Memaparkan catatan dengan label Covid19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid19. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2022

Bekalan vitamin untuk travel masa Covid

Travel ke Turki kami pilih nak bawak certain vitamin sahaja. Sebab kalau ikut bagus rasa nak bawak aje semua. Kalau dah bawak semua, jenuh pulak nak tambah bag. 

Jadi kami pilih sesetengah vitamin dan paling penting ia bagus untuk sistem imuniti. Syukur sekarang ada ESP Sachet. Ia sangat membantu untuk bawa travel. Alangkah baik jika Cinch atau Life Shake juga ada yang jenis Sachet. [ Harap akan ada di masa akan datang]

Kali  ni saya pesan dengan suami...bawa vitamin asas sahaja dan lebihkan semua vitamin yang kaya dengan antioksidan dan resveratrol. 

Antara vitamin yang kami bawa adalah ESP Sachet, ResV, Vitamin E, Vitamin C, Omega dalam beberapa botol, Vitalea dan Oste, Nutriferon dan Elderberry Cinch Tea dalam beberapa kotak dan antara paling banyak yang kami bawa dan makan adalah Hero Kiddo Shaklee. 

Maklumlah kat Turki ada kelonggaran ... ditempat awam yang terbuka boleh untuk tidak memakai pelitup muka. Cuma di restoren atau tempat tertutup sahaja perlu memakai pelitup muka. Namun kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Setiap hari kami akan makan Hero Kiddo yang banyak. Mungkin dalam 10 biji sehari seorang bila travelling day yang panjang. 


Nutriferon memang kami wajibkan ambil setiap pagi semasa sarapan. Kami amik 2 sachet sehari. Kami juga ada bawa bersama probiotik yang kami dah amal sejak 2017 lagi.

Alhamdulillah....syukur Allah izinkan semua sihat sepanjang travelling. 

Keputusan PCR di KLIA juga menunjukkan hasil negatif. Result 2nd swab melalui RTK juga negatif.

Kita ikhtiar, Allah juga mengizinkan.



Khasiat Elderberry
Khasiat Elderberry


Bestnya hari ni ada promo baru tau!






Berminat nak dapatkannya? Boleh order melalui 0128535689 atau terus wasap di SINI





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 12 Mac 2022

Positif Covid lepas balik umrah

Lama dah nak menulis kisah ni....baru kini baru ada kelapangan nak menulis.

Ia berlaku pada Disember 2021....bila kami balik Umrah pada 26 Disember, kami semua perlu buat PCR di airport. Rezeki dapat kelulusan kuarantin di rumah. 

Alhamdulillah syukur pada hari 29 hb kami semua dapat result PCR namun sedikit terkejut sebab antara kami berempat Nasa tetiba positif. Allahu akhbar.

Dalam kepala ni Ya Allah, kesian anak aku. Result pulak dapat hari ke empat...dah puas peluk budak ni setiap hari, macam la kami semua?

Macam -macam dalam kepala ni....sebab panik.

Malam tu kami buat RTK untuk tengok keadaan Nasa. 

Nasib juga ada kawan tolong belikan RTK test kit. 

 
Covid test kit yang perlu ada kat rumah.



Ya Allah alhamdulillah negatif. Tapi sebelum buat test tu, bila saya dapat tahu Nasa positif...saya suruh Nasa makan Hero Kiddo sebanyak boleh. Makan la 10-20 biji selagi boleh. 

Kenapa saya suruh makan Hero Kiddo? Sebab kandungan dalam vitamin tu mengandungi Vitamin D , Zinc dan Vitamin C.

Esoknya kami sekeluarga buat PCR pula satu family...Ya Allah syukur semua negatif. Selain Hero Kiddo kami amalkan Nutriferon.

Alhamdulillah...setiap ujian itu pasti ada hikmah. Menjadikan kami lebih yakin dengan izin Allah usaha kita amik Hero Kiddo dan Nutriferon sebagai satu usaha nak jaga kesihatan.


Hero Kiddo Shaklee

Hero Kiddo Shaklee









Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 23 Ogos 2021

Mengapa perlu jaga SOP dan amalkan vitamin walau dah vaksin?

Walaupun kita dah ambil 2 dos vaksin, tak bermakna kita bebas risiko untuk kena wabak Covid19 ini.

Kita masih tetap perlu jaga SOP yang telah ditetapkan antaranya pakai penutup muka, penjarakkan sosial dan tidak perlu keluar jika tiada kepentingan urusan.

Video Dr Samhan bagus untuk pengajaran bersama.








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Khamis, 3 Jun 2021

CoQ 10, Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Penulisan ini dikarang oleh suami saya....

CoQ10 adalah salah satu nutrien yg saya kekurangan dlm badan. Doktor yg dirujuk juga sarankan saya ambil 2-3 kali pengambilan CoQ10 seharian.
Dari bacaan (buku ni boleh dibeli di farmasi), rupanya CoQ10 ni sangat penting. Pendek cerita, setiap sel dalam badan mesti menghasilkan tenaganya sendiri utk berfungsi. Proses penghasilan tenaga sel melalui pembakaran gula & lemak memerlukan kehadiran CoQ10. Jadi CoQ10 ni ditemui dalam setiap sel tetapi ia lebih banyak ditemui dalam organ yg bekerja keras & memerlukan tenaga selular yg tinggi seperti organ jantung, hati, buah pinggang & pankreas (organ yg tak berhenti bekerja walaupun kita tidur).
Walaupun keperluan CoQ10 sentiasa tinggi, sebaliknya keupayaan badan utk hasilkan CoQ10 pula menurun dengan peningkatan umur. Ikut graf, selepas umur 20 tahun, pengahasilan CoQ10 dah menurun. Sesetengah sel - tisu - organ masih boleh berfungsi dgn baik walaupun mengalami kekurangan CoQ10, tetapi ada ada juga yg sensitif terhadap paras CoQ10 yg rendah (jantung, sistem imun, otak). Dan organ yg paling sensitif kpd paras CoQ10 yg rendah ialah jantung! Logik juga sbb jantung ialah satu organ yg terdiri dari otot kardiak yg tidak pernah berehat & penat.
Jadinya masalah jantung bukan hanya terhad kpd yg biasa kita dengar spt masalah kolestrol tinggi. Keupayaan jantung utk berfungsi spt yg sepatutnya bergantung kpd otot kardiak (otot yg hanya terdapat pada jantung). Bila sel otot ini "kurang daya upaya", jantung kita mula tidak berfungsi spt biasa. Dlm bahasa mudah yg ditulis contohnya - simtom keletihan, nafas pendek, dengup jantung tidak teratur & banyak lagi yg biasa kita dengar.
Mungkin sbb itu saya disarankan utk ambil 2-3 kali pengambilan CoQ10 dengan result yg saya dapat. Satu sbb faktor umur yg mana penghasilan CoQ10 dah menurun, kedua sbb gaya hidup moden sekarang yg paksa kita utk sentiasa bergerak, bekerja dari pagi sampai malam. Bayangkan bagi mereka yg aktif bersukan tak kira siang atau malam. Rehat utk recover badan, tapi otot jantung tu perlukan zat dia juga. Mungkin sbb tu waktu di Miri dulu ada team bodybuilders yg datang jumpa bertanyakan tentang CoQ10. Katanya mereka sangat perlu ambil CoQ10. Mungkin utk otot, mungkin juga utk jantung mereka (tak tanya pula waktu tu...).





 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#BTS
#VitaminC
#CoQ10

Selasa, 1 Jun 2021

Wasap untuk beli Vitamin C Shaklee


Vitamin C Shaklee MURAH



Alhamdulillah, dua hari kami pos keluar lebih 100 botol vitamin C. Alhamdulillah, malah ada yang selepas ambil vaksin pun sempat singgah ke rumah untuk beli vitamin C. Kebetulan rumah kami di belakang Klinik Kesihatan Chendering jadi mudah la bagi yang nak dapatkan vitamin.


Bagi yang mencari vitamin C , boleh dapatkan vitamin C Shaklee dengan harga yang sangat berpatutan. Malah sebotol mengandungi 180 biji dan ianya sangat menjimatkan untuk diamalkan seisi keluarga.

Boleh wasap untuk membuat pesanan < < NAK BELI VITAMIN C > >

Sekurang-kurangnya kita usaha untuk jaga kita dan keluarga kita.

Cuba dengar apa kata Doktor...













📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#BTS
#VitaminCViral
#Covid19

Isnin, 24 Mei 2021

Raya PKP 2021, Covid makin tinggi

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin buat semua teman di alam maya. 


Ku sangka panas berpanjangan, rupanya hujan di tengahari....Ingatkan tahun ni dapat la merasa beraya bersama mak ayah, rupanya masih seperti tahun 2020, hanya berjumpa di alam maya.


Namun tahun ini saya bersyukur kerana berpeluang beraya dengan adik yang sama menetap di Kuala Terengganu.Merasa beraya dengan adik serta keluarganya.






Nasib juga adik sama daerah, bukan di Marang atau daerah lain di Terengganu...so dapat la kami bertemu di hari raya dan makan rendang bersama.

Kes Covid makin hari makin tinggi, PKP kini lebih diperketatkan...Malah ramai yang mendapatkan vitamin C Shaklee sebagai salah satu usaha berjaga-jaga.

Covid 24 Mei 2021

Walaupun raya tak semeriah dulu, namun ada umur yang panjang boleh beraya lagi di masa akan datang. Paling penting kita utamakan kesihatan dan keselamatan diri dan seisi keluarga.


Kalian dah ada vitamin C kat rumah?

Kalau belum jom dapatkan satu.

Vitamin C dan Covid



Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#VitaminCShakleereadystock
 


Khamis, 12 November 2020

Dapatkan Vitamin C Shaklee PERCUMA!

Bila angka status kes Covid 19 meningkat hingga 4 angka....PKPB terus dilaksanakan kecuali 3 negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Pahang.

Maka kita semua kena lebih sensitif dengan isu ini dengan memastikan kita jaga kita.

Selain memastikan kita dan ahli keluarga menjaga kebersihan , memakai mask bila perlu keluar , menjaga penjarakkan sosial dan...pengambilan vitamin C adalah sangat perlu.


Ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha kita untuk memastikan Covid 19 tidak terus menerus merebak.

Sempena November 2020 ini....

Shaklee telah menawarkan vitamin C percuma!


Banyak penjimatan apabila menjadi ahli Shaklee. Set yang ditawarkan boleh mendapatkan keahlian Percuma secara langsung mendapat vitamin PERCUMA!

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee? Boleh refer posting saya sebelum ini : 



Bertahan selama 21 tahun dalam Shaklee adalah satu jangka masa yang lama. Namun bila dah serasi dan menjadi kerjaya utama....syukur alhamdulillah ia menjadi karier tetap kami. 

Saya tak minat nak menjual banyak produk kerana ia akan buat kita 'pecah' modal. Banyak perkara nak kena urus. Fokus pada satu bisnes sampai kita benar2 mendalami semua perkara adalah lebih baik. Ini nasihat dari pakcik suami apabila satu ketika saya pernah teringin nak venture bisnes lain.

Saya berminat menjual produk kesihatan kerana niat nak bantu ramai orang sihat. Cantik adalah bonus bila produk yang kita niagakan itu memberi kesan kecantikan. Jika melibatkan pemakanan, pastikan ia beri kesan yang baik dalam jangka panjang.

Bayaran bonus berkala yang konsisten dan latar belakang syarikat sangat memainkan peranan yang penting. Banyak produk yang bagus namun tidak mampu membayar bonus distributor dengan baik akhirnya menyebabkan mereka gulung tikar. Sebab itu compensation plan sangat penting untuk kita fahamkan.

Bisnes yang memberikan 'masa' untuk diri sendiri sangat penting. Untuk rejuvinate sebagai keperluan kita nak berkembang. Saya selalu berpesan pada distributor dalam organisasi kami...jika bisnes itu mendekatkan kita dengan Allah adalah lebih baik dari duit yang menggunung tetapi buat kita leka dengan fatamorgana dunia.

Akhir kata, kita tahu apa yang kita mahu...namun kita tetap perlu Allah bimbing semua hala tuju kita. Orang yang berniaga dan hatinya dekat dengan tuhan pasti akan jumpa banyak kejayaan dan ketenangan. Wallahu alam.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689 
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 


 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia #VitaminCShakleereadystock