Ahad, 29 Julai 2018

Saya nak kawal gula dalam darah....

Minggu sudah sebelum kami ada Leadershop workshop, kami sempat buat appointment dengan doktor keluarga untuk bincang dan waktu yang sama belajar tentang ilmu nutrisi.

Sebelum balik ke KL sebenarnya saya terlebih makan durian...bukanlah banyak tapi ada la juga beli dalam 10 biji dan makan untuk beberapa hari. Kerana faktor umur yang dah capai 40, saya tetap ada rasa risau jika gula dalam darah naik kerana kita tahu durian merupakan sumber karbohaidrat yang tinggi. Karbohaidrat ini akan ditukar kepada gula dan jika berlebihan ia boleh menyumbang kepada pre diabetic woooo. Siapa tak risau kan?


Alhamdulillah hari appointment kami sampai awal. Jadi sempat kami belek beberapa produk kesihatan seperti probiotik dan beberapa jenis fiber. Saya terlihat satu jenis fiber yang bantu untuk kesihatan kolon jadi sempat la saya bertanya dengan staff doktor ni.

"Produk fiber ni bagus tak untuk absorb gula dalam darah?"

Terus staff ni jawab ... " Oh jika nak kawal gula dalam darah bagus amalkan Vivix. Ia lebih baik dan berkesan."

Waktu tu saya rasa lega sangat....sebab memang saya amalkan Vivix cuma statement dari staff doktor ni membuatkan rasa bersemangat lagi nak minum ditambah makan banyak durian sebelum ni.

Waktu ni teringat ilmu dalam kelas nutrisi Shaklee...Vivix adalah produk yang mengandungi Polifenol dan resveratrol yang tinggi...ia membantu untuk menyingkirkan AGE protein yang menyumbang kepada banyak penyakit.

Apa benda AGE Protein ? AGE = Advanced Glycation End product.

Bahasa mudah nak faham adalah protein yang berlebihan dalam badan bergabung dengan gula yang berlebihan dan ini akan menyebabkan punca banyak penyakit.

Apa AGE protien buat pada badan kita sebenarnya?

Ia membuatkan kita kelihatan tua dan berumur, kulit kurang elastik, sendi dah mula kurang fleksibel, tisu tulang makin rapuh, pelindung sel akan merosot dan memperlahan impuls saraf, boleh kehilangan deria pendengaran dan penglihatan secara perlahan-lahan. AGE boleh membuatkan permukaan kolestrol jahat [ LDL] lebih kasar maka ia akan lebih cenderung melekat pada dinding arteri.


Pemakanan dan life style kita menyumbang kepada pembentukan AGE ni tanpa kita sedar. Maka oleh kerana itu, bila ada kesedaran kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat selain pengambilan makanan tambahan.


Pengedar Shaklee Terengganu
Vivix mengandungi resveratrol dan polifenol membantu menyingkirkan AGE protein.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: