Memaparkan catatan dengan label Cergas Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cergas Minda. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2020

Kenapa saya beri anak saya makan Omega?

Salah satu vitamin yang saya memang makan sejak mengandung ialah minyak ikan atau nama Omega. Saya cuma tahu ia bagus untuk otak anak dan pembentukan otak kan sejak dari dalam perut lagi.



Bila anak lahir saya masih terus makan Omega kerana saya tahu ia akan disalurkan melalui penyusuan susuibu.

Lepas anak setahun saya bagi dan saya ajarkan mereka ni kunyah...sebab ia dalam capsule. Kenapa saya bagi? Sebab EPA dan DHA ini sangat penting untuk pembentukan otak anak.

Saya menjadikan Omega ini vitamin penting untuk anak. Mereka ni pula mudah kena asma terutama kalau cuaca sejuk. Saya akan beri untuk pastikan chest mereka keep warm. Alhamdulillah takde la mudah sejuk di tengah malam waktu tidur.

Kalau mereka nak pergi swimming, kami bagi mereka sebelum masuk kolam. Sangat membantu supaya lepas keluar kolam, takde la mereka sejuk dan asyik bersin.

Hingga kini kami bekalkan Omega dan ia  sangat membantu untuk mereka menghafal.


Alhamdulillah rezeki bulan ni ada offer dengan Omega.

Promo Januari 2020

Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?

Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 30 Oktober 2018

Pengajaran sebalik permainan


Semalam lewat petang anak-anak ajak main game kapal terbang. Saya cuma jawab selepas selesai Isyak dan solat sunat baru boleh main. Walaubagaimanapun, selepas selesai saya dahulukan order produk Shaklee dulu dan register ahli mana yang perlu supaya mudah nak uruskan esok hari.

Kami mula bermain agak lewat...dalam jam 10 lebih kurang. 

Saya bermain dengan warna hijau, Addin dengan warna merah, Nasa dengan warna biru dan Abah Addinnasa warna kuning.

Kami buat rules yang mana untuk mula bergerak perlu dapatkan no 5 atau 6 menggunakan balingan dadu.

Permainan menjadi rancak apabila kami bertiga dapat mengeluarkan jet masing-masing kecuali abah Addinnasa.

Hingga pusingan ke berapa [ tak terkira dah] Abah Addinnasa masih tak dapatkan no 5 atau 6 maka jet abah Addinnasa tak dapat la nak bergerak. Setiap kali baling dadu asyik dapat no 1 atau no 2. Sampaikan saya suruh bagi dadu lain kot la boleh ada luck. Namun masih nasib yang sama.

Hinggalah satu stage...kami tiga beranak kecuali Abah Addinnasa dah dapat masukkan jet ke rumah masing-masing barulah Abah Addinnasa berpeluang meneruskan permainan. 

Kami meneruskan permainan...dan percaya atau tidak, Abah Addinnasa adalah juara permainan ini semalam. Abah Addinnasa berjaya melengkapkan 4 jet pulang ke rumah masing-masing.

Dan....paling kelakar ibu adalah yang terakhir complete kan game. Tak per la janji anak-anak happy.


Jam menunjukkan 11.30 malam...masa untuk minum tripple gems sebelum tidur dan semua anak-anak happy kerana dapat bermain dengan game kapal terbang ni.

Namun ada benda yang saya belajar dari permainan ini.




1. Sabar - nak main ni kena sabar. Sabar adalah tunggak untuk bermain dan mesti berlapang dada. Sama la bila buat bisnes, kena ada sifat SABAR.  Kerana pokok tak berbuah dalam sehari.


2. Sentiasa bersangka baik selalu. Setiap permulaan belum pasti pengakhirannya. Penting teruskan usaha. Dalam bisnes pun sama, kadang-kadang permulaan macam tak nampak jalan, tapi kena bersangka baik selalu.


3. Jangan sibuk tengok orang kiri kanan. Tak perlu compare nasib kita dengan orang. Fokus dengan usaha majukan diri sendiri. Dalam bisnes pun sama, jangan sibuk tengok orang lain...kadang-kadang boleh menyebabkan kita down. Walhal adakala status update orang lain pun belum jamin pengakhiran dia hebat.


4. Jangan pandang remeh pada orang yang lambat, kerana pengakhirannya hanya Allah juga yang lebih tahu. Dalam bisnes kalau rezeki kita lebih dari orang lain, bersyukur dan doakan kawan-kawan lain pun boleh dapat sama. Jangan fikir diri sendiri aje kerana kita tak tahu masa depan sapa yang lebih baik.


5. Nikmati permainan dengan rasa happy supaya apa jua keputusan kita sentiasa berlapang dada. Dalam bisnes pun sama, kena ada jiwa yang gembira dan bersemangat kerana Allah memandang usaha dan Dia tahu nak beri rezeki dari laluan yang mana. Wallahu alam.



Isnin, 26 Februari 2018

Vitamin B Complex bantu anak belajar dengan lebih fokus?

Kami dinner di luar tadi....kesian melihat sorang staff ni...mungkin dah terlalu penat jadi beliau tak dapat nak fokus apa yang customer request. Kami minta set sudu garfu untuk 2 orang...beliau  hantar dalam keadaan macam mamai.... sampai di meja hanya garfu yang dihulurnya. Ya beliau dah terlalu penat sebenarnya.

Ya bila badan dah terlalu letih sebenarnya otak kita pun tak dapat nak fokus pun pada apa yang kita sedang buat. Sebab tu pentingnya makanan yang sihat, sedikit senaman dan supplement tidak kurang penting untuk diambil setiap hari.

Tidur adakala memang tak dapat 8 jam...namun jika kita dapat tidur yang berkualiti insyaALLAH mood kita masih baik dan kita bersemangat nak buat kerja atau tugas kita.

Ramai yang tak sedar badan mereka keletihan yang melampau sehinggalah ada sesetengah sehingga jatuh sakit....

Sebenarnya antara vitamin penting yang bagus kita amalkan adalah B complex.

Apa yang saya notis pengambilan B complex membuatkan kami lebih ceria dan punya mood yang baik. Begitu juga dengan anak-anak....pengambilan B complex bantu mereka lebih fokus pada pembelajaran mereka.

Ini saya akui kerana saya memang amal makan B complex sejak zaman study kat Universiti Malaya lagi. Pengambilan B complex dan Lecithin yang konsisten membantu saya fokus pada subjek yang saya ambil zaman belajar dulu.






So untuk mak dan ayah yang ada anak bersekolah, boleh bekalkan mereka amalkan makan supplement seperti Omega, Lecithin dan B complex yang membantu mereka fokus dan lebih mengingat pada apa yang mereka belajar.


Selain membantu anak kita fokus ia juga bantu anak kita ceria dan kekal aktif sepanjang hari.

Selamat mencuba.








♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 16 Ogos 2017

Omega 3 untuk seisi keluarga - Anakkuwiraku.com

Masa kecil dulu mak akan bekalkan kami minyak ikan....saya suka bila mak hulur kapsul minyak ikan kerana baunya. Adakala saya akan minta tambahan kapsul kerana saya suka makan dengan kunyah berbanding telan begitu sahaja. Ini kerana nak menikmati rasa ikan. Mak kata minyak ikan ni bagus untuk otak dan untuk antibodi. Minyak ikan tu adalah Omega 3.

Oh ada sesetengah orang tak tahan kerana ada bau hanyir katanya...tapi berbeza dengan saya yang suka dengan baunya. Zaman dulu kami tak tahu pasal Shaklee pun, so mak hanya beli kat farmasi dan masih saya ingat brand minyak ikan tu ialah Seven Seas.

Selepas mengenali Shaklee kami hanya fokus makan jenama Shaklee yang dikenali sebagai Omega Guard. Namun ada juga yang bertanya, jikalau tak makan supplement apa lagi sumber Omega 3 ?

Percaya tau tak bila sebut Omega 3 otak saya akan terus tergambar ikan Salmon....

Omega 3-untuk-seisi-keluarga



Namun sebenarnya ada beberapa lagi makanan yang kaya dengan sumber Omega 3 seperti makerel, sardin, tuna dan kerang. Selain itu kacang walnut, Kacang Brazil , kacang soya, flax seed dan ada beberapa jenis bijiran yang kaya dengan Omega 3.

Omega 3-untuk-seisi-keluarga
walnut


Walaupun begitu pada saya pengambilan supplement sangat memudahkan untuk saya sukat keperluan Omega yang tubuh badan perlukan. Maka sebab itu saya menjadikan Omega Guard Shaklee sebagai salah satu supplement harian wajib bagi kami sekeluarga.


Omega 3-untuk-seisi-keluarga

Anak-anak kami mudah selsema waktu cuaca sejuk...maka Omega Guard membantu chest mereka menjadi warm dan meredakan kesejukan yang melanda mereka.

Sebelum nak pergi berenang, Omega Guard  adalah supplement yang diambil terdahulu supaya aktiviti renang tidak menjadi masalah kepada mereka kemudian hari.

Omega Guard juga membantu meredakan ekzema mereka dan ia sangat bagus untuk kulit.

Selain itu, pengambilan Omega 3 sebenarnya membantu otak mereka cerdas, lebih kuat mengingat dan paling bagus mereka nampak lebih kreatif.

Walaupun pada dasarnya kita semua tahu Omega bagus untuk mencegah kolestrol dari terus meningkat namun ia juga membantu meningkatkan sejenis kolestrol baik dalam badan yang amat kita perlukan.

Jika anda pengamal supplement jangan lupa masukkan Omega 3 dalam list supplement anda supaya anda dapat lihat kesannya ke atas tubuh badan dan kesihatan yang menyeluruh.

Omega 3-untuk-seisi-keluarga


Untuk mereka yang baru nak mencuba, apakata cuba Omega Guard Shaklee yang ternyata unik.

Omega 3-untuk-seisi-keluarga




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 20 Ogos 2016

Chewable C bukan hanya untuk anak-anak.





Nama dia Chewable C tapi tahu tak ia tak bermakna untuk anak kecil sahaja. Ia ibarat gula-gula yang boleh dikulum bila-bila masa.
Sangat mudah untuk dibawak dalam handbag.

Untuk encik suami yang cuba nak berhenti merokok juga bagus jadikan amalan daripada amik gula-gula manis.

Sebiji chewable c mengandungi 100mg kandungan vitamin C. So berapa banyak boleh makan sehari? Ada orang makan 3-5 biji sehari untuk dapatkan kulit yang cantik dan ia juga bagus sebagai anti stress.

Harga ? Mampu bayar insyaALLAH.

Boleh dapatkan dari kami

Naquib Hussain dan Norita Idris @ 0128535689


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Kuala Terengganu

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 November 2014

K.A.M Kam P.U.N.G Pung ......... longkang?

Pembesaran anak bukan hanya dari aspek fizikal semata-mata yang perlu dilihat tetapi perkembangan mental perlu dititikberatkan.


Zaman saya mengajar anak murid baik masa tuition atau di sekolah kerajaan banyak yang saya belajar termasuklah sifat sabar.

Namun tak kurang juga rasa takut...bila saya dah lihat sendiri dengan mata sendiri situasi yang mungkin biasa pada cikgu veteran.

Saya diberi kepercayaan Guru Besar mengajar budak tahun 3 dan tahun 5... dan paling mencabar kerana tahun 3 kelas corot yang tak pandai membaca langsung walau dah 9 tahun. Walau bukan semua tapi majoriti ia kelas yang sangat lemah dalam membaca.

Saya kategorikan mereka anak-anak yang kurang mendapat perhatian mak ayah. Kebanyakan dari keluarga susah dan mempunyai adik beradik yang ramai maka mak yang tak bekerja sibuk uruskan keluarga.

Namun bukan itu yang saya nak kongsikan...saya nak share tentang pentingnya pemakanan anak-anak kerana ia membentuk otak mereka tanpa sedar.

Saya ada seorang murid yang saya ingat sampai hari ini. Mukanya handsome dan berkulit putih. Mungkin ikut wajah maknya yang cantik. Namun cabaran anak ini ialah apa yang dibaca tidak sama dengan apa yang disebut....

Masih ingat saya cuba membantunya belajar membaca....

Saya " Cuba kamu baca ini...."

Anak murid " k.a.m kam p.u.n.g pung " ...dan dia senyap.

Saya terus mencelah...so bunyinya apa?

Anak murid saya menjawab " longkang".

Saya andaikan dia hentam .....so saya betulkan dan  teruskan perkataan seterusnya....

" Cuba kamu baca yang ini pula....."

Anak murid " g.u.r.u ....cikgu"

Hmmm dah masuk perkataan kedua dan seterusnya saya perasan anak ini tidak fokus.

Apa yang boleh saya katakan otaknya kurang lecithin. Mengapa lecithin? Ini kerana ia membantu penghasilan acetylcholine yang penting untuk nuerotransmitter yang bekerja sebagai penghubung antara otak ke seluruh jaringan saraf dan pengendalian fungsi tubuh.

Banyak sebenarnya fungsi acetylcholine ini antaranya ialah membantu kita fokus , meningkatkan daya mengingat, rasa haus, pengaturan mood, otot dan beberapa lagi.

Memang kita nampak anak kita kenyang bila dah bagi makan ....namun adakah keperluan utama untuk perkembangan otak dan pertumbuhan tubuh mereka dipenuhi dengan sepenuhnya melalui pemakanan yang mereka amik sekarang?


Ditambah mainanan anak hari ini sangat canggih....ipad, PSP dan game di hp....ini semua membuatkan mereka hilang fokus dalam membaca tanpa kita sedar.

Punca cepat lupa.



DHA sangat penting untuk otak....tidak lupa juga dengan keperluan otak yang lain. Pengambilan Lecithin sebenarnya bagus untuk mereka.

Alhamdulillah saya dah mula konsisten bagi anak makan Lecithin , OmegaGuard, Carotomax, Nutriferon, Chew C dan Tripple Gems.

Mudah-mudahan mereka lebih fokus dan kreatif :)

Kalau kita boleh belikan anak kita pakaian yang cantik, mainan yang hebat pasti juga penting kita belikan mereka sesuatu yang bagus untuk perkembangan otak dan tubuh mereka.

Kita pun perlu amalkan vitamin terutama yang melibatkan otak ...OmegaGuard dan Lecithin sangat penting...walaupun ada orang fokus amik Lecithin dan OmegaGuard untuk kurus...uniknya supplement ini juga bagus untuk otak dan membantu daya mengingat dengan lebih bagus.

Sekarang kena juga pastikan pengambilan Lecithin konsisten macam amik OmegaGuard!!! Sure boleh lebih slim....yessss!!!!










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 November 2014

Basic Four Shaklee untuk dapatkan kesan vitamin yang sebenar?

Kalau nak bina rumah perlu ada tiang kan? Kalau makan Shaklee pun sebenarnya ada 4 asasnya.

Shaklee Muar

Makan vitamin bukan macam makan ubat, kesannya makan masa dan secara semulajadi bukan paksaan seperti ubat.


Kesan ubat bersifat sementara maka kita tak bergantung kepada ubat kerana badan kita iaitu sel tidak mengenali ubat sebagaimana ia mengenali vitamin dan zat galian.


Jika orang tanya berapa lama nak makan vitamin untuk dapatkan hasil yang bagus? Jawapan saya mudah sahaja, cuba amalkan lebih 120 hari secara istiqamah. Perlukah berhenti selepas 120 hari?
Pada saya rugilah kan bila dah sihat tapi kita taknak kekalkan kesihatan. Sedangkan kereta pun kita jaga dengan baik inikan pula badan sendiri yang tiada galang ganti.

Namun orang tanya apakah vitamin yang memberi kesan pada kesihatan? Saya jawab amik basic set dahulu.

Apa basic set Shaklee?



ada 4 produk utama Basic 4 ini iaitu

ESP Shaklee

Protien adalah keperluan asas pembinaan sel. Semua sel diperbuat dari protien. Rambut, kuku, kulit dan otot adalah dibina dari protien. Maka sel yang sel akan terhasil melalui pengambilan protien yang seimbang. Shaklee ESP diperbuat dari kacang soya yang asli dan TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK. Itulah yang dimaksudkan dengan Non GMO Soy. Ada juga yang bertanya apa sebenarnya GMO tu? GMO adalah genetik yang diubah contohnya seperti buat tembikai yang bijinya putih itu adalah contoh mudah GMO produk. Buah itu dipaksa membesar walau belum sampai masanya.
Kacang soya Shaklee dibiarkan membesar secara semulajadi manakala proses pembersihan kacang soya sebelum dijadikan serbuk ESP dicuci dengan air bersih dan bukan alkohol seperti sesetengah produk yang berada di pasaran. ESP Shaklee tidak mengandungi alkohol, laktosa dan kolestrol. ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan bagi mengekalkan tisu tisu yang sihat termasuk membekalkan 9 amino asid yang tidak dapat dibina oleh badan. ESP Shaklee tidak mengandungi pewarna, perisa tiruan, pemanis dan bahan pengawet.

Penghasilan sel yang sihat sangat penting untuk penyerapan vitamin dan zat galian yang lain dengan baik.
Shaklee Miri
Ihsan Google.
Pengambilan ESP Shaklee sangat penting dalam membantu penghasilan sel yang sihat dan membantu memperbaiki sel tisu yang rosak.


Vitalea Shaklee

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Ia penting dalam pembinaan hemoglobin dan membantu sel mendapat makanan yang lengkap dengan vitamin dan galian yang diperlukan. Vitalea Shaklee mengandungi semua vitamin dan galian yang lengkap. Sel yang sihat akan lebih efektif apabila mendapat semua vitamin dan galian yang diperlukan untuk pertumbuhan dan sistem tubuh.

Vitamin C Sustained Release.

Shaklee mempunyai Vitamin C 500mg sustained release yang bermaksud bersifat pelepasan masa. Setiap 100mg akan dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Ia sangat penting untuk melindungi sel dari kerosakan dan serangan penyakit. Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna, perisa tiruan dan pengawet tambahan. Ia diperbuat dari ekstrak kanji jagung dan sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 1/2 biji oren.Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg Bioflavonoids yang membantu penyerapan vitamin C secara langsung meningkatkan keberkesanan Vitamin C itu sendiri.


B complex Shaklee

Vitamin B Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan B dan ia sangat penting dalam pembinaan sel darah merah dan saraf. Vitamin B complex Shaklee juga lengkap dengan Biotin dan asid folik.
Ia juga dikenali sebagai vitamin penenang atau penstabil hormon. Ia sangat penting untuk memastikan sel sihat dan bergerak aktif.


Maka anda dah tahu mengapa pentingnya Basic Four ini bukan? Secara ringkasnya boleh saya jelaskan bahawa ESP adalah untuk bina sel, Vitalea adalah untuk makanan lengkap sel, Vitamin C sebagai pelindun Sel manakala Vitamin B complex untuk membantu Sel aktif dan sihat.

InsyaALLAH dalam entry akan datang saya akan sharekan secara lengkap pengambilan Basic Four ini bersama vitamin lain yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Jumpa dalam next entry insyaALLAH.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 26 April 2008

Ilmu baru

Kami baru pulang dari perjumpaan Shaklee di hotel Pacific Oriental di Miri. Hos adalah dari seorang yang saya kenali 8 tahun dahulu dan kini dah bergelar Datuk Dr Abdullah atau lebih senang dikenali dengan Master Che Lah. beliau merupakan seorang bekas guru yang bersara awal dan menumpukan sepenuh masanya memberi motivasi terutama dengan pemakanan cerdas minda.
Beliau menerangkan untuk mencapai kejayaan ada 11 halangan yang perlu dilalui oleh seseorang pelajar...antara yang saya ingat ialah, keletihan, gugup@gementar, emosi yang sering terganggu, konsentrasi yang terganggu dan beberapa lagi. Beliau juga menunjukkan beberapa slide dari petikan surat khabar seperti kenyataan yang dibuat oleh saudara Awang Had Salleh tentang mengapa pelajar Melayu sering merosot dalam pelajaran. Jawapannya adalah kerana pemakanan yang tidak seimbang. Master Che Lah menceritakan sudah menjadi kelaziman pelajar di asrama mahupun di Universiti bergantung dengan makanan segera yang popular iaitu mee maggi. Master Che Lah meminta kami yang hadir pulang dengan membuat eksperimen dengan mengambil kuah maggi dituangkan ke atas rumput dan kesannya ialah rumput tersebut akan mati. Beliau juga mengkaitkan dengan kesan makanan segera kepada neuron otak manusia di mana sekiranya makanan segera ini diambil dengan kuantiti yang banyak(kerap dalam seminggu) sudah pasti ia merosakkan sel secara langsung boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kronik. Nauzubillah, minta dijauhkan Allah.
Beliau menekankan agar anak-anak kita dibekalkan dengan zat asas agar mindanya lebih bagus. Antara yang penting untuk perkembangan minda anak ialah ESP, B complex, vitalea, vitamin C dan juga Lecitin. Beliau juga menambah sekiranya kita mempunyai lebih kemampuan adalah digalakkan kita memberi anak kita makan omega 3. Alhamdulillah saya dah memperkenalkan semua produk ini kepada anak-anak saya sejak mereka di dalam perut lagi. Hmmm... saya berdoa agar mereka tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia mahupun akhirat.
Sebelum saya terlupa, antara ilmu baru yang saya dapat malam ini ialah, satu sudu besar ESP Shaklee adalah bersamaan dengan satu jug air soya biasa yang dibeli di kedai. Bayangkanlah sekiranya seseorang itu minum 2 sudu sehari bermakna individu itu telah minum 2 jug sehari. Master Che Lah juga menutup cerita beliau dengan pemakanan orang Jepun di mana mereka mengambil segelas air soya setiap pagi sebagai minuman kesihatan beranding kita orang Malaysia yang bangga dengan minuman milo....huhuhu ( yang pasti tinggi dengan kandungan gula). Sebab itu orang Jepun sekarang lebih tinggi berbanding dengan sebelum ini.
Bagi yang berkemampuan, bukalah minda untuk terus berfikir. Ada mata kita lihat, ada telinga kita mendengar dan dengan akal kita berfikir.