Jumaat, 20 April 2018

Tips mudah basuh baju bila travel

Jauh perjalanan luas pemandangan...

Setiap perjalanan pasti ada ibrahnya tersendiri.
Umrah kali ni barulah saya belajar cara mudah cuci pakaian... sebelum ni hantar dobi. Cuma kena siapkan duit bayar bil. Takde masalah.

Tapi bukan semua pakaian boleh hantar dobi.... pakaian dalam tak sesuai hantar dobi ditambah kalau tempat tu pekerja ramai lelaki. Maluuuuu.

So untuk pakaian dalaman, kami akan gunakan masa membasuh apabila mandi. Jadi lama la dalam bilik air. Saya suka bawa sabun buku Lux atau May sebab wangi.

Rupanya ada tips mudah kawan share...
bawa sabun serbuk dan softlan. Bawa bag plastik yang tebal beberapa keping.
Kalau buat umrah, sabun dan softlan boleh beli aje kat kedai berdekatan. Plastik tebal aje la kita usahakan bawa supaya lebih mudah. Boleh bawa ikut saiz yang kita nak.

Isikan air dalam beg plastik yang tebal tadi, letakkan sedikit sabun serbuk dan softlan... kemudian plastik itu diikat dan dibiarkan dalam 2-3 jam atau boleh rendam semalaman di dalam bilik air.

Selepas direndam beberapa jam atau semalaman, esoknya bilas aje.
Gantung pada tempat yang disediakan ( biasanya bilik hotel ada tempat gantung pakaian dalam bilik air) atau guna hanger gantung tepi cermin tingkap. Sangat mudah!

Pakaian dalam pun bersih dan berbau wangi kerana dah rendam dalam softlan.

Shaklee trip
Tips mudah basuh baju masa umrah
Mungkin orang lain dah biasa cara ni, tapi serius saya baru belajar... hehehe.

Dulu saya akan beli bekas atau baldi untuk basuh baju tapi sekarang tak perlu. 

 Cuma pastikan ada plastik yang tebal dan tak mudah koyak untuk rendam baju. 

Plastik tebal boleh recycle!
Jimat banyak! Jimat duit tak perlu beli baldi dan jimat masa 🤩

Terutama bila buat umrah, malam rendam pakaian esok boleh bilas dan sidai. Jimat banyak masa.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Plastik tebal berkualiti
Maybe ada orang sebelum ni rendam dalam sinki... tapi sebab sinki ni orang lain pun nak guna kan... dan adakala kotor.

Plastik ni lebih mudah.

Wallahu alam.

Tiada ulasan: