
atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.7



Rujukan:
1. Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.
  1. Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. Am
    J Clin Nutr. 2007; 85:1572–7
  2. Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.
  3. Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.
  4. Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over
    study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.
  5. Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients. 6(10), 4058–4072.
  6. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.
  7. Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.
  8. Chang CY1, Ke DS, Chen JY. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec;18(4):231-41.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 6 November 2018

Promo Istimewa Shaklee untuk November 2018

Bulan November 2018 ni mempunyai promo Shaklee yang istimewa....

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Shaklee Baby


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Shaklee Youth Skincare


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Omega Guard Shaklee


Walaupun ianya promo untuk bulan November 2018 namun tertakluk kepada stok yang seda ada. While stock last.

Jika anda berminat dengan mana-mana promo istimewa ini atau ingin mendapatkan harga lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee, boleh terus mesej kepada kami di TALIAN ini.





Pengedar Shaklee Kuala Terengganu.
 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 13 Ogos 2018

Melahirkan generasi minda cerdas.

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan... antara perkara penting yang kita perlu ambil perhatian adalah aspek pemakanan mereka.

Anak yang nak amik exam...persediaan bukan sahaja perlu sihat tubuh badan tetapi mempunyai fikiran dan minda yang positif serta emosi yang stabil....

Fikiran dan minda yang positif boleh dihasilkan dari tubuh badan yang sihat dan otak yang mampu fokus pada apa yang dibaca dan mudah memahami apa yang dipelajari.

Pengambilan protein sangat penting untuk proses tumbesaran dan proses baik pulih sel dalam tubuh manusia. Kita sedia maklum di mana badan kita boleh menghasilkan protein hasil dari ikan, ayam , telur, sayuran kekacang boleh diambil dari diet harian kita. Walaupun demikian, badan kita memerlukan 9 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari luar seperti supplement demi menghasilkan sel yang lebih sihat.

Pernah dengar kenyataan , minyak ikan mengandungi DHA dan bagus untuk otak...ya kepada anak yang bawah 12 tahun, pengambilan Omega atau nama mudah minyak ikan membantu meningkatkan keluasan " grey area" dibahagian otak. Semakin besar 'Kawasan kelabu' itu maka dikatakan otak anak tadi menjadi semakin kreatif dan mampu berfikir diluar kotak. Sebab itu ibu mengandung masuk 2nd trimester doktor akan sarankan amal minyak ikan supaya ia terbentuk sejak dari rahim lagi.

Bagaimana pula dengan Lecithin? Lecithin adalah vitamin yang sumber dari soya...yang mana membantu peningkatan cecair kolin yang diperlukan untuk penerimaan maklumat melalui nuerotransmitter di dalam otak. Maka ini membantu anak mudah 'catch up' [tangkap] apa yang dipelajari dan secara langsung akan mudah menghafal.

B complex juga penting dalam memainkan peranan untuk hasilkan pelajar yang bertenaga dan emosi yang sihat serta minda yang lebih fokus. Pelajar yang sering rasa letih dan tak bermaya akan mengalami masalah untuk fokus apalagi mengingat apa yang mereka pelajari.

Menu harian takkan lengkap jika tiada buah-buahan sebagai sumber vitamin C. Vitamin C penting dalam membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh kerana kita sentiasa terdedah dengan banyak pencemaran pada hari ini termasuklah penyakit yang merbahaya.
Untuk anak yang akan mengambil peperiksaan pastinya kita mahukan mereka sihat dan bebas dari sebarang penyakit supaya tak menggangu suasana mereka semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.

Sesungguhnya sebagaimana penting vitamin untuk ibu mengandung demi pembesaran anak dalam kandungan, begitulah pentingnya vitamin untuk anak yan sedang membesar.

Wallah alam



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Vitamin untuk seisi keluarga.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Mencari karier baru?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 


📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 13 April 2018

Pentingkah minyak ikan untuk si manja?

Sejak dari kecil arwah mak akan beri kami adik beradik makan minyak ikan... zaman kecik kami tak kenal Shaklee so arwah mak hanya beli yang ada di farmasi aje. Walaupun begitu arwah mak tak beli yang biasa, tapi adalah jenama yang dikenali iaitu 7 sea.

Saya senang kunyah bila arwah mak bagi mungkin sebab saya suka bau ikan tu... walaupun dalam istilah lain memang hanyir.... kadang kadang saya makan lebih bila arwah mak suruh ambil sendiri.

Bila tanya arwah mak kenapa kena makan? Arwah mak akan jawab bagus untuk otak dan paru-paru. Mungkin sebab kami ni ramai jadi arwah mak nak pastikan kami semua sihat.

Inilah vitamin yang saya ingat saya makan sejak kecil. Selain dari vitamin C entah brand apa saya kurang ingat.

Sebenarnya minyak ikan ni bagus diambil oleh kanak-kanak yang dah mula pandai mengunyah atau menelan vitamin. Ia memang dah diketahui umum bagus untuk otak yang mana ia membantu membesarkan grey area dalam otak kanak-kanak agar dapat berfikir kreatif dan diluar kotak. Selain membantu menguatkan daya ingatan dan fokus.

Selain itu ia juga membantu chest anak-anak warm dan tak mudah diserang asma atau semput dek kerana cuaca sejuk atau disebabkan minum air sejuk.

Minyak ikan juga bagus dalam meningkatkan sistem imun kita begitu juga anak. Ini kerana fungsi minyak ikan itu sendiri sebagai anti inflammation ( anti keradangan).

Minyak ikan seperti diketahui umum ia juga bagus mengawal paras kolestrol yang kini bukan sahaja menjadi masalah pada orang berusia tetapi orang muda juga akibat pemakanan yang tidak seimbang. Maka pengambilan minyak ikan sejak dari awal lagi membantu kesihatan dalaman termasuk jantung.


Memandangkan kita bekerja demi keluarga, jangan lupa laburkan sedikit duit untuk mendapatkan minyak ikan untuk si manja tersayang.

Nanti saya akan sharekan kelebihan minyak ikan yang kami amalkan.

Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu
Omega Guard Shaklee

Jumaat, 6 April 2018

Set Vitamin Shaklee untuk Penyusuan Susuibu

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk si manja. Ya penyusuan susuibu sangat penting untuk bayi 6 bulan yang pertama kerana waktu ini bayi dikatakan sangat fragile. Melalui penyusuan susuibu ia membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi secara langsung membantu proses perkembangan di peringkat awal.

Selepas 6 bulan bayi dah mula makan namun penyusuan perlu tetap diteruskan untuk pembetukan tulang dan saraf.

Islam turut menggalakkan penyusuan susuibu yang lengkap selama 2 tahun.


Alhamdulillah kedua-dua anak saya dapat menyusu susuibu selama lebih 2 tahun setiap seorang. Ya sangat berpuashati. Tidak dinafikan selain menjaga pemakanan harian, saya amalkan pengambilan vitamin Shaklee.

Mengapa amalkan vitamin jika dah jaga pemakanan?

Kebetulan saya ceaser semasa melahirkan kedua dua anak lelaki saya, maka pengambilan vitamin penting untuk proses penyembuhan.

Secara langsung saya dapati kesannya ke atas anak saya. Mereka membesar dengan sangat baik.

Kedua-dua mereka mencapai berat 10 kg pada usia 5 bulan. Ini membuktikan pemakanan ibu mempengaruhi zat yang disalurkan dalam susuibu.

Secara peribadi saya menganggap pengambilan set vitamin Shaklee untuk penyusuan membantu enrich kan zat susuibu itu sendiri.


Jika orang sibuk membeli susu formula yang mahal atas alasan susu tersebut kaya dengan semua vitamin dan mineral, mengapa tidak saya belanjakan duit untuk beli vitamin yang saya sihat secara langsung anak juga membesar dengan lebih baik.

Ya segala vitamin yang ibu makan akan disalurkan kepada anak. Maka secara langsung ia memperkayakan zat susuibu itu sendiri.


Set Menyusu Shaklee
Masa 3 bulan


Pada saya ibu-ibu yang serius nak menyusukan anak , bagus amalkan makan vitamin untuk boost pada pembesaran bayi. Selepas 6 bulan bayi akan aktif dan berat mereka naik juga takkan banyak namun jika peringkat awal mereka dapat membesar dengan baik, perkembangan peringkat seterusnya juga akan lebih baik.

Apakah vitamin yang penting untuk penyusuan?

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Dulu dikenali sebagai set 3M - Making More Milk


Ini vitamin yang saya amalkan selain tambahan vitamin lain seperti Omega untuk perkembangan otak bayi.


Boleh lihat artikel saya sebelum ini tentang Set 3M yang terkenal.*

Namun selepas itu, Shaklee menyediakan Set Penyusuan yang lebih lengkap ; dimana ia lengkap dengan Omega Guard.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Set Selepas Bersalin


Sebarang pertanyaan www.wasap.my/60128535689/SetMenyusuShaklee



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


#setpenyusuanshaklee
#pengedarShakleeterengganu
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleeMiri




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 28 Mac 2018

Vivix Shaklee antara 10 produk jualan terbaik kami.

Ada 10 produk yang dikenali sebagai hot items dalam Shaklee produk....

Antaranya adalah Vivix Shaklee.

Walaupun ia dikatakan high end product, tetapi kerana keberkesanan dan manfaatnya, maka wang bukan menjadi ukuran.


Pengedar Shaklee Kubang Ikan Kuala Terengganu
Vivix Shaklee antara 10 produk jualan terbaik kami.



Berminat nak cuba Vivix? Kami sediakan konsultasi kesihatan untuk mereka yang berminat dapatkan produk ini dari kami.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 Februari 2018

B complex bantu naikkan kolestrol baik?

Sebelum ini saya sharekan tentang result health screening saya on liver dan kidney. Saya ada juga share kan result untuk kolestrol dan gula dalam darah saya dalam keadaan baik.

Di bawah ini adalah keputusan terkini kandungan kolestrol dan gula dalam darah yang saya ambil sebelum BLNC baru-baru ini.

Mengapa saya rajin sangat nak buat health screening? 

1. Sebab saya nak tahu keadaan buah pinggang dan hati saya. Ada yang kata makan vitamin boleh rosak 2 organ ni. 

Pada saya pendapat tu tak salah kalau kita makan vitamin yang kualiti dia tiada jaminan, makan vitamin melebihi dos yang disarankan atau makan vitamin banyak tapi tak suka minum air masak. Ha ni boleh ganggu 2 organ utama tadi.

Tapi kalau kita pilih vitamin yang baik dan berkualiti, terjamin selamat, makan ikut dos disarankan dan yang utama minum air masak ikut keperluan tubuh...insyaAllah vitamin memberi banyak manfaat pada tubuh.

2. Sebab saya suka makan seafood. Sangat suka. Kalau makan buffet dinner kat hotel, jika ada udang saya boleh makan 5-6 ekor udang besar, tambah lagi kerang 1 mangkuk, belum masuk ketam dan tiram lagi. Ni semua boleh naikkan kolestrol....ha dah makan banyak pandai takutttt. Jadi kena amik tau berapa bacaan kolestrol dan gula dalam darah.



Balik kepada tajuk entry saya...tahukah kita bahawa vitamin B3 atau nama saintifiknya Niacin adalah berfungsi untuk boost HDL Cholestrol....iaitu kolestrol baik.  Jika kolestrol baik kita tinggi maka secara langsung kolestriol baik kita akan berkurang.


Sehingga hari ini saya memang fokus makan vitamin yang meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL. High Density Lipid. Selain Omega - minyak ikan, protein, Vitamin B, Lecithin dan garlic sangat membantu meningkatkan kolestrol HDL.


Paling murah adalah Vitamin B Complex la antara semua vitamin yang disenaraikan. Lagi penting  kita perlu tahu bahawa  vitamin B Complex larut air maka ia mudah musnah bila kita stress, bila kita terdedah pada cahaya matahari yang terik, bila badan terlalu letih dan bila kita mood swing.

Maka sebab itu Vitamin B Complex bukanlah satu vitamin yang hanya untuk buka selera makan atau menggemukkan tetapi ia bantu tubuh kita sihat secara menyeluruh.

Kesimpulannya jangan pandang remeh pada B complex.


pssstttt ......U all dah cek kolestrol dan gula dalam darah?

Isnin, 21 Ogos 2017

Hati berlemak terdedah kepada kanser hati - Anakkuwiraku.com

Sakit hati jika melibatkan perasaan dan jika tidak terkawal ia boleh membawa kesan yang sangat negatif. Sakit hati biasanya berlaku akibat rasa tidak senang disebabkan satu-satu perkara disebabkan oleh orang sekeliling.

Emosi sakit hati boleh terbawa-bawa contoh bila kita menonton tv dan ada watak yang kita tak suka. Jika ianya cerita bersiri maka sakit hati ini turut berlarutan. Uniknya manusia ini.

Seperti kita semua sedia maklum....penyakit hati ini tidak sihat untuk perkembangan jiwa individu. Ini kerana ia hanya akan menarik lebih banyak tenaga tidak baik

Itu melibatkan emosi....tapi bagaimana jika melibatkan hati yang sakit iaitu organ hati?

Hati sakit atau sakit hati?


Ramai kita tak amik endah pun dengan organ hati kerana banyak penyakit biasanya melibatkan jantung dan buah pinggang....jarang-jarang orang mengadu masalah hati berpenyakit kecuali dah kronik.

Apa yang berlaku bila organ hati mula berpenyakit?

Hati tidak dapat melakukan fungsinya dengan sempurna. Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protien.

Pada keadaan sirosis hati mengeras dan pengaliran darah tersekat keadaan ini dipanggil Hipertensi Portal.

Hati juga memainkan peranan dalam proses pembekuan darah...apabila fungsi ini berkurang maka pesakit akan mudah mendapat masalah pendarahan.

Kegagalan hati akan menyebabkan toksin tidak dapat disingkirkan dari tubuh.

Hati yang rosak tidak dapat membekalkan protien yang cukup untuk membuat antibodi dan akibatnya tubuh terdedah dengan jangitan bakteria.

Komplikasi jangka panjang tentang penyakit ini ialah individu boleh terdedah kepada kanser hati.

   


Kami mula menjadi prihatin dengan hati apabila mengetahui kesan jangka panjang yang serius.

Dari situ saya dan suami menjadi lebih konsisten dalam pengambilan supplement dan lebih menjaga makanan...kena kurangkan makan berminyak, elakkan makan lewat malam, elakkan tidur lewat.... oh ya apabila kita tidur lewat hati kita akan merembeskan banyak toksin ke dalam tubuh dan ini menjadikan kita mudah sakit bila ia berlarutan.

Antara vitamin yang bagus untuk memastikan organ hati kita tidak mempunyai masalah hati berlemak atau sirrosis ialah

Lecithin
Omega 3
Dtx Complex

Bagaimana nak tahu hati sihat ke tidak?

Boleh buat check up di mana-mana lab seperti BP Lab atau seangkatan dengannya.

Ya better kita tahu kondisi hati supaya kita dapat kekalkan kesihatan secara optimum.



Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 16 Ogos 2017

Omega 3 untuk seisi keluarga - Anakkuwiraku.com

Masa kecil dulu mak akan bekalkan kami minyak ikan....saya suka bila mak hulur kapsul minyak ikan kerana baunya. Adakala saya akan minta tambahan kapsul kerana saya suka makan dengan kunyah berbanding telan begitu sahaja. Ini kerana nak menikmati rasa ikan. Mak kata minyak ikan ni bagus untuk otak dan untuk antibodi. Minyak ikan tu adalah Omega 3.

Oh ada sesetengah orang tak tahan kerana ada bau hanyir katanya...tapi berbeza dengan saya yang suka dengan baunya. Zaman dulu kami tak tahu pasal Shaklee pun, so mak hanya beli kat farmasi dan masih saya ingat brand minyak ikan tu ialah Seven Seas.

Selepas mengenali Shaklee kami hanya fokus makan jenama Shaklee yang dikenali sebagai Omega Guard. Namun ada juga yang bertanya, jikalau tak makan supplement apa lagi sumber Omega 3 ?

Percaya tau tak bila sebut Omega 3 otak saya akan terus tergambar ikan Salmon....

Omega 3-untuk-seisi-keluarga



Namun sebenarnya ada beberapa lagi makanan yang kaya dengan sumber Omega 3 seperti makerel, sardin, tuna dan kerang. Selain itu kacang walnut, Kacang Brazil , kacang soya, flax seed dan ada beberapa jenis bijiran yang kaya dengan Omega 3.

Omega 3-untuk-seisi-keluarga
walnut


Walaupun begitu pada saya pengambilan supplement sangat memudahkan untuk saya sukat keperluan Omega yang tubuh badan perlukan. Maka sebab itu saya menjadikan Omega Guard Shaklee sebagai salah satu supplement harian wajib bagi kami sekeluarga.


Omega 3-untuk-seisi-keluarga

Anak-anak kami mudah selsema waktu cuaca sejuk...maka Omega Guard membantu chest mereka menjadi warm dan meredakan kesejukan yang melanda mereka.

Sebelum nak pergi berenang, Omega Guard  adalah supplement yang diambil terdahulu supaya aktiviti renang tidak menjadi masalah kepada mereka kemudian hari.

Omega Guard juga membantu meredakan ekzema mereka dan ia sangat bagus untuk kulit.

Selain itu, pengambilan Omega 3 sebenarnya membantu otak mereka cerdas, lebih kuat mengingat dan paling bagus mereka nampak lebih kreatif.

Walaupun pada dasarnya kita semua tahu Omega bagus untuk mencegah kolestrol dari terus meningkat namun ia juga membantu meningkatkan sejenis kolestrol baik dalam badan yang amat kita perlukan.

Jika anda pengamal supplement jangan lupa masukkan Omega 3 dalam list supplement anda supaya anda dapat lihat kesannya ke atas tubuh badan dan kesihatan yang menyeluruh.

Omega 3-untuk-seisi-keluarga


Untuk mereka yang baru nak mencuba, apakata cuba Omega Guard Shaklee yang ternyata unik.

Omega 3-untuk-seisi-keluarga




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa