Memaparkan catatan dengan label Set selepas bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set selepas bersalin. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2023

Set Berpantang Paling Minima




Kehadiran cahaya mata adalah satu rahmat besar dalam sesebuah keluarga.



Beberapa hari lepas saya mendapat mesej dari teman bisnes saya bertanyakan set berpantang Shaklee untuk kawan beliau.

Saya mengesyorkan beliau dapatkan set jimat yang ditawarkan oleh Shaklee...






3 supplement asas ini sangat menyokong kesihatan ibu dan anak. Ia juga membantu ibu untuk meneruskan penyusuan dengan lebih naik.

Mengapa 3 ini diperkenalkan?

ESP kita sedia maklum bahasa bayi memerlukan protien untuk proses pembesaran. Rambut , kuku, kulit semuanya memerlukan protien. Jadi dengan ESP Shaklee yang mengandungi 9 amino asid penting yang diperlukan oleh badan tetapi tak dapat dibuat oleh badan , maka pengambilan sumber luar sangat bagus membantu keperluan ini.

Ostenutrix pula adalah supplement kalsium yang penting untuk pembinaan darah dan pembentukkan tulang dan ia juga memberi kelegaan pada tubuh ibu kerana ia dapat mengelakkan osteoporosis.

Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuhan juga memainkan peranan penting membantu stimulate susuibu agar keperluan si bayi dapat dipenuhi dengan baik.

Ada 3 lagi vitamin yang saya akan sarankan ibu berpantang amalkan bersama antaranya ialah :


Vitalea - multivitamin yang mengandungi zat galian yang diperlukan oleh badan termasuklah zat besi. Zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah yang sihat.

B complex - ia juga membantu dalam penghasilan darah dan paling bagus ia menyokong agar si ibu kekal happy dan dapat mengelakkan kemurungan atau meroyan selepas bersalin.

Vitamin C - seperti kita sedia maklum ia sangat bagus untuk kesihatan yang optimum selain ia adalah perkara asas dalam keperluan sistem imun.


Jika anda adalah ibu yang mengandung dan bakal melahirkan, boleh la dapatkan set ini agar proses selepas kelahiran lebih baik dan kesihatan ibu akan cepat beransur baik




#SetberpantangshakleeKualaTerengganu
#ShakleeKualaTerengganu
#Shakleereadystock




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Khamis, 16 Januari 2020

Vitamin ini penting tapi sering dipinggirkan.

Saya mengenali penyakit kanser dari seorang pesakit semasa saya belajar di Universiti Malaya. Saya kenali beliau dengan nama Aya, dan dari beliau saya belajar beberapa tentang doa disamping mengenali lebih dalam tentang penyakit kanser.

Masa tu saya baru tahu pentingnya asid folik untuk pesakit kanser. Ini kerana asid folik perlu untuk bina darah merah yang sihat dan vitamin ini bantu untuk mengawal tekanan [stress].

Asid folik ini biasanya ditemui dalam vitamin B complex dan dikenali juga sebagai B9.

Ramai pesakit yang mengalami masalah sakit kronik termasuk kanser sebenarnya berpunca dari tekanan [ stress]. Ini kerana tekanan akan menurunkan sistem pertahanan badan dan akhirnya sel akan rosak. Tetapi ramai pesakit lebih fokus untuk mencari vitamin untuk tingkatkan sistem imun semata-mata [ boost imune system]... hakikat sebenarnya pesakit juga perlu mengambil berat tentang pemakanan dan vitamin yang membantu penghasilan sel darah merah yang sihat untuk memastikan badan bertahan dalam proses penyembuhan dan paling utama membantu mengawal tekanan.

Asid folik ini penting untuk bina sel darah merah yang fresh dan sihat. Macam sebuah angkatan perang...lagi ramai askar lagi bagus untuk berlawan. Kalau pesakit terlalu fokus untuk tingkatkan sistem imun samalah ibaratnya pasukan tentera yang sibuk dengan perisai nak lawan musuh cuma bilangan askar setakat yang ada sahaja. Maka adalah sangat baik, bila pesakit kanser atau apa juga penyakit mengambil langkah bijak dengan mengambil makanan yang seimbang serta pengambilan supplement yang memenuhi keperluan untuk sihat dan bertenaga dan paling penting adanya vitamin yang membantu mengawal stress. Pengambilan supplement juga perlu untuk bina sel darah yang sihat dan segar, serta supplement yang bantu sel yang mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi.



Kebaikan B complex seperti yang kita maklum, ia bantu penghasilan sel darah merah yang sihat, bantu beri mood gembira dan beri rasa badan bertenaga.Paling utama ia membantu mengawal stress. Maka vitamin ini perlu diambil oleh orang sihat mahupun yang sakit.



Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK SINI.

Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ? Sila KLIK SINI.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 Januari 2020

Adakah kita beri perhatian dalam proses pembesaran anak kita?

Semua ibu bapa melalui proses belajar membesarkan anak. Ini kerana proses ini tiada dalam buku teks sekolah. Ia adalah proses langsung dalam kehidupan. Sama ada sedar atau tidak, semua yang berlaku memberi pengajaran pada ibu ayah.

Ramai ibu ayah hari ini yang bekerja....dan adakala beberapa perkara menjadikan mereka terlepas pandang hinggalah berlaku sesuatu baru menjadikan ibu ayah sedar apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Tumbesaran anak

Mahu atau tidak,  kita kena faham yang anak kita sedang melalui proses membesar. Berbeza dengan dewasa, proses tumbesaran bukanlah masalah utama. Maka untuk anak, ibu ayah kena alert dengan pemakaian anak termasuklah baju dan seluar/skirt  yang dipakai, pakaian dalaman dan saiz kasut dan sandal yang dipakai.

Tidaklah elok mata memandang bila anak kita memakai pakaian yang sendat. Sebenarnya dah tiba masa untuk belikan mereka pakaian yang lebih sesuai dengan umur dan saiz badan anak.
Ada ibu ayah tak ambil berat langsung dengan pakaian dalam anak mereka. Begitu juga dengan kasut yang si anak pakai.

Zaman sekarang dengan pemakanan yang diberi kepada anak membuatkan mereka cepat membesar. Maka kena alert setiap 6 bulan pakaian mereka dan keperluan asas mereka. Jangan biarkan mereka memakai pakaian yang tidak selesa agar tidak mengganggu perkembangan emosi mereka.


Keperluan lain anak....

Mempunyai anak bermakna mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik jiwa manusia yang Allah anugerahkan pada ibu ayah.

Kena ambil berat benda remeh seperti cadar bilik berapa kali perlu ditukar, tuala mandi perlu berganti setiap beberapa hari, berus gigi perlu diganti bila dah tiba masa... Ada ibu yang tak sedar berus gigi anaknya sudah berkulat dengan sangat teruk. Allah....kesian si anak.


Bukan hanya fikirkan makanan si anak setiap hari ataupun pentingnya anak jadi pandai...tapi kena pastikan anak mendapat makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan mereka terdedah dengan makanan  segera yang tidak sihat untuk mereka seperti sosej, daging burger yang dibeli, nugget ayam, maggi ... kajian mendapati anak yang terdedah dengan makanan sebegini boleh mendapat 2 kebarangkalian....lebihan berat badan [ obesiti] atau terbantut.

Ibu ayah kena sedar pemakanan anak bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran anak tetapi perkembangan otak mereka juga boleh terjejas jika tidak pastikan mereka mengambil makanan yang seimbang.

Anak kita akan mempunyai personaliti diri melalui apa yang kita bentuk mereka sejak kecil. Ibu ayah yang mencorakkan peribadi si anak. Kita sebagai ibu ayah perlu menyediakan semua keperluan si anak agar mereka sihat dari segi jasmani dan rohani.

Siapa kata mudah besarkan anak? Sebab itu apa yang kita ada sebagai anugerah dari Allah ini perlu dihargai. Ramai yang mahukan anak, tapi rezekinya belum sampai. Namun ada segelintir yang ada anak, tidak menghargai anugerah terindah ini.


Dan ibu ayah, setiap hari pastikan ada ruang khas untuk mendoakan kebaikan, kesihatan dan kejayaan anak-anak kita. Jangan biarkan hari berlalu tanpa doa untuk anak. Sebagaimana kita mendoakan mak ayah kita, maka begitulah kita kena doa untuk anak. Wallahu alam.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Anak satu anugerah terindah.



Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 4 Januari 2020

Sumber penting yang selalu diabaikan.

Zaman sekolah dulu, cikgu mesti pesan...jangan lupa kita mesti minum susu supaya tulang dan gigi kita kuat. Itu la pesanan cikgu yang saya ingat sampai sekarang. Bila ingat susu, pasti akan datang kaitan dengan tulang dan gigi. Zaman sekolah pula akan ada hari boleh membeli susu segar coklat atau perasa strawberi dan ianya sangat popular zaman itu.



Untuk ibu yang mengandung dan menyusukan, makanan yang bersumberkan kalsium perlu diambil berat dan tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana hakikatnya kalsium juga diperlukan untuk membina sel darah dan pembesaran serta pertumbuhan bayi.


Malah di Terengganu, ada poster di tepi jalan besar menekankan betapa ibu bapa perlu mengambil berat tentang pemakanan anak-anak kerana bancian mendapati 1 daripada 4 anak Terengganu bantut.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Cegah Anak daripada Bantut.

Arwah mak saya sendiri mengakui, semasa mengandungkan salah seorang adik saya, mak kurang amalkan pemakanan yang bersumber kan kalsium...kesannya adik saya ini mempunyai masalah ketinggian.

Keperluan kalsium harian yang disarankan mengikut kategori :



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Berapa banyak sumber kalsium perlu ambil?

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Walau hanya 1 % dalam darah tapi ia memainkan peranan sangat penting.
Mak ayah, pastikan anak-anak mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi agar mereka boleh membesar dengan sihat.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 13 November 2019

ESP Shaklee bukan hanya bagus untuk menyusu semata-mata....Ibu yang ada masalah kesihatan boleh cuba.

Bila kita dah lalui ceaserean yang kedua...pastinya tahu kita kena jaga kesihatan dengan lebih baik. Ditambah pengalaman kedua melahirkan Nasa, lukanya lain sedikit. Seminggu yang pertama selepas melahirkan saya rasa sangat sakit kat tempat ceaser tu...memang nak bangun dari katil pun kena berpaut dengan lengan abah Addinnasa. Allahu akhbar!

Saya tahu luka kalau nak cepat baik memang amalkan Vitamin C dan Zinc...tapi paling utama kita perlu ada sel yang sihat supaya Vitamin C dan Zinc tadi diserap dengan lebih baik dan kita akan dapat hasilnya dengan lebih baik. So nak ada sel yang sihat kita perlu ada cukup protein. Protein pun perlu ada yang seimbang...termasuk lah 9 essential amino asid yang perlu diambil dari luar kerana ia tak dapat dihasilkan oleh badan.

Sebab itu saya pilih amik ESP Shaklee. Saya tahu ia bagus untuk ibu menyusu. Dan masa yang sama saya memang amalkan kerana nak cepat baikkan luka ceaser.

Kesannya memang puashati dan lebih puashati bila nampak hasil minum ESP Shaklee untuk menyusu. Ketara hasil minum ni kerana nampak pada anak.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Walaupun saya menyusukan Addin sampai 3 tahun lebih....tapi result pada Nasa lebih dahsyat sebab saya minum ESP lebih banyak berbanding masa menyusu Addin. Addin pun debab juga masa kecil.

Selain amalkan beberapa vitamin untuk cepat recover dari Ceaser, ESP Shaklee memang wajib ada dan bekalan tak pernah putus.

Malah saya minum hingga sekarang...terutama bila dapat tahu rupa-rupanya pengambilan protein yang seimbang membantu mengawal kolestrol dan tekanan darah tinggi. Malah untuk ibu-ibu yang ada masalah kolestrol tinggi atau ada masalah tekanan darah tinggi, boleh juga amalkan ESP Shaklee sambil menyusukan anak.



So ibu-ibu yang menyusu anak, cubalah dapatkan  ESP Shaklee dan rasai kesannya ke atas diri sendiri dan perkembangan ke atas anak.InsyaAllah ia menjadi satu pelaburan yang terbaik.


Boleh baca beberapa TESTIMONI SET MENYUSU 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Ingin membuat pesanan ESP Shaklee? Boleh terus  klik sini.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari
  N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 17 April 2019

Manfaat set berpantang premium

Alhamdulillah pengalaman menyusukan Addin dan Nasa adalah pengalaman terbaik dalam hidup saya. Masa zaman Addin, syukur abah AddinNasa tak lokek nak belikan vitamin walaupun di kala itu hanya abah sahaja yang bekerja untuk menyara kehidupan kami.

Rezeki melahirkan Nasa semasa saya sudah bekerja sebagai seorang guru. Maka lebih mudah nak beli vitamin Shaklee.

Saya mengamalkan set bersalin dengan semua vitamin Shaklee.

Set berpantang Premium Lengkap untuk ibu dan anak

Set berpantang premium yang saya amalkan sejak menyusu Addin dan Nasa.


Apakah kebaikan setiap produk ini?

ESP* Ia adalah minuman berkhasiat dari soya yang mengandungi protien lengkap yang diperlukan oleh badan. Ya saya amalkan sejak zaman bujang lagi...maka sepanjang berpantang saya amalkan ini kerana tahu khasiatnya membantu menghasilkan sel baru yang sihat selain membantu memperbaiki sel lama yang rosak. Bagusnya bila minum ESP dalam pantang, susu badan mudah bengkak dan mudah nak menyusukan bayi. Saya juga mengamalkannya sebagai minuman bersama sarapan pagi, minum petang dan supper jika perlu. Maklumlah bila ibu menyusu dalam pantang sebenarnya mudah rasa lapar tetapi kita tak boleh makan sebarangan khuatir makanan itu memberi mudarat pada perut anak melalui susuibu. Maka pengambilan ESP sangat membantu. 
Ini juga antara sebab saya nampak berat Addin dan Nasa sebelum 6 bulan lagi dah capai 10kg. Bagusnya ESP ini tidak mengandungi lemak kerana ia diperbuat dari soya yang berkualiti.



Vitalea* adalah sejenis multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan. Ibu yang berpantang sangat perlu amalkan multivitamin terutama yang mengandungi zat besi kerana kita telah banyak kehilangan darah semasa melahirkan si bayi. Ibu yang tidak menjaga pemakanan akan mudah rasa letih, pening ataupun nak pitam disebabkan kekurangan darah. Sebab itu orang tua dulu, menyediakan makanan berpantang pasti ada ikan bilis. Kenapa? Kerana dikatakan ia mengandungi zat besi yang diperlukan oleh badan.


B complex* adalah vitamin yang juga penting untuk bina darah. Ramai ibu yang kekurangan vitamin B complex akan mengalami tekanan perasaan atau nama lainnya meroyan. Ini kerana disebabkan keletihan dan perubahan hormon selepas melahirkan anak. Maka dalam pantang vitamin ini sangat membantu si ibu bertenaga, ceria dan mempunyai emosi yang stabil.

Vitamin C*adalah vitamin yang penting dalam proses membantu baik luka disebabkan kelahiran tadi. Selain itu ia juga penting untuk si bayi maka bila si ibu amalkan vitamin C dan ianya disalurkan ke dalam susuibu, maka si bayi akan mendapat khasiat yang sempurna. Vitamin C dikenali juga vitamin yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh manusia.

Ostematrix*vitamin yang nama lainnya ialah kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia bukan hanya untuk tulang tetapi penting untuk saraf. Maklumlah bila ibu dalam pantang, tidur pasti selalu terganggu kerana hendak menjaga bayi, maka pengambilan vitamin ini sangat penting dan membantu ibu kekal cergas dan bertenaga. Ostematrix Shaklee mengandungi galian yang nama Boron iaitu membantu kepadatan tulang. So bayangkan manfaat yang anak dapat bila ibu amalkan dan menyusu susuibu kepada bayi? Pastinya si bayi akan mempunyai tulang yang kuat dan sihat.


Zinc* vitamin yang dikaitkan dengan penyembuhan luka. Kenapa orang dulu, kalau kena bedah disebabkan apa sekalipun, mereka akan terus cari ikan haruan? Ini kerana ikan haruan dikatakan mempunyai kandungan vitamin zinc yang penting untuk membantu proses penyembuhan luka. Tapi hari ini, lebih mudah kerana 1 tablet zinc sudah mencukupi untuk membantu ibu dalam proses penyembuhan luka disebabkan kelahiran bayi.



Testimoni saya sendiri

Memang nampak perbezaan berat badan antara Addin dan Nasa.... namun persamaan mereka adalah dalam masa 5 bulan, berat mereka mencapai 10kg alhamdulillah.

Perkembangan anak mudah nampak apabila mereka menyusu susu ibu. Maka oleh kerana itu sangat penting si ibu mengamalkan pemakanan sihat supaya dapat menyalurkan susuibu yang berkhasiat dan penuh nutrisi.



Nasa semasa usia 3-4 bulan.


Puan sedang mencari set berpantang? Apakata cuba Shaklee untuk kelahiran anak puan ini? Lihatkan perbezaan yang ketara terutama hasil yang boleh dilihat ke atas perkembangan bayi.




Berminat nak dapatkannya? Boleh terus mesej saya untuk pesanan melalui www.wasap.my/60128535689/setberpantangpremium.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 4 Ogos 2018

Mencari produk Shaklee di Kuala Terengganu?

Alhamdulillah 3 Ogos 2018 selesai menghadiri satu kelas Health and Wellnes yang dianjurkan oleh Shaklee di Hotel Regency Kuala Terengganu.

Kelas semalam berkongsi tentang produk dan set menyusu Shaklee selain info tentang promo Shaklee yang berlangsung sepanjang bulan Ogos.

Shaklee Miri
Promo Shaklee sepanjang Ogos 2018

Produk Shaklee Miri
Promo Shaklee sepanjang Ogos 2018

Produk Shaklee Miri
Promo Shaklee sepanjang Ogos 2018

Produk Shaklee Miri
Promo Shaklee sepanjang Ogos 2018


Beruntungnya mereka yang baru pertama kali datang terutama yang menjadi prospek, mereka membawa balik saguhati dari Shaklee...tak kurang juga yang datang bersama prospek. Kami yang datang juga dapat ole ole dari Shaklee. Terima kasih Shaklee!!!


Jika ada yang berminat mencari produk Shaklee, boleh hubungi kami di talian ini ;
6012-8535689.

Shaklee Miri
Shaklee Kuala Terengganu




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 28 April 2018

Mengapa ESP Shaklee bagus untuk ibu menyusu?

Salah satu produk hot Shaklee adalah minuman ESP Shaklee. Hingga hari ini ia adalah antara hot item produk Shaklee yang diminati oleh ibu menyusu dan tak lupa ibu yang mengandung.

Mengapakah ESP Shaklee bagus diamal oleh ibu yang menyusu?


Set Penyusuan Shaklee

Ibu yang menyusu pastinya akan mudah lapar dan jika ibu terlalu mengikut perasaan tanpa mengawal pengambilan makanan, ini akan menyumbang kepada masalah berat badan yang meningkat. Maka ESP Shaklee adalah pilihan yang bijak bagi ibu menyusu kerana kandungan glisemik index yang rendah. Maka penukaran tenaga berlaku dengan perlahan dan ibu tak mudah rasa lapar.



ESP Shaklee mengandungi protein lengkap iaitu 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tapi tak dapat dihasilkan oleh tubuh. Ianya perlu diambil dari sumber luar. ESP Shaklee juga dihasilkan daripada soya non GMO iaitu yang tak diubah genetiknya.


ESP Shaklee dikatakan membantu meningkatkan penyerapan protein oleh tubuh dan mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut. ESP Shaklee juga mempunyai kajian dimana ia dikatakan membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Oleh kerana ini ramai ibu yang menyusu anak mendapati anak mereka mudah tumbuh gigi dan mempunyai tulang yang kuat.

Protein ESP  Shaklee  menggalakkan proses pemulihan dari sel yang rosak kepada sel yang sihat.
Selain itu protein ESP Shaklee membantu membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung terutama ibu dan bayi yang menyusu.

Jom kita baca testimoni ibu yang menyusu ibu.

Testimoni ESP Shaklee 1 :

Set Penyusuan Shaklee



Testimoni ESP Shaklee 2 :

Set Penyusuan Shaklee


Testimoni ESP Shaklee 3:

Set Penyusuan Shaklee


Testimoni ESP Shaklee 4 :

Set Penyusuan Shaklee



Testimoni ESP Shaklee 5 : 

ESP Shaklee Kuala Terengganu



Testimoni ESP Shaklee 6 :
ESP Shaklee Kuala Terengganu




BERMINAT NAK ORDER ESP SHAKLEE ? HANYA KLIK SINI !!!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 23 April 2018

Set Penyusuan Shaklee tak menghampakan

Saya menyusu anak dalam keadaan tidak bekerja dan mungkin nampak mudah. Tapi saya kagum dengan ramai ibu diluar sana yang bekerja tapi sanggup mengepam untuk menyediakan susuibu buat si manja tersayang. Ia adalah satu pengorbanan yang besar. Mengapa? Sebab dikala orang lain fokus dengan kerja yang diberi, ada ibu-ibu yang perlu pandai curi masa untuk mengepam menyediakan stok susuibu buat si kecil.

Ya selain perlu memastikan kesihatan fizikal, emosi juga perlu dijaga. Ibu yang dalam keadaan penat apatah lagi jika dalam keadaan stress, hasil perahan pasti tidak memberansangkan. Berbanding dengan ibu yang cergas, bertenaga dan emosi yang ceria hasil perahan mereka insyaAllah melimpah ruah ditambah dengan jadual pam yang konsisten setiap 2-3 jam.

Saya galakkan ibu yang menyusukan anak mengambil beberapa supplement asas yang membantu menyokong kesihatan ibu dan anak.

Shaklee breastfeeding set
Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee yang terkenal mengandungi beberapa vitamin, antaranya ialah

ESP Shaklee
ESP Shaklee atau nama panjangnya ialah Energy Soy Protein adalah protein yang mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tapi tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Maka kerana itu 9 amino asid ini boleh didapati dari pengambilan supplement. Kenapa kena ada protein? Protein adalah bahan asas kepada sel. Kulit kita, rambut kita, kuku kita serta segala organ diperbuat dari protein. Maka protein penting untuk pembesaran bayi. Kandungan utama susuibu juga adalah protien. Protein juga penting untuk proses baikpulih sel manusia selain penghasilan sel baru yang sihat.

Vita-Lea Shaklee
Merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi serta semua vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh. Ibu-ibu yang menyusukan anak sangat perlu pengambilan multivitamin dengan zat besi supaya si ibu tidak mempunyai masalah kurang darah dan ia juga penting untuk pembesaran bayi melalui susuibu tadi. Biasa ibu yang menyusukan bayi jika kekurangan darah akan menyebabkan si ibu mudah pitam atau rasa nak pengsan. Maka sebab itu multivitamin sangat penting.


Vitamin B Complex
Ramai orang mulai sedar betapa pentingnya mempunyai emosi yang bebas dari tekanan kerana emosi tertekan boleh mengganggu penghasilan susuibu disebabkan hormon yang tidak stabil. Pengambilan B complex membantu ibu menjadi lebih bertenaga dan emosi yang lebih stabil. Ditambah lagi B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B secara lengkap.
Oh ya, berita baiknya pengambilan B complex juga membantu ibu menyusu mendapat berat yang ideal atau kata lain boleh kurus😱


Sustained Release Vitamin C Shaklee

Mesti ada yang belum tahu, specialnya Vitamin C Shaklee ni adalah sustained Release- prinsip pelepasan masa. Setiap 100mg akan dilepaskan setiap 1 jam. Uniknya 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan kandungan Vitamin C dalam 7 setengah biji buah oren!
Baguskah untuk ibu menyusu? Ya ia membantu meningkatkan sistem imun ibu dan secara langsung disalurkan kepada bayi melalui susuibu maka anak juga akan sihat. Biasanya jika demam sekalipun ia takkan berlarutan.

Ostematrix Shaklee
Kalsium Shaklee dikenali dengan nama Ostematrix. Tahu dak, 4 biji Ostematrix bersamaan dengan 8 gelas susu. Jadi ibu yang ada masalah nak minum susu boleh amalkan Ostematrix Shaklee.
Pentingkah pengambilan kalsium pada ibu menyusu? Mestilah kerana kandungan kalsium juga adalah antara nutrien yang ada dalam susuibu. Ia penting untuk penghasilan tulang dan saraf bayi untuk membesar. Jika ibu menyusu tak amalkan pengambilan kalsium dalam diet harian, si ibu akan mudah letih, ada masalah sakit tulang belakang atau masalah gigi kerana kalsium ditarik dari situ.

Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan. Ia sangat kaya dengan nutrien dan kalsium! Ya ia juga dikenali sebagai milk booster - penggalak susu! Ini sangat berkesan pada ibu macam saya yang mana anak kerap menyusu. Maka pengambilan alfalfa sangat membantu tau! Ops tapi pesakit SLE tal digalakkan ambil. Begitu juga dengan pesakit Psoriasis kerana penyakit auto imune tak sesuai amalkan alfalfa. Serius sampai sekarang saya masih amalkan Alfalfa sebab khasiatnya sangat bagus untuk wanita ❤️.


Last but not least ;

Omega Guard Shaklee
Semua orang tahu minyak ikan bagus untuk otak. Ya apabila si ibu amalkan mengambil Omega; minyak ikan ini akan disalurkan kepada bayi melalui susuibu.
Kenapa ibu perlu minyak ikan? Ibu yang melahirkan akan mempunyai masalah daya ingatan yang berkurang. Bayangkan jika si ibu itu melahirkan ramai anak, tetapi tidak mengamalkan pengambilan minyak ikan, maka si ibu mempunyai risiko nyanyuk lebih cepat berbanding dengan ibu yang amalkan minyak ikan.
Selain itu ia juga membantu membakar lemak pada si ibu. Wah kan best badan makin langsing 😱


Wah banyak nak kena makan ya?

Ya macam banyak tapi sebenarnya kita ibu yang menyusu dan amalkan supplement hakikatnya adalah sebagai satu usaha untuk enrich the breastmilk. Kenapa ramai orang cari susu formula yang mahal? Sebab nak kan semua nutrien yang bagus untuk pembesaran bayi dan menghasilkan otak yang cerdas. Hakikatnya susu formula tak dapat menandingi kehebatan susuibu ciptaan Allah 💪. Setuju?


Penyusuan susuibu sebenarnya tak la jimat sangat jika kita benar-benar nak hasilkan susu yang enrich dengan vitamin dan nutrien.

Anda mahu mencari vitamin untuk penyusuan atau ada sebarang pertanyaan?

Boleh terus mesej di sini.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Norita Idris.

Ahad, 22 April 2018

Menyusu sampai 3 tahun setengah

Mengandung ada cabarannya tersendiri tapi menyusukan anak lebih mencabar. Ya menyusukan anak adalah saat yang tak akan dilupakan dimana ia adalah masa yang mengeratkan kasih ibu dan anak.

Memang adakala menguji kesabaran bila si manja mula pandai menggigit atau bila dah tumbuh gigi.

Emosi ibu sangat penting dalam menentukan penghasilan susuibu. Jika ibu happy, susuibu akan lebih mudah dihasilkan. Apabila si ibu dalam keadaan emosi terganggu maka penghasilan susuibu juga turut terganggu. Sangat unik sekali.

Saya masuk maktab bila Addin berumur 2 tahun. Masa tu Addin masih menyusu badan. Maklumlah sebelum masuk maktab saya hanya mengajar tuition dirumah. Saya dapat buat ulang alik sepanjang pengajian diploma perguruan di Maktab Perguruan Miri Sarawak kerana alasan menyusu anak.

Paling mencabar bila ada perkhemahan yang mana terpaksa bermalam di hutan. Masa tu abah Addin akan datang ke tempat perkhemahan untuk beri peluang saya menyusukan Addin. Bayangkan betapa supportive nya abah Addin untuk penyusuan susuibu.

Syukur saya amalkan vitamin Shaklee sepanjang bujang, masa mengandung malah masa menyusukan Addin. Bezanya adalah saya kekal bertenaga walaupun adakala aktiviti yang diadakan sangat menguji ketahanan mental.

Saya juga dapat menyusukan Addin sampai umurnya 3 tahun setengah!!!
Paling tak boleh lupa adalah menyusukan dia dalam kapal terbang!

Kenapa nak menyusu sampai 3 tahun lebih? Sebab susu badan banyak! Bila plan nak mengandung yang kedua, saya yang paksa Addin stop. Letak la kopi atau benda pahit supaya dia taknak. Pun cabaran menyusu bila nak hentikan penyusuan .... hehehe.

Alhamdulillah si adik walau dapat menyusu 2 tahun setengah tapi masih satu rezeki kerana dapat nikmat menyusukan anak-anak.

Nanti saya share vitamin yang benar-benar membantu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Penyusuan susuibu

Rabu, 11 April 2018

Merancang kehamilan?

Set Menyusu Shaklee Kuala Terengganu
Set Hamil Shaklee
Ramai yang buat kesilapan dengan menyangka bila dah mengandung baru cari vitamin.
Sebenarnya seorang wanita yang nak hamil perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin sebagai persediaan untuk memastikan tubuh si ibu sihat dan menghasilkan bayi yang sihat.
Masih saya ingat lagi di awal perkahwinan doktor berikan saya multivitamin dan Vitamin B complex sebagai persediaan untuk mengandung. Saya ada tanya mengapa doktor tu jawab, wanita nak mengandung perlu pastikan cukup zat vitamin dan cukup darah. Oleh sebab ini doktor panel itu memberikan saya 2 jenis vitamin.

Namun dalam Shaklee ada set khusus untuk yang merancang kehamilan seterusnya untuk diamalkan sepanjang kehamilan iaitu terdiri daripada

🍎 ESP Shaklee - Protein penting untuk bina sel. Protein Non GMO sangat penting untuk menjamin kesihatan yang optimum. ESP mengandungi 9 amino asid penting yang tak boleh dibina oleh tubuh.

🍎 Vitalea - merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Ia sangat penting agar si ibu kekal sihat dan mendapat semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

🍎 Vitamin B Complex - lengkap dengan 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan. Ia penting membantu agar bayi tidak mempunyai masalah Spina Bifida.

🍎 Sustained Release Vitamin C - vitamin C ini dirembeskan secara perlahan-lahan bila tubuh kita memerlukan. Ia penting untuk meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

🍎 Omega guard - minyak ikan yang penting untuk pembetukan otak bayi. Secara langsung membantu ibu juga mempunyai ingatan yang baik.

🍎 Ostematrix - sumber kalsium yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan saraf bayi. Ia juga penting untuk mengelakkan ibu mengalami kekejangan otot.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mencari vitamin untuk merancang kehamilan?
www.wasap.my/60128535689/sethamilshaklee.


#pengedarShakleeKualaTerengganu
#sethamilshaklee

Sabtu, 7 April 2018

Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar Johor - Norazlina Idris

Mencari produk Shaklee di Muar Johor?


Norazlina Idris, seorang Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar Johor yang sangat aktif. Beliau turut menyediakan penghantaran vitamin Shaklee di kawasan sekitar bandar Muar selain Sungai Abong Muar.
Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar
Norazlina Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar.



Sebagai Pengedar Shaklee Sungai Abong Muar Johor beliau menyediakan servis seperti ;
Beliau membuat penghantaran produk Shaklee di sekitar kawasan Bandar Muar dan Sungai Abong.
Beliau menyediakan konsultasi produk dan pengambilan vitamin berjadual.
Norazlina juga menyediakan Pendaftaran ahli Shaklee yang baru.
Kumpulan kami menyediakan latihan lengkap untuk pengedar Shaklee yang ingin membina side income.


Kami turut menyediakan servis selepas jualan untuk pelanggan kami.




Pembelian vitamin Shaklee boleh terus mesej 

www.wasap.my/60129944503/Vitaminshaklee

Khamis, 29 Mac 2018

Jika anda adalah salah seorang dari golongan ini, maka anda perlukan lebih protien seimbang.

Mungkinkah anda salah seorang dari golongan ini?

Bina Badan?

Ahli bina badan memerlukan otot yang perlukan sokongan semasa melakukan latihan rintangan. Pengambilan lebih banyak  protien penting untuk membina semula dan memperbaiki otot jika ada yang tercedera. Protein juga penting untuk membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan yang lebih kuat, lebih cepat dan cergas.
Image result for gym training


Bakal ibu dan ibu mengandung

Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk bayi. Ya ramai yang tahu bahawa apa yang baik untuk ibu maka ia baik untuk bayi. Ibu mengandung atau bakal ibu amat memerlukan protien untuk pertumbuhan sel bayi yang sihat. Protein juga membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
Ya protein juga membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.Image result for pregnant mom




Ibu yang menyusukan bayi.

Susuibu amat baik untuk bayi terutama 6 bulan yang pertama. Maka ibu yang menyusukan bayi memerlukan 2 kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Pengambilan protein penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan penghasilan susuibu . Selain itu protien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah komponen penting di dalam susuibu.

Image result for breastfeeding mom




 Mereka yang menjaga berat badan.

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi akan membantu membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang renda. Pengambilan lebih banyak protein penting untuk membantu meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Selain ia juga membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya. Pengambilan protein untuk golongan ini juga penting dalam usaha mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda maka lebih tinggi kadar metabolisme anda.

Image result for diet man





Golongan pertengahan usia.

Apabila kita dah mula memasuki alam pertengahan ...badan kita akan mula mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot antara isu yang akan dialami. 
Pengambilan lebih banyak protein amat perlu untuk membantu melambatkan penuaan dengan menggabungankan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan. Selain itu ia membantu risiko kesihatan yang lebih rendah terhadap maslaah kesihatan yang berkaitan dengan jantung seperti kolestrol yang tinggi.

Tips : Pengambilan tambahan 25g protein soya dalam menu diet harian bagus untuk mengurangkan risiko paras kolestrol yang tinggi.



Image result for middle age family









Pengedar Shaklee Malaysia
SID 395863


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 15 Ogos 2017

Minggu Penyusuan 2017 : Antara cabaran menyusu anak sehingga 2 tahun

Salah satu nikmat bila menjadi ibu adalah dapat menyusukan anak selama 2 tahun. Ya ia bukanlah satu perkara yang mudah namun tidak juga mustahil.

Shaklee Kuala Terengganu


Alhamdulillah rezeki kerana saya dapat menyusukan anak sulung saya selama hampir 3 tahun setengah dan si adik sehingga 2 tahun lebih sikit. Ya ada ibu yang lebih hebat kerana mampu menyusukan anak mereka sehingga 5 -6 tahun pun ada.

Namun cabaran biasanya hebat untuk menyusukan anak lelaki.

Kerap menyusu

Ini kerana ramai ibu berpendapat bahawa anak lelaki lebih kerap minum dari anak perempuan. Kebenarannya saya tak pasti kerana saya tiada pengalaman dalam hal demikian maklumlah kedua-dua anak saya lelaki. Yang pasti sejak lahir lagi kedua beradik ini mempunyai corak penyusuan yang sama iaitu menyusu sejam sekali terutama pada 3 bulan pertama kelahiran mereka.
Masih ingat lagi saya ditegur oleh nurse kerana kerap menyusukan mereka. Nurse kata patutnya at least 2 jam baru menyusu.

Kita ibu muda yang tiada pengalaman...so setiap kali bayi menangis aje saya suakan susu badan. Dah jadi tabiat dan akhirnya sendiri penat.

Waktu tu saya buka buku supplement saya jumpa tulisan Dr Bruce Miller bagi tahu alfalfa bagus untuk stimulate milk. Memang saya terus jadikan amalan sebab nak tampung keperluan anak tadi.

Ibu yang serius nak menyusu anak sampai 2 tahun, tips saya adalah make sure badan kena sihat dan mental pun sihat. Bebas dari stress. So kena jaga makan dan jika perlu amalkan vitamin. Kita aje yang tahu badan kita. Elakkan berdiet kerana ia boleh menggangu produksi susu badan.


Suka menyelak

Bagi ibu yang bertudung, sebenarnya satu kelebihan terutama jika memakai tudung yang lebih besar dan labuh, dapat menutup aurat jika nak menyusu anak di kawasan yang mungkin sedikit terbuka. Oh tapi percayalah ia bukan semudah yang ibu sangka.

Adakala dapat anak jenis suka menyelak baju ibu dia dan sibuk nak tengok  keadaan sekeliling sambil menyusu. Oh tuhan aje tahu perasaan ibu yang bertudung tu.
Namun nasihat saya sebelum ia melarat beranikan memberi amaran sejak dari peringkat awal. Tepis tangannya secara lembut bila dia mula nak menyelak. Maka jika kita sentiasa lakukan demikian, ia akan mendapat input bahawa tak boleh menyelak. Ia satu yang tak boleh dilakukan. Lama ke lamaan anak akan tahu dia perlu menyusu dalam keadaan tertutup.


Tangan anak suka merayap.

Ini juga salah satu cabaran masa menyusu anak. Namun seperti saya kata tadi, apa pun mulakan dari awal jangan sampai dia jadi tabiat dan menyusahkan kita kemudian hari. Setiap kali tangan bayi mula nak merayap tepis secara lembut dan lakukan sehingga si bayi faham ia tak boleh buat begitu.


Menyusu hanya dalam keadaan baring sahaja.

Ya memang ada ibu-ibu yang akan menyusu dalam keadaan baring mengiring kerana anaknya tidak mahu disusukan dalam keadaan ibu duduk. Ya saya juga melaluinya. Kalau kita hanya menyusu dirumah dan tak keluar rumah, mungkin tak nampak masalah besar. Tapi bagaimana jika kita menyusu kat rumah mak mertua kita? Takkanlah 24 jam kita nak terbaring aje kan? Menjadi isu sebenarnya nanti, percayalah.

So kena juga usahakan menyusukan anak sambil duduk. Mungkin sambil menonton tv atau dalam keadaan membaca buku kita cuba lakukan sambil menyusu si kecil. At least bila kita berjalan naik kereta atau naik kenderaan awam seperti kapal terbang kita tak punya banyak masalah nak menyusukan anak dalam keadaan duduk.


Anak suka menggigit 

Memang ini antara moment yang tak boleh dilupakan kerana kita akan berada dalam keadaan stress terutama jika puting susu luka dan berdarah. Namun ia salah satu kenangan manis saat menyusukan si bayi tau.

Ditambah jika anak dah ada gigi susu....oh ia lebih menyeramkan.

Namun apa yang ibu boleh buat untuk menyusukan bayi yang ada gigi? Pertama anak yang dah mula tumbuh gigi sebenarnya dah mula faham apa yang ibu cuba cakap. Jadi bagitahu secara lembut, jangan menggigit kerana ibu boleh sakit. Beritahu dengan kerap setiap kali nak menyusu.

Bagaimana jika dapat anak yang kuat menyakat....lagi dipesan lagi usaha nak gigit? Saya dulu amal setiap kali si anak gigit, saya akan berpura-pura menggigit lengannya supaya dia juga tahu kesakitan kesan gigit. Jadi lama-lama mereka jadi serik nak cuba main-main. Hehehehe.

Oh kalau dah luka nak buat bagaimana? Antara petua mudah ialah sapukan tempat luka tadi dengan air susu badan si ibu semula. Lakukan dengan kerap kerana susuibu mengandungi antibodi yang tinggi maka biasanya luka akan cepat baik.

Sementara luka, elakkan menyusu dari puting itu secara langsung. Cuba cari nipple shield. Jadi tak la rasa sakit itu membuatkan ibu stress. Saya sempatlah merasa menyusu anak dengan nipple shield.


Ya ada banyak lagi cabaran yang perlu ibu lalui dengan karenah anak dan faktor usia ibu juga memainkan peranan. Namun setiap ibu pasti ada cara dan kreativiti sendiri untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.


Menyusu adalah satu moment yang membantu bonding antara ibu dan anak. Secara langsung membentuk peribadi anak.

Ingat ya, masa menyusu elakkan stress, perasaan marah, mudah merajuk atau sensitif kerana hasil tu nanti dapat ke anak kerana emosi itu turut salur semasa menyusu. Jika masa menyusu kita gembira dan tenang, emosi anak yang terbentuk juga sama. Lebih ceria dan tenang.

Menyusu anak selama 2 tahun bukan mudah tapi yang pasti tak mustahil.


Selamat menyusu!







Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 1 Julai 2014

Apa kata seorang Pakar Laktasi tentang supplement?

Pakar Laktasi menjadi rujukan ramai ibu yang menyusu anak. Bukan sekadar teknik dan cara betul penyusuan tetapi merangkumi banyak perkara dalam membantu perjalanan penyusuan susuibu itu dapat dijayakan dengan baik.


Set Menyusu Shaklee

Salah seorang pakar laktasi yang terkenal ialah Aqilah Zaidee telah menyatakan pendapat beliau tentang vitamin dan penyusuan susuibu. Apa kata beliau?



Setiap orang WAJIB mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari termasuklah ibu yang menyusu.
Jika anda merasakan anda MAMPU menjaga pemakanan yang seimbang,organik  dan sihat setiap hari dengan disiplin sekali, maka anda tidak perlukan sebarang vitamin !
Tetapi jika anda pun, makan ikut selera, tak ambil tahu apakah hidangan sihat itu,makan ikut dan, maka amatlah DICADANGKAN kepada anda mengambil vitamin. demi membantu system tubuh anda berfungsi dengan baik sekali dan sekaligus membantu penghasilan susu yg lebih optimum di samping mendisiplinkan diri dalam mematuhi konsep DEMAND AND SUPPLY, iaitu kerap anda mengosongkan payudara, lebih banyak susu terhasil.
Kerana vitamin ini telah di formulasikan khas dengan hidangan yang menepati keperluan tubuh itu.
Lagi-lagi mak yang menyusukan anak. Untuk mengekalkan produksi susu yang benar2 efektif, pengamalan makanan sihat sangat2 perlu.

" Jika seekor ikan berenang dalam suatu kolam kotor dan mendapat penyakit, perkara pertama adalah mencuci kolam dan menggantikan air yang bersih. "
Jadi , begitu juga sistem tubuh kita.
Jadi jangan terus lompat kpd ‘shortcut’, cari milk booster.
Periksa semula amalan gaya hidup dan pemakanan anda dan juga masa memerah anda.
Tuju dahulu kepada perkara yang menjadi punca.
Ikan sakit sebab air kotor, kalau air bersih, sakit tak ? Mungkin boleh jadi, tapi risikonya rendah."

Boleh dapatkan konsultasi penyusuan daripada Puan Aqilah dan pandangan beliau tentang kepentingan Supplement dalam penyusuan. Fb beliau ialah Aqilah Zaidee.


Set Menyusu Shaklee



____________________________________________________________ 

Buat semua ibu2 yang menyusu, jom amalkan pemakanan yang sihat dan BUKAN hanya bergantung pada supplement semata-mata dan mengharapkan susu mencurah-curah.


Jom Dapatkan Set Menyusu yang Paling POPULAR !

Artikel tambahan untuk pembacaan 

Penyusuan susuibu dan berkaitan dengannya. 

Set Penyusuan Shaklee Paling Laris

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa