Ramai yang tak tahu apa yang dimakannya adakala menjadi punca banyak penyakit hadir . Adakala ia menjadi makanan tradisi keluarga, jadi kita merasakan tiada masalah untuk mengamalkannya.
Sebab itu segelintir yang kurang membaca, akan menyangka makan vitamin baru 3 hari dah menjadi punca sakit kepala , sakit badan atau sebagainya.
Membaca artikel pulut [Beras Pulut dan Kencing Manis] membuatkan saya sedar, pulut bukanlah makanan yang boleh dijadikan makanan harian. Ia mampu mengundang penyakit yang berat, antaranya kencing manis, kolestrol, jantung tersumbat dan banyak lagi.
Sejak kecil saya dibesarkan dengan pulut kuning. Majlis kesyukuran buat pulut kuning. Majlis harijadi , hantar pulut kuning ke masjid...
Malah duduk Terengganu, pulut kuning sebagai sarapan pagi. Tidak kurang dari itu, pulut menjadi makanan kegemaran, makan dengan durian atau mangga. Ketupat pulut atau nama lainnya ketupat palas, telah menjadi kegemaran saya. Namun kerana ia buatkan badan rasa berangin, saya mula kurangkan minat nak makan. Jika ada lemang, saya cuma makan sepotong dua yang kecik sahaja.
Baru saya nampak kenapa arwah abah saya dapat stroke, darah tinggi ....punca dari pemakanan.
Bukan tak boleh makan, tapi berpada-pada. Sedap manapun, makanlah tetapi jangan sampai ia memberi mudarat. Kena beringat.
Jangan lupa juga , amalkan lah makan vitamin C kerana ia salah satu vitamin yang membantu salur darah kita kekal elastik.
Salah satu sebab orang terkena stroke adalah kerana salur darahnya yang rapuh dan mudah pecah bila tekanan terlalu tinggi.
Jadikan juga vitamin ini sebagai keperluan untuk kita kekal sihat. Jangan pandang remeh kerana hakikatnya penyakit bahaya datang mengejut, tanpa pernah kita bersedia.
Jemput baca artikel : Vitamin C prevent stroke
0 Ulasan