Memaparkan catatan dengan label Shaklee Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Indonesia. Papar semua catatan

Selasa, 16 Oktober 2018

Berminat mencari bisnes yang Global? Shaklee ada !!!

Mungkin bagi yang baru mengenali Shaklee menyangka bahawa Shaklee hanya mempunyai pasaran di Malaysia semata-mata. Tapi tahukah kalian bahawa kita boleh berniaga Shaklee secara global dan memperoleh income juga secara global?

Pengedar Shaklee Malaysia juga boleh berpeluang mempunyai organisasi diluar negara termasuklah Shaklee Taiwan, Shaklee China, Shaklee Indonesia, Shaklee USA, Shaklee Canada dan Shaklee Japan.

Pendapatan akan di 'convert' dalam RM pada setiap awal bulan. Best kan?

Ini bermakna bisnes Shaklee ini bukan terhad dalam Malaysia sahaja.

Shaklee Indonesia dan Shaklee Japan
Penyata pendapatan Shaklee Global



Pada setiap awal bulan syarikat akan menghantar penyata jualan dari negara luar jika kita mempunyai organisasi global.

Bestkan bisnes Shaklee ini?

Berminat sertai kami?

Antara peluang yang bakal diperolehi? Boleh KLIK sini untuk melihat peluang yang terbuka di Shaklee.


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 14 Januari 2015

Cinch Tea Mix supplement yang bagus untuk mereka yang sering keletihan?

Memang perkara biasa bila kita letih ia akan buatkan mood kita ke laut kan? Keletihan buatkan kita jadi tidak produktif.


Perkara yang biasa terjadi ke atas pesakit kencing manis. Mudah letih dan mudah tertidur.
Nak jalan lebih sikit akan menjadi masalah kepada kesihatan mereka.

Itu yang berlaku pada mak saya.... masih ingat semasa bulan 11 bila mak saya bawa jalan ke Kuching. Sesampai di Miri iaitu balik dari Kuching malam itu ada kelas berkaitan Diabetis di Miri. Saya memang harap mak dengar dan lihat sendiri tentang Diabetis yang disampaikan oleh salah seorang Nutritionist Shaklee [M] Sdn Bhd.

Saya dapat rasa mak akan malas nak ikut sebab letih kan baru jek sampai dari Kuching. Tetapi petang tu saya segera bancuhkan mak sepeket Cinch Tea Mix Shaklee ditambah dengan sesudu madu. Saya beri mak minum untuk hilangkan dahaga sesampai aje di rumah.


Shaklee Vitamin in Sarawak

Alhamdulillah malam tu mak kata mak ok dan tak penat seperti selalu. Masih tak perasan kesan Cinch Tea Mix Shaklee tu lagi!

Balik dari Miri saya bekalkan mak sekotak Cinch Tea Mix Shaklee...saya kata kalau mak rasa letih atau tak sedap badan cuba amalkan minum teh ni. Mak cuma kata ok aje.

Alhamdulillah mak mengakui dia akan rasa lebih bertenaga bila minum Cinch Tea Mix Shaklee. Malah mak akan update jika stok di rumah mak nak berkurangan. Mak sendiri akui memang mak rasa selesa dengan minuman itu.

Ia sangat mudah untuk dibawa travel tau! Kerana ianya dalam bentuk sachet!

Berminat nak dapatkan supplement ini? Hubungi kami di 0128535689 untuk dapatkannya hari ini!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 5 Ogos 2014

Shaklee International Convention - Long Beach 2014

Ladang bila diusahakan akan memberikan hasil namun kena sabar dan terus mengusahakannya.


Itulah yang saya andaikan bila saya buat bisnes Shaklee ini. Dah berbelas tahun kami amalkan produk ini, kami amalkan dengan konsisten dan kami terus sharing dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan mereka yang memerlukan. Alhamdulillah ramai yang mengenali produk ini.

Dulu saya buat nak bantu orang lain sihat dan nak bantu ekonomi keluarga. Lepas tu saya buka minda lebih sikit nak bantu ramai orang terutama para isteri ada side income walau duduk di rumah. Alhamdulillah Allah bantu sehingga ia berkembang.

Maka pada awal penglibatan saya tak pernah pun nak target percutian dengan Shaklee kecuali saya memang tanam impian nak dapatkan Umrah melalui Shaklee.

Saya yakin sahabat saya Doktor Siti Munirah akan ingat cerita 11 tahun dahulu masa saya mula kenalkan Shaklee pada beliau, saya selalu sebut saya doa sangat nak ke umrah melalui Shaklee.

Alhamdulillah sebenarnya kalau ikutkan layak, lama dah boleh pergi. Namun masa tu dapat 1 tiket sahaja. So saya tak tergamak nak pergi tanpa suami malah suami pun tak mahu pergi tanpa saya. Maka kami memilih untuk local convention sahaja.

Bila dapat 2 tiket pula masa tu dah beranak...tak sampai hati nak tinggal anak. Dah niat nak buat Shaklee demi anak, maka rasa tak sampai hati nak tinggal anak. Maka amik sahaja trip percutian domestik.

Namun alhamdulillah tahun 2012 barulah layak dapat 4 tiket untuk international maka saya memilih untuk menunaikan Umrah. Umrah - Istanbul adalah trip pertama kami dengan Shaklee. Syukur sangat sebab kami satu keluarga dijemput menjadi tetamu ALLAH pada tahun itu. Tahun berikutnya alhamdulillah masih ada rezeki kami ALLAH izinkan kami mendapatkan 4 tiket Umrah - Dubai. Alhamdulillah tahun ketiga ini kami memilih untuk melihat HQ Shaklee di US dan Shaklee menyediakan percutian hebat di Long Beach dan California.

Pengedar Sah Shaklee Miri

Pengedar Sah Shaklee Miri

Pengedar Sah Shaklee Miri

Pengedar Sah Shaklee Miri

Norita Shaklee


Satu yang menarik tentang Shaklee, syarikat membenarkan kita membawa pasangan, anak dan mak ayah untuk mengikut convention @ percutian ini dengan syarat mememuhi kelayakan yang ditetapkan. Bertambah menarik apabila beg untuk pergi bercuti juga disediakan ! So tahun ni tahun ketiga kami menerima beg travel yang besar! Selain itu Shaklee juga menyediakan duit poket jika makanan tidak disediakan.

Inilah keunikan Shaklee yang membuatkan kami sekeluarga sentiasa merasa excitement bila berkongsi cerita dengan orang lain.

Anda nak sertai kami? Bagi yang dah lama jadi pengguna kini nak jadi pengedar aktif? Jika dahulu anda berdaftar dengan kami, jangan malu-malu untuk nyatakan hasrat anda dan kami akan usaha bantu anda merasai apa yang kami dah dapat dengan Shaklee InsyaALLAH.

Jom kita ke Italy next year ! Moga ALLAH jemput kami menunaikan ke umrah bersama seluruh ahli keluarga sekali lagi tahun depan sepertimana permulaan 2014 insyaALLAH.



Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 11 Jun 2014

Shaklee sebagai satu kerjaya?

Walaupun saya berjaya mendapat Cemerlang dalam praktikal perguruan dan Cemerlang dalam KPLI saya tak bermakna saya terus meninggalkan kerjaya sebagai guru apabila sepenuh masa dengan Shaklee.

Saya masih menjadi guru dalam Shaklee kepada anak-anak Shaklee saya. Setiap minggu tak pernah lekang tanpa pertemuan dengan mereka.

Memang saya berhenti dalam kerjaya perguruan dengan Kementerian Pelajaran kerana tak sanggup bekerja hujung minggu tapi dengan Shaklee saya sanggup. Mengapa? Sebab saya travel sana sini, suami dan anak saya sentiasa di sisi. Keluarga didahulukan dalam segala aspek menjadi syarat utama mengapa saya berbisnes Shaklee.

Saya dan suami selesa bekerja dengan masa yang flexibel. Kami juga seperti orang lain yang bekerja sehingga hari ini kerana nak bantu lebih ramai orang sihat dan lebih ramai surirumah yang mempunyai pendapatan hebat dalam Shaklee.

Perjuangan yang takkan selesai selagi hayat dikandung badan .... dan alhamdulillah kami melihat ramai ahli dari organisasi kami yang menerima anugerah pada National Conference di Sunway Convention Centre. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

Saya doakan moga tahun depan lebih ramai yang membuat pilihan hebat dalam hidup mereka.

Sesungguhnya niat utama kita bekerja untuk memenuhi keperluan makan minum anak dan memberi mereka kasih sayang serta keperluan rumahtangga. Namun ada sesetengah pekerjaan membuatkan kita terpaksa tinggalkan anak-anak pada pengasuh atau ahli keluarga sedangkan niat utama untuk memberi mereka yang terbaik. Dikala kita kata ia satu pengorbanan untuk membesarkan anak, hakikatnya kita telah mengorbankan satu hubungan ikatan kasih sayang dengan anak seterusnya hati kita juga yang terkorban bila anak besar dan tidak menghargai kita sebagai ibu dan ayah.


Shaklee satu kerjaya


Setiap kita punya pilihan dan setiap kita punya kunci kepada pintu itu....hanya dengan tindakan kunci itu perlu dimasukkan ke dalam tombol pintu barulah pintu kejayaan akan terbuka dengan luas.





Jumpa kita di puncak kejayaan!



 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 2 April 2014

Shaklee Indonesia : Tiada yang mustahil bagi seorang surirumah.

Pontianak adalah bandar kepada Kalimantan Barat, Indonesia. Ia terletak lebih kurang 210 km dari bandar Kuching Sarawak. 

Alhamdulillah sudah dua kali kami berpeluang bertemu dengan ahli Shaklee kami di sana iaitu Pontianak Kalimantan Indonesia. Satu pengalaman yang hebat apabila dapat melawat tempat orang dan yang paling best ialah bahasa mereka tidak jauh beza dengan Melayu Sarawak.

Mereka juga membahasakan mereka kamek manakala kitak bermaksud awak. Bila bertutur mereka tidak terlalu baku seperti Indonesia Jakarta khususnya.

Syukur kerana diizinkan ALLAH majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Satu permulaan yang baik khususnya untuk kaum ibu dan bapak di sana.
Indonesia Shaklee



Kami doakan kumpulan kami di sana akan berkembang pesat sebagaimana di Malaysia menjelang hujung tahun 2014. InsyaALLAH.

Bagi ibu-ibu atau bapak-bapak yang berada di Indonesia dan berminat untuk menjadi bisnes partner Shaklee kami, jangan malu-malu maklumkan sama kami. InsyaALLAH kami akan bantu sedaya yang mungkin.

Indonesia Sehat, Indonesia Hebat !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Jun 2013

Shaklee Indonesia Online :Sesuai untuk semua golongan.

Jakarta memang selalu machet! Maka kerana inilah ibu-ibu di Indonesia perlu ada bisnes secara online agar tidak perlu duduk dalam machet!




Ini adalah trip kami ketiga ke Indonesia, iaitu bandar Jakarta. Pada pertama kali sampai, saya belajar apa maksud machet. Machet bermakna heavy traffic.

Masakan tidak, penduduk dalam Jakarta sahaja mencecah 10 Juta orang. Bayangkan betapa ramainya manusia yang mendiami Jakarta.

Oleh kerana inilah juga saya yakin ibu-ibu dan bapak-bapak yang menetap di Indonesia perlu mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa iaitu bisnes online dan hanya melibatkan internet, komputer serta handphone yang sedikit canggih.

Saya tertarik dengan presentation bapak Peter semalam tentang sayur. Katanya mana yang lebih bagus sayur yang berlubang dimakan ulat atau sayur yang daunnya sentiasa cantik dan berkilat? Hadirin menjawab...sayur yang berlubang. Jawapan yang sebetulnya kata pak Peter sudah tentu sayur yang berlubang kerana tiada pengawet dan semburan sebab itu ulat makan berbanding sayur yang cantik dan berkilat hakikatnya ia telah disaluti bahan kimia dan ini menyebabkan ulat menjauhi. Namun mata kasar manusia suka yang cantik dan elok sahaja.

Memang benar di mana-mana pun hakikatnya kita terdedah dengan banyak bahan pengawet , pewarna dan perisa untuk menjadikan makanan itu menarik dan sedap tetapi di sebaliknya terdapat banyak perosak. Oleh kerana faktor inilah kita perlukan vitamin.

Memandangkan Shaklee adalah syarikat vitamin pertama dan tertua di dunia, malah sehingga kini ia memberikan satu prestasi yang membanggakan. Langkah Shaklee untuk diperkenalkan di Indonesia adalah salah satu langkah besar dalam membantu ibu-ibu khususnya mempunyai pendapatan yang hebat walau hanya duduk di rumah seperti yang berlaku di USA, China, Taiwan dan Malaysia hari ini.

Saya yakin, semakin lama Shaklee akan semakin berkembang di Indonesia.

khasnya untuk ibu-ibu yang menyusu, kalian seharusnya mencoba vitamin yang membantu dalam penyusuan susuibu iaitu antaranya Protien Soya Shaklee, Alfalfa, Vitalea, Osteomatrix dan Omega.

Ditambah Shaklee mempunyai produk antioksidan yang ampuh yaitu Nutriferon dan sesuai untuk ibu menyusu.

Saya yakin tidak lama lagi ia pasti menjadi trend sebagaimana di Malaysia hari ini.

Bagi ibu-ibu yang mahu mencoba, boleh hubungi kami di facebook kami https://www.facebook.com/messages/ DuniaVitaminAddinnasa.

Ini antara beberapa gambar yang dapat kami ambil semasa New Enrollment Party semalam....

Shaklee Indonesia
New Enrollment Party 3rd June 2013.

Anakkuwiraku Indonesia Shaklee
Bergambar kenangan Jun 2013 bersama GM Shaklee Indonesia.
Moga akan ada rezeki kami untuk datang lagi....doa saya semoga Shaklee Indonesia akan mula berkembang dan terus berkembang.

Jumpa kita dipuncak kejayaan!



 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Selasa, 28 Mei 2013

Shaklee Indonesia

Kali ini benar-benar semuanya dihujung jari!!!


Shaklee Indonesia


Baru-baru ini seorang rakan bisnes kami datang ke rumah dan seperti biasa mereka ini biasanya datang untuk membeli sedikit produk atau untuk mendaftarkan downline baru mereka. Lebih mudah kerana biasanya kami akan fax kan sahaja ke branch KK atau HQ bergantung di mana downline baru berada.

Kali ini rakan bisnes kami datang membawa form keahlian untuk Indonesia. Rakan bisnes barunya adalah jiran kami iaitu di Kalimantan. Uniknya Indonesia adalah sebuah negara yang sangat sangat besar. Maka sistem Shaklee di sana amat mementingkan kemudahan kepada semua pengedarnya.

Tanpa perlu fax atau scan dan emailkan form, pendaftaran downline baru Indonesia hanya perlu dibuat secara online sahaja melalui website Shaklee yang disediakan. Tak sampai 15 minit pendaftaran lengkap telah dapat dibuat.

Alhamdulillah sangat mudah dan khabarnya sistem ini juga akan di apply ke dalam Malaysia tidak lama lagi untuk diseragamkan kepada semua pengedar Shaklee seluruh dunia. Tak sabar menanti saat itu.

Pengurusan penghantaran juga dilakukan dan boleh diuruskan hanya melalui order online. Memang semudah ABC selain dapat melihat point terkini, order, info2 terkini website Indonesia sangat lengkap dan amat mudah untuk diuruskan.

Bagi kalian yang berminat untuk mempunyai bisnes diluar negara, boleh sertai kami untuk mengembangkan sayap perniagaan di Indonesia. Atau jika kalian adalah warga Indonesia dan mahu menyertai kami bersama-sama majukan bisnes ini, jangan malu-malu untuk mengetahui lebih lanjut manfaat yang boleh diterima apabila kita serius dalam bisnes Shaklee ini. Hanya emailkan kepada kami atau sms supaya kami dapat menghubungi anda semula.

InsyaALLAH semoga Shaklee Indonesia turut berkembang hebat dan pesat sama seperti di Malaysia dalam 1-2 tahun akan datang.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com Call/Whatsapp : 012-853-5689 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa