Memaparkan catatan dengan label Intermittent Fasting Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Intermittent Fasting Diet. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2023

Apa itu Intermittent Fasting ?

Apa itu Intermitten Fasting ?

Dalam entry sebelum ini saya, saya kongsikan yang suami saya buat Intermittent Fasting atau nama popularnya IF. Intermittent Fasting secara mudahnya merujuk kepada puasa secara berkala.
Ia merupakan amalan yang menjarakkan waktu kita makan dengan waktu tidak makan. IF bukanlah satu jenis diet atau tren baru namun ia lebih kepada gaya hidup dan corak pemakanan kita.

Apa itu Intermitten Fasting ?


Tanpa kita sedari sebelum ini, semasa kita tidur, kita juga sebenarnya sedang berpuasa kerana tempoh masa hidangan terakhir dengan makan yang seterusnya dijarakkan lebih lama cuma kita tak memanggilnya sebagai puasa kerana kita dalam keadaan mandorm..



Bagi umat Islam, berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Kebanyakan orang Islam dilatih untuk berpuasa sejak dari kecil lagi. Namun jika nak dibandingkan dengan Intermittent Fasting, puasa Islam jauh lagi mencabar kerana sepanjang tempoh berpuasa dalam sehari tidak dibenarkan makan dan minum malah hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja. Berbeza dengan intermitten fasting.

Apa itu Intermitten Fasting ?



Uniknya tentang Intermittent Fasting ia jauh lebih mudah kerana kita boleh minum sepanjang tempoh berpuasa dan lebih menarik waktu tidur pun dikira kita berada dalam tempoh berpuasa.

IF juga merupakan sebuah diet yang berkonsepkan pola makan kita mengikut jadual yang tertentu. IF juga dikatakan sangat popular di dunia barat lebih lagi dalam golongan para atlet dan selebriti . Malah di Malaysia , IF antara topik hangat di media sosial dan media massa yang lain.

Bagi permulaan mereka yang nak cuba, boleh mulakan dengan 12-12 dan waktu itu sebenarnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Bila kita buat IF kita kena juga jaga pengambilan makanan seharian kita. Sepanjang kita buat IF kita hanya boleh minum air masak, teh hijau , teh dan kopi yang tidak mengandungi susu dan gula. Kita kena mula usahakan untuk menghadkan jumlah kalori harian kita. Boleh google berapa kalori makanan yang kita ambil.

Cara intermittent fasting dan cadangan jadual IF yang popular dan mudah diikuti :

Puasa 15 jam, makan 9 jam 
Puasa 20 jam , makan 4 jam
Puasa 23 jam , makan 1 jam

Sebenarnya jadual IF yang terbaik adalah memendekkan tempoh waktu makan dan memanjangkan tempoh  masa berpuasa. Dengan cara ini membolehkan badan membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa.

Kita juga perlu la tahu beberapa perkara yang perlu dielakkan ambil semasa menjalankan Intermitten Fasting ini. Kita kena elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi dan cuba perbanyakkan pengambilan makanan yang 0 kalori seperti teh kosong, kopi kosong, air kosong, sup kosong dan cuka epal.


Apa itu Intermitten Fasting ?



Percaya tak, memula nak buat IF ni saya duk fikir mungkin saya tak mampu nak buat sebab kena skip breakfast dan lambatkan lunch. Namun rupanya kita boleh aje ubah suai jadual makan ikut kesesuaian badan kita.

Kesimpulannya : Intermitten Fasting adalah satu bentuk gaya pemakanan yang sangat baik untuk diamalkan. Ia terbukti mampu memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita terutama untuk sistem pencernaan dan untuk membakar lemak secara semulajadi. Jika seluruh rakyat Malaysia amalkan Intermitten Fasting, pasti kita boleh turunkan kadar oebesiti negara kita. Wallahu alam.

Jemput baca artikel saya sebelum ni tentang Intermitten Fasting.

Ada juga artikel yang berkongsi tentang kesan Intermitten Fasting diet ni pada sistem metabolik kita. Jemput baca artikel Efek Intermitten Fasting pada metabolik


#projekmegablog
#shakleethrive23
#shakleethriumph23
#pengedarshakleekualaterengganu
#shakleereadystock





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 25 Januari 2021

Berdiet dengan oat dan ESP Shaklee

Memandangkan tahun 2021 masih lagi melalui PKP, nampak gaya terpaksa la usaha menjaga diet. So saya decide untuk kurangkan atau elakkan makan nasi. Saya cuma makan lauk [ iaitu protien sahaja].

Maka saya dapat idea, untuk lebih mengenyangkan dan menyihatkan , saya amalkan pengambilan ESP Shaklee bersama dengan oat. 

Oh tapi oat pula ada banyak jenis tau....Melalui artikel Jenis-jenis Oat  membuka minda saya...kena ambil tahu jenis oat yang kita amalkan. Walaupun nampak sama tapi ia tak serupa.



Oat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada :

🖍️instant oat
🖍️quick oat 
🖍️rolled oat
🖍️steel cut oat

Mereka yang mahu diet , perlu tahu pengambilan oat yang betul-betul membantu menurunkan berat badan.

1) Instant oat dan quick oat mempunya G.I @ indeks glisemik yang tinggi. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

2) Saya memilih Rolled oat sebab ianya sangat sesuai untuk berdiet. Diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Ianya tidak diproses sepertimana instant oat dan quick oat. Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

3) Steel Cut Oat pula paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat.




Hari ni dah masuk 3 hari saya cuba tak makan nasi....tapi saya gantikan dengan ESP Shaklee bersama rolled oats. Untuk menghilangkan rasa muak, saya cuba tambahkan buah-buah yang ada di rumah...antaranya rasberry dan blackberry kerana 2 buah ini sangat kaya dengan serat.

Saya akan update kesannya selepas saya amalkan 30 hari nanti ya. Stay tune.

Nanti saya akan share kan beberapa resepi ESP Shaklee yang dikongsi oleh team mate saya dalam posting-posting akan datang, insyaAllah.




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ESPShakleereadystock

Isnin, 21 Januari 2019

Mesin timbang untuk bantu kita cakna kesihatan dalaman yang kita tak tahu.

Ramai orang menyangka dengan kurus bermakna kita sihat....sebenarnya ia adalah tidak benar sama sekali. Ada ramai kawan saya yang kurus tapi masalah kolestrol, kencing manis tak kurang dengan masalah jantung.

Sebab itu kurus sahaja belum jamin sihat secara optimum.

Masa pergi teman suami saya buat Basic Health Screening di BP Lab, kami tertarik dengan satu mesin timbang yang ada dijual di sana tadi.



Nampak macam penimbang biasa aje kan?

Tapi yang bestnya.....

Image may contain: text


Banyak yang benda kita boleh tahu tentang kesihatan dalaman kita...

Takde la kita ingat kurus aje comfirm sihat...walhal banyak masalah lain yang kita tak sedar.


No photo description available.


Walaupun saya punya banyak yang ideal tapi saya kena usahakan untuk dapatkan berat 52 kg sebelum usia 42 tahun.

Sebab ada doktor bagi tahu kita kena sentiasa usaha bersenam dari sekarang supaya ia jadi tabiat....nanti kalau dah tua...dah 50 an baru nak mula bersenam....waktu tu sendi dah ketat. Tulang pun tak berapa kuat...muscle pun dah kecut.... kita sendiri yang rugi.

Lepas ni kena lebih istiqamah untuk bersenam, jaga pemakanan harian dan banyakkan lagi minum air masak untuk pastikan boleh capai kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.


Jom jadikan 2019 tahun kesihatan yang lebih baik dari sebelum ini.


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Intermittent Fasting dan senam untuk turunkan berat badan dengan mudah.

Related image
IF diet.

Memandangkan suami saya perlu buat Basic Health Screening di BP Lab, maka saya pun amik kesempatan untuk buat ujian darah untuk lihat kedudukan Hemoglobin dan Bacaan Kolestrol saya yang terkini.

Staff di BP Lab pun tegur suami, encik...baru dua bulan lepas encik buat Basic Health Screening...suami saya senyum aje dan bagi tahu dia nak tahu result terkini dengan mengamalkan diet IF [ intermitten fasting].


Ya suami saya memang sangat disiplin dengan diet IF dan bukan itu sahaja, setiap pagi beliau akan buat latihan senaman dalam masa 30-40 minit. Makan pun beliau tak amik berminyak, minuman hanya air suam, infuse water [ guna lemon] atau minuman Shaklee.

Ya bila umur 40 tahun ke atas...kita perlu lebih alert dengan kesihatan.

Suami saya memang amalkan Cinch Shake untuk ganti makanan berat seperti lunch dan dinner selain minuman ESP, Meal Shake dan Vivix. Beliau tetap amik vitamin-vitamin penting yang lain kerana walau hanya makan Cinch ...beliau takde masalah pun nak makan vitamin lain.

Bagusnya kerana dia sangat berdisiplin, saya jadi insof....kalau makan diluar saya takkan order air manis [ bergula]....biasa order mineral water atau infuse water....air suam dengan hirisan lemon. Alhamdulillah bila dah biasa memang mudah. Kalau dulu, air jus la, air sirap la, teh o ais ke....janji ada manis. Alhamdulillah sekarang dah tak lagi.

Makan pun dah kurang....sebab perasan bila umur dah 40 ni, kalau tak jaga nanti mulalah kita terasa sakit sana sini...sakit pinggang, sakit lutut .....terutama bila kita tak kawal berat badan.

Dan saya bangga dengan disiplin yang suami amalkan...melalui diet IF beliau...dapat turunkan berat dalam 5-6 kg dalam masa 2-4 minggu.


Lepas ni bersemangat la nak cycling pagi-pagi sebelum solat Dhuha...sebab buat masa ni saya belum istiqamah lagi berbasikal.... baru istiqamah dalam jaga makan dan minum....

Saya nak turunkan 4 kg sebelum usia 42 tahun ni....bersemangat !!! Tak mustahil kalau jaga makan, bersenam, amalkan hidup sihat dan tambah supplement jika perlu.


Nanti next entry saya share gadget yang kami nak beli untuk cakna kesihatan secara menyeluruh. Stay tune!





Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa