Memaparkan catatan dengan label Tripple gem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tripple gem. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2019

Simple tapi seimbang dan berkhasiat.

Sebelum tidur kami sekeluarga akan turun minum....orang kata 'supper'. Walaupun hanya segelas bancuhan ESP Shaklee, Meal Shake Shaklee dan Performance Drink Shaklee.

Dan malam ni saya cuma tambahkan Vivix untuk saya minum....anak-anak mereka dah besar dan pandai bancuh sendiri. Biasanya Meal Shake Shaklee la paling cepat habis sebab rasanya macam ice cream vanila. Bau dia pun sedap.
Jadi anak-anak akan letak Meal Shaklee Shaklee lebih sedikit supaya dapat rasa lemak minuman.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Apa manfaat bancuhan 3 supplement ni?

Secara umumnya, ESP* adalah protien soya yang tidak diubah genetiknya. Ia membekalkan amino asid pada tubuh badan manusia. Tubuh badan manusia terdiri dari protein - sel , kulit , kuku , rambut malah seluruh organ terdiri dari protein. Maka pengambilan Protein yang lengkap dengan semua asid amino yang diperlukan oleh badan membantu membaikpulih sel yang rosak dan membantu menghasilkan sel baru yang lebih sihat.

Meal Shake* pula adalah multivitamin dalam bentuk serbuk dan terdiri juga dari Protein di dalamnya.
Ia membekalkan semua vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh tetapi tidak dapat dipenuhi hanya melalui hidangan makanan diet harian kita. Maka sel yang sihat pasti memerlukan vitamin dan galian yang mencukupi dan seimbang untuk membantu kelancaran organ berfungsi seterusnya membantu proses untuk sistem tubuh badan manusia bekerja dengan lebih baik.

Performance drink* pula adalah sejenis isotonik yang membantu menstabilkan ion-ion di dalam badan.  Membantu badan sentiasa hidrasi maka dengan ini membantu badan bertenaga dan cergas. Biasanya ia bagus diamalkan sebelum bersukan, masa bersahur malah jika ada muntah atau cirit yang berlarutan bagus amalkan Performance drink yang bertindak macam air garam yang doktor bagi.


Maka bancuhan campuran 3 supplement *ini memang sangat mudah dan menghasilkan menu yang simple tetapi lengkap dan berkhasiat. 

Selamat mencuba.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Beli produk Shaklee melalui bonus Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Menu sahur simple tetapi seharian cergas.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Sekarang dah masuk bulan April bermakna hanya lagi sebulan lagi jika dipanjangkan umur kita akan bertemu dengan Ramadhan.

Bagi yang perlu menggantikan puasa, kita masih punya sebulan lagi...

Saya dah cuba beberapa kali sahur kurma bersama bancuhan ESP, Meal Shake dan Performance Drink.

Terlebih dahulu, jika esoknya saya nak berpuasa, saya akan ambil beberapa biji kurma.

Saya akan buangkan semua biji kurma tersebut dan saya rendamkan kurma tanpa biji ini dalam segelas air dan saya simpan dalam peti sejuk untuk semalaman. Ini bertujuan untuk melembutkan kurma tersebut.

Esoknya waktu bersahur saya akan ambil kurma yang direndam dan saya masukkan beberapa sudu ESP, Meal Shake dan Performance Drink di blend bersama sekaligus.

Memang mengenyangkan dan badan rasa ringan dan berbeza bila sahur dengan nasi. Mata mudah mengantuk terutama nak tunggu solat subuh.

Bagi yang nak cuba sahur dengan supplement Shaklee, saya alu-alukan anda rasai sendiri perbezaan harian yang anda lalui bila bersahur dengan set ini. InsyaAllah sangat berpuas hati.


Saya blend dengan blender Shaklee jual sebelum ini...sangat mudah dan bancuhannya sekata.
Jika anda memang sudah ada blender buah atau jus boleh juga gunakan yang sedia ada.

Selamat mencuba.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu



Salam sayang
dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 12 Februari 2017

Minuman kesihatan seisi keluarga

Dah jadi kebiasaan kami sekeluarga, jam 10.30 malam adalah waktu minum atau supper [ makan biskut dengan air panas] bagi anak-anak.

Ya satu sebab untuk pastikan anak minum cukup air at least segelas sebelum waktu tidur. Adakala mood malas nak makan biskut anak-anak request minum protien. So bila sebut protien, sebenarnya kami berikan mereka 3 jenis supplement iaitu ESP, Meal Shake dan Performance Drink.

Shaklee Miri
Shaklee Triple Gems


Oh ya minuman ini juga yang mereka ambil pada waktu pagi selepas solat subuh.

Kami jadikan amalan supaya mereka boleh bertahan untuk tunggu makan pagi atau terus ke lunch bagi Addin.

Kenyang ke?

Ya sangat mengenyangkan kerana kini saya bancuh Meal Shake 2 scoop , ESP 1 scoop dan Performance drink dalam 1 sudu teh.

Supplement ini lengkap untuk pembesaran mereka kerana ESP membekalkan protien untuk tubuh mereka. Meal Shake sebagai multivitamin yang lengkap dengan serat dan zat galian serta Performance drink membantu mengekalkan ion dalam tubuh dan kestabilan eletrolit dalam badan.



Saya dan suami juga minum minuman yang sama pada waktu pagi cuma kami tambahkan Vivix dan kolagen.

Jika mencari supplement untuk anak-anak yang tak pandai telan vitamin atau tak suka makan vitamin tablet, boleh introduce 3 jenis supplement ini dan dibancuh sekaligus.

Alhamdulillah ia membantu anak kita sihat dan bertenaga. Paling utama membantu tubuh mereka mendapat zat yang secukupnya untuk pembesaran mereka.

Berminat nak dapatkan 3 vitamin ini?

Boleh hubungi kami di talian 0128535689 untuk maklumat lebih lanjut.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 15 Januari 2015

Shaklee Wellness Fair di Labuan hujung minggu ini!

Oh esok dah Jumaat...dan Sabtu kita meriahkan Wellness Fair di Labuan bersamaan 17 Januari 2015!

Bertempat di Bilik Seminar Bunga Raya Ujana Kewangan Labuan bermula jam 2 sehingga 6 petang.

Apa yang ada masa Shaklee Wellness Fair tu?

Shaklee Miri Wellness Fair


Ada beberapa aktiviti yang menarik yang disediakan oleh pihak Shaklee. Antaranya pre-check kesihatan, konsultasi dari pakar nutrisi Shaklee, product sharing dan kami turut menyediakan beberapa vitamin untuk prospek cuba seperti Tripple Gems dan Vivix sebagai inisiatif membantu kalian semua mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan setiap produk tersebut.

So jom  datang beramai-ramai di Bilik Seminar Bunga Raya Ujana Kewangan pada Sabtu ini 17 Januari 2015.

Jumpa di sana!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 14 November 2014

Shaklee Muar - Shaklee Maharani

Guru saya penulis buku terkenal MLM sering menekankan produk yang menggerakkan bisnes. Saya akui terdapat kebenaran dalam kata-kata itu.


Dalam Shaklee kami menekankan ilmu terutama pada semua produk Shaklee tawarkan dalam Malaysia. Malah syarikat menyediakan kursus khas untuk semua pengedar untuk mendalami ilmu produk.

Selain itu Shaklee juga mengadakan Health and Wellness Talk berkaitan dengan produk atau pencegahan penyakit dan topik yang berbeza pada setiap bulan.

Alhamdulillah Shaklee Talk yang kami buat di Muar dapat sambutan yang sangat baik. Tajuk yang kami share kan ialah pencegahan Diabetes sebelum parah.

Saya dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli dan prospek yang sudi datang dan bersama kami selama 2 jam untuk sesi health talk ini. Mereka yang hadir juga dapat merasa sample vitamin yang kami sediakan seperti Vivix, ESP Shaklee, Performance drink dan Meal Shake.

InsyaALLAH ada rezeki kita berjumpa lagi.

Bagi anda yang berminat nak sertai kami boleh call saya atau email seperti butiran di bawah. Menjadi ahli walau bukan untuk bisnes tapi untuk boleh mendapatkan harga ahli dengan setiap pembelian produk. Boleh sertai group Shaklee Maharani bersama leader kami ...bersama kita menuju puncak!

Shaklee Maharani
Shaklee Maharani


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 November 2014

Bisnes Shaklee boleh buat di mana-mana sahaja !

Alhamdulillah hari sebenarnya tak de plan apa-apa kecuali nak bawa anak jalan-jalan kat Wetex Muar. Lama dah tak balik Muar...sebab selalunya mak akan jalan KL dan kami adik beradik kumpul di KL aje.


So selepas sarapan kami keluar ke Wetex dan bestnya bila dapat jumpa kedai buku Popular kat Muar.

Inilah satu-satunya kedai buku Popular yang sangat kemas dan teratur. Selama sejam juga kami jalan dan belek buku dalam Popular kat Wetex tu. Sayangnya lupa nak ambik gambar aje tadi.

Seperti biasa kami akan beli buku untuk bahan bacaan santai....walaupun kat rumah buku dah berlambak macam perpustakaan nak runtuh. Tapi sebab memang suka beli buku so kalau masuk tak sah kalau tak beli. Dari zaman sekolah dulu memang suka membaca sebab ada pakcik yang kerja DBP jadi banyaklah buku boleh baca. Masih ingat pesan arwah Haji Talip, duit mesti banyak guna untuk buku. Ilmu itu lebih mahal dari duit kata arwah.

Selepas keluar Wetex anak dah mula bising mengadu lapar nak makan tengahari. Waktu tu jam 2 petang. Kami cuba jalan depan kedai Satay Warisan tapi dah tutup. So kami cuba ke kedai Satay Riniey depan Sek Chung Hwa pula. Alhamdulillah buka. Dapatlah alas perut dengan satay lagi.

Masa makan teringat dengan geran kereta mak belum amik kat bank untuk pembatalan hak milik. Habis makan singgah ke Maybank dan amik geran terus ke JPJ Muar. Alhamdulillah niat untuk beli kereta mak dah tercapai. Lega dah selesai semua. Itu kelebihan bila berniaga. Ada lah cara nak dapat lebih berbanding zaman makan gaji dulu.

Sambil jalan tu sempat siapkan order downline tadi. Itu aje yang saya bersyukur sangat sebab boleh bekerja sambil buat banyak urusan. Bisnes tetap jalan macam biasa. Semuanya hanya dihujung jari. Kami tak bawalah laptop ke hulur hilir sebab order buat buat pakai panggilan telefon ke Shaklee aje.

Kalau ada yang pertama kali baca blog saya, saya nak share bahawa saya seronok buat Shaklee kerana sekarang Shaklee dah sediakan banyak kemudahan untuk semua pengedar mereka. Bukan sahaja boleh order online tapi boleh melalui panggilan telefon tau. Selepas buat order Shaklee akan buat penghantaran. Bukan itu sahaja tau, penghantaran produk Shaklee lengkap dengan insurans. Bak kata orang ada jaminan la kan....tu yang bagus.


Dah alang-alang kat Muar tu yang kami buat Health Talk esok di Hotel Riverview Muar untuk share kan supplement yang bagus untuk cegah Diabetes atau nama lain kencing manis. Alhamdulillah Vitamin Vivix dan Tripple Gems yang saya order pun dah sampai. At least sapa yang datang esok boleh rasa sendiri vitamin tu.

So jika anda ada kenalan yang berada di Muar jemput datang esok ya!

Kencing Manis

Nanti kita update lagi.




 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 10 November 2014

Shaklee Muar : Cegah Diabetes Sebelum Parah.

MUAR 15 Okt. - Kira-kira 20 peratus penduduk di daerah ini yang berusia 60 tahun ke atas berisiko tinggi mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi.Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd 


Tahukah kita ibu kepada segala penyakit adalah kencing manis? Ramai orang yang mengidap banyak penyakit bermula dari diabetes yang tidak terkawal. Diabetes atau nama lain yang lebih mudah difahami sebagai kencing manis adalah penyakit senyap yang merbahaya.

Shaklee Miri Kencing Manis
Ihsan Google


Diabetes Shaklee Miri
Klik gambar untuk besarkan imej.

Justeru itu saya ingin berkongsi tips kesihatan bersama penduduk Muar mengenai Pencegahan Kencing Manis bersama Shaklee.


Stay Healthy Be Wealthy


Tajuk : Cegah Diabetes Sebelum Parah
Tempat : 
HOTEL RIVERVIEW MUAR
[Level 4]
Muar Johor



Tarikh : 12-11-2014.

Masa: 8-10 mlm.
Pemeriksaan kesihatan percuma utk 15 terawal.
KEMASUKAN PERCUMA!
Jom datang bersama mereka tersayang!


Kami turut menyediakan minuman Tripple Gems Shaklee untuk mereka yang hadir. Cabutan bertuah juga disediakan!!!
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 26 Oktober 2014

Otak anak yang sihat; Tripple Gems Shaklee bagus untuk sarapan?

Semasa menjadi cikgu dulu, bila masuk kelas pagi saya suka tanya " Sarapan apa kamu hari ini?" dan ada banyak jawapan kanak2 comel itu beri.

Shaklee Miri COD

Bayangkan budak umur 9 tahun [ darjah 3 ] bila jawab soalan cikgu bagi sambil menjerit mengharapkan perhatian cikgunya. Lucu dan adakala mencuit juga perasaan bila ada yang jawab ...    " Tak sempat sarapan la cikgu."

Biasanya jawapan yang mereka beri ialah

1. Sarapan sekian...mak masak sekian....

2. Tak sempat cikgu

3. Tak makan sebab mak tak sediakan

Paling kasihan mereka yang tak bersarapan...so biasanya kalau mereka ada bekal air saya pesan agar mereka minum dulu supaya mereka masih bertenaga walaupun yang diteguk hanya air kosong sahaja.

Bagi yang mak masak pula adakala mak masak yang heavy sudahnya anak dia mengantuk dalam kelas.

Ada pula everyday mak bagi makan hotdog sudahnya anak dia jadi sangat besar walhal masa darjah satu dulu badan kurus aje.

Kadang2 mungkin si ibu ni buntu nak bagi anak makan apa sarapan pagi maklumlah masa tu berlalu sangat cepat. Terutama mereka yang naik bas mereka akan keluar awal pagi lagi berbanding murid yang mak ayah mereka hantar ke sekolah.

Namun bagi anda ibu yang sedang membaca coretan saya ini...apakah yang anda berikan kepada anak anda sebelum mereka ke sekolah?

Adakah segelas teh? Atau segelas Milo atau Horlicks? Atau juga segelas susu?

Mahu tak cuba berikan mereka yang lebih baik?

Paling penting set sarapan ini sangat bagus untuk pembentukan otak yang cergas, badan yang sihat serta ia juga mengenyangkan dalam keadaan mereka yang perlu ke sekolah awal pagi.

Set yang saya maksudkan ialah campuran minuman ESP + Meal Shake + Performance Drink.

ESP Shaklee ada sejenis supplement protien yang berkualiti dan ia adalah non GMO soy iaitu soya yang tidak diubah genetiknya. Tidak mengandungi laktos dan kolestrol. Sangat bagus untuk pembesaran otak anak sepertimana yang mereka perlukan.

Protien berperanan dalam proses pemielinan iaitu untuk menghantar impuls saraf.
Semakin tinggi kemampuan menghantar impuls maka semakin tinggi tahap kecerdasan otak anak.
Maka pentingnya protien yang seimbang untuk keperluan ini.

Shaklee Miri ready stock

Ada 9 amino asid yang penting dan diperlukan oleh badan tetapi ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Maka protien ini perlu diambil dari sumber luar dan ESP Shaklee mengandungi 9 amino asid ini.


Meal Shake pula mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh anak untuk membesar dengan sihat. Ditambah pemakanan hari ini anak2 kita terdedah dengan pelbagai jenis junk food.

Performance drink membantu kestabilan air dalam tubuh anak kita agar mereka kekal sihat dan tidak mudah dehydrate. Maklum anak2 ni jarang nak minum air dan kerana inilah mereka mudah jatuh sakit terutama bila aktif dan badan mula dehydrate.

Sesungguhnya pengambilan 3 jenis minuman ini [ boleh dibancuh sekaligus] sangat sesuai untuk anak kita ...bagus untuk otak mereka dan mereka juga mudah kenyang tetapi tidak menyebabkan mereka mengantuk malah sangat segar dan kekal aktif.


Shaklee Miri Ready Stock

Nak dapatkan stok ini? Boleh hubungi kami di talian di bawah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp/ Telegram : 012-853-5689 ♛ 

Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 2 Julai 2014

Set Berpuasa paling Laris !!!! Customer saya kata .....

Tak kenal maka tak cinta. Memang pada mulanya beliau was-was tapi setelah minum set Tripple Gem beliau sangat teruja !


Apa kata pelanggan baru saya tentang set berpuasa ?

Shaklee Sarawak


Anda berminat untuk dapatkan set Tripple Gem untuk berpuasa dan percayalah ia sangat sesuai untuk seisi keluarga!!


jangan berlengah lagi. Jom order hari ini!




♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 20 Ogos 2010

Puasa, dahaga dan penyusuan


Sejak bermulanya Ramadhan, ibu didatangi dengan pelbagai pertanyaan mengenai puasa dan penyusuan. Ramai ibu2 yang khuatir akan jika berpuasa itu menyebabkan gangguan kepada penghasilan susuibu.

Hakikatnya berpuasa tidak mengganggu penyusuan JIKA si ibu sudah mempunyai persediaan yang rapi dari segi fizikal dan minda.

Apakah yang dikatakan dengan persediaan fizikal?

Kita boleh hidup tanpa makan selama 10 hari dan kita boleh hidup dengan hanya minum air selama 50 hingga 60 hari sekalipun. Ini kerana keperluan badan adalah 70 peratus adalah air. Maka tanpa makanan, kita masih boleh menyusu sebenarnya. Namun kebanyakkan ibu2 khuatir apabila tidak makan dan minum akan mengakibatkan susu kekurangan nutrien dan semakin sedikit. Ini tidak akan berlaku apabila si ibu sudah bersedia dengan persiapan yang teliti.

Apakah yang dimaksudkan dengan persiapan yang teliti?
Jika kita sudah tahu yang keesokkannya kita akan berpuasa, maka pastikan malam itu kita mempunyai dinner yang seimbang dengan segala keperluan. Pastikan menu mengandungi sayur dan buah-buahan demi memastikan kita tidak sembelit during berpuasa. Serat sangat penting agar pembuangan menjadi lawas dan mengelakkan penyakit buasir
Pengambilan air perlulah disukat dengan sukatan yang khusus. Sebagai contoh 3 liter adalah bersamaan dengan 2 botol air 1.5liter.  Nampak seperti banyak 3 liter itu namun sebenarnya dari jam 6 petang waktu makan malam sehingga jam 5 pagi esoknya kita mempunyai almost 11 hours. So keperluan kita untuk melengkapkan minum 3 liter air adalah sangat panjang. Ini sangat membantu kita berpuasa dengan jayanya.

Jika berkemampuan, tidak salah mengeluarkan sedikit belanja membeli minuman berglukos seperti PD iaitu Performance Drink. Ianya minuman yang mengandungi formula opticarb iaitu membantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa, memastikan kandungan gula dalam darah  dan bendalir dalam badan adalah seimbang. Ia membantu si ibu tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa disamping melaksanakan perahan buat si manja tersayang.


Bagaimana dengan persediaan Minda?

Minda adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat mahupun disentuh. Minda yang tenang dapat mengawal tubuh dengan lebih baik. Ianya akan lebih seimbang dan yakin akan hadir apabila kita dekat denganNya. Minda yang tenang dan yakin hadir hasil dari amalan kita sendiri. Amalan seperti bersedekah, berzikir, solat sunat membantu mendekatkan diri kita dengan pencipta dan secara tidak langsung akan meyakinkan kita bahawa janji pencipta iaitu Allah itu benar...barangsiapa yang menurut perintahNya akan menikmati banyak nikmat.


Sekadar perkongsian ringkas persiapan tubuh dan minda untuk berpuasa bagi ibu yang menyusu :)

(152) Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(153) Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya. Ameen ameen.

Salam sayang dari ibu

Khamis, 1 Julai 2010

Tripple Gem bagus semasa berpuasa?


Ramai yang bertanya tentang tripple gem. Bagi yang baru membaca blog ini, biar ibu maklumkan bahawa tripple gem terdiri daripada Energizing Soy Protien ( singkatannya ESP), Meal Shake (singkatannya MS)dan Performance Drink (singkatannya PD).

Apakah kebaikan Tripple Gem?

Ianya didatangkan dalam bentuk serbuk. Performance drink digalakkan disimpan di dalam fridge supaya ia tidak mudah keras.
Tripple gem boleh diambil dan sangat disarankan kepada mereka yang tidak suka pengambilan vitamin dalam bentuk pil atau kapsul.Tiada masalah jika seorang pengguna tegar supplement hendak menukar cara pengambilan supplement  kepada bentuk serbuk@ cecair yang lebih mudah untuk ditelan.

Kelebihan tripple gem ialah mudah telan dan lebih mudah diserap oleh badan kerana sifatnya yang bersifat cecair selepas dibancuh dengan air. Ia dapat membantu menambahkan keperluan air yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Bagaimana sukatan pengambilan Tripple Gem dan berapa lama ia boleh bertahan?
Ibu mengesyorkan pengambilan satu sudu besar setiap ESP dan satu sudu besar Performance drink serta 1/4 cawan Meal Shake dibancuh sekali bersama 250-300ml air masak biasa atau jus oren untuk pagi dan sekali malam jika menyusu anak.
Jika suami nak join minum pun boleh, memadailah sekali sehari kerana keperluan ibu mengandung terhadap vitamin lebih tinggi dari tubuh manusia yang tidak menyusu.
Jika ketiga2 supplement ini dikongsi untuk seisi keluarga mungkin ia bertahan untuk sebulan hingga sebulan setengah sahaja...maklumlah dalam bentuk serbuk kepada cecair, adakala sukatannya akan berubah mengikut citarasa kita. Namun jika ianya hanya di consume oleh seorang sahaja, ia boleh bertahan sehingga 2 bulan.


Salam sayang dari ibu



Jumaat, 16 April 2010

Supplement dan Penyusuan



Setiap perkara yang ditakdirkan pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Inilah yang ibu lalui apabila melahirkan Addin secara pembedahan. Secara kebetulan abang Addin dilahirkan dengan keadaan tak cukup bulan iaitu antara 34-35 minggu… jadi ibu nekad nak mengambil supplement kerana ibu tahu luka dalam (bahagian rahim yang di potong ) dan luka luar jahitan di perut perlu cepat baik agar ibu dapat menjalankan aktiviti harian ibu seperti biasa tanpa terbatas hanya kerana ceaserean.

Pengambilan vitamin pada asasnya hanya sebagai “ubat” kepada ibu untuk cepat baik dari luka pembedahan. Ibu tak mahu mengambil pil penahan sakit kerana pada ibu ianya melemahkan saraf sahaja.

Tanpa ibu sedari Addin membesar dengan sangat hebat… kenaikan beratnya pada 6 bulan pertama sangat menggalakkan. Ia mengujakan ibu dan abah tentang kebaikan susuibu pada si kecil. Tidak ibu nafikan Addin sangat kuat menyusu sehinggakan ibu terpaksa membuat ulangkaji melalui buku2 tulisan Dr. Bruce Miller yang memang menjadi koleksi ibu selama ini. Ibu mencari apakah supplement yang membantu membanyakkan susu dan akhirnya ibu terjumpa perkataan….Alfalfa helps to stimulate milk for breastfeeding mothers.

Namun ibu tidak punya sesiapa yang mempu guide dengan sepenuhnya sehinggalah baru ibu tahu Alfalfa dalam kumpulan “galaktogue”…dan memang berfungsi untuk menggalakkan tubuh si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik dan segera.

Supplement yang ibu ambil selepas operation adalah supplement asas untuk membaikkan luka ibu…itulah intention pertama ibu mengapa ibu mengambil supplement. Di samping itu ibu cuba mencari perkaitan mengapakah berat Addin naik dengan sangat hebat berbeza dengan baby kawan2 ibu yang menyusukan anak mereka(walaupun mereka menyusukan hanya 6 bulan tetapi progress mereka berbeza) sehinggalah satu hari Dr Haizam membuka minda ibu….
“Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susuibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

Barulah ibu tahu bahawa susuibu itu sendiri mengandungi segala macam vitamin yang ibu makan selama ini untuk mengubat luka rahim dan jahitan di perut ibu.

Maka ibu pun membuat kesimpulan bahawa sekiranya seseorang ibu itu menyusukan anaknya dan andainya si ibu itu menjaga pemakanan hariannya serta menambahkan supplement dalam dietnya, secara langsung ia memberi kesan ke atas zat di dalam susuibu itu sendiri.

Apa jua makanan yang diambil oleh si ibu akan disalurkan kepada anak yang menyusu tadi….sebab itu apabila si ibu sakit dan dibekalkan ubat oleh tuan doctor maka perlulah si ibu tadi memaklumkan kepada tuan doctor bahawa dia(si ibu) itu menyusukan anaknya agar ubat yang dibekalkan selamat untuk penyusuan.

Mengapakah 3 vitamin ini penting untuk membantu penyusuan?

Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).

B complex- Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Kekurangan B12 jika tak silap ibu yang boleh menyebabkan si ibu hilang keseimbangan rasa..iaitu mudah moody, sensitive, mudah mengalah @ surrender, cepat letih, murung(terutama selepas bersalin) dan muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Vitamin C- rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor past mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil.


Perlukan pengambilan supplement dari kumpulan “galaktogue” seperti Alfalfa atau Halba(nama science nya fenugreek)?

Jujurnya pada ibu ya, sebab ia membantu penghasilan susuibu dengan baik, lancar dan mudah. Pengambilannya mungkin berbeza pada setiap badan. Ada antara ibu yang makan 2 biji sudah memberi impak yang besar manakala ada yang memerlukan pengambilan maksimum untuk mendapatkan impak yang hebat. Antara Alfalfa dan fenugreek, ibu lebih selesa Alfalfa kerana kebaikkannya banyak…ia adalah raja segala tumbuh2an, ia dapat menyejukkan badan jika si ibu demam, ia juga membantu si ibu menjalankan tanggungjawab isteri dengan penuh senyuman dan ia juga mencantikkan kulit si ibu. Pengambilan alfalfa juga tidak memberi kesan bau ke atas ibu mahupun si anak. Alfalfa sangat membantu mengurangkan keradangan akibat eczema kepada si kecil yang mengidap penyakit tersebut. Pengambilan alfalfa membantu eczema dari terus melarat. Ini telah ibu lalui melalui pengalaman ibu sendiri.

Oh ya, last but not least…vitamin adalah tidak sama seperti ubat. Ubat adalah satu rawatan segera yang secara perlahan2 memberi kesan kurang baik ke atas antibodi tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin… vitamin adalah makanan sel dan ia membantu sel untuk stimulate dan membentuk sendiri antibodi melawan penyakit untuk tubuh kita.
Sebab itu pil2 yang tuan doktor syorkan untuk banyakkan susu seperti motilium sebenarnya bagus untuk jangkamasa pendek sahaja tetapi bukan untuk jangka panjang dan ianya dibekalkan untuk jangka pendek kerana ia boleh memberi kesan seperti depressed dan sebagainya jika pengambilan berterusan.

Oh ye, sebenarnya ibu memang consume banyak lagi supplement seperti ESP(protin), kalsium, omega, vit E dan beta carotene tetapi ianya bukan satu yang wajib untuk diambil sekadar menambahkan nutrisi dalam susuibu…..

The best investment dan paling berbaloi. Mana taknya berbaloi, susuibu yang mengandungi banyak nutrisi terutama vitamin C akan dengan sendirinya boleh menjadi penawar kepada si anak jika si kecil itu demam, selsema mahupun batuk. Jika Addin atau Nasa mempunyai simpton ke arah 3sakit ini ibu akan double dose kan pengambilan vitamin C instead of 1 tab ibu akan amik 2 tabs iaitu pagi dan malam.

Oh ye, tak lupa yang bertanya mengapa beli vitamin sedangkan boleh diambil dari klinik kerajaan sahaja? Jawapan ibu ialah terpulang pada individu...

Mengapa ada yang mahu bersalin di hospital swasta sedangkan hospital kerajaan jauh lebih murah?
Jawapannya: Tepuk dada tanya selera!





Salam sayang dari ibu



Selasa, 23 Mac 2010

Inilah ibu...




Ibu memang menulis blog ini untuk berkongsi dengan teman2 diluar sana tentang apa yang pernah ibu lalui...terutama tentang masalah kesihatan, penyusuan dan amalan serta petua yang saya rasakan boleh membawa manfaat kepada yang memerlukan.

Bukan ibu nak menunjuk pandai tapi sekadar bercerita dengan cara ibu apa yang ibu faham tentang segala info yang ibu perolehi dari buku bacaan ibu.

So semalam, bila ibu dapat tahu yang ibu entitle dapat freegift...ibu terus email semua teman setia ibu so that mereka pun akan dapat freegift tu. Bila ibu dapat ym dari auntie Aishah betapa seronoknya dia bila dah terima gift, it really makes me happy.Begitu juga bila ada teman yang mesej ibu kepuasan apabila merasakan perbezaan Shaklee. Itulah yang ibu rasakan. 

Ada soalan cepu emas dari seseorang:

Jika puan kata kita boleh amik vitamin dari klinik kerajaan, mengapa puan tidak mengambilnya sahaja dari klinik kerajaan?

Jawapan saya secara peribadi:

Vitamin yang kerajaan sediakan di klinik kerajaan adalah khusus untuk rakyat yang kurang berkemampuan untuk membelinya dari farmasi atau mana2 sumber berbayar.  Ianya adalah salah satu usaha kerajaan membantu golongan yang susah terutamanya ,agar kesihatan mereka juga tidak terjejas.
Pada saya secara jujur, jika berkemampuan adalah lebih baik kita membeli dari mana2 sumber dan tidak mengambil hak golongan yang sepatutnya  lebih layak. Macam rumah kos rendah... memang ramai yang mahu membeli untuk didiami mahupun disewakan kepada orang lain bagi menjana duit namun ianya adalah hak golongan sederhana yang pendapatan perkapita nya kecil. Semua orang suka yang percuma dan ianya tidak dapat dinafikan lagi. Tapi jika kita memberi hak kepada yang berhak, hidup kita pasti lebih berkat. Ditambah pula kerajaan sekarang sedang mempunyai masalah budget, maka tak salah jika kita mampu beli then kita beli.

Apa pun ibu bersyukur, customer ibu bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional termasuklah doctor tetapi dari staf sokongan kerajaan dan mereka yang bekerja di sektor swasta. Terima kasih kerana kalian turut berkongsi produk dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Semoga kebahagian sentiasa bersama kita.






Salam sayang dari ibu



Sabtu, 13 Mac 2010

ACE, ketumbuhan dan kanser- testimoni baru.




Kelmarin ibu bersembang dengan dua kenalan ibu dari alam maya... mereka ini mempunyai masalah yang sama iaitu ketumbuhan di ovari. Walaupun mereka ini hanya mendapatkan khidmat nasihat ibu sahaja tapi ibu tetap mahu mengetahui hasil dari apa yang ibu kongsikan selama ini ...

Ibu selalu mengingatkan diri ibu dan semua kenalan ibu, sesuatu penyakit itu diturunkan bersebab...selalunya agar kita lebih beringat pada yang Maha Esa. Selain berusaha, doa juga tidak kurang pentingnya.

Syukur pada Allah kerana kedua2 teman ibu ini semakin sihat dan suara mereka sangat ceria kedengaran di telefon. Cyst mereka sudah semakin mengecil dan ini membuktikan teori sains selama ini benar...ACE dapat menghalang kanser dari terus merebak.

Mengapa ACE? Ini kerana vitamin A atau lebih specific Beta Carotene, Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang terbaik dalam mencegah dan merawat penyakit. Walaubagaimanapun, ini mestilah berlaku dengan izin Allah jua. Bagi mereka yang bertawakal dalam usaha untuk mendapat kesihatan yang baik, nescaya Allah bukakan jalan kemudahan untuk mencapai yang dihajatinya.

Buat Nani dan Nur...syukur kerana Allah mengizinkan kalian mengenali Shaklee dan syukurlah kerana dengan izinNya, kalian semakin sembuh dan bertambah bahagia.
Salam sayang dari ibu

Khamis, 23 April 2009

Tripple Gem

Tripple Gem adalah set yang terdiri daripada Energizing Soy Protin, Meal Shake dan Performance Drink. Set ini digalakkan ambil kepada golongan yang tak boleh nak telan vitamin langsung. Ianya juga sangat sesuai diambil oleh golongan ibu mengandung dan menyusukan anak. Ada ramai tetamu dari internet yang menanyakan kepada saya jika ada supplement yang bukan dalam bentuk pil maka inilah jawapannya....
TRIPPLE GEM.