Memaparkan catatan dengan label Uric Asid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Uric Asid. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2023

Cakna makanan kita : Kesan uric asid tinggi bahaya pada kesihatan.

Masa first time saya buat blood check up, bacaan uric acid saya tak la tinggi sangat...tapi saya notis lepas saya makan ubat darah tinggi dan tabiat makan yang tak sihat, bacaan makin tinggi saban tahun.

Biasanya mereka yang ada masalah uric asid tinggi ini dikaitkan dengan penyakit gout, namun balik kepada bacaan darah kita juga.


kristal yang terbentuk akibat uric asid yang tinggi



Stress juga dibuatnya walaupun saya takde masalah rhemotoid faktor tapi bila bacaan uric asid tinggi, sendi dan tapak kaki dah mula rasa sakit. Kalau kat tapak kaki tu rasa macam kena cucuk dek jarum bertalu-talu. Allahu Allah aje yang tahu.

Sebenarnya paling risau, bila uric asid tinggi ni adalah pembentukkan batu karang.

Batu karang boleh berlaku pada orang yang menderita paras asid urik yang tinggi, dan batu-batu karang ini mungkin tidak disedari sehingga ia tersangkut di dalam ureter, menyebabkan kesakitan yang teruk, kencing yang lebih kerap dan menyakitkan, air kencing berdarah, atau loya dan muntah.

Walaupun batu karang disebabkan asid urik biasanya dijumpai pada pesakit gout, penyakit ini juga dikesan pada kira-kira 20% pesakit yang mempunyai paras asid urik yang tinggi tetapi tiada gout.

Simptom batu karang termasuk,
- sakit atau sakit berdenyut-denyut di bahagian bawah belakang dan sebelah abdomen atau pangkal paha
- air kencing berdarah dan berbau
- sakit ketika buang air kecil
- demam jika terdapat jangkitan


Batu karang yang biasa di dapati dalam buah pinggang atau hempedu



Selain itu, salah satu tanda asid urik tinggi yang paling teruk ialah kegagalan buah pinggang, yang menunjukkan tanda seperti,
- kurang buang air kecil
- sesak nafas
- bengkak pada kaki
- kekeliruan
- mengantuk, keletihan
- sakit dada.


So benarlah kata seorang Dr yang saya jumpa baru ni, dia kata kita perlu buat blood check up at least 2 kali setahun. Barulah kita tahu macam mana keadaan dalam badan kita. Jangan assume semua ok sampai tiba-tiba rupanya kronik.




#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock







Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Cakna makanan kita : Apakah antara makanan yang buat uric asid tinggi?

Selepas dapat bacaan uric asid tinggi, saya mula mencari di google, makanan yang menyebabkan bacaan uric asid saya meningkat .

Rupa-rupanya kerana saya gemar minum kopi kampung atau kopi campuran. Biasanya dalam kopi kampung mereka akan mencampurkan dengan marjerin untuk beri rasa lemak. 


Saya juga suka makan sardin terutama roti sardin, tidak kurang juga makanan laut seperti kerang, tiram, siput serta saya suka makan organ dalaman seperti pedal dan hati ayam buatkan bacaan naik dengan sangat mendadak.

Makanan proses juga tidak sesuai dijadikan amalan contohnya burger, dimsum serta makanan yang banyak pengawet adalah antara makanan yang perlu dielakkan kerana ia memberi kesan mudhorat pada tubuh badan manusia.


Ada beberapa artikel perkongsian tentang makanan yang menyumbang kepada kenaikan uric asid dalam badan. Makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit gout.

Dalam artikel itu ada dinyatakan makanan yang perlu dielakkan atau kurangkan supaya masalah uric asid akan dapat di atasi.

So, adakah anda dah mula cakna tentang pemakanan anda?


#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 16 Januari 2023

Tips turunkan bacaan Uric asid dari 475 umol/L kepada 0.35 mmol/L

Saya dah suami adalah pengguna setia BP Lab. Syukur sebab abah Addinnasa ni orang yang sangat menjaga kesihatan. Jadi setiap kali dia buat blood check up, saya akan join sekali. Tapi uniknya 2022 saya tak buat langsung! Sebab setiap kali abah Addinnasa pergi buat check up time saya tak sesuai buat....hehehe. 

Selepas attend kelas Dr Redza, saya mulakan azam, kena buat jugak. Jangan syok sendiri kata Dr Redza.

Result sentiasa boleh kita check and compare dalam apps dia. Sangat mudah.



Memula takut sangat nak tengok result, tapi ....alhamdulillah ada satu yang menarik perhatian saya adalah uric asid saya menurun dengan sangat banyakkkk. MasyaAllah. Alhamdulillah Allahu Akhbar!

Masa sebelum ini, bacaan uric asid saya  makin bertambah sampai melepasi boarder dan doc turut memberi  warning dengan keadaan saya. Syukur sebab saya takde masalah rhemotoid factor, so alhamdulillah masa bacaan tinggi saya cuma rasa tapak kaki berdenyut macam kena cucuk jarum sahaja. 


Namun saya juga mencari rawatan alternatif untuk turunkan bacaan uric asid ini. Ditambah saya kena konsisten amalkan ubat darah tinggi, pastinya sukar nak turunkan bacaan uric asid.




Dan ada yang menarik minat saya.... kopi. 


Saya mula kurangkan makan daging merah, seafood, apa sahaja yang buatkan uric asid naik. Sebelum ni memang makan semua...tapi insaf juga bila bacaan makin naik.


Dah masa kena kawal makan ni!

Sebelum ini saya suka sangat minum kopi kampung, tapi suami saya tegur sebab kopi kampung biasa akan bercampur dengan marjerin, memang tak bagus untuk kesihatan. Jadi saya tukar dengan amalkan kopi biji....minima sehari sekali....



Roasted coffee bean [ biji kopi panggang]


Tak sangka ia menjadi....


TETAPI ada kesan sampingan lain yang kena jaga juga. Bila selalu minum kopi, bahayanya pembetukan darah akan terjejas. Mudah dapat anemia....HB juga akan rendah ditambah tulang mudah rapuh, jangka panjang boleh kena osteoporosis.  Ok kena ada ilmu benda ni.


So ada vitamin yang saya konsisten makan untuk counter back masalah yang timbul.... 

Ostenutrix - kalsium untuk bantu atasi masalah tulang rapuh.

Vitamin C - Supaya salur darah sentiasa elastik

Omega - minyak ikan yang bantu elakkan plak dalam otak. Supaya tak mudah kena alzheimer.

B complex - untuk bantuk pembetukan dan penghasilan darah merah.

Vitalea - WAJIB untuk bina darah. Pengambilan kopi akan menyebabkan penghasilan darah dan penyerapan zat galian terganggu. So multivitamin menjadi kewajipan dalam list harian yang perlu amik

Uric asid
Keputusan bacaan ujian darah Nov 2021




Uric asid
Keputusan bacaan ujian darah Jan 2023


So bagi anda yang ada masalah macam saya boleh la cuba tips ini. 

Jika anda adalah orang yang ada masalah dengan susu, boleh amalkan minum kopi sahaja tanpa susu....atau nama popular dia Americano. Kalau anda tiada masalah dengan susu, boleh la amalkan Latte atay Cappucino hari hari.


Selain itu boleh amalkan minum air hirisan lemon. Sekali sehari sahaja. Jangan pula tambah gula.



So selamat mencuba, dan jangan lupa jaga kesihatan secara keseluruhan , bukan jaga uric asid sahaja tau!



#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 16 Oktober 2021

Tips turunkan bacaan uric asid

Sebelum ni tak pernah rasa yang mencucuk di telapak kaki...tapi kebelakangan ni kerap pula...hmm pelik juga. Sebelum ni biasa kebas aje...itu tanda kurang kalsium. Namun selepas amalkan secara konsisten pengambilan Ostematrix Shaklee, kebas pun hilang. Oh sebab dalam Ostematrix Shaklee ada kandungan galian yang bernama Boron. Boron berfungsi untuk memampatkan tulang. Maka sebab tu siapa yang amalkan Ostematrix Shaklee memang akan dapat kesan yang ketara pada tahap kesihatan.

Berbalik kepada sakit kaki yang mencucuk tadi....suami mengajak buat health check up di BP Lab. Boleh lihat >>> BP Lab yang berdekatan<<<.

Ini bacaan yang diambil pada bulan April 2021.

Sila klik untuk besarkan image


Oh masa tu baru tahu bacaan uric asid saya tinggi.... 


Oh sebelum itu....

Apa itu uric asid?

Uric adsid (melalui Ujian Darah) adalah untuk mengenal pasti berapa banyak uric asid dalam sampel darah. Makanan yang kita makan dan prosedur penguraian semula jadi adalah cara biasa untuk mensintesis uric asid .

 Buah pinggang adalah organ untuk menapis uric asid. Ia biasanya dikeluarkan dari badan melalui air kencing, dan dalam kes yang jarang berlaku dikeluarkan melalui najis. Tahap uric asid dalam darah meningkat apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal atau terlalu banyak uric asid  dihasilkan.

 Sekiranya seseorang mempunyai terlalu banyak uric asid  di dalam badan, dia lebih cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Keadaan yang menyakitkan ini seringkali digelar gout. Sekiranya gout dibiarkan tanpa rawatan, kristal uric asid  boleh membina pada sendi dan tisu berdekatan, membentuk mendapan (deposit) yang keras dan berketul-ketul dipanggil tophi. Tahap uric asid  yang tinggi juga boleh menyebabkan batu karang atau kegagalan buah pinggang.

Pada permulaan saya cuba kurangkan pengambilan makanan manis, daging , makanan laut ....


So masa bulan September 2021, saya buat sekali lagi Health Check Up 

Sila klik untuk besarkan image


Hmm masa ni saya jadi lagi tak keruan... sebab bacaan uric asid makin tinggi.

Saya mula study cara yang efektif nak turunkan bacaan uric asid.

Mengapa kita kena usaha turunkan bacaan uric asid? Sebab ia boleh mengganggu bacaan EGFR kita. Apa benda eGFR tu? Ia adalah penanda aras keberkesanan penapisan buah pinggang kita. Ramai orang yang mengalami masalah buah pinggang pada usia tua. 
So sebab itu kita kena amik tahu kesihatan organ dalaman kita.

Maka selepas saya dapat result pada Septemeber 2021 lalu... saya mula fokus:

1️⃣ Kerap minum air masak 

2️⃣ Elakkan makanan yang mengandungi purin yang tinggi antaranya makanan laut, organ dalaman, daging merah etc.

3️⃣ Makan vitamin C 2 bj pagi dan 2 bj malam - membantu proses pembuangan uric asid dalam urin.

4️⃣ Kerap membuang air membantu uric asid keluar bersama urin.

5️⃣ Pengambilan multivitamin serta vitamin yang mengandungi vitamin D.

6️⃣ Intermitten Fasting sangat membantu.

7️⃣ Amalkan pengambilan buah tin [ yang kering pun boleh]



Selepas sebulan, saya buat sekali lagi blood test untuk tengok kesan...

Sila klik untuk besarkan image


Alhamdulillah.... dari bacaan 463.94 kini dah turun kepada 339.04.

Kini tiada lagi masalah tapak kaki yang mencucuk tu. Rasa lega sangat. Paling best bacaan eGFR juga meningkat... dari 90.3 kepada 96.07.

Syukur alhamdulillah...

Bagi anda yang ada masalah bacaan uric asid yang tinggi boleh la cuba amalkan tips di atas.

Sebab mereka yang ada masalah uric asid yang tinggi dan dibiarkan berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik pada buah pinggang dalam jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai rheumatoid facktor, kesan uric asid tinggi pasti boleh menyebabkan penyakit gout.


Selamat mencuba.


Jika berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee 
boleh terus klik >>>> Order Vitamin Shaklee<<<









Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.