Pertama kali jejak kaki ke Turki dan melihat bunga tulip yang banyak. |
Umrah ziarah Dubai |
Pada awalnya family kata tak sesuai kerana anak masih kecil tapi kerana teringin juga, kami tetap memilih umrah Shaklee pada tahun tu.
Ya pertama kali melangkah kaki ke sana...sayunya sebab tak sangka trip yang Shaklee bagi lain dari yang lain.
Bayangkan di Madinah duduk hotel yang sangat dekat dengan masjid Nabi...iaitu Hotel Obroi.
Makanannya? Kussss semangat ! Tak pernah digambarkan menu makan pagi sampai ke malam banyak nya pilihan. Dah la jarak hotel dan masjid dekat....membuatkan kami hanya banyak mengucapkan syukur sahaja.
Setiba di Mekah kami di tempatkan di Hotel Hilton. Oh ya di Mekah kini ada 3 jenis Hilton. Hilton hotel, Hilton Apartment [ bersebelahan dengan Hilton Hotel] dan Hilton Suite [ terbaru].
Shaklee sediakan untuk semua pengedar yang terpilih menginap di Hilton Hotel. Jaraknya dengan masjid hanya dalam 30 m sahaja. Allahu akhbar dekat dan memudahkan kami ulang alik dari hotel ke masjid dengan sangat selesa.
Yang membuatkan kami teruja melalui umrah ini dapat juga kami menjelajah beberapa negara lain seperti Turki, Dubai, Abu Dhabi dan Jordan. Ini kerana pakej yang diberikan adalah umrah yang disertakan dengan program ziarah.
Pertama kami menunaikan umrah dengan Shaklee. |
-------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah setakat ni kami dah dapat menunaikan umrah dengan Shaklee lebih kurang nak masuk 6 kali, syukurnya pada Allah. 1 trip tahun 2014 aje kami pilih nak ke US tapi lepas tu kami sangat selesa dengan umrah Shaklee.
Kalau nak pergi sendiri ? Boleh aje cuma dengan pakej 5 bintang yang ditawarkan amat rugi kalau ditolak pada kami. Mau tidak? Harga pakej seorang dalam anggaran berbelas ribu woooo.
Susah tak nak dapat tiket free ni? Tak susah tapi tak juga mudah sangat. Paling penting ada niat dan usaha menggerakkan niat.
Bestnya Shaklee menghargai pengedarnya yang bekerja keras membangunkan bisnes Shaklee. Bukan itu sahaja kami dibenarkan membawa anak-anak dan mak ayah jika tiket mencukupi [ Jika syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi].
Adakah mustahil jika saya baru nak buat Shaklee dengan serius untuk dapat tiket umrah ni? Jawapannya tidak mustahil kerana rezeki kita hanya Allah aje yang tahu. Paling utama kita kena usaha.
Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut boleh hubungi kami di talian di bawah dan kami sedia untuk berkongsi cara.
📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan