Memaparkan catatan dengan label Makanan segera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan segera. Papar semua catatan

Ahad, 15 Julai 2018

Adakah kita beri anak kita makanan seimbang?

Pernah tak kita perasan...

Saat anak masih kecil...kita akan berikan yang terbaik!

Sejak dalam kandungan, si ibu sudah bersusah payah menyediakan pakaian, barangan bayi dan keperluannya bak kata orang....serba serbi nak bagi yang terbaik.


Shaklee ready stock Kuala Terengganu


Bukan itu sahaja, bagi ibu yang mahu menyusukan anaknya...pasti dah membeli semua set berpantang, set menyusu atau apa sahaja set yang baik untuk si ibu dan bayi.

vitamin penyusuan Shaklee


Bagi ibu yang tidak menyusukan anak, si ibu pasti mahukan yang terbaik melalui beberapa pemberian susu formula yang terkenal dan mahal. 


Tak kurang juga dengan gadget untuk memudahkan ibu dan ayah membawa anak berjalan atau travel ke mana-mana.

Image result for stroller and carseat set



Tetapi....ada satu ketika bila si anak makin membesar.....

Si ayah dan ibu dah kurang melihat keperluan utama si anak....

Ramai yang mula mengabaikan tanpa sedar.

Apakah vitamin yang kita berikan untuk anak? Adakah vitamin itu semulajadi, berkesan dan selamat? 

Makanan seharian mereka adakah seimbang? Atau hanya sempat mana yang ibu sediakan atau mampu beri?

Hari ini rata-rata anak akan makanan yang banyak dengan lemak trans....

Image result for fast food for kid


Tanpa ibu ayah sedar, mereka dah mendedahkan anak kepada penyakit jantung dan penyakit yang pelik-pelik hari ini. 

Ya anak kepada kawan saya yang berusia 5 tahun telah disahkan mendapat cyst dan setelah dibedah, di dapati cyst itu berpintal dengan ovari dan paling sedih ovari kanannya terpaksa dibuang. Bagaimana ia boleh terjadi? Puncanya pemakanan!


Bila anak dah besar....mengapa ramai ibu ayah tak pentingkan lagi anak ini?

Apa yang mereka makan? Adakah mereka makan seimbang? Cukup Vitamin? Mahu anak cerdik? Tapi adakah kita sediakan mereka makanan untuk otak yang cerdas?


Kita tahu anak kita terdedah dengan makanan yang tak sihat di sekolah...hotdog, bebola ikan, nugget....maka kita juga kena seimbangkan makanan mereka dengan vitamin dalam mengisi kekosongan.

Image result for vitalea chewable shaklee


Anak kita perlukan perhatian kita dan pemantauan selagi mereka dibawah tanggungjawab ibu dan ayah.


Anak kerap sakit....

Jom ibu ayah dapatkan makanan tambahan untuk anak kita moga mereka membesar sebagai juara yang hebat.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 17 Mac 2018

8 Tips kekal sihat bila makan di restoren

Sekali sekala teringin bawa keluarga makan di restoren untuk ada kelainan. Ada beberapa tips untuk kekal sihat bila makan di restoren.

Mungkin segelintir berpendapat bahawa makan di restoren sekali sekala itu penting untuk reward usaha kerja keras selama ini dan yang penting untuk kekal sihat itu tetap di utamakan.

 Tips # 1 - Semak menu 

Makanan di restoren memang mempunyai banyak pilihan. Maka untuk kekal sihat pilihlah menu yang rendah kalori dan boleh dapatkan bantuan pelayan restoren untuk terangkan.



Tips # 2 - Elakkan ke restoren dengan perut yang lapar

Jangan biarkan perut kosong dan terlalu lapar sebelum masuk restoren. Ini kerana kita akan makan lebih banyak dari sepatutnya. Maka cuba dapatkan sedikit alas perut seperti buah-buahan atau salad atau kacang untuk kita alas perut dulu.
Image result for starving



Tips # 3 - Mulakan dengan makanan yang kaya serat

Biasakan makan buah atau salad terdahulu kerana makanan yang kaya serat akan buat kita cepat kenyang dan ini adalah cara yang baik untuk mulakan makanan untuk kekal sihat.


Tips # 4 - Kurangkan makanan berminyak.

Jika ada pilihan menu, cuba dapatkan makanan yang bergril atau sup dan cuba kurangkan makanan makanan yang kaya kolestrol seperti makanan bergoreng. Ini membantu kita kekal sihat.
Image result for grill fish



Tips # 5 - Berhenti sebelum kenyang

Bila pesanan sampai, makan dengan tenang dan elakkan makan dengan kelam kabut. Kita tak perlu makan ke semua makanan sehingga kenyang dan membuatkan perut kita mengah. Maka berhenti makan sebelum kenyang supaya kita kekal bertenaga selepas makan. Bila makan di restoren, makanlah dengan tenang dan nikmati makanan sambil hargai masa dengan keluarga atau teman.



Tips # 6 - Bawa pulang

Jika makanan yang di pesan dirasakan banyak, maka mintalah pelayan membungkus separuh darinya untuk di bawa pulang. Ini dapat membantu kita makanan tanpa berlebihan dan mengelakkan pembaziran.
Image result for take home food



Tips # 7 - Pilihan air minuman

Untuk kekal sihat, kita digalakkan minum air kosong demi memastikan kita dapat mengurangkan pengambilan kalori semasa makan. Namun jika ingin mendapatkan air yang berperasa boleh minta pelayan menyediakan minuman yang kurang gula. Elakkan makan bersama teh atau kopi kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat besi yang kita dapat dari makanan tadi.

Image result for air kosong


Tips # 8 - Berkongsi

Salah satu cara untuk kita dapat kekal sihat bila makan di restoren adalah dengan berkongsi makanan dengan ahli keluarga atau teman. Selain dapat elakkan pembaziran ini membantu kita mengawal pengambilan makanan dengan lebih mudah.
Image result for sharing food




 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 27 Januari 2011

Pengenalan Penyakit

Pengenalan Penyakit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.

       Sudah tentu apabila anda membuka laman web ini, anda semestinya sedang mencari suatu jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berkaitan masalah kesihatan. Bila bercerita tentang kesihatan, perkara yang paling menggerunkan ialah apabila anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang sukar diubati seperti kanser dan sebagainya.

      Walaupun sekarang ini terdapat pelbagai cara rawatan menggunakan teknologi moden, penyakit yang ada pun seolah-olah semakin kebal dan berleluasa. Ramai yang kita dengar menghidap penyakit lebih daripada satu jenis. Dah jadi macam kopi pula, ada 5 dalam 1 dan sebagainya. Mengapa ini semua masih berlaku di zaman yang moden ini?

      Bila datang sakit kepala, kita mesti teringat untuk makan ubat penahan sakit kepala. Bila batuk, kita makan ubat batuk. Bila selsema, kita makan ubat selsema.

      Adakah semua ini merawat penyakit yang kita alami ? Sama-sama kita fikirkan.... Ubat-ubat di atas tadi sebenarnya hanya merawat GEJALA penyakit yang ada dalam diri kita tetapi tidak merawat PUNCA penyakit itu. Masalahnya, tidak mudah untuk kita mengenali punca-punca penyakit terutama jika kita terlalu taksub dengan kandungan buku-buku teks perubatan barat yang menyatakan bahawa banyak punca penyakit tidak dapat dikenalpasti / Idiopatic. Disebabkan mungkin kita malas atau sombong dengan sedikit ilmu yang Tuhan berikan, kita menutup pemikiran kita kepada pendapat orang lain dan tidak mahu MENGKAJI tentang kejadian punca penyakit. Untuk merawat penyakit, kita perlu merawat kedua-dua punca dan gejala penyakit tersebut. Setiap kaedah rawatan sama ada perubatan moden, perubatan komplimentari ataupun perubatan islam ada peranan masing-masing. Ilmu yang Tuhan kurniakan kepada kita sebaiknya dikongsi, digabung dan diintegrasikan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Kaedah inilah sepatutnya pada pendapat saya wajar digelar Perubatan Holistik atau Menyeluruh. Walau apapun perkaranya, kita hanya mampu membuat ikthiar tetapi Tuhan yang akan menentukan segala-galanya.

       Saya tertarik dengan kata-kata seorang saintis yang hebat suatu masa dahulu, Albert Einstein :  " Science is NOT all about LOGIC / Ilmu sains bukanlah segala-galanya berkaitan sesuatu yang logik". Begitu juga dengan penyakit. Pada pendapat saya, untuk menangani atau mencegah penyakit, kita perlu banyak mengkaji dan berfikiran terbuka  tentang kaedah-kaedah merawat PUNCA dan GEJALA penyakit.  

PUNCA -->  PENYAKIT --> GEJALA

      Di dalam Kitab Suci Al-Quran, banyak diceritakan tentang kejadian kehidupan yang berpasang-pasangan. Tuhan tidaklah zalim kerana sebelum diturunkanNya Penyakit, Dia turunkan dahulu Penawarnya. Kita sebagai hambanya hanya perlu mencari di mana penawarnya. Untuk mencari penawar, kita perlulah ada ilmu. Untuk mendapat ilmu, kita perlu  meminta Tuhan memberi panduan agar kita dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

 
      Di laman web ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua sedikit ilmu yang Tuhan telah berikan kepada saya. Diharap ruangan ini dapat memanfaatkan anda semua. Anda boleh mengikuti setiap halaman satu persatu mengikut aturan atau terus pergi ke laman yang dikehendaki dengan menekan setiap ikon . Di laman web ini juga saya sertakan link-link yang berguna berkaitan kesihatan dan penyakit. Sila tatapi laman web ini dengan hati yang terbuka dan kongsikan kebaikan ini dengan rakan-rakan anda. Kepada anda yang berminat dan tidak mahu melepaskan peluang di dalam usaha kami ini, silalah hubungi kami melalui talian yang tertera. TERIMA KASIH...  

Mengenalpasti Punca Penyakit

    Membicarakan hal ini bukanlah mudah seperti disangka. Ini kerana setiap penyakit terhasil daripada pelbagai punca yang mana sukar untuk kita buktikan secara satu persatu. Berikut adalah beberapa teori yang banyak diperkatakan oleh para saintis di seluruh dunia.

Radikal bebas punca sakit kronik*


       SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
       Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

      Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

      Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

     Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

    Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

    Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

 


  • Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

     






  • Minuman beralkohol.

     






  • Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.

     






  • Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

     






  • Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

     






  • Sinaran ultra ungu.

     






  • Pencemaran alam sekitar.

         Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

         Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

        Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.

        Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

        Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.

        Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.

        Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

        Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.

        Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.

     
    *dipetik dari Harian Metro,
    oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
    Kekurangan oksigen dan badan berasid        

        
          Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel.
            Ramai penyelidik dan pakar perubatan bersetuju bahawa pertahanan terbaik terhadap bakteria, virus dan penyakit kronik adalah badan yang beralkali. Keseimbangan pH badan adalah pertahanan pertama bagi sistem imun anda. Semakin ramai saintis mendapati bahawa bakteria, virus, fungi dan juga sel kanser dapat membiak dengan pantas dalam darah berasid tinggi, tetapi tidak dapat hidup dalam persekitaran alkali yang sihat. Jadi tahap pH yang ideal bagi badan manusia dan darah adalah antara 7.35 dan 7.45. Badan kita juga akan menjadi berasid daripada cara hidup yang berasid seperti cara pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, tekanan yang tinggi dan juga kekurangan tidur.

              Tidak dapat dinafikan, minuman dan makanan yang kita ambil seharian sudah kurang nilai khasiatnya. Mengikut kajian, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 60 jenis zat galian disamping pelbagai vitamin. Kehadiran zat galian yang mencukupi adalah pemangkin kepada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh vitamin-vitamin di dalam badan. Dengan kata lain, badan perlu dilengkapkan dengan zat galian sebelum kita berfikir panjang tentang pengambilan vitamin. Persoalannya, mengapakah pengambilan vitamin-vitamin lebih dititikberatkan daripada pengambilan zat galian ? Mungkin kerana zat galian sukar didapati. Hakikatnya, kita telah banyak kehilangan zat galian ke dasar lautan akibat penggunaan tanah yang tidak seimbang.

    PUNCA - PUNCA ASAS BERLAKUNYA PENYAKIT :

    FAKTOR SPIRITUAL
    1. Ujian Tuhan atas kesabaran hambaNya
    2. Balasan Tuhan untuk menyucikan dosa-dosanya di masa lalu
    3. Ingatan Tuhan agar kita sedar akan kesilapan yang dilakukan
    4. Gangguan Jin dan Sihir sama ada berbentuk belaan keturunan, sihir keturunan, kesan amalan  atau perbuatan sihir
    5. Hilangnya keikhlasan dari hati

    FAKTOR MENTAL
    1. Tiada ketenangan jiwa
    2. Kurang bersyukur dengan pemberian Tuhan
    3. Terlalu mengejar kesempurnaan
    4. Kurang kekuatan menangani stress

    FAKTOR GENETIK
    1. Mewarisi genetik penyakit keturunan sebelumnya

    FAKTOR DALAMAN BADAN
    1. Perjalanan darah yang kurang baik
    2. Kukarangan oksigen di peringkat sel
    3. Lebihan radikal bebas / toksik
    4. Kadar keasidan badan yang tidak seimbang
    5. Hidrasi Air yang kurang baik
    6. Pengambilan khasiat pemakanan yang tidak seimbang






  • Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

    Rabu, 19 Mac 2008

    Wahai ibu dan ayah....

    Masih teringat lagi satu scene yang saya lihat semasa kami berada di dalam Mc Donald di sebuah bandar.... seorang ibu dengan penuh senyuman memuji anaknya yang pada pandangan saya berada dalam lingkungan 4 tahun meneguk air cola dalam saiz yang besar. Puteri itu sangat comel tapi sayangnya pada penglihatan saya anaknya terlalu kurus atau dengan erti kata lain underweight. Mungkin si ibu ini kurang peka atau mungkin tidak mengambil berat dengan pemakanan anaknya itu. Menurut sebuah artikel yang pernah saya baca pemakanan merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi perkembangan dan pembesaran seseorang individu. Sekiranya dalam usia yang sangat muda sudah kita perkenalkan dengan air berkarbonat bagaimana agaknya dengan cara hidupnya selepas 10 atau 20 tahun akan datang?
    Bersama-sama ini saya sertakan artikel yang saya perolehi untuk tatapan kita semua.

    Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.

    Kami tidak mengatakan semua makanan segera adalah makanan remeh. Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit - mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

    Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

    Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
    Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
    Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
    Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
    Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.
    Secara keseluruhan, kita dapat lihat terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin yang baik. Namun kebanyakan bahan itu tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan dipenuhi gula dan garam. Ia kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian perlu. Apa yang kurang ialah keseimbangannya.

    Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari. Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh. Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

    Lemak

    Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.

    Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.

    Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.

    Jadual 1. Lemak di dalam makanan segera

    Makanan Jumlah lemak ( ) Bahagian kalori daripada lemak (%)
    Big Mac McDonald's 54 g (27 g)
    59
    Aiskrim vanilla Baskin Robbins 100g (12 g) 52
    Burger King Whopper 36 g ( 12 g) 52
    Ayam goreng Kentucky (4 ketul) 45 g ( 12 g) 58
    Burger McDonald's bersama keju 25 g ( 12 g) 46
    Fillet-o-fish McDonald's 26 g ( 7 g) 56


    Sumber : Tim Lobstein (dari Suruhanjaya Makanan London), Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.



    Kandungan daging

    Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.

    Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.

    Pada 1989, CAP menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya roti yang sudah berkulat.

    Garam

    Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam, sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.

    Gula

    Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.

    Bahan makanan Jumalh gula (%) Bil. sudu teh
    Pai epal digoreng dengan banyak minyak 15 3
    Milk shake (kecil) 8 - 12 3
    Cola 11 14
    Daging dalam ban bijan 6 3
    Pizza keju dan tomato 3 2

    Sumber : Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.



    Serat

    Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses, ia hampir tidak mengandungi serta diet. Tidak terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad seperti makanan seimbang kepada pelanggan.

    Vitamin dan zat galian

    Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan milkshake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun dalam sehari, anda perlu mengunyah empat burger seberat suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15 paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium secukupnya.

    *******************

    Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran McDonald's!



    Makanan berbahaya : panduan CAP mengenai bahaya tersembunyi dalam makanan - Pulau Pinang : Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 1999. Ms 242 - 247